TERKINI :

Friday, October 16, 2015

Aduhai kesian tengok UMNO dok meroyan dengan hijrahnya Datuk Saifuddin sertai PKR

APA PULAK MEREPEK MERABAN NI?



 http://media.themalaymailonline.com/images/sized/ez/saifuddin_abdullah3_1510_(2)_620_413_100.jpg
Tentu ramai gelihati dengan reaksi Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Megat Najmuddin Megat Khas berkenaan tindakan Saifuddin Abdullah meninggalkan UMNO dan menyertai PKR.

Beliau dilaporkan sebagai berkata, UMNO sama sekali tidak akan memaafkan perbuatan bekas ahli MT itu yang bukan saja keluar parti, tetapi juga mengumumkan secara terbuka.

Bukan sahaja keluar parti, tetapi juga tindakan itu dibuat cara umum dan di hadapan media. Dia nak keluar, keluarlah, katanya sebagaimana dilaporkan oleh TMI.

Ehhh...apa yang salahnya keluar UMNO dan mengumumkannya secara terbuka dan di hadapan media?

Apa yang sampai tak mahu memaafkan tindakannya itu? Apa yang UMNO boleh buat lagi setelah Saifuddin keluar meninggalkan UMNO?

Apa pula undang-undang dan disiplin UMNO yang dilanggar dengan berbuat demikian? Itukan hak masing-masing, lagi pun memang sewajarnya tindakan menyertai parti lain perlu dihebohkan kepada umum dan di hadapan media supaya ia diketahui ramai.

Lagi pun, Saifuddin bukanlah "pemimpin sampah" seperti yang dikatakan oleh Tengku Adnan kerana beliau pernah menjadi ahli MT UMNO dan timbalan menteri sebelum ini. Maka, sewajarnyalah penghijrahan itu diberitahu kepada umum.

Orang kahwin, bertunang dan bercerai pun jemput media, apa pulak salahnya keluar UMNO turut sama panggil wartawan?

TPPA akan jual Tanah Melayu


Pada bulan Mei 2010, tanah milik Keretapi Tanah Melayu di Tanjung Pagar termasuk semua tanah laluan KTM di Singapura diberikan oleh Najib Razak kepada Lee Kuan Yew.

Bani Melayu terpinga-pinga bila membaca berita tanah KTM di Singapura kena rembat. Bani Melayu dilihat amat-amat bodoh.

Dilihat bodoh kerana parti ketuanan Melayu, United Malays National Organisation, yang wujudnya untuk berjuang mempertahankan kepentingan Melayu, telah bersekongkol dengan Lee Kuan Yew.

Amat jelas sekali bahawa Lee ini bukan dari Bani Melayu. Terbukti, dengan penuh tipu helah, Lee Kuan Yew menggunakan parti ketuanan Melayu untuk menjadi orang tengah menipu Bani Melayu.

Ketika tulisan ini digarap, sejarah sedang berulang sekali lagi. Kali ini bukan tanah KTM atau tanah kebun getah di Senaling yang tergadai tetapi Tanah Melayu. Saya ulangi, Tanah Melayu kita ini sedang dalam proses untuk digadaikan.

Dalam tulisan saya ini saya menggunakan Tanah Melayu untuk memastikan Bani Melayu ini faham betul-betul apa yang saya cuba sampaikan. Mungkin jika saya menggunakan istilah “Malaysia”, para Bani Melayu ini tidak ada rasa sayang dan cinta kepada negara yang dipanggil Malaysia.

Zainuddin Maidin perjelas lawatan, pelukan Zahid Hamidi..!!!

  
 
Tan Sri Zainuddin Maiddin pengkritik keras pentadbiran perdana menteri.

Datuk Ahmad Zahid Hamidi pula orang kuat Datuk Seri Najib Razak dan dipilih sebagai timbalan perdana menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disingkir.

Justeru, apabila dua individu ini bertemu dan gambar mereka dirakam mesra, termasuk berpelukan, ramai tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku.

