TERKINI :

Sunday, October 4, 2015

Bolehkah NAJIB dikalahkan di PEKAN..????

Shahbudin Husin, 

Rasanya sudah dua tiga kali Tun Mahathir Mohamad menyebut mengenai perlunya Najib Razak dikalahkan di kawasan di pilihanrayanya, Pekan sebagai salah satu cara menghalangnya daripada terus menjadi Perdana Menteri selepas pilihanraya umum akan datang.

Ini tentunya berikutan sikap Najib yang enggan mengalah serta terus mahu berpaut di kerusi yang didudukinya di singgahsana Perdana Putra meskipun hingar bingar menolaknya bukan lagi sekadar kedengaran di dalam negara, malah sudah merebak ke banyak penjuru dunia.

Semalam, dalam satu majlis anjuran UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka, di Ampang, bekas Perdana Menteri itu mengulangi sekali lagi perkara itu.

Kali ini, selain meminta pengundi Pekan mengalahkan Najib dengan menolak sebarang bentuk percubaan memberi mereka wang, beliau juga mahu mereka mencontohi sikap pengundi Cina.

Saya lihat, orang Cina kalau kepentingan mereka terancam, mereka akan bersatu dan sanggup melupakan kepentingan parti yang mereka anuti, tambah beliau.

Katanya, pengundi Pekan juga perlu bijak dan berpakat dengan baik serta belajar daripada semangat orang Cina itu.

PAS tetap pertahan kerusi jika 3 penjuru dengan BN, PAN

https://lh6.ggpht.com/RTV3ziWZmIw1nr_QBdKXdEeqsCDrY7mDzQH2sBbwp812FGYeLv_e8FhrcrpJGnlfgUho3zTgb4CE1D3iyi2h
RANTAU PANJANG: Benarkah kehadiran serpihan PAS yang kini dikenali sebagai Parti Amanah Negara (PAN) boleh memperkuatkan pakatan pembangkang?

Naib Pesiden PAS Datuk Nik Mohd Amar Abdullah mempertikaikan dakwaan itu kerana kemungkinan akan berlaku pertandingan tiga penjuru di kerusi yang ditandingi PAS.

Katanya dakwaan mereka mahu menguatkan pakatan pembangkang sekaligus menjatuhkan BN seperti tidak berasas.

"Itu dakwaan tidak betul terutama apabila calon PAN juga bertanding di kerusi ditandingi calon PAS pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti.

“Kehadiran tiga penjuru tentunya boleh mengurangkan kekuatan parti pembangkang," katanya kepada media selepas program Munaqasah Ucapan Dasar Presiden di Pusat Tarbiah PAS Rantau Panjang hari ini.

Lawatan muhibbah Presiden PAS ke Gereja St Columbia Miri


MIRI: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merangkap Naib Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia bersama rombongan telah mengadakan lawatan muhibah ke Gereja Anglikan St. Columba Miri hari ini.

Kehadiran tokoh Muslim paling berpengaruh itu disambut Naib Pengerusi Majlis Gereja, Rev. Father Alfred dan Bishop Warden Edwin Dundang yang turut mengalu-alukan kehadiran rombongan dan amat gembira dengan lawatan tersebut.

Perbincangan dua hala dan saling bertukar-tukar fikiran ini amat menarik sebagai sebahagian daripada usaha mendekatkan percambahan minda antara agama Islam dan Kristian serta mengeratkan hubungan dalam masyarakat majmuk khususnya di Sarawak.

Islam adalah agama perdamaian dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebagai sebuah parti yang terbuka, mengambil pendekatan aman sejahtera dan mengamalkan politik matang.

MCA minta UMNO henti pertahan Tajuddin

FMT Reporters | October 4, 2015

Ia turut membantah kenyataan Ku Nan yang memintanya berhenti mengkritik Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Chai-Kim-Sen

PETALING JAYA: MCA meminta UMNO berhenti mempertahankan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Ramli selepas beliau dikatakan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman ke atas orang Cina.

