TERKINI :

Monday, September 21, 2015

Sultan Beri Amaran Kepada Orang Umno



Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar hari ini memberi amaran keras kepada dua ahli politik Umno.
Baginda menasihatkan ahli politik, khususnya anggota Adun Kempas Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat supaya tidak campur urusan istana atau membuat kenyataan mengaitkan istana.

Nilai Ringgit pulih jika isu 1MDB selesai- Zeti

zeti_bnm_1mdb_600
PETALING JAYAA: Nilai Ringgit akan naik semula sekiranya isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diselesaikan.

Pandangan itu dibuat Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, yang yakin penyelesaiannya akan membolehkan susutan nilai yang ditanggung matawang itu dipulihkan.

“Kita tidak perlukan satu lagi skandal. Kita tidak perlu ketidak tentuan politik. Kesemua isu berkenaan 1MDB perlu diselesaikan, barulah kita boleh menyaksikan Ringgit naik semula,” kata Zeti sewaktu menjadi panel dalam acara pengumuman Laporan Kemaskini Ekonomi Malaysia 2015 di Bangunan Sasana Kijang, lapor Astro Awani.

Katanya, Bank Negara telahpun menjalankan siasatan terhadap isu 1MDB dan kini sedang dalam perbincangan bersama Jabatan Peguam Negara.

“Kami telah pun serahkan hasil siasatan kami kepada Jabatan Peguam Negara. Kini, kami masih dalam perbincangan dengan pihak Peguam Negara. Itu sahaja yang boleh saya dedahkan buat masa ini,” tambah Zeti.

Pas kian mendekati Umno di Kelantan - MSO

PENGAMATAN  
 
 
Semakin hari semakin dekat dan rapat Pas dengan Umno. Parti itu dilihat sedang mengadakan persiapan rapi untuk bergabung menjelang pilihan raya ke-14. Apa yang dilakukan Pas sekarang ini memberi kefahaman kepada ahli dan umum kenapa kedua-dua parti Melayu itu perlu bersatu. Mereka sedang membentuk keadaan mendesak untuk ke arah itu.

Walaupun Pas menafikan akan hakikat itu dan lebih rela bersendirian konon, tetapi gerak kerja yang dilakukan membawa ke arah itu. Kenyataan-kenyataan politik dan body language mencerminkan mereka akan "bersanggama". Ada beberapa petunjuk menjelaskan akan penggabungan itu akan berlaku dalam waktu terdekat ini.

Kenyataan ketua pemuda Pas yang dikutip mengakui Pas tidak mampu bersendirian memberi konotasi yang parti itu perlu bergabung dengan Umno. Sayangnya kenyataan ketua pemuda itu ditempelak balik kepada Pas oleh musuh-musuh Pas yang kurang cekap membaca permainan politik itu. Dianggap kenyataan ketua pemuda itu sebagai Pas seakan menyesal.

Sebenarnya tidak begitu, apa yang hendak diberitahu oleh ketua pemuda itu yang parti perlukan teman, dan teman itu sudah pun ada dalam koceknya.

Antara petunjuk lain menyerlahkan Pas ingin bersama ialah sikap Pas yang sudah berpatah arang dan berkerat rotan dengan DAP dan juga Amanah. Dalam masa sama bermain lidah, klu klik dengan PKR. Pas walaupun tidak ada kata putus, tetapi sebenarnya wajah yang ditunjukkan sudah putus.

Yang di-Pertuan Agong ziarah jenazah Raja Puan Muda Kedah


ALOR SETAR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berangkat ke Istana Anak Bukit di sini untuk memberi penghormatan terakhir kepada Raja Puan Muda Kedah yang mangkat pada Isnin.

Raja Puan Muda Kedah Tunku Hajah Raudzah binti Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah, 86, mangkat pada 10.15 pagi di Hospital Sultanah Bahiyah akibat gering.

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berangkat tiba di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit kira-kira 4.30 petang dan berada kira-kira 15 minit memberi penghormatan terakhir kepada almarhumah Tunku Hajah Raudzah.

Jenazah almarhumah disemayamkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit selama satu jam bermula 4 petang bagi membolehkan istiadat penghormatan terakhir dilakukan.