Zainuddin, bekas menteri penerangan dan ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu mengakui dihujani persoalan berkaitan perkara itu.

“Tentunya pertanyaan ini timbul kerana saya dianggap sebagai kritikal terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib, menteri-menteri dan mempertikaikan teguran Zahid kepada pemimpin parti terhadap 1MDB sebagai menimbulkan kontroversi, sebaliknya bagi saya kerana sayangkan parti,” kata Zainuddin.

Menjelaskan perkara itu, Zainuddin berkata Zahid telah lama menyatakan hasrat berkunjung ke rumahnya kerana menganggap wartawan veteran itu tetap bosnya.

Zahid pernah menjadi timbalan menteri ketika Zainuddin menjadi menteri penerangan. Zainuddin menjawat jawatan itu selama tiga tahun pada 2006 hingga 2008 ketika era perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Kalau dulu seseorang itu guru saya maka hingga hari ini dia tetap guru saya, kalau dulu dia penghulu saya maka hari ini pun dia tetap penghulu dan dulu Tan Sri (Zainuddin) bos saya maka hari ini tetap bos saya,” demikian kata Zahid seperti dipetik Zainuddin.

Peguam Negara gagal kesan masalah 1MDB

Khairil Ashraf | October 16, 2015

Pas menempelak Apandi kerana menjadikan Bank Negara sebagai kambing hitam.

tuan-ibrahim

PETALING JAYA : Pas mempersoalkan kewibawaan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali kerana dikatakan gagal mengesan masalah yang membebani 1MDB.

Sebaliknya, beliau menuding jari kepada Bank Negara yang didakwanya sebagai cuai.

Dalam kenyataannya, Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata disebabkan 1MDB, nasib ramai pihak telah berubah.

“Namun nasib 1MDB dan juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak masih kelihatan teguh kerana Peguam Negara tidak dapat menghidu ada masalah terhadap 1MDB.

“Ternyata hidung Peguam Negara tidak sesensitif hidung Majlis Raja-Raja yang turut menggesa agar krisis 1MDB diselesaikan dengan cepat,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, sehingga kini 1MDB masih lagi tidak perlu berdepan dengan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Perdana Menteri juga masih lagi belum disoal oleh polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pemandu teksi rayu kes culik di Kajang mahu polis bersihkan namanya

FMT Reporters | | October 16, 2015

Ahli keluarga Hanizan mendapat malu selepas dia ditahan reman bagi membantu siasatan penculikan kanak-kanak di Kajang.

taxi-driver

KAJANG: Pemandu teksi yang direman bagi membantu siasatan kes penculikan seorang kanak-kanak di Kajang merayu polis membersihkan namanya yang telah tercemar.

Hanizan Mohamed Radzi juga berkata, penahanan dia sebagai suspek telah memalukan keluarganya.

Dia membuat rayuan itu kepada pegawai polis ketika dibawa ke Mahkamah Majistret di sini untuk pembebasannya selepas seminggu ditahan.

“Anak-anak mendapat malu kerana saya. Tolong…tolong bersihkan nama saya.

“Saya hanya pemandu teksi. Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan, “katanya seperti dilaporkan The Star online.

Dia dibebaskan dengan jamiman mengikut Seksyen 49 Kanun Acara Jenayah.

Serang Muhyiddin tidak akan selesaikan apa-apa

Oleh Sheikh Hussein Firzada

http://www.thestar.com.my/~/media/Images/TSOL/Photos-Gallery/Nation/2015/01/26/muhyiddin.ashx/?w=620&h=413&crop=1&
Jika air memang pada asalnya sudah keruh, tiada siapa yang dapat dituduh menyebabkan kekeruhan atau dipersalahkan kerana menangguk ikan di sana, kata penulis dan bekas aktivis Umno Shahbudin Husin.

