TERKINI :

Friday, October 9, 2015

Mahathir: Malaysia sudah jadi negara paria

Selepas seorang lagi ditahan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dalam isu berkaitan 1MDB, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengeluarkan kenyataan kerasnya.

“Di mata dunia, Malaysia sudah menjadi negara paria, negara yang sesiapa sahaja boleh diheret dan disoal siasat oleh polis, ditahan dan didakwa melalui undang-undang yang disalah guna dalam negara ini,” tulis beliau di blognya.

Mahathir membangkitkan penahanan bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan terbaru peguamnya Matthias Chang bawah Sosma.

Mereka dikaitkan dengan dakwaan cuba mensabotaj negara ini selepas Khairuddin membuat laporan berkaitan isu 1MDB di luar negara, termasuk biro siasatan persekutuan (FBI) Amerika Syarikat.

Katanya, ramai orang yang tahu berkaitan dakwaan salah laku dalam kes 1MDB tidak akan tampil kerana bimbang ditahan bawah Sosma.

Budak diculik pagi tadi selamat dihantar pulang oleh pemandu teksi

Oleh Mohd Fadly Samsudin
am@hmetro.com.my

Kajang: Kanak-kanak berusia lima tahun yang diculik dua lelaki pagi tadi sudah ditemui dan dihantar pulang oleh pemandu teksi, 5.25 petang tadi.

Kanak-kanak berkenaan ditemui di tepi jalan sebelum dia dibawa pulang ke rumahnya di Taman Cahaya Suria, Sungai Chua, di sini.

Difahamkan, pemandu teksi berkenaan mengecam wajah mangsa selepas melihat gambarnya yang menjadi viral di laman sosial sejak pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Willey Richard mengesahkan penemuan kanak-kanak berkenaan.

"Mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan dibawa ke Hospital Kajang untuk pemeriksaan doktor.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan berhubung kejadian itu,"katanya.

Dalam kejadian 9 pagi tadi, kanak-kanak berkenaan dihantar ibunya ke tadika di Taman Setia, Sungai Chua sebelum didatangi dua lelaki terbabit yang berpura-pura bertanyakan lokasi ke pasar.

Suspek kemudian melarikan kanak-kanak berkenaan menaiki kereta Proton Saga berwarna hitam.

Ibu mangsa cuba mengejar kereta suspek menyebabkanya terjatuh dan mengalami kecederaan di kaki kiri.

Susulan itu, keluarga mangsa membuat laporan di Balai Polis Kajang, 9.47 pagi tadi," katanya.

Pembangkang gagal menunjukkan kecerdikan bika berhadapan 'Creative Chos' BN

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Saya amat kecewa melihat bilamana orang yang cerdik2 dalam parti2 pembangkang tidak menunjukkan kecerdikan dan kewarasan mereka bila berhadapan dengan soal survival parti bersama yang akan berhadapan dengan musuh mereka ia itu BN.

Musuh berjaya melakukan 'Creative Chaos' (Kacau bilau yang kreatif) terhadap parti2 dalam Pakatan Rakyat. Saya pinjam istillah creative chaos ini dari seorang Ustaz dalam ceramahnya baru2 ini.

Beliau memberi contoh kuasa2 barat mewujudkan creative chaos di negara2 Timur Tengah supaya negara2 di Timur Tengah sentiasa berselisih faham dan tidak bersatu padu.

Inilah yang berlaku di dalam PR. (PR yang lama dan PH yang baru). Kita diajak berselisih faham dan berpecah belah sehingga kita menganggap sesama kita musuh.

Walhal kita semua faham BN seolah2 sudah sampai ke hujung tempoh, tidak berupaya, lemah, dipenuhi pelbagai krisis dan lain2 dan berkemunkinan akan kalah didalam pilihan raya yang akan datang.

Sepatutnya semua pemimpin dalam PR/PH boleh melihat dengan jelas bahawa untuk PR/PH mengambil tampok pimpinan negara sudah sangat hampir. Mengapakah peluang keemasan ini seolah2 dipersia2kan?

BN sudah banyak melakukan kerosakan demi kerosakan dalam pelbagai bidang di negara ini. Tak payahlah saya ulangi satu persatu semua kerosakan itu kerana semua itu ada di dalam fikiran kita.

Mengapa kita biarkan diri kita di perkotak katikkan oleh mereka. Sekarang ini kawan kita ingat lawan, lawan kita ingat kawan. Apa sudah jadi pada diri kita? Di manakah kewarasan kita? Apakah kita mahu berterusan menjadi parti pembangkang di Dewan Rakyat sampai bila2?

