TERKINI :

Saturday, September 19, 2015

AMANAH lahir untuk pikul harapan ummah - MSO

Mohd Sayuti Omar,

KESIMPULAN

 
Tanggal 16 September gigi saya sudah tidak "berona" lagi. Saya boleh makan dan menghayati kehidupan seperti biasa. Justeru pada tanggal itu sepatutnya saya hadir pada mana-mana program politik. Dan pada tanggal itu ada dua event politik berlangsung di negara kita.
Ahmad bersama Ghani Shamsuddin dan Lim Kit Siang.
Pertama, majlis himpunan baju merah. Kedua, majlis perlancaran perdana parti Amanah Negara (Amanah).

Walaupun gigi saya tidak berona, saya tidak menghadiri kedua-dua majlis itu kerana pada tarikh itu saya tidak berada dalam negara. Kalau saya ada dalam negara, meskipun tidak ada jemputan khas, saya pasti hadir.

Malam tadi seorang pemimpin tertinggi Amanah menelefon saya bertanya, apakah saya mendapat jemputan rasmi atau tidak. Saya memberi tahunya walaupun saya tidak menerima perkhabaran, tetapi saya tahu tarikh bersejarah itu. Seorang penulis kecil dan tua seperti saya akan memantau setiap sudut dan jerung mencari peristiwa untuk dirakamkan. Saya apolegetik kerana berhalang untuk menyaksi kelahiran bersejarah partinya.

Kedua-dua peristiwa itu penting kepada kedua-dua pihak yang menganjurkannya, dan penting juga untuk dinilai oleh masyarkat seluruhnya. Himpunan baju merah adalah untuk membalas himpunan baju kuning Bersih 4. Motif himpunan itu bagi menunjukkan sokongan kepada perdana menteri Najib Razak yang dianggap telah dihina dan terhina oleh himpunan Bersih 4.

Pak Samad: Ini bukan zaman silat

Ketika Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa pesilat akan mempertahankan kerajaan hingga titisan darah terakhir, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said memberikan takrifan baru kepada seni bela diri itu.

"Bagi saya silat sekarang sebenarnya adalah khazanah untuk dipertunjukkan sahaja bukan untuk mempertahankan diri lagi," katanya dalam sebuah forum di Petaling Jaya hari ini.

Samad yang menyertai DAP baru-baru ini menegaskan, perkembangan teknologi semasa menjadikan amalan persilatan tidak begitu ampuh untuk mempertahankan negara.

Katanya, pada zaman ini pertentangan boleh berlaku dan pihak berseteru boleh dikalahkan dengan tembakan dari jarak jauh.

"Kita tak lagi guna keris," katanya yang mesra dengan panggilan Pak Samad.

Beliau yang mendapat pengiktirafan tertinggi kerajaan terhadap penggerak kesusasteraan dan kesenian pada 1985 berkata, apa yang berlaku pada perhimpunan pesilat semalam adalah simbolik yang menunjukkan ketakutan bangsa Melayu.

Semalam, perdana menteri menghadiri perhimpunan 15,000 pengamal persilatan bersama bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam.

Dalam ucapan penuh bersemangat itu Najib memuji pesilat terbabit kerana sanggup mempertahankan kerajaannya.

Kata Samad, orang ramai perlu memahami dan melihat persilatan daripada suduh pandang kesenian.

"Pada zaman ini kita tidak lagi menggunakan silat (untuk mempertahankan negara)," katanya.

Khairuddin sepatutnya jumpa FBI lusa


Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang kini direman enam hari oleh polis sepatutnya bertemu pegawai Biro Siasatan Persekutuan (FBI) AS Isnin ini.

Bercakap kepada New York Times, peguam Matthias Chang berkata pertemuan itu diatur pihak Kedutaan AS di Kuala Lumpur.

Laporan itu menyebut bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan berkenaan bercadang menggesa pihak berkuasa AS menyiasat agensi pelaburan tajaan penuh kerajaan 1MDB, atas dakwaan melakukan pembersihan wang haram.

Bagaimanapun rancangan itu tergendala apabila Khairuddin dan Chang dilarang meninggalkan negara ini oleh Jabatan Imigresen,.

Chang adalah bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kira-kira jam 7.30 malam semalam Khairuddin ditangkap polis atas tuduhan cuba mengancam demokrasi berparlimen.

Pujian Najib kepada baju merah 'ada makna' - Timb Presiden PAS

Apakah tindakan perdana menteri memuji himpunan baju merah pada 16 September lalu disengajakan untuk mengalih perhatian ramai daripada isu yang lebih besar?

