TERKINI :

Wednesday, September 23, 2015

Rasuah, penipuan: Malaysia belum sedia laksana Hudud

 Rasuah, penipuan: Malaysia belum sedia laksana Hudud
Malaysia masih belum bersedia dengan pelaksanaan hudud kerana negara ini masih belum mencapai tahap “kesolehan” yang perlu diamalkan, kata pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Antarabangsa (HRC), Dr Sir Iftikhar Ahmad Ayaz.

Iftikhar berkata Malaysia mungkin tidak mampu melaksanakan hudud ataupun undang-undang Islam dengan baik kerana banyak terlibat dengan amalan rasuah dan penipuan.

“Mereka menipu demi wang.

“Mereka tidak ikhlas mengabdikan diri dalam iman dan amal. Semuanya dilakukan seperti satu ritual,” katanya kepada pemberita di forum “Simposium keamanan: Memahami Syariah dari perspektif agama dan hak asasi” di Kuala Lumpur semalalm.

Iftikhar yang merupakan ahli Komuniti Islam Ahmadiyya berpendapat, undang-undang syariah itu hanya berjaya dilaksanakan sekiranya umat Islam membina masyarakat mereka.

“Undang-undang syariah untuk mereka yang soleh, yang mempunyai rasa cinta dan takut kepada Allah dalam hati mereka.

“Jika tidak, hukum hudud akan disalahgunakan. Malaysia masih belum bersedia,” katanya.

Kesatuan Pakatan Harapan tidak sebulat sidang meja bulat

SIDANG meja bulat yang diutarakan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail (WAWI) tidak lebih daripada keterdesakan PKR dalam mendepani situasi politik ketika ini. Hal ini kerana, PKR adalah parti yang paling tidak mendapat perhatian dan seakan terkapai-kapai mencari pautan.

WAWI sendiri tidak pasti hendak membuat keputusan tatkala PKR sendiri masih mahu mengikat diri hubungan bersama PAS. Tetapi WAWI nampaknya cepat teruja di samping permainan penasihat-penasihat kelilingnya untuk dilihat merekalah peneraju Pakatan Rakyat 2.0. Maka persidangan meja bulat selama hanya dua jam yang sepatutnya menjadi medan perbincangan sahaja tiba-tiba menatijahkan keputusan pembentukan Pakatan Harapan.

Lontaran WAWI itu bukan kali pertama, telah dikeluarkan kenyataan seumpama berkali-kali, tetapi ia tidak bersambut. Tidak bersambut lantaran WAWI itupun bertanding di Dun Kajang dulu atas 'ihsan'. Malah, dalam banyak keputusan politiknya, bukanlah berdiri atas kaki sendiri, tapi arahan atau suara di sebalik tirai besi. Bahkan, di keliling pinggangnya terdiri daripada penasihat-penasihat terlalu eksklusif yang dijelik ahli parti sendiri.

Saat WAWI melontarkan ajakan untuk persidangan itu, tarikh, masa dan tempat terus sahaja ditetapkan. Tiada lagi persetujuan diminta daripada parti-parti kerana hasrat ingin mengungguli barangkali. Tapi barangkali juga beliau menjadi alat pihak tertentu sebagai proksi mengadakan persidangan itu.

Utusan Melayu diperintah bayar RM300,000 kepada bekas pengurus besar PKNS

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O'hara yang membuat keputusan saman fitnah selepas membenarkan saman Datuk Othman Omar, 56, selaku plaintif terhadap Utusan Melayu, yang dinamakan sebagai defendan dalam kes saman tersebut. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 September, 2015.
Utusan Melayu (Malaysia) Berhad hari ini diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM300,000 kepada bekas pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) atas dakwaan menerbitkan artikel berunsur fitnah dalam akhbar Utusan Malaysia, 2 tahun lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O'hara membuat keputusan itu selepas membenarkan saman Datuk Othman Omar, 56, selaku plaintif terhadap Utusan Melayu, yang dinamakan sebagai defendan dalam kes saman tersebut.

O'hara memerintahkan Utusan Melayu membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 sebagai ganti rugi am, ganti rugi teruk sebanyak RM50,000 dan faedah sebanyak 5% bermula dari tarikh saman itu difailkan sehingga penghakiman selesai.

Mahkamah juga memerintahkan syarikat akhbar itu membayar kos sebanyak RM20,000 kepada plaintif dan membenarkan satu injunksi untuk menghalang Utusan Melayu daripada menerbitkan atau mengedar kenyataan fitnah yang sama terhadap plaintif.