Raja Muda Kedah Tunku Abdul Malik ibni Almarhum Sultan Badlishah turut berangkat memberi penghormatan terakhir kepada almarhumah isteri baginda.

Yang turut berangkat memberi penghormatan terakhir termasuk Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tunku Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah dan anggota jemaah, Tunku Panglima Besar Kedah Tunku Puteri Intan Shafinaz Sultan Abdul Halim.

Adakah TPM Zahid Hamidi salahguna lawatan rasmi ke Indonesia untuk hadiri kenduri anaknya di Jakarta

KENAPA LAWATAN RASMI ZAHID KE INDONESIA SAMA TARIKH DENGAN MAJLIS SANDING ANAKNYA DI JAKARTA?

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi sejak semalam  iaitu hari Jumaat,  telah melakukan lawatan rasmi selama empat hari ke Indonesia. 

Ia adalah lawatan pertamanya ke luar negara sejak memegang posisi pemimpin nombor dua kerajaan menggantikan Muhyiddin Yassin pada 28 Julai lepas.

Mengikut laporan Bernama, antara aturcara lawatan Zahid ke negara jiran itu ialah mengadakan kunjung hormat terhadap Naib Presiden Indonesia, Jusof Kalla, menunaikan sembahyang Jumaat di Masjid Baiturrahman yang terletak dalam kawasan Istana Wakil Presiden serta mengadakan pertemuan dengan Menteri Penyelaras bagi Hal Ehwal Politik, Perundangan dan Keselamatan, Luhut Binsar Pandjaitan.

Selain itu, Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dilaporkan turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Muhammad Hanif Dhakiri.

Hadi - Sudah sampai masanya Umno direhatkan dan PAS diberi peluang “memerintah dengan Islam”

Hadi: Karl Marx bukan Cina, India pun

https://lh3.googleusercontent.com/xq7V8qFteiFiuC0qhsFL4KcnGF7beBSYDbjibpCAs1DjSccsEVxym3VuoqOvy3lDsiExKvAWdOYAq7eLLCs=s0
Sudah sampai masanya Umno direhatkan dan PAS diberi peluang “memerintah dengan Islam” demikian seruan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau juga berharap orang bukan Islam tidak takut dengan agama itu kerana mereka boleh menerima ideologi seperti komunis yang diasaskan tokoh bangsa lain.

“Kalau orang bukan Islam boleh terima ideologi komunis, yang buat Komunis ini Karl Marx. Karl Marx ini bukan orang Cina, bukan orang India, dia orang Yahudi Jerman.

“(Tetapi) ada orang Cina, orang India berjuang untuk komunis masuk hutan sampai kurus kering, makan rumput, payah makan,” beliau dilapor berkata demikian dalam ucapan pada Himpunan Harapan Semua (HARAP 3.2) di Dungun pada 18 September lalu.

Hadi juga, menurut laporan di laman web PAS, mendakwa BN, MCA dan MIC menganut fahaman kapitalisme, sebuah ideologi yang dipelopori Adam Smith, seorang Inggeris.

Nasrudin: Keputusan tepat PAS tak sertai Pakatan 2.0


Pendirian teguh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menolak untuk menyertai Pakatan Rakyat (PR 2.0) merupakan keputusan yang tepat dan pintar.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan dalam kenyataan hari ini berkata ketegasan itu memberi gambaran jelas bahawa PAS mempunyai matlamat tersendiri dalam menjamin masa depan parti itu daripada terjerumus ke dalam situasi yang keliru dan terumbang-ambing.

"PAS tidak berminat untuk menyertai PR 2.0 yang belum tentu wujud dan usaha mewujudkannya juga masih kabur sedang PRU 14 semakin hampir, PR versi asal masih utuh cuma perlu diperkukuh dengan lebih efektif," katanya.

Nasrudin menegaskan komitmen PAS masih dalam Paktan Rakyat kerana yang terputus hanya tahaluf dengan DAP dan bukannya dengan PR yang masih mempunyai dua komponen tahaluf iaitu PAS dan PKR.

-Bernama

Anwar: Ketepi perbezaan demi muafakat politik baru


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru parti pembangkang termasuk NGO supaya mengetepikan perbezaan bagi mewujudkan muafakat politik baru demi membawa perubahan kepada negara.