Bagi Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, beliau memang beranggapan begitu.

Kata Tuan Ibrahim tindakan Datuk Seri Najib Razak memberi kata positif terhadap Himpunan Rakyat Bersatu yang "berkiblatkan bangsa anjuran Umno" di Padang Merbok pada Rabu lalu adalah taktik mengalihkan perhatian rakyat.

Ia juga, kata Tuan Ibrahim, langkah perdana menteri membawa orang ramai secara tidak langsung agar terjerumus dalam kancah perdebatan perkauman yang tidak kesudahan.

"Selaku perdana menteri dan menteri kewangan, Najib tidak memberikan respon kepada tuduhan-tuduhan yang dilemparkan The Wall Street Journal (WSJ) sehingga hari ini," katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Muhyiddin: Orang jahat kena tangkap, tak boleh biar


Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia mengamalkan kedaulatan undang-undang dan akan menghukum sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan.

Justeru itu, beliau berkata, hasil siasatan 1MDB sepatutnya didedahkan untuk mengetahui siapa yang bersalah berhubung dakwaan skandal kewangan tersebut.

Sehubungan itu, katanya, sesiapa yang didapati bersalah tidak akan terlepas daripada hukuman yang termaktub dalam undang-undang.

"Macam 1MDB, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dah siasat, Bank Negara dah siasat, polis dah siasat, peguam negara sepatutnya dah selesai (siasat).

“Kalau semua dah siasat kita tengok siapa salah.

"Kalau ada orang yang salah, beritahu (sama ada) orang itu salah atau tak. Kalau dia salah mesti ada penjara, hukuman. Malaysia negara yang ikut kedaulatan undang-undang.

Surat Bantahan untuk meneruskan kerjasama dengan PAS dalam Pakatan Rakyat 2.0

SURAT TERBUKA KEPADA PEMIMPIN TERTINGGI PARTI


17 September 2015

Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Lim Guan Eng
Setiausaha Agung Democratic Action Party (DAP)

Mohamad bin Sabu
Presiden Parti Amanah Negara (PAN)

BANTAHAN TERHADAP CADANGAN UNTUK MENERUSKAN KERJASAMA POLITIK DENGAN PAS DALAM PAKATAN PEMBANGKANG BARU

Keputusan pilihanraya bukan hanya ditentukan oleh ‘orang politik’ sahaja, tetapi orang-orang yang tidak berparti adalah merupakan golongan yang membentuk pecahan paling besar daripada seluruh pengundi dan sangat mempengaruhi keputusan di semua kawasan pilihanraya. Jadi, sebarang anggapan yang memperkecil, meremehkan atau membelakangkan terus pandangan orang yang tidak berparti dalam membuat sesuatu keputusan politik bukanlah suatu tindakan yang bijak atau boleh memberi keuntungan kepada parti.

Orang yang tidak berparti tetapi menjadi penyokong Pakatan Rakyat lebih ghairah untuk menumbangkan UMNO jika hendak dibanding dengan orang politik yang memegang jawatan dalam parti. Kerana mereka tidak ada apa-apa kepentingan. Harapan mereka cuma mahu melihat pemerintahan yang baik, telus, tidak rasuah, tidak menyeleweng, tidak menyalah-gunakan kuasa, tidak mengumpul kekayaan negara untuk keluarga dan adil terhadap rakyat, itu saja!

UMNO kehilangan identiti, Najib tak mungkin mampu mengembalikannya

Aspan Alias


Ralli baju Merah yang diadakan dua hari lepas sudah berlalu. Seramai 80,000 orang Melayu telah berhimpun dan masing-masing pemimpin berucap dalam nada perkauman yang menebal. Perhimpunan itu kononnya ialah reaksi terhadap ralli Bersih 4 yang diadakan pada 29hb dan 30 Ogos yang lalu. Jika ia benar merupakan reaksi terhadap perhimpunan Bersih 4 baru-baru ini, maka perhimpunan baju merah itu hanyalah untuk mempertahankan Najib yang kini berhadapan dengan tuntutan rakyat supaya Najib berundur dari jawatan yang beliau amat sayangi itu.

Perhimpunan Baju Merah adalah perhimpunan orang Melayu sedangkan perhimpunan Bersih 4 ialah perhimpunan berbilang kaum bagi menuntut Najib berundur dari memimpin negara. Apapun sebabnya persoalan yang timbul sekarang adalah apakah faedah-faedah yang didapati dari perhimpunan orang Melayu yang dianjurkan dari belakang oleh UMNO itu? Ia membawa lebih banyak keburukan dari kebaikan.

