TERKINI :

Monday, October 5, 2015

Dua pilihan untuk jadikan ZAHID benar-benar "No 2" dalam UMNO..

Shahbudin Husin,

Semalam Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dijadual mempengerusikan mesyuarat Pusat Penyelarasan dan Operasi Pilihanraya (GCOC) di ibu pejabat UMNO, tetapi tiba-tiba ia ditangguhkan tanpa sebarang sebab diberikan.

Andaian umum melihat penangguhan ia lebih kerana pendedahan media dua hari sebelum mesyuarat itu berlangsung kerana  ia kebiasaannya dikendalikan oleh Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden UMNO tetapi dikatakan diberikan kepada Zahid untuk mempengerusikannya.

Surat panggilan mesyuarat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor dengan mengatakan ia akan dipengerusikan oleh Zahid Hamidi bukan saja bermakna cuba mengenepikan kedudukan Muhyiddin Yassin, malah seperti mahu memberikan peranan sebagai orang nombor dua dalam parti kepada Timbalan Perdana Menteri secara "percuma" untuk menyesuaikan dengan kedudukannya dalam kerajaan ketika ini.

Sebelum ini Muhyiddin juga sudah diketepikan peranannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin UMNO yang amalan biasanya akan mengadakan mesyuarat sebelum MT bersidang apabila ia digantikan dengan mesyuarat khas Biro Politik yang dipengerusikan sendiri oleh Najib.

UMNO pantau tujuh pemimpin pro-Tun M

tengku-adnan

KUALA LUMPUR: UMNO sudah mengenal pasti tujuh pemimpin parti itu yang mengeluarkan kenyataan untuk menjatuhkan Perdana Menteri selaku Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pemimin UMNO itu dalam perhatian untuk dihantar surat tunjuk sebab oleh Lembaga Disiplin parti.

“Kita ada tujuh pemimpin yang dipantau dan Lembaga Disiplin parti tidak akan teragak-agak untuk menghantar surat tunjuk sebab kepada mereka,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran dan Sesi Pengundian Unit RUMAWIP di Kepong pada Isnin.

Tengku Adnan atau Ku Nan berkata demikian mengulas jika bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin selepas secara terang-terangan dan berterusan menyerang Najib melalui beberapa majlis forum baru-baru ini.

Hukuman berbeza bagi kesalahan sama

Nik-Nazmi-Nik-Ahmad_law_600
PETALING JAYA: Angkatan Muda keadilan (AMK) mempersoalkan keputusan mahkamah yang memberikan keputusan berbeza bagi kesalahan yang sama.

Ketuanya. Nik Nazmi Nik Ahmad merujuk kepada keputusan Setiausaha Kerja PKR Johor, R Yuneswaran yang didenda RM6,000 mengikut Akta Perhimpunan Aman kerana gagal memberi notis 10 hari bagi mengadakan perhimpunan Blackout 505 pada 2013.

Katanya, keputusan itu bercanggah dengan kesnya yang didakwa pada tahun ini kerana melakukan kesalahan yang sama mengikut akta yang sama tetapi mahkamah membebaskannya kerana dakwaan itu melanggar asas Perlembagaan.

“Perubahan ketara ini bagaikan mengisyaratkan satu era di mana hak asasi yang termaktub di dalam Perlembagaan semakin samar akibat penfafsiran yang terhad oleh mahkamah,” katanya menerusi kenyataan media.

Nik Nazmi berkata, sekiranya kes itu dibawa ke peringkat Mahkamah Persekutuan, AMK hanya boleh berharap bahawa Mahkamah Persekutuan akan mengambil langkah yang lebih berani dan adil di dalam mentafsir akta itu.

Gani Patail bersara hari ini tanpa upacara rasmi

Bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail akan genap 60 tahun esok, iaitu umur persaraan wajib penjawat awam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Oktober, 2015.
Bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini bersara daripada perkhidmatan kehakiman dan perundangan selepas karier yang berwarna-warni selama hampir 35 tahun.

Gani genap 60 tahun esok, umur persaraan wajib bagi penjawat awam.

Seorang pegawai perhubungan awam Jabatan Peguam Negara berkata Gani tidak melakukan simbolik mengetip perakam waktu seperti yang biasa dilakukan pegawai tinggi perkhidmatan awam ketika hendak bersara.

"Beliau sudah bercuti sejak 27 Julai lalu sebelum bersara," kata pegawai tersebut kepada The Malaysian Insider.

