TERKINI :

Tuesday, October 6, 2015

Husam penulis petisyen rakyat Kelantan

SESUDAH SUBUH


http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/04/husam-musa2.jpg

Sejak tidak menjadi Exco dan dilepaskan segala tugas dan tanggungjawab dalam kerajaan negeri Kelantan, nampaknya Adun Salor, Husam Musa tidak sunyi dan sepi daripada untuk terus berkhidmat dan berjuang kepada rakyat. Ketiadaan jawatan itu bukan menjadi sebab untuk dia mendiamkan diri atau membiarkan sesuatu penyelewengan terus bermaharajalela.

Sebagai seorang yang kreatif, Husam ada berbagai cara untuk memaknakan dirinya sebagai wakil rakyat biasa dan orang yang pernah diharap-harapkan untuk menjadi pemimpin nombor satu di Kelantan. Selepas bertindak menjadi MB swasta yang banyak membantu dan menyediakan pelan menyelamatkan (meringinkan) kepada mangsa banjir hampir setahun lalu, kini Husam muncul pula dengan kerjaya baru sebagai "penulis petisyen rakyat".

Sehingga kini sudah beberapa pucuk surat ditulisnya yang ditujukan kepada Menteri Besar, Ahmad Yaakub, dan terbaru kepada Mohd Amar Nik Abdullah yang kini memangku jawatan MB selama Ahmad berada di Makkah. Surat-surat yang ditulis oleh Husam itu membawa suara rakyat kerana ia ada kepentingan dengan rakyat. Surat itu merupakan petisyen rakyat kepada kerajaan.

Dan surat-surat Husam bukan surat layang atau poison letter kerana beliau bertanggungjawab dan menyatakan dengan fakta yang lengkap dan kemas terhadap apa yang diungkitkan. Dalam pada itu ada yang kurang senang dengan kehadiran surat-surat Husam dan menganggap ia sebagai satu pengkhiatan. Kenapa? Jawabanya mudah sahaja, sebab apa yang dibangkit dan diangkatkan dalam surat itu boleh menjejaskan kepentingan dan tembolok mereka.

Nasib Tun M seterusnya.. "Kena Saman, Tangkap atau DIpecat Daripada UMNO?

Shahbudin Husin,

Perdana Menteri, Najib Razak akhirnya menghantar surat saman kepada bekas Presiden MCA, Dr Ling Liong Sik berhubung kenyataannya yang didakwa berunsur fitnah baru-baru ini.

Sabtu lalu, Dr. Ling bersetuju dengan desakan Tun Mahathir agar Najib berundur daripada jawatannya kerana  mendakwa "telah mengambil duit orang lain untuk dimasukkan ke akaun peribadinya."

Sehubungan itu, tempoh tujuh hari diberikan kepada bekas Menteri Pengangkutan itu untuk menarik balik kenyataan tersebut, memohon maaf dan membayar sejumlah ganti rugi atau berdepan dengan tuntutan saman fitnah di mahkamah kerana mencemar nama baik Perdana Menteri.

Tindakan pantas terhadap Dr Ling ini menggambarkan Najib kini meneruskan sikap tidak mahu  lagi memberi muka kepada pengkritik yang cuba menjejaskan reputasinya.

Setelah beberapa pemimpin pembangkang juga disamannya sebelum ini, Dr Ling adalah sasarannya paling terbaharu sekali.

Veteran Umno pertikai TPPA dengan 'negara pokai'


Sekiranya Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dimeterai, Malaysia diibaratkan sebagai negara yang tidak mementingkan bangsa, kata veteran Umno Tan Sri Sanusi Junid.

Bekas menteri besar pusat dan menteri besar Kedah itu berkata disebabkan ingin "berkawan" dengan Amerika Syarikat, Malaysia terlupa bahawa negara itu sebuah “negara pokai”.

"Kalau orang lemas di sungai, kayu pun dia pegang, najis pun dia pegang. Sekarang umpama tiada kepentingan bangsa.

"(Tetapi) sebab nak berkawan dengan Amerika, kita lupa yang negara mereka itu negara yang pokai dan disokong oleh kapitalisme.

"Kalau orang politik bolehlah cakap TPPA ini penyelamat kita. Saya pun orang politik juga dulu. Tapi sekarang bertaubat banyak dah," katanya sambil menerima tepukan dari hadirin.

