TERKINI :

Tuesday, October 13, 2015

Berani MUKHRIZ nak laksanakan undang2 tatacara berpakaian, orang pertama kena tentu bini dia..!!

Tiada tatacara pakaian wanita Islam di Kedah – Mukhriz

mukhriz, kedah
PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan dakwaan kononnya kerajaan negeri akan memperkenalkan peraturan berpakaian bagi wanita beragama Islam di negeri itu.

Menurutnya, Kedah merupakan negari majmuk yang berbilang kaum dan mesej tersebar menerusi aplikasi WhatsApp tentang cadangan itu berkemungkinan merupakan usaha mensabotaj program ‘Discover Kedah’ tahun depan.

“Itu (cadangan) adalah tidak benar. Kita tidak berhasrat ke tahap sampai hendak menguatkuasa pakaian wanita di Kedah. Di Kedah kita memberi ruang dan tidak ada sampai ‘strict’ sangat.”

“Pada akhirnya, ia antara seseorang dengan Tuhannya,” katanya yang dipetik daripada Bernama. .

PAS jadi gelabah bewak dengan kunjungan PERKASA kepejabat mereka siang tadi..!!

oleh M.A Shah,



cuba anda perhatikan sekarang ada 2 perkara sedang cuba dilakukan oleh juak-juak PAS selepas kedatangan IBRAHIM ALI PERKASA ke pejabat mereka petang tadi...
1) Mulanya mereka menyatakan bersetuju untuk bekerjasama dalam ISU 1MDB, BANTAH SOSMA & BANTAH TPPA. Ini berdasarkan dari kenyataan di keluarkan dari page rasmi PAS Pusat...

Tiada bukti baru, siasatan BNM ke atas 1MDB ditutup - Peguam Negara

 
PUTRAJAYA: Jabatan Peguam Negara mengambil keputusan untuk menutup siasatan Bank Negara Malaysia (BNM) ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali berkata ini memandangkan tiada bukti baru dikemukakan BNM bagi meneruskan siasatan mengikut Perenggan 4(b) Bahagian 1 Jadual 5, Akta Kawalan Tukaran 1953 (ECM).

"Bank Negara sebagai badan pengawal aliran wang harus mendapatkan maklumat terperinci sebelum mengeluarkan kelulusan.

"Kesemua tiga kebenaran yang diberikan BNM untuk pemindahan wang yang dimohon 1MDB diberikan dalam tempoh tidak lebih tiga hari," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa tiada maklumat benefisiari diperlukan dalam borang permohonan ECM iaitu borang 09A dan 06B yang diisi pihak 1MDB semasa membuat permohonan.

"Bank Negara sepatutnya meneliti permohonan terbabit dan jelas sekali tiada maklumat lanjut diminta BNM bagi tujuan permohonan terbabit," jelas beliau.

PAS belum berhasrat jalin kerjasama politik dengan Umno

Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali (kanan) pada sidang media di ibu pejabat PAS berkata, sehingga hari ini, PAS hanya menjalankan kerjasama bukan politik dengan Umno dan ia hanya melibatkan isu. Sidang media itu turut dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 13 Oktober, 2015.
PAS kini hanya menjalankan kerjasama dengan PKR dan belum berhasrat untuk menjalankan kerjasama serupa dengan Umno, kata Pengarah Pilihan Raya Datuk Mustafa Ali.

Mustafa berkata, sehingga hari ini, parti Islam itu hanya menjalankan kerjasama bukan politik dengan Umno dan kerjasama antara 2 parti politik Melayu itu hanya melibatkan isu.

"Pada waktu ini kita tidak ada kerjasama politik (dengan Umno) kita kerjasama dengan PKR sahaja, Pakatan Harapan pun PAS tidak bersama, Umno pun tidak bersama.

"Tetapi tentang isu tidak politik tiada masalah (kerjasama dengan Umno), melibatkan kerjasama dengan kerajaan," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini bersama Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali.

PAS-PERKASA kerjasama, Hadi-Ibrahim berpelukan


PAS hari ini mengumumkan parti Islam itu kini secara rasminya bekerjasama dengan kumpulan pendesak Melayu PERKASA.

