TERKINI :

Sunday, September 20, 2015

Awasilah sindiket menyedut wang dalam akaun anda melalui telefon..!!

SEMUA BERWASPADA (cnp)


Cerita benar baru saja berlaku hari ini 12 sept.. cara penipuan terbaru... cuba baca untuk panduan

Assalammualaikum, just to share what I have been thru 3 hours ago..this is the real story..Alhamdulillah tergerak hati utk tak buat spt apa yg disuruh..

Harap dapat baca sepenuhnya..kerana ini pengalaman saya sebentar tadi..dan bukannya copy paste dr mana2 group..

Ok..this is how it happened

http://i2.wp.com/www.shameonyou.buzz/wp-content/uploads/2014/09/rhb.jpg?resize=300%2C2259.30 - terima call dr RHB auto answering machine 03-92852233..mengatakan saya ada buat transaksi rm3200 dan diberi 3 pilihan- confirmkan,batalkan atau bercakap dgn operator, saya pilih utk bercakap dgn operator dan disambungkan ke RHB CUSTOMER SERVICE. Pegawai RHB yang bernama 'Danny' bertanyakan isu dan minta saya berikan nama dan no.ic. Saya sampaikan maklumat tersebut dan maklumkan kepada mrk yg saya tak oernah ada sebarang akaun dgn RHB.Mula2 saya agak sceptical nak reveal nama dan ic, tp setelah diberitau utk disemak akan status dgn kecurian maklumat peribadi pada bank negara, saya pun beri nama dan no.ic.

Walaupun PAS enggan, Wan Azizah mahu semua sertai blok pembangkang

 http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/09/wan-azizah_pakatan-new_600.jpg
Walaupun PAS mengatakan ia tidak akan menyertai perbincangan meja bulat baru yang dimulakan PKR bagi membincangkan penubuhan gabungan pembangkang baharu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menegaskan "semua orang" diperlukan bersama dalam blok baru itu.

PAS dilaporkan berkata ia tidak akan menghadiri mesyuarat meja bulat Selasa ini, yang akan dihadiri PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Walaupun Amanah ditubuhkan bekas ahli PAS yang menjejaskan sokongan asas kepada parti Islam itu, Dr Wan Azizah berkata, PAS masih diperlukan untuk mencukupkan bilangan mereka bagi menjamin kemenangan dalam pilihan raya akan datang.

"Sistem kita adalah 'first past the post'. Kita perlukan semua orang untuk bersama atas satu platform yang sama," katanya kepada pemberita selepas forum mengenai kerajaan campuran di Kuala Lumpur hari ini.

Ketua pembangkang itu berkata, blok pembangkang tidak harus "terbahagi".

Pemuda MCA bahagian putus hubungan dengan PM

Pemuda MCA Pasir Gudang memutuskan hubbungan dengan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak susulan sokongan beliau kepada Himpunan Rakyat Bersatu pada 16 September lalu.

Ketua Pemuda MCA bahagian itu Chia Chow Hui berkata himpunan 'Baju Merah' pada tarikh tersebut menghancurkan keharmonian kaum.

"Kami tidak bersetuju dengan himpunan 16 September yang merosakkan hubungan kaum. Tapi Najib memujinya sebagai perhimpunan aman. Jadi kami buat keputusan (untuk memutuskan hubungan)," kata Chia ketika dihubungi Malaysiakini.

Hal ini bermaksud semua anggota Pemuda MCA bahagian itu tidak akan menghadiri majlis Najib atau menyokong beliau dalam apa cara sekalipun.

Bahagian itu adalah yang pertama berbuat demikian dalam BN.

PKR: Jadilah 'ronin', tinggalkan BN sertai pembangkang'

PKR hari ini mengajak 47 MP BN dari Sabah dan Sarawak supaya meninggalkan gabungan parti pemerintah dalam usaha mereka membentuk gabungan bebas dan bekerjasama dengan blok pembangkang.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata perkara itu diperlukan demi masa depan yang lebih baik buat rakyat Malaysia.