Bekas menteri besar Kedah itu berkata demikian dalam program Bicara Minda di Shah Alam hari ini.

Kenapa SAR SRIBU Permatang Pauh dinafikan bantuan..???



Kenyataan Media Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU), Permatang Pauh, P.Pinang.

1. Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU) melahirkan rasa kekecewaan berhubungan isu bantuan Sekolah Agama Rakyat (SAR) oleh Kerajaan Negeri P.Pinang sebagaimana menjadi sebaran (viral) di media sosial dan akhbar. SRIBU juga turut menerima kesan apabila dinafikan bantuan tersebut pada tahun ini.

2. SRIBU yang beroperasi sejak tahun 2005 telah berdaftar dibawah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) dengan nombor pendaftaran JAIPP/Pend/-5-BM-(R) 0033 sebagai sebuah Sekolah Agama Rakyat di negeri Pulau Pinang. SRIBU ditubuhkan atas dasar tanggungjawab untuk menawarkan sistem pendidikan yang seimbang antara aliran agama dan akademik dengan intergrasi silibus Dinniyah dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

3. SRIBU beroperasi sepenuhnya dengan bergantung kepada yuran pengajian yang rendah dan sumbangan masyarakat. Dengan sumber yang terhad ini, SRIBU amat memerlukan sumbangan dari kerajaan dan pihak SRIBU berpandangan permintaan ini bukanlah suatu yang melampau kerana SRIBU telah menyediakan peluang pendidikan untuk rakyat Pulau Pinang dan juga luar Pulau Pinang.

Ling bincang dengan peguamnya notis tuntutan PM


Bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik akan berbincang dengan peguamnya mengenai notis tuntutan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Isteri Ling, Erna Ling yang mengesahkan perkara itu, berkata suaminya akan berbincang dengan peguamnya untuk menentukan langkah beliau seterusnya.

Erna berkata bekas menteri pengangkutan itu menerima notis tersebut petang semalam, lapor Sin Chew Daily.

Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata memandangkan perdana menteri mengeluarkan notis tuntutan kepada Ling, maka ia menjadi persoalan undang-undang yang perlu ditentukan oleh hakim.

"Setiausaha agung MCA Ong Ka Chuan telah menyatakan pendangannya mengenai kenyataan Ling, yang mana kenyataan Ling itu tidak mewakili pandangan MCA," kata Liow.

Ditanya mengapa bekas perdana menteri Tun Dr Mahahtir Mohamad, yang mengkritik Najib, tidak menerima sebarang tindakan tetapi Ling pula menerima notis guaman itu, Liow berkata MCA akan memantau perkembangan isu tersebut dan memberi pandangan mengenainya berdasarkan undang-undang.

Raja-Raja Melayu mahu siasatan 1MDB diselesai secepat mungkin


Raja-Raja Melayu mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat.

Dalam satu kenyataan, baginda sekalian menegaskan semua pihak bertanggungjawab untuk memberi kerjasama yang sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.

"Penemuan siasatan ini hendaklah dilaporkan secara lengkap dan telus supaya rakyat dapat diyakinkan akan keikhlasan kerajaan yang sama sekali tidak akan melindungkan fakta dan kebenaran," menurut kenyataan itu.

Kenyataan dikeluarkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad berikutan mesyuarat Pra-Majlis Raja-raja yang diadakan di Istana Negara hari ini.

Ia berkata: "Kegagalan memberikan penjelasan dan jawapan yang meyakinkan, dikhuatiri telah mengakibatkan berlakunya krisis keyakinan.

"Akibatnya rakyat percaya, sama ada dengan realiti mahupun secara persepsi, bahawa ia turut menjadi antara sebab yang telah mempengaruhi kejatuhan nilai mata wang Ringgit Malaysia secara mendadak, sehingga memberi impak negatif ke atas pasaran kewangan dan iklim ekonomi negara dan sekali gus telah menjejaskan pandangan dunia terhadap Malaysia."

Akaun Bersih 4 RM2.6 juta, kini giliran Najib pula

KUALA LUMPUR: Seperti yang dijanjikan, Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) hari ini membentangkan akaun dan perbelanjaan perhimpunan aman Bersih 4.