Gani yang pernah berkhidmat sebagai peguam negara selama 13 tahun bermula 2003, disingkirkan daripada jawatannya secara mengejut pada 27 Julai lalu ketika beliau dilantik sebagai salah seorang anggota dalam pasukan petugas khas bagi menyiasat skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan dana AS$700 juta (RM2.6 bilion) yang disalurkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

Ohh macam ni rupanya proses pembenihan awan...

Ohh macam ni rupanya proses pembenihan awan...

Ohh macam ni rupanya proses pembenihan awan...Sumber : Astro AWANIMore : Sukan Star TV @ Sukan Star .com @ sukanstar.com

Posted by Sukan Star TV on Monday, 5 October 2015

Apabila UMNO mula salahkan UTUSAN apabila mereka tersepit..!!

SUA Umno salahkan Utusan panaskan isu diplomatik

Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor menyalahkan akhbar milik parti itu, Utusan Malaysia kerana memburukkan lagi hal ehwal diplomatik melibatkan Duta Besar China ke Malaysia Dr Huang Huikang.

"Duta China pergi ke Jalan Petaling dengan niat yang baik. Tapi Utusan Malaysia (lapor dengan) ambil blog (pemimpin DAP) Ronnie Liu dan Teresa Kok dan putarbelit dan lepas itu jadi tajuk berita.

"Jadi, ia jadi masalah. Tolonglah, jangan malas, berkerja lebih sedikit," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, tidak jelas laporan Utusan Malaysia yang mana yang beliau maksudkan.

Hari ini kerana RM200 orang sanggup menjual bangsa - Tun Mahathir

'Kita berada pada zaman menakutkan'

Tun Dr Mahathir Mohamad
AMPANG - Negara kini berada pada zaman yang menakutkan apabila bukan sahaja ekonomi merosot malah politik, sosial, dan perkauman juga berada pada tahap yang sangat membimbangkan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, keadaan itu akan kekal sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak masih diberi tanggungjawab sebagai Perdana Menteri.

“Saya juga takut sebab duduk dalam pemerintahan yang menakutkan. Kita tidak boleh bercakap nanti dipanggil untuk soal siasat dan dikatakan berniat untuk jatuhkan kerajaan dan akan didakwa bawah Akta Kesalahan Keselamatan atau Langkah-langkah Khas (Sosma).

“Ini perkara yang kita takutkan, kita memang berada pada zaman menakutkan. Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) kata nak panggil saya soal siasat, takut juga saya,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Minum Petang Bicara Politik Kembalikan Maruah Melayu, semalam.

Mahathir berkata, hari ini ramai orang yang menolak kerajaan dalam diam kerana takut untuk buka mulut dan dianggap ingin sabotaj kerajaan.

“Dari segi politik tidak boleh buat teguran tetapi dalam ekonomi duit kita juga jatuh merudum sehingga cecah RM4.45 sedolar (Amerika Syarikat).

Isu hendak melempang Cina, Pemuda MCA masih mahu menteri UMNO tarik balik & mohon maaf

Pemuda MCA masih mahu Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman memohon maaf kerana mengugut hendak “melempang” orang Cina di Malaysia.

Ketuanya Chong Sin Woon tetap mahukan perkara itu walaupun Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata isu itu akan diselesaikan melalui mekanisme dalaman BN.

“Bawa ke perbincangan BN tidak bermakna biar begitu saja.

“Bawa ke BN bermaksud minta dia tarik balik dan minta maaf,” tegas Chong, yang juga imbalan menteri pendidikan, selepas melawat sebuah sekolah kebangsaan Cina di Klang, Selangor.

Tengku Adnan sebelum ini meminta MCA dan Gerakan berhenti mengkritik Tajuddin kerana ia akan diselesaikan oleh BN secara dalaman.

Beliau juga berata dikelirukan oleh media sosial dan tidak oleh itu tidak perlu meminta maaf.

Kegiatan MAK NYAH Stesyen Keretapi Alor Setar masih bermaharajalela, mana pihak penguatkuasa?

Penduduk jijik kondom bersepah

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.436813!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_700/image.jpg
ALOR SETAR - Kegiatan tidak bermoral mak nyah di Lorong Keretapi, di sini, mendatangkan kebimbangan dalam kalangan penduduk di kawasan berkenaan.

Penduduk, dikenali sebagai Hafiz, 30, berkata, kawasan itu berleluasa dengan aktiviti mak nyah selepas sarang lama mereka di Limbong Kapal dimusnahkan pihak berkuasa beberapa tahun lalu.

