TERKINI :

Tuesday, September 22, 2015

Apakah kita mempertahankan TANAH RIZAB MELAYU..????

APAKAH KITA MEMPERTAHANKAN TANAH RIZAH MELAYU?


Tanah rizab Melayu ialah tanah yang telah diwartakan menerusi Enakmen Rizab Melayu 1913 yang dikuatkuasakan di negeri-negeri bagi menjamin pemilikan tanah untuk kaum Melayu di Semenanjung Malaysia.

Pada tahun 1931, tanah rizab Melayu berjumlah 3,149,225 hektar di seluruh negara. Pada tahun 2009, tanah rizab Melayu berkurangan menjadi 1,578,263.91 hektar sahaja. Kajian terkini menyatakan tanah rizab Melayu hanya tinggal 11.9% sahaja.

Persoalannya, mengapa tanah rizab Melayu semakin berkurangan sedangkan Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan telah menyebut tanah rizab Melayu yang mahu dibatalkan dan dipindah hak milik perlulah digantikan dengan kawasan sama sifat dan sama luasnya dengan kawasan yang dibatalkan.

Mengapa, setelah tanah rizab Melayu diambil, kerajaan negeri tidak bertindak menggantikan tanah rizab Melayu yang diambil tersebut? Parti manakah yang memerintah kerajaan negeri tersebut?

Tentera siber Zahid Hamidi mula "MENGAMUK"..!!!

Shahbudin Husin, 


Walaupun artikel blog ini bertajuk "Kenapa  lawatan rasmi Zahid ke Indonesia sama tarikh dengan majlis sanding anaknya di Jakarta" telah disiarkan pada awal pagi 20 September lalu (Ahad) dan banyak dipetik serta diulangsiar oleh pelbagai portal, blog dan media sosial lainnya, tentera maya yang pro kepada Timbalan Perdana Menteri itu nampaknya hanya mula bertindak balas sejak malam semalam.

Mereka mula menyerang blog saya sejak malam semalam dan pagi ini dengan komen-komen yang mempertahankan tindakan Zahid Hamidi mengadakan lawatan rasmi ke Indonesia yang diadakan bersamaan tarikh dengan majlis persandingan anak lelakinya di Hotel Ritz Carlton, Jakarta.

Oleh kerana saya bersikap terbuka, sama sepertimana saya mengkritik mana-mana pemimpin juga secara terbuka, maka saya tidak menyekat sama-sekali sesiapa pun untuk mengemukakan pandangan di ruangan komen yang disediakan.

Namun komen-komen yang bertalu-talu dan senada bunyinya memperlihatkan seolah-olah ianya suatu bentuk tindak balas yang memang dirancang.

Okey, selamat menjalankan tugas!

Najib hina orang Melayu sebenarnya..!!

FMT Reporters | September 22, 2015

Ucapan Perdana Menteri baru-baru ini kepada Persatuan Silat Negara yang mempertahankan sikap perkauman adalah sesuatu yang sangat memalukan.

Nik-Nazmi_najib_red_600_1

PETALING JAYA: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang cuba mempertahankan Perhimpunan Rakyat Bersatu atau Baju Merah disifatkan sebagai menghina orang Melayu.

Malah, pendirian Najib yang menyokong perhimpunan berkenaan sebelum ini juga turut dianggap seperti mengkambing hitamkan golongan bukan Melayu.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ucapan Perdana Menteri baru-baru ini kepada Persatuan Silat Negara yang mempertahankan sikap perkauman adalah sesuatu yang sangat memalukan.

Menurutnya, Najib langsung tidak mempedulikan tugasnya sebagai seorang pemimpin dengan demi menyelamatkan kerjaya politik peribadinya.

“Pemimpin tidak bolehlah semudah-mudahnya tunduk pada tekanan sesetengah pihak. Ini kerana mereka mempunyai tanggungjawab untuk membuatkan setiap rakyat berasa selamat dan sejahtera.

PAS harus disingkirkan dari Selangor, Azmin tiada pilihan..!!!!


