TERKINI :

Thursday, September 24, 2015

Naib presiden Umno gesa Putrajaya terima saranan Zeti, atasi segera 1MDB

Datuk Seri Shafie Apdal menggesa Putrajaya menerima saranan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz supaya menyelesaikan segera isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) supaya pelabur tidak terus hilang keyakinan kepada Malaysia.

Naib presiden Umno itu yakin kenyataan Zeti berhubung kejatuhan mata wang berpunca daripada skandal 1MDB mempunyai kebenarannya kerana Bank Negara sendiri terlibat dalam siasatan syarikat sarat hutang itu.

"Tan Sri Zeti selaku gabenor Bank Negara memperingatkan dengan niat yang kita yakin beliau mempunyai pelbagai maklumat tentang 1MDB yang perlu penjelasan dan penyelesaiannya," kata Shafie kepada pemberita semasa majlis korban di Semporna, Sabah pagi ini.

Zeti (gambar) baru-baru ini berkata, negara tidak perlu satu lagi skandal kewangan dan menegaskan kejatuhan mata wang hanya akan pulih jika isu berhubung 1MDB diselesaikan segera.

Beliau juga berkata orang ramai berhak mendapat jawapan berhubung skandal kewangan membabitkan syarikat yang dinaungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu.

Shafie berkata, jika isu 1MDB tidak ditangani segera, ia akan terus menghakis keyakinan pelabur.

"Kesan dan tempiasnya bukan RM42 bilion defisitnya atau 2.6 bilion dalam ‎akaun peribadi tapi kesan daripada keyakinan dan kepercayaan pelabur antarabangsa boleh terhakis kalau perkara ini tidak diatasi."

Walaupun 1MDB memiliki aset yang besar, ia bukan aset yang produktif, kata Shafie.

"Kita sedar mengenai asetnya yang mungkin melebihi daripada hutangnya, tapi kita juga sedar dan tahu aset yang ada bukannya produktif yang tidak meraih hasil di mana pihak 1MDB terpaksa bergantung kepada pihak yang lain untuk mengatasi masalah (hutang) ini.

"Pendekatan perlu menggunakan kebijaksanaan bukan hanya dengan menjual aset sedia ada selepas itu jualan aset pun hilang, hasil pun hilang."

Nilai ringgit jatuh kebelakangan ini ke paras terendah sejak krisis terakhir pada 1997. – 24 September, 2015.

Tiada jemaah Malaysia terlibat insiden rempuhan

MINA - ARAB SAUDI . [DIKEMASKINI] Sehingga kini tiada jemaah haji Malaysia yang terlibat dalam insiden rempuhan yang mengorbankan lebih 300 orang, kata Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Katanya, jumlah terkini kematian dalam insiden tersebut adalah 310 orang dan 450 orang cedera.

"Kejadian ini berlaku pada 11.30pagi di persimpangan jalan 204-223 dan bukan di kompleks jamrah untuk melontar.

"Insiden ini berlaku di kawasan perkhemahan negara Arab yang terletak jauh dari khemah Malaysia," katanya dalam satu sidang media khas, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang membuat kiraan jemaah haji yang berada di tanah suci.

"Jemaah haji Malaysia ditetapkan melontar pada 5.30pm dan 8.00pm secara berperingkat. Waktu puncak adalah ketika dhuha dan kejadian berlaku pada masa itu. Kita sudah nasihat jemaah untuk tidak lontar luar jadual," katanya.

Beliau turut menggesa orang ramai agar tidak mempercayai laporan di media sosial kerana terdapat maklumat yang tidak sahih.

Katanya, maklumat dari masa ke semasa akan diberitahu kepada media tempatan termasuk pemberitahuan terbaharu jika ada jemaah Malaysia yang terlibat.

"Ramai yang risau keadaan jemaah. Jangan risau, teruskan berdoa. Sebarang maklumat boleh hubungi petugas Tabung Haji. Jangan percaya khabar angin," katanya.