"Dulu, hanya ada dua tiga mak nyah di lorong ini sebab ada sarang pondan yang lebih terkenal kira-kira 800 meter dari sini.

"Tapi, sejak tiga tahun kebelakangan ini, lorong ini makin rancak dengan aktiviti tidak bermoral kira-kira 20 mak nyah.

Anwar diarah hadir bantu nilai ganti rugi saman Utusan

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan hadir ke mahkamah Kuala Lumpur esok untuk memberi keterangan berhubung penilaian ganti rugi yang perlu dibayar oleh akhbar milik Umno Utusan Malaysia kepadanya.

Perkara ini diputuskan selepas Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Hue Siew Kheng hari ini menolak permohonan penangguhan Utusan disebabkan permohonan itu tiada merit.

"Mahkamah mengarahkan defenden membayar RM1,000 kepada plaintif," kata Hue.

Oleh kerana itu, hakim mengarahkan Anwar hadir ke mahkamah bagi membantu menilai kerosakan.

Utusan didapati bersalah dalam memfitnah Anwar berhubung rencana yang diterbitkan mengenai wawancara beliau dengan Perbadanan Penyiaran British (BBC).

Siapa mesra Israel sekarang, pengguna media sosial berang ‘jabat tangan’ Najib-Netanyahu

 Gambar pertemuan Datuk Seri Najib Razak bersama Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu (kiri) di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York yang menerima pelbagai komen negatif daripada pengguna media sosial. – Gambar flickr, 5 Oktober, 2015.
Gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu yang berlegar di media sosial mengundang rasa kurang senang di kalangan pengguna Internet di Malaysia.

Seorang pemilik akaun Facebook dengan nama "Nikman Nik" menganggap perbuatan itu memalukan Malaysia sekali gus bercanggah dengan propaganda kerajaan yang sering menggambarkan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai mesra Israel.

"Ha-ha..ini bebetul menconteng arang ke muka rakyat. Siapa mesra Israel sekarang? Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Ah Jib Gor (nama mesra Najib di kalangan netizen kaum Cina)," tulis Nikman Nik dalam ruangan komen Facebook pada berita mengenai pujian akhbar The Times Of Israel terhadap Najib.

Sentimen yang hampir sama turut lahir daripada seorang lagi pengguna akaun Facebook dengan nama "Foo Chek Gee" yang meninggalkan komen pada berita sama.

Beliau menganggap pertemuan itu menimbulkan persoalan akan keakraban Najib dengan negara Israel sewaktu parti pembangkang seperti DAP dimomokkan Barisan Nasional (BN) sebagai rapat dengan negara Yahudi itu.

"Siapa yang dekat dengan Yahudi? Najib atau DAP?" soal Foo.

Saifuddin ‘gila’ kerana soal Umno semula, kata Ku Nan

 Menteri Wilayah Persekutuan Adnan Tengku Mansor semasa berucap di majlis perasmian Residensi KepongMas di Kuala Lumpur, hari ini. Beliau kesal dengan tindakan Datuk Saifuddin Abdullah yang mempersoalkan tindakan lembaga disiplin Umno. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Asraf, 5 Oktober, 2015.
Bekas ahli Majlis Tertinggi Datuk Saifuddin Abdullah "gila" apabila mempersoalkan surat tunjuk sebab yang diberi kepadanya kerana menghadiri program pembangkang, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, beliau memberikan surat berkenaan kepada peguamnya dan akan mengajukannya kepada lembaga disiplin Umno.

"Hari ini dia balas dan dia soal saya. Kita soal dia, dia pula soal kita. Tidakkah ini gila?

"Bukan kerja saya pecat dia, kenapa dia hadir majlis itu?" katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur, hari ini. – 5 Oktober, 2015.TMI

Rahim mengaku tak salah hasut Raja Muda Selangor murtad

Bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik mengaku tidak bersalah atas tuduhan menerbitkan penerbitan menghasut yang mendakwa Raja Muda Selangor telah murtad.

Abdul Rahim dituduh bawah Seksyen 4(1)(C) Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Beliau mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Beliau juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan alternatif bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Abdul Rahim sebelum ini dilapor memuat naik status di laman sosial miliknya mendakwa Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah telah murtad.

Pada 30 September lalu, Dewan Diraja Selangor menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah menukar agama.

