TERKINI :

Thursday, October 15, 2015

Pas rugi enggan kerjasama dengan Perkasa

Pas bakal hilang sokongan pengundi Melayu pada PRU14 termasuk undi ahli Perkasa.

 Iskandar-Samad_pas_perkasa_600
PETALING JAYA : Keengganan Pas menjalin sebarang bentuk kerjasama dengan Perkasa bakal merugikan parti itu pada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14).

Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya berkata, kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Samad bahawa Pas enggan bekerjasama kerana Perkasa membawa sentimen perkauman telah menyinggung perasan pengundi Melayu.

Katanya, kenyataan Iskandar itu bakal memberi kesan kepada Pas apabila pengundi Melayu tidak menyokong parti itu pada pilihan raya akan datang.

Ini kerana, katanya, ahli-ahli Perkasa bebas memilh mana-mana calon sama ada parti kerajaan atau pembangkang pada pilihan raya.

“Iskandar adalah pemimpin sebuah parti di Selangor. Parti ini sepatutnya menjaga perasaaan orang lain terutamanya perasaan pengundi kerana Pas akan bertanding dalam pilihan raya.

PRESIDEN GERAKAN akan letak jawatan jika HUDUD diluluskan di parlimen

Mah ikrar halang hudud atau akan letak jawatan

Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong akan menghalang rang undang-undang hudud diluluskan di parlimen dan berikrar untuk meletak jawatan jika gagal melakukan dalam misinya itu.

"Jika hudud diluluskan di parlimen, saya rasa saya sudah gagal dalam melaksanakan tugas. Justeru saya akan meletak jawatan daripada kabinet," katanya.

Mah ketika ini berkhidmat sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri selepas memenangi pilihan raya kecil Teluk Intan pada 31 Mei 2014.

Mah ditemui media sempena persidangan tahunan parti itu hujung minggu ini.

Katanya, Gerakan juga membantah jika PAS berhasrat menyertai BN kecuali parti berkenaan - yang selama ini komited memperjuangkan pelaksanaan hudud - bersedia mengetepikan agenda berkenaan.

Bagaimanapun, kata Mah yang dipetik laporan Kwong Wah Yit Poh, dia yakin PAS tidak akan bersedia melupakan hudud dan hanya segelintir pihak yang percaya ia boleh berlaku.

Amanah desak kerajaan tubuh RCI siasat 1MDB

pakatan-harapan-youth
KUALA LUMPUR : Kerajaan didesak supaya menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal syarikat milik negara, 1MDB.

Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Muhammad Faiz Fadzil mendakwa cadangan itu dibuat selepas siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa sebelum ini tidak mendatangkan sebarang hasil.

Menurutnya lagi, dengan adanya RCI itu nanti, siasatan terhadap skandal yang mendapat perhatian masyarakat dunia itu akan menjadi telus.

“Kami percaya penubuhan RCI ini amat penting untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap negara.

“Kami juga memohon pertimbangan Majlis Raja-Raja Melayu untuk menasihatkan Perdana Menteri supaya meletakkan jawatan dengan segera,” katanya.

Muhammad Faiz berkata demikian kepada pemberita selepas menghantar memorandum (MOU) kepada Pegawai Tadbir Kanan Istana Negara, Zainaldin Mohd Noor.

Guna dana RM2.6 bilion untuk tampung kenaikan tol

Khairil Ashraf | October 15, 2015

Dana yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri jauh daripada mencukupi untuk menampung kesan kenaikan kadar tol.

Muhammad-Faiz-Fadzil

KUALA LUMPUR: Dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak boleh digunakan untuk menampung kenaikan kos.

Cadangan itu dibuat Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Muhammad Faiz Fadzil yang perbandangan, jumlah berkenaan jauh melebihi kos yang terpaksa ditanggung kerajaan kepada pemegang konsesi lebuhraya.

