TERKINI :

Saturday, October 17, 2015

Najib tinggal 31% sahaja Melayu yang sokong dia..!!!

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/merdeka_center-satisfaction_with_putrajaya-january_and_august_2015-171015-TMI_graphics-kamarul.png
Antara lain kaji selidik yang dibentangkan kepada penganalis sektor kewangan pada minggu lepas itu ialah:-

- hanya 31 peratus pengundi Melayu terus menyokong Putrajaya pada Ogos, berbanding 52 peratus yang direkodkan pada Januari.

- tahap penerimaan kebangsaan kini tinggal 23 peratus berbanding 38 peratus pada Januari.

- masyarakat Cina terus menunjukkan penurunan sokongan di mana hanya 5 peratus berbanding 11 peratus yang direkodkan pada Januari.

- berkaitan ekonomi, 78 peratus tidak setuju dengan cara kerajaan menanganinya. Isu ekonomi yang menjadi keprihatinan rakyat ialah kos sara hidup, pengangguran, kesan GST dan penurunan nilai ringgit.

Akuilah, di mana lagi tinggalnya nilai kepimpinan Najib sekarang ini?

NGO Keledek Rebus jadi liabiliti kepada UMNO


http://1.bp.blogspot.com/-U-oLQfTEMSc/VQZ3fS4YFsI/AAAAAAAABFA/Zz3mUDHT7X8/s1600/ipd%2Bkuantan.jpg
Jaringan Melayu Malaysia ini NGO keledek rebus dari mana? Tiba-tiba sahaja muncul menjadi jurucakap kepada Melayu. Cuba kita minta JMM ini bentangkan berapa kerat yang menjadi anggota NGO ini?

Inilah antara NGO yang menjadi liabiliti kepada UMNO dan pemimpin UMNO. Sebabnya asal sahaja menyokong secara "buta, tuli dan bisu" maka diangkatlah sebagai NGO penyambung hayat UMNO. Saya fikir banyak lagi NGO yang lebih dihormati untuk mengangkat imej UMNO.

Adalah lebih baik kalau JMM membuat laporan polis terhadap pelanggaran integriti dalam kalangan pemimpin yang banyak berlaku sekarang ini. Buatlah laporan polis yang Bank Negara tidak cekap mengesan derma luar negara RM2.6 bilion masuk ke bank tempatan. Takkan JMM tak perasan kot.

Pada awalnya JMM ini menempel di media arus perdana dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan membela tuan dan menyerang musuh tuannya. Saya sedikit pun tidak terkejut JMM akan menyasarkan semua pemimpin politik atau agensi yang dilihat tidak subahat dengan tuannya.

Kali ini Tan Sri Zeti. Lepas ini orang lain pula malah Tan Sri ZAM pun akan tiba masa untuk dihentam habis-habisan kerana tidak mahu subahat dengan mereka. Saya menulis ini sebab saya sayang negara ini supaya tidak hancur lebuh oleh puak-puak tertentu.

Macamanapun tahniahlah kepada JMM yang kini menjadi NGO yang cukup berpengaruh dalam kalangan media arus perdana. Bagaimanapun saya harap JMM janganlah banyak sangat keluarkan kenyataan, nanti tidak ada ruang untuk berita tentang keperitan rakyat di surat khabar. Kesian rakyat.

1MDB : Mana satu betul nie..siasatan selesai atau tak selesai..??


http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/04/1mdb-malaysia.jpg
SHAH ALAM, 17 OKT: Status siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengelirukan apabila agensi terlibat didapati mengeluarkan kenyataan berbeza antara satu sama lain.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, berkata kekeliruan itu mula dikesan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertindak 'mengganggu' siasatan dengan menukar beberapa individu terlibat dalam peringkat awal siasatan lagi.