Rakyat jadi pening dan bingung melihat telatah kita yang kadang kala berperangai seperti kanak2, kurang matang dan sangat emosional.

Musuh sangat bijak menggunakan isu yang dengan cepat memecah belah kita. Tak ubah seperti di negara2 Timur Tengah, musuh cipta Grand Design 'Creative Chaos' yang menyebabkan berlaku pergeseran dan persengketaan sesama negara2 Arab.

Allah swt memberi kita akal yang waras membetulkan dimana yang silap, bermaaf2an, balik ke pangkal jalan, berlapang dada dan sebagainya.

Saya menyertai parti pembangkang kerana saya melihat kita ada ramai pemimpin2 lelaki dan wanita yang jauh lebih baik dari yang ada di BN pada waktu ini.

Kita harus sanggup membetulkan semua kepincangan yang ada sekarang.

Saya merayu kepada semua pihak di dalam PR/PH supaya mengenang kembali hasrat dan cita2 murni yang kita buat pada suatu ketika dahulu. Kita telah berjanji untuk memulihkan semula keadaan kepincangan yang besar2 di hadapi negara.

Semoga rayuan saya ini mendapat tempat di hati tuan2 dan puan2.

Terima kasih.

Yang ikhlas, 

Tan Sri Muhammad
Muhammad Taib

9 Oct 2015.

BNM batal kebenaran pindah RM7.5 bilion dana 1MDB

Bank Negara Malaysia telah membatalkan tiga kebenaran yang diberikan kepada 1MDB di bawah Akta Kawalan Pertukaran 1953 (ECA) untuk pelaburan luar negara berjumlah AS$1.83 bilion (kira-kira RM7.5 bilion pada kadar pertukaran semasa).

Bank pusat itu berkata dalam satu kenyataan bahawa ia juga mengeluarkan arahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) kepada 1MDB untuk menghantar balik sejumlah AS$1.83 bilion ke Malaysia dan mengemukakan satu pelan baginya untuk tujuan ini.

Kenyataan itu dibuat sebagai respon kepada kenyataan Peguam Negara bahawa 1MDB tidak melakukan sebarang kesalahan berkenaan siasatan Bank Negara terhadap 1MDB.

Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan semalam berkata Bank Negara telah menyiasat 1MDB di bawah ECA atas dakwaan dengan sengaja atau dengan melulu, membuat kenyataan palsu.

Kertas siasatan itu telah dikemukakan pada 21 Ogos.

Hishammuddin pura-pura tidak faham titah Raja-Raja Melayu

Mohamad Fadli | October 9, 2015 | FMT

Hishammuddin perlu terima realiti sebenar maksud titah Raja-Raja Melayu walaupun pada masa sama beliau perlu mempertahankan sepupunya.

hishamuddin-najib

PETALING JAYA: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein didakwa berpura-pura tidak faham maksud Raja-Raja Melayu yang menggesa kerajaan mempercepat siasatan 1MDB.

Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Hussin berkata, Hishammuddin yang beristerikan Kerabat Diraja Pahang sepatutnya lebih arif maksud tersirat di sebalik titah itu.

Katanya, walaupun kelihatan Hishammuddin mahu mempertahankan sepupunya, Datuk Seri Najib Tun Razak beliau tidak seharusnya menolak realiti sebenar yang ingin disampaikan Raja-Raja Melayu.

“Walaupun tidak disebut perkataan hilang kepercayaan terhadap tindak-tanduk Najib berhubung siasatan 1MDB dalam kenyataan itu, hakikatnya memang itulah maksud sebenarnya.

Anthony Loke menafikan beliau mengeluarkan kata-kata berbaur rasis | Video

‘Fitnah mahu jatuhkan saya’

‘Fitnah mahu jatuhkan saya’
SEREMBAN - Pengerusi DAP negeri, Anthony Loke menafikan beliau mengeluarkan kata-kata berbaur rasis ketika ditahan polis di Kampung Ulu Temiang, di sini, kelmarin.

Loke berkata, dalam video yang tersebar di laman sosial itu, dia tidak mengeluarkan perkataan seperti didakwa, sebaliknya merujuk kepada seseorang dalam syarikat One Visa, pemilik tanah kampung berkenaan.