Farouq Albaloque

Sebagai strategi Pakatan Harapan untuk menang di Selangor dalam PRN atau PRU14, PAS perlu dikeluarkan dari kerajaan Selangor. Pakatan Rakyat dah berkubur dan sekarang ni hanyalah wujud Pakatan Harapan. Pakatan Harapan seharusnya memberikan laluan kepada AMANAH untuk mengisi jawatan exco negeri Selangor.

Azmin berpendapat pembangunan dan pembelaan rakyat Selangor tidak patut digangu dan perlu diteruskan dgn kerajaan sekarang ini dan juga sekiranya PAS dikeluarkan dari Kerajaan Selangor, Istana tidak akan selesa dgn komposis kaum dalam Kerajaan Selangor yang baru. Sama macam bunyi Hadi masa nak lantik Kak Wan dulu , Hadi yg beria ria kata Istana tidak setuju. Entah betul entah tidak.

Kalau ye pun Dr Aziz pernah memberi pendapat bahawa parti yg mempunyai majority berhak melantik siapa saja sebagai MB. Bukan nak mempertikaikan kuasa Istana , Agong pun tak pernah menolak lantikan BN dalam jawatan PM. Ini bukan nak tukar MB cuma kedudukan parti pemerintah dah berubah dengan tertubuhnya Pakatan Harapan.

PM: Antara Pekan - Jalan Duta - Putrajaya sahaja!



SELAGI Najib Razak masih kekal sebagai Perdana Menteri, keadaan dalam negara tidak mungkin menjadi lebih baik. Semua petunjuk ketika ini memperlihatkan segala-galanya akan bertambah buruk.

Najib mungkin dilihat berjaya menghalang siasatan di dalam negara terhadapnya melalui beberapa tindakan yang dilakukannya, tetapi penyiasatan di luar negara nampaknya semakin terbuka luas.

Sekurang-kurangnya dua negara iaitu Switzerland dan Amerika Syarikat melalui FBI dilaporkan telah memulakan siasatan terhadap Najib berkaitan 1MDB dan penggubahan wang haram berikutan wang RM2,600 juta yang mengalir masuk ke dalam akaun peribadinya.

Kiranya selama ini kita hanya biasa melihat dalam filem atau televisyen saja bagaimana FBI menjalankan kerjanya, semua itu mungkin akan menjadi kenyataan di depan mata kita tidak lama lagi. Lantas, jika berlaku, ia akan menjadi satu lagi sumbangan Najib kepada rakyat dan negara.

Berdasarkan beberapa laporan yang dibuat oleh Khairuddin Abu Hasan di London, Perancis, Hong Kong dan Singapura sebelum beliau ditangkap, tidak mustahil negara-negara tersebut juga akan membuat kertas siasatan yang sama.

Panda disusukan anak sendiri kelaparan

 
Menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar anak panda yang dilahirkan, bukan milik Malaysia dan perlu dipulangkan kepada negara China.

Persoalannya cerdikkah Malaysia apabila setiap  panda dilahirkan di Malaysia, maka kerajaan kena bayar RM2.5 juta dan anak yang dilahirkan kena diserah kepada negara China apabila meningkat umur 2 tahun.

Kalau anak itu menjadi milik Malaysia, agak berbaloi juga. Pelik, tetapi benar. Semua orang ketawa mendengar laporan ini. Tetapi inilah Malaysia negaraku. Anak sendiri kelaparan panda disusukan.

Inilah kisah dua ekor panda Fu Wa (jantan) Feng Yi (betina) yang tinggal di Malaysia atas dasar setiakawan serta pinjaman, ia turut membabitkan kos kepada Malaysia.

Untuk tempoh 10 tahun, Malaysia perlu membayar kepada China sekitar RM3  juta setiap tahun. Ertinya dalam jangka 10 tahun kos sewa panda sahaja RM30 juta.