Pada masa yang sama ia juga membantah kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Adnan Tengku Mansor yang meminta MCA berhenti mengkritik Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu.

Ketua Biro Publisiti MCA, Datuk Chai Kim Sen berkata, kenyataan Tajuddin telah menyinggung komuniti China dan menggugat keharmonian di kalangan pelbagai kaum di negara ini.

“MCA telah memaklumkan pendirian kami dengan jelas dan ancaman Tajuddin itu akan disampaikan menerusi saluran Barisan Nasional, katanya yang dipetik Mstar Online.

Tiada bukti kata Kedah rekrut IS

pdrmALOR SETAR - Polis Kedah tidak mengesan sebarang bukti menunjukkan negeri ini dijadikan medan pengumpulan dana dan merekrut anggota baru oleh "elemen-elemen" kumpulan militan Negara Islam (IS).

Ketua Polis Kedah, Datuk Zamri Yahya bagaimanapun berkata, pihak berkuasa akan meneruskan pemantauan dengan ketat terhadap semua elemen yang berkaitan dengan perjuangan militan IS di Kedah.

"Kita terus memantau elemen-elemen IS di Kedah. Setakat ini kita tidak mengesan sebarang cubaan untuk menjadikan Kedah sebagai medan untuk mengumpul dana (bagi kumpulan militan IS) atau (medan) untuk merekrut anggota ISIS.

"Penglibatan mereka (yang terlibat dengan militan IS di kedah) adalah secara individu dan berseorangan," kata beliau kepada Bernama baru-baru ini.

Beberapa pihak sebelum ini pernah menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan madrasah dan sekolah-sekolah pondok di Kedah dijadikan medan oleh elemen-elemen kumpulan militan terbabit untuk mengumpulkan dana serta merekrut anggota-anggota baru.

Zamri berkata, usaha berterusan pihak Polis dalam menangani ancaman kumpulan militan IS di negeri ini, telah menghasilkan kejayaan termasuk menangkap beberapa individu atas penglibatan mereka dengan kumpulan penganas itu.

Jerebu : LTSAH beroperasi semula

 jerebu
ALOR SETAR - Keadaan jerebu tebal yang membataskan ketampakan di Alor Setar mengakibatkan landasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) di sini ditutup lebih tiga jam bermula 7.20 pagi tadi.

Pengurus LTSAH, Puteh Ramli berkata, penutupan landasan di LTSAH mengakibatkan penangguhan beberapa penerbangan dalam negeri oleh syarikat penerbangan.

"Bagaimanapun operasi di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim kini, berjalan seperti biasa. Kami bekerjasama dengan Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Jabatan Meteorologi Malaysia bagi memantau keadaan jerebu," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, penutupan landasan LTSAH sehingga 10.40 pagi itu, telah mengakibatkan tiga atau empat penerbangan dalam negeri terpaksa ditangguhkan sehingga ia dapat beroperasi seperti biasa.

Sehubungan itu, beliau meminta penumpang agar sentiasa berhubung dengan syarikat penerbangan untuk mengemas kini jadual penerbangan mereka.

Jurucakap Malindo Air di LTSAH ketika dihubungi berkata, empat penerbangan Alor Setar ke Subang mengalami sedikit kelewatan akibat penutupan landasan LTSAH berkenaan.

Zahid kritik cara Indonesia tangani jerebu

Faiz Zainudin | October 4, 2015

Tempoh tiga tahun yang dijanjikan Presiden Jokowi untuk atasinya terlalu lama

Zahid_indonesia_600

KUALA LUMPUR: Malaysia menyambut baik usaha Presiden Indonesia, Jokowi Widodo untuk lakukan penguatkuasaan dan transformasi ke atas isu jerebu yang akan dibuat dalam tempoh tiga tahun.

Bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan ia memakan masa yang terlalu lama.

“Malaysia mengalu-alukan langkah ini namun tiga tahun mungkin terlalu lama kerana setiap kali pembakaran terbuka dilakukan oleh pekebun-pekebun di negara berkenaan seolah-seolah tidak melakukan apa2 usaha untuk mendapatkan kerjasama daripada negara berkenaan,” katanya.