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 memaklumkan mereka berbesar hati untuk mengumumkan bahawa daripada penyata bank setebal 2,126 muka surat yang telah diterima sekitar 27,000 penderma telah menyumbang secara purata RM76 seorang.

"Majoritinya telah menderma antara RM10 ke RM50. Jumlah derma yang kami terima adalah sebanyak RM2,064,652.74," ujar jawatankuasa itu dalam kenyataan kepada Harakahdaily, petang ini.

Menurutnya lagi, hasil derma melalui jualan kemeja-t Bersih 4 adalah sebanyak RM553,914 manakala hasil jualan mafla pula adalah sebanyak RM28,795 yang membawa kepada jumlah besar RM2,647,361.74.

Tambah kenyataan itu yang disertai lampiran, jumlah perbelanjaan Bersih 4 termasuk praperhimpunan dan perbelanjaan ketika perhimpunan adalah sebanyak RM664,052.52

Jumlah lebihan sebanyak RM1,983,309.22 akan digunakan untuk dana program Bersih 2.0 untuk jangka masa dua tahun akan datang termasuklah program pendidikan pengundi, kos mahkamah, latihan dan sebagainya.

"Dengan ini lunaslah sudah janji Bersih 2.0 untuk membentangkan perbelanjaan kami sepanjang penganjuran perhimpunan aman Bersih 4," ujarnya.

Kini, kata kenyataan itu tiba giliran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mendedahkan akaun RM2.6 bilionnya pula.

"Sekiranya beliau gagal berbuat demikian, maka jelaslah kredibiliti beliau telah hilang sama sekali," tambahnya. - HARAKAHDAILY 6/10/2015

Kenyataan Media Parti Amanah Negara berhubung TPPA


1. Parti Amanah Negara (AMANAH) menyambut baik kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa bahawa Perjanjian TPPA (Trans Pacific Partnership Agreement), walaupun telah dipersetujui, namun tidak akan ditandatangani sebelum mendapat persetujuan dari Parlimen dan semua pihak berkepentingan. YB Menteri turut menjanjikan keseluruhan isi kandungan perjanjian akan dikemukakan kepada rakyat dan perbahasan menyeluruh akan diadakan.

2. Kami harap pihak Menteri akan menepati janji tersebut dengan menentukan masa yang cukup dan memadai, bukan sahaja untuk Parlimen, tetapi juga masyarakat umum bagi meneliti dan membahasnya. Begitu juga kami harap bahawa semua teguran akan diambil berat dan diambil tindakan sewajarnya dan perbahasan tidak akan merupakan satu ‘public relations excercise’ semata-mata.

3. Kenyataan Menteri dengan sendirinya mengakui wujudnya berbagai kekhuatiran dan perasaan tidak senang hati terhadap perjanjian ini. Kekhuatiran dan perasaan tidak senang hati ini sambil diakui kewajarannya, dijawab dengan sekadar menyatakan bahawa Malaysia telah mendapat ‘konsesi’ dalam hampir kesemua isu yang dikemukakan. Dijelaskan bahawa konsesi tersebut mengambil bentuk ‘keanjalan dari sudut tempoh’ dan ‘layanan berbeza bagi bidang-bidang sensitif negara’. Malangnya kenyataan tersebut tidak menjelaskan aspek ‘keanjalan’ dan ‘layanan berbeza’ yang dimaksudkan dengan lebih terperinci.

4. Di antara kekhuatiran terhadap perjanjian sebegini rupa adalah bahawa ianya bertujuan untuk menjamin persaingan bebas tanpa kawalan dan campur tangan kerajaan. Ini akan menyebabkan pihak yang lebih kuat dan berkebolehan mengatasi semua pihak lain dan menguasai pasaran. Dengan itu syarikat-syarikat tempatan yang jauh lebih kecil berbanding syarikat antarabangsa Amerika Syarikat dan sebagainya akan terjejas dan dengan sendirinya terpinggir. Pembukaan pasaran di negara rakan TPPA seperti Amerika, Canada dan Australia tidak begitu bermakna sekiranya diakui bahawa syarikat-syarikat tempatan tidak mampu bersaing walaupun di pasaran negara sendiri. Sekiranya itu benar, maka sudah pasti mereka tidak akan mampu bersaing di negara rakan TPPA!

