TERKINI :

Saturday, October 3, 2015

'Nak lempang? Cakap bolehlah...' - Dr. Mahathir

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berani membuat kenyataan kontroversi terhadap kaum Cina kerana beliau mempunyai jawatan dalam kerajaan.

Bagaimanapun Tun Dr Mahathir Mohamad percaya Ahli Parlimen Pasir Salak itu tidaklah seberani seperti yang dililhat.

"Dia nak lempang (Cina)? Suruh dia lempanglah. Cakap bolehlah.

"Apabila ada kerajaan di belakang, memanglah berani tapi bila keluar tak berani," kata Dr Mahathir dengan nada sinis.

Bekas perdana menteri itu berkata demikian ketika diminta media untuk mengulas kenyataan Tajudin mengenai masyarakat Cina beberapa hari lalu.

Ia dibuat ekoran lawatan Duta China ke Malaysia, Huang Huikang melawat Jalan Petaling sehari sebelum kumpulan pendesak Melayu merancang mengadakan demonstrasi di kawasan pusat komersial terkenal itu.

Tajudin kemudian menafikan membuat kenyataan begitu.

Kata nasi sedap pun salah

Dalam majlis sama, Dr Mahathir berkata pemerintahan Datuk Seri Najib Razak adalah yang paling zalim kerana rakyat kini "sentiasa berada dalam ketakutan".

Menurut Dr Mahathir, perdana menteri menggunakan undang-undang untuk menghalang sesiapa sahaja yang menegur tindakannya.

"Sekarang ini kita takut. Entah daripada apa, saya tidak tahu. Saya pun takut juga kerana kita duduk dalam pemerintahan yang menakutkan.

"Kita tidak boleh bercakap, kalau kita bercakap... akan ditanya dan disoal kenapa bercakap? Saya kata nasi sedap pun salah.

"Ini keadaan kita sekarang. Kita terlalu takut sehingga tidak ada apa pun kita takut," katanya.

Beliau kemudian melanjutkan kenyataan itu: "Ini kerana pemerintahan Najib ini adalah pemerintahan zalim, yang paling zalim," katanya.

Dr Mahathir menambah, tindakan undang-undang terhadap bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan baru-baru ini adalah usaha kerajaan menggerunkan rakyat untuk membuka mulut.

Ketakutan itu, katanya, dibuat melalui tuduhan untuk mensabotaj negara walaupun tindakan bertanya itu dibuat untuk mengetahui kebenaran.

"Inilah keadaan di negara kita. Tidak boleh tegur, kata apa (kerana) itu adalah kesalahan yang bersifat sabotaj dan boleh dikenakan undang-undang Sosma (Akta Kesalahan Keselamatan - Langkah-Langkah Khas 2012)," tambahnya.

Dr M ajar pengundi Pekan singkir Najib

Mendakwa Datuk Seri Najib sebagai pencuri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menggesa pengundi Pekan memastikan Presiden Umno itu kalah dalam pilihan raya akan datang.

Bercakap dalam sesi soal jawab di majlis minum petang Bicara Politik Bersama Tun Dr Mahathir di Hotel De Palma Ampang, bekas perdana menteri selama 22 tahun itu berkata sebenarnya Najib enggan meletak jawatan kerana "takut".

Sebabnya, pada pandangan Dr Mahathir, Najib bimbang dia akan dipenjarakan apabila siasatan dijalankan terhadap dakwaan yang dikaitkan dengannya.

Mengulas lanjut mengenai langkah yang boleh diambil orang ramai untuk memaksa Najib berundur, Dr Mahathir berkata, pengundi di Pekan (kawasan Najib) perlu membiarkan anak bekas perdana menteri itu kalah.

Tetapi pada masa sama, katanya, mereka perlu memastikan Umno tetap menang di tempat lain.

"Kalau dia tak mahu undur, jangan undi (Najib) di Pekan. Jangan bagi Umno kalah (di tempat lain) tetapi kalahkan Najib," kata Tun M dengan disambut tepukan gemuruh hadirin.

Majlis itu dianjurkan Umno cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka yang terletak di bawah bahagian Pandan.

