TERKINI :

Wednesday, October 14, 2015

Kunjungan Ibrahim ke pejabat parti agama tidak mengejutkan

Mohd Sayuti Omar,

BERITA PETANG
Ibrahim bersalam dengan presiden parti agama.
Dua peristiwa politik yang berlaku semalam dan hari ini di negara kita, ia mungkin memeranjatkan bagi mereka yang tidak berapa faham dan fasih dunia politik serta berfikir sejalur dalam siasah.

Dua peristiwa itu ialah sidang akhbar yang diadakan oleh Dr Mahathir Mohamad yang turut sama dihadiri oleh Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin bersama Naib Presiden Umno Shafei Afdal serta dituruti sama oleh ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, bekas presiden MCA Ong Tee Keat dan bekas Setiausaha Agung Umno Sanusi Junid.

Peristiwa itu berlaku semalam di Yayasan Kepimpinan Perdana Puteraja.

Manakala peristiwa hari ini ialah kunjungan Presiden Perkasa Inchek Ibrahim Ali ke pejabat agung parti agama di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur kemudian mengadakan sidang akhbar bersama dengan presiden parti itu, Abdul Hadi Awang bersama Setiausaha Agung dan pengarah pilihan rayanya.

Ibrahim kalau ikut falak politik hari ini dia patut berada dalam sidang akhbar Dr Mahathir untuk menzahirkan penentangan kepada penahanan dua rakyat negara ini dibawah SOSMA (Khairuddin dan Mathias Chang) yang dianggap sebagai penyalahgunaan kuasa oleh sidang media Mahathir itu.

Kalau dengan PERKASA boleh berbaik, kenapa PAS terlalu keras dengan AMANAH?

Shahbudin Husin,

Apa pun bentuk kerjasama antara Pas dengan Perkasa atau ia hanya sekadar kunjungan hormat antara sebuah NGO Melayu dengan parti politik Islam dan kemudian bersetuju atas tiga perkara iaitu 1MDB, Sosma dan TPPA semata-mata, pelbagai tafsiran boleh dibuat terhadap perkembangan terbaru ini.

Banyak portal berita melaporkan Pas dengan Perkasa sudah menjalinkan kerjasama berikutan kunjungan Perkasa bersama sebahagian barisan kepimpinannya yang diketuai Ibrahim Ali terhadap Pas yang juga dikepalai oleh Hadi Awang sendiri.

Kerjasama itu dilaporkan melibatkan hal-hal yang berkaitan kepentingan Melayu dan Islam tetapi malam tadi Setiausaha Politik Presiden Pas, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengeluarkan kenyataan bahawa ia bukan kerjasama, cuma sekadar kunjung hormat saja.

Sama ada wujud kerjasama atau hanya sekadar kunjung hormat, tetapi adegan berpeluk antara Hadi Awang dengan Ibrahim Ali tentu saja menarik untuk diperkatakan serta boleh menimbulkan pelbagai tafsiran serta andaian.

Lebih-lebih lagi bila Ibrahim juga berkata, tidak cukup sekadar beliau bersalam saja, malah harus memeluk Hadi Awang. Pelukan itu turut disambut hangat oleh Presiden Pas. Ehem, ehem....

Perkasa bukan saja dikenali NGO yang pro UMNO, malah Presidennya, Ibrahim Ali sendiri diberi laluan oleh BN bertanding atas tiket Bebas dalam pilihanraya umum lalu di Pasir Mas. 

Akhirnya Datuk Saifuddin Abdullah sertai PKR

 

Apa orang kata, PERKASA jumpa PAS demi 'alif, ba, ta'


Ada yang gembira dengan pertemuan mesra dua tokoh PAS dan PERKASA semalam. Bagaimanapun, ada juga yang memandang serong.

Bagi presiden kumpulan pendesak Melayu itu, walau apa pun tanggapan, pertemuan di pejabat agung PAS di ibu negara semalam demi penyatuan ummah dan kesejahteraan 'alif, ba, ta'.