O'hara juga membenarkan permohonan peguam Mohd Izral Khairy mewakili Utusan Melayu bagi mendapatkan penangguhan sementara untuk Utusan Melayu menerbitkan penarikan balik ke atas penyiaran pernyataan fitnah itu dalam dua buah akhbar selepas peguamnya memfailkan permohonan penangguhan secara rasmi berhubung perkara itu pada 1 Oktober ini.

Khairuddin ditahan bawah Sosma selepas dibebaskan

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang membuat laporan terhadap 1MDB di beberapa negara, telah dibebaskan petang ini, tetapi ditangkap semula oleh pihak polis.

Peguamnya, Matthias Chang memberitahu Malaysiakini bahawa Khairuddin ditangkap semula di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) di Kompleks Mahkamah Jalan Duta sekitar jam 4.40 petang ini.

"Apabila berjalan keluar dari mahkamah selepas dibebaskan, dia terus ditangkap semula bagi kesalahan di bawah Seksyen 124k dan 124L Kanun Keseksaan," katanya.

Seksyen 124k dan 124L masing-masing mengenai sabotaj dan cuba untuk mensabotaj negara.

Di bawah Sosma, Khairuddin boleh ditahan tanpa bicara sehingga 29 hari. Beliau pada mulanya ditangkap kerana disyaki bertindak untuk 'menjatuhkan kerajaan.'

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata, polis menganggap tindakan Khairuddin menggunakan saluran perundangan asing untuk mengenakan tekanan antarabangsa terhadap Malaysia berhubung isu 1MDB sebagai mensabotaj negara.

Kehadapan PM: Kesetiaan atau 1MDB?

Oleh Aizat Fikri Nasir Fikri

najib-funding-1mdb

Salahkah cari dana politik?

Benarlah Melayu mudah lupa. Sentimen Melayu mudah terbakar dan meledak apabila diasak oleh isu yang bersangkutan kepentingan mereka dan negara. Namun, diam mereka tidak bermakna isu itu terus terbelasungkawa begitu sahaja. Ia membuku di dalam hati, menunggu masa untuk masak ranum sebelum bersemarai. Dengan permainan media massa yang seterusnya meredakan isu dengan hal-hal lainnya, lambat laun suara-suara ini akan semakin sayup. Situasi ini sinonim dengan kepimpinan Dato’ Sri Perdana Menteri yang berada dalam kemelut belakangan ini. Kredibiliti beliau dipertikai lewat isu pemindahan wang RM2.6 biliion ke dalam akaun peribadinya.

Apabila perkara ini berlaku, rakyat naik hairan dan naik angin hingga orang-orang penting dalam parti sendiri mempersoalkan letak duduk perkara sebenar. Muncul secara tiba-tiba seorang menteri pencen selaku spokesperson Dato’ Sri Perdana Menteri menjawab persoalan dari seorang anak menteri besar dengan membuat perbandingan apakah salah untuk seorang menteri besar mencari dana politik dan apakah perbezaannya dengan situasi Dato’ Sri Perdana Menteri sekarang. Perbuatan ini tidak salah. Persoalannya, adakah dana tersebut disalurkan ke akaun peribadi menteri besar berkenaan? Saya ingin minta menteri pencen berkenaan untuk tampil memberi bukti sekiranya ada mana-mana menteri besar yang pernah berbuat demikian.

Kumpulan pro-BN kempen asak keluarga Mahathir


Dilihat sebagai reaksi balas, kumpulan pro-BN kini cuba mengaitkan keluarga Tun Dr Mahathir Mohamad dengan dakwaan rasuah.

Mendakwa masih mengumpulkan “bukti kukuh” untuk dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan polis, mereka membangkitkan keraguan berhubung kekayaan dua anak Mahathir.

Perkara itu antara yang ditimbulkan dalam sidang media Pertubuhan Penyokong Barisan Nasional Malaysia (PPBNM) dalam sidang media khusus berkaitan perkara itu di Kuala Lumpur hari ini.

“Ramai tahu tentang rekod kekayaan yang didapati atau dimiliki oleh keluarga mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ada juga bertanya bagaimana kedua-dua anaknya iaitu Mirzan dan Mokhzani dapat kekayaan pada dalam masa yang begitu singkat dan cepat.

“Malah, semua bukti ini banyak terdapat di media sosial sama seperti di WSJ (Wall Streeet Journal),” kata timbalan pengerusi kumpulan Dr Lee Nan San.

Lee mendakwa kedua-dua anak perdana menteri keempat itu menjadi jutawan dan berada dalam kalangan kelompok rakyat Malaysia paling kaya dalam tempoh tiga tahun sahaja.