Perkara tersebut diumumkan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini selepas mereka bersetuju beberapa perkara termasuk mengutuk Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).

Kedua-dua pihak itu juga sepakat menolak tangkapan terhadap bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang.

Dalam kenyataan bersama itu Abdul Hadi berkata kedua-dua isu kritikal ini mempunyai kesan yang serius kepada rakyat Malaysia.

"Kami bimbang bahawa penggunaan Sosma dalam kes ini boleh dilihat sebagai penyalahgunaan kuasa serta bertentangan dengan prinsip kebebasan bersuara yang dijamin Perlembagaan.

"Kami menggesa kerajaan untuk menjadi telus dan tidak berbohong mengenai isu TPPA kepada orang ramai," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Dana Permulaan Amanah datang dari 30 pemimpin mereka sendiri dan juga derma dari ahli...bukan terima dana DAP

amanah
KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) menolak dakwaan parti yang baharu ditubuhkan itu menerima dana dan sumbangan daripada DAP.

Setiausaha Amanah, Anuar Mohd Tahir berkata, parti itu sedia menolak jika DAP mahu berikan sumbangan untuk tidak menjejaskan nama baik Amanah.

Katanya, Amanah ditubuhkan menggunakan wang yang disumbangkan 30 pemimpin yang mengerakkan Gerakan Harapan Baru (GHB) dengan setiap seorang menyumbang RM40,000.

“Kita mula komuniti pertama kita seramai 30 orang. Termasuk Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub, Khalid Abdul Samad yang dari Gerakan Harapan Baru,” katanya dalam sidang media di Wisma AMANAH Negara pada Selasa.

Mengulas lanjut, Anuar menjelaskan, sumber lain bagi parti itu adalah melalui pendaftaran keahlian.

Apa kesudahan pendedahan Zakaria?

 
Datuk Seri Zakaria Jaffar membuat mendedahkan bahawa siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia melibatkan “orang paling berkuasa” di Malaysia.

Pendedahan oleh bekas timbalan pesuruhjaya SPRM itu mengesahkan beberapa perkara mustahak.

Perkara pertama adalah mengenai gangguan terhadap SPRM. Siasatan ke atas tujuh orang pegawai dan arahan ke atas pegawai SPRM untuk bertukar ke Jabatan Perdana Menteri dalam beberapa bulan yang lepas berkemungkinan ada kaitannya dengan ‘orang paling berkuasa’.

Kedua, walaupun menghadapi pelbagai tekanan dan cabaran, SPRM masih lagi sedang menjalankan siasatan dan ini akan terus menjadi duri dalam daging kepada “orang paling berkuasa” tersebut.

Ketiga, pegawai yang tahu selok-belok atau terlibat membantu siasatan ini hanya mampu bersuara setelah mereka dipindahkan atau bersara.

Mekanisme kekalkan harga tol, harga minyak turun

Tol
PETALING JAYA - Menjelang pembentangan Belanjawan Pakatan Harapan minggu depan, dua mekanisme bagi mengekalkan kadar tol dan menurunkan harga minyak dicadangkan.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, perjanjian berat sebelah dengan pemegang konsesi perlu di runding semula untuk mengelakkan pampasan yang melampau.

"Alasan yang selalu digunakan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri) untuk menaikkan kadar tol adalah kononnya kerajaan tidak lagi mampu menanggung pampasan tinggi kepada konsesi.

"Satu langkah inovatif dan praktikal yang boleh dilaksanakan segera adalah memberi hak kepada pemegang-pemegang konsesi terbabit dalam projek-projek lebuh raya akan datang sebagai pertukaran untuk tidak menaiki kadar tol," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

Menurut Rafizi, hak untuk mendapatkan keutamaan (first right of refusal) adalah amalan biasa dalam perjanjian komersial.

BENARKAH TAPAK ARKEOLOGI SUNGAI BATU AKAN DILUPUSKAN DAN DIGANTI PROJEK PERUMAHAN....??

TAPAK ARKEOLOGI SUNGAI BATU AKAN DILUPUSKAN DAN DIGANTI PROJEK PERUMAHAN....

Dalam masa yang sama, mari kita ambil tahu apa itu Tamadun Sungai Batu.


