TERKINI :

Thursday, October 1, 2015

BERTERUS-TERANG SAJALAH TAK JADI SAMAN WSJ...HABIS CERITA!!

Shahbudin Husin,

Ketika mula-mula timbul dakwaan oleh The Wall Street Journal atau WSJ mengenai kemasukan wang sebanyak RM2,600 juta yang didakwa mengalir ke akaun peribadinya, Najib Razak mengatakan tindakan undang-undang terhadap akhbar itu diambil pada hari Selasa.

Setelah berpuluh-puluh Selasa berlalu, tidak juga surat saman atau tindakan mahkamah diambil kepada WSJ.

Kemudian peguam Najib mengatakan pihaknya akan menghantar surat untuk meminta penjelasan terlebih dahulu sama ada dakwaan WSJ itu bermaksud Perdana Menteri telah menyalahgunakan wang 1MDB, sebelum tindakan mahkamah dapat diambil.

Tempoh masa selama 14 hari diberikan kepada WSJ untuk menjawab surat tuntutan itu.

Bagaimanapun apabila WSJ tetap mempertahankan laporannya sebagai betul dan benar yang menggambarkan sedia untuk berdepan di mahkamah, tidak juga tindakan undang-undang diambil, sebaliknya peguam Najib mengatakan mereka mempunyai beberapa pilihan untuk dipertimbangkan.

Kadir Jasin: Ada persamaan kes Khir Toyo dan wang derma Najib

Adam Abu Bakar | October 1, 2015

Antara persamaan itu adalah alasan politik yang diberikan oleh kedua-dua pihak dan juga dakwaan bahawa rakyat jelata tidak akan rugi apa-apa terhadap apa yang berlaku.

kadir-jasin,najib-razak,khir-toyo

PETALING JAYA: Wartawan veteran, Datuk A. Kadir Jasin melihat terdapat beberapa persamaan mengenai kes rasuah bekas Menteri Besar Selangor Dr. Khir Toyo dan juga isu wang derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, antara persamaan itu adalah alasan politik yang diberikan oleh kedua-dua pihak dan juga dakwaan bahawa rakyat jelata tidak akan rugi apa-apa terhadap apa yang berlaku.

“Dr. Khir menafikan penglibatannya tetapi Najib terus berdiam diri malah tidak menafikan pula kewujudan akaun peribadi RM2.6 bilion itu.

“Selain, para penyokong beliau (Najib) mendakwa wang itu adalah ‘derma’ daripada seorang dermawan misteri dari negara Arab,” tulisnya di blog.

Pas sokong Mufti Pahang berkenaan teks khutbah Aidul Adha hentam DAP

Faiz Zainudin | October 1, 2015

Pas mendakwa sudah masak dengan sikap dan pemahaman DAP terhadap Islam yang membawa kepada putusnya hubungan antara dua parti itu.

Datuk-Tuan-Ibrahim-Tuan-Man,mufti-pahang

PETALING JAYA: DAP digesa supaya tidak campur tangan dalam urusan Jabatan Mufti yang mempunyai hak bagi mengeluarkan fatwa dan nasihat agama kepada umat Islam supaya bersatu menetang kemungkaran agama.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu sebulat suara menyokong pendirian Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman yang mempertahankan teks khutbah Aidul Adha yang didakwa oleh pemimpin DAP sebagai fitnah.

“Khutbah yang berupa nasihat agama bagi umat Islam yang terikat dengan syarat dan rukun merupakan peringatan baik bagi umat Islam,” Katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Katanya, Pas sudah masak dengan sikap DAP berhubung pemahaman kepada Islam berdasarkan pengalaman mereka dengan parti itu yang membawa kepada putusnya hubungan antara kedua-dua parti.

Macai ganggu siasatan SPRM tidak akan tenteram

Adam Abu Bakar | October 1, 2015

SPRM tidak tergugat dengan ugutan bertujuan mengganggu siasatan rasuah sebaliknya akan terus menjalankan tugas tanpa mengira latar belakang.

abu-kassim_sprm_law_600_1

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi amaran bahawa tidak ada sesiapa tanpa mengira pangkat dan darjat yang akan terlepas daripada siasatan suruhanjaya bebas berkenaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, pihaknya akan tetap menjalankan siasatan terhadap mana-mana pihak tanpa mengira kedudukan dan latar belakang.