Tapi biar Umno menang

Untuk menjayakan perancangan itu, Dr Mahathir berkata, penyokong Umno perlu berpakat dengan bijak.

"Kalau orang Melaty bijak, (mereka) akan pastikan (calon Umno) Pekan kalah.

"Boleh atau tidak kita berpakat, ia ditentukan oleh orang Pekan. Orang ini (Najib) pencuri, biarkan dia kalah tetapi biar Umno menang," kata Dr Mahathir lagi.

Dalam sesi itu juga Dr Mahathir mahu ahli Umno memikirkan kepentingan bangsa Melayu terlebih dulu berbanding kepentingan parti.

Justeru, Dr Mahathir mencadangkan supaya ahli parti itu belajar daripada masyarakat Cina yang bersatu apabila "kepentingan mereka terancam".

"Saya lihat orang Cina kalau kepentingan kaum itu terancam mereka mereka akan lupakan kepentingan parti mereka terlebih dahulu," katanya.

Baru bencana berakhir

Sementara itu Dr Mahathir berkata, nilai ringgit dan keadaan ekonomi negara akan pulih jika Najib tidak lagi menjadi perdana menteri.

Katanya, skandal 1MDB yang dikaitkan dengan Najib selain isu derma RM2.6 billion merupakan penyumbang utama kepada penurunan mata wang yang kini mencecah RM4.45 bagi setiap AS$1.

"Saya yakin kalau Najib tidak jadi perdana menteri, nilai mata wang kita akan meningkat, barulah bencana akan berakhir.

"Nak selesai itu hanya kalau Najib tidak ada. Selagi Najib masih ada, masalah tidak akan selesai," katanya kepada media selepas majlis berakhir.

Jelas Dr Mahathir, pendiriannya itu dibuat berdasarkan kenyataan pernah dikeluarkan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sebelum ini.

Amanah ditubuhkan kerana kecewa...!!!

Assalamualaikum sahabat seperjuangan yg menentang kezaliman..respons kpd pertanyaan,kemusykilan dan juga cercaan yg dilemparkan kpd sy atas penyertaan sy bersama parti AMANAH yg dianggap oleh rakan2 PAS sbg parti yg ditubuhkan atas dasar kecewa.

Sememangnya parti AMANAH ditubuhkan kerana kecewa,tp bkn faktor kecewa kerana tewas pemilihan,tp kecewa kerana keengganan PAS utk terus bekerjasama dgn PR yg terbukti mampu menjatuhkan BN yg merujuk kpd keputusan PRU12 dan 13.

Penubuhan AMANAH bkn bermaksud menolak ulamak,bkn bermaksud menolak islam, bkn bermaksud ingin mendapatkan projek yg pastinya takkan dapat sbb AMANAH bkn kerajaan berbanding PAS atau DAP yg sudah menjadi kerajaan...tp AMANAH ditubuhkan bg menggantikan PAS yg menolak kerjasama dgn parti pembangkang lain utk menjatuhkan BN.

Sy melihat PAS sudah berjaya pd peringkat pertama utk berdakwah kpd rakan sekutu dlm PR dahulu,malahan kejayaan dakwah itu bkn saja pd rakan muslim,malahan rakan non muslim yg sudah mula mengenali akan islam.

Sy tertarik dgn ucapan ahli parlimen DAP pd satu majlis parti AMANAH yg memetik terjemahan ayaq al quran sbh intipati ucapan beliau.ini menunjukkan yg masyarakat bkn islam sudah mula tertarik dgn islam,tertarik dgn keindahan islam.pd sy ini adalah kesan penyertaan PAS bersama PR sebelumnya.

Malangnya PAS memilih utk tidak meneruskan dakwah ini kpd sekutunya dgn memutuskan hubungan bersama komponen PR yg pastinya melegakan BN yg sedang dlm ketenatan.

Justeru,penubuhan AMANAH sbg parti islam tunggal yg memiliki ilmuan islam didalamnya adalah sgt bertepatan dgn masanya agar legasi dakwah yg ditinggalkan PAS  dlm PR dapat disambungkan.