5. Kekhuatiran yang bersifat lebih menyeluruh adalah berhubung kebebasan dan hak Negara untuk menjalankan usaha ‘penyususnan semula’ ekonomi negara. Usaha seperti ini sudah pasti akan terjejas. Kerajaan akan berada dalam keadaan ‘tangan terikat’ di mana apa jua usaha memberi layanan berbeza dengan mengutamakan syarikat-syarikat tempatan boleh dipertikaikan dan diambil tindakan undang-undang oleh pihak syarikat asing.

6. Begitu juga dengan persoalan hak milik intellektual yang akan mendatangkan kesan terhadap harga ubat-ubatan khususnya. Penguatkuasaan hak milik intellectual ini akan menyebabkan kos ubat-ubatan melambung dan walaupun ini mungkin baik bagi syarikat-syarikat farmasutikal, sudah pasti akan mendatangkan kesan buruk terhadap rakyat jelata.

7. Kami mendapati kesemua persoalan ini dan yang sepertinya difahami Menteri kerana telah disentuh olehnya melalui kenyataan tersebut. Hanya yang tidak dijelaskan adalah sejauh mana ‘konsesi’ yang telah diperolehi menjawab dan menyelesaikan segala kekhuatiran dan perasaan tidak senang hati berhubungnya. Ini akan diselidiki dan diperincikan apabila isi kandungan perjanjian ini didedahkan kepada rakyat untuk dibahaskan.

8. Semestinya Parti Amanah Negara tidak akan membantah sesuatu yang mendatangkan keuntungan kepada negara dan rakyat. Namun yang dikhuatiri adalah ianya hanya mendatangkan keuntungan jangka masa pendek sambil menambahkan kebergantungan negara kepada sumber hasil tertentu. Segala usaha untuk mengembangkan kemampuan sektor swasta dan awam dalam bidang lain demi menerokai sumber hasil baru akan tercantas dari awal melalui perjanjian ini. Oleh itu kesan jangka pendek dan jangka panjang perjanjian sebegini perlu dikaji dengan penuh teliti.

9. Ke arah itu Parti Amanah Negara mengalu-alukan jaminan Menteri untuk membawa setiap aspek perjanjian ini untuk dibahas, sambil menjamin tempoh yang memadai untuk perbahasan ini, sebagai satu tindakan yang wajar dan perlu.

KHALID ABD SAMAD
Pengarah Komunikasi,
Parti Amanah Negara
6 Oktober 2015
Link Sumber

Saman Najib: Anina mohon gantung prosiding

Bekas ahli Umno Anina Saadudin hari ini memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menggantung pendengaran membatalkan writ saman yang dipohon Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau memohon penggantungan sehingga kes saman yang difailkannya terhadap Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung pemecatannya sebagai ahli parti itu, diputuskan.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdullah yang mewakili Anina memberitahu pemberita bahawa mahkamah perlu membuat keputusan mengenai status Anina dalam parti tersebut terlebih dahulu kerana Najib telah mendakwa bahawa Anina tidak mempunyai locus standi semasa memfailkan writ saman.

"Alasan utama Najib (dalam permohonan membatalkan writ saman), adalah kononnya Anina tiada locus standi membawa tindakan (saman) ini sebab keahlian Anina sudah dibatalkan.

"Jadi biarlah mahkamah yang mendengar permohonan Anina terhadap Tengku Adnan menentukan isu keahlian Anina dahulu sebab Anina sudahpun memfailkan tindakan terhadap Tengku Adnan lebih awal iaitu sebelum Najib membuat permohonan membatalkan saman," katanya.

Haniff Khatri berkata mahkamah menetapkan Isnin ini untuk pengurusan kes di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab.

Sementara itu bagi kes saman membabitkan Tengku Adnan, mahkamah menetapkan pengurusan kes pada Jumaat ini di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman S Nantha Balan.

Pada 1 Oktober, mahkamah membenarkan permohonan Najib untuk menggantung kesemua prosiding saman yang difailkan Anina.

Anina memfailkan saman terhadap Najib dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf pada 28 Ogos lepas, antaranya bagi menuntut pembayaran RM2.6 bilion (US$650 juta) yang didakwa dimasukkan oleh Najib ke dalam satu akaun bank bukan milik Umno di Singapura.