Mengulas mengenai langkah untuk menangani isu yang semakin rumit itu, beliau berkata, kerajaan bersedia untuk menggunakan teknologi negara jiran bagi menangani masalah jerebu di negara ini.

Hamid: Cina disasar untuk alih perhatian isu 1MDB

Dakwaan terdapat rancangan untuk menggulingkan kerajaan hanyalah taktik untuk mengalih perhatian daripada isu berkaitan siasatan terhadap 1MDB, dakwa bekas timbalan pengarah Cawangan Khas PDRM Datuk Abdul Hamid Bador.

Beliau mendakwa pihak yang mempunyai kuasa kini sanggup melakukan apa saja bagi memastikan penyiasatan terhadap skandal kewangan itu terhenti serta menggunakan pelbagai kaedah untuk mengelirukan orang ramai.

"Mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk memastikan siasatan ini terhenti... mereka menggunakan strategi mengelirukan rakyat dengan mencipta skrip basi yang tidak masuk akal kononnya wujud konspirasi untuk menggulingkan kerajaan.

"Siapa yang nak gulingkan kerajaan? Kononnya orang Cina nak rampas kuasa.

"Ish, ish, ish, Jahat sungguh taktik 'lencongan' yang digunakan oleh para "perompak" ini. Dari isu pecah amanah jenayah dah bertukar pula jadi isu perkauman," katanya.

Jawapan AMANAH keatas tuduhan merampas aset milik PAS JOHOR

JAWABAN KEATAS TUDUHAN AMANAH PERAMPAS ASET MILIK PAS JOHOR


Amanah Johor seawal penubuhan Gerakan Harapan Baru (GHB) telah menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Aset bagi menangani aset sepencarian semasa bersama PAS. Keanggotaan jawatankuasa ini adalah terdiri daripada kalangan peguam, perunding hartanah, profesional dan asatizah. Satu panduan telah dikeluarkan iaitu ;

1. Aset yg dlm geran tanah atas nama PAS adalah menjadi aset milik PAS.
2. Aset yg dlm geran tanah atas nama pemegang amanah bagi pihak PAS adalah menjadi aset milik PAS.
3. Aset yg dlm geran tanah masih atas nama pemilik asal dan pemilik asal tersebut telah meninggal dunia maka aset itu menjadi milik PAS.
4. Aset yg dlm geran tanah masih atas nama pemilik asal dan pemilik asal masih hidup maka tuantanah berhak untuk memberikan atau mewakafkan tanah tersebut samada kpd PAS atau AMANAH.

Sekolah di semenanjung kecuali K'tan tutup 2 hari mulai esok


Semua sekolah di Semenanjung kecuali Kelantan diarah tutup dua hari bermula esok berikutan keadaan jerebu yang semakin buruk di negeri berkenaan.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kementeriannya akan memantau setiap jam keadaan jerebu di Kelantan, Sabah dan Sarawak.

"Berikutan keadaan jerebu yang semakin serius di Semenanjung Malaysia dan berpotensi untuk terus meningkat, kementerian membuat keputusan untuk menutup semua sekolah kecuali Kelantan selama dua hari mulai esok," katanya kepada pemberita hari ini.

Bercakap pada sidang media di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang di Alor Setar, beliau juga berkata buat masa ini, peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tidak akan ditangguhkan.

Fokus agenda besar Pakatan Harapan, Jangan sibuk salahkan orang lain

www.amanahnegara.org

1. Semua parti-parti pembangkang tidak terkecuali AMANAH hendaklah sentiasa melakukan koreksi diri dan fokus kepada agenda besar yang menjadi harapan rakyat sekarang ini.

2. Ini adalah keperluan yang mendesak ketika ini daripada sibuk menuding jari kononnya orang lainlah yang membawa angkara perpecahan dan masalah kepada parti sendiri.

