TERKINI :

Sunday, October 18, 2015

Setelah Mahathir - Ku Li - Muhyiddin tampil bersama...apa seterusnya..???

Shahbudin Husin,

http://mk-cdn.mkini.net/947/7068e34e674f51b70ce995e7a4a13501.jpg
Awal minggu ini Tun Mahathir Mohamad yang agresif mahu menyingkirkan Najib Razak daripada kerusi Perdana Menterinya telah tampil dalam satu sidang akhbar bersama seteru politik lamanya, Tengku Razaleigh Hamzah untuk membantah penahanan Khairuddin Abu Hasan dan Mathias Chang dibawah undang-undang Sosma.

Turut sama dalam sidang akhbar itu ialah Timbalan Presiden UMNO, Muhyddin Yassin, Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal serta dua lagi pemimpin veteran iaitu bekas menteri, Sanusi Junid dan bekas Presiden MCA, Ong Tee Keat.

Seorang lagi bekas Presiden MCA, Tun Ling Liong Sik yang turut mengeluarkan kenyataan bersama membantah penyalahgunaan undang-undang Sosma, tidak hadir dalam sidang akhbar itu kerana dilaporkan mempunyai urusan di luar negara.

Apa yang menarik dalam sidang akhbar itu ialah kemunculan  Tun Mahathir bersama dengan Tengku Razaleigh atau Ku Li dan Muhyiddin Yassin secara sekaligus yang seolah-olah memperlihatkan wujud agenda bersama serta keserasian jiwa antara mereka.

Semua orang tahu sejarah hubungan Tun Mahathir dengan Ku Li sebelum ini. Selepas bertembung dalam pemilihan 1987 dan kemudian Ku Li setuju membubarkan Semangat 46 pada 1996 demi perpaduan Melayu, kedua-dua pemimpin itu tidak pernah duduk semeja atau berada di pentas yang sama untuk bersatu hati dalam sesuatu isu, baik berkaitan UMNO mahupun negara.

Dari Turki, pemimpin pembangkang gesa ahli Parlimen BN sokong undi tidak percaya Najib

http://en.selangorku.com/wp-content/uploads/2014/05/6.15.jpg
Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Umno diseru melakukan perubahan ketika sidang Dewan Rakyat yang bermula esok sebagai usaha untuk menyelamatkan negara dari ancaman perkauman, toleransi, fahaman agama yang sempit, dan ekstremisme.

Melalui perjanjian Bosphorus yang ditandatangani pemimpin PKR, DAP dan Parti Amanah Nasional (Amanah) di Turki, semalam, mereka berkata, Malaysia sedang berhadapan saat paling getir apabila beberapa isu kritikal menghambat negara dalam satu masa melibatkan aspek politik, ekonomi, sosial dan hubungan antara kaum.

“Kami menggesa seluruh rakyat agar bersatu padu untuk menyelamatkan Malaysia demi memastikan kita tidak terjerumus ke kancah huru-hara yang memusnahkan harapan seterusnya dapat bangkit dari krisis melalui transisi demokratik kearah membina Malaysia sebagai sebuah negara contoh yang moderat dan bertoleransi untuk dicontohi dunia,” kata kenyataan bersama naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar, timbalan presiden Amanah Salahuddin Ayub dan pengarah pendidikan politik DAP Liew Chin Tong.

“Seruan kami ini juga ditujukan kepada ahli parlimen Umno dan BN yang turut sama menjadi elemen penting untuk melakukan perubahan secara demokratik semasa parlimen bersidang bermula Isnin 19 Oktober, 2015 ini.”

Dewan Rakyat terima usul undi tak percaya terhadap Najib

Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dikemukakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Hee Loy Sian disenaraikan sebagai item ke-25 dalam senarai untuk dibahaskan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 18 Oktober, 2015.
Dewan Rakyat menerima usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dikemukakan ahli Parlimen pembangkang, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.

Usul dikemukakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Hee Loy Sian disenaraikan sebagai item ke-25 dalam senarai untuk dibahaskan, akan tetapi menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mengatakan keutamaan akan diberikan kepada urusan kerajaan apabila sidang Dewan Rakyat bermula esok.

"Sebagai seorang ahli Parlimen sememangnya menjadi preprogatif dan hak seseorang ahli Parlimen untuk membawa mana-mana usul persendirian mengikut peruntukkan di bawah Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat," kata Azalina dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Pengerang itu berkata, usul yang dikemukakan oleh Hee disenaraikan sebagai urusan nombor 25 daripada 28 urusan yang secara keseluruhannya dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, esok yang merangkumi rang undang-undang dan usul-usul dari kerajaan serta usul-usul persendirian daripada ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.