Kalau gua jadi Najib


Ketika tulisan ini digarap, Muhamad Najib bin Abdul Razak suami kepada Rosmah binti Mansor sedang dalam perjalanan ke New York. Juga diberitakan, suami Rosmah ini akan singgah di London dan juga melencong ke Itali.

Haji Desas bin Lebai Desus telah heboh bercerita kenapa suami Rosmah akan singgah di London. Bukan singgah untuk membeli kasut Bally di Oxford Street. Bukan.

Tapi didesuskan bahawa suami Rosmah ini akan disongsong oleh sepupunya dalam usaha bersama untuk membeli senjata demi mempertahankan Malaysia dan bani ketuanan Melayu.

Tentang melencong ke Itali itu gua tidak mahu komen. Faham-fahamlah tujuannya.

Sesudah meledaknya berita Tok Arab memberi derma sebanyak RM2.6 bilion kepada suami Rosmah kelihatan politik Malaysia terus menjadi berita dunia. Dalam hal ini gua amat berbangga menjadi warga Malaysia. Negara tercinta ini mula dikenali dunia sebagai negara yang dikepalai oleh Calon FBI.

Hakikatnya berita akhbar dunia berkisah tentang suami Rosmah sedang terkepung. Terkepung dari dalam dan dari luar negara. Satu gerakan rapi yang mahu suami Rosmah berundur kian tersusun dan kian lantang. Dalam suasana yang sama suami Rosmah ini semakin lincah bersilat mempertahankan diri.

Adakah bayaran AS$1 bilion kepada Abu Dhabi satu penipuan, soal Pua

 Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mempersoalkan sama ada pinjaman 1MDB dari konsortium Deutsche Bank kepada Deloitte Malaysia disembunyikan untuk mengaburi sumber pembayaran kepada International Petroleum Investment Corporation (IPIC) Abu Dhabi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 September, 2015.
1Malaysia Development Bhd (1MDB) didakwa menyembunyikan satu pinjaman dari konsortium bank antarabangsa daripada juruauditnya, Deloitte, bagi tujuan mengaburi sumber pembayaran kepada International Petroleum Investment Corporation (IPIC) Abu Dhabi, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Menurutnya, sumber AS$993 juta yang dibayar 1MDB kepada IPIC bagi menamatkan opsyennya adalah tidak jelas dan laporan berita menyebut ia mungkin datang dari AS$1.22 bilion yang ditebus 1MDB dari Kepulauan Cayman atau pinjaman sebanyak AS$975 juta daripada konsortium 6 bank pada Oktober 2014.

"Soalan yang perlu ditanya sekarang adalah jika eksekutif 1MDB sekadar menggali lubang bagi menutup lubang menggunakan AS$975 juta yang tidak didedahkan itu bagi membayar penamatan opsyen itu, dan berpura-pura dana itu datang daripada pelaburan yang ditebus di Kepulauan Cayman.

"Adakah ini satu langkah berani menutup lubang memandangkan tiada apa-apa yang nyata ditebus dari Kepulauan Cayman kerana wang yang dahulunya dilabur dengan PetroSaudi (International Limited) hilang?" soal Pua dalam satu kenyataan.

PAS sahkan tak sertai Pakatan Harapan

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyudin Hassan berkata usul Dewan Ulama adalah jelas, iaitu PAS akan mengekalkan kerjasama dengan PKR dan hubungan dengan DAP adalah terputus pada Jun lepas. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 September, 2015.
PAS hari ini mengekalkan keputusan parti itu untuk tidak menyertai Pakatan Harapan yang ditubuhkan hari ini, tegas Setiausaha Agungnya Datuk Takiyudin Hassan.

Anggota Parlimen Kota Baru itu berkata perkara tersebut diputuskan hasil Mesyuarat Dewan Harian diadakan pada lewat petang semalam di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan.

"Bagaimanapun kita ambil ketetapan untuk tidak buat komen yang panjang buat masa ini kerana pakatan itu pun baharu sahaja dilancarkan, baharu ditubuhkan," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat berkenaan.

Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) yang dalam proses didaftarkan, hari ini sepakat menubuhkan sebuah pakatan baharu yang dinamakan Pakatan Harapan, tanpa penyertaan PAS.

Bagaimanapun, Takiyudin berkata PAS masih lagi mengekalkan kerjasama politiknya dengan PKR kerana perkara itu diputuskan pada muktamar tahunan parti itu Jun lepas.

