TERKINI :

Saturday, October 10, 2015

Peguam Negara ambil kuasa hakim

mahathir,bnm
PETALING JAYA: Peguam Negara dilihat mengambil tindakan sendiri apabila menolak cadangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk meneruskan pendakwaan terhadap 1MDB.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertikai keputusan itu yang disifatkannya sebagai tidak telus.

Katanya, meskipun Peguam Negara diberi kuasa untuk membuat keputusan sama ada sesuatu kes perlu dibawa ke mahkamah atau tidak tetapi keputusan untuk menolak proses pendakwaan menimbulkan tanda tanya.

“Kita tahu memangnya Peguam Negara diberi kuasa untuk membuat keputusan sama ada sesuatu kes perlu dibawa ke mahkamah atau tidak. Anggapannya adalah Peguam Negara akan menghargai dan memahami betapa serius atau sebaliknya kes yang dibawa kehadapannya, bahawa dia akan menghargai keprihatinan pengadu atau agensi yang membuat laporan itu, bahawa jika ada perasaan tidak puas hati kes itu patut dihakim dalam mahkamah undang-undang oleh seorang hakim dan jika masih tidak berpuas hati rayuan dibenarkan.

Selepas titah RAJA-RAJA, keadaan sepatutnya jadi lebih baik...!!

Shahbudin Husin,


Perbualan mengenai 1MDB terus hangat di mana-mana meskipun selepas Majlis Raja-Raja mengeluarkan kenyataan yang mahu siasatan mengenai syarikat sarat hutang itu segera diselesaikan dan diambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.

Yang paling diharapkan oleh orangramai ialah sebaik saja Raja-Raja bersuara, semuanya menjurus kepada keadaan yang lebih baik sebagai isyarat mendaukatkan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai payung kepada rakyat dan negara.

Tambahan lagi, disedari juga bahawa bukanlah amalan biasa bagi Majlis Raja-Raja bersuara yang bersifat menegur kerajaan, melainkan jika dirasakan sesuatu itu sudah dianggap terlalu membebankan dan boleh menjurus kepada keadaan yang tidak baik untuk rakyat dan negara.

Tidak dinafikan harapan semua pihak amat menggunung tinggi sebaik mendapati Raja-Raja turut menunjukkan keprihatinannya berkaitan 1MDB.

Tetapi, apakah yang berlaku selepas Raja-Raja bersuara?

Pemuda MCA: BN jadi 'kilang konflik perkauman'

Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon mendakwa mekanisme BN untuk menyelesaikan isu-isu perkauman kini sudah tidak lagi berfungsi, dan parti pemerintah akan bertukar menjadi "kilang konflik perkauman".

Oleh itu, Chong menggesa parti kompenan BN membuka keahlian mereka kepada semua tanpa mengira kaum.

"Terbaru dalam himpunan baju merah kita mendapati bahawa BN sebagai platform mengurangkan konflik etnik tidak berfungsi sebaliknya kini menjadi sebuah kilang yang mewujudkan konflik etnik.

"(Beberapa pemimpin BN) mengorbankan kepentingan negara dan mencetuskan sentimen perkauman untuk meraih undi.

"Adakah terdapat apa-apa harapan untuk masa depan negara kita? Saya rasa pelan transformasi BN tidak boleh ditangguhkan," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Adakah NAJIB bagi tempoh kepada diri sendiri bab nak saman Ling Liong Sik..!!

HAHAHA...NAJIB BAGI TEMPOH KEPADA DIRI SENDIRI PULAK!!!

Shahbudin Husin,  

Ini betul-betul kelakar. Lebih lawak daripada lawak antarabangsa. Sesiapa pun pasti tidak dapat menahan ketawa mendengarnya.

Dulu bukan main gah lagi Najib Razak mengumumkan bahawa peguamnya sudah menghantar surat tuntutan kepada bekas Presiden MCA, Dr Ling Liong Sik agar menarik balik, memohon maaf dan membayar sejumlah gantirugi atas dakwaan membuat dakwaan fitnah terhadapnya atau berhadapan dengan tindakan undang-undang di mahkamah.

Untuk maksud itu, peguamnya memberi tempoh tujuh hari kepada Dr Ling untuk menjawab surat tuntutan tersebut.

Di Ling kemudian hanya mengambil masa tiga hari saja untuk menjawabnya dengan mengatakan sedia menyahut cabaran Najib itu di mahkamah dan enggan memohon maaf.

