Wednesday, October 7, 2015
KENAPA PEMIMPIN UMNO DIAM DENGAN TITAH RAJA DAN ADAKAH MAHFUZ KENA SAMAN?
Kalau berani, tangkaplah Dr Mahathir guna Sosma, kata Saifuddin

Dr M: Saya tak pernah sekat Ku Li lawan saya
Muhyiddin dakwa seolah ada 'tangan ghaib' tutup kesalahan isu 1MDB
"Saya tidak akan mohon maaf" - Liong Sik
KUALA LUMPUR: Bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik tidak akan mohon maaf terhadap Datuk Seri Najib Razak selepas mengeluarkan kenyataan meminta peletakan jawatan beliau kerana didakwa menyalahguna kuasanya sebagai Perdana Menteri.
"Kepada Perdana Menteri, jika anda memilih untuk menyaman saya, saya akan mempertahankan diri,
"Saya sekali lagi mempertahankan kenyataan saya. Saya tidak akan memohon maaf," kata Liong Sik dalam satu kenyataan.
Pada Selasa, Najib melalui firma guaman Messrs Hafarizam Wan & Aisha Mubarak mengeluarkan surat menuntut penarikan balik, permohonan maaf yang jelas dan ganti rugi munasabah berhubung kenyataan Liong Sik.
Kenyataan Liong Sik itu diterbitkan menerusi artikel bertajuk 'MCA's Liong Sik Joins Call For Najib's Ouster For Allegedly Putting People's Money in His Own Pocket' yang disiarkan Malay Mail Online pada 3 Oktober lalu.
"Saya menanti perdana menteri memberi keterangan di kandang mahkamah"
Saifuddin: Sosma kini diguna untuk tutup mulut ahli Umno
Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah mendakwa bahawa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), yang digunakan terhadap pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, kini digunakan untuk menutup mulut ahli parti itu daripada bersuara terhadap perdana menteri.
Beliau mendakwa bahawa Sosma digunakan terhadap Khairuddin kerana beliau adalah seorang ahli politik dari Umno.
Pemimpin-pemimpin utama dari Umno, tambahnya, ingin memastikan dia menutup mulutnya dan menggunakannya untuk menimbulkan rasa takut di kalangan ahli Umno.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibunegara hari ini, Saifuddin berkata para pemimpin faham bahawa pada masa ini, Umnolah yang boleh menjatuhkan perdana menteri.
Beliau mendakwa bahawa penangkapan Khairuddin di bawah Sosma adalah untuk menakutkan ahli Umno yang mungkin mempunyai niat untuk menjatuhkan perdana menteri.
Khairuddin, bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan, pada mulanya ditahan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana "aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen", kerana membuat laporan terhadap 1MDB di beberapa negara.
Beberapa hari kemudian, beliau telah ditangkap semula di bawah Sosma, yang memperuntukkan seseorang itu ditahan tanpa perbicaraan sehingga selama 28 hari.
TPPA: Siapa untung, siapa rugi?
KUALA LUMPUR: Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) merupakan perjanjian perdagangan terbesar dalam sejarah.
Isnin lepas, proses rundingan yang bermula 5 tahun lepas bagi 12 negara yang terlibat sudah berakhir selepas mereka mencapai kata sepakat dalam perjanjian tersebut.
Tumpuan kini beralih kepada sejauh mana perjanjian ini membawa keuntungan atau kerugian kepada negara yang terlibat.
Bagi Malaysia, pengeksportan minyak sawit serta getah bakal mendapat keuntungan daripada TPPA.
Ia berikutan kedudukan negara sebagai pengeluar minyak kelapa sawit kedua terbesar di dunia dan juga merupakan antara pengeluar terbesar getah.
Selain itu, mereka yang mengeksport barangan elektronik serta produk kimia turut menerima manfaat dari perjanjian ini.
Bagaimanapun, bagi syarikat milik kerjaan sama ada kerajaan negeri atau Kerajaan Persekutuan, mereka berhadapan kesukaran berikutan perjanjian ini memberi akses sama rata bagi semua perolehan kerajaan.