“Pagi tadi Datuk Wahid berkata bahawa kerajaan perlu membayar RM510 juta kalau tak menaikkan harga tol dan jika dibandingkan dengan RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri, RM510 juta itu dapat ditampung.

“Kami mendesak agar kenaikan harga tol ini dikaji semula dan segala perjanjian dengan konsesi lebuh raya dikaji semula demi kebajikan dan kepentingan rakyat,” katanya dalam sidang media di luar perkarangan Istana Negara.

K'jaan S'gor tolak kenaikan kadar tol

Kerajaan negeri Selangor menolak kenaikan kadar tol di 18 lebuh raya di seluruh negara, 12 daripadanya di Lembah Klang, berikutan kos sara hidup yang meningkat pada masa ini.

Sehubungan itu, Menteri Besarnya Mohamed Azmin Ali (gambar) meminta Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) Berhad mengadakan pertemuan dengan KESAS Sdn Bhd dan Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Holdings Sdn Bhd bagi menyuarakan bantahan itu.

"PKNS dan KPS masing-masing memiliki saham minoriti 30 peratus dalam syarikat konsesi Lebuhraya KESAS dan 20 peratus dalam syarikat konsesi Lebuhraya SPRINT.

"Atas sebab itu, PKNS dan KPS telah diminta untuk memanggil mesyuarat khas lembaga pengarah bagi kedua-dua konsesi tol ini bagi menyatakan pendirian kerajaan negeri berhubung isu kenaikan kadar tol," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di Shah Alam hari ini.

HP Bekas EXCO SUKAN KEDAH digunakan untuk sebar fitnah

Hamdan Mohamed Khalib


Salam,..Tak terbayang dan tak tersangka dek akal, hari ini no tel ana 0195478066 telah di 'klon' oleh mereka yg tak bertanggungjawab untuk menghantar sms yg berniat jahat kpd penerima-penerima yg ana tak kenali kebanyakkan orang-orang negeri Kelantan...

Bayangkan, sejak jam 4.20ptg tadi,...bertalu-talu nombor2 yg telah menerima sms berbau fitnah politik bertanya ' siapa ni'...ada yg called ana,...ana beritahu 'saya telah buat report Polis atas perkara ini...'

Hairan kan???

Hubungi CELCOM, mereka pun hairan,..sbb hp ditangan ana,..no ana digunakan sewenang-wenangnya utk hantar sms 'jahat' tersebut..

Apakah motif fitnah ini...adakah ianya berkaitan dengan Himpunan 60K di Kota Bharu...sbb penerima sms 'jahat' ini semuanya org2 Kelate yg tidak ana kenali...supaya menganggap PAS ini jahat..dan perkauman..

Ana akan minta pihak Polis jalankan siasatan, kes ini diletakkan di bawah kategori 'Jenayah Komersil'...kita tunggu dan lihat apa hasil siasatan ini...susah juga nak selesaikan kes yg 'tricky' dan 'jahat' ini...

Hebat dugaan yang diterima ini,..hanya kpdMU, daku berserah...

Di bawah ini cth sms 'jahat' yg dhantar kpd seorang penerima di Kelantan yg telah beri maklumat pd ana... (no ana 0195478066 digunakan sbg no penghantar sms tersebut)...hebat fitnah di zaman ini...

Zam jangka lebih ramai tinggalkan ‘kapal’ Najib


Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin menjangkakan lebih ramai ahli Umno akan menjejaki langkah Datuk Saifuddin Abdullah meninggalkan parti itu kerana tidak mahu ‘karam’ bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak .

"Saifuddin nampak pengaruh Najib semakin terhakis, jadi beliau melompat sebelum kapal tenggelam. Saya berpendapat lebih ramai akan melompat sebelum kapal Umno karam,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Zainuddin berkata imej kesederhanaan Najib semakin terhakis kerana perdana menteri gagal menyatakan pendiriannya berhubung beberapa isu.

"Sebagai contoh, sekolah satu aliran yang diperjuangkan oleh Utusan (Malaysia), jika beliau tidak bersetuju, beliau harus beritahu Utusan (akhbar milik Umno) supaya henti menyiarkan isu itu.