Menurutnya lagi, usaha rundingan meja bulat sebagai langkah untuk menyelamatkan Malaysia dengan menggembleng tenaga semua pihak yang komited kepada reformasi, keadilan dan kedaulatan undang-undang.

"Walau saya di penjara, saya tetap dapat merasai kerisauan dan kebimbangan rakyat terhadap isu ekonomi dan kejatuhan nilai mata wang ringgit, penggunaan retorik perkauman yang semakin meningkat dan skandal 1MDB yang tidak berkesudahan.

"Dalam keadaan genting ini, kita perlu mengetepikan perbezaan dan maju ke hadapan untuk membentuk alternatif yang berdaya maju, adil dan demokratik berbanding kerajaan sedia ada," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Persidangan meja bulat akan diadakan esok di Hotel Empire, Subang Jaya bermula jam 10 pagi.

'AMANAH tetap dalam Pakatan 2.0 walau PAS turut serta'


Parti Amanah Negara (AMANAH) akan tetap berada dalam Pakatan 2.0 sekalipun ia akan turut disertai PAS, kata Pengerusinya Mohamad Sabu.

Beliau lebih juga dikenali Mat Sabu bagaimanapun enggan mengulas lanjut sejauh mana parti yang baru ditubuhkan itu sedia bekerjasama dengan PAS.

Ditemui pemberita di luar pekarangan ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi hari ini, Mohamad berkata AMANAH, yang baru ditubuhkan, juga akan mengambil pendirian bersama dengan rakan komponen dalam itu.

"Kami akan ambil pendirian bersama dengan parti-parti yang hadir. Saya tidak sebut ada masalah (untuk bekerjasama dengan PAS) atau tidak ada masalah, kami akan ambil pendirian bersama," katanya.

Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu tidak akan menjalinkan kerjasama politik dengan pihak yang melakukan khianat dan menyifatkan perbuatan mengkhianati perjuangan PAS itu "lebih teruk" daripada parti musuh.

PAS tolak 'pengkhianat', tapi boleh khianat?

ULASAN Saya sebenarnya amat tidak berminat untuk berbalah dengan PAS. Tetapi malangnya di sebalik kepincangan pentadbiran negara, isu perkauman yang semakin meruncing, isu 1MDB dan sebagainya; PAS kelihatan bagaikan tidak mampu bercakap mengenai perkara lain selain mengenai parti Amanah Negara. Kami terus difitnah dan digelar dengan gelaran yang menghina.

Dan apabila Presiden PAS sendiri mula menggelar AMANAH sebagai “pengkhianat”, maka kami perlu menjawab. Dalam masa terdekat ini saya akan turut menjawab fitnahnya bahawa kami mahu jadikan PAS parti sekular dan sebagainya.

Walaupun adalah lebih wajar sekiranya PAS menumpukan pada usaha menjatuhkan Umno, tetapi memusnahkan AMANAH telah menjadi keutamaannya pada ketika ini.

Siapa pengkhianat?

Saya membaca dengan penuh tekun laporan The Malaysian Insider berhubung satu ucapan oleh Hadi Awang, presiden PAS. Beliau dilaporkan berkata bahawa PAS tidak boleh bekerjasama dengan parti Amanah Negara yang beliau sifatkan sebagai “pengkhianat kepada perjuangan PAS”.

Beliau turut dilaporkan sebagai berkata, PAS bersedia bekerjasama dengan pihak lawan, namun tidak dengan pengkhianat.

Video ucapan presiden PAS ini telah turut disebar melalui FB dan WhatsApp oleh ahli PAS dan amat jelas sikap tegas beliau akan menjadi alasan untuk PAS tidak menyertai gabungan baru.

Saya turut menjangkakan bahawa kemungkinan besar AMANAH akan dipersalahkan kerana PAS tidak bersama dalam pembentukan Pakatan baru. Walhal, pada hakikatnya, presiden sudah tidak berminat dengan Pakatan dan lebih berminat untuk bekerjasama dengan pihak lawan.