- Bernama

MSF beri amaran, harga ubat akan meningkat dengan TPPA

NGO Doctors Without Borders (MSF) memberi amaran bahawa Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang selesai dirundingkan semalam akan menyebabkan kenaikan mendadak ke atas harga ubat.

Selain itu, MSF juga bimbang TPPA akan menyebabkan pesakit sukar mendapat akses kepada rawatan untuk penyakit kritikal.

Laporan Aljazeera America menyebut, MSF serta beberapa badan kemanusiaan antarabangsa lain menjangka jutaan pengidap penyakit kritikal seperti HIV, hepatitis C, Ebola akan terjejas secara langsung daripada TPPA

Badan berkenaan memberi amaran, TPPA memberi kesan langsung kepada industri farmaseutikal kerana syarikat ubat sukar membangunkan ubat berdasarkan kajian sedia ada.

Hal ini kerana TPPA akan melanjutkan tempoh yang membenarkan sesebuah pengeluar ubat menyekat pengeluar ubat lain daripada memperolehi data kajian mereka.

Para pengeluar ubat besar, yang digelar 'big pharma' dilaporkan mahu diberi tempoh eksklusif sehingga 12 tahun untuk mendorong inovasi produk mereka.

MSF menyifatkan rundingan tersebut sebagai “rundingan perjanjian perdagangan paling buruk dalam sejarah untuk akses perubatan di negara membangun”.

Rundingan TPPA di antara AS dengan 11 negara Asia Pasifik itu, yang dijalankan secara sulit selama berbulan-bulan lamanya, akan mengawal 40 peratus daripada ekonomi dunia.

Tajudin Rahman perlu digugur dari jawatan Timbalan Menteri

Oleh Mahfuz Omar


1. Kenyataan Dato'Tajudin Abd. Rahman, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno yang hendak menampar Cina Malaysia sesuatu yang sangat memalukan. Apakah ini sikap seorang Timbalan Menteri dan pemimpin Umno atau beliau sebagai samseng kampung dusun?

2. Saya mahu mengigatkan Tajudin, beliau boleh menegur Duta Besar Cina ke Malaysia dan menuntut beliau meminta maaf jika didapati tindakan beliau itu merupakan campurtangan dalam negara Malaysia.

Tindakan Tajudin hendak menampar Cina Malaysia seolah-olah negara Malaysia mengamalkan undang undang zaman purba dan mengambil alih tugas Polis. Buat Tajudin juga, saya mahu mengingatkan ini bukan zaman raja bersiong.

PAS Amalkan Politik Janda Gila Talak

Oleh ramziredang


"Sehari dua ini PAS mempersoalkan tentang di manakah kerusi yang AMANAH akan bertanding? Jika tiga penjuru dengan PAS tidakkah memberi kelebihan kepada BN? Padahal sebulan lepas PAS telah umumkan akan bertanding di semua kerusi DAP. Kenapa pada masa itu PAS tidak fikir jika tiga penjuru dengan DAP tidakkah itu memberi kelebihan kepada BN? Apakah PAS boleh tikam orang tetapi orang tidak boleh tikam PAS?

Apa perlunya PAS mempersoalkan tentang parti lain? Terutama tentang AMANAH dan DAP? PAS telahpun dipelawa untuk bersama sama dengan PAKATAN HARAPAN. Jelas sekali PAS menolak.

Apapun nama yang digunapakai samada Pakatan Harapan atau PR 2.0, matlamatnya adalah "membina satu gabungan yang kuat dikalangan pembangkang untuk menjatuhkan BN".

PAS sudah menyatakan pendirian. PAS tidak sudi. PAS menolak. Jadi apa perlunya PAS persoalkan tentang pembahagian kerusi? Apa sahaja alasan boleh diberi oleh PAS. Beribu alasan boleh direka. Samada kerana tidak ingin bersama DAP atau Amanah. Tetapi hakikatnya rumusan PAS tidak sudi itu memberi maksud: PAS TIDAK SUDI UNTUK BERSAMA SAMA RAKYAT UNTUK MENOLAK BN

Kenapa Ku Nan mempertahankan Tajuddin yang ‘sukar dikawal’?

Oleh Alyaa Alhadjri

http://bm.theantdaily.com/Documents/Article/34482/Why-is-Ku-Nan-defending_BAHASA_785x442.jpg
Adakah Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor cuba untuk membayangkan yang Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Tajuddin Abdul Rahman tidak begitu bijak?