TAHNIAH - 14% rumah mangsa banjir siap dibina sempena HIMPUNAN 60K PAS semalam..!!

14% RUMAH MANGSA BANJIR SIAP SEMPENA HIMPUNAN 60 RIBU PAS SEMALAM
~ Oleh: Syam Ghaz


* Bilangan tersebut MENGIKUT KETUA PENERANGAN DEWAN PEMUDA PAS KELANTAN seperti dibawah;

----------------------------------------
Sedikit catatan mengenai Rumah Mangsa Banjir Sempena Fastaqim...

Rumah yang siap dibina oleh ;
* Kerajaan Pusat 73 buah
* Kerajaan Negeri 123 buah
* NGO 169 buah
----------------------------------------

Fakta & Ulasan:

Kerajaan Negeri dan Pusat berjanji mahu siapkan 2,600 buah rumah Total Lost Mangsa Banjir Bah Kuning sempena Aidilfitri lalu. Kini sudah 3 bulan lewat daripada tarikh asal.
Jika dicampur semua rumah siap:

* Siap: 365 Buah
* Sepatutnya Siap: 2,600 Buah
* Peratus Siap: 14% sahaja.

Alangkah baik, sekiranya perhimpunan semalam (17 Oktober 2015) diadakan di MANIK URAI, KUALA KRAI disaat PAS Kelantan mentadbir Negeri Kelantan? Menampakkan kesungguhan PAS membantu MANGSA BANJIR.

Dengan tenaga 60,000 orang dan duit yang BOLEH dikumpul drpd penyertaan ramai tersebut, saya jangka tidak sampai 2 bulan (sebelum Disember - Bulan Banjir) rumah-rumah Mangsa Banjir Kelantan sudah boleh disiapkan sebelum banjir tiba sekali lagi hujung tahun ini, maka genap SETAHUN mangsa banjir tinggal di rumah transit/ khemah.

Syarat utama sebelum laksana Hudud – Qardawi

Syarat utama sebelum laksana Hudud - Qardawi

Perlaksanaan hudud mengikut Sheikh Dr Yusuf al Qaradawi (Hudud dalam wacana Feqah Masa Kini, Al Jazeera TV, 10 Januari 2011)

Sebelum dilaksanakan (hukum) hudud :
1) Beri makan (terlebih dahulu ) kepada orang yang lapar
2) Sediakan pekerjaan kepada penganggur
3) Ajarkan orang yang jahil
4) Latih (para) pekerja (skil dan ilmu)

Dasar perlaksanaan hudud (ialah) tidak dilaksanakan hudud melainkan apabila kita telah melaksanakan seperti yang telah saya katakan ajaran-ajaran Islam keseluruhannya yang berkaitan aqidah, syariat, akhlak, tatasusila dan nilai-nilai (murni) kita bangunkan masyarakat Islam dalam keadaan ini, kita laksanakan hudud.

Pasca FASTAQIM, PAS Kuat..!!?!!??

Oleh: Dr Tanaka Mustafa



1) Saya hanya dapat hadam ucapan Tuan Ibrahim, Mustafa Kamil Ayub dan Ustaz Derih. Yang lain saya tak tahu, asyik tengok drone, asyik layan wassap.

2) Crowd hijau berbeza dengan crowd kuning. Crowd kuning bebas merayau dijalanan, crowd hijau terkurung dalam stadium. Yang melimpah kat luar saya tak nampak, sebab drone saya berresolusi rendah, kurang sensitif cahaya.

3) Inilah perhimpunan PAS yang paling pelik yang saya pernah lihat. Ada lagu negaraku, ada gimik lakonan dan berkuda, ada drone, ada dua tiga perasmian pelancaran dala satu majlis.

4) Saya tidak nampak di mana kekuatan PAS yang mahu ditunjukkan dalam babak-babak tersebut melainkan hanyalah hiburan mengisi emosi dan humor kepada peserta yang sudah mungkin keletihan seharian di Kota Bharu.

Anina hentam Noh Omar kerana perbodohkan rakyat

Faiz Zainudin | October 17, 2015

Noh Omar cuba menggelirukan rakyat apabila mendakwa kerajaan Selangor sebagai punca kenaikan tol di Lembah Klang.

anina

PETALING JAYA: Anina Saadudin mengingatkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar supaya tidak memperbodohkan rakyat.

Bekas ahli Wanita UMNO itu membuat ingatan itu apabila Noh menyalahkan kerajaan Selangor sebagai punca kenaikan harga tol di Lembah Klang.

Noh meminta Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali memulangkan segala keuntungan dari saham 30 peratus yang dimiliki dalam dua syarikat lebuh raya kepada rakyat.

Anina berkata, kerajaan Pusat dibawah pentadbiran Barisan Nasiona (BN) yang sepatutnya dipersalahkan kerana membenarkan kenaikan kadar tol itu.