"(Hal ini) boleh dicapai jika 47 rakan patriotik kita, anggota parlimen BN dari Sarawak dan Sabah, (menjadi) seperti 47 'ronin' Jepun yang sanggup berjuang dan mati dengan keadilan rakyat atau keadilan, tinggalkan BN untuk menubuhkan gabungan bebas bersama kita.

"Kemudian janji kemerdekaan dan Malaysia akan ditunaikan," katanya dalam ucaptama dalam sebuah forum di Kuala Lumpur hari ini.

PAS perlukan masa, terlalu awal bincang gabungan pembangkang baharu

 Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, mereka belum membincangkan tawaran PKR berhubung kerjasama baharu antara parti politik pembangkang kerana memerlukan lebih masa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 September, 2015.
PAS masih belum bersedia memulakan proses perbincangan menubuhkan gabungan pakatan baharu walaupun tidak pernah menutup pintu rundingan dengan bekas sekutunya, kata Naib Presiden Datuk Iskandar Abdul Samad.

Beliau dilaporkan Sinar Harian hari ini sebagai berkata, parti itu belum membincangkan tawaran PKR berhubung kerjasama baharu antara parti politik pembangkang bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang terkubur baru-baru ini.

“Buat masa ini kita perlu ‘cool down’ terlebih dahulu, sebelum ‘settle down’. Masih terlalu awal. Saya akui tidak ada parti akan berjaya dalam pilihan raya sekiranya bergerak sendiri.

"Namun, dalam kerjasama itulah akan tercetusnya perbezaan pandangan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Mesra Dewan Perhimpunan Penyokong Pas (DHPP) 1.0 di Klang semalam, lapor akhbar itu.

Iskandar mengakui yang sesebuah parti mungkin boleh kekal berkuasa di satu-satu negeri seperti di Pulau Pinang dan Kelantan, namun ia tidak akan berjaya di peringkat nasional.

PAS: Tahaluf dengan PKR, bukan DAP, AMANAH

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengulangi gesaan supaya wakil rakyat parti itu meletakkan jawatan jika menyertai parti lain termasuk Parti Amanah Rakyat (Amanah).

Beliau berkata tindakan itu perlu kerana semua calon PAS pada pilihan raya umum lepas telah melafazkan Bai'ah bersumpah, dan mereka akan dilaknati Allah swt jika melanggar Bai'ah itu.

"PAS sebagai parti Islam membuat Bai'ah dengan Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, para pemimpinnya dan calon-calon pilihan raya dengan sumpah Wallahi, Wabillahi dan Watallahi.

"Semasa berBai'ah, kita sebut sebagai calon Parti Islam Semalaysia (PAS) dan tidak disebut PKR atau DAP. Ini diucapkan oleh setiap calon sama ada yang menang atau kalah.

"Parti (PAS) mewajibkan dalam Bai'ah jika dipecat keluar parti, mereka kena letak jawatan sebagai Ahli Parlimen atau ADUN. Ini disebut dalam bai'ah itu," jelas Abdul Hadi semasa berucap pada program Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 di Pulau Serai dekat Dungun.

WSJ: FBI mulai siasatan kes 1MDB

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat dilapor telah memulakan satu siasatan berhubng dakwaan penggubahan wang haram yang dikaitkan dengan hutang yang ditanggung 1MDB.

Menurut harian kewangan The Wall Street Journal (WSJ) pagi ini, satu sumber melaporkan perkembangan tersebut, di tengah-tengah penahanan bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Khairuddin dilarang keluar Malaysia minggu ini, menggagalkan rancangannya untuk pergi ke Amerika Syarikat untuk bertemu FBI mengenai aduan terhadap 1MDB, dan beliau kini ditahan reman.

WSJ melaporkan bahawa skop siastan terkini FBI belum diketahui lagi dan biro tersebut tak mendedahkan sebarang makluman berhubung rancangan lawatan Khairuddin itu.

"Seorang jurucakap kepada pejabat FBI di New York berkata tiada agen dalam pejabat itu yang mennguruskan untuk bercakap dengan Khairuddin atau ada menghubungi beliau sebelum ini," tulis WSJ.