Mahkamah Tinggi arah Najib fail pembelaan saman Anina

Presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh diarah oleh Mahkamah TInggi Kuala Lumpur supaya memfailkan pembelaan berhubung saman yang difailkan anggota Umno Langkawi Anina Saadudin pada 1 Oktober.

Ia berhubung sejumlah RM2.5 bilion yang didakwa didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib untuk kepentingan parti.

Pada masa yang sama, Najib dan Ab Rauf juga diarahkan oleh mahkamah untuk memfailkan afidavit jawapan pada 6 Oktober terhadap permohonan injunksi mareva Anina untuk membekukan aset Najib dan satu penghakiman pengakuan ke atas presiden Umno itu, telah difailkan pada Jumaat.

Perkara tersebut ditetapkan oleh Pendaftar Norfauziah Mohd Nordin susulan pengurusan kes hari ini.

Mahkamah juga menetapkan kes tersebut disebut pada 26 Oktober di depan Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Abdul Wahab.

Husam - Apa kata PM umumkan RM1 billion diletakkan untuk dana pembangunan wakaf Malaysia?

RM 1 B Geran Khas Untuk Perbadanan Wakaf Nasional
Oleh Yb. Haji Husam Musa

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/03/husam-najib.jpg
Sehari dua ini sibuk dengan apa yang dinamakan Perhimpunan Kebangkitan Melayu. Sebagai tindak balas kepada “Ancaman Cina”.Adakah orang Melayu Islam boleh 'survive' dengan semangat hangat-hangat tahi ayam seperti ini?

Satu daripada cara untuk membangunkan kekuatan orang Melayu adalah ekonomi.Satu dari cara membangunkan ekonomi orang Melayu Islam ialah membangunkan hartanah wakaf di seluruh Negara.

Saya difahamkan terdapat 11,000 (sebelas ribu) hektar tanah-tanah wakaf di seluruh Negara, termasuk di Pulau Pinang.

Jika jumlah ini dicampurkan dengan tanah-tanah wakaf di bawah pelbagai institusi dan kadang-kadang orang perseorangan, jumlahnya mungkin lebih besar lagi.

Angka ini adalah besar dan signifikan. Pada umumnya harta-harta Wakaf banyak yang tinggal terbiar tidak diberikan nilai komersial mengikut perkembangan semasa. Sebahagian tanah-tanah ini kedudukannya sangat strategik.

Pecat perdana menteri: Mengapa Australia boleh, Malaysia tidak?

Oleh Wong Chin Huat

http://www.herald.co.zw/wp-content/uploads/2013/09/abot.jpg
Sudah tiba masanya kita pertimbangkan pengenalan “parti/kaukus Parlimen” ke dalam sistem politik kita.Isnin lalu, Perdana Menteri Australia Tony Abbott dikalahkan Menteri Komunikasi Malcom Turnbull dalam pilihan pemimpin parti Liberal, parti utama dalam Pemerintah Gabungan (Coalition Government).

Abbot mendapat 44 undi manakala Turnbull mendapat 54 undi daripada badan pemilih iaitu “balai parti” (party room).Pada tengahari Selasa, Abbott meletak jawatan dan sejam kemudian, Turnbull mengangkat sumpah sebagai perdana menteri di depan Gabenor-Jeneral Peter Cosgrove.

Perbandingan Australia dengan Malaysia

Mengapa Australia boleh memecat perdana menteri dengan begitu mudah tetapi Malaysia tidak?

Beberapa perkara dalam episod ini yang wajarmendapat perhatian kita.

Pertama, penukaran perdana menteri dilakukan dalam masa kurang daripada 24 jam dan secara terbuka (sungguhpun dengan undi sulit).

Kedua, penukaran ini mengambil mekanisma yang sah di segiundang-undang dan persepsia wam (legal and legitimate).

Penganjur Baju Merah kelentong pemandu bas

apa-melayu-mau
PETALING JAYA: Beberapa pemandu bas dari Gopeng yang membawa peserta Himpunan Rakyat Bersatu atau Baju Merah ke ibu negara pada 16 September lepas melahirkan rasa tidak puas hati apabila tidak mendapat bayaran tambahan sebagai habuan semasa menyertai perhimpunan itu.