"Semasa Peguam Negara baru dilantik gantikan Tan Sri Abdul Gani Patail, dia kata siasatan ditutup tetapi polis pula kata siasatan belum ditutup seolah-olah tidak ada siasatan, kejap dah ditutup kejap belum tutup, tak konsisten.

"Adakah tiada siasatan bersungguh-sungguh? Kita pelik Bank Negara Malaysia (BNM) dah serahkan penemuan mereka kepada Peguam Negara tetapi Peguam Negara kata siasatan BNM itu tak lengkap dan pada masa sama polis dan SPRM kata siasatan belum selesai. Siapa yang betul pun kita tak tahu.

"Rakyat tidak yakin apa yang berlaku, sungguh pun siasatan mengesahkan ada penyelewengan dan unsur salah guna kuasa tetapi Peguam Negara seolah-olah langsung tidak ambil peduli untuk meneliti semua keputusan siasatan ini," katanya kepada Selangor Kini.

Tian Chua berkata, tindakan undang-undang sukar diambil terhadap pihak bertanggungjawab berikutan pendirian Peguam Negara yang tidak neutral dalam menjalankan siasatan.

Baru-baru ini, Jabatan Peguam Negara sekali lagi menegaskan bahawa 1MDB tidak harus dipersalahkan dalam skandal yang mengakibatkan negara terpaksa menanggung hutang hampir RM43 bilion.

Bagaimanapun, dalam kenyataan media berasingan pula menjelaskan, Peguam Negara sentiasa memantau siasatan yang masih dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Peguam Negara sentiasa memantau dan memberi arahan kepada agensi berkenaan setiap kali siasatan dirujuk kepada Peguam Negara, termasuk arahan mempercepatkan siasatan.

"Sehingga hari ini, PDRM dan SPRM belum melengkapkan siasatan kerana keterangan beberapa saksi belum direkodkan," menurut kenyataan media yang dikeluarkan Jabatan Peguam Negara itu.

Gerakan pula gesa Umno, MCA jadi parti semua bangsa

Selepas pemuda MCA, Gerakan pula mendesak BN, terutamanya parti terbesar Umno dan MCA, untuk mempertimbang membuka keanggotaannya kepada semua bangsa.

Bercakap di kongres tahunannya, Timbalan Presiden Gerakan Cheah Soon Hai mengingatkan bahawa pengasas Umno Datuk Onn Jaafar pernah mengetengahkan idea itu.

Cheah berkata, memandangkan penumpuan terhadap sesuatu kaum dan agama memburukkan hubungan kaum, cadangan Onn pada awal 50-an masih relevan sehingga ke hari ini.

Onn pengasas dan presiden pertama Umno. Beliau meninggalkan Umno dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) selepas ideanya membuka keanggotaan kepada bukan Melayu ditolak.

IMP bagaimanapun gagal mendapat sokongan cukup dalam pilihan raya, menyebabkan beliau kemudian menubuhkan sebuah lagi parti baru Parti Negara.

Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon pada 10 Oktober lepas menggesa parti kompenan BN membuka keahlian mereka kepada semua tanpa mengira kaum.

Beliau mendakwa mekanisme BN menyelesaikan isu-isu perkauman sudah tidak lagi berfungsi dan parti pemerintah akan bertukar menjadi "kilang konflik perkauman".

Mengulas himpunan Baju Merah 16 September, beliau berkata, beberapa pemimpin BN mengorbankan kepentingan negara dan mencetuskan sentimen perkauman untuk meraih undi.

Himpunan itu dikritik kerana kenyataan berbaur perkauman dilontarkan pesertanya. Antara yang paling menonjol melibatkan seorang wanita yang memaki “Cina babi”.

Kedah waspada elak terperangkap jerat Sang Penyu | Live RTM 1

Kedah waspada elak terperangkap jerat Sang Penyu

SAINGAN sengit pasti diberikan oleh Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam ini yang sudah tentu mahu menebus kembali kekalahan mereka kepada Kedah pada perlawanan kedua Kumpulan A Piala Malaysia 2015 di Alor Setar.