"Sama juga dengan (demo) baju merah, beliau membiarkan perhimpunan itu dan kemudian membidasnya,” kata Zainuddin yang mesra dengan panggilan Zam dan juga pernah menerajui Utusan.

Ucapan Najib sempena Ma'al Hijrah itu adalah nasihat untuk beliau sendiri, bukan orang lain

oleh Aspan Alias


Najib telah menasihati kita semua supaya mengenal apa itu Islam yang sebenar agar kita tidak terpedaya dengan segala gejala yang menentang Islam itu sendiri. Saya amat tertarik dengan ucapan beliau semasa menyambut kedatangan tahun baru hijriah 1437 semalam. Saya sangat merasa bingung dengan apa yang diucapkan beliau kerana apa yang diucapkan beliau itu adalah benar belaka tetapi persoalannya adakah beliau sendiri telah melaksanakan tuntutan Islam itu sendiri.

Beliau menyeru supaya kita orang Islam tidak membenarkan pengaruh tempatan dan antarabangsa untuk memecahkan Islam dan beliau berjanji untuk memajukan negara berlandaskan islam sebagai nadi pentadbiran beliau. Ucapan itu adalah ucapan yang telah disediakan tetapi beliau patut menyedarkan diri beliau sendiri yang beliau lah yang sangat perlu membuat 'soul searching' dan menilai diri sendiri supaya segala elemen dalam pentadbiran beliau itu semuanya berlandaskan Islam. Adalah tidak mencukupi jika beliau hanya membaca teks yang telah tersedia tetapi segala isi kandungan teks ucapan beliau itu sesungguhnya diarah dan ditujukan kepada beliau sendiri.

Selamatkan Umno sebelum rakyat sendiri kuburkan

Oleh Anina Saadudin

http://images.says.com/uploads/story_source/source_image/407722/ca83.jpg
Sebagai sebuah parti yang berusia 69 tahun, Umno seharusnya menjadi parti yang matang dan berwibawa untuk menjadi contoh teladan kepada parti lain bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara.

Jika Umno itu seorang manusia, usia 69 tahun adalah tempoh bonus yang diberikan Allah untuk hidup. Maka dia perlu memperbanyakkan kebaikan dan menggelakkan dosa.

Ketika usia inilah banyak penyakit akan dihadapinya. Jadi, dia perlu memperbanyakkan makanan yang berkhasiat tinggi. Tidak lagi boleh menyapu apa sahaja yang terhidang di atas meja.

Ketika inilah dia perlu pandai memainkan peranannya terhadap cucu, anak dan menantu. Segala masalah keluarga akan ditangani dengan berhemah supaya anak cucunya akan melalui hidup dengan penuh teladan.

Sebagai seorang ahli Umno yang kononnya dilucutkan keahlian, saya dukacita dengan cara pemimpin Umno menjaga parti tersebut hari ini.

Jika dilihat dalam konteks "product life cycle" (kitaran hidup), Umno sedang melalui fasa di mana grafnya sedang sloping down (menjunam) ke arah declining stage (peringkat bawah).

Dalam prinsip pemasaran apabila produk tersebut mencecah "saturation stage" (tepu), yakni fasa sebelum "declining stage", produk tersebut perlulah bersedia dengan keputusan strategik sama ada melakukan modifikasi produk, menamatkan pengeluaran atau strategi lain untuk kelangsungan produk.

Paduan idea dan realiti Amanah

Oleh Abd Shukur Harun

https://fbcdn-photos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xtp1/v/t1.0-0/p480x480/12039359_872552936160779_3457088135487120236_n.jpg?oh=d77ae80a00d91ba3bdd5879e919ecb24&oe=569F0FD3&__gda__=1453368132_65ce9e98ce755f972943254492c1f6df"menambah ahli penubuhan cawangan dan kawasan, mengadakan ibu pejabat di semua peringkat."