3. Menyalahkan penubuhan PAKATAN HARAPAN sebagai punca pergolakan dan perpecahan tanpa melakukan muhasabah dan penambaikan serta nilai tambah, adalah merupakan sikap yang terbelakang yang jauh sekali gagal untuk memimpin perubahan masa yang semakin kritikal.

4. AMANAH berpandangan pintu  rundingan dan meja perbincangan sentiasa terbuka luas kepada semua parti-parti pembangkang di negara ini untuk berbincang tentang kepentingan rakyat dan negara.

5. AMANAH sebagai pemain baharu dipersada politik tanah air akan sentiasa melakukan koreksi diri untuk memperkukuhkan peranan kami dalam PAKATAN HARAPAN. Janganlah kita leka menyalahkan orang lain dan tidak mekakukan apa-apa sumbangan untuk sama-sama melaksanakan agenda besar PAKATAN HARAPAN yang menjadi aspirasi rakyat ini.

SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara
4 Oktober, 2015

Balak Lebuh Raya Rakyat Kelantan disita..kenapa..???


MACHANG - Apa dah jadi? Itu persoalan yang timbul berikutan penemuan longgokan balak yang telah disita oleh pejabat perhutanan bernilai tidak kurang RM1 juta, berhampiran tapak projek pembinaan Lebuh Raya Rakyat di Kampung Pek di sini.

Persoalannya, adakah pembalakan itu dilaksanakan secara haram di tapak projek atau ada kesalahan hutan lain yang dilakukan sehingga menyebabkan tindakan sita diambil oleh pihak berkuasa.

Tinjauan Sinar Harian di kawasan tersebut mendapati masih terdapat jentera, difahamkan turut disita. Bagaimanapun tiada kelihatan pekerja di tapak pembinaan tersebut.

Sementara itu, bekas Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa yang melawat lokasi terbabit melahirkan kekecewaan dengan situasi itu dan menuntut penjelasan daripada kerajaan negeri.

Lebih malang katanya, beliau turut dikaitkan dengan balak tersebut kerana pernah menerajui syarikat Baldah Toyyibah, syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan pembinaan lebuh raya berkenaan.

Inilah jawapan Datuk Saifuddin Abdullah dalam surat tunjuk UMNO sebab kepada beliau

Saifuddin Abdullah


SURAT TUNJUK SEBAB DPD UMNO KABUR. Jadi, sy telah jawab dgn meminta penjelasan berkenaan perkara-perkara berikut:

(1) Oleh kerana surat tunjuk sebab tersebut dihantar kepada saya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF), dan tidak dinyatakan ia dihantar kepada saya sebagai ahli UMNO, maka, saya ingin tahu adakah ia dihantar kepada saya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif GMMF atau sebagai ahli UMNO?

(2) Oleh kerana surat tunjuk sebab tersebut dihantar bagi pihak Ibu Pejabat UMNO dan bukannya Lembaga Disiplin UMNO, maka, saya ingin tahu adakah kes ini telah dirujuk kepada Lembaga Disiplin UMNO?

(3) Oleh kerana surat tunjuk sebab tersebut menyatakan tindakan disiplin boleh dikenakan ke atas saya, maka, saya ingin tahu apakah kesalahan yang telah saya lakukan dan mengikut Fasal mana dalam Perlembagaan UMNO?

Saya hanya akan menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan dalam surat tunjuk sebab tersebut selepas saya mendapat penjelasan brkenaan perkara-perkara di atas.

PKR pula terbahagi dua kumpulan mengenai pembentukan PAKATAN HARAPAN

PKR berbeza pandangan tentang masa Pakatan Harapan, kata Rafizi
OLEH ANISAH SYUKRY

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melancarkan Pakatan Harapan pada 22 September selepas perbincangan meja bulat dengan DAP, Parti Amanah Negara dan beberapa NGO. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Oktober, 2015.
PKR kini terbahagi kepada 2 kumpulan mengenai pembentukan Pakatan Harapan: satu mahu ia ditubuhkan dengan segera, sementara satu pihak lagi lebih suka jika ia dilewatkan bagi meneruskan perbincangan dengan PAS, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, mengesahkan pemimpin parti akan mengadakan mesyuarat tergempar pada Ahad depan untuk membincangkan perkara itu.