Anak arkitek ulung bakal didakwa lepaskan belon Bersih 4 atas kepala PM

 Seorang penari, Bilqis Hijjas, yang melepaskan belon Bersih 4 dari tingkat atas satu acara yang dihadiri perdana menteri dan isterinya bulan lalu, akan didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. – Gambar dari Facebook, 22 September, 2015.
Bilqis Hijjas, yang melepaskan belon Bersih 4 dari tingkat atas satu acara yang dihadiri perdana menteri dan isterinya bulan lalu, bakal dihadapkan ke mahkamah majistret esok atas tuduhan "berkelakuan menghina".

Beliau, yang merupakan seorang penari, akan didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, kata Lawyers for Liberty dalam satu kenyataan.

Bilqis, 35, akan diwakili peguam Michelle Yesudas.

Kumpulan reformasi Bersih 2.0 dalam kenyataan berasingan mengutuk keputusan mendakwa anak arkitek ulung Hijjas Kasturi itu, menyifatkannya sebagai satu hukuman.

“Bersih 2.0 mengutuk pendakwaan ke atas Bilqis sebagai satu bentuk hukuman bagi kesalahan tidak masuk akal buat seorang perempuan muda sewaktu penyangak sebenar yang menyonglap kekayaan negara dibiar bebas tanpa risiko tindakan undang-undang," kata Bersih 2.0 yang menganjurkan himpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Pakatan Harapan tanpa PAS tak jejas Selangor, kata MB

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata perbincangan bagi menubuhkan Pakatan Harapan sebagai perancangan masa depan bagi persiapan menghadapi pilihan raya akan datang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 September, 2015.
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menjamin kerajaan negeri tidak akan terjejas meskipun Pakatan Harapan ditubuhkan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) tidak melibatkan PAS.

Beliau berkata perbincangan bagi menubuhkan gabungan pakatan pembangkang baharu ini sebagai perancangan masa depan bagi persiapan menghadapi pilihan raya akan datang.

"Tiada kaitan kedudukan dalam kerajaan negeri Selangor.

"Ini perancangan parti-parti politik untuk melihat kita dapat menangani cabaran semasa," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Wifi Selangorku 2015, di SACC Mall , Shah Alam hari ini. – 22 September, 2015.

Mahkamah tolak rayuan Khir, kekal sabitan rasuah


Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan rasuah bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo.

"Kami menolak rayuan," kata Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Makinudin selepas Hakim Jeffrey Tan Kok Wha membaca penghakiman.

Hakim Zulkefli mengetuai panel lima anggota hakim.

Mereka termasuk Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ahmad Ma'arop, Hasan Lah, Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Ramly Ali.

Sebelum ini, Khir didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 12 bulan.

Beliau mempunyai rumah agam gaya Bali di Seksyen 7 Shah Alam yang dirampas oleh pihak berkuasa apabila Mahkamah Tinggi mendapati beliau bersalah kerana rasuah.

Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan itu.

Pemberi dana politik ada motif tersembunyi

suhail,derma
KUALA LUMPUR : Satu undang-undang pemberian dana kepada parti-parti politik harus digubal dan dibincangkan di Parlimen secara serius.

Isu tersebut dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Belia, Suhail Mohamed Kamaruddin dalam Parlimen Belia yang bersidang pada Selasa.

Suhail berhujah, penggubalan undang-undang itu diperlukan supaya mana-mana pemimpin parti politik tidak terikat dengan agenda pemberi dana tersebut.

Menurutnya, apabila pemimpin politik menerima dana, mereka terpaksa mendengar arahan daripada pemberi dana.

“Mereka (pemberi dana) pasti mempunyai motif tersembunyi yang akhirnya menyebabkan si penerima rasa terhutang budi dan perlu dibalas.

“Sebagai contoh, mereka mungkin mahukan projek. (Oleh yang demikian) campur tangan dalam membuat keputusan mengenai perkara ini adalah amat penting,” katanya ketika membahaskan cadangan menambah baik sistem pengurusan kewangan dan dana politik di Dewan Rakyat.

Kelibat Saifuddin Abdullah & Mahfuz Omar di persidangan Meja Bulat gabungan pembangkang.