MCA desak semua demonstrasi jalanan dihentikan

MCA mendesak semua demonstrasi jalan secara besar-besaran perlu dihentikan kerana ia dikhuatiri akan mencetuskan tindakan melampaui batas serta memusnahkan keharmonian dan perpaduan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata parti itu akan meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menghentikan semua perhimpunan jalanan yang memberi tekanan kepada perpaduan negara serta memburukkan nama negara di persada antarabangsa, lapor Bernama.

Sambil mengutuk keras Perhimpunan BERSIH 4 pada 29 hingga 30 Ogos lepas dan Himpunan Rakyat Bersatu, 16 Sept lepas, katanya perhimpunan jalanan tersebut mengancam merobak-rabikkan fabrik masyarakat negara ini.

Justeru, MCA menegaskan bahawa semua perhimpunan jalanan secara besar-besaran perlu dihentikan serta-merta, katanya dalam kenyataan selepas mempengeruskan mesyuarat tergempar Ahli Jawatankuasa Pusat MCA di Wisma MCA, di ibunegara hari ini.

Beliau berkata peserta Himpuan Rakyat Bersatu, juga dikenali sebagai Perhimpunan Baju Merah pada 16 September itu jelas berhasrat menyebarkan rasa ketakutan serta mencetuskan ketegangan antara kaum di negara ini.

Liow, yang juga menteri pengangkutan, berkata menyasarkan komuniti Cina dan pemusuhan yang jelas ditunjukkan oleh peserta perhimpunan terhadap masyarakat itu tidak boleh diterima dan tidak boleh dibiarkan.

Katanya slogan berbaur penghinaan terhadap masyarakat Cina oleh sebilangan peserta perhimpunan 'Baju Merah' tidak boleh dimaafkan.

"Jalan ke hadapan adalah untuk kembali semula kepada nilai-nilai yang diperjuangkan oleh pengasas kita," katanya dalam laporan Bernama tersebut.

Malaysiakini dan The Malaysian Insider tidak dibenarkan menghadilri sidang media hari ini di bangunan MCA.

Siapa kata ISA sudah dihapuskan, ini dia mangsa atas penjenamaan semula ISA jadi SOSMA

Khairuddin ditahan 28 hari di bawah Sosma

Bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ditahan selama 28 hari untuk siasatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Khairuddin, yang sebelum itu dibebaskan selepas ditahan reman sejak Sabtu lepas, ditahan semula semalam di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Jumaat lepas, beliau ditahan Unit Siasatan Jenayah Terkelas dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di kediamannya di Mont Kiara, dipercayai berkaitan siasatan membabitkan 1MDB.

Tahanan reman itu dibuat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan atas cubaan melakukan aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Noor Rashid, yang ditemui pemberita selepas majlis korban dan solat sunat Aidiladha di Bukit Aman hari ini, berkata polis akan merujuk hasil

siasatan kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.

"Ada kemungkinan kita akan dapat lengkapkan kertas siasatan lebih awal," katanya.

Media tempatan melaporkan Khairuddin didakwa sedang merancang untuk meminta Amerika Syarikat campurtangan dalam hal ehwal Malaysia.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menganggap tindakan Khairuddin menggunakan saluran perundangan asing untuk mengenakan tekanan antarabangsa terhadap Malaysia berhubung isu 1MDB sebagai mensabotaj negara.

- Bernama

Azmin sedang mengajar PAS jalan keluar dari kerajaan negeri Selangor

Tok Usin UG Ceroi

Ramai cucu tok tanya pendapat tok tentang pendirian MB Selangor yang kata Pakatan Harapan tiada kaitan dengan Selangor. Azizah pun kata kerajaan Selangor di bawah Azmin masih kukuh kerana masih dapat majoriti sokongan dalam DUN.