Mahkamah tolak bantahan Hadi untuk mohon batal rang undang-undang hudud

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berharap dapat menghentikan tindakan undang-undang yang akan menghalangnya daripada membentangkan rang undang-undang persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Oktober, 2015.
Mahkamah Tinggi menolak bantahan awal Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membatalkan saman bagi menghentikannya daripada membentangkan rang undang-undang persendirian mengenai hudud.

Peguam Datuk Takiyuddin Hassan yang mewakili Hadi berkata, hakim Datuk Asmabi Mohamad tidak mempunyai bahan mencukupi untuk membenarkan permohonan itu.

"Mahkamah kini mahu mendengar permohonan kami untuk membatalkan saman itu dan permohonan injunksi plaintif sebelum beliau membuat keputusan," katanya kepada pemberita berkenaan keputusan yang dibuat di dalam kamar.

Hadi menimbulkan bantahan awal memandangkan plaintif menggunakan mod yang salah untuk memulakan tindakan.

'Tarik kemudahan pada PAS tiada kaitan dengan AMANAH'


Parti Amanah Nasional (AMANAH) tidak pernah memberi sebarang arahan atau mempunyai kaitan dengan tindakan mana-mana anggotanya mengambil semula kemudahan yang sebelum ini disumbangkan kepada PAS.

Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Faiz Fadzil berkata apa yang dinyatakan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam mungkin merujuk kepada beberapa insiden membabitkan bekas penyokong PAS yang kini tidak lagi bersama parti berkenaan.

"Biasalah, mungkin ada ahli yang sebelum ini benarkan bangunan atau kemudahan mereka digunakan untuk PAS.

"Selepas mereka menukar pilihan, mereka mengambil semula kemudahan yang sebelum ini diberi kepada PAS.

"Itu berlaku atas pilihan individu tersebut dan tiada kena mengena dengan AMANAH," katanya kepada Malaysiakini.

Faiz ditemui ketika menghadiri program tayangan amal Polis Evo untuk membantu keluarga Allahyarham Harun Salim Bachik di Shah Alam malam tadi.

Seorang lagi 'MENTERI BODOH' dilahirkan dalam kabinet dapur NAJIB..!!!


Menteri Umno Said Keruak terus menperbodoh Rakyat kononya rakyat Malaysia Suka kemudahan internet yang perlahan. Kalau dah tak Ada pilihan maknanya suka ke? 

Cuba bandingkan dengan negara lain berapa yg rakyat mereka bayar untuk kemudahan internet yang laju banding dengan Malaysia? Jauh bagai langit Dan bumi


Jangan bawa negara kita ke pinggir kehancuran

Harga yang terpaksa di bayar oleh mendiang timbalan pendakwa raya Anthony Kevin Morais kerana sikap jujur dan integriti terlalu tinggi. Morais membayarnya dengan nyawa sendiri kerana menjunjung kualiti yang sepatutnya tertanam dalam mana-mana organisasi, lebih-lebih lagi mereka yang terlibat dalam aspek perundangan dan keamanan sebuah negara.

Kerana itulah cadangan yang dikemukan oleh pengerusi Yayasan 1Malaysia Dr Chandra Muzaffar masuk akal.

Chandra, dalam satu kenyataan, mengatakan yang penghormatan tertinggi rakyat Malaysia boleh berikan kepada Morais dan mereka yang sepertinya ialah melindungi dan memperkasakan institusi bagi memastikan integiriti dan tadbir urus kerajaan yang baik menjadi identiti kita sebagai sebuah negara.

“Setiap satu institusi ini- dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehinggalah kepada Bank Negara- sedang berada dalam tekanan dan terhalang kini.

“Memenuhi amanah mereka- lakukan apa yang mereka perlu mengikut undang-undang dan peraturan- telah menjadi cabaran utama,” kata Chandra.

Jangan salah Pakatan Harapan, jika parti berpecah – Amanah

Salahuddin-Ayub_600
PETALING JAYA: Parti pembangkang tidak sepatutnyanya menyalahkan penubuhan Pakatan Harapan sebagai punca pergolakan dan perpecahan di kalangan mereka.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah),Salahuddin Ayub berkata, sikap menunding jari kepada pihak lain tanpa muhasabah diri, satu perbuatan yang terkebelakang.

Kenyataan itu dikatakan merujuk kepada Pas yang tidak bersama Pakatan Harapan.

Dia meminta supaya parti itu memberi fokus kepada isu yang lebih besar yang berlaku dalam negara, bukannya menyalahkan pihak lain apabila ia berpecah.