Saifuddin dakwa hadir perasmian Pakatan Harapan sebagai NGO

Bekas menteri Umno Datuk Saifuddin Abdullah (kiri) dengan Ahli Parlimen PAS Datuk Mahfuz Omar (kanan) selepas sidang meja bulat gabungan Pakatan Harapan di Hotel Empire Subang Jaya hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 22 September, 2015.

Bekas menteri Umno Datuk Saifuddin Abdullah menegaskan, kehadiran beliau ke sidang meja bulat gabungan pakatan parti pembangkang baharu hari ini adalah atas kapasiti sebagai badan bukan kerajaan (NGO) Akademi Belia.

Enggan mengulas lebih lanjut, Saifuddin yang merupakan pengerusi akademi itu hanya tersenyum ketika ditemui wartawan selepas majlis tersebut dan berkata, tiada apa yang perlu diperkatakan mengenai kehadirannya hari ini.

"Saya (hadir) sebagai NGO. Tiada apa. Tidak boleh kata apa-apa, sebab mesyuarat tadi sudah berjalan," katanya kepada wartawan yang mengulas pertanyaan adakah tindakan beliau hari ini akan mendapat tentangan daripada parti Umno.

The Malaysian Insider cuba menghubungi beliau lebih lanjut untuk mendapatkan reaksi kepada Umno yang menurut Setiausaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, akan menyiasat kehadiran beliau pada sidang itu terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan.

Adakah politik Selangor akan bergolak semula dengan penubuhan PAKATAN HARAPAN..??

POLITIK SELANGOR BAKAL BERGOLAK LAGI?
 Oleh: Dr Tanaka Mustafa

http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2014/08/22/18/26/selangor.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
1) Kerajaan Negeri Selangor adalah kerajaan Pakatan Rakyat. Sekarang statusnya sudah tidak diketahui. Samada ia adalah kerajaan Pakatan Rakyat atau Pakatan Harapan.

2) PKR akan terpaksa memegang kedua-duanya PR dan PH, supaya Kerajaan Negeri tidak tumbang akibat percaturan melingkop yang sedang berlaku.

3) Saya berpendapat, PAS perlu mengutamakan kestabilan politik Selangor dengan mengekalkan tahaluf siyasi dengan PKR, sehingga PRU14. Pendirian PAS dalam langkah Kajang mengisyaratkan bahawa PAS akan memilih untuk mengekalkan tahaluf dengan PKR, supaya kerajaan menjadi stabil.

4) Kita tidak pasti jika asakan DAP dan Amanah untuk menyingkir PAS daripada kerajaan negeri, akan membuatkan PKR terpaksa membubarkan PR. Jika itu berlaku, PAS tidak dapat mengelak lagi untuk berdepan dengan satu lagi kemelut politik Selangor.

PAS bincang mengenai Pakatan Harapan petang ini

 
Dewan Harian PAS akan berbincang mengenai penubuhan pakatan baru pembangkang yang dianggotai PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam mesyuaratnya petang ini.

"PAS akan berbincang mengenai perkembangan terbaru itu petang ini dalam mesyuarat Dewan Harian di Kota Bharu," kata Naib Presiden Datuk Iskandar Samad kepada Malaysiakini.

Iskandar, yang sedang dalam perjalanan ke Kota Bharu, bagaimanapun berkata beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara tersebut sehingga selesai mesyuarat di kalangan kepimpinan tertinggi PAS itu.

Hari ini persidangan meja bulat melibatkan ketiga-tiga parti itu secara rasmi bersetuju menubuhkan Pakatan Harapan - tanpa dianggotai PAS yang sebelum ini menolak jemputan untuk menghadirinya.

Bagaimanapun gabungan baru politik pembangkang itu tetap terbuka untuk menerima parti lain yang boleh memberikan kerjasama.

Sebelum ini PAS menegaskan mereka mengekal kerjasama politik dengan PKR tetapi tidak dengan DAP dan AMANAH - parti yang baru ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan parti Jun lalu.