“Apa pun persepsi dan ulasan, yang penting PERKASA membuktikan dan melaksanakan amalan suruhan Allah SWT agar jalinan silaturahim terus diperkasakan.

“Dan nescaya niat yang ikhlas akan mendapat barakah dari Allah SWT,” kata presidennya Datuk Ibrahim Ali.

Ungkapan 'alif, ba, ta' merujuk kepada agama, bangsa dan tanah air, berdasar akronim dalam tulisan Jawi.

Tol naik: Ahli Umno tak selesa, soal mana dana GST

Anggota Umno akar umbi jelas tidak selesa dengan pengumuman kerajaan berhubung kenaikan kadar tol di 18 lebuh raya yang berkuatkuasa esok.

Malah, sebahagian besar mereka mahu kerajaan mengkaji semula kewajaran langkah itu memandangkan situasi ekonomi semasa yang mencabar bagi pengguna.

Menurut Ketua Umno bahagian Kepong, Abdul Razak Abdul Rahman penangguhan perlu kerana rakyat kini sudah cukup terbeban dengan pelbagai kenaikan dan dicengkam pula dengan kajatuhan ringgit.

Abdul Razak menyifatkan kenaikan kadar tol ini sangat tidak sesuai dalam keadaan ekonomi sekarang.

“Mereka memberikan alasan macam-macam berhubung perjanjian konsensi dan sebagainya tetapi saya secara peribadi memohon kerajaan mengkaji balik (kenaikan kadar tol).

“Dalam keadaan negara yang baru sahaja mengalami kejatuhan mata wang, dengan pelaksanaan GST serta masalah jerebunya lagi dan kini ditambah dengan kenaikan kadar tol, ini (kenaikan) tidak begitu sesuai untuk dilaksanakan,’ katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

"PAS tiada maruah ke? Tiada prinsip? Tak malu? " - Datuk Tajuddin Abdul Rahman

http://www.thestar.com.my/~/media/Images/TSOL/Photos-Gallery/Nation/2014/11/06/Datuk%20Tajuddin%20Abdul%20Rahman.ashx/?w=620&h=413&crop=1& 
KUALA LUMPUR: "PAS tiada maruah ke? Tiada prinsip? Tak malu? Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong," itu kata ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman ketika diminta mengulas berkenaan persetujuan PAS untuk mengadakan kerjasama politik dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tegas Tajuddin, PAS sepatutunya sedar bahawa PKR kini menjalin hubungan kerjasama politik dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP, yang mana DAP secara jelas 'menendang' PAS.

"Amanah yang kini dalam Pakatan Harapan, mereka memang tidak sebulu dengan PAS. DAP sudah tendang dia (PAS) keluar.

"Jadi boleh dikatakan ketiga-tiga komponen dalam Pakatan Harapan ini tidak menerima PAS," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Justeru, beliau berpandangan PAS tidak perlu menjalinkan kerjasama politik dengan parti pembangkang yang lain.

Katanya, persamaan hala tuju dan matlamat perjuangan UMNO dan PAS dilihat sebagai sinergi untuk kedua-dua parti itu bekerjasama.

"Saya menyeru kepada pihak PAS, lebih baik kita bekerjasama, kita bersatu, matlamat perjuangan kita sama dan kita akan lebih berjaya lagi.

1MDB dalam siasatan polis, kata SPRM

Syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad masih dalam siasatan polis, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Oktober, 2015.

Walaupun 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), itu tidak bermakna firma pelaburan negara itu tidak berada di bawah penyiasatan mana-mana pihak, kata badan anti rasuah itu dalam satu kenyataan hari ini.

Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob berkata syarikat milik Kementerian Kewangan itu sedang dalam siasatan polis.

SPRM berkata demikian sebagai mengulas kenyataan 1MDB hari ini yang mendakwa ia tidak lagi disiasat, berikutan penjelasan Jabatan Peguam Negara mengenai mengapa ia membersihkan syarikat itu daripada sebarang salah laku kerana membuat pendedahan tidak tepat bagi mendapatkan kebenaran pelaburan luar negara.

"Merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan 1MDB pada hari ini, SPRM mahu menjelaskan yang SPRM dalam kenyataannya pada 22 September, 2015 tidak pernah mengatakan 1MDB tidak disiasat.

"Sebaliknya dalam kenyataan media bertarikh 22 September, 2015 SPRM hanya menyebut SPRM tidak menjalankan siasatan ke atas 1MDB.

Azmin arah firma S'gor naikkan tol hadir MTES

http://mk-cdn.mkini.net/893/973ffa190639254af4c1b888aa84b18a.jpg

Dua syarikat milik kerajaan negeri Selangor yang mempunyai pegangan saham minoriti dalam dua lebuh raya di negeri itu hari ini diarahkan hadir ke mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), esok.

Dua syarikat berkenaan- Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Kumpulan Perangsang Selangor (PKS) - diarahkan supaya menjelaskan kenaikkan kadar tol yang berkuatkuasa esok.

"Saya telah minta PKNS dan Kumpulan Perangsang yang masing masing ada kepentingan minoriti dalam Kesas dan Sprint untuk hadir ke MTES esok.

"MTES akan meneliti maklumbalas dari PKNS dan KPS. Dasar Kerajaan Negeri adalah jelas membantah sebarang kenaikan tol yang membebankan rakyat," katanya dalam beberapa posting di twitter.

Menurut Laporan Tahunan PKS 2014, kerajaan negeri memiliki 20 peratus pegangan saham dalam Lebuh Raya Sprint.

PKNS pula mempunyai 30 peratus saham dalam Lebuh Raya Kesas.

Isnin lalu, sebanyak 18 syarikat konsesi lebuh raya mengumumkan kenaikan kadar baru tol selepas kerajaan menghentikan subsidi tol.

Mahfuz : Tahniah PAS Selangor tolak kerjasama dengan PERKASA

TOLAK KERJASAMA PERKASA,TINDAKAN TEPAT DAN BIJAKSANA PAS SELANGOR.

1. Pertama saya ucapkan tahniah atas pendirian yang diambil oleh PAS Selangor melalui kenyataan YB Dato' Iskandar Samad Pesuruhjaya PAS Selangor yang menolak sebarang kerjasama dengan kumpulan Perkasa yang membawa sentimen perkauman.

2. Saya percaya penolakan kerjasama dengan Perkasa oleh PAS Selangor setelah mengambil kira sentimen penolakan rakyat Selangor daripada pelbagai kaum terhadap Perkasa yang dilihat terlalu membawa sentimen politik perkauman sempit yang boleh menimbulkan ketidakharmonian masyarakat pelbagai kaum dan agama yang ada dinegeri Selangor.

3. Saya percaya PAS Selongor melihat sebarang bentuk kerjasama mahu pun apa apa ketetapan atas apa jua isu bersama Perkasa tidak ubah seperti pepatah Melayu yang menyatakan "Untung secupak rugi Segantang".

4. Kepada semua pihak khususnya parti-parti politik berhati hati dengan agenda politik sempit yang cuba dibawa oleh pihak tertentu untuk mengujudkan pemikiran kononnya kerajaan pemerentahan Melayu dan Pembangkang Cina di Malaysia. Pemikiran ini sangat merbahaya kepada masyarakat Majmuk di Malaysia. Pemikiran ini hanya sekadar untuk menyambung hayat politik Umno yang berada dalam keadaan Nazak. Kepada umat Islam marilah kita pamirkan Islam Rahmat untuk semua.

5. Saya menyeru pada semua parti-parti politik khususnya parti pembangkang untuk bersatu dalam satu pasukan untuk melakar landskap politik baru Malaysia tanpa politik perkauman sempit demi masa depan anak cucu dan Malaysia tercinta.

SELAMATKAN RAKYAT DAN MALAYSIA TERCINTA.
SALAM HIJRAH 1437

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
14 Okt 2015/1Muharram 1437H

Mahfuz: Peguam negara keliru, mengelirukan

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali keliru dengan peruntukan digunakan untuk menahan bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan, kata anggota parlimen Pokok Sena.