Semuanya ini dilakukan di tengah-tengah sambutan luar biasa dan sokongan pelbagai golongan masyarakat bandar, semi bandar, malah luar bandar juga.

Golongan veteran, orang lama dalam politik kelihatan bersama dengan generasi baru mendukung Amanah, suatu gelombang dan fenomena luar biasa.

Mengapa berlaku kebangkitan ini?

Jawapannya ialah rakyat membaca dan melihat wawasan Amanah, dalam parti itu wujud keharmonian antara golongan lama dan baru, sikapnya yang terbuka dan penuh toleransi tetapi tidak terkeluar orbit Islamnya.

Lebih segalanya, Amanah berpaksikan Islam sebagai Rahmatan Lil-Alamin - dengan segala keharumannya, bersifat pelindung kepada semua rakyat, pelbagai kaum dan agama. Ia berusaha menterjemahkan Islam itu dalam hakikat sebenarnya.

Inilah yang menyebabkan, antara lain, rakyat pelbagai kaum dan agama memberikan sokongan, iaitu apabila melihat Amanah boleh merealisasikan harapan mereka.

Bagi kalangan bukan Islam, mereka tidak takut dengan pendekatan Islam yang dibawa Amanah. Bukan kerana parti ini bersifat liberal dalam konotasi pihak yang keliru dan menentang Amanah.

Pakatan Harapan, usah terima kunjungan Perkasa

Oleh Zainulfaqar Yaacob


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hanya membuat kunjungan hormat kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sahaja.

Itu yang Setiausaha Politik Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar sendiri tegaskan, sambil menafikan PAS ada kerjasama rasmi dengan pertubuhan pelampau Perkasa, yang diketuai Datuk Ibrahim Ali.

Walaupun begitu, Parti Amanah Negara (Amanah) perlu mencari jalan supaya tiada kunjungan hormat daripada Perkasa pula untuk bertemu dengan pemimpin utama yang lain dalam Pakatan Harapan.

Ini kerana, usaha membawa masuk PAS ke dalam Pakatan Harapan masih berlaku, sehingga kini, dan niat itu cuba dimurnikan pemimpin tertentu PAS sendiri.

Rakyat pasti akan bertanya, takkan Pakatan Harapan tidak boleh menerima kunjungan hormat daripada Perkasa suatu hari nanti, selepas PAS sendiri menerima kunjungan hormat pertubuhan pelampau itu sekarang.

Tidak kira dari kelompok mana dan wadah apa, bermuhasabahlah kita..!!

' jangan dikejutkan fitnah yang sedang tidur'.
Oleh Mazlan Aliman

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/Mazlan_Aliman_ANAK_MEMORANDUM_BURSA_MALAYSIA_20150526_TMIKAMAL_ARIFFIN_03.jpg
Apabila saya menyertai Parti Amanah Negara dan bersama dalam PAKATAN HARAPAN, saya menerima reaksi balas yang sangat hebat. Kata kata kesat dan fitnah semacam budaya sesetengah di kalangan kita. Perbezaan pandangan bertukar menjadi kebencian. Ungkapan 'pengkhianat' semacam wirid harian. Ukhuwwah yang dibina puluhan tahun musnah lantaran tidak boleh menerima hakikat dan realiti yang berlaku.

Pendekatan Ngo ANAK menemui tokoh tokoh negara seperti Tun Dr Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Kadir , Tan Sri Syed Hamid Albar dan Dato' Saifudin Abdullah di salah ertikan. Usaha ANAK mengangkat isu FELDA melalui engagement dengan berbagai pihak dianggap bersekongkol dengan puak puak zalim.

Kebelakangan ini apabila parti lama saya, PAS membuat hubungan dengan Ngo melayu terutamanya ISMA dan PERKASA, mereka juga di cemuh. Samada tajuknya 'kerjasama', 'kunjung hormat', 'meraikan tetamu', dan lain lain, persepsi rakyat tentunya berbeza beza.