Malah, mereka turut menyatakan kekesalan apabila penganjur tidak memberikan makanan kepada mereka dan peserta yang dibawa selain tidak mendapat gaji seperti yang dijanjikan sebelum perhimpunan itu diadakan.

Rasa tidak puas hati itu diluahkan oleh para peserta berkenaan kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Ahli Parlimen Bera.

Ismail Sabri bertindak sebagai orang tengah dalam menyelesaikan kekalutan yang berlaku.

Kejadian dipercayai berlaku pada hari perhimpunan itu berlangsung dan lokasi kejadian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

PKR enggan bekerjasama dengan Umno

Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR - PKR menolak sekerasnya-kerasnya untuk bekerjasama dengan Umno.

Naib Presidennya, Rafizi Ramli berkata, ia berikutan pelbagai perbezaan di antara PKR dengan Umno.

"Kalau kita melihat kepada kerangka kerja, keadilaan dan melakukan keputusan dalam sesuatu isu, Umno adalah sebuah parti yang akan ingin jauhi.

"Ini kerana, Umno mempunyai dasar parti yang sangat kuno," katanya semasa Forum Pembangunan dan Kerajaan Gabungan' di Hotel Grand Continental, di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan salah seorang penonton yang bertanyakan adakah PKR berkemungkinan untuk bekerjasama dengan Umno sekiranya diberi peluang.

Menurutnya, PKR wujud untuk memperjuangkan nasib rakyat dan bukannya untuk memperolehi kuasa semata-mata.

"Sejak 15 tahun lalu, kita berjaya menengahkan isu dan masalah yang membelenggu rakyat kepada pihak bertanggungjawab," katanya.

Baju merah gagalkan slogan 1Malaysia Najib Razak

 http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/09/16/live-baju-merah/~/media/4fc9918fd5be47e19dc5578f45da0069.ashx?la=en
PENDANG - DAP mendakwa konsep 1Malaysia diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak gagal apabila kerajaan membenarkan perhimpunan bersifat perkauman pada 16 September lalu.
 
Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, penganjuran Himpunan Baju Merah itu menidakkan inisiatif diperkenalkan Najib melalui slogan 1Malaysia.
 
Beliau mendakwa Himpunan Bersih 4.0 jauh lebih baik berbanding baju merah yang kelihatan bersifat perkauman.
 
“Sepatutnya semua rakyat tanpa mengira kaum meraikan sambutan pembentukan Hari Malaysiahari berkenaan,” katanya selepas menghadiri program pemeriksaan kesihatan percuma anjuran Impian Kedah Perlis dengan kerjasama St John Ambulans Malaysia serta Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di Surau Kampung Kedah, Guar Kepayang, di sini, semalam.
 

Felixia terima permohonan maaf 'Amanah'

amanah_cmt_600
PETALING JAYA: Felixia Yap terima permohonan maaf Parti Amanah Rakyat (Amanah) yang mengguna gambarnya bagi tujuan politik.

Bagaimanapun dia meminta parti itu supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama di masa depan dengan menggunakan gambar orang lain tanpa izin.

“Anda semua sepatutnya lebih tahu untuk tidak menggunakan gambar dan nama orang lain tanpa kebenaran, persetujuan atau kelulusan mereka… saya pasti.

“Ia seperti menimbulkan fitnah seolah-olah mengatakan saya terlibat dalam parti politik, apabila saya tidak pernah terdengar mengenainya sebelum ini,” tulisnya

Sementara itu, Amanah telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Felixia kerana mengguna gambarnya untuk tujuan politik.

Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Melaka, Adeysham Nor berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu di masa akan datang.

Penahanan Khairuddin elak maklumat dibongkar

Mahfuz Omar
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mendakwa penangkapan bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan adalah cubaan untuk menutup mulut sesiapa sahaja yang cuba untuk membongkar penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mahfuz menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjelaskan situasi penangkapan Khairuddin kepada rakyat Malaysia.

"Tafsiran mahkamah atau peguam manakah manakah yang digunakan PDRM untuk mengatakan sebarang aduan rasmi kepada pihak berkuasa adalah suatu tindakan yang bersalahan dengan prinsip-prinsip di dalam sistem demokrasi berparlimen?