Apa jadi kemudiannya? Sepatutnya saman sudah boleh diputuskan sebab telah ada jawapan daripada Dr Ling.

Tetapi kini peguam Najib pula mengatakan pihaknya akan memutuskan sama ada meneruskan saman atau tidak selepas tempoh tujuh hari itu berakhir.

Mengapa perlu tunggu lagi? Bukankah Dr Ling sudah menjawab menyatakan sedia untuk disaman?

Menteri dedah pencemaran bauksit yang mengundang bahaya kepada rakyat Kuantan


KUANTAN: Pendedahan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sendiri mengesahkan wujud pencemaran bauksit yang mengundang bahaya kepada rakyat di daerah ini.

Serentak dengan itu, Adun Beserah Andansura Rabu mendesak Kerajaan Negeri Pahang memberhentikan serta-merta semua aktiviti berkaitan perlombongan bauksit yang dilihat semakin tidak terkawal.

“Jadi, kami minta dan merayu agar kerajaan hentikan segera sehingga ada satu kajian kesan terhadap alam sekitar dilakukan demi kebaikan semua pihak,” katanya pada sidang media di Pejabat Adun Semambu di sini, semalam.

Sidang media itu diadakan khusus berhubung pendedahan oleh Wan Junaidi di sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris kelmarin mengenai wujudnya pencemaran alam sekitar disebabkan perlombongan bauksit.

“Sebelum ini kita sudah usahakan pelbagai cara termasuk bantahan, himpunan, dialog dengan pihak berkuasa, tindakan menyekat dan sebagainya dan kini pendedahan menteri sendiri menguatkan lagi desakan agar kerajaan segera hentikan perlombongan tersebut.

Ada pihak sedang fitnah penjawat awam MBPP & Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam isu maki hamun clamp tayar


Nampaknya ada pihak yang mengambil kesempatan diatas pemberian anugerah RM200 keatas Penguat Kuasa MBPP....

Diharap Kerajaan Negeri mengambil tindakan diatas fitnah ini...

Dibawah ini bukti pengakuan bahasa tak ada pun laporan polis ditarik balik dan kekesalan mereka diatas fitnah yg dilakukan itu..

Denda hilang MyKad dinaikkan daripada RM300 kepada RM1000

PUTRAJAYA: Kadar fi bagi penggantian kad pengenalan yang hilang akibat kecuaian akan dinaikkan bermula 15 Okt ini, kata Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Dasar Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Adenan Ab Rahman.

Beliau berkata fi bagi kehilangan kali pertama kekal pada kadar RM100, manakala kehilangan kali kedua dinaikkan dari RM200 kepada RM300 dan bagi kehilangan kali ketiga dan seterusnya dinaikkan daripada RM300 kepada RM1,000.

Bagaimanapun, katanya pengecualian kadar fi diberikan kepada orang kurang upaya (OKU), fakir miskin, warga emas berumur 60 tahun ke atas, mangsa bencana, kes jenayah seperti kecurian, samun dan ragut serta remaja warganegara Malaysia berusia bawah 18 tahun.

Katanya kenaikan fi itu adalah sebahagian daripada penambahbaikan prosedur penggantian MyKad berikutan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menunjukkan kadar kehilangan MyKad akibat kecuaian dari 2010 hingga September 2015 adalah 1,356,135 kes.

Najib tak peduli pasal negara, hanya mahu kedudukan kekal, kata Dr Mahathir

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan hanya berminat untuk mengekalkan kedudukan Datuk Seri Najib Razak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 10 Oktober, 2015.
Datuk Seri Najib Razak disifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang perdana menteri yang tidak peduli kepada sebarang situasi buruk yang melanda negara, termasuk ketika Malaysia mengalami kejatuhan nilai ringgit.

Negarawan bersara itu mendakwa, yang menjadi keutamaan Najib ialah untuk mengekalkan kedudukannya dengan menggunakan wang.

"Kerajaan ini hanya berminat untuk mengekalkan kedudukan Najib, beliau tidak kisah mengenai hal lain, bukan mengenai bagaimana untuk mengumpul hasil dan membangunkan negara, bukan begitu.

"Beliau (Najib) pernah berkata kepada saya, wang itu raja. Beliau harap, dengan menaburkan wang, rakyat akan memberi sokongan," katanya pada sebuah forum di Brickfields, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata Najib mengabaikan nasihat beliau yang rakyat tidak akan menyokong kerajaan Barisan Nasional hanya dengan menghulurkan pemberian RM500 menerusi program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"Jadi, dia tak peduli sama ada negara ini dalam keadaan baik atau tidak, ringgit jatuh, dia tak peduli, dia kata itu normal... akan pulih semula.