PAS tak halang Mahfuz hadir pelancaran Pakatan Harapan

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar dari PAS semalam menghadiri sidang meja bulat pembentukan Pakatan Harapan tanpa pengetahuan parti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 September, 2015.
Kehadiran Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar dari PAS pada sidang meja bulat pembentukan Pakatan Harapan semalam tidak mendapat tentangan parti itu.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti Islam itu tidak mempunyai halangan ke atas mana-mana ahlinya yang dijemput Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut Tuan Ibrahim, ahli PAS mempunyai hak peribadi untuk hadir ke persidangan tersebut, lapor Sinar Harian.

"Itu hak peribadi beliau," katanya kepada Sinar Harian mengulas mengenai kehadiran bekas ketua penerangan PAS itu yang hadir atas kapasiti ahli Parlimen pembangkang.

Mahfuz merupakan satu-satunya ahli PAS yang hadir meskipun partinya sebelum ini sudah menjelaskan untuk tidak terlibat dengan perbincangan meja bulat tersebut.

BR1M beri isyarat tidak baik kepada Malaysia

MUAR - Peningkatan kadar bantuan dan pertambahan bilangan penerima BR1M setiap tahun adalah isyarat tidak baik kepada Malaysia.

Senario itu jelas menunjukkan negara ini tidak makmur.

Adun Maharani, Dr Mohamad Taslim berkata, situasi itu mendedahkan bahawa negara ini mempunyai ramai penduduk miskin, sedangkan sebelum ini kerajaan bersungguh-sungguh mahu membasmi kemiskinan.

“Apa maknanya jika penerima BR1M bertambah? Apa tujuan sebenar bantuan ini diwujudkan, adakah benar-benar mahu bantu rakyat atau ada agenda tersembunyi? Saya lihat BR1M pertama dilaksanakan pada 2012 adalah lebih kepada memancing undi.

“Sehingga kini, ia (BR1M) diteruskan dan lebih menarik kerajaan telah mengumumkan kadar bantuan itu akan dinaikkan mulai tahun hadapan,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah bahawa kadar BR1M akan dinaikkan mulai tahun hadapan dan perkara itu akan diumumkan pada pembentangan Bajet 2016, Oktober ini.

Mohamad berkata, BR1M telah membebankan kerajaan sehingga terpaksa mengambil langkah seperti mengurangkan dan rasionalisasi subsidi serta pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kononnya manfaat itu dipulangkan semula kepada rakyat menerusi bantuan tersebut.

“BR1M tidak bantu rakyat secara keseluruhannya dan kerajaan perlu mengenalpasti identiti pemohon dengan betul untuk memastikan mereka yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan terpilih menerima bantuan.

“Contohnya, ibu tunggal warga emas yang ada anak ramai, dia tak layak dapat bantuan kerana ada anak yang boleh tanggung makan, minum dan keperluannya,” katanya.

Beliau berpendapat, penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal sepatutnya diberikan keutamaan sebagai penerima BR1M kerana mereka tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk sara hidup.

Jelasnya, penerima bantuan JKM dan Baitulmal bergantung hidup semenuhnya dengan bantuan RM300 dan RM150 sebulan dan tiada sumber pendapatan lain. “Dengan wang ini jugalah mereka bayar sewa rumah dan beli sedikit keperluan harian.

“Kekurangan ini telah menghambat mereka hidup dalam tekanan kemiskinan. Malangnya, ada segelintir penerima BR1M tidak memanfaatkan bantuan dan wang tersebut digunakan membeli barang kehendak berbanding keperluan,” katanya.

Selain itu katanya, pemohon juga perlu bersikap jujur dengan memberikan maklumat diri dengan betul ketika mengisi borang permohonan. Jangan ambil kesempatan hingga tutup peluang orang lain yang lebih memerlukan.

Isu 1MDB : Sekejap SPRM sekejap POLIS, habis bila mau selesai siasat...

SPRM ulangi tidak terlibat dalam siasatan 1MDB

Bernama | September 22, 2015 22:04 MYT

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengulangi bahawa pihaknya tidak menjalankan siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB), syarikat pembangunan strategik milik kerajaan Malaysia.

Dalam satu kenyataan media, SPRM berkata pihaknya mengulangi penjelasan ini memandangkan masih ada pertanyaan daripada pemberita dan kenyataan yang mengaitkan siasatan 1MDB dengan SPRM.

"Isu 1MDB disiasat sepenuhnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan oleh yang demikian, sebarang pertanyaan berkenaan isu ini mestilah dirujuk kepada PDRM.

"Perkara ini telah diperjelaskan sebelum ini termasuk menerusi satu kenyataan media SPRM pada 5 Ogos lalu," kata SPRM di sini.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...