Pengendali Hijau Kuning, Tan Cheng Hoe berkata, lawan mereka sudah pasti terdesak untuk memburu kemenangan pertama selepas sekadar berada di tangga tercorot kumpulan dengan memungut satu mata selepas tiga perlawanan bagi menghidupkan peluang untuk mara ke suku akhir.

Terengganu dilihat masih mampu merampas dua slot terbaik Kumpulan A sekiranya mereka berjaya meraih tiga mata ke atas Kedah yang kini muncul pendahulu kumpulan berkongsi tujuh mata sama dengan Lions XII yang berada di tangga kedua.

Namun Kedah sudah tentu tidak akan membiarkan perkara tersebut menjadi realiti di saat mereka sudah berada pada landasan tepat untuk mara ke peringkat seterusnya dan hanya memerlukan sekurang-kurangnya tiga mata dari baki dua perlawanan untuk merealisasikan hasrat tersebut.

Cheng Hoe lega

Cheng Hoe percaya Sang Penyu pasti akan mempamerkan percaturan dan formasi berbeza dan sudah tentu mereka sudah pun mengkaji kekalahan 5-0 kepada Kedah pada aksi pusingan pertama sebelum ini.

Kedah yang merupakan empat pasukan terbaik Piala Malaysia 2014 bagaimanapun tetap lega biarpun sedar akan kesukaran untuk menghadapi Terengganu di laman lawan berikutan hampir semua pemain utamanya bebas dari kecederaan dan penggantungan.

Hanya penjaga gol utama mereka, Abd Hadi Abd Hamid yang mengalami kecederaan ACL dan perlu berehat untuk sekurang-kurangnya tujuh bulan.

Bagi posisi-posisi lain semua pemain utama dilaporkan cergas termasuk kehadiran semula pemain import Korea Selatan, Bang Seung Hwan ke dalam pasukan selepas berlaku salah faham di antaranya dengan Cheng Hoe pada perlawanan menentang Lions XII sebelum ini.


Perhimpunan Fastaqim : ‘Merah tak pa, tapi jangan oren’

'Merah tak pa, tapi jangan oren'
KOTA BHARU - Gurauan Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nor Azarizal Mohd Alwi Hazrizal mengenai parti Amanah Negara (Amanah) mengundang gelak tawa daripada hadirin.

Ia berlaku apabila Azariza yang lebih dikenali ustaz Ja mengacara majlis santai bersama anak muda di Perhimpunan Fastakim petang ini.

Hazrizal ketika ditanya seorang lagi pengacara mengenai seorang kanak-kanak yang berpakaian merah ketika membuat persembahan berkata, 'Merah tidak apa, jangan oren'.

Gurauan beliau itu telah disambut gelak tawa oleh penyokong Pas yang hadir.

Untuk rekod oren merupakan warna rasmi bagi parti Amanah, manakala merah menjadi warna tema yang digunakan peserta himpunan bangkit Melayu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Pas Kelantan Fadhli Shaari ketika ditemui berkata, setakat jam lima petang, sambutan dari ahli Pas amat baik.

"Insya-ALLAH malam ini penyokong akan memenuhi stadium,"katanya.

AMANAH : Rampas peluang ketika Umno, PAS lemah

Walaupun masih baru, Parti Amanah Negara (AMANAH) yakin tidak sukar untuk menarik sokongan daripada Umno dan PAS.

Presidennya Mohamad Sabu berkata PAS memang kuat untuk menang beberapa kerusi bersendirian, tetapi dalam realiti politik Malaysia, parti bertanding perlu masuk gelanggang sebagai sebuah gabungan.

Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, rakyat Malaysia akan memilih parti yang boleh membentuk kerajaan, sama ada BN atau Pakatan Harapan.