“Tidak kira anda seorang rakyat biasa, ahli perniagaan, tokoh korporat dan juga pemimpin politik,” katanya sewaktu berucap di Majlis Penamaan Moot Court Kevin Morais pada Khamis.

Abu Kassim turut memberi amaran bahawa walau apa juga usaha untuk mengagalkan siasatan pihak SPRM, ia tidak akan berjaya kerana perbuatan keji tersebut tidak akan menjamin ketenangan dan ketenteraman.

“Kepada yang jadi macai atau mereka yang bersubahat, cuba mengagalkan siasatan atau perbicaraan kes rasuah, ingatlah apa juga upah atau imbuhan yang diperoleh, tidak akan menjamin ketenangan dan ketenteraman dalam kehidupan.

Menjawab persoalan Dewan Ulamak PAS Pusat berkenaan menghentikan bantuan kepada SAR milik PAS di P/Pinang

Dr. Khairuddin, bantuan persekolahan SAR di P.Pinang diberikan bukan atas sentimen politik kepartian

1 Oktober 2015 | George Town
Kalau Sekolah Rendah Islam Al-Ansar (SRIA) dan Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU) tidak pernah memohon peruntukan Bantuan SAR daripada Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang bagi tahun ini, bagaimana kedua-dua sekolah yang ditadbir urus oleh pemimpin PAS Pulau Pinang itu dipertimbang untuk mendapatkan sumbangan berwajib?

Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri perlu tahu bahawa agihan peruntukan bantuan pendidikan ke sekolah-sekolah di negeri ini berdasarkan keperluan dan keutamaan, sebagaimana dimohon sekolah-sekolah Islam yang lain.

Barangkali Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat berkenaan ini menganggap bantuan pendidikan yang disalurkan kepada dua sekolah swasta terbabit sejak beberapa tahun lalu atas dasar sentimen politik kepartian.

Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang sebenarnya banyak berbeza dengan tadbir urus parti, jika mahu dinisbahkan kepada PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan.

Exco: Bocor surat mufti untuk cetus ketidaktenteraman

 
Exco Hal Ehwal Islam Pulau Pinang Abdul Malik Kassim meluahkan rasa kesal mengenai surat daripada mufti negeri yang dibocorkan bagi mencetuskan rasa ketidaktenteman di kalangan komuniti orang Islam.

Beliau berkata ekoran kebocoran surat itu "dengan niat buruk mencetuskan ketidaktenteraman umum", kerajaan negeri dan Ketua Menteri Lim Guan Eng dipersalahkan kerana mencampuri urusan hal ehwal Islam di negeri itu.

"Itu tidak betul. Keputusan ini tiada kena mengena dengan kami, tapi disebab surat itu dibocorkan dengan niat tidak baik untuk mencetuskan masalah, sesetengah pihak mengancam untuk berdemonstrasi dan menjalankan aktiviti untuk mengganggu gugat kerajaan negeri.

"Kami sedang menyiasat bagaimana surat itu bocor dan siapa yang buat dan kami akan mengambil tindakan sepatutnya termasuk membuat laporan polis.

"Ia terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenai isu itu kerana proses menggazet fatwa itu mengambi tempoh yang panjang," katanya.

Peringatan kepada Umat Islam, jangan dok asyik pukui orang sampai terlupa hal diri sendiri!

Muhamad Mat Yakim


Saya tidak suka DAP, saya tidak suka Guan Eng, cuma nak tanya... hangpa yang dok bising-bising pasal larangan kerajaan PP kepada masjid guna pembesar suara selain azan ni memang dok ulang alik berjemaah di masjid ka?

jangan dok asyik pukui orang sampai terlupa hal diri sendiri!

jangan buat kita orang Islam jadi malu sampai dua kali. dulu di Singapura pernah jadi, orang bukan Islam protes azan subuh guna pembesar suara dan perkara itu dibawa masuk dalam Parlimen.

Kuan Yew ambil pendekatan siasat. Selama dua bulan dia tinjau masjid-masjid waktu subuh, dan akhirnya apa yang dia dapat dia bawa masuk ke Parlimen.

kata Kuan yew, daripada tinjauan yang dia buat, hanya ada lebih kurang 30 org saja di masjid waktu solat subuh jadi nak ikut yang sikit itu atau yang majoriti.

Dah terang-terang kita kalah kalau buat cara macam ni.