Datuk Mahfuz Omar berkata beliau hairan bagaimana peguam negara tidak sedar bahawa tuduhan bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan adalah kesalahan keselamatan yang tertakluk bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma).

“Betul mereka tidak didakwa di bawah Sosma tetapi kesalahan yang didakwa itu adalah kesalahan yang berkaitan dengan Sosma,” kata Mahfuz bekas ketua penerangan PAS itu.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali semalam menjelaskan bahawa Khairuddin, bekas ketua Umno Batu Kawan dan peguamnya Matthias Chang didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan dan bukan di bawah Sosma.

Kenyataan itu dibuat selepas Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tengku Razaleigh Hamzah dan empat lagi tokoh penting BN tampil bersama mengecam penangkapan Khairuddin dan Chang selepas membuat laporan di peringkat antarabangsa dalam isu 1MDB.

Mahfuz berkata, kenyataan Apandi hanya mendedahkan kekeliruan beliau dan “lebih menjadi masalah bilamana beliau cuba pula untuk mengelirukan rakyat”.

Justeru, Mahfuz menggesa Apandi mohon maaf kepada rakyat Malaysia selepas didakwa membuat “cubaan bodohkan rakyat”.

Muhyiddin: Fikir waras, siapa sebenar sabotaj negara?

Saya telah membaca beberapa kenyataan yang dibuat oleh segelintir pihak yang mendakwa bahawa saya telah membantah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan pada 12 Oktober lalu.

Dan ini kononnya bercanggah dengan pendirian saya menyokong SOSMA semasa di dalam kabinet dan ketika rang undang-undang Sosma dibentangkan di parlimen.

Pendirian saya tidak pernah berubah.

Saya menyokong Sosma untuk menangani kesalahan-kesalahan keselamatan yang menggugat keamanan dan ketenteraman awam.

Yang saya tidak bersetuju ialah penyalahgunaan Sosma yang bercanggah dengan tujuan asal akta ini digubal sepertimana yang berlaku dalam kes penahanan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang.

Tindakan mereka membuat laporan mengenai dakwaan salah laku 1MDB kepada pihak-pihak berkuasa dalam dan luar negara tidaklah boleh dikatakan sebagai satu tindakan sabotaj bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan, iaitu satu kesalahan keselamatan yang membolehkan penggunaan Sosma.

Bukankah mereka sekadar melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara yang prihatin?

Pendirian saya ini adalah selari dengan jaminan kerajaan ketika akta ini digubal bahawa ia tidak akan disalahgunakan untuk tujuan-tujuan lain, terutamanya yang bermotifkan politik.

Moga perjuangan diberkati

Ini termasuk mendiamkan pengkritik dan menyekat kebebasan rakyat untuk bersuara dan memberikan pandangan.

Jaminan ini adalah selaras dengan langkah transformasi politik yang diambil oleh kerajaan.

Adakah 1MDB terlalu kebal sehinggakan pihak yang mengkritik dan membuat laporan terhadapnya didakwa di mahkamah?

Seorang yang berfikiran waras pastinya akan bertanya siapakah yang sebenarnya mensabotaj sistem perbankan dan perkhidmatan kewangan negara?

Orang yang membuat laporan kepada pihak berkuasa supaya menyiasat dakwaan salah laku 1MDB atau orang yang mengakibatkan berbillion ringgit wang rakyat dalam 1MDB lesap?

Apakah pemimpin Umno harus berdiam diri dalam hal ini dan bersekongkol dengan para petualang?

Janganlah dibiarkan jiwa perjuangan yang mengalir dalam darah setiap pejuang Umno dibeli dengan harga yang murah.

Adalah menjadi tanggungjawab setiap pejuang Umno untuk bangkit menentang penyelewengan dan perompakan harta negara oleh pihak-pihak tertentu.

Barulah Umno akan disegani dan dihormati oleh rakyat seluruhnya dan diberkati perjuangannya oleh Allah SWT.

TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN timbalan presiden Umno dan bekas timbalan perdana menteri. Kenyataan ini dimuatkan kali pertama di Facebook beliau sebentar tadi.

Budaya kepimpinan kita masih budaya kepimpinan dunia ketiga

oleh Aspan Alias

https://2.bp.blogspot.com/-rFCFb3iJNqU/TlmySf3RO2I/AAAAAAAAAF8/AQ1a7mY4Hxs/s1600/merdeka1.jpg 

Najib seorang pemimpin yang keliru. Beliau tidak memahami yang seorang pemimpin yang baik tidak akan ada banyak perancangan yang tidak dapat dilaksanakan. Sekarang Najib telah menunjukkan yang beliau seorang pemimpin yang lemah dari awal lagi dan beliau tidak sepatutnya menjadi Perdana Menteri. Tetapi tidak tahu mengapa Dr Mahathir beriya-iya benar hendak melihat Najib menjadi Perdana Menteri walaupun hakikatnya barisan kepimpinan UMNO sudah kekosongan kepimpinan. Malahan sesiapa sahaja di antara mereka yang ada dalam badan pentadbiran UMNO yang tertinggi tiada siapa yang berkemampuan untuk melakukan sesuatu yang boleh dianggap tindakan yang berkepimpinan.

Sesungguhnya kita semua boleh belajar dari kelemahan dan ketidak-mampuan Najib memimpin negara sekarang ini. Ada juga hikmahnya dengan sikap dan kelemahan Najib itu. Hikmahnya kita dapat belajar untuk membetulkan pandangan kita terhadap seorang yang kita anggap berkepimpinan tetapi sesungguhnya ia hanyalah nilai yang sangat 'superficial' sahaja.

Di negara-negara maju etika kepimpinan itu amat ketat dan tinggi nilainya. Seseorang itu tidak akan diangkat menjadi pemimpin dan Perdana Menteri jika sebelum menjadi Perdana Menteri itu terdapat dan kedengaran isu-isu yang boleh memalitkan nama baik kepimpinan dan negara. Di Britain pada tahun 2006, David Blunkett, Menteri dalam Negerinya telah hilang jawatannya hanya kerana kesalahan etika dan bukan pun kesalahan yang kriminal. Blunkett telah mempercepatkan proses permohonan permit kerja bagi amah kepada teman wanitanya dalam masa yang singkat. Setelah dipersoalkan maka Blunkett telah meletakkan jawatan dari Menteri Dalam Negeri negara itu.

Zainuddin Maidin - Bahaya besar sedang menanti UMNO bila ada kerjasama PAS-PERKASA

Mat Alishah

Hangpa tengok nie..kan aku dah kata UMNO dah kecut perut bilamana PAS-PERKASA buat kerjasama...

antara orang pertama nampak ialah ZAINUDDIN MAIDIN...

*aku hairan pulak yang puak PAS dibawah nie dok gelabah bewak tu apasal..relax maa ULAMAK tau la dia buat apa....


Kerajaan Pulau Pinang dah jadi macam Umno

KUALA LUMPUR: Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang (BPPNPP) menyatakan kekesalan atas sikap Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang yang secara tiba-tiba menafikan bantuan kewangan tahun ini kepada Sekolah Rendah Islam Al-Ansor (SRIA) dan Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU).

“Sesuatu yang aneh, pelik dan meragukan apabila surat makluman pemberian bantuan yang diserahkan kepada wakil SRIA oleh Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) pada 3 September 2015 secara tiba-tiba ditarik balik pada hari yang sama,” ujar Ketua Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah.

Kekesalan itu ekoran bantuan yang telah diberikan semenjak 2009 itu, tiba-tiba diputuskan untuk tidak diteruskan pada tahun ini. Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang memberi alasan bahawa tidak pernah menyediakan ‘geran tetap’ dan sebaliknya diberikan secara bergilir-gilir berdasarkan keperluan.