Beliau bagaimanapun, Mohamad mengakui masih terdapat parti sekutu mereka ragu sama ada mereka dapat membayangi pengaruh PAS di kawasan luar bandar untuk menjamin undi Pakatan.

“PAS berpengaruh di Kelantan dan Terengganu. Justeru ada antara sekutu kiuta fikir jika kita ketepikan PAS, Pakatan tidak akan dapat undi majoriti.

“Tetapi saya tidak setuju,” kata Mohamad dalam wawancara bersama Sin Chew Daily.

Sokongan pengundi kepada Najib terendah

Satu kaji selidik menunjukkan kerajaan Datuk Seri Najib Razak tidak lagi mendapat sokongan rakyat - untuk kali pertama berlaku - lapor akhbar Straits Times (ST) Singapura.

Memetik keputusan kaji selidik Merdeka Center, akhbar itu melaporkan hanya 31 peratus pengundi Melayu berpuas hati terhadap kerajaan semasa.

Keputusan itu menunjukkan sokongan pengundi Melayu berkurangan di bawah 50 peratus untuk kali pertama sejak agensi berkenaan merekodkan data mengenainya pada Februari 2012.

Kemerosotan sokongan itu dilihat begitu drastik kerana pada Januari lalu tahap keyakinan di kalangan pengundi Melayu berada di paras 52 peratus.

Faktor demografi pula memainkan peranan penting kerana ia membentuk sokongan padu penyokong Umno yang membantu gabungan pemerintah terus berkuasa ketika parti lain dalam BN menunjukkan kelemahan.

Aduhai Kerajaan PAS Kelantan, masalah Guru YIK pula..!!!

RM 14.6 J TUNGGAKAN - GURU YIK MENDERITA ANDA BERGEMBIRA

http://www.yik.edu.my/v3/images/small2.gif 

Asalnya masalah guru-guru YIK tidak dalam senarai saya untuk dibangkitkan.

Selepas serombongan guru YIK datang mengadu hal kepada saya, saya terpaksa mengubah fikiran.

Saya terkejut melihat jumlah tunggakan potongan pelbagai jenis pinjaman guru-guru sudah meningkat kepada RM 14.6 juta hingga September 2015!

Gaji guru dipotong oleh YIK untuk caruman guru-guru berkenaan tetapi YIK tidak menjelaskan caruman itu kepada agensi berkenaan. Ia menjadi tertunggak.

Bayaran caruman kepada Koperasi Maik umpamanya, telah terhenti sejak Jun 2014!

Sehingga September 2015, jumlah tunggakan caruman guru-guru kepada Koperasi Maik sahaja sudah berjumlah RM 5,188,381!

Ia menimbulkan banyak kerumitan kepada guru-guru pencarum dan koperasi juga. Tidak perlu untuk saya menyenaraikan semuanya di sini. (Saya bersangka baik MB dan TMB sudah pun membaca masalah dan kerumitan yang ditanggung oleh guru dan koperasi hasil berlakunya tunggakan)

Awie 'Wings' pun malu kerana 1MDB


Selepas Majlis Raja-Raja mengeluarkan titah supaya isu 1MDB segera ditangani, tidak ada tindakan yang lebih baik dapat diambil kerajaan selain daripada berusaha menyelesaikan masalah berkenaan secara berhemah dan terhormat, kata vokalis Wings, Awie.

Menurut Awie, sejak krisis syarikat sarat hutang itu didedahkan, kesannya mencemar nama kerajaan di dalam mahupun di luar negara.

“Kalau boleh, kita mahu perkara ini diselesaikan dengan baik sebab imej Malaysia sangat tercemar ketika ini,” katanya ketika ditemui Malaysiakini.

Penyanyi dan pelakon itu memberi contoh bagaimana isu 1MDB mendorong ramai pengguna media sosial memperlekehkan negara atas rasa tidak puas hati mereka dengan penjelasan diberikan.