“Saya tidak pernah mengeluarkan perkataan seperti mana dalam video yang tersebar. Saya hanya menyebut nama seseorang. Saya berkata begitu kerana wakil syarikat berada di sana ketika saya ditahan polis,” katanya.

Menurutnya, penyebaran video yang kini menjadi viral itu bertujuan memfitnahnya yang kononnya beliau bersifat perkauman.

Amanah masuk pejabat baharu ketika didakwa cuba rampas bangunan PAS


Parti Amanah Negara (Amanah) mula memasuki bangunan ibu pejabatnya yang baharu pada 1 Oktober ketika sesetengah pihak dalam PAS mendakwa parti itu cuba merampas bangunan-bangunan mereka termasuk ibu pejabat di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Bangunan 3 tingkat yang menjadi pejabat baharu Amanah terletak di Jalan Kuching, Kuala Lumpur itu dinamakan Wisma Amanah.

Sehingga kini, hampir 10 kakitangan diketuai Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Tahir sebagai petugas tetap parti yang dilancarkan 16 September lalu bersempena Hari Malaysia, beroperasi di situ.

Pada Selasa (6 Oktober), Amanah mencatatkan sejarah apabila menerima sijil pengesahan penukaran nama, logo dan slogan daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Dua lagi murid SK Pos Tohoi ditemui, satu maut

murid orang asli
GUA MUSANG - Dua lagi kanak-kanak Orang Asli yang dilaporkan hilang sejak penghujung Ogos lalu ditemui selamat di Sungai Perias di sini, hari ini.

Kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Misudiar Aluj, 11 dan rakannya, Noreen Yakob, 10, ditemui dalam keadaan kurus kering dan tidak bermaya oleh pasukan mencari dan menyelamat.
Dalam pertemuan itu juga, satu mayat turut ditemui bersama mereka, bagaimanapun identitinya tidak dapat dikenalpasti lagi.

Penemuan ketiga ini menjadikan lima mangsa keseluruhan ditemui daripada tujuh yang dilaporkan hilang.


Bekas Adun Alur Limbat maut ditembak

Bekas Adun Alur Limbat maut ditembak
Lokasi mangsa ditembak yang menjadi viral. Gambar kecil: Alias Abdullah

SHAH ALAM - Bekas Adun Alur Limbat, Marang, Alias Abdullah maut ditembak di kediamannya di Kampung Alur Limbat, Marang selepas solat Jumaat tadi.

Beliau dikatakan ditembak selepas solat Jumaat tadi di hadapan rumahnya.

Antara PBT DAP & HUDUD PAS..siapa yang GOPOH??


Akhir2 ini politik maya PANAS dengan TIUPAN yg DAP adalah penentang kepada hukuman HUDUD dijalankan di MALAYSIA? Benarkah begitu? Apakah DAP ditampuk kuasa untuk meluluskan HUDUD dilaksanakan?

Semua kronologi kebencian kepada DAP adalah bermula dari DAP secara rasmi menarik diri dari PAKATAN RAKYAT setelah memahami USUL yg dikemukakan DEWAN ULAMA PAS hanya SAH oleh MUKTAMAR yg bersidang ketika itu. Dalam masa yg sama PKR juga menyatakan HUDUD perlu dikaji masa perlaksanaannya. Nada ini juga sama dengan DAP.

Pada 13 mei 2015,…. Lim Kit siang telah mengemukakan permintaan supaya HUDUD dilaksanakan pada tahun 2023 tidak pada masa ianya dikecohkan.

Kelahiran Optimus Prime PAKATAN HARAPAN, Johor destinasi pertama...


Sejarah telah tercipta semula hari ini selepas berkubur sewaktu PRU13 tempohari. Kelahiran semula dengan penjenamaan semulahasil dari usaha anak muda PAKATAN HARAPAN.. 

TAHNIAH untuk semua...

 

Pimpinan utama PKR menerima mesej berbunyi 'I want blood'

 Nasib Rafizi Ramli sebagai setiausaha agung PKR akan ditentukan dalam mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada Ahad ini yang dibuat ekoran satu petisyen dikemukakan 25 anggotanya baru-baru ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Oktober, 2015.
Sekumpulan pemimpin PKR mahukan Rafizi Ramli dilucutkan sebagai setiausaha agung disebabkan pertembungan dalaman berhubung penubuhan Pakatan Harapan, kata sumber parti.

Sumber itu berkata, nasib Rafizi akan ditentukan dalam mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada Ahad ini yang dibuat ekoran satu petisyen dikemukakan 25 anggotanya baru-baru ini.