Sy tak nafikan,penubuhan AMANAH bakal memecahkan undi PAS,tetapi jgn lupa,pengunduran PAS dlm PR juga bakal memecahkan undi PR yg terbukti berjaya meruntuhkan tradisi 2/3 majoriti BN dlm dewan rakyat.

Tp malangnya PAS memilih utk memutuskan kerjasama dgn DAP sbg salah satu sekutunya dlm PR..lebih malang kptsan utk memutuskan hbgn itu juga d buat tanpa bahas dgn mengenepikan pandangan perwakilan yg lain dlm muktamar.

Pas bertindak demikian atas alasan DAP menolak hudud..Ya!..mmg DAP menolak hudud malahan sejak dr hari pertama penubuhan PR,DAP konsisten dgn pendirian mereka..namun atas dasar politik dakwah,PAS meneruskan kerjasama kerana keperluan demokrasi menuntut pembentukan gabungan PR bg menjatuhkan BN.

Seharusnya PAS jgn melatah,DAP sudah diketahui umum sebuah parti yg bkn islam sedangkan PAS adalah sebuah parti islam yg sememangnya adil dan sesuai utk semua.PAS sbg parti islam harus menunjukkan nilai2 islam dlm perbezaan pendapat.

Contohilah nabi berpolitik,contohilah akhlak nabi ketika berdakwah,walau dihina,diperlakukan dgn perkara buruk,malahan cubaan bunuh oleh yahudi,namun rasulaallah S.A.W memilih utk tidak bertindak balas,malahan memilih utk menunjukkan sikap terpuji yg akhirnya membuatkan non muslim tertarik dgn keindahan islam.

Sbnarnya DAP sudah mula terpikat dgn keperibadian islam yg ada dlm PAS,terutamanya akhlak yg ditunjukkan oleh pimpinan hebat pas,tg nik abd aziz yg memikat hati kerana perwatakan,kesederhanaan dan toleransi yg ditunjukkan.DAP percaya bahawa pimpinan PAS lebih berintegriti kerana di asuh secara islam yg sebenar..atas alasan itulah ketika PR berjaya menakluki negeri perak,DAP lebih cenderung memilih PAS sbg menteri besar berbanding PKR sedangkan kerusi PAS paling sedikit dlm dewan undangan negeri perak.

Tp malangnya PAS terlalu tidak bersabar,PAS inginkan DAP supaya terus menerima islam secara total sedangkan dakwah yg diberi baru berjaya pd fasa pertama.

DAP ibarat muallaf,jgnlah hari pertama muallaf bersama islam,kita dh suruh dia menjadi seperti kita.kalau hari pertama dia dah didesak utk infaq harta dia,kalau hari pertama dia kita dh suruh dia bgn tahajjud,mau lari dia..dlm dakwah harus ada seni psikologinya mcm mana nabi muhammad buat.

Perpecahan PAS dlm PR bukannya kesan kpd parti politik semata2,tp sgt terkesan kpd rakyat kerana rakyat sedar,selagi BN mentadbir malaysia,rakyat akan terus sengsara spt mana fenomena hari ini dgn kenaikan kos sara hidup,peningkatan kes sosial dan jenayah,dan yg paling buruk adalah kesan kejatuhan nilai ringgit yg sgt merudum sehingga mencecah rm4.4+ ..

Mungkin hari ini pimpinan pas atau kita sendiri masih boleh makan kfc,masih boleh memandu kereta bercuti dgn keluarga..tp apakah nasib rakyat yg berpendapatan rendah yg menyewa rumah?yg ada anak kecil dan anak sekolah?yg tak punya kenderaan berbumbung?..apakah kita tak ada perasaan sedih bila lihat anak kecil dikendong oleh si ibu,si abang atau kakak yg baru berusia 4-5 tahun didlm raga motor bersama si bapa ketika hukan lebat menunggang motosikal dgn bahaya yg menanti?

Kalau kita ada perasaan simpati,apakah dgn hanya menyebut "kesian" sudah memadai?

Ya!..mmg kita tak mampu beli kereta utk beri pd si miskin,tp jgn la pula kita lupuskan impian mereka utk mereka dptkan pemerintahan yg lebih baik drpd BN kerana sikap egois dan menyombong kita yg kesannya akan memanjangkan lagi jangka hayat BN?