“BPPNPP tidak menafikan peruntukkan kepada SAR tahun ini telah diagihkan oleh Kerajaan Negeri walaupun 'lewat' hingga ke penghujung tahun. Namun, persoalannya mengapa dua buah sekolah ini dikeluarkan daripada senarai penerima?

“Jika demikian, sila kemukakan laporan kajian berasaskan keperluan yang dimaksudkan untuk memberhentikan bantuan. Realitinya semua SAR di negeri ini masih memerlukan bantuan dan sokongan,” ujar beliau lagi.

Tindakan tidak demokratik Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang itu mengakibatkan lebih 500 pelajar yang kebanyakannya terdiri dari pelajar miskin termasuk hampir 80 kakitangannya bakal terjejas.

“Tahun Baharu Hijrah 1437 yang disambut hari ini oleh seluruh umat Islam terpaksa dirai dengan linangan air mata dan kesedihan oleh para guru, kakitangan, ibu bapa, para pelajar dan seluruh warga SRIA dan SRIBU di atas tindakan yang tidak bertamadun ini.

“BPPNPP menggesa Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang dapat bersikap profesional seperti Kerajaan Negeri pimpinan PAS di Kelantan yang masih meneruskan bantuan kepada seluruh lapisan rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik,” tegas Ustaz Yusni.

Kerajaan Pakatan Harapan di Pulau Pinang diingatkan tidak mencontohi segala tingkah laku Umno-BN jika berhasrat ke Putrajaya.

Beliau turut membidas kononnya Ketua Menteri yang kerap mahu mencontohi Khalifah 'Umar bin 'Abdul 'Aziz yang memiliki sifat kebijaksanaan, keadilan, jujur dan berani lahir dari hati beliau yang ikhlas. namun, yang berlaku hanya momokan politik murahan untuk mengaburi rakyat agar dapat terus kekal berkuasa. – HARAKAHDAILY 14/10/2015

Hadi belum putuskan bagi bentang bil hudud sekali lagi

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang belum memutuskan sama ada akan membuat permohonan baru bagi bagi pembentangan Rang Undang-Undang Persendirian di Parlimen berhubung pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Peguamnya, Datuk Takiyuddin Hassan, yang juga adalah Setiausaha Agung PAS berkata demikian kepada pemberita apabila ditanya sama ada Hafi akan mengemukakan usul baru pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

“Tidak, setahu saya. Sebagai peguamnya, saya tidak mempunyai maklumat. Sebagai setiausaha agung parti, bukan buat masa ini.

“Kami belum putuskan sama ada untuk memfailkan usul baru atau tidak. Buat masa ini tidak ada sebarang niat, “ katanya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, mahkamah hari ini menetapkan 9 November ini bagi keputusan permohonan Hadi dan empat lagi untuk membatalkan saman pemula empat individu yang mencabar usul itu di Parlimen.

Rang Undang-Undang Persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 yang cuba dibentangkan menurut saman pemula itu, bukan sahaja didakwa bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, malah dianggap mengelirukan bahkan dikatakan suatu cubaan untuk memperluaskan kuasa Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman tanpa batasan.

Hakim Datuk Asmabi Mohamad menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan peguam utama, Datuk Sulaiman Abdullah mewakili Hadi di kamar hakim.

PAS Selangor tolak kerjasama dengan PERKASA

PAS Selangor hari ini menegaskan bahawa mereka tidak bersetuju dengan sebarang bentuk kerjasama dengan kumpulan pendesak Melayu PERKASA meskipun presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam dirakamkan berpelukan dengan Datuk Ibrahim Ali.

“Ingin ditegaskan di sini bahawa PAS Selangor tidak bersetuju dengan sebarang kerjasama dengan PERKASA.

“Walaupun PAS Selangor bersedia mewujudkan kerjasama untuk menentang BN dengan mereka yang menghormati prinsip-prinsip dan dasar perjuangan PAS tetapi kami menolak sama sekali mana-mana pihak yang membawa sentimen perkauman,” kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar A Samad dalam kenyataan medianya yang dimuat-naikkan di Facebook.