Setiausaha Agung Umno itu telah dilaporkan berkata bahawa parti itu tidak akan meminta Tajuddin untuk meminta maaf kepada masyarakat Cina kerana mengancam untuk menampar mereka, kerana beliau dikatakan telah terkeliru oleh media sosial dan seterusnya bertindak dalam kemarahan.

Tengku Adnan berkata punca kemarahan Tajuddin berkemungkinan salah faham yang telah membuatkan beliau berfikir bahawa orang Cina tempatan telah meminta bantuan dari China.“Saya faham perasaan dia. Perkara yang sama turut berlaku, apabila saya pada awalnya salah faham kenyataan duta besar China (ke Malaysia) Huang Huikang, dan saya begitu marah.

“Kenyataan Huang telah diputar belit oleh pemimpin DAP Ronnie Liu. Duta itu tidak pernah menyebut Cina Malaysia tetapi rakyat China. Kenyataan itu telah diputar belit kepada barisan diplomatik,” kata Tengku Adnan yang dipetik oleh Sin Chew Daily pada 3 Oktober.

Huan telah melawat Jalan Petaling di ambang perhimpunan kontroversi yang dirancang, yang telah dibatalkan. Ketika tinjauan mesra, duta itu berkata China menolak sebarang bentuk keganasan, perkauman dan ekstrimisme.

Masalah PKR umpama 'ribut dalam cawan'

SHAH ALAM - PKR tidak menafikan yang mereka berdepan dengan masalah dalaman parti, namun tidaklah seteruk Pas.

Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin berkata, tiada pergolakan yang besar berlaku dan hanya menyifatkan umpama ‘ribut dalam cawan’.

Beliau berkata, kalau hendak dibanding dengan masalah yang berlaku pada Pas, ibarat langit dengan bumi.

"Keadilan parti demokratik. Justeru pendekatan diambil ialah melalui perbincangan.

"Natijahnya ialah membina 'pakatan mega' untuk menumbangkan BN,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, masalah yang dihadapi mungkin mengambil sedikit masa bagi membolehkan semua yang terlibat mencari penyelesaian terbaik.

Bagaimanapun, beliau yakin hal itu tidak memudaratkan perjalanan parti dalam berdepan dengan PRU akan datang.

PAS: Najib khianati umat Islam jabat tangan PM Israel

Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berjabat tangan dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu minggu lalu dianggap "pengkhianatan" kepada usaha umat Islam antarabangsa memberi tekanan dan meminggirkan negara itu, kata PAS.

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan berkata tindakan Najib itu ibarat dua orang kawan bersalaman seperti tiada apa yang berlaku, sedangkan rakyat Palestin kini sedang terkepung di Masjidil Aqsa mempertahankan tanah suci diceroboh oleh Israel.

MP Temerloh itu juga menganggap Najib gagal mengambilkira sensitiviti konflik yang semakin meningkat khususnya di Palestin termasuk reaksi keras Presiden Palestin Mahmoud Abbas yang membatalkan Perjanjian Oslo dalam ucapannya di PBB.

"Ucapan kritikan perdana menteri yang menuduh Israel melakukan kekejaman nyah-kemanusiaan secara sistematik, kini dilihat tidak lebih daripada satu gimik politik yang dibayangi oleh insiden berjabat tangan tersebut.

"Ia menghantar isyarat bahawa Malaysia sebenarnya memandang remeh terhadap apa yang sedang berlaku di Palestin serta melemahkan premis rasmi penentangan negara terhadap Israel," kata Nasurudin dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas tindakan Najib bersalaman dengan Netanyahu ketika terserempak secara kebetulan ketika pemimpin Isreal itu sedang menunggu keretanya di pintu masuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) minggu lalu.

Najib dilapor menafikan dakwaan beliau mengadakan pertemuan dengan perdana menteri Isreal itu, sebaliknya bertembung selepas Netanyahu selesai memberi ucapan dan kemudiannya diikuti ucapan beliau selepas itu.

"Bukan saya jumpa... terserempak dekat pintu masuk ke PBB sebab dia berucap sebelum saya. Lepas tu saya berucap.

"Jadi dia salam dengan saya, saya salam dengan dialah. Bukan ada apa-apa, bukan pertemuan. Terserempak secara kebetulan sahaja. Ini boleh disahkan oleh menteri luar dan wakil duta di Amerika Syarikat dan Wakil Tetap Malaysia di PBB," katanya.