Bagi negara-negara lain yang terlibat, secara umumnya akan mendapat manfaat dari pengurangan tarif serta pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Malaysia berada di tangga ke-35 dalam pasaran perdagangan global.
Sementara itu, teks penuh intipati TPPA akan didedahkan dalam tempoh 30 hari sebelum dibahaskan di Parlimen untuk diluluskan.
1MDB : Bahasa berhemah untuk Najib berundur
KENYATAAN MEDIA
www.amanahnegara.org
1. AMANAH yakin teguran Majlis Raja-Raja Melayu yang bersidang baru-baru ini ingin memastikan Pentadbiran Putrajaya menumpukan pembangunan negara dan dalam masa yang sama memulihkan kembali ekonomi negara berikutan kejatuhan nilai mata wang apabila isu yang melibatkan Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masib belum diselesaikan.
2. Sosok bahasa, keluhuran budi, adat dan budaya Bangsa Melayu yang boleh diterjemahkan dengan kenyataan Majlis Raja-Raja Melayu tersebut agar menasihatkan supaya Dato' Sri Haji Mohammad Najib Tun Haji Abdul Razak berundur sebagai Perdana Menteri Malaysia kerana telah gagal menyelesaikan isu 1MDB dengan segera dan turut telah menjejaskan ekonomi negara.
3. Banyak pihak telah menyuarakan kebimbangan isu 1MDB ini termasuk masyarakat kampung, Ahli Umno sendiri dan terkini, Pegawai-pegawai Tinggi Kerajaan seperti Tan Sri Dato' Ungku Dr Zeti Akhtar Ungku Abdul Aziz, Gabenor Bank Negara dan bekas Ketua Peguam Negara, Tan Sri Datuk Seri Panglima Abdul Gani Patail amat mencemaskan.
4. AMANAH merasakan ianya isyarat jelas bahawa Dato’ Sri Najib perlu berundur dengan segera kerana beliau masih gagal membuktikan ketelusan dan keyakinan semua pihak termasuk Majlis Raja-Raja Melayu tentang isu 1MDB yang turut dikaitkan dengan peribadi beliau yang sehingga kini tidak ‘dibersihkan’ lagi di Mahkamah.
Amanah. Progresif. Peduli.
SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara
7 Oktober 2015
Dr Mahathir bukan pengkhianat Umno, kata Hishammuddin
Amanah Melaka : Batalkan TPPA Demi Kepentingan Rakyat Dan Industri Tempatan

Dilema Umno, tiada seorangpun yang benar-benar selamat

Sebuah Parti "Harapan Rakyat" Dibentuk Untuk Gagalkan "Pakatan Harapan"?
Ahli PKR seumur hidup, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard mendakwa ada gerakan dalam kalangan pemimpin dan aktivis parti itu untuk menubuhkan parti baharu.
Dia mendakwa telah mendapat maklumat daripada seseorang dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan di Putrajaya bahawa kumpulan berkenaan telah hadir untuk mendaftarkan parti itu pada minggu lalu.
Katanya, seramai 13 orang telah hadir untuk mendaftarkan parti baharu itu.
“Saya cuba mendapatkan butiran lanjut dan dikenal pasti antaranya ialah individu yang mengaku sebagai Presiden Akar Umbi Keadilan yang kini memegang jawatan sebagai Naib Ketua Cabang, Pengarah Pilihanraya DUN Bukit Antarabangsa, bekas Setiausaha Kerja Pemuda Pusat, bekas Setiausaha Kerja PKR Pusat dan beberapa orang lain yang turut masih memegang jawatan di peringkat Pusat.
“Cuma pelik kerana apa relevannya tindakan ini ? Ramai mungkin menuduh mereka ejen UMNO tetapi jika ia usaha musuh kenapa dibuat secara senyap?” katanya.
Mahfuz: Ampun tuanku, tolong pecat Najib, AG
Raja-Raja Melayu dipohon bertindak lebih keras dengan memecat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali susulan kontroversi berpanjangan 1MDB.