Sedarlah semua kita nak islam,tp berdasarkan perlembagaan malaysia hari ini kita x mampu laksanakan lagi kerana bertentangan dgn perlembagaan yg kita semua terima pakai..kita harus pinda perlembagaan dahulu yg memerlukan 2/3 majoriti dewan..

Jgn akibat kegopohan kita,bkn saja hudud tak dapat dilaksanakan,malahan maksiat makin berleluasa..biar dapat buat sedikit kebaikan,daripada langsung tak dapat buat kebaikan.. ISLAM RAHMATAN LIL ALAMAIN

Mohd Nazli Mansor
(S/U ARiF Kedah)

PAS beri amaran PKR bakal berpecah kerana Pakatan Harapan

PAS memberikan amaran kepada PKR, tidak mustahil bakal menerima nasib yang sama seperti parti Islam itu ketika Pakatan Rakyat berpecah, menyebabkan penubuhan parti serpihan Parti Amanah Negara (Amanah).

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti Islam itu ketika ini dapat melihat gabungan parti politik baharu, Pakatan Harapan bakal menerima nasib sama seperti Pakatan Rakyat.

"Kepada PKR yang masih menjadi rakan kerjasama PAS, kami harap tidak berlaku perpecahan kerana bibit-bibit tersebut sudah kelihatan.

"Adanya pihak yang ingin menjadi juara bagi mengawal parti pembangkang yang lain serta usaha Barisan Nasional (BN), khasnya Umno melihat semua komponen parti pembangkang menjadi lemah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, tindakan tergesa-gesa membentuk Pakatan Harapan menunjukkan kepada rakyat sikap terlalu mementingkan diri sendiri sesetengah pihak yang menjadi punca Pakatan Rakyat terkubur.

"PAS mendoakan agar PKR tidak mengalami nasib yang sedang dialami PAS.

"Perpecahan dalaman parti akibat campur tangan pihak luar yang mempunyai kepentingan tertentu, akan melemahkan kekuatan suara pembangkang," katanya.

Katanya, PAS sememangnya sudah melalui konflik dalaman parti yang menyaksikan muncul pelbagai parti kecil yang melambatkan proses perubahan dan kesedaran politik di kalangan rakyat.

Tuan Ibrahim turut menyalahkan pihak luar yang didakwa menjadi punca kepada pergolakan dalaman PAS dengan bertindak mengapi-apikan rasa tidak puas hati, melaga-lagakan pimpinan dan perbezaan pendapat di kalangan pimpinan.

"Kemelut dalaman yang berlaku ini tidak dinafikan sangat mengecewakan rakyat. Kerana setiap kali berlaku krisis, biasanya ia akan berakhir dengan pembentukan parti baru," katanya merujuk kepada Amanah.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim yakin Amanah tidak akan berjaya mendapatkan sokonngan rakyat.

"Ada yang memecahkan undi pembangkang dan inilah yang dikehendaki BN. Sebagai contoh, kemunculan parti Semangat 46 yang berpecah dari Umno, walaupun ia berjaya memenangi beberapa kerusi, ia tidak dapat menggugat kekuatan parti induk Umno.

"Telahan yang sama juga boleh dibuat pada parti Amanah. Namun, ini berbeza dengan Semangat 46, kerana ia akan menimbulkan saingan sama sendiri di kalangan pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang," katanya.

Mengulangi semula pendirian PAS, beliau berkata parti Islam itu tidak sesekali akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan kerana tindakan DAP dan pengkhianatan Amanah.

"Soal agihan kerusi akan menjadi masalah utama. PAS tidak akan bergabung dengan Pakatan Harapan kerana tindakan DAP terhadap PAS. Pada waktu ini, tidak mungkin PAS juga boleh terima Parti Amanah yang kini sedang menarik ahli PAS dan merampas bangunan Pasti dan markas PAS.

"Apabila PAS bergabung dengan PKR, sebahagian besar kerusi PAS diserahkan kepada PKR bersama jentera dan petugas parti.

"Kalau PAS bergabung pula dengan Pakatan Harapan, bermakna PAS akan sekali lagi serah kerusi kepada parti baru, dan ini tidak mungkin berlaku. Melainkan DAP atau PKR sanggup bahagikan kerusi mereka kepada Parti Amanah," katanya.