Tak mati pun kalau tak tandatangan TPPA, kata Ibrahim Ali

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali semasa di sidang media tentang Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 9 Oktober, 2015.
Datuk Ibrahim Ali menggesa Putrajaya agar tidak menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kerana ia merupakan satu bentuk "penjajahan alaf baru".

Ibrahim yang bercakap sebagai wakil Majlis NGO-NGO Malaysia berpendapat perjanjian itu kelak akan mengancam agenda Bumiputera yang selama ini menjadi agenda nasional.

"Saya rasa tidak mati kalau kita tidak tandatangan TPPA. Tidak perlu terburu-buru.

"Kalau kerajaan tandatangan, nampaknya kita sudah menjadi alat Amerika Syarikat dan tidak mampu berdiri megah lagi," katanya pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur petang ini.

Menurut Ibrahim, majlis ini berpegang kepada janji dan pendirian kerajaan agenda Bumiputera adalah agenda nasional.

"Oleh itu, kerajaan wajib terus mengukuhkan agenda Bumiputera dan menolak TPPA kerana ia akan mengurangkan keberkesanan agenda Bumiputera," kata Ibrahim, presiden kumpulan pendesak Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang turut menganggotai majlis NGO tersebut.

Ramai sertai Amanah kerana dihalau PAS

OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA

Parti Amanah Negara berjaya mengumpul 50,000 ahli dalam masa kurang sebulan selepas dilancarkan, dengan 60% daripadanya terdiri daripada bekas pemimpin PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Oktober, 2015.
Parti Amanah Negara berjaya mengumpul 50,000 ahli dalam masa kurang sebulan selepas dilancarkan, dengan 60% daripadanya terdiri daripada bekas pemimpin PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Oktober, 2015
Mereka yang tidak lagi diterima kepimpinan PAS tetapi kekal dalam parti Islam itu, kini dituduh menyertai kumpulan serpihan Parti Amanah Negara (Amanah), seolah-olah ia perkara paling keji dalam dunia dilakukan mereka.

Tetapi, tindakan tersebut hanya membuatkan lebih ramai menyertai Amanah, yang ketika ini mempunyai 50,000 ahli dalam masa kurang sebulan selepas dilancarkan, dengan 60% daripadanya bekas pemimpin PAS, menurut timbalan presiden parti baharu itu, Salahuddin Ayub.

Menceritakan betapa Amanah digunakan untuk "menyerang" ahli yang tidak disenangi mereka, bekas ketua penerangan PAS Pahang Suhaimi Md Saad (gambar, kiri) berkata, beliau mendapat tekanan kiri dan kanan daripada PAS kononnya beliau menyertai Amanah.

Beliau tidak menyertai Amanah dan masih ahli PAS, tetapi katanya tekanan mula diterima sejak 2013 apabila beliau mengalahkan ketua Pemuda PAS ketika itu, Nasrudin Hassan sebagai naib yang dipertua PAS kawasan Indera Mahkota.

Empat suspek penculikan kanak-kanak di Kajang ditahan


KAJANG: Polis telah menahan empat suspek yang menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di hadapan sebuah tadika di Sungai Chua, di sini, pada Jumaat.

Salah seorang suspek itu termasuk pemandu teksi yang membawa pulang mangsa, Li Zhi Yang yang dilarikan dua lelaki dalam kejadian kira-kira 9 pagi semalam.

Ketua Polis Selangor, Komisioner Datuk Abdul Samah Mat berkata wang tebusan hampir RM300,000 turut dirampas.

Beliau berkata salah seorang empat suspek tersebut adalah warganegara Indonesia.

“Satu pasukan khas telah ditubuhkan bagi menyiasat kes ini. Tangkapan pertama yang melibatkan dua orang dibuat pada lebih kurang pukul 10.10 malam semalam di hadapan sebuah pasaraya di sini.

“Kedua suspek berada dalam sebuah kereta dan pihak polis telah merampas wang tebusan berjumlah RM30,000 yang ditemui di bawah tempat duduk.

1MDB: Titah Majlis Raja-Raja Tidak Akan Tercapai - Tun M

 
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa titah Majlis Raja-Raja supaya siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diselesaikan segera dan pihak yang terlibat dibawa ke muka pengadilan tidak akan tercapai.