Rafizi juga mengesahkan surat yang diperoleh The Malaysian Insider yang memanggil satu mesyuarat tergempar Ahli Majlis Tertinggi (MPP) pada 11 Oktober.

Mesyuarat itu berikut petisyen 25 anggota MPP kepada presiden PKR bagu membincangkan tindakan "terburu-buru" pembentukan Pakatan Harapan, pakatan pembangkang baharu bagi menggantikan Pakatan Rakyat (PR).

"Saya tidak mahu menganggu hasil mesyuarat, saya membayangkan, pada pendapat saya, memandangkan pertikaian mengenai masa, maka ia membincangan mengenai itu, berbanding keperluan Pakatan Harapan," ktanya kepada The Malaysian Insider.

"Ia adalah amat sukar untuk memberitahu apa yang sebenarnya arah wacana, kerana apabila mesyuarat tergempar seperti ini mengemukakan petisyen, sudah pasti pempetisyen akan menerangkan kepada mesyuarat pandangan mereka, dan bukan sebaliknya."

Agihan kerusi akan menjadi masalah utama jika Pas bergabung dengan Pakatan Harapan

Tuan Ibrahim Tuan Man
SHAH ALAM - Agihan kerusi akan menjadi masalah utama jika Pas bergabung dengan pakatan pembangkang yang baharu.

Menurut Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man, sebelum ini apabila Pas bergabung dengan PKR, sebahagian besar kerusi Pas akan diserahkan kepada PKR bersama jentera dan petugas parti.

"Kalau Pas bergabung pula dengan Pakatan Harapan bermakna Pas akan sekali lagi serah kerusi kepada parti baru, dan ini tidak mungkin berlaku.

"Melainkan DAP atau PKR sanggup bahagikan kerusi mereka kepada Parti Amanah Negara (Amanah)," kata Tuan Ibrahim dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, tak mungkin Pas juga boleh terima Parti Amanah yang kini sedang menarik ahli Pas dan merampas bangunan PASTI dan markas Pas.

"Pas tidak akan bergabung dengan Pakatan Harapan kerana tindakan DAP sebelum ini terhadap Pas," katanya lagi.

Khutbah Pahang tulis DAP anti Islam, tapi tak tulis MCA & GERAKAN anti Islam. Pasai apa?

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi


Khutbah Pahang tulis DAP anti Islam, tapi tak tulis MCA anti Islam. Pasai apa?

Mungkin kerana dihebohkan DAP tolak hudud, maka DAP dikira anti Islam.

MCA juga tolak hudud, tapi MCA tidak pula ditulis anti Islam. Kalau dikata DAP parti Cina, MCA juga parti Cina. Pasai apa DAP saja dikata anti Islam?

Kalau agensi agama boleh labelkan parti yang dia tak suka sebagai anti Islam, janganlah marah rakyat jika rakyat labelkan agensi sebegitu dengan label penjilat.

Ringgit naik jika Najib turun, kata Tun M

Ringgit naik jika Najib turun, kata Tun M
AMPANG - Nilai mata wang negara akan kembali pulih seperti sedia kala jika Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Demikian kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa kejatuhan nilai ringgit dipercayai berpunca daripada kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan penyaluran "derma" RM2.6 bilion ke dalam akaun bank peribadi Najib.

"Saya yakin kalau Najib tidak jadi Perdana Menteri, akan meningkatkan semula nilai mata wang kita dan barulah kemusnahan ini akan berakhir.

"Selagi Najib masih ada, masalah tidak akan selesai," katanya pada sidang media selepas Majlis Hi - Tea anjuran Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka‎, di sini, hari ini.

Beliau juga berkata, pendiriannya itu berdasarkan kenyataan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sebelum ini bahawa penyelesaian kontroversi syarikat 1MDB akan memulihkan semula penyusutan berterusan nilai mata wang negara.