Sehubungan itu, Nasrudin berkata PAS akan mendesak Najib memberi penjelasan rasmi di parlimen berhubung perkara itu dan parti itu akan memulakan usul mencela tindakan beliau berjabat dengan perdana menteri Israel.

Katanya, walau apa pun alasan yang diberikan oleh perdana Menteri, tindakan Najib bertemu Netanyahu tidak sepatutnya berlangsung sama sekali dan wajib dikecam.

"Apa yang pasti, bukan sahaja kepimpinan perdana menteri di dalam isu domestik telah gagal malah beliau juga gagal membuat penegasan terhadap polisi luar negara yang sepenting ini.

"Sesungguhnya kegagalan perdana menteri kali ini berganda-ganda," katanya sambil menambah bahawa PAS kecewa dengan penyokong Umno menyambut Najib ibarat hero sekembali dari New York.

Bagi RM2.6 bilion mesti mahu publisiti, kata Dr Mahathir

 Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, individu dari Timur Tengah yang ‘menderma’ RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pastinya mahukan publisiti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Oktober, 2015.
Individu dari Timur Tengah yang "menderma" RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pastinya mahukan publisiti daripada derma yang dihulurkan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Bekas perdana menteri itu berkata, perkara itu adalah "ego" seseorang yang menyumbangkan sejumlah wang sebegitu banyak.

Najib sebelum ini mendakwa wang di dalam akaunnya itu datang daripada sumbangan seorang dermawan Timur Tengah.

"Mereka bukan saja bagi, tapi bagi senyap-senyap, mereka tak beritahu dekat orang," katanya sinis.

"Saya fikir orang Arab kalau dia nak bagi duit begitu banyak, dia nak panggil media, 'tengok kami bagi duit banyak dekat Najib'. Inilah namanya ego orang yang nak bagi duit," kata Dr Mahathir pada majlis Bicara Negarawan di Tawau, hari ini.

Bongkar | Pemimpin Umno lebih utamakan peribadi, itu masalah


NIZAM ZAIN


SHAH ALAM - Usaha untuk meremajakan Umno bukan lagi satu kekangan kepada parti Melayu itu untuk terus relevan di negara ini sekiranya segelintir pemimpin mengetepikan kepentingan peribadi.

Perkara tersebut diakui sendiri Ketua Umno Bahagian Sg Besar, Datuk Jamal Md Yunos sambil menegaskan faktor umur bukan lagi menjadi ukuran untuk menjadi pemimpin masa depan, namun tanggungjawab kepada masyarakat menjadi keutamaan.

“Sekarang ini, masalahnya bukan faktor umur, masalahnya segelintir pemimpin dalam kalangan Umno ini yang lebih mementingkan keutamaan peribadi daripada masyarakat. Itu yang menjadi masalah.

“Kalau pemimpin muda sekalipun berumur 20-30 tahun, tetapi dia meletakkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan rakyat dan parti, ini juga bermasalah,” katanya kepada Sinar Online, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Jamal juga menafikan Umno di Selangor semakin lemah kerana lihat lebih mendiamkan diri dalam banyak isu semasa dan tidak menyerlah dalam berpolitik berbanding pakatan pembangkang.

Tun M diingat jangan campuri urusan Umno


KEPONG - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diingatkan supaya tidak mencampuri urusan Umno khususnya ketika berdepan dengan konflik dalaman parti Melayu itu.

Demikian amaran yang dilontarkan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sambil menegaskan pimpinan Najib mampu menyelesaikan kemelut dalaman parti itu tanpa campur tangan pihak luar.

“Tun M sudah habis (kuasa), sudah-sudah la, biar kita dalam Umno selesaikan masalah kita, kita tahu macam mana nak selesaikan masalah," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau mengulas kritikan terbuka dan berterusan Dr Mahathir terhadap kepimpinan Najib sambil mengaitkan ahli Parlimen Pekan itu sebagai punca sebenar kejatuhan nilai mata wang negara yang mencecah RM4.46 berbanding dolar Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, Tengku Adnan juga mengingatkan ahli Umno supaya tidak menerima sepenuhnya dakwaan pelbagai pihak termasuk Dr Mahathir sambil menyifatkannya sebagai fitnah.