"Sesungguhnya rakyat Malaysia yang waras dapat melihat bahawa yang tergugat dengan laporan demi laporan yang dibuat oleh Khairudin bukanlah sistem demokrasi berparlimen atau Perlembagaan negara ini, " katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Mengulas lanjut Mahfuz mendakwa, maka cara paling mudah adalah dengan menangkap individu-individu yang berani seperti Khairuddin.

Timb Presiden PAS - Sebahagian dari ahli politik kecewakan rakyat?

Tuan Ibrahim Tuan Man
SHAH ALAM – Pilihan raya umum akan datang yang dinanti rakyat Malaysia dilihat sebagai titik perubahan untuk negara ini sebelum perubahan menyeluruh berlaku.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membangkitkan persoalan, apakah harapan ini dapat dijelmakan dalam kemelut semua parti politik yang ada?’ dan ‘apakah ahli politik adalah sebahagian daripada mereka yang akan mengecewakan harapan rakyat ini?.

“Bagi mencapai hasrat tersebut, kita perlu kembali kepada sistem Rabbani dan ia mesti diurus oleh agen perubahan yang rakyat inginkan. Pelaksana yang ada mesti ditukar. Parti yang menerajui negara dan kepimpinannya perlu ditukar.

“Namun apakah sistem yang akan diteruskan nanti masih dengan sistem dan dasar yang sama? Kalau begitu apa jaminan bahawa negara tidak akan berhadapan dengan kemelut yang sama. Ia mungkin akan berubah dan kelihatan baik dalam tempoh tertentu, namun akhirnya ia akan kembali kepada kerosakan semula. Kalau inilah yang terjadi kita hanya menukar sistem jahiliah dengan satu bentuk jahiliah baru,” katanya dalam satu kenyataan.

Ibrah sebalik kren jatuh di Makkah


YAKINLAH tidak ada musibah yang terjadi di muka bumi ini melainkan telah ditetapkan dalam takdir ALLAH SWT. ALLAH telah mentakdirkan apa yang ALLAH kehendaki pasti terjadi.

Peristiwa jatuhnya kren di Masjidilharam ketika jemaah haji sedang mengerjakan ibadat haji pada petang Jumaat 11 September, jam 5 petang (waktu Saudi) selepas Jemaah selesai mengerjakan solat Asar yang menyebabkan ratusan jemaah meninggal dunia dan ratusan lagi mengalami kecederaan adalah sama sekali bukan kerana kelalaian manusia.

kren runtuh

Anehnya, ekoran kejadian itu ada yang membuat persepsi dan konspirasi kononnya pada tarikh tersebut bersamaan 11 September di mana berlakunya runtuhan dan tumbangnya bangunan WTC (World Trade Center) New York dan tragedi konspirasi lainnya. Kenapa tragedi ini terjadi pada musim haji? Adakah hubungannya dengan HAARP (High Frecuancy Active Auroral Research Program) milik AS yang menjadi salah satu senjata paling hebat kerana mampu mengendalikan fikiran dan cuaca?

Segera bina hospital Pendang

Segera bina hospital
Presiden Persatuan Doktor Swasta Kedah, Dr Mohd Tajudin Shafie (kiri) memberi penerangan kepada seorang penduduk sambil disaksikan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang (berdiri, kiri) dan Kok Yew (berdiri, tengah), semalam.
PENDANG - Kerajaan diminta menyegerakan pembinaan Hospital Pendang seperti yang dijanjikan sejak 2006.

Pengerusi DAP Kedah, Tan Kok Yew berkata, perkhidmatan hospital menjadi keutamaan kepada penduduk di daerah itu.

Beliau berkata, sebelum ini pembinaan Hospital Pendang diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dengan keluasan 16.8 hektar tetapi ditunda kepada RMK-10 atas sebab tertentu.

“Kegagalan kerajaan membina hospital itu adalah amat mengecewakan terutama kepada penduduk di daerah Pendang.

“Tapi sampai sekarang Hospital Pendang belum dilaksanakan setelah kerajaan memutuskan untuk membina dalam RMK-11,” katanya selepas menghadiri program pemeriksaan kesihatan percuma di Surau Kampung Kedah, Guar Kepayang, di sini, semalam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...