Timbalan menteri beri amaran mahu lempang Cina Malaysia

Tajuddin beri amaran mahu lempang Cina Malaysia


Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman hari ini memberi amaran akan "melempang" rakyat Cina di negara ini jika mengadu masalah kepada pihak luar.

"Saya nak bagi amaran juga kepada Cina Malaysia jangan ingat bila ada masalah dia nak mengadu, sikit-sikit mengadu supaya ada yang lindungi mereka.

"Nak kena lempang macam itu," kata Tajuddin dalam sidang media selepas merasmikan Pameran Perdagangan dan Persidangan Herbal Asia 2015 di bangunan Matrade, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Malah, anggota Majlis Tertinggi Umno itu meminta rakyat Cina di negara ini berhenti "berangan" bahawa ada pihak luar yang akan membela nasib mereka.

"Orang Cina yang ada di Malaysia jangan beranganlah bila ada "big boss" datang, ada "God Father" datang dari negara China sebab nak tolong dia.

"Jangan berangan begitu," katanya yang juga anggota Parlimen Pasir Salak.

Ikhlas cuba cakap, berapa ramaikah yang datang solat subuh di masjid & surau anda?

Zulkifli Yahaya


Hampir dengan Subuh tadi hujan turun sangat lebat, kehadiran ahli jemaah surau Ihsaniah Alor Binjal yg berdekatan rumah ni cuma 4 orang. Sebelum itu tiada hujan, ramai jugak yang datang tapi tak penuh satu saf pun. Kalau pi masjid Alor Binjal, paling ramai Subuh 2 saf... itupun bulan Ramadhan.
Bercakaplah dengan hati yang ikhlas jamaah Subuh di tempat anda berapa ramai?

Orang buat pekak bedak apabila azan dilaung melalui pembesar suara, sibuk pula komen menentang amalan bidaah pasang kaset kuat-kuat melalui pembesar suara masjid pada waktu yang tidak munasabah. 

Alangkah baiknya kalau dia baca sendiri AlQuran, besar ganjaran pahalanya, daripada memikir untuk memaksa orang mendengar bacaan Al-Quran walhal ia cuma menambah dosa pendengar kerana kebanyakannya tidak menghormati pun bacaan AlQuran... bersembang, bising dll.

Berkata Syeikh Muhammad Al-Ghazali "Paksaan kepada kemuliaan, tidak menjadikan manusia itu mulia."

Isu Tiket Perlawanan Bola Sepak di Stadium Darul Aman


 http://www.thestar.com.my/~/media/Images/TSOL/Photos-Upload/Sports%20n%20Recreation/2013/10/21/Kedah%20fans.ashx/?w=620&h=413&crop=1&
1-Menyedari hakikat bahawa sukan Bolasepak merupakan sukan yang sangat menarik perhatian warga Kedah. Sokongan yang diberikan tidak pernah mengenal erti penat lelah, malah sentiasa disuntik semangat ' biar jasa jadi kenangan' . Biarpun pasukan Kedah beraksi di kancah liga perdana dalam beberapa musim kebelakangan ini, stadium Darul Aman tetap sentiasa dipenuhi penyokong yang datang dari segenap pelusuk negeri Hijau Kuning ini.

2- Kewujudan penyokong adalah pembakar semangat kepada para pemain untuk menampilkan aksi memberangsangkan, tanpa sokongan dari peminat pasti mutu persembahan juga akan menjadi hambar.

3- Jesteru, Penyokong harus dilayan sebagai tonggak penting dalam kejayaan pasukan, jangan penyokong hanya dikerah hadir dengan jiwa dan raga tetapi layanan yang diberikan umpama tetamu yang tak diundang.

4- Peristiwa kebanjiran penyokong yang hadir ke Stadium Darul Aman bukan kali pertama berlaku, bahkan ia boleh dikatakan berlaku saban tahun, soalnya apakah tindakan dari pihak berkaitan untuk menangani isu ini.

Sosma lebih teruk daripada ISA, boleh penjara seumur hidup, kata Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan boleh ditahan seumur hidup di bawah Sosma kerana akta itu tidak menjelaskan definisi perkataan ‘sabotaj’. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 September, 2015.
Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, atau Sosma, lebih buruk daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang digantikannya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini, susulan penahanan pengkritik 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Bekas perdana menteri itu, penyokong kuat ISA yang kini dimansuhkan berkata, Khairuddin boleh ditahan sepanjang hayatnya di bawah Sosma kerana akta itu tidak menjelaskan definisi perkataan "sabotaj".