Satu pakatan baru dibentuk tanpa PAS dengan nama PAKATAN HARAPAN

Pakatan baru dibentuk tanpa PAS

AGabungan baru pembangkang membabitkan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) dibentuk secara rasmi hari ini dengan nama Pakatan Harapan.

Dalam kenyataan dibuat di Kuala Lumpur hari ini, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, ketiga-tiga parti yang menyertai persidangan meja bulat mencapai persetujuan berkenaan.

Pada masa sama, kata Dr Wan Azizah, gabungan itu tetap terbuka untuk menerima parti lain yang boleh memberikan kerjasama.

"Sebuah jawatankuasa diwakili setiausaha agung setiap parti akan ditubuhkan bagi memperhalusi terma penubuhan Pakatan Harapan, termasuk dasar bersama dan etika kerja," katanya.

Sementara itu Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar turut hadir. Bagaimanapun beliau yang juga bekas Naib Presiden PAS datang hanya sebagai "wakil ahli parlimen pembangkang".

"Saya datang kerana saya dijemput dan saya tahu PAS tidak ada wakil datang," katanya.

Naib Presiden PKR Tian Chua memberitahu PAS menghantar surat makluman untuk menyatakan parti itu tidak menghadiri sesi hari ini.

Orang ramai berhak dapat jawapan siasatan 1MDB, kata Zeti

 Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz melahirkan keyakinan pihak terlibat dalam salah laku berkaitan syarikat pelaburan negara itu akan dihadapkan ke muka pengadilan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal , 21 September, 2015.
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata hari ini, orang ramai berhak mendapat jawapan terhadap siasatan berhubung skandal 1Malaysia Development Malaysia Berhad (1MDB).

Beliau melahirkan keyakinan pihak terlibat dalam salah laku berkaitan syarikat pelaburan negara itu akan dihadapkan ke muka pengadilan.

"Ketika ini, kita tahu orang ramai mahukan jawapan dalam persoalan ini. Dan mereka berhak untuk mendapatkan jawapan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sesi dialog mengenai kemas kini ekonomi 2015 anjuran Pemandu di Sasana Kijang hari ini.

Zeti berkata beliau yakin siasatan yang berjalan akan membuahkan hasil, sambil menegaskan aspek siasatan BNM terarah kepada percanggahan kelulusan yang dibuat oleh 1MDB.

"Semua siasatan ini sedang berjalan dan ia akan membuahkan hasil. Bagi Bank Negara, kami melihat dalam percanggahan kelulusan yang kami berikan kepada 1MDB secara spesifik.

"Siasatan ini sudah siap dan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara," katanya.

Pemuda MCA tetap tidak sokong Najib

Chow Hui
JOHOR BAHRU - Pemuda MCA Pasir Gudang kekal dengan pendiriannya untuk tidak menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas dasar mempertahankan isu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang turut diheret dalam Perhimpunan Merah, 16 September lalu.

Ketuanya, Chia Chow Hui mengulangi ketetapan tersebut yang diambil kerana ketidakpuasan terhadap kenyataan Najib yang menyuarakan sokongan terhadap perhimpunan yang menganggap telah berlangsung secara aman tanpa sebarang provokasi.

"Tidak (sambil menggelengkan kepala, apabila ditanya mengenai desakan permohonan maaf) dan akan tetap pendirian memutuskan hubungan dengan PM.

"Pada PRU 1999 dan 2014, BN mendapat sokongan masyarakat Cina maka tidak betul bahawa semua orang Cina tidak menyokong BN selama ini," katanya.

Akuinya, tindakan yang dilakukan adalah suara orang muda MCA di Pasir Gudang selepas mengadakan mesyuarat kelmarin selain membuat laporan polis mengenai sepanduk yang menyentuh isu SJKC, pada malam 16 September.