“Saya buka Internet, contohnya di YouTube. Ramai orang yang mengutuk dan ia amat memalukan.

“Jangan sampai rakyat pun malu untuk mengaku tinggal di negara ini,” katanya.

Tol: Nak bunuh rakyat ke, apa?

Beban akibat kenaikan kadar tol beberapa lebuh raya mulai semalam bukan saja merimaskan orang ramai dan ahli politik, tetapi nampaknya turut menaikkan kemarahan penyanyi Andy Flop Poppy.

Dalam status dimuat naik Andy menerusi akaun Facebooknya, dia mengaitkan isu berkenaan dengan jemputan persembahan yang dianjur oleh kerajaan.

Menurut Andy, ada ketika tertentu apabila dijemput untuk membuat persembahan di jabatan kerajaan, dia sering kali tidak mendapat peruntukan yang memuaskan.

Alasan sering diberikan, katanya, ialah peruntukan yang ada tidak mencukupi.

“Bila kerajaan panggil aku buat persembahan untuk majlis, memanjang beri alasan jabatan tidak ada bajet besar.

“Ini saja yang ada Encik Andy, boleh lah,” tulisnya menceritakan pengalaman sendiri.

Dan atas dasar itu, Andy berkata, dia juga 'bercadang' mahu menggunakan alasan sama - iaitu dirinya “tidak ada bajet” - ketika perlu membayar kadar baru tol di lebuh raya.

Ahli Parlimen PKR usul undi tidak percaya terhadap Najib


http://mk-cdn.mkini.net/911/5d356abd11909262d98ad5ada32d689d.jpg
Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian sudah mengemukakan notis kepada parlimen untuk membentangkan usul tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Usul berkenaan sudah ada dalam kertas aturan mesyuarat pada Isnin lalu namun ia mungkin tidak terlalu mengujakan kerana ia diletakkan pada susunan ke-25 daripada keseluruhan 28 usul.

Keadaan itu memungkinkan usul berkenaan tidak sempat dikemukakan dalam sidang kali ini.

Ia mengingatkan kepada rang undang-undang persendirian cuba dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Mac lalu bagi membolehkan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Usul berkenaan dimasukkan dalam aturan mesyuarat tetapi gagal dibentangkan sehingga sidang parlimen lalu berakhir.

Semalam Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata orang ramai perlu bersikap realistik mengenai usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri kerana sistem parlimen negara ini menyukarkan cadangan berkenaan dilaksanakan.

PAS Selangor Tak Wala Dengan Presidennya?

Adakah tindakan PAS Selangor bawa maksud menentang Presiden? 
– Mohd Azhar Abd Rahman 


“Rakyat Kelantan ramai menyanjungnya kerana beliau dikatakan ulamak dan digelar Tok Guru, walaupun beliau tidak banyak membangun kemajuan rakyat dan negeri kelantan. Malah kemajuan Islam di Kelantan tidak ke mana dan hukum hudud gagal dilaksanakan semasa hayatnya walaupun menjadi MB Kelantan lebih 20 tahun.” Ini adalah petikan tulisan Ibrahim Ali dalam statusnya di facebook selepas pemergian Almarhum Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat.

Berita Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi berpelukan dengan Ibrahim Ali bukan sesuatu yang sangat mengujakan dibincang kerana wajah PAS mutakhir ini menggambarkan mereka saling berpelukan cuma tidak dizahirkan seperti gambar yang menjadi viral sehari dua ini.

Pertemuan mereka pertemuan biasa. Perbincangan mencapai kata sepakat yang biasa. Cuma rentetan pertemuan itu hangat dibincangkan. Bagi setengan pihak, PAS mengambil keputusan itu sebagai provokasi halus kepada penentang dan boleh jadi sebagai bahan berita yang bakal menjadi polimik di kalangan lawan.