“Punca sebenar kenaikan kadar tol adalah kerana Putrajaya mengambil keputusan untuk menghentikan bayaran konsesi yang sepatutnya dibayar oleh Pusat kepada syarikat pengendali lebuhraya.

“Rakyat juga perlu tahu bahawa lebuhraya yang melibatkan pegangan saham 30% anak syarikat kerajaan Selangor hanyalah KESAS dan SPRINT (yang terlibat dalam kenaikan kadar tol),” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Siapa lagi yang tak sokong NAJIB angkat tangan....!!

Shahbudin Husin,

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/merdeka_center-satisfaction_with_putrajaya-january_and_august_2015-171015-TMI_graphics-kamarul.png 

Hakikat bahawa kepimpinan Najib Razak semakin ditolak oleh rakyat negara ini kian sukar dinafikan. Di mana-mana sejak kebelakangan ini, suara yang menolak lebih jelas ke depan berbanding yang menyokong.

Hakikatnya, tidak sukar menjustifasikan mengapa kepimpinannya tidak lagi diterima rakyat. Semua aspek mengenai Najib, sentiasa saja ada masalah dan nanahnya yang sukar diubati.

Kepimpinan, pelbagai aspek kelemahan, masalah yang berpunca daripada keluarga, anak isteri, bermewah, boros, janji dengan rakyat yang banyak dimungkiri dan segala macam masalah lainnya, adalah perkara pokok yang sukar dipisahkan dengan Najib sejak beliau memimpin negara ini.

Ditambah dengan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta yang diterimanya yang kemudian menyebabkan anggota kabinet dipecat, peguam negara disingkirkan, pegawai SPRM dan polis dipindahkan,  SPRM diganggu, mereka yang membuat laporan polis ditahan dan lain-lain tindakan untuk "menyelamatkan tengkuknya", siapa pun sukar mengelak daripada merasakan kepincangan sudah ada di mana-mana.

Satu-satunya yang menyebabkan Najib mampu bertahan ialah kerana kuasa masih berpusat kepadanya. Di hati dan sanubari rakyat, kecuali yang dikelabukan maklumat atau sengaja mengelabukan dirinya dengan sesuatu kepentingan, Najib sebenarnya sudah semakin jauh dan tidak diperlukan lagi untuk terus memimpin negara ini.

Ada pihak godam nombor telefon, Taktik kotor cuba sekat kemaraan AMANAH

KENYATAAN MEDIA


GODAM NOMBOR TELEFON, TAKTIK KOTOR CUBA SEKAT KEMARAAN AMANAH

1. Saya menerima beberapa laporan berkenaan dengan nombor telefon beberapa orang setiausaha AMANAH di peringkat negeri yang telah digodam dan digunakan untuk menghantar mesej palsu berkait keahlian dan penghinaan kepada pihak tertentu.

2. Setakat ini, ia melibatkan nombor telefon setiausaha AMANAH Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Perlis, Pahang dan Kelantan. Kesemua mereka hanya mengetahui hal ini selepas mendapat mesej balas dari penerima yang menghubungi mereka.

3. Bagi pihak Parti Amanah Negara, saya ingin menyatakan kekesalan terhadap tindakan pihak tidak bertanggungjawab ini yang telah menggunakan taktik politik kotor. Kami tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan ini sebagai cubaan mengganggu dan menyekat gelombang penyertaan rakyat ke dalam parti AMANAH yang semakin pesat waktu ini khususnya di peringkat kawasan.

4. Kes sebegini bukan pertama kali berlaku. Sebagai sebuah parti baharu, kami sedar akan risiko yang terpaksa dihadapi dalam usaha memposisikan parti AMANAH di persada politik tanah air.

Mukhriz pula lancarkan "AGENDA HIJAU KEDAH"

Agenda Hijau pacu landskap sosioekonomi Kedah, kata Mukhriz

 Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berjanji kerajaan negeri akan melakukan yang terbaik bagi membantu mentransformasikan bandar, daerah dan kampung menjadi lebih pintar dan hijau di bawah Agenda Hijau Kedah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Oktober, 2015.
Agenda Hijau Kedah yang dilancarkan malam tadi, dijangka mengukuhkan lagi teknologi hijau dan amalan lestari dalam memacu landskap sosioekonomi negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beliau berkata kerajaan negeri bekerjasama rapat dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dalam menghasilkan pelan tindakan yang dibuat khusus bagi memenuhi kelebihan dan keperluan negeri ini.