"Pimpinan utama parti menerima mesej berbunyi 'I want blood' (saya mahukan darah) untuk menyelesaikan krisis ini," kata seorang pemimpin kanan PKR kepada The Malaysian Insider dengan syarat tidak dinamakan.

Sumber memberitahu, dipercayai mesej itu dihantar kumpulan bertentangan untuk menekan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ekoran bantahan mereka terhadap pengumuman pembentukan Pakatan Harapan baru-baru ini.

Menurut sumber, selain mahu melucutkan jawatan Rafizi sebagai setiausaha agung, mereka juga dikatakan mahu MPP meluluskan cadangan agar dibentuk satu pakatan lain dengan PAS di samping mengekalkan Pakatan Harapan.

DAP Johor tidak berasa tergugat sekiranya Pas meletakkan calon di kawasan yang ditandingi mereka

Tentangan Pas tak gugat DAP

JOHOR BAHRU – DAP Johor tidak berasa tergugat sekiranya Pas meletakkan calon di kawasan yang ditandingi mereka dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dan menganggapnya sebagai satu persaingan sihat dalam negara demokrasi.

Pengerusinya, Liew Chin Tong berkata, tentangan dari Pas tidak akan memberi impak besar kepada parti itu dan yakin mereka dapat mengekalkan kerusi dengan majoriti undian lebih tinggi hasil sokongan pengundi pelbagai kaum.

“Semua parti perlu faham senario di Johor bahawa dua pertiga daripada kerusi yang dipertandingkan terdiri dari komposisi pengundi pelbagai kaum. Jadi semua parti termasuk Pas perlu dapat sokongan semua kaum bukan hanya Melayu.

“Menerusi gabungan Pakatan Harapan saya yakin DAP dapat mengekalkan kedudukan dan menambah kemenangan dalam PRU akan datang,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Pas Johor untuk menambah bilangan kerusi pada PRU akan datang termasuk meletakkan calon bukan Melayu di kawasan ditandingi DAP serta kawasan bukan majoriti Melayu.

KJ akui Umno, BN gagal menangi pengundi muda

Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengakui sayap parti itu dan Pemuda BN masih gagal memenangi hati anak muda khususnya pengundi kali pertama menjelang PRU14 akan datang.

Beliau berkata, perkara tersebut berasas berdasarkan penilaian parti pemerintah itu sendiri susulan kebanyakan mereka adalah pengundi atas pagar yang masih belum membuat sebarang keputusan.

"Saya berpendapat kajian itu mungkin tepat berdasarkan kepada penilaian kita juga dalam pemuda Umno dan pemuda BN. Kumpulan pengundi muda ini sangat-sangat di atas pagar, maksudnya mereka belum buat apa-apa keputusan.

"Mungkin kajian tersebut sangat tepat dan ia menepati apa kita sendiri telah dapati berdasarkan kepada penilaian kita," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif ILHAM Centre, Hisommudin Bakar dalam kajiannya mendapati tiada mana-mana parti politik yang berani mendakwa mendapat sokongan blok pengundi muda.

Ahli Majlis MBPP gesa polis ambil tindakan terhadap 2 lelaki yang halang anggotanya menjalankan tugas


GEORGETOWN - Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menggesa polis mengambil tindakan tegas terhadap dua lelaki yang bertindak menghalang tugas anggotanya melaksanakan undang-undang seperti yang tersiar dalam sebuah video semalam.

Ahli Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC), Ong Ah Teong berkata, polis perlu menjalankan siasatan segera dan menahan kedua-duanya kerana tidak menghormati anggota penguatkuasa selain mengeluarkan kata-kata ugutan.

Menurutnya, polis perlu mengambil tindakan sewajarnya untuk memberi pengajaran kepada orang lain agar tidak mengulangi kejadian seperti itu.

"Saya mengutuk tindakan biadab dua lelaki terbabit yang langsung tidak menghormati anggota penguatkuasa wanita ketika menjalankan tugas.

"Perbuatan mereka sangat tidak bertamadun kerana sanggup melemparkan wang denda kepada anggota penguatkuasa sedangkan mereka melakukan kesalahan dan tidak mengikut peraturan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

TMJ dedah bukti bagaimana yang FAM mengaut keuntungan atas angin

Pendedahan fakta bola sepak oleh TMJ

KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) mempersolkan perjanjian hak penyiaran perlawanan Liga Malaysia antara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan MP SILVA.