Pendapat tok gini. Tindakan Azmin itu sebenarnya untuk memalukan parti tok. Kenapa tidak? Pakatan Harapan telah diwujudkan tanpa parti tok. Patutnya parti tok sedar diri termasuk semua exco di Selangor dan ADUN2 di Selangor.

Apa patut parti tok buat jika parti tok ada maruah? Pertamanya, semua ADUN parti tok istihar tarik diri dari menyokong Azmin sebagai MB Selangor. Kedua, semua Exco dari parti tok meletakkan jawatan dari kerajaan Selangor termasuk mereka yang memegang jawatan dalam syarikat GLC di Selangor.

Tindakan Azmin ini tok lihat amat bijak untuk memerangkap parti tok. Kenyataan Azizah ini juga bijak kerana menyerahkan kembali bola ke kaki parti tok. Sekarang, rakyat nak lihat sejauh mana maruah yang ada pada parti tok?

Kalau semua ADUN dan Exco parti tok buat selamba saja dengan keputusan Pakatan Harapan yang terang jelas singkirkan parti tok, ertinya parti tok memang gila kuasa dan jawatan, dan sanggup jadi parti tak bermaruah serta terhegeh2 di Selangor.

Tok rasa Pakatan Harapan memang sengaja lakukan semua ini untuk menunjukkan betapa parti tok memang takde maruah diri. Tak sedar orang sudah tidak mahu tapi masih tak berani nak keluar dari menyokong Azmin. Azmin pun cerdik, dia tak mahu dilihat menghalau. Azmin juga mahu lihat sejauh mana maruah parti tok.

Bagi tok, sesiapa yang marah kat Azmin mereka tak tahu stail Azmin yang pintar politiknya. Yang nampak bodoh adalah parti tok yang tebal muka masih mahu bersama PKR.

Baru kita faham, di mulut sebut jihad dan perjuangan Islam, tapi maruah terlalu rendah bila takut nak letak jawatan..

Pas patut berunding, kata Mahfuz

SUBANG JAYA – Meskipun tidak terlibat dengan pergerakan Pakatan Harapan yang baharu dibentuk, Pas seharusnya mengadakan rundingan dengan pakatan.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, rundingan antara Pas dengan Pakatan Harapan perlu diadakan bagi memastikan terjalinnya kerjasama dalam usaha memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.

“Saya berharap Pas lebih terbuka untuk menerima realiti politik di negara ini. Pembangkang seharusnya mempunyai penyatuan yang boleh menyampaikan mesej  tepat kepada rakyat bahawa tidak mungkin berlaku lawan tiga penjuru pada PRU akan datang.

“Tetapi kalau mesej yang disampaikan (oleh Pas, Pakatan Harapan) membayangkan pertemuan tiga penjuru pada PRU nanti, ia akan memusnahkan harapan rakyat yang menyokong pembangkang selama ini,” katanya ketika Sinar Online.

Pakatan Harapan hari ini ditubuhkan selepas rundingan meja bulat antara DAP, PKR dan Parti Amanah Negara sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan pakatan pembangkang baharu di sebuah hotel di sini, hari ini.

Beliau dalam pada itu turut mengharapkan Pas untuk bergabung bersama DAP, PKR, dan Parti Amanah Negara dalam usaha membentuk pakatan baharu.

“… Ya, saya masih mengharapkan penyertaan Pas dalam pakatan ini atau pun ada kaedah (jalinan hubungan dan kerjasama) yang penting bukan tiga penjuru.

“Walaupun penubuhan pakatan hari ini dibuat tanpa Pas, pakatan baharu ini tidak boleh terus membiarkan keadaan ini berlarutan. Keduanya mesti ada keterbukaan untuk menjalinkan hubungan. Pakatan perlu menghubungi Pas dan Pas juga harus sedia untuk duduk di meja perbincangan untuk mencari jalan untuk menghadapi lawan kita bersama,” katanya lagi.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...