Bekas hakim: PM sekat kenaikan pangkat saya

 
Beliau mungkin boleh dinobatkan sebagai sinar harapan dalam badan kehakiman Malaysia tetapi beliau tidak pernah mendapat kenaikan pangkat seperti rakannya yang dilantik sebagai Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali baru-baru ini.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, yang bersara awal bulan ini, mengesahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghentikan perlantikanya ke Mahkamah Persekutuan.

Mohd Hishamudin menjelaskan bahawa perkara itu berlaku pada 2013, apabila Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) mencadangkan namanya kepada PM untuk pelantikan ke Mahkamah Persekutuan.

"Malangnya, PM tidak memihak kepada kenaikan pangkat saya ke Mahkamah Persekutuan. Saya rasa fakta ini adalah pengetahuan umum, "katanya kepada Malaysiakini dalam satu temubual eksklusif.

Najib mungkin boleh ditangkap di luar negara, kata Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sekiranya negara seperti Switzerland, Britain dan Amerika mendapati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersalah melakukan pengubahan wang haram, beliau boleh disaman dan ditangkap. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 September, 2015.
Datuk Seri Najib Razak berkemungkinan ditangkap polis antarabangsa atau Interpol jika negara asing menyiasat perdana menteri atas tuduhan pengubahan wang haram, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, sekiranya negara seperti Switzerland, Britain dan Amerika contohnya, mendapati Najib bersalah melakukan pengubahan wang haram, mereka berhak menyaman beliau atau meminta Interpol menangkapnya sekiranya perdana menteri pergi ke luar negara.

"Jadi, dia kena duduk sini (dalam negara), tak boleh keluar. Macamana dia tarik pasport orang, tak bagi keluar, dia pun tak boleh keluar juga.

"Itu mungkin (berlaku). Bukan akan berlaku, tapi mungkin, dalam keadaan dunia sekarang," kata negarawan itu dalam satu video yang dimuatnaik blog "Din Turtle".

Perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata demikian pada satu pertemuan dengan Kumpulan Melayu Berani Bersatu di sebuah restoran di Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

Dr Mahathir berkata, undang-undang dunia kini berbeza daripada dahulu di mana sekiranya sesuatu jenayah dilakukan di negara ini, hanya undang-undang tempatan yang berkuatkuasa.

"Tetapi, kalau jenayah itu ada kaitan sedikit dengan luar negeri, negara lain itu mempunyai kuasa (menyiasat dan mendakwa)," katanya.

Mahfuz mengutuk tindakan PM mempergunakan POLIS menangkap Datuk Khairuddin

MENGUTUK TINDAKAN PERDANA MENTERI NAJIB MEMPERGUNAKAN PASUKAN POLIS UNTUK MENANGKAP DATUK KHAIRUDDIN ABU HASSAN


1. Saya ingin melahirkan rasa terkejut dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pasukan polis yang telah menangkap bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaaan atas dakwaan kononnya Khairudin telah melakukan cubaan melaksanakan aktiviti yang menggugat sistem demokrasi berparlimen. Bagi saya, penangkapan Khairuddin ini jelas menunjukkan pasukan polis telah dipergunakan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak bagi menutup mulut sesiapa sahaja yang cuba untuk membongkar penyelewengan yang berlaku di dalam kes 1MDB yang turut berkait dengan penyaluran wang sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

2. PDRM berkewajipan untuk menjelaskan kepada rakyat Malaysia bagaimana tindakan Khairudin yang menggunakan saluran perundangan dengan cara membuat laporan rasmi kepada pihak-pihak berkuasa Malaysia, Britain, Hong Kong, Perancis dan Amerika Syarikat agar sisasatan dilakukan terhadap kes 1MDB, boleh dianggap sebagai perbuatan yang menggugat sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia. Tafsiran mahkamah atau peguam manakah manakah yang digunakan PDRM untuk mengatakan sebarang aduan rasmi kepada pihak berkuasa adalah suatu tindakan yang bersalahan dengan prinsip-prinsip di dalam sistem demokrasi berparlimen?