Menurut Iskandar yang juga adalah naib presiden PAS, beliau telah menerima penjelasan daripada PAS pusat bahawa parti itu hanya menerima kunjung hormat daripada PERKASA yang melawat ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur, semalam.

“PAS Pusat hanya menerima kunjung hormat daripada PERKASA.

“Mereka telah membincangkan tiga perkara iaitu 1MDB, Sosma dan TPPA. Tidak ada persetujuan untuk mewujudkan sebarang kerjasama seperti yang dilaporkan oleh media,” katanya.

Ini di sebalik kenyataan rasmi PAS di laman Facebook semalam yang mengumumkan parti itu dan PERKASA bersetuju bekerjasama dalam isu 1MDB, Sosma dan TPPA.

Bagaimanapun kenyataan itu kemudiaan disunting dengan perkataan ‘kerjasama’ ditukar kepada ‘bersetuju’ terhadap tiga isu berkenaan.

Sokong SOSMA semasa dalam KERAJAAN tidak bererti setuju ia di salahgunakan

Shahbudin Husin,

Apabila Muhyiddin Yassin termasuk dalam senarai tujuh pemimpin yang mengeluarkan kenyataan bersama mengecam penggunaan undang-undang Sosma kepada penentang kerajaan, Pengarah Komunikasi Strategik BN, Abdul Rahman Dahlan pantas melakukan kritikannya terhadap Timbalan Presiden UMNO itu.

Dalam hujahnya, beliau mengingatkan bahawa Muhyiddinlah yang ketika itu Ketua Whip BN yang bersungguh-sungguh memastikan semua wakil rakyat parti itu mengundi bagi kelulusan Sosma di Parlimen.

Menulis di twitternya, Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, "Sosma adalah lebih baik daripada ISA. Malah bekas Ketua Whip BN, TSMY memastikan semua Ahli Parlimen BN termasuk Ahli Parlimen Semporna mengundinya di Parlimen."

Abdul Rahman turut mempertahankan Sosma yang menurutnya lebih memberi peluang kepada pesalahnya melihat nasib mereka ditentukan di mahkamah berhanding ISA, selain menyindir pemerintahan 22 tahun Tun Mahathir Mohamad yang penuh warna warni serta menimbulkan "budaya ketakutan yang tidak dinafikan".

AMANAH - Berundurlah NAJIB demi kedaulatan rakyat Malaysia

 Rakyat Malaysia mengharapkan seorang pengganti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dapat memulihkan semula keadaan ekonomi, politik, keyakinan rakyat, serta menamatkan kritikan pihak luar terhadap negara, kata Presiden Amanah Mohamad Sabu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Oktober, 2015.
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini meminta Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatannya sebagai perdana menteri dengan cara terhormat demi kedaulatan rakyat Malaysia.

Presidennya Mohamad Sabu berkata, rakyat Malaysia mengharapkan seorang pengganti yang dapat memulihkan semula keadaan ekonomi, politik, keyakinan rakyat, serta menamatkan kritikan pihak luar terhadap negara.

“Saya sebagai presiden Amanah merayu dengan sesungguhnya agar Najib mendengar rayuan ini, sama ada daripada parti pemerintah, pembangkang, organisasi bukan kerajaan (NGO) serta rakyat seluruhnya, supaya beliau meletak jawatan segera.

“Kekusutan ekonomi, salah laku, tindakan kepada pegawai kerajaan khasnya peguam negara, ketua bahagian Cawangan Khas, siasatan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ditambah dengan pendedahan siasatan oleh bekas timbalan pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman Datuk Abdul Hamid Bador, menyebabkan rakyat hilang keyakinan kepada Najib,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Laporan akhir dapati MH17 ditembak jatuh dengan peluru berpandu BUK


Lembaga Keselamatan Belanda mengesahkan pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh dengan peluru berpandu darat ke udara BUK di ruang udara timur Ukraine tahun lepas.