Apa yang saya telah rasa atas segala tuduhan dan fitnah, peritnya kini dirasai oleh pimpinan dan ahli PAS. Saya amat bersimpati dengan rakan rakan PAS yang terpaksa 'bersilat' menepis segala dakwaan mengenai pendekatan PAS masakini. Membina hubungan dan bekerjasama atas isu nasional seperti 1MDB, GST, SOSMA dll, demi menyelamatkan negara dari kehancuran adalah tanggungjawab kita semua. Apapun yang cuba dikaitkan hubungan antara PAS dengan PERKASA, kesan positif atau negatif tetap ada. Masa akan menentukannya!

Pemimpin Umno tidak boleh terima kritikan, kata penganalisis


Tindakan sekat ahli Umno bersuara lantang menunjukkan parti utama kaum Melayu tersebut masih mengamalkan sistem feudal yang memerlukan ahlinya patuh kepada pemimpin atasan, kata penganalisis. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Oktober, 2015.
Tindakan menyekat ahli Umno bersuara lantang menunjukkan parti utama kaum Melayu tersebut masih mengamalkan sistem feudal yang menuntut ahlinya patuh kepada pemimpin atasan, kata penganalisis.

Menurut pemerhatian mereka, politik diamalkan Umno bercirikan budaya orang Melayu yang menuntut seorang pemimpin dilihat kuat di kaca mata masyarakat, oleh sebab itu tidak hairan jika pemimpinnya bersikap autokratik dalam parti.

Ketika dilanda krisis, tindakan mendiamkan ahli menerusi tindakan disiplin atau pemecatan adalah perkara biasa dalam Umno sejak memerintah negara, kata penganalisis politik Prof James Chin.

"Budaya politik orang Melayu menyukai seorang pemimpin yang kuat, jadi tindakan Datuk Seri Najib Razak yang tegas akan menyebabkan kedudukannya masih kuat," katanya.

Chin berkata, ia lebih terserlah apabila Umno menutup ruang bersuara untuk ahlinya apabila kritikan yang berasas juga tidak dibenarkan terhadap pemimpin mereka.

"Tidak semestinya parti politik memerlukan satu tahap kesetiaan. Tetapi, masalah dengan Umno ialah, kritikan yang berasas juga tidak dibenarkan," katanya.

Najib selaku presiden Umno ketika ini berdepan cabaran paling besar sejak memegang tampuk pemerintahan negara, terpalit dengan skandal kewangan dan berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi akibat kejatuhan mata wang yang semakin teruk dan faktor luaran lain.

MH17: 'Permainan Tuding Jari' Bermula Sekali Lagi

 
GILZE-RIJEN (Belanda): Penyiasat, pada Selasa membuat kesimpulan bahawa pesawat Malaysia Airlines, penerbangan MH17 telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu BUK buatan Rusia di kawasan bergolak di Ukraine.

Namun, selepas 15 bulan nahas itu berlaku, Rusia dan Barat yang enggan mengaku bertanggungjawab sebelum ini telah memulakan semula 'permainan' menyalahkan satu sama lain.

Siasatan yang diketuai Belanda ini tidak mengenal pasti siapa yang melancarkan peluru berpandu yang menyebabkan pesawat Boeing 777 terhempas pada 17 Julai 2014, membunuh semua 298 orang di atas kapal.

Tetapi baik Rusia, Ukraine dan negara-negara Barat semuanya mengambil kesempatan pada masa ini untuk meningkatkan tuduhan bahawa orang yang bersalah dalam tragedi itu adalah pihak lain.

"Penerbangan MH17 terhempas akibat letupan peledak di luar kapal terbang bahagian depan sebelah kiri kokpit," kata Pengerusi Lembaga Keselamatan Belanda, Tjibbe Joustra, pada sidang akhbar.

PKR: Perhalusi usul tidak lulus Bajet 2016

Johari Abdul
SHAH ALAM - Ketua-ketua Whip Parlimen dari parti pembangkang digesa memperhalusi usul untuk tidak meluluskan Bajet 2016 yang bakal dibentangkan Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 Oktober ini.