Dalam kenyataan baginda menerusi laman facebook JOHOR Southern Tigers, TMJ menjelaskan bahawa pasukan-pasukan bertanding menerima 30 peratus, FAM (40 peratus) pengurusan liga 20 (peratus) dan untuk pengadil serta pengurusan akar umbi 10 peratus).

"Sebagai contoh, sekiranya jumlah hasil penyiaran liga setiap tahun adalah RM70 juta, RM21 juta akan diagihkan kepada semua pasukan dimana setiap pasukan mendapat RM1 juta.

"FAM menerima RM28 juta, pengurusan liga RM14 juta dan untuk pengadil dan pengurusan akar umbi sebanyak RM7 juta.

"Sepatutnya peruntukan pengadil disalurkan kepada badan pengurusan pengadil yang berkecuali, supaya tiada isu berat sebelah kepada setiap pasukan," kata kenyataan tersebut.

Pakatan Harapan Kedah berjaya diwujudkan


ALOR SETAR - Sekretariat pembangkang Kedah diwujudkan tanpa penglibatan Pas, namun pintu rundingan untuk parti Islam itu menyertai pakatan ini masih terbuka.

Pengerusi bersama sekretariat, Dr Azman Ismail berkata, sebagai permulaan, sekretariat terbabit dianggotai tiga parti politik, iaitu PKR, DAP dan Amanah, namun penyertaan masih dibuka kepada parti politik lain mahupun NGO yang berminat.

“Sekretariat ini diwujudkan susulan persidangan meja bulat 22 September lalu di peringkat Pusat. Untuk menyelaraskan kerjasama politik tiga parti, kita wujudkan sekretariat ini di peringkat negeri. Walaupun begitu, tidak bermaksud parti lain tidak dijemput atau diterima menyertai pakatan ini,” katanya, dalam kenyataan bersama pada sidang media selepas melancarkan sekretariat terbabit, semalam.

Hadir sama, Pengerusi DAP Kedah, Tan Kok Yew dan Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh.

Azman yang juga Pengerusi PKR Kedah berkata, sekretariat ini dipengerusikan bersama tiga parti terbabit berikutan Pakatan Harapan belum dilancarkan secara rasmi.

'Kenapa Najib tak undur lagi?'

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/NURUL_NUHA_ANWAR-march_to_freedom-anwar_ibrahim-220215-TMI-NAJJUA.JPG
KUALA LUMPUR - Anak bekas Ketua Pembangkang, Nurul Nuha Anwar mengakui tidak faham dengan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang masih kekal di kerusinya walaupun telah digasak dalam Bersih 4.0 lalu.

Malah menurutnya, Najib sudah tiada ruang untuk menoleh lagi selepas Bersih 4.0, namun beliau kecewa kerana Najib masih kekal di kedudukannya.

"Saya tak faham kenapa Najib tak undur-undur lagi selepas Bersih. Saya sedih sangat, pergi Bersih tiga hari...pergi balik, pergi balik...semangat.

"Malah (dapat liputan) media antarabangsa. Mana dia nak pandang (lagi)? Atas pun tak boleh...sangat teruk. Tengok tengok, dia (Najib) di situ lagi (kekal perdana menteri)," katanya ketika menjadi panel Forum Reformasi Perjuangan Diteruskan, di sini, malam tadi.

Dalam forum sama, Nuha turut melahirkan kebimbangan tentang masa depan anak-anaknya di negara ini.

Pantai Merdeka - ‘Bau harum dari liang lahad’

‘Bau harum dari liang lahad’

PANTAI MERDEKA – “Hidung saya seakan-akan terusik apabila tercium sesuatu haruman yang belum pernah saya hidu semasa sedang melakukan kerja-kerja menggali liang lahad pagi Isnin lalu."

Demikian kata penggali kubur dari Masjid Tuan Hussain Bukit Tukang Jusoh, Pantai Merdeka, Azhar Zainol Abidin, 37, yang berpengalaman melakukan tugas menggali sejak berusia 17 tahun.

Menurutnya, pagi itu, kerja menggali yang dimulakan sejak jam 7.30 pagi berjalan lancar bersama dua lagi petugas bagi menyempurnakan pengebumian seorang jenazah wanita yang meninggal dunia.

"Lepas beberapa jam gali, kami terpegun bila nampak kain putih yang membaluti satu jenazah lengkap berkopiah dan berbantal masih sempurna sedangkan keranda di kelilingnya dah tak ada," katanya.