Anggota parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata raja-raja sebagai payung negara tidak boleh membiarkan institusi awam dan pegawainya bersendirian apabila berlaku “ugutan” ketika menyiasat isu itu.
Beliau membangkitkan kes perpindahan pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bekas timbalan pengarah Cawangan Khas polis Datuk Hamid Bahador.
“Ke bawah DYMM Raja-Raja Melayu tidak boleh membiarkan institusi raja-raja tercalar oleh institusi awam yang berdiri atas nama diraja bertindak berasaskan campur tangan kuasa politik pemimpin korup yang menerajui negara sekarang,” katanya.
Mahfuz mendakwa “pentadbiran negara sekarang tak ubah seperti mana perjalanan pentadbiran sebuah kumpulan mafia”.
“Dalam kumpulan mafia siapa lawan ketua akan ditembak tetapi dalam politik negara siapa yang mengancam Najib akan dicantas, diugut dan sebagainya,” katanya.
Beliau juga berdoa supaya Allah memberikan petunjuk serta kekuatan untuk raja-raja bertindak "berani kerana benar" melindungi negara dan rakyat.
Bernama semalam melaporkan raja-raja Melayu mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1MDB dan mengambil tindakan tegas dan wajar terhadap pihak-pihak yang terlibat.
Dalam satu kenyataan, baginda sekalian menegaskan semua pihak bertanggungjawab untuk memberi kerjasama sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.
Ia berkata: "Kegagalan memberikan penjelasan dan jawapan yang meyakinkan, dikhuatiri telah mengakibatkan berlakunya krisis keyakinan”.
Guan Eng harap polis segera tangkap dalang twitter palsu
![]() |
GAMBAR Lim Guan Eng (kiri) diambil aduan oleh ASP Jamal Ismail dari luar bilik mesyuarat Pejabat Ketua Menteri di sini, petang tadi. |
![]() |
GAMBAR twitter palsu yang mengfitnah Lim Guan Eng. |
Di Mana Logiknya PAS dalam Pakatan Rakyat 2.0 ?
Periksa otak kalau kata pembangkang beli Dr M

Bantuan persekolahan SAR di P.Pinang diberikan bukan atas sentimen politik kepartian
Kalau Sekolah Rendah Islam Al-Ansar (SRIA) dan Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU) tidak pernah memohon peruntukan Bantuan SAR daripada Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang bagi tahun ini, bagaimana kedua-dua sekolah yang ditadbir urus oleh pemimpin PAS Pulau Pinang itu dipertimbang untuk mendapatkan sumbangan berwajib?
Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri perlu tahu bahawa agihan peruntukan bantuan pendidikan ke sekolah-sekolah di negeri ini berdasarkan keperluan dan keutamaan, sebagaimana dimohon sekolah-sekolah Islam yang lain.
Barangkali Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat berkenaan ini menganggap bantuan pendidikan yang disalurkan kepada dua sekolah swasta terbabit sejak beberapa tahun lalu atas dasar sentimen politik kepartian.
Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang sebenarnya banyak berbeza dengan tadbir urus parti, jika mahu dinisbahkan kepada PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan.
Di Pulau Pinang, Exco Hal Ehwal Agama Islam Dato' Abdul Malik Abul Kassim dan Dato' Mohd. Salleh Man (Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, MAINPP) yang menguruskan hal ehwal berkaitan Islam dan umat Islam, dan bukan parti politik.
NST Diperintah Bayar Hampir 1/2 Juta Kepada Husam Musa
Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi dan mengarahkan New Straits Times Press (M) Bhd membayar RM350,000 kepada bekas naib Presiden Datuk Husam Musa berhubung dakwaan memfitnah beliau.
Panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin juga menolak permintaan NSTP bagi mendapatkan kebenaran untuk merayu terhadap liabiliti dan kuantum ganti rugi.
"Kami menolak permohonan itu dan plaintif diperintahkan untuk membayar kos RM15,000 kepada Husam," demikian diputuskan oleh mahkamah itu.
Dua lagi hakim dalam panel bersama Hakim Zulkefli adalah Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Ma'arop.