Pendirian PAS memudahkan pembentukan PAKATAN RAKYAT 2.0

PENDIRIAN PAS MUDAHKAN PEMBENTUKAN PAKATAN RAKYAT 2.0
 www.amanahnegara.org


1. Setelah beberapa kali Parti Amanah Negara (AMANAH) menyatakan kesediaan untuk bersama semua pihak termasuk PAS bagi menyertai perbincangan ke arah menubuhkan muafakat politik baharu, PAS hari ini telah membuat keputusan untuk tidak bersama dalam Pakatan Rakyat 2.0 itu namun hanya akan berkerjasama dengan PKR.

2. Mengulas perkara itu, saya berpendapat bahawa keputusan PAS itu akan memudahkan Parti AMANAH, PKR, DAP bersama NGO lain, untuk segera menubuhkan Pakatan Rakyat 2.0.

3. Bagi saya, biarlah rakyat menilai sendiri pendirian dan keputusan yang telah dibuat PAS itu.

4. Parti AMANAH mengulangi pendirian dan komitmen bahawa kami akan bersama dengan tuntutan rakyat untuk bersama dalam Pakatan Rakyat 2.0 bagi membawa perubahan politik sekaligus menyelamatkan Malaysia.

SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara
19 September 2015

Rasis: Pemimpin politik mahu berlagak seperti hero

Muhyiddin Yassin

LEDANG - Bibit perkauman yang sudah mula ditunjukkan di negara ini perlu dihentikan segera bagi mengelakkan menjadi barah yang akan merosakkan keharmonian negara.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebagai sebuah negara yang sudah lama merdeka perkara seperti itu tidak seharusnya berlaku kerana Malaysia dimiliki oleh semua kaum sebagai rakyat di negara ini.

"Ia tidak boleh dipandang ringan dan jika berlarutan akan menerbitkan sifat perkauman yang menebal yang menyebabkan mereka saling mencurigai antara satu sama lain.

"Lebih memburukkan keadaan kerana sentimen ini dibuat oleh pemimpin politik yang mahu berlagak seperti hero, sedangkan tindakan itu telah membuatkan rakyat berasa takut serta tidak selama berada dalam negara ini," katanya ketika berucap pada program Membara Jasamu Dikenang, Umno Bahagian Pagoh 2015, Dewan Geliga Gersik, di sini hari ini.

Hubungan Cina, Melayu di tahap tidak baik

Padang Merbok bagaikan lautan merah
KUALA LUMPUR – Dua perhimpunan besar yang berlangsung di ibu kota iaitu Bersih 4.0 dan Himpunan Baju Merah menggambarkan hubungan etnik, khususnya Cina dan Melayu di negara ini, berada di tahap tidak baik.

Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio Budaya Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, situasi ini boleh mencetuskan konflik yang lebih besar jika tidak diuruskan dengan baik.

“Ini bukan lagi soal baju kuning atau merah. Tetapi dua himpunan ini telah memperlihatkan manifestasi bahawa hubungan etnik Cina dan Melayu yang semakin tegang.

“Sedangkan selama ini kita hidup aman damai dalam tetapi kebelakangan ini berlaku cabar-mencabar antara kaum. Dalam hal ini, tiada sesiapa yang untung, bak kata pepatah kalau menang jadi arang, kalah jadi abu,” katanya, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tindakan peserta yang memainkan isu perkauman di kedua-dua perhimpunan juga hanya akan menjejaskan imej negara di mata dunia.

Komplek Perkayuan Kelantan (KPK) Berkubur?

Dengan Nama Allah Maha Pemurah Maha Pengasih


KOMPLEKS PERKAYUAN KELANTAN (KPK) BERKUBUR?

http://kpksb.com/kpksbadm/media/LOGO%20KPK.jpgSaya telah mengirim surat memohon penjelasan mengenai beberapa isu yang saya kira penting dan perlu disegerakan berkait Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) kepada YAB MB Kelantan pada 7 September 2015.

Sehingga hari ini (19hb September), saya tidak menerima apa-apa jawapan dari kerajaan atau mana-mana pihak berkaitan.

Kedudukan KPK sangat merosot bagi tahun tahun kebelakangan berbanding zaman kegemilangannya dahulu.