Ketua Whip Parlimen PKR, Datuk Johari Abdul berkata, cadangan tersebut boleh digunakan untuk mendesak Najib berundur dari jawatan Perdana Menteri jika usul tidak percaya ditolak Speaker pada sidang Dewan Rakyat yang bermula 19 Oktober ini.

"Itu satu pilihan (usul tak percaya) dan sudah tentu kita (pembangkang) tidak mempunyai jumlah ahli yang besar, (tanpa) bantuan daripada BN.

"Tetapi itu pilihan yang ada, dan saya harap pilihan itu akan diperhalusi oleh ketua-ketua whip," katanya kepada Sinar Online.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang menegaskan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhak memutuskan sama ada usul undi tidak percaya boleh dilakukan atau tidak.

Razaleigh berkata, Speaker mempunyai kuasa untuk menolak usul sekiranya ia tidak berada dalam urusan aturan mesyuarat Dewan Rakyat di Parlimen.

SPRM nafi keluar kenyataan 1MDB tidak disiasat

SPRM
SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan bahawa pihaknya mengeluarkan kenyataan menyatakan badan pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak disiasat.

Sebaliknya kata Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob, dalam kenyataan bertarikh 22 September 2015, SPRM hanya menyebut bahawa pihaknya tidak menjalankan siasatan ke atas 1MDB.

“Malah dalam kenyataan itu, SPRM menyebut bahawa isu 1MDB disiasat sepenuhnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan oleh yang demikian, sebarang pertanyaan berkenaan isu ini mestilah dirujuk kepada PDRM.

“Perkara ini telah diperjelaskan sebelum ini termasuk menerusi satu kenyataan media SPRM bertarikh 5 Ogos lalu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Exco Kedah - Etika berpakaian belum kuatkuasa, sekadar viral

Belum kuatkuasa, sekadar viral

ALOR SETAR - Perancangan untuk mewartakan mana-mana seksyen dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Kedah perlu diputuskan Majlis Agama Islam Kedah (Maik), selepas perkara berbangkit diperincikan.

Exco Agama, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata, buat masa ini, agenda seperti etika berpakaian bagi wanita Islam, termasuk membonceng motosikal bersama bukan muhram, belum dibawa dalam agenda mesyuarat bersama pihak berkenaan.

“Belum ada kuatkuasa seperti didakwa, yang kini diviralkan pihak tertentu. Jika ada perancangan sekalipun, perlu diputuskan bersama Maik sama ada wujud keperluan untuk wartakan peraturan itu atau sebaliknya,” katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri belum memperincikan aspek-aspek berkaitan untuk dimasukkan dalam mana-mana seksyen bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah yang diluluskan pada Sidang Dun Kedah, tahun lalu.

Kecewa i-BR1M ditukar kepada Skim Khairat Kematian

Kecewa i-BR1M ditukar SKK

BAHAU - Insurans Takaful Berkelompok Insurans 1Malaysia atau i-BR1M, yang diberikan kepada penerima BR1M kategori isi rumah mampu memberi manfaat perlindungan kepada mereka.

Bagaimanapun, dakwa Adun Bahau, Chew Seh Yong, skim insurans berkenaan telah ditukar kepada Skim Khairat Kematian (SKK) dan perkara itu tidak dimaklumkan kepada penerima BR1M.

Menurutnya, beberapa aduan berhubung perkara itu diterima selepas penerima tidak dapat menuntut insurans masing-masing.

“Skim terdahulu penerima akan menerima perlindungan kematian bukan akibat kemalangan manfaat perlindungan sebanyak RM1,000.

“Kematian akibat kemalangan manfaat perlindungan sebanyak RM30,000 dan hilang upaya kekal menyeluruh akibat kemalangan juga memperoleh manfaat sebanyak RM30,000,” katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...