"Kedah menarik banyak syarikat teknologi hijau terdiri daripada pengeluar solar fotovoltan, ladang solar fotovoltan, malah hospital mesra alam pertama di Malaysia juga terletak di Sungai Petani," katanya ketika berucap pada majlis makan malam bersempena Forum “Langkawi Smart Green City” 2015 di Langkawi.

Beliau berharap forum itu akan meningkatkan pelaburan dalam teknologi hijau di Kedah, dan pada masa sama menarik minat pembekal penyelesaian bandar raya pintar untuk melihat secara mendalam kemungkinan melabur di negeri ini.

"Kami akan melakukan yang terbaik di peringkat kerajaan negeri bagi membantu mentransformasikan bandar-bandar kita, daerah-daerah dan juga kampung-kampung untuk menjadi lebih pintar dan lebih hijau," katanya.

Hadi : AMANAH, cabaran terlalu kecil buat PAS


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap kewujudan parti Islam baru - Parti Amanah Negara (AMANAH) - tidak membawa sebarang ancaman kepada PAS.

Anggota parlimen Marang itu berkata, PAS sebelum ini pernah menghadapi pelbagai masalah dan ia dapat ditangani dengan baik.

"Bagi kita, parti AMANAH ini tak ada apa-apa cabaran yang besar pada PAS. PAS pernah hadapi cabaran yang lebih besar.

"Oleh itu kita menganggap apa yang berlaku pada hari ini adalah sangat kecil," kata Abdul Hadi.

Beliau turut mengimbau kembali beberapa peristiwa sebelum ini yang melibatkan masalah dalaman parti itu sehingga tertubuhnya parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (BERJASA).

Hadi berkata demikian dalam sidang media selepas Himpunan Fastaqim (H60K) di Kota Bharu, Kelantan malam tadi.

Ditanya bagaimana PAS berdepan dengan AMANAH memandangkan parti itu kini membentuk Pakatan Harapan dengan DAP dan PKR, tokoh PAS itu berkata, ia hanyalah cabaran kecil memandangkan parti itu sering berhadapan dengan BN.

"Dengan AMANAH atau (Pakatan) Harapan ini terlalu kecil. Dengan Umno, BN kita pernah lawan.

"Kita nanti bukan sahaja akan tambah kerusi (dalam pilihan raya umum), tetapi insya-Allah akan menambah kemenangan," katanya.

Kedudukan ahli Parlimen PAS, PKR, DAP, AMANAH & UMNO berubah Isnin ini


KUALA LUMPUR - Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-13 yang bersidang Isnin ini akan menyaksikan perubahan tempat duduk beberapa ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) dan pembangkang berikutan rentetan persitiwa dalam senario politik kebelakangan ini.

KEDUDUKAN KERUSI - KLIK SINI

Kedudukan barisan ahli Parlimen Pas, yang diketuai presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kini telah berubah dari Blok I ke Blok G dan ada yang di Blok F.

Sebelum ini, semasa bersama dalam pakatan pembangkang, Abdul Hadi berserta beberapa pemimpin kanan parti itu diletakkan bersama dengan kepimpinan parti PKR dan DAP di Blok I, mengikut rajah tempat duduk ahli-ahli Dewan Rakyat yang dimuatkan dalam laman web Parlimen Malaysia www.parlimen.gov,my.

Tempat duduk Pas kini telah diisi oleh parti baharu, Parti Amanah Negara (Amanah), yang merupakan parti serpihan Pas, yang kini telah bergabung dengan PKR dan DAP dan menamakan gabungan mereka sebagai Pakatan Harapan.

Kepimpinan Pas perlu berubah

Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz

SHAH ALAM - Pendakwah terkenal, Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz berkata Pas semakin berada dalam keadaan tenat sekiranya pimpinan parti berkenaan masih tidak mahu melakukan sebarang perubahan.

Menurutnya, bagi memastikan Pas kekal relevan, beliau berkata parti berkenaan kini memerlukan tiga golongan pemikir iaitu Ulul Ilmi (Ahli Ilmu), Ulul Albab (Ahli Falsafah) dan Ulul Abroq (golongan yang dapat melihat apa terjadi pada masa depan).

Katanya lagi, kepimpinan Pas sedia ada juga disaran untuk berehat dan memberi ruang serta peluang kepada golongan bawahan terutamanya golongan muda dan profesional dalam parti berkenaan.

“Dalam politik, kita kena ada juga orang-orang dari bahagian akademik untuk masuk sekali dalam parti. Ulama akan fikir dengan cara dia tapi dari sudut nak bangunkan ekonomi, negara dan politik, kita kena juga pinjam orang dari bahagian akademik untuk bantu.

“Contoh nak buat kereta api, kita kena import jurutera dan arkitek tapi kenapa nak bangunkan Islam kita tidak mahu import orang dari luar?” katanya ketika ditemui Sinar Harian.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...