Najib tuntut Ling Liong Sik mohon maaf

 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak menuntut bekas presiden MCA, Tun Ling Liong Sik menarik balik dan memohon maaf atas kenyataannya yang didakwa berunsur fitnah mengenai perdana menteri baru-baru ini.

Surat tuntutan itu, yang disahkan oleh sumber keluarga Ling, telah dihantar kepada bekas menteri pusat itu.

Surat tuntutan itu menuntut penarikan balik, permohonan maaf serta ganti rugi berikutan artikel di dalam The Malay Mail Online bertajuk 'MCA's Liong Sik joins call for Najib's ouster for allegedly putting people's money in his own pocket' yang disiarkan pada 3 Oktober.

Dalam surat itu, peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, Ling mempunyai tujuh hari untuk menjawab tuntutan itu atau menghadapi tindakan undang-undang kerana didakwa mencemarkan reputasi perdana menteri.

Tun M: Najib salahguna undang-undang

Tun Dr Mahathir Mohamad
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyalahgunakan undang-undang untuk melindungi dirinya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan hadirin mengenai 'kuasa di atas kuasa undang-undang'.

"Sesiapa yang cuba menghalang dirinya akan dikenakan tindakan; disoal, disimpan, dimasukkan ke dalam tahanan dan sebagainya," katanya dalam sesi soal jawab Bicara Negarawan Sabah di Dewan Yayasan Lau Gek Poh, Tawau, hari ini.

Dalam sesi soal jawab tersebut, beliau juga menjawab soalan hadirin mengenai undi tidak percaya terhadap Najib.

"Saya minta semua ahli-ahli Umno di Sabah ini mendesak wakil rakyat mereka supaya menyokong undi tidak percaya.

"Kalau mereka tidak sokong, tentukan mereka tidak akan jadi calon, dan tentukan mereka kalau jadi calon, akan dikalahkan," katanya sambil disambut sorakan hadirin.

Krisis jerebu harus ditangani di peringkat Asean

Jerebu - Penang
BUTTERWORTH - Malaysia perlu menggunakan status sebagai pengerusi Asean tahun ini, untuk menangani krisis jerebu yang melanda rantau ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata Malaysia boleh membawa perkara ini untuk dibincangkan dalam mesyuarat serantau supaya isu jerebu dapat diselesaikan.

Menurutnya, langkah yang terbaik bagi menangani krisis ini adalah menggunakan apa sahaja cara dalam rangka kerja Asean supaya ia dapat ditangani semua anggota pertubuhan itu.

"Krisis jerebu ini bukan perkara baru dan setiap tahun, Malaysia mengharapkan Indonesia menyelesaikan masalah ini, namun Indonesia gagal menanganinya.

"Masalah ini bukan masalah satu negara lagi, kita harus melihatnya sebagai masalah serantau dan Malaysia sebagai pengerusi boleh membawa perkara ini ke mesyuarat Asean supaya satu agenda dapat ditubuhkan," katanya kepada pemberita sebelum merasmikan Konvensyen MIC Pulau Pinang di sini hari ini.

Beliau berkata krisis jerebu ini telah menjejaskan aktiviti harian beberapa negara serantau iaitu Malaysia, Brunei dan Singapura.

Akhirnya MALAYSIA bersetuju perjanjian TPPA

TPPA telah dipersetujui ,Perjanjian terbesar semenjak 20 Tahun

The-TPP-Is-Not-Free-Trade-Its-Managed-Trade

Satu persetujuan telah dapat dicapai diantara 12 menteri perdagangan dari rantau Asia-Pacific yang diketuai Amerika Syarikat dan terdiri dari Australia, Brunei Darussalam, Canada, Chile, Japan, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapore, and Vietnam.

Perjanjian perdagangan ini merupakan antara perjanjian terbesar semenjak 20 tahun yang lepas dan merupakan matlamat jangka masa panjang pentadbiran Obama.

Perjanjian Trans-Pacific Partnership (TPP) ini bakal merangkumi 40 peratus daripada ekonomi dunia.
Eksport Amerika Syarikat ke negara TPP berjumlah $727 billion pada tahun 2014 yang merupakan 45 peratus dari barangan eksport Amerika Syarikat

Sumber :RT




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...