Yang terbaik ialah jika ada apa-apa tuntutan dari rakyat ia wajar diwakili oleh rakyat berbilang kaum kerana kumpulan yang berbilang kaum itu adalah elemen penting bagi menampakkan yang rakyat berbilang kaum itu bersatu dan berpadu serta selenggang dan sehayun dalam apa sahaja yang dituntut itu. Elemen itu nampak jelas dalam perhimpunan Bersih 4 dan perhimpunan Bersih yang sebelumnya. Himpunan Baju Merah dua hari lepas yang menggambarkan orang Melayu sahaja yang bermasalah dan masalah yang ditampilkan tidak lain dari permainan isu perkauman yang menebal seolah-olah kaum Melayu itu boleh hidup tanpa adanya kaum lain di negara ini.

UMNO buat ceramah dalam kawasan sekolah....bolehlah pula..??

Kazim oh Kazim...


Mlm td Umno bahagian Shah Alam menganjurkan Ceramah bertemakan Sehati Sejiwa di Sekolah Kebangsaan Raja Muda seksyen 4 Shah Alam...

Seperti diketahui umum, sejak sekian lama umno menggunakan talian hayat premis kerajaan seperti sekolah dan dewan orang ramai untuk mempromosikan dan menjalankan kerja2 perang saraf mereka menghasut rakyat membenci parti pembangkang Malaysia. Mempergunakan guru besar dan cikgu2 sekolah dan menarik hadirin dgn memanipulasi murid2 sekolah supaya mengajak ibubapa mereka hadir ke ceramah anjuran pihak sekolah.

Ustaz Kazim menyatakan bahawa dulunya dia antara org yg paling kuat menentang pemansuhan akta drakonian ISA iaitu penahanan pesalah tanpa bicara.

Betapa terdesaknya umno sekarang apabila banner ceramah yg dipasang di luar kwsn sekolah dan sekitarnya untuk menarik audience tanpa diletakkan logo umno, tp backdrop yg dipasang dlm ceramah jelas memaparkan logo umno. 

Mengapa pemimpin PAS 'gugur setandan'?

Masalah label melabel di kalangan anggota dan pimpinan dalam PAS dan penguasaan eksekutif dalam Majlis Syura Ulama antara punca pemimpin PAS yang "gugur setandan" menubuhkan Parti Amanah Nasional (AMANAH), kata Pengerusinya Mohamad Sabu.

Mengakui tidak mampu memperbaiki keadaan PAS dari dalam, Mohamad berkata tindakan mendoktrin dengan label - antara lain liberal, munafik haraki dan peguam neraka - oleh satu kumpulan dalam PAS tidak bersetuju dengan kumpulan lain, berlaku cukup ketara dan dilihat berbahaya.

Bekas Timbalan Presiden PAS itu berkata, hal demikian jelas berlaku sewaktu pemilihan parti pada Jun yang menyaksikan kumpulan yang tak disukai, didoktrinkan dengan panggilan itu.

Lebih membimbangkan lagi, kata Mohamad tindakan mengkafirkan sesama kumpulan umat Islam yang berlaku di Iraq, Syria dan Libya, telah meresapi umat Islam di Asia Tenggara termasuk di Malaysia.

"Saya melihat ia satu trend yang berbahaya kepada parti (PAS), Malaysia dan umat Islam. Oleh tu, wadah baru ini (AMANAH) perlu dijelmakan untuk memperbetulkan semula konsep Islam yang sewajibnya membawa rahmat ke seluruh alam.

Adakah akan sertai PAS, ini jawapan Khalid Ibrahim


HARAKAHDAILY | 19 September 2015.


DUNGUN: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedang menunggu keputusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berikutan PKR memecat keanggotaannya dari parti itu.

"Buat masa ini saya ada beberapa isu dengan PKR," ujarnya kepada media ketika ditanya sama ada beliau akan menyertai PAS.

Beliau menyatakan demikian selepas majlis perasmian Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 oleh Presiden PAS, Datuk Seri TUan Guru Abdul Hadi Awang di Kampung Pulau Serai, dekat sini malam tadi.

Pada pertengahan Ogos tahun lalu, Khalid menuntut ROS menyiasat sama ada keputusan lembaga disiplin dan majlis pimpinan pusat PKR melanggar perlembagaan parti.