Bekas perdana menteri itu berkata, ini kerana pemberi maklumat kini berhadapan risiko apabila mereka mungkin berdepan tuduhan mengancam keselamatan negara di bawah Akta Keselamatan Langkah-Langkah Khas (Sosma) 2012.

Katanya, penahanan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang di bawah Sosma telah mencipta ketakutan kepada orang ramai untuk melaporkan tentang salah laku kerajaan dan pegawai-pegawainya kerana ia dituduh sebagai mengancam keselamatan.

"Dengan ini titah Majlis Raja-Raja supaya siasatan dijalankan secara adil dan telus tidak lagi boleh dicapai.

"Terdapat berpuluh-puluh orang yang tahu tentang salah laku dalam 1MDB tidak mahu mengambil risiko dengan memberi keterangan atau membuat tuduhan kerana mereka berdepan risiko ditahan dan didakwa di bawah Sosma," katanya dalam posting terbaru di blognya, Jumaat.

Kerajaan BN NAJIB dah habis idea untuk tangani 'JENAYAH'?



Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Bekas Adun BN di kena tembak mati di rumahnya, adalah jenayah terkini yang menunjukkan jenayah tidak berkurangan, malah lebih dahsyat dan berani.

2) Walaupun dia bekas Adun BN, disebabkan dia 'bekas' dan tidak kena atas batang hidung pemimpin jerung BN, maka Malaysia masih aman. Tafsiran 'aman' dalam kepala otak pemimpin BN memang sengal.

3) Kes culik depan mata mak bapak, menunjukkan jenayah sudah berani dilakukan depan-depan. Bukan perkara baru, tapi dah lama. Tak ada penyelesaian. Kerajaan BN kata Malaysia masih aman. Cis!

4) Pemimpin BN anggap Malaysia aman, sebab tidak berlaku peperangan. Hanya terjadi peperangan sahaja membuatkan Malaysia tidak aman. Kena bunuh, kena rompak, kena rogol, kena culik, kena samun, kena bom, kena simen... selagi tak kena atas batang hidung mereka, selagi itulah Malaysia masih aman.

"Henti Panggil Ahli Amanah 'Kafir'" - Kata Mat Sabu Kepada PAS


JOHOR BAHRU: Mohamad Sabu menggesa pemimpin-pemimpin PAS supaya berhenti memanggil ahli Amanah sebagai kafir kerana ia tidak memberikan sebarang kebaikan.

Pengerusi Parti Amanah Negara itu memberi beberapa contoh kejadian semasa di pelbagai negara Islam seperti Afghanistan, Syria, Somalia dan Iraq yang dilihat menjadi contoh terbaik perbalahan yang membawa kepada kemusnahan.

"Mereka adalah umat Islam yang beriman dan mempunyai kepercayaan yang sama tetapi kerana perbezaan fahaman politik, mereka berakhir dengan berlawan satu sama lain, dan saya mendoakan ini tidak akan berlaku di Malaysia," katanya.

Mohamad Sabu berkata demikian semasa sesi dialog minum petang yang diadakan di restoran mamak di Taman Mutiara Rini di sini, Jumaat.

Beliau juga percaya bahawa PAS akan menjadi lebih kuat selepas disingkirkan daripada Pakatan Harapan tetapi tidak akan menang pilihan raya umum.

Suspek kes culik di Kajang berjaya ditahan

culik
SHAH ALAM - Dua lelaki disyaki suspek kes culik kanak-kanak berumur lima tahun di Taman Setia, Sungai Chua, Kajang, ditahan dalam operasi khas, 10.25 malam tadi.

Seorang daripada suspek adalah lelaki tempatan manakala rakannya adalah warga Indonesia, masing-masing berusia 28 dan 32 tahun.

Petang semalam, kanak-kanak lelaki berbangsa Cina berusia 5 tahun yang diculik daripada ibunya di hadapan Tadika Cekap Bahasa, Sg. Chua, Kajang pada pukul 9 pagi hari yang sama berjaya ditemui.

Kanak-kanak tersebut dihantar oleh seorang pemandu teksi yang hanya mahu dikenali sebagai Nizam.

Dilaporkan pemandu teksi tersebut menghantar kanak-kanak terbabit di kediamannya di Taman Cahaya pada jam 5.35 petang.

Dua kes kena gigit anjing gila di Kedah

anjing
ALOR SETAR - Jabatan Kesihatan Kedah mencatat 70 kejadian gigitan anjing sehingga 7 Oktober lepas dengan dua daripadanya melibatkan anjing gila, tetapi tiada kes jangkitan rabies dalam kalangan manusia dilaporkan setakat ini.
    