Umno akan berkubur jika terus ego

Umno akan berkubur jika terus ego
AMPANG - Perubahan besar perlu dilakukan segera bermula di peringkat pucuk pimpinan Umno sekiranya tidak mahu melihat parti itu terkubur pada PRU14 akan datang.

Ketua Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka, Syed Saifuddin Syed Harman berkata, perubahan itu perlu dilakukan di peringkat dalaman dan bukannya dari luar.

"Kalau tiada mampu membuat demikian, kita akan menghadapi masalah besar untuk membetulkan Umno.

"Jika Umno tak mengaku dalam keadaan sesak tak bernafas, kalau Umno terus ego bahawa parti dan pemerintahan masih kuat, pada pilihan raya akan datang kita akan berkubur sebagai sebuah parti," katanya pada Majlis Hi-Tea bicara politik bersama Tun Dr Mahathir Mohamad bertajuk "Kembalikan Maruah Perjuangan Bangsa" di Hotel De Palma, di sini, hari ini.

Rezeki bukan di tangan pemimpin

Rezeki bukan di tangan pemimpin
AMPANG - Veteran Umno, Tan Sri Sanudi Junid mendakwa ahli politik telah mengubah persepsi rakyat bahawa rezeki itu datang dari "pintu politik" dan bukannya ALLAH SWT melalui perniagaan.

Sanusi berkata persepsi itu menyebabkan rakyat berasa takut untuk mendedahkan kebenaran terutamanya penjawat awam apabila khuatir "periuk nasi" mereka terjejas dan hilang pekerjaan.

"Rezeki di tangan ALLAH dan bukan di tangan pemimpin, hanya orang politik saja mampu menafikan hadis Nabi. Sepatutnya, sembilan dari sepuluh rezeki datangnya dari sumber perniagaan.

"Tetapi, orang politik kata, sembilan dari sepuluh pintu rezeki itu adalah dari pintu politik," katanya sewaktu berucap di Majlis Hi-Tea bicara politik bersama Tun Dr Mahathir Mohamad bertajuk Kembalikan Maruah Perjuangan Bangsa di Hotel De Palma Hotel, di sini, hari ini.

Jerebu di seluruh negara semakin buruk, 29 kawasan merekodkan bacaan IPU tidak sihat setakat 10 malam tadi

Situasi jerebu di seluruh negara semakin buruk dengan 29 kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 malam tadi berbanding 23 kawasan direkodkan petang tadi.

Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS), Batu Muda Kuala Lumpur mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 198 diikuti Shah Alam (189), Seremban (185), Nilai (182), Pelabuhan Klang (179) serta Petaling Jaya dan Putrajaya masing-masing (177).

Turut menunjukkan tidak sihat ialah Banting (174), Bukit Rambai (164), Port Dickson (162), Bandaraya Melaka (161), Cheras (152) dan Kuala Selangor (133).

Bacaan direkodkan di Muar ialah 130, SK Jalan Pegoh Ipoh (128), USM (126), Seberang Jaya 2 (125), Larkin Lama (122) dan Pasir Gudang serta Balok Baru Kuantan (121).

Gotong-royong bersihkan tapak geologi Langkawi

Gotong-royong bersihkan Tapak Geologi Langkawi
LANGKAWI - Taman Geologi Kilim Karst yang menjadi satu tarikan utama tapak geologi di sini telah menjadi lebih bersih berikutan program Pembersihan Bakau yang dijalankan Kelab Rotary Langkawi.

Disokong Lambaga Pembangunan Langkawi (Lada), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan beberapa agensi kerajaan serta swasta, program kebersihan itu berjaya menarik kira-kira 1,000 peserta yang berjaya mengumpul 20 meter padu bahan buangan di dalam dan sekitar taman.

Program yang dilancarkan oleh Komander Wilayah Tiga TLDM Laksamana Pertama Rosli Yoob merupakan acara tahunan kelab sejak tahun lepas sebagai inisiatif memelihara alam sekitar di taman geologi itu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...