Kerajaan harus menjernihkannya dan bukan menuduh sesiapa mengeruhkan air yang sedia keruh, katanya lagi.Dengan kata lain, kata Shahbudin dalam posting di blognya, kenyataan yang dikeluarkan Majlis Raja-raja tentang 1MDB perlu diambil berat.


Katanya lagi, tiada siapa boleh dituduh menggunakan kenyataan tersebut sebagai bukti yang agensi menyiasat 1MDB tidak berminat untuk menyelesaikannya, atau meneruskan pendakwaan jika ada salah laku.

“Ketulusan saranan daripada Majlis Raja-Raja tidak seharusnya ditangguk di air keruh yang seharusnya dijernihkan agar terpancar keikhlasan untuk menyelamatkan parti dan kerajaan,” katanya.

Menurut Shahbudin lagi, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi patut dapat melihat dengan jelas punca “air menjadi keruh”.

Orang masjid, janganlah sombong...

Muhamad Mat Yakim

TEMPATNYA di pekarangan sebuah masjid. Acaranya ialah majlis sempena Hari Raya. Tujuannya sudah pasti suci, tulus lagi murni untuk mengeratkan silaturahim sesama anak kariah.

Ada ironi yang terjadi. Saya hadir berseluar jeans, berkemeja lengan panjang sebagaimana kebiasaan. Selepas itu, rancangnya mahu penuhi jemputan yang lain pula. Maka tidaklah saya berkopiah atau berjubah sebagaimana kebanyakan hadirin lain.

Ada pun ceritanya, ketika saya berbual dengan beberapa rakan, datang seseorang yang berkopiah berjabat tangan dengan semua yang ada, kecuali saya. Tertanya-tanya oleh saya mengapa dikecualikan. Seingatnya, saya tidak pernah pun ada apa-apa masalah dengan dia, malah apa yang lebih mungkin, saya percaya dia tidak pun mengenali saya.

Mungkin kerana pakaian saya agaknya, yang tidak seperti orang masjid. Namun wajarkah kerana itu saya diperlakukan sedemikian.

Walaupun ini mungkin kes terpencil yang peribadi sifatnya, daripada pengalaman saya, memang ada sesetengah orang masjid yang berasa diri mereka lebih Islam daripada orang lain. Tidak jadi masalah jika keislaman itu ditunjuk melalui penampilan kerana itu sememangnya sunnah Rasul namun yang jadi masalah jika imej yang begitu indah, ditunjukkan sebaliknya pada sikap sombong, riyak dan memandang rendah pada orang lain.

40% Gen Y belanja di luar kemampuan, bergelumang hutang

Kajian mendapati responden berusia 20 hingga 33 tahun, menghadapi tekanan kewangan dengan majoritinya menanggung kos pinjaman yang tinggi selain hutang kad kredit. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Arifin, 15 Oktober, 2015.
Kajian Institut Kewangan Asia (AIF) mendapati, generasi muda rakyat Malaysia yang tergolong dalam kumpulan "Gen Y" hidup bergelumang dengan hutang dan 40% daripada mereka berbelanja lebih daripada kemampuan.

Menurut kajian itu, responden berusia 20 hingga 33 tahun, mendapati golongan ini menghadapi tekanan kewangan, dengan majoritinya menanggung kos pinjaman yang tinggi selain hutang kad kredit.

"Kajian kami menunjukkan 75% Gen Y mempunyai paling kurang satu sumber pinjaman jangka panjang manakala 37% mempunyai lebih daripada satu.

"Pinjaman jangka panjang termasuk pinjaman kereta, pendidikan dan pajak gadai," kata AIF dalam laporannya "Memahami Gen Y – Merapatkan Jurang Pengetahuan Millennial Malaysia" yang dikeluarkan hari ini.

"Untuk mengimbangi hutang ini, mereka bergantung kepada kaedah pinjaman kos yang tinggi – 38% daripada Gen Y dilaporkan mengambil pinjaman peribadi, manakala 47% terlibat dalam pinjaman kad kredit mahal."