Bukan program Amanah sebaliknya anjuran Parti Pekerja Malaysia, kata setiausaha

Kelahiran Amanah atas desakan rakyat
SHAH ALAM - Majlis Pelancaran Perdana Parti Amanah Negara (Amanah) yang diadakan semalam bukan anjuran Amanah sebaliknya anjuran Parti Pekerja Malaysia.

Setiausaha Agungnya, Mohd Anuar Tahir berkata, program yang diadakan di Pusat Konvensyen IDEAL (IDCC) itu merupakan majlis mempekenalkan logo, bendera dan nama baru Parti Pekerja Malaysia iaitu Amanah.

“Tidak timbul isu kami (Amanah) melanggar peraturan diperuntukan (Akta Pertubuhan 1966). Pendaftar Pertubuhan (RoS) maklum mengenai program ini. Ini bukan program Amanah, tetapi anjuran Parti Pekerja Malaysia.

“Sebelum majlis ini dibuat pertemuan diatur bersama Pengarah Pengurusan RoS untuk  meminta nasihat dan rujukan serta menerangkan kepada mereka mengenai program hari ini (semalam),” katanya pada sidang media majlis Pelancaran Perdana Amanah, semalam.

Katanya, segala dokumentasi lengkap telah diserahkan kepada RoS untuk kelulusan selaras dengan Akta Pertubuhan 1966.

“Menurut RoS, beberapa proses perlu dilalui sebelum ia boleh diluluskan. Jadi tidak timbul isu bahawa parti ini tidak mendapat kelulusan atau tidak, orang hanya membesarkan cerita,” katanya.

Katanya, ahli Parti Pekerja Malaysia dari seluruh negara hadir pada majlis pelancaran hari ini.

Kita masih tahaluf dengan PKR - Mustafa



DUNGUN: "Kita masih tahaluf dengan PKR, tapi dengan DAP dan parti baharu kita tak ada tahaluf," tegas Ketua Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali.

Begitupun, katanya tugas menentang Umno BN adalah tanggungjawab PAS.

"Adapun tugas tentang Umno BN, itu tanggungjawab kita, sama-sama lawan. Kita lawan cara kita, dia lawan cara dia," jelasnya ketika berucap pada majlis perasmian Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 di Kampung Pulau Serai, dekat sini malam tadi.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merasmikan majlis tersebut. Turut berucap ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Saiful Bahri Mamat dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.

Mustafa turut menjelaskan bahawa pendirian PAS itu turut dinyatakan pada pertemuan dengan pemimpin PKR termasuk presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, baru-baru ini.

Hudud : Nik Amar Harap Pusat tunai janji

Mohd Amar Abdullah
KOTA BHARU - Dalam tempoh sidang Parlimen terakhir yang hampir berlangsung, Kelantan terus tagih janji kerajaan pusat untuk memberi laluan kepada pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian berkaitan pelaksanaan hudud.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, Kelantan mengharapkan kerajaan persekutuan menunaikan janji mereka setelah tidak mendapat peluang pada sesi Parlimen yang lalu.

Katanya, kesungguhan Kelantan untuk realisasikan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di negeri ini tidak hilang begitu sahaja sebaliknya sedang berusaha membolehkan RUU Persendirian itu dibentangkan pada sesi Parlimen terdekat ini.

“Bagi pihak kita semua sudah siap, cuma kita menunggu persetujuan daripada kerajaan persekutuan sahaja untuk bentangkan,” katanya. Terdahulu beliau merasmikan sambutan Hari Malaysia peringkat negeri Kelantan yang dimeriahkan dengan perbarisan 58 kontinjen simbolik kemerdekaan Malaysia, di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV semalam.

1MDB: Rafizi berhenti bersuara, biar Tun M pula

Rafizi Ramli
SEGAMAT – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menegaskan beliau tidak mahu lagi bersuara mengenai isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) memandangkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan terangkan isu itu kepada rakyat.

Menurutnya, sejak 2011, beliau bersama Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua dan beberapa pimpinan pembangkang aktif membongkar salah laku 1MDB kerana ketika itu tiada orang lain berani bersuara.

“Dahulu, jika saya sebut pasal 1MDB, banyak pihak terutama kerajaan, marah saya dan saya sendiri sudah beberapa kali dapat surat saman.

“Sekarang, (Tun) Dr Mahathir dan banyak lagi pihak di negara ini berani bercakap pasal isu ini dan saya tidak mahu bercakap sangat selepas ini dan biarlah fokus kepada isu lain pula,” katanya ketika Program Sembang Santai Bersama Pimpinan PKR anjuran PKR Cabang Segamat, di sini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...