Justeru itu, beliau menegaskan PAS akan tetap meletakkan calon di semua kerusi yang ditandinginya kerana itu adalah hak mereka.

Katanya, sekiranya parti komponen pembangkang lain khasnya Amanah juga meletakkan calonnya dalam PRU kelak, maka ia seperti mengiyakakan parti tersebut menjadi penyambung tali hayat kepada BN.

"Mungkin ada yang akan mendakwa kalau calon PAS tidak akan menang, kerana pengundi Cina tidak akan beri undi, maka apakah kalau Parti Amanah akan menang kalau pengundi Melayu tidak akan memberi undi khususnya ahli dan penyokong PAS. Ahli dan penyokong Umno tentulah lagi tidak menyokong.

"Ramai yang melihat yang bakal untung mungkin DAP. Namun, reaksi senyap rakyat terhadap tindakan terlalu mendesak dan tidak berkompromi yang ditunjukkan pimpinan mereka tidak dapat diagak sebagaimana kesan terhadap sebahagian peti undi DAP di beberapa Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi dibantu petugas PAS, khasnya jentera pilihan raya sehingga ke PACA (polling agent and Counting Agent)," katanya. – 3 Oktober, 2015

Pas tak akan tarik diri dari kerajaan Selangor

SHAH ALAM – “Pas Selangor tidak akan menarik diri daripada kerajaan Selangor,” demikian pendirian Timbalan Pesuruhjaya 2 Pas Selangor, Shafie Ngah yang dinyatakan kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang menyerahkan kepada Pas untuk menentukan pendirian sama ada mahu keluar atau kekal dalam pakatan kerajaan Selangor.

Beliau yang juga Adun Bangi berkata, Pas tidak boleh menarik diri memandangkan wakil rakyat Pas mempunyai tanggungjawab besar melaksanakan mandat rakyat.

Dr Ling Liong Sik juga mahu Najib undur

Tun Dr Ling Liong Sik menyambut gesaan bekas ketuanya dalam kabinet, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya perdana menteri ketika ini meletakkan jawatan.

Kata bekas Presiden MCA itu, Datuk Seri Najib Razak harus berundur daripada jawatan perdana menteri kerana "mengambil duit orang lain" dan memasukkannya ke akaun peribadi.

"Saya bersetuju dengan Tun M (supaya Najib letak jawatan), sebab dia (Najib) ambil duit orang masuk dalam akaun peribadi dia," kata Ling di sidang media sempena Pesta Minda Malaysia ke-11 di Universiti Kolej Tunku Abdul Rahman, Setapak hari ini.

Mahathir atau lebih dikenali dengan panggilan Tun M ketika berucap dalam program Bicara Negara di Hotel Regency, Ipoh, Perak sebelum ini sekali lagi mendesak Najib melepaskan jawatan sebagai perdana menteri.

Itu tak patut

Tun M berkata Najib perlu melepaskan jawatannya sebagai ketua kerajaan walaupun beliau mungkin menyayangi posisi tersebut.

Tun M berkata lagi, Najib perlu memberi laluan untuk orang lain kerana statusnya kini "tidak disukai rakyat."

Ling berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau bersetuju dengan desakan Dr Mahathir supaya Najib berundur daripada jawatan dipegangnya sekarang.

Menurut, Dr Liong, kehadirannya dalam himpunan BERSIH 4 di Perth, Australia pada hujung Ogos lalu juga adalah bagi tujuan sama.

“Saya hadir untuk menunjukkan dalam himpunan BERSIH sokongan kepada cadangan membuat undi tidak percaya terhadap Najib.

"Beliau mengambil duit orang dan memasukkannya ke akuan persendirian beliau. Saya rasa itu tidak patut,” tegas Dr Ling.

Najib terpalit dengan tuduhan kononnya menerima wang bernilai RM2.6 bilion yang disimpan dalam akaun persendiriannya.

Selepas menafikan dakwaan itu, kemudian orang ramai diberitahu wang berkenaan adalah derma daripada hartawan Timur Tengah.