"Walau Pahit, Penasihat Pemimpin Perlu Lapor Perkara Sebenar"

 
DENGKIL: Individu berstatus penasihat bagi setiap pemimpin di semua peringkat pentadbiran perlu mengutamakan integriti dalam melaksanakan tugas dengan melaporkan perkara sebenar, walaupun ia bersifat 'pahit', kata Datuk Seri Zakaria Jaffar.

Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu berkata, hanya dengan mendukung integriti dalam melaksanakan tugas dan kehidupan harian, rakyat dan sesebuah negara itu mampu bertahan.

Sehubungan itu, katanya, tahap integriti di semua peringkat kepimpinan perlu ditingkatkan bagi memastikan negara ini kekal kukuh, bukannya 'tenggelam' akibat tindakan pihak tidak bertanggungjawab.

"Keadaan akan lebih buruk apabila penasihat kepada pemimpin ini tidak menyampaikan perkara sebenar walaupun pahit.

"Tetapi berapa ramai di kalangan penasihat ini yang berani bercakap benar, mungkin kerana kepentingan diri atau bimbang kesan tindak balas yang bakal dihadapi jika bercakap benar," katanya kepada mStar Online apabila membicarakan hal integriti pada pertemuan di kediamannya di Jenderam Hilir di sini, Khamis.

MH17: Rusia Dakwa Buk yang digunakan itu adalah oleh pihak pemberontak

Paparan skrin menunjukkan eksperimen yang dibuat oleh Rusia mengenai apa yang berlaku kepada pesawat MH17 ketika sidang media di Kedutaan Rusia, Kuala Lumpur pada Khamis.
KUALA LUMPUR: Rusia tidak lagi menghasilkan serpihan berbentuk kiub dan tali leher kupu-kupu bagi peluru berpandu darat ke udara Buk, iaitu serpihan yang ditemui di dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 dan pada tiga mayat kru.

Duta Besar Rusia di Malaysia Valery N Yermolov sekeras-kerasnya menyatakan negara itu tidak lagi memiliki misil jenis kepala ledak 9N314M sejak 2011, iaitu tahun penggunaannya ditamatkan.

"Misil Rusia hanya mengandungi bentuk serpihan jenis parallelepiped.

"Serpihan yang ditemui di dalam pesawat itu adalah jenis yang digunakan oleh pihak pemberontak di kawasan konflik," kata Yermolov pada sidang media di Kedutaan Rusia di sini pada Khamis.

Beliau berkata malah Laporan Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) menyatakan serpihan misil yang menjatuhkan MH17 adalah jenis lama.

Rasuah : Anwar saman bekas calon BN Permatang Pauh, Dr Mazlan

Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman fitnah terhadap bekas calon BN Permatang Pauh dan dua lagi atas dakwaan mengaitkannya terlibat dengan rasuah membabitkan badan kehakiman dan Pejabat Peguam Negara, dua tahun lalu.

Anwar, 64, memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil dengan menamakan Dr Mazlan Ismail, Sistem Televisyen Malaysia (TV3) dan Utusan Melayu (M) Bhd sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dalam saman yang difailkan melalui firma Guaman Tetuan Karpal Singh & Co itu, Anwar mendakwa Mazlan telah menyebabkan TV3 menyiarkan perkataan fitnah yang disiarkan di Buletin Utama pada 8 malam, 2 Ogos 2013.

Anwar juga mendakwa Mazlan menyebabkan perkataan fitnah itu diterbitkan di akhbar Utusan Malaysia bertarikh 3 Ogos 2013.

Dia mendakwa Mazlan mengadakan persidangan media yang mengandungi perkataan fitnah itu.

Antara tawaran jadi jutawan dengan e-mail RM12juta dan derma RM2.6bilion..!!

Saya nyaris jadi jutawan


PESANAN yang saya terima menerusi e-mail pagi itu memang amat menggembirakan. Tanpa hujan, tanpa ribut, fulus tiba-tiba akan masuk. Agaknya ini yang orang kata tuah datang menggolek.