"Disebabkan penahanan Khairuddin, saya mengkaji hal ini dan mendapati ia lebih teruk daripada ISA. Kerana, jika anda dituduh mensabotaj – dan sabotaj tidak ditakrifkan – anda boleh dipenjarakan seumur hidup," kata Dr Mahathir pada satu sidang akhbar di Kuala Lumpur, hari ini.

"Jadi, Khairuddin sedang menghadapi masalah ini. Apa yang beliau lakukan sudah tentu boleh dipanggil sabotaj kerana definisi yang tidak diberikan.

"Kerajaan boleh membuat definisi mengatakan, jika anda melakukan sesuatu seperti ini, ia adalah sabotaj, dan oleh itu anda harus dipenjarakan seumur hidup."

Bilakah Adnan Yaakob dan EXCO Pahang akan isytihar harta?

FMT Reporters | October 1, 2015

Menteri Besar Pahang berjanji untuk mengisytiharkan harta termasuk barisan kepemimpinan negeri dalam tempoh dua hingga tiga minggu tetapi sehingga kini belum ditunaikan.

Adnan-Yaakob,-Lee-Chean-Chung

PETALING JAYA: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan barisan kepemimpinan negeri dituntut menunaikan janji untuk mengisyiharkan harta yang telah dibuat pada 25 Ogos lalu.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Lee Chean Chung berkata, pengisytiharan harta sepatutnya hanya mengambil masa dua hingga tiga minggu sahaja.

“Namun, saya mendapati tidak kelihatan sebarang tindakan susulan berikutan pengumuman Menteri Besar Pahang sebulan yang lalu sedangkan beliau berjanji bahawa pengisytiharan harta hanya akan mengambil masa kira-kira dua hingga tiga minggu.

“Persoalannya, adakah Kerajaan Pahang akan mengotakan janjinya dan mengisytiharkan harta Menteri Besar, Barisan 10 Exco Kerajaan Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri, ” katanya menerusi kenyataan media.

Mufti - Pembesar suara di P.Pinang hanya untuk azan iqamat

GEORGETOWN - Selepas ini pembesar suara di bahagian luar masjid dan surau di Pulau Pinang hanya boleh digunakan untuk azan dan iqamat.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa negeri pada 1 dan 2 Julai lalu dan disahkan sekali lagi menerusi mesyuarat sama pada 23 dan 24 Ogos lalu.

Difahamkan, keputusan itu dibuat selari dengan hasil mesyuarat sama pada 7 April 2011 berhubung larangan membaca al-Quran sebelum waktu subuh menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau.

Bagaimanapun, keputusan itu ditambah baik dengan memasukkan larangan bagi semua program di masjid dan surau seperti qiamullail, solat tahajud, kuliah, mesyuarat dan sebagainya yang hanya dibenarkan menggunakan pembesar suara di bahagian dalam.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Mohd Noor berkata, keputusan itu dibuat selepas dipertimbangkan dari pelbagai sudut.

Menurutnya, isu berkenaan dibangkitkan selepas pihaknya menerima beberapa aduan dari masyarakat Islam sendiri yang tidak tahan dengan pembesar suara di luar masjid serta surau yang dipasang terlalu kuat.

"Persekitaran hidup umat Islam hari ini juga sudah berubah dengan ramai yang tinggal di kawasan perumahan dengan jarak sangat hampir dengan masjid.

“Jika kita ingin beribadat, tidaklah sewajarnya kita mengganggu orang lain,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, surat perkeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti neger ikepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAINPP) bertarikh 1 September lalu menjadi viral di laman sosial.

Kebanyakan pengguna laman sosial tidak bersetuju dengan keputusan berkenaan selain mendakwa keputusan itu dipengaruhi desakan politik.

Wan Salim berkata, JHEAINPP akan memanggil ahli jawatankuasa dan pegawai masjid di seluruh negeri ini untuk sesi penerangan mengenai larangan tersebut.

Menurutnya, usaha itu perlu bagi membolehkan mereka menjelaskan kepada masyarakat Islam di kariah masing-masing.

“Semoga dengan cara ini, isu itu tidak disalahfaham oleh orang ramai dan tidak menimbulkan kekecohan yang berpanjangan,” katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...