Pengerusinya Tjibbe Joustra berkata peluru berpandu itu meledak di sebelah kiri kokpit pesawat berkenaan.

"MH17 ditembak jatuh dengan peluru berpandu darat ke udara BUK," katanya ketika membentangkan laporan akhir tragedi MH17 di pangkalan udara Gilze-Rijen, Belanda pada Selasa, yang disiarkan secara langsung melalui media antarabangsa.

Pesawat MH17 ditembak jatuh ketika terbang pada ketinggian 30,000 kaki dan terhempas di kawasan bergolak Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai 2014.

Semua 283 penumpang dan 15 anak kapal pesawat Boeing 777 itu, yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam, terkorban.

Joustra berkata siasatan mendapati MH17 terbang secara normal sehingga pada masa kejadian, apabila pesawat itu melintasi ruang udara timur Ukraine.

Kritikan Tun M 'signal nazak' keadaan negara

 ‎Dr M, Ku Li, Muhyiddin pertahan Khairuddin
KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) memandang kritikan pemimpin veteran Umno yan‎g diketuai oleh bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad merupakan 'signal nazak' terhadap keadaan negara yang sedang memasuki fasa tenat dan semakin memburuk.

Ketuanya, Sany Hamzan berkata, hal itu menjadi lebih menarik apabila Mahathir sanggup mengetepikan sengketa lama beliau dengan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) untuk tampil bersama memberikan tekanan kepada pentadbiran Perdana Menteri ketika ini.

‎" Oleh itu Pemuda Amanah berpendirian bahawa koalisi baru Pakatan Harapan perlu segera membuat kerjasama bersyarat dengan pasukan Mahathir agar gelombang yang telah disemarak oleh Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berhubung siasatan terhadap 1MDB, mampu digarap semaksimum mungkin bagi mengeluarkan negara daripada kemelut ekonomi dan politik.

‘Rugi berbalah sama sendiri’ - PAS Kota Bharu


 KOTA BHARU – Pas Kota Bharu melihat perbalahan yang berlaku dalam kalangan parti pembangkang kini merugikan semua mereka ketika usaha giat dijalankan untuk menarik sokongan pengundi menjatuhkan BN pada PRU akan datang.

Pemangku Yang dipertuanya, Dr Rosli Allani Abdul Kadir berkata, sepatutnya parti pembangkang lebih mementingkan perbincangan bersama untuk memperjuangkan pelbagai isu nasional yang berkait rapat kepentingan rakyat dan negara berbanding percakaran sesama sendiri.

“Ia bukan sahaja merugikan kita, malah perkara tersebut boleh menghakis kepercayaan rakyat yang diberikan sepenuhnya kepada kita sebelum ini. Rakyat adalah pemerhati dalam setiap apa yang kita lakukan,” katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan yang dikeluarkan Majlis Pimpinan Pusat PKR semalam yang menyeru kepada semua parti pembangkang supaya menghentikan perbalahan dan menyerang antara satu sama lain.

KUALA NERANG - Benih padi musnah kerana banjir

Benih padi musnah kerana banjir

KUALA NERANG - Seramai 30 petani di Kampung Lubuk Perung, Mukim Tekai Kiri kerugian selepas banjir yang melanda menyebabkan sawah mereka ditenggelami air.

Petani memaklumkan banjir itu berlaku selepas hujan lebat baru-baru ini menyebabkan benih padi yang baru ditabur dibawa arus air.

Petani, Ibrahim Abd Rahman, 60, berkata, petani di kawasan itu baru sahaja membajak sawah mereka dan menabur benih padi untuk musim tanaman pada kali ini.

Bagaimanapun selepas beberapa hari, sawah mereka yang baru disemai dengan anak padi telah dipenuhi air selepas hujan lebat berlaku Khamis lalu hingga merosakkan semaian itu.

“Selepas membajak sawah, saya terus menabur benih padi supaya selamat dari musim hujan sekarang ini. Bagaimanapun selepas menabur beberapa hari saja hujan lebat menyebabkan semaian padi saya turut dibawa oleh air.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...