Jika disoroti rekod sebelum ini, banyak perkara memberi kesan langsung kepada PAS misalnya tahaluf siyasi semasa dalam Pakatan Rakyat, dan pelbagai perkara lain, PAS akan menggunakan Majlis Syura sebagai pemutus dan ahli-ahli di bawah perlu patuh sepenuhnya terhadap keputusan tersebut. Secara kebetulan juga setiap apa keputusan yang diambil Presidennya, Majlis Syura akhirnya akan bersetuju dengan tindakan itu.

Ada Sebab AMANAH Melaka Tangguh Penubuhan Pakatan Harapan..

Parti AMANAH Negara negeri Melaka (Amanah Melaka) telah mengambil ketetapan untuk menangguhkan dahulu penuhuhan Pakatan Harapan (PH) peringkat negeri Melaka susulan perkembangan politik terkini yang berlaku di dalam negara.

Penangguhan tersebut dilakukan sementara mendapatkan jawapan dan kepastian dari AMANAH peringkat nasional berkenaan dengan kedudukan parti komponen PH yang ada menjalinkan hubungan dengan PAS sedangkan pada masa yang sama PAS telah dilihat sebagai parti yang mesra PERKASA, sebuah ngo yang bersifat perkauman dan menodokong aspirasi UMNO.

Di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi, AMANAH Melaka mengucapkan tahniah kepada kepimpinan tertinggi ketiga-tiga parti komponen Pakatan Harapan (PH) iaitu PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) kerana sepakat menubuhkan gabungan baharu yang diyakini membawa harapan baharu kepada kehidupan rakyat dan negara Malaysia dan juga menghormati keputusan kepimpinan tertinggi yang mengarahkan setiap negeri menubuhkan Pakatan Harapan (PH) di negeri masing-masing.

Rusia Tak Dipersalahkan Tembak Jatuh MH17 - Liow

BEIJING: Malaysia mahupun laporan Lembaga Keselamatan Belanda ((BDS) tidak membahagi-bahagikan tuduhan atau kesalahan berhubung nahas pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada Julai tahun lepas.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata baik Malaysia mahupun laporan itu tidak menyalahkan sama ada Rusia atau mana-mana kumpulan pemberontak terbabit dalam aktiviti jenayah itu.

"Dalam kes ini, saya tidak melihat sebarang tuduhan, apa juga terhadap Rusia," katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Persidangan Khas Parti Politik Asia di Laluan Sutera di sini hari ini.

Liow berkata apa sahaja input daripada pihak-pihak berkaitan berhubung tragedi pesawat pada 17 Julai 2014 itu akan diambil perhatian oleh penyiasat teknikal.

Pada Khamis, Duta Rusia ke Malaysia, Valery N Yermolov mendesak Kuala Lumpur menghentikan sikap menunding jari berhubung tragedi itu dan sebaliknya menumpukan perhatian kepada usaha mencari pelaku sebenar jenayah itu.

Kekeliruan Melayu tentang pemimpin dan ahli politik

 Oleh Izmil Amri

http://www.dnaberita.com/foto_berita/84Politik.jpg
Ramai antara kita orang Melayu yang tidak secara langsung bergulat dalam politik dan kepimpinan bangsa menyebabkan kita sering kehilangan arah apabila mereka yang kita lihat sebagai tokoh sudah tiada atau hilang ketokohannya.

Sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim disumbat ke penjara dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia, ramai orang Melayu langsung keliru dan yang mendiamkan diri dalam parti yang disokong.

Kelompok Melayu dalam 2 parti ini PAS dan PKR kelihatan masih tercari mata anginnya, hingga mengakibatkan struktur parti terpecah-pecah malah sehinggakan terpaksa sekumpulan daripada PAS menyelumbar dan membikin parti baharu.

Malah PAS sendiri sudah selesa berpelukan dengan "pengkhianat" paling besar yang kini menjadi ikon pertubuhan ultra Melayu, Perkasa. Lupa habis segala kutukan dan penghinaan yang dihamburkan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali selama ini.