Pengarahnya, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata kejaidan itu membabitkan 69 ekor anjing dengan tujuh kes berlaku di Kota Setar, Kuala Muda (21), Kulim (18), Kubang Pasu (10), Bandar Baharu (empat), Langkawi (empat), Baling (tiga), Yan (satu), Pendang (satu) dan Padang Terap (satu).
    
Katanya dua kes gigitan anjing gila itu berlaku di Kota Setar terhadap pasangan suami isteri pada 7 dan 11 September lepas yang membabitkan anjing peliharaan mereka.
    
"Pasangan suami isteri itu dalam keadaan stabil dan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar sentiasa memantau mereka termasuk nasihat mendapatkan rawatan segera jika mengalami demam, sakit kepala dan kelesuan otot," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
    
Sehubungan itu, Dr Norhizan meminta pemilik anjing supaya memastikan anjing peliharaan mereka mendapat vaksinasi daripada Pejabat Veterinar bagi pencegahan rabies.
     
Selain itu, katanya mereka perlu memantau anjing peliharaan daripada berkeliaran  bagi mencegah kemungkinan dijangkiti rabies dari anjing liar yang menghidap rabies.
    
"Mangsa yang digigit sama ada dari anjing peliharaan atau anjing liar perlu membersihkan tempat gigitan menggunakan air bersih dan sabun sekurang-kurangnya selama 15 minit.
    
"Setelah itu, mereka perlu mendapatkan rawatan segera...vaksin pencegahan rabies hanya dibekalkan di sembilan hospital di Kedah," katanya. - Bernama

Remaja maki pegawai MBPP Panas punggung selepas video jadi viral

Panas punggung selepas video jadi viral

GEORGETOWN - Dua remaja yang disyaki terlibat dengan kejadian memaki hamun tiga anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) ditahan polis di sebuah kedai makanan segera di Bandar Baru Farlim, Ayer Itam di sini sebentar tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kedua-dua remaja berusia 19 dan 25 ditahan kira-kira jam 4 petang.

Menurutnya, kedua-dua suspek berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga bulan dan denda RM1,000.

"Kita akan mengambil keterangan daripada kedua-dua suspek ini dan melengkapkan siasatan sebelum merujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya,"katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini.

Semalam, video dua lelaki berkenaan yang memaki hamun tiga anggota penguatkuasa MBPP selepas tayar kenderaan mereka dikunci menjadi viral di laman sosial.

Tindakan mereka yang mengeluarkan kata-kata kesat termasuk menggelar anggota penguatkuasa itu sebagai anjing turut dikecam orang ramai.

Lebih membangkitkan kemarahan apabila salah seorang daripada lelaki berkenaan bertindak melemparkan wang kepada anggota penguatkuasa selepas mereka diarahkan membayar denda sebelum kunci di buka.

Ketua Polis Pulau Pinang nafi wujud kedai cuci kereta guna wanita seksi

Nafi wujud kedai cuci kereta guna wanita seksi
GEORGETOWN - Polis Pulau Pinang menafikan kewujudan kedai mencuci kenderaan di negeri ini yang menggunakan perkhidmatan wanita berpakaian seksi untuk mencuci kereta seperti yang tersebar di laman sosial Facebook dan Whatsapp sejak kelmarin.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata sebaik mendapat maklumat berhubung perkara itu, polis membuat pemeriksaan dan pemantauan di kedai-kedai mencuci kenderaan di negeri ini.

"Selepas pemeriksaan dan pemantauan yang dijalankan oleh pihak polis semalam, saya sahkan tidak wujud kedai mencuci kereta menggunakan wanita-wanita seksi seperti dalam gambar yang tersebar itu.

"Lagipun situasi itu bukan budaya rakyat Malaysia. Setakat ini kami juga tidak menerima sebarang laporan polis berhubung perkara itu," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan dan Ikrar Bulanan Polis Kontinjen Pulau Pinang, di sini semalam.  

Sejak kelmarin gambar beberapa wanita berpakaian seksi sedang mencuci kereta di sebuah  kedai cuci kenderaan tersebar di laman sosial dan mendakwa kedai itu terletak di George Town.

Berikutan penyebaran gambar itu, orang ramai terutama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) mahu pihak berkuasa terutama polis dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang menyiasat perkara itu kerana ia memburukkan imej negeri ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...