Azhar berkata, ketika itu, fikirannya mengimbau kembali peristiwa pengebumian seorang anak kariah yang juga diuruskannya pada 2009, Allahyarham Ismail Hashim yang kembali ke rahmatullah ketika usia 57 tahun.

“Sebolehnya saya mahu kekal dalam Pas sehingga mati.” - Husam

KOTA BHARU - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan kritikan, menegaskan beliau tetap setia dengan perjuangan Pas. Adun Salor itu berkata, banyak tuduhan khususnya mengenai status beliau dalam Pas adalah fitnah dan ia berlaku sejak muktamar baru-baru ini yang menyaksikan dirinya gagal mengekalkan jawatan dalam parti.

“Saya Adun Pas...ini bukan soal keliru, sekarang ini orang memfitnah saya sebelum muktamar lagi. Siapa yang fitnah dan apa sikap parti terhadap orang yang memfitnah saya. Apa tindakan terhadap orang yang fitnah saya dan rakan-rakan lain. Fitnah inilah punca segala-galanya,” katanya yang merujuk kepada perpecahan sedang berlaku dalam Pas.

Kenyataan itu, sekali gus menutup spekulasi terhadap Husam yang sebelum ini didakwa condong kepada Parti Amanah Negara (Amanah) pimpinan Muhamad Sabu. Beliau bagaimanapun tidak menolak penubuhan Amanah, khususnya di Pantai Barat kerana ia mampu menarik sokongan masyarakat bukan Melayu.

Ditanya adakah beliau akan kekal selamanya dalam parti itu, bekas Exco Kanan Kerajaan Kelantan yang kini masih dalam proses menjalani rawatan kesihatannya berkata: “Sebolehnya saya mahu kekal dalam Pas sehingga mati.”

Mengulas kritikan beliau terhadap Kerajaan Kelantan, Husam berkata, tidak pernah ada niat atau berkomplot dengan mana-mana pihak untuk menjatuhkan kerajaan negeri, sebaliknya teguran yang dibuat supaya pemimpinnya tidak lari dari perjuangan asal lebih-lebih lagi asas yang ditegakkan oleh bekas Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. “Apa yang saya tegur ini adalah kerana saya yakin Islam, Pas parti yang demokratik mengizinkan bahkan mewajibkan menegur yang makruf dan mencegah kemungkaran oleh siapa sahaja.

“Anggaplah secara positif ia boleh menguatkan Pas. Kalau Pas bertindak balas mengikut apa yang diajar oleh agama, iaitu kalau teguran itu benar, terima teguran. Jangan bila orang tegur, fitnah balik orang itu,” kata bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri itu. Beliau berkata, setiap teguran merupakan perkara yang masih boleh diperbaiki dan Kerajaan Kelantan mempunyai banyak masa sebelum PRU14. “Kerajaan Kelantan boleh betulkan kekurangan pada teguran itu untuk menjadi kuat di mata orang ramai.

“Jika tidak ada orang tegur, perkara ini berlaku berleluasa dari semasa ke semasa, menjelang pilihan raya perkara ini didedahkan musuh, pada masa itu Pas tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Tinggal lagi orang akan tanya kenapa (teguran) dibuat secara terbuka, banyak jawapan kepada soalan ini. Satu perkara pada asalnya dibuat secara tertutup tetapi tidak mendapat perhatian sewajarnya, mungkin saya orang yang kecil, ”katanya.

Husam berkata, perjuangannya dalam Pas bukan untuk mendapatkan jawatan, malah tidak menolak kemungkinan kali ini adalah penggal terakhir bergelar sebagai Adun. “Saya tidak kisah sekiranya lepas ini Pas tidak lagi mencalonkan saya kerana saya masuk perjuangan ini bukan kerana mahu menjadi pemimpin. Saya masuk kerana idealisme dan gagasan perjuangan. “Siapa sahaja yang membawa gagasan itu, saya akan sokong. Siapa yang mengkhianati gagasan itu saya akan tegur, sehingga saya jadi orang biasa tidak ada apa-apa,” katanya.

Sebelum ini, Husam mendedahkan beberapa dakwaan kepincangan dalam pengurusan Kerajaan Kelantan termasuk isu pembalakan luar kawasan di Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai dan isu Kompleks Perkayuan Kelantan, anak syarikat kerajaan negeri.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...