Justeru, bukan sahaja Umno yang sedang dirundung masalah kepimpinan, PAS dan PKR juga begitu. Ada lompang dalam kalangan tokoh Melayu, yang ternyata sedang cuba diisi oleh tokoh veteran Tun Dr Mahathir Mohamad bersama penyokongnya dalam sidang media tempoh hari.

Siapakah sebenarnya sampah di Malaysia?

Oleh Hafidz Baharom

http://www.jarrakpos.com/wp-content/uploads/2013/04/Volume-Sampah-Jakarta-030213-YM-1.jpg
Saya memang tidak bersetuju dengan penghijrahan Datuk Saifuddin Abdullah ke dalam PKR kerana ia satu perbuatan memakan diri selepas beliau menggunakan laman Twitter berkata tidak akan meninggalkan Umno.

Tetapi tiadalah sampai mengatakan beliau “sampah”, seperti yang dinyatakan oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Saya tidak begitu kurang ajar.

Tetapi disebabkan Tengku Adnan sanggup membangkitkan perkataan sampah, dia memberi laluan kepada rakyat Malaysia sendiri untuk menentukan siapa sebenarnya sampah di Malaysia.

Bagi definisi saya sendiri, sampah adalah orang yang pecah amanah, yang “mencapati” janji, yang memporak-perandakan rakyat Malaysia yang dulunya makmur dan bersatu, tetapi sekarang sudah luntur dan berbahagi daripada aspek agama, bangsa, malah jantina.

Daripada aspek agama, rakyat Malaysia sekarang dibahagi dari pelbagai segi, sampaikan hendak mengucap “Selamat Tahun Baharu Cina” dan “Merry Christmas” pun dijadikan isu syak.

Malah, memandangkan kita sekarang dalam bulan Oktober, tunggu sajalah “tokoh agama” bersuara 31 hari bulan nanti.

Fastaqim: Datang awal, elak gagal masuk stadium

Menyedari komitmen tinggi dari pelbagai pihak untuk menjayakan Himpunan Fastaqim yang akan berlangsung esok, saya mewakili Jawatankuasa Induk Himpunan Fastaqim menasihati agar semua peserta dapat hadir awal dan segera memasuki stadium sebelum jam 6.30 petang dalam keadaan berwuduk.

Ini mengelakkan insiden serupa berlaku sebagaimana yang pernah dialami sewaktu penganjuran Kongres Rakyat tempohari. Ribuan peserta tidak dapat memasuki dewan meskipun telah dibuka ruang alternatif untuk menampung kehadhiran yang ramai.

Kali ini, saya yakin dan percaya betapa kesungguhan dan semangat orang ramai ingin menyertai Himpunan Fastaqim ini sangat tinggi. Terutama setelah mereka tidak menyertai himpunan Bersih kemudian tidak pula berjaya memasuki dewan Kongres Rakyat, maka Stadium Sultan Muhammad IV ini menjadi destinasi penting buat mereka.

Justeru itu, kami nasihati semua agar datang lebih awal agar dapat mengambil ruang selesa di dalam stadium kelak. Andai kata ruang dalam stadium ini penuh, maka terpaksalah yang hadir kemudian, mengikuti perjalanan Fastaqim yang sarat dengan program dan aktiviti yang menarik ini dari luar stadium.

Ahli Parlimen dijangka berebut kerusi pada pembukaan sidang Dewan Rakyat - Pandikar

KUALA LUMPUR: Isu perebutan tempat duduk dijangka menghangatkan pembukaan sidang Dewan Rakyat yang bermula Isnin depan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, ia berikutan pertukaran parti beberapa Ahli Parlimen Pas ke Parti Amanah Negara (Amanah).

"Walaupun nampak remeh, namun ia tetap menjadi tumpuan awal pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ketiga Belas kali ini.