Pengirimnya ialah Lavia Shafie, seorang wanita rakyat Malaysia yang kini menetap di UK. Pesanan bahasa Inggeris dalam e-mail itu agak panjang, tetapi fakta ringkasnya adalah seperti berikut:

Pertama, suaminya – warga British – telah tiga tahun meninggal dunia. Hmmm, janda mat salih, menarik juga. Kedua, arwah suaminya meninggalkan wang tunai dalam akaun bank berjumlah 12 juta Pound Sterling.

Ketiga, dia hendak pulang ke Malaysia dan memindahkan peninggalan suaminya itu ke sebuah bank di KL. Tetapi, dia tidak boleh membuka akaun bank di negara ini. Keempat, dia mahu menggunakan akaun bank saya untuk memasukkan semua duit arwah suaminya.

Kelima – ini yang paling menarik dan menggoda – atas kerjasama menggunakan akaun bank saya itu, saya akan diberi 2 juta Pound Sterling. Katanya pada akhir e-email: “Sila nyatakan nama penuh anda, alamat terkini, dan nombor akaun bank.”

Saya akan jadi jutawan segera. Bukan jutawan RM tetapi jutawan Pound Sterling. Kalau semuanya beres saya akan mendapat 2 juta duit orang putih. Kalau pada kadar 5.0 pun, saya sudah kaya RM10 juta.

Pokok Sena - Penjaga bantah pihak sekolah tidak bagi murid pakai songkok

Bantah arahan tak boleh pakai songkok

Bantah arahan tak boleh pakai songkok

POKOK SENA - Ibu bapa sebuah sekolah rendah, di sini, merayu kepada pihak sekolah supaya menarik balik arahan murid tidak dibenarkan memakai songkok ke sekolah.

Menurut waris, sebelum ini pemakaian songkok tidak menjejaskan sebarang aktiviti malah mendidik anak-anak mereka mendekatkan diri dengan agama.

Seorang waris dikenali nama Ibrahim berkata, dia kecewa selepas mendapat makluman daripada anaknya bahawa mereka tidak dibenarkan lagi memakai songkok ke sekolah berkuatkuasa beberapa hari lalu.

Katanya, masalah itu tidak pernah timbul sebelum ini dan ibu bapa juga turut mengalu-alukan anak mereka sekiranya mahu memakai kopiah ke sekolah.

"Bagaimanapun kami sebagai waris di sekolah ini sungguh terkejut apabila mendapat arahan supaya murid di sekolah ini tidak lagi dibenarkan memakai songkok ke sekolah. Saya juga difahamkan bahawa guru agama yang mengajar di sekolah itu turut tidak dibenarkan memakainya.

Kenapa Datuk Saifuddin pilih PKR, bukan Amanah, Pas, DAP

Saifuddin Abdullah

SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah yang menyertai PKR hari ini berkata, parti itu menjadi pilihannya kerana parti itu lebih 'menjadi' berbanding parti-parti pembangkang lain.

Mengulas lanjut mengenai maksud 'menjadi' itu Saifuddin berkata, ia menjadi dari segi kesepaduan pelbagai kaum didalam parti tersebut.

‎"Secara logiknya saya perlu menyertai Parti Amanah sebab ia masih baharu.Tetapi saya bukan memilih jalan yang senang. Jika hendak jalan yang senang, kita tidak perlu masuk poiltik. Tetapi saya memilih yang bersesuaian. Dari dahulu saya percaya terhadap parti berasaskan semua kaum.

"Saya masuk Umno pada tahun 1986 kerana saya ingin masuk BN tetapi tiada sistem yang terus boleh jadi ahli BN. Jadi saya perlu masuk salah satu parti komponen dahulu. Sebab itu, saya dah beberapa kali menyuarakan seseorang itu boleh jadi ahli BN dan bukan parti komponen. Tetapi Umno tetap berkeras mahu memakai sistem lama.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...