SEJARAH PENEMUAN SUNGAI BATU

Pada tahun 2007, Universiti Sains Malaysia diminta oleh Jabatan Warisan Negara ke Lembah Bujang untuk melengkapkan data bagi tujuan menjadikan Lembah Bujang sebagai tapak pelancongan di dalam Koridor Raya Utara (NCIA)

Apabila USM masuk, timbul satu isu atau pertanyaan, mengapa bukti-bukti sejarah yang ditemui adalah berada dalam lingkungan abad-abad selepas masehi sedangkan Melaka telah digunakan lebih awal lagi iaitu pada abad pertama selepas masehi.

Kajian lanjutan telah dibuat oleh USM melalui kajian geologis dan penggunaan satelit dunia, Lembah Bujang didapati masih berada di bawah paras laut semasa abad pertama sehingga ke 3 masehi.

Sungai Batu adalah tempat dataran utama berhampiran dengan laut pada waktu itu.

SOSMA 2012 - Inilah UMNO/BN..!!!!

http://4.bp.blogspot.com/-N_oVBN-2ZbU/UfkFy1SmBeI/AAAAAAAAARQ/UrJ78rJpBbU/s1600/470x275x42a23bd293774d62231cd1647a5a1754.jpg.pagespeed.ic.iMV98aYJN0.jpg
Muhyiddin Yassin semalam bersama Tun Dr Mahathir, Tengku Razaleigh, Shafie Afdal dalam sidang media menyatakan bahawa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau lebih dikenali dengan SOSMA adalah akta yang zalim dan telah disalahguna.

Hari ini Dato' Abdul Rahman Dahlan, Pengarah Komunikasi Strategik BN melalui Twitternya menyatakan bahawa Muhyiddin Yassin semasa menjadi Ketua Whip BN di Parlimen bertanggungjawab memastikan semua Ahli Parlimen Umno/BN mengundi menyokong Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang kemudiannya menjadi Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 setelah berjaya diluluskan dengan sokongan penuh Ahli Parlimen Umno/BN.

Inilah Umno/BN yang dipilih oleh pengundi untuk menjaga Malaysia.
Inilah Umno/BN yang diharapkan menjaga kesejahteraan Malaysia.
Inilah Umno/BN yang masih meminta rakyat Malaysia memberikan mereka kuasa memerintah Malaysia.

SPRM dedahkan siasat individu paling berkuasa di Malaysia

Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Zakaria Jaffar berkata, siasatan SPRM merujuk berhubung kes SRC International dan dana RM2.6 bilion. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 12 Oktober, 2015.
Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Zakaria Jaffar mendedahkan agensi itu kini sedang melakukan siasatan terhadap individu paling berkuasa dalam negara.

Zakaria yang secara rasminya bersara hari ini berkata, siasatan SPRM merujuk kes SRC International dan dana RM2.6 bilion.

SRC International merupakan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Manakala skandal derma RM2.6 bilion didedahkan dalam laporan The Wall Street Journal (WSJ) di mana ianya disalurkan dalam akaun peribadi Najib.

"Sepanjang saya berkhidmat di BPR dan SPRM, saya tidak pernah terfikir dan terlintas pada diri saya yang SPRM akan menghadapi cabaran terbesar dan paling hebat seperti yang dilalui sekarang," katanya merujuk kepada Badan Pencegah Rasuah.

PAS: Peratusan kenaikan tol yang terlampau


Kerajaan telah mengumumkan kenaikan harga tol di tahun rakyat masih bergelut menyesuaikan hidup akibat inflasi yang dicetuskan oleh GST, kejatuhan nilai ringgit dan penarikan subsidi, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Katanya, peratusan kenaikan tol kali ini agak melampau yang menurutnya ada lebuhraya yang menyaksikan kenaikan setinggi 80 peratus seperti SILK, 67 peratus (Akleh), 54 peratus (Besraya), 50 peratus (LKSA) dan Smart, manakala 10 lebuhraya lain menyaksikan kenaikan antara 17 hingga 44 peratus.

"Terhadap rakyat, kerajaan berani melaksanakan GST, memansuhkan subsidi dan memekakkan telinga terhadap kos sara hidup yang semakin naik.