"Sekarang ini, mereka akan bergaduh soal kerusi. Jadi perlu juga saya cerita tentang tempat duduk. Pertengkaran akan berkisar mengenai parti baharu selepas bercerai dari parti lama.

"Satu lagi adalah soal di mana pemberita akan diletakkan, itu juga akan menjadi panas. Saya sebenarnya mahu muntah dengan politik sebegini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Isu lompat parti daripada PAS ke Amanah hangat kebelakangan ini dengan pertukaran beberapa tokoh tertinggi mereka.

Ia termasuk Presiden Amanah sendiri, Mohamad Sabu yang sebelum ini merupakan Timbalan Presiden Pas serta Ahli Jawatankuasa Amanah, Dr Hatta Ramli yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.

Dalam pada itu, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal juga akan ditempatkan sebaris pemimpin kanan Barisan Nasional (BN) lain selepas rombakan Kabinet baru-baru ini.

Sementara itu, isu penyusunan semula ruang bekerja untuk petugas media dan sudut sidang media di bangunan Parlimen akan dibincangkan pada sesi awal Dewan Rakyat Isnin ini.

Amanah nafi wujudkan pelekat ‘Oren Ganti Hijau’

KOTA BHARU – Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan menafikan kewujudan pelekat bertulis ‘Oren Ganti Hijau’ yang didakwa mensabotaj beberapa poster program anjuran Pas dan kemudahan awam di sini.

Naib Pengerusinya, Che Ibrahim Mohamed berkata, beliau tidak dimaklumkan tentang perkara tersebut sekali gus membuktikan ia bukannya perkara yang telah dirancang oleh parti itu.

“Semua itu fitnah, bukan Amanah yang buat. Biasalah, propaganda musuh perkara biasa dalam politik,”katanya kepada Sinar Harian di sini.

Pelekat oren yang bertulis ‘Oren Ganti Hijau’ itu juga turut dilihat dilekatkan di atas salah satu bahan kempen program anjuran Pas Kelantan iaitu Himpunan Fastaqim dan Munajat Perdana sehingga mewujudkan anggapan bahawa Parti Amanah Negara cuba mensabotaj beberapa program anjuran Pas Kelantan sejak beberapa hari ini.

Selain itu, kemudahan awam seperti kotak surat di Pejabat Pos Kota Bharu dan tiang-tiang lampu di tengah bandar turut tidak ketinggalan ditampal dengan pelekat yang sama.

Che Ibrahim bagaimanapun menasihatkan orang ramai untuk tidak mudah percaya dengan propaganda tersebut selain percaya ia dilakukan dengan sengaja oleh mereka yang berkepentingan dan mahu merosakkan nama baik Parti Amanah Rakyat.

Team Hijau Kuning mahu pulun habis-habisan

PENGENDALI Kedah, Tan Cheng Hoe mahu anak buahnya berusaha sehabis mungkin untuk memenangi perlawanan ke atas Terengganu dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam ini.

Menurut Cheng Hoe, ini kerana sebarang keciciran mata akan menjejaskan misi mereka untuk layak ke pusingan suku akhir.

Justeru itu katanya, hanya kemenangan akan memberi kedudukan selesa kepada Kedah dan membolehkan mereka terus kekal menerajui Kumpulan A.

"Semestinya kita akan berdepan dengan aksi sukar menentang Terengganu kerana mereka juga mahukan kemenangan.

"Namun, saya berharap anak buah saya tidak hilang fokus dan bermain sebagai satu unit serta menampilkan persembahan lebih bertenaga untuk menundukkan Terengganu di laman sendiri," katanya.

Kedah kini mendahului Kumpulan A dengan berkongsi tujuh mata bersama Lions XII, sementara Johor Darul Ta'zim (JDT II) di tangga ketiga dengan empat mata dan Terengganu di tangga tercorot apabila sekadar mengutip satu mata.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...