Satu cara untuk melihat kedudukan KPK ialah penyata untung rugi nya. Mengikut penyata kewangan yang diperolehi dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) keuntungan KPK telah merosot dengan teruknya. Sebagai contoh, bagi tahun 2012 hingga tahun 2014 kedudukannya adalah seperti di bawah;

Jerebu punya pasal, nelayan tak berani turun kelaut harga ikan jadi mahal

Nelayan bimbang turun ke laut

Nelayan bimbang turun ke laut

KOTA KUALA MUDA - Keadaan jerebu, hujan dan ribut yang melanda sejak dua minggu lalu memberi kesan terhadap kegiatan nelayan sekitar Kota Kuala Muda apabila mereka tidak dapat ke laut menangkap ikan.

Tinjauan Sinar Harian ke jeti pendaratan ikan Kampung Tepi Sungai, di sini, mendapati kebanyakan nelayan mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak turun ke laut sejak kejadian itu.

Zulkifli Ismail, 53, mendakwa, disebabkan cuaca tidak menentu, ramai yang tidak turun ke laut kerana bimbang keselamatan diri.

"Dua tiga hari kebelakangan ini hujan, jadi ada yang tidak ke laut.

"Bila tak turun, bekalan hasil laut makin berkurangan dan pendapatan kami juga terjejas," katanya.

Koleksi Gambar | Jalan Dewa, Sg Petani berwajah baharu dengan leboh 50 lukisan mural berjaya dihasilkan

Jalan Dewa berwajah baharu
SUNGAI PETANI - Lebih 50 lukisan mural berjaya menghidupkan sebuah lorong suram di Jalan Dewa, di sini.

Malah, lorong yang dulunya menjadi laluan pejalan kaki untuk ke stesen teksi dan stesen bas lama Jalan Petri kini semakin mendapat perhatian.

Tidak sampai dua minggu, lebih 30,000 pengunjung mula memenuhi Jalan Dewa itu berikutan wajah baharunya.

Jika sebelum ini ia menjadi laluan pemborong, peniaga dan penduduk tempatan sahaja, perubahan mendadak itu menyebabkan ia turut dikunjungi pelancong dalam dan luar negara.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Karnival Pesta Tanglung peringkat negeri Kedah 2015, Linda Yee berkata, suasana lorong belakang deretan bangunan rumah kedai lama yang menjual pakaian, barangan plastik, farmasi dan kasut itu kini dihiasi lukisan dinding yang cukup menarik hasil kreativiti anak jati Sungai Petani.

"Lebih 70 pelukis tempatan pelbagai bangsa dan peringkat usia menawarkan diri mencantikkan Jalan Dewa," katanya.

Musim 'bala' penyakit Anjing Gila pula melanda.. berhati-hatilah semua..!!

Wanita digigit anjing positif Rabbies
anjingALOR SETAR - Jabatan Kesihatan Kedah hari ini mengesahkan seorang wanita berusia 53 tahun digigit anjing peliharaannya yang positif penyakit anjing gila (Rabies).
  
Pengarah jabatan itu Datuk Dr Norhizan Ismail berkata selepas kejadian itu berlaku pada 8.30 malam, 11 September lepas,  wanita berkenaan mendapatkan rawatan di klinik swasta.
  
Keesokannya, beliau ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri untuk memaklumkan kejadian itu.
  
"Anggota Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar telah mengambil tindakan segera dengan memastikan wanita itu mendapatkan rawatan di Bahagian Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah dan diberikan suntikan vaksinasi," katanya dalam kenyataan di sini.

Wanita itu, yang berasal dari Kota Setar, dirawat sebagai pesakit luar namun perlu mendapatkan empat dos vaksin mencegah Rabies pada tarikh-tarikh ditetapkan dalam tempoh dua minggu.
  
Dr Norhizan berkata wanita itu juga dinasihati supaya sentiasa mengawasi tahap kesihatannya dan segera mendapatkan rawatan jika mengalami tanda dan gejala seperti demam atau sakit kepala.
  
Beliau berkata sehingga hari ini, tiada kes Rabies dalam kalangan manusia dilaporkan ke jabatan itu.
    




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...