"Mengapa kerajaan tidak menggunakan keberanian yang sama untuk menyemak kembali semua perjanjian konsesi serta cadangan kenaikan tarif tol sedangkan keuntungan syarikat konsesi tol terus melipatganda?" soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Pembangkang jangan sibuk tuding jari


Semua parti pembangkang tidak terkecuali. AMANAH hendaklah sentiasa melakukan perubahan diri dan fokus kepada agenda besar yang menjadi harapan rakyat sekarang ini.

Ini adalah keperluan yang lebih mendesak berbanding menuding jari kononnya orang lainlah yang membawa angkara perpecahan dan masalah kepada parti sendiri.

Ada pemimpin yang menyalahkan penubuhan Pakatan Harapan sebagai punca pergolakan dan perpecahan tanpa melakukan muhasabah dan penambaikan serta nilai tambah.

Ini adalah sikap terbelakang.

AMANAH berpandangan bahawa pintu rundingan dan meja perbincangan sentiasa terbuka luas kepada semua parti pembangkang di negara ini untuk berbincang tentang kepentingan rakyat dan negara.

AMANAH sebagai pemain baharu di persada politik tanah air akan sentiasa melakukan perubahan diri untuk memperkukuhkan peranan kami dalam Pakatan Harapan.

Janganlah kita leka menyalahkan orang lain dan tidak melakukan apa-apa sumbangan untuk sama-sama melaksanakan agenda besar Pakatan Harapan yang menjadi aspirasi rakyat ini.

SALAHUDDIN AYUB timbalan presiden Parti Amanah Negara.

Tol naik: Apa kata rakyat Malaysia?

Tol
"TERIMA kasih kerajaan," itu antara respons seorang pelayar laman sosial Facebook selepas kadar bayaran tol di beberapa lebuhraya diumum akan dinaikkan mulai Khamis ini.

Seorang pelayar lain pula menyifatkan ia sebagai satu peluang yang baik untuk rakyat 'bersedekah' kepada kerajaan.

"Aku memang suka tol naik. Nak sedekah banyak-banyak kat kerajaan," kata Haris berjenaka.

Tinjauan Sinar Online di laman sosial mendapati majoriti netizen tidak berpuas hati selepas berita kenaikan kadar tol dilaporkan hari ini.

"GST, tol, denda IC hilang RM1,000, nanti tambang pengangkutan awam, tahun depan elektrik pula. Harga rumah yang tak masuk akal, harga kereta yang tak turun seperti dijanjikan," luah Kamal di Facebook.

"Tiada usaha untuk meringankan beban rakyat langsung. Semua berita yang menambahkan lagi beban rakyat," kata Shahril di laman sosial sama.

Hanya masalah komunikasi dengan Pas Kedah

Azman Ismail
ALOR SETAR - PKR Kedah tampil memperjelaskan maksud sebenar ‘masalah komunikasi’ antaranya dengan Pas berhubung jemputan dalam pembentukan sekretariat pembangkang peringkat negeri Khamis lalu.

Pengerusinya, Dr Azman Ismail berkata, masalah komunikasi adalah istilah paling lembut digunakan bagi menggambarkan bahawa pihaknya masih belum mengenali pucuk pimpinan baharu parti berkenaan.

“Seperti kita maklum hubungan PKR dan Pas memang sudah wujud sejak terbentuknya PR dan perkara itu tidak dapat dinafikan.

“Namun sebahagian besar pimpinan Pas yang sering berhubung dengan PKR tidak lagi bersama parti itu kerana menyertai Parti Amanah Negara (Amanah),” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, pertukaran pucuk pimpinan Pas Kedah menyebabkan pihaknya tidak dapat memberi jemputan dalam masa singkat.

“Ini bermakna PKR Kedah perlu berkenalan dan menjalinkan hubungan persahabatan terlebih dahulu dengan pimpinan baharu Pas Kedah.

“Selepas kita berkenalan barulah akan dibincangkan tentang penglibatan parti Islam itu dalam sekretariat pembangkang Kedah,” katanya.

TIKAM BATU – Dilanda banjir setiap kali hujan, apa kerajaan negeri buat nie?