“Semua parti-parti pembangkang tidak terkecuali Amanah hendaklah sentiasa melakukan koreksi diri dan fokus kepada agenda besar yang menjadi harapan rakyat sekarang ini.

“Ini adalah keperluan yang mendesak ketika ini daripada sibuk menuding jari kononnya orang lainlah yang membawa angkara perpecahan dan masalah kepada parti sendiri,” katanya dalam kenyatan pada Ahad.

Tiba-tiba saja MELAYU disuruh bertenang...!!


Aku pun hairan bagaimana dengan tiba-tiba saja orang Melayu disuruh bertenang. Setahu aku apabila disuruh ‘bertenang’ maknanya sudah wujud suatu keadaan yang ‘tidak tenang’. dan sepanjang pemerhatian dan penglihatan aku juga tidak timbul langsung suasana yang tidak tenang dikalangan kaum-kaum di Malaysia kini. Kelihatan semuanya ‘tenang’ dari segi hubungan kaum-kaum di negara ini. Semuanya ‘bergumbira’.

Maknanya tidak kelihatan langsung suasana ‘tidak tenang’ dalam pergaulan Melayu-Cina-India di negara ini. Semuanya kelihatan riang dan gembira dalam menjalankan tugas harian mereka. Jikalau ada pun keadaan yang ‘tidak tenang’ ialah apabila rakyat Malaysia dari semua kaum memikirkan tentang kerenah pemimpin di negara kita yang kelihatan seperti ‘cacing kepanasan’ ataupun ‘seperti kera kena belacan. Maknanya entah apa sebabnya kelihatan para pemimpin di negara kita kini semacam tidak tenang menghadapi suasana yang wujud kini.

Rakyat Malaysia sememangnya ‘tidak tenang’ apabila mengenangkan tentang wang RM 2.6 billion yang berada dalam akaun peribadi DS Najib. Rakyat Malaysia memang tidak tenang mengenangkan derita yang terpaksa ditanggung ekoran daripada cukai GST yang dikenakan oleh kerajaan. Rakyat sememangnya tidak tenang mengenangkan yang Ringgit Malaysia sudah hampir setaraf dengan ‘duit Jepun’ bergambarkan pokok pisang yang pernah dimiliki oleh datuk nenek kita zaman dulu ketika berada dibawah pemerintahan Jepun.

Jerebu : M'sia wajar tuntut pampasan dari Indonesia - MCA

 https://c1.staticflickr.com/5/4112/5195020325_542deb06ea_b.jpg

Kerajaan Malaysia wajar menuntut pampasan daripada kerajaan Indonesia terhadap kerugian yang dialami oleh sektor perniagaan dan pelancongan akibat masalah jerebu yang melanda negara ini.

Pengerusi MCA Pulau Pinang, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata saban tahun Malaysia menghadapi masalah jerebu yang berpunca dari Indonesia dan sehingga kini masalah itu masih belum berjaya diselesaikan.

Katanya keadaan udara yang kembali berjerebu setiap tahun menyebabkan perniagaan oleh penjaja merosot sehingga 30 peratus, kos perubatan meningkat serta sekolah terpaksa ditutup dan jumlah kedatangan pelancong menurun.

PRU-14: Siapa akan korbankan kerusi demi AMANAH?

"Khianat dan terburu-buru!" kata seorang pemimpin PAS mengulas pelancaran Parti Amanah Negara pada Hari Malaysia.

"Tidak realistik!" katanya merujuk kepada pengumuman Ketua Menteri Lim Guan Eng pada 23 September bahawa Pulau Pinang sekarang adalah kerajaan Pakatan Harapan yang meliputi DAP, PKR dan Amanah.

Setiausaha PAS negeri itu Fadzil Mohd Kemi berkata ia tidak realistik kerana Pakatan Harapan mengisytiharkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri jika gabungan baru pembangkang itu menang pilihan raya umum ke-14.

Bekas ketua pembangkang itu menjalani hukuman penjara lima tahun berhubung kesalahan meliwat dan tidak boleh memasuki gelanggang poltik sehingga 2015.

Tetapi, ia dilihat gabungan pembangkang itu, tanpa PAS, bersedia berdepan pilihan raya umum, selepas Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) meluluskan pertukaran nama Parti Pekerja-pekerja Malaysia kepada Parti Amanah Negara.