PAS fokus kuatkan jentera parti



Ini adalah pendirian PAS pada waktu ini:

1. PKR masih adalah rakan tahaluf PAS di dalam Pakatan Rakyat sebagaimana yang telah ditegaskan dalam Muktamar.

2. Tiada kerjasama antara PAS dengan DAP mahupun Amanah

3. PAS terus bersama pembangkang dalam isu yang melibatkan kepentingan rakyat dan menentang salahguna kuasa, rasuah dan penyelewengan dana awam terutamanya isu 1MDB kerajaan Umno-BN.

PAS menghargai jemputan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali ke meja bulat pembangkang, namun PAS memilih untuk tidak menghadirinya.

PAS akan menumpukan sepenuh tenaga menguatkan jentera parti dari segala sudut terlebih dahulu sebagai persiapan menghadapi Umno-BN di PRU14.

Perjumpaan antara PAS dan PKR akan diadakan dari semasa ke semasa dan sentiasa menilai apa jua isu antara kedua parti sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Presiden PAS.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
22 September 2015

Jadikan pertemuan meja bulat sebagai titik menamatkan kuasa PM & Kezaliman UMNO BN

MEJA BULAT PEMBANGKANG HENDAKLAH IKHLAS DAN ISTIQAMAH TAMATKAN KETAMAKAN KUASA PERDANA MENTERI DAN KEZALIMAN UMNO DAN BARISAN NASIONAL.


Sokongan undi popular 52% yang diberikan rakyat kepada Pakatan Rakyat adalah satu sejarah penting demokrasi negara. Namun, kepercayaan rakyat ini telah dikhianati apabila terdapat pihak yang tidak amanah kepada persetujuan bersama. Konsultansi tidak lagi menjadi dasar, malah diambil alih perang mulut pemimpin. Rakyat menjadi muak dengan situasi itu.

Krisis ekonomi negara dan bebanan kos saraan yang tinggi menjadi isu pokok rakyat ketika ini. Penyusutan nilai mata wang adalah disebabkan oleh sentimen kewangan yang dikaitkan dengan kehilangan keyakinan terhadap integriti negara. Kenyataan Tan Sri Zetty Akhtar Aziz bahawa penyusutan nilai mata wang hanya boleh dinaikkan semula apabila skandal 1MDB diselesaikan mengiyakan keadaan ini.

PM setelah menghidu satu penyiasatan telah lengkap dan deraf kertas pertuduhan telah tersedia telah bertindak secara gerila dengan menukar Peguam Negara, menangkap pegawai SPRM, menukar Pegawai Polis dan membubarkan Special Task Force tersebut. Penukaran Peguam Negara adalah jalan terdesak bagi meyelamatkan kedudukannya kerana kuasa mendakwa adalah prerogative Peguam Negara menurut Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Ecoride warnai Alor Setar, RM20 bagi satu trip perjalanan.

Ecoride warnai Alor Setar
ALOR SETAR - Perkhidmatan beca hibrid, Ecoride yang diperkenalkan di Bandar Alor Setar, di sini, dilihat mampu menarik pengunjung sekali gus melonjak sektor pelancongan Kedah.

Difahamkan, beca moden yang lebih mesra dikenali sebagai ‘tut tut’ dalam kalangan penduduk tempatan dilancarkan bersempena Tahun Melawat Kedah 2016.

Pengarah Ecoride, Eddy Shah, 43, berkata, kira-kira empat Ecoride disediakan bagi memudahkan pengunjung melawati tempat menarik di Alor Setar.

“Pengunjung berpeluang mengelilingi tempat menarik di Alor Setar dengan bayaran berpatutan RM20 sahaja bagi satu trip perjalanan.

“Dua dewasa ataupun sebuah keluarga, termasuklah dua dewasa dan dua kanak-kanak boleh menaiki kenderaan berkenaan dalam satu-satu masa,” katanya.

S/U MSU Pas - Jika akhirnya DAP minta maaf, PAS boleh bekerjasama semula

Nik Zawawi Nik Salleh
SHAH ALAM - Pas bersedia menerima DAP jika parti itu meminta maaf dan menerima dasar-dasar Islam yang diperjuangkan selama ini setelah ikatan tahaluf siyasi antara mereka terbatal, sebelum ini gara-gara DAP didakwa melanggar syarat kerjasama tersebut.

Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Zawawi Nik Salleh berkata, meskipun ikatan itu pernah putus, namun Pas akan mengikut lunas-lunas yang telah digariskan dalam agama.

"Jika dia (DAP) minta maaf dan terima dasar kita, hukum dah jadi wajib dah...kita akan terima (maaf). Tiada masalah.

"Apabila dia (DAP) minta maaf nak rujuk balik...nikah kahwin pun boleh rujuk balik. Insya-ALLAH tahaluf siyasi tiada masalah," katanya pada forum Diskusi 3.0: Integriti dan Kenegaraan, di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika dikemukakan soalan oleh penonton tentang prinsip Pas sekiranya DAP meminta maaf.

Semua mangsa rakyat Malaysia dalam isu kren runtuh di Mekah dikenalpasti | AL FATIHAH

INNALILLAHIWAINNA ILAIHIROOJIUN..


Misteri kehilangan Abdul Habib Lahman dan Shahidan Saad sudah terjawab. Kedua-duanya baru sahaja disahkan meninggal dalam tragedi kren tumbang di Masjidilharam, 11 September lalu. Pengecaman jenazahnya berjaya dilakukan dibantu oleh ahli keluarga.

Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Takziah diucapkan kepada ahli keluarga. Kita yang tinggal mungkin terkilan dan berdukacita kerana begitu terasa akan kehilangan mereka berdua. Tetapi mereka sendiri beruntung kerana dipanggil pergi di saat dan tempat yang paling suci.

Allahummaghfirlahum... warhamhum.

Salam Takziah,
WARGA PRIHATIN

Kedah berkabung tujuh hari

Raja Puan Muda Kedah mangkat
ALOR SETAR - Kedah akan berkabung selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 27 September berikutan kemangkatan Raja Puan Muda Tunku Hajah Raudzah binti Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah, 86, pada 10.15 pagi tadi.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang membuat pengisytiharan kemangkatan itu di Wisma Darulaman hari ini berkata, Raja Puan Muda Kedah mangkat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) akibat gering.

"Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya mengucapkan takziah kepada Duli Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Malik ibni Almarhum Sultan Badlishah, Raja Muda Kedah serta seluruh Kerabat DiRaja," katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata, jenazah Tunku Hajah Raudzah akan disembahyangkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit pada 3 petang ini dan disemayamkan untuk penghormatan terakhir di tempat yang sama mulai 4 petang hingga 5 petang.

Amanah tidak perlu penasaran untuk berbaik dengan Pas?

BUAH FIKIR

mat-sabu,amanah
Dua puak yang berbalah dalam Pas sehingga menyebabkan parti itu kini terbelah dua perlu bersiap sedia yang mereka tidak akan menghadapi pilihan raya umum ke-14 kelak secara bersama. Hakikat itu mereka harus fahami awal-awal lagi agar tidak terkilan dan menyesal dikemudian hari. Dua puak itu ialah yang kekal bersama Pas dan puak satu lagi yang keluar meninggalkan parti itu dan menubuhkan parti baru bernama Parti Amanah Negara (Amanah).

Walaupun pada asasnya mereka mempunyai nawaitu yang sama untuk menumbangkan BN, tetapi nawaitu itu kini tinggal angan-angan sahaja. Niat bersama yang dipasak dalam parti itu sejak berdekad lampau kini sudah relai dan terburai. Pas seakan sudah berpatah arang berkerat rotan dengan golongan bekas ahlinya itu jauh sekali sedia memenuhi pakatan atas tujuan untuk menumbangkan BN.

Hari ini, setelah berada diluar Pas, bekas ahli Pas yang menyertai Amanah itu masih berharap mereka akan menjalani kerjasama dengan Pas untuk mencapai apa yang dihajatkan itu. Mereka mengajak Pas mengamalkan politik terbuka dan berpolitik secara profesional bukannya mendendami di antara satu sama lain.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...