Perdana menteri juga menafikan pernah mengambil wang rakyat untuk kepentingan peribadi.

Lori angkut bauksix terbalik depan Astana Kuantan

Melayu Umno Jaga Pahang
Melayu Umno marah cina
Last Melayu Umno jual bauksix pada cina

NGO wanita tolak kenyataan Rosmah di luar negara

Kumpulan-kumpulan wanita hari ini menolak kenyataan isteri perdana menteri, Rosmah Mansor, bahawa perkahwinan kanak-kanak di Malaysia jarang berlaku.

“Malangnya perkahwinan kanak-kanak di Malaysia berlaku lebih kerap daripada yang digambarkan,” kata Gabungan Organisasi Wanita Bertindak Bagi Kesamarataan Gender (JAG).

“Perkahwinan kanak-kanak sudah pasti bukan jarang-jarang berlaku di Malaysia, seperti disebut Rosmah.”

Memetik timbalan meneri wanita, keluarga dan masyarakat Heng Seai Kie pada 2010, JAG berkata kira-kira 16,000 wanita bawah 15 tahun berkahwin pada tahun itu.

Empat tahun selepas itu, kata JAG, keadaan di Malaysia mencetuskan kebimbangan antarabangsa, apabila laporan Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) 2014 merekodkan lebih 15,000 kanak-kanak Malaysia berkahwin sebelum umur 19.

Di Malaysia Timur, kata JAG, perkahwinan masih berlaku ketika kemiskinan lebih tinggi dan pembangunan tidak sampai ke kawasan pedalaman.

Berhubung resolusi bagi menamatkan perkahwinan kanak-kanak oleh Majlis Hak Asasi Manusia Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), JAG berkata Malaysia patut menggiatkan usaha menamatkannya.

JAG terdiri daripada gabungan NGO wanita, termasuk Sisters in Islam (SIS), All Women’s Action Society (AWAM), Persatuan Pertolongan Wanita (WAO) dan Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER).

Bernama kelmarin melaporkan Rosmah berkongsi pengalaman Malaysia mengatasi masalah perkahwinan kanak-kanak semasa mesyuarat pagi Yayasan Ford di New York pada Selasa (Rabu di Malaysia).

Isteri Datuk Seri Najib Razak berkata perkahwinan kanak-kanak jarang berlaku di Malaysia berikutan sistem pendidikan negara yang baik dan kadar kemiskinan yang rendah.

Perundangan Malaysia, menurut Rosmah menyekat dan mempunyai pendekatan lebih berkesan untuk melindungi kanak-kanak daripada dipaksa untuk berkahwin pada awal usia.

Rosmah berada New York kerana mengiringi Najib sempena lawatan kerja dan menghadiri sesi ke-70 Perhimpunan Agung PBB.

Angkara tak hadir majlis kahwin

SEPASANG suami isteri dari Amerika Syarikat terkejut selepas menerima surat menuntut mereka membayar ganti rugi kerana gagal menghadiri sebuah majlis perkahwinan di United Kingdom.

Jessica Baker dan suaminya pada mulanya mahu menghadirkan diri ke perkahwinan keluarga itu, namun terpaksa membatalkannya di saat akhir kerana tiada siapa dapat menjaga anaknya.

Memadangkan perkahwinan tersebut tidak membenarkan mereka untuk membawa kanak-kanak, pasangan itu tidak mempunyai pilihan lain kecuali membatalkan hasrat mereka itu.

Memetik laporan Metro.uk, pasangan itu juga kesuntukan masa untuk memberitahu pasangan tersebut mengenai ketidakhadiran mereka.

Bagaimanapun, selepas dua hari, mereka terkejut menerima bil AS$75.90 (RM335) menuntut ganti rugi untuk kos makanan dan caj servis daripada pasangan pengantin tersebut.

Pasanganya itu khabarnya enggan menjelaskan bil berkenaan.

Sementara itu, editor sebuah majalah perkahwinan, Sarah Baumann Rogers berkata, pasangan tersebut bertindak demikian mungkin kerana kecewa dan tidak dapat menerima kenyataan selepas terpaksa membayar bil untuk mereka yang gagal menghadirkan diri.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...