Pelajar Tahfiz Munir hilang, tolong tengok sat kot terjumpa..!!



salam minx tlg sapa2 ada d langgar/alor setar/pokok sena

adik ana hilang
pkul 12 tgh hari
3/10/2015
mohammad afiq imady bin khomaruddin
umur 15
pelajar tahfiz munir

kalau ada maklumat hubungi no ni
0194771831
0134448863

Minta masukkan pada group family sesiapa yang duduk area alor setar dan area berdekatan dengannya

Adik kpd aliff ikhwan,
‪#‎PelajarKuliyahmutimediakuin‬.
‪#‎AlumniMMPSBatch1996‬
- Mohon sebaran-

Ingat Aman Central, terkenang Ustaz Azizan

TERDAPAT dua projek besar di Kedah yang akan segera mengingatkan orangramai kepada al-Marhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak.Secara separuh berseloroh ada penceramah yang menyebut; jika mahu lihat pembangunan duniawi lihatlah Kompleks Aman Central di Alor Setar dan jika mahu lihat pembangunan duniawi dan ukhrawi, lihatlah kampus induk Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil.

Pada 1 Oktober 2015 baru-baru ini, Kompleks Aman Central telah dibuka dengan rasmi. Kompleks belibelah raksasa terbesar di Kedah/Perlis ini adalah “buah tangan” Ustaz Azizan yang catatan perjalanannya penuh cabaran.

Cabaran terbesar ialah dakwaan bahawa “parti pak lebai” (merujuk kepada PAS) mana mampu bawa pembangunan. Justeru dogma yang dicipta oleh musuh PAS harus dibenarkan, lalu pihak tertentu mengadakan pelbagai halangan untuk melihat Aman Central tidak menjadi kenyataan.

Kompleks Aman Central adalah projek untuk menggantikan Plaza Tunku Yaakob yang terbengkalai kira-kira 30 tahun, namun Aman Central berkali ganda lebih besar Plaza Tunku Yaakob sebuah “rumah hantu” yang mencacatkan Bandaraya Alor Setar. Plaza Tunku Yaakob terletak betul-betul bersebelahan Menara Alor Setar yang menjadi mercu tanda bandaraya.

Para pelancong yang berkunjung ke Menara Alor Setar  pasti teruja dengan keindahan panorama negeri Jelapang Padi dari tempat tinggi itu. Namun terputus selera apabila terpandangkan kejelikan Plaza Tunku Yaakob yang terbengkalai itu.

Jerebu: Indonesia perlu ambil tindakan


Gambar Lama Sewaktu PM bertemu Jokowi
MILAN - ITALI. Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, kerajaan Indonesia perlu mengambil tindakan terhadap pihak yang menjadi dalang penyebab jerebu yang bukan sahaja menjejaskan kualiti udara di Malaysia tetapi juga ekonomi negara.

Perdana Menteri berkata, hanya Indonesia sahaja dapat memastikan dan membuktikan sama ada keadaan jerebu disebabkan aktiviti pembakaran terbuka oleh syarikat perladangan di negara itu atau kesan daripada perubahan cuaca.

Menurutnya, pihak Indonesia sahaja boleh memperoleh bukti daripada syarikat perladangan yang beroperasi di negara itu yang melakukan aktiviti pembakaran terbuka.

"Perlu pastikan sama ada jerebu disebabkan perbuatan manusia atau kebakaran berlaku disebabkan cuaca kering," katanya ketika mengulas keadaan jerebu di negara kepada wartawan Malaysia sebelum berlepas pulang selepas mengakhiri lawatan kerja tiga hari ke Milan.

'Tolak TPPA adalah talian hayat terakhir Umno'

Menolak Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), akan menjadi "talian hayat terakhir" buat Umno, kata Presiden NGO pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali.

Beliau juga percaya banyak NGO dan pemikir ekonomi dalam negara ini yang membantah perjanjian tersebut, yang berunding secara rahsia.

"Saya nak tarik perhatian kerajaan berkaitan TPPA. Saya tinjau sebanyak 95 peratus NGO tidak setuju kerajaan menandatanganinya.

"Saya dengar kerajaan nak tandatangani dulu. Ini songsang. Hujan naik ke langit. Sepatutnya bentang bawa Parlimen. Tak boleh tandatangan dulu," katanya.

Ibrahim juga mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memfokuskan mengenai isu yang memberi kesan kepada rakyat dan skandal mengulit kerajaan dan kepimpinan termasuk 1MDB dan skandal dana RM 2.6 bilion.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...