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.439444!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_700/image.jpg

TIKAM BATU – "Bila hujan, kami terpaksa berjaga-jaga untuk memindahkan warga emas yang uzur dan kanak-kanak ke tempat selamat." Luah beberapa penduduk di Kampung Masjid Tikam Batu di sini, yang terpaksa berdepan masalah banjir biarpun hujan dalam tempoh beberapa minit sahaja.

Difahamkan kejadian yang berlaku sejak lima tahun lalu itu berpunca apabila saliran air di kawasan berkenaan tersumbat selain tidak mampu menampung jumlah air yang banyak.

Penduduk, Ibrahim Shaari, 62, berkata, pintu saliran itu perlu dinaik taraf bagi melancarkan aliran air terutama ketika hujan lebat.

Menurutnya, kelmarin, kira-kira tujuh rumah penduduk dinaiki air selepas dilanda hujan lebat dalam tempoh 30 minit.

"Walaupun hanya hujan dalam tempoh beberapa minit, kawasan ini sudah dilanda banjir sehingga paras betis.

"Keadaan ini menyusahkan penduduk terutama warga emas dan kanak-kanak," katanya.

Katanya, kejadian ini banyak merugikan penduduk kerana bila dilanda banjir, perkakas dalam rumah akan rosak terutama barangan elektrik.

Pasar raya premium pertama di Kedah

Pasar raya premium pertama di Kedah

ALOR SETAR - Penduduk di Kedah kini berpeluang menikmati pelbagai produk import apabila rantaian pasar raya premium, SAM’S Groceria membuka outlet pertamanya di Kedah dan menawarkan lebih 22,000 produk.

Pengarah Urusan SAM’s Groceria, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, outlet pertama yang dibuka di Aman Central ini merupakan outlet keenam di seluruh negara berkeluasan 41,000 kaki persegi.

“Kami mengambil inisiatif membuka sebuah pasar raya premium di Alor Setar kerana tidak terdapat premis seumpama itu untuk menampung peningkatan kemakmuran masyarakat di negeri ini.

"Kami ingin tawarkan pengalaman membeli-belah yang tiada tandingannya dan berharap rakyat Kedah akan menggemari pilihan yang disediakan di SAM’s Groceria Aman Central,” katanya.

Menurutnya, dengan pelaburan lebih RM18 juta, outlet di Aman Central ini turut menawarkan pembelian dalam talian melalui www.samsgroceria.com dan khidmat penghantaran ke rumah atau datang ambil sendiri dalam masa terdekat.

“SAM’s Groceria ini juga hampir dua kali ganda saiz pasar raya biasa. Menawarkan pelbagai produk import, di mana lebih 60 peratus jenama dari United Kingdom, Sepanyol, Itali, Jerman, Perancis, Australia, Jepun, Taiwan, Korea, India dan China,” katanya.

Syiah, Wahabi: Kedah pantau kemasukan penceramah

Mohd Rawi Abd Hamid
ALOR SETAR - Kerajaan Kedah dengan kerjasama Jabatan Mufti akan memantau kemasukan penceramah bagi mengelak penularan fahaman bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ), kata Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan Negeri itu berkata, usaha tersebut penting untuk menyekat penyebaran ajaran seperti Wahabbi dan Syiah di Kedah.

"Individu dikenal pasti akan disenaraikan bagi memastikan mereka tidak dipanggil mengadakan ceramah di sini, bertujuan utama untuk menjaga keharmonian negara," katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Ahli Sunnah Wal Jamaah peringkat negeri Kedah di sini hari ini.

Pejabat Mufti, beliau berkata akan memantau penceramah yang ingin mengadakan ceramah di jabatan-jabatan kerajaan, dan akan menghalang sekiranya mereka berniat menyampaikan ajaran selain fahaman ASWJ.

Mohd Rawi bimbang fahaman lain yang menular di Kedah dan Malaysia, boleh menyebabkan huru-hara sehingga berlaku pertumpahan darah sebagaimana berlaku di negara Islam lain.

Beliau berkata, tindakan boleh dikenakan ke atas individu menyebarkan fahaman agama seperti Wahabbi dan Syiah di bawah Enakmen Jenayah Syariah yang diwartakan kerajaan Kedah dua tahun lepas.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...