TERKINI :

Friday, September 18, 2015

Malaysia kini bahaya kerana kepimpinan Najib, kata wartawan veteran

http://cdn.asiancorrespondent.com/wp-content/uploads/2013/01/NajibRazakFront-621x310.jpg
Menyifatkan negara kini dilihat semakin berbahaya dan tidak selamat, wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin berkata kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Kevin Morais bukan lagi kes luar biasa.

Menulis di dalam blognya The Scribe, bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (NSTP) itu berkata, kes pembunuhan saban hari semakin menjadi-jadi dan menjadi misteri.

"Selama 46 tahun menjadi wartawan saya melaporkan dan membaca banyak kejadian aneh: manusia hilang tanpa kesan, tauke India dibunuh tetapi pembunuh tidak diketahui, wanita asing diledakkan dan macam-macam lagi.

"Yang terbaru Timbalan Pendakwa Raya (DPP) (Anthony Kevin Morais) diculik di tengah-tengah kemewahan Bangsar dan mayat beliau ditemui di Subang Jaya," kata Kadir dalam tulisan di blognya hari ini.

YANG BERMASALAH DAN PUNCA SEGALA MASALAH IALAH NAJIB, BUKAN CINA


Shahbudin Husin,


Apakah sebetulnya masalah sebenar  dalam negara kita sekarang ini?

Satu-satunya sebab himpunan baju merah diadakan ialah untuk mempertahankan kedudukan Perdana Menteri, Najib Razak yang sedang bermasalah. Tidak perlu dihuraikan lagi apa sebenarnya masalah Najib ssjak dulu hingga kini kerana seluruh dunia sudah memperkatakannya.

Masalah Najib tidak saja ditulis di media-media antarabangsa dan diterbitkan dalam bentuk rencana video untuk siaran televisyen, tetapi juga sudah menjadi fokus utama forum di peringkat antarabangsa.

Daripada UMNO jadi bergolak sekarang dan kemudian muncul pelbagai himpunan untuk menyatakan sokongan terhadapnya, kini masalah Najib sudah bertukar menjadi beban kepada negara pula.

Hanya kerana ingin mempertahankan Najib, hubungan kaum sudah jadi retak dan tidak seharmoni dulu lagi. Semuanya kerana perhimpunan baju merah yang bercorak perkauman dan menghina kaum lain telah dibenarkan berlaku seolah-olah penolakan terhadap Najib adalah berasaskan kehendak satu-satu kaum saja.

Hello...sedarlah bahawa orang ramai menolak dan ingin menyingkirkan Najib bukan kerana bangsa dan keturunannya, tetapi disebabkan perangai dan kepimpinannya yang tidak boleh diterima lagi.

Abu Dhabi dakwa AS$1 bilion lagi daripada 1MDB hilang, lapor WSJ


Wall Street Journal (WSJ) hari ini melaporkan AS$1 bilion lagi bayaran kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada anak syarikat pelaburan Abu Dhabi daripada 1MDB masih belum ditemui. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 September, 2015.
Sepuluh hari selepas muncul tuduhan kehilangan bayaran AS$1.4 bilion (RM6.02 bilion) daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada anak syarikat pelaburan Abu Dhabi pada November 2014, Wall Street Journal (WSJ) hari ini melaporkan AS$1 bilion lagi masih belum ditemui.

Pegawai di sana cuba menjejak AS$993 juta yang dilaporkan dibayar 1MDB kepada International Petroleum Investment Co (IPIC), kata WSJ.

Akhbar harian perniagaan itu pada 9 September melaporkan IPIC, syarikat pelaburan negeri Emiriah Arab Bersatu menjamin AS$3.5 juta bon yang dikeluarkan 1MDB untuk membiayai pembelian loji jana kuasa pada 2012.

Sebagai balasan, IPIC ada opsyen untuk membeli 49% pegangan dalam loji jana kuasa itu dan juga sebagai cagaran bagi bon berkenaan.

1MDB melaporkan ia membayar semula IPIC AS$1 bilion, manakala pihak IPIC berkata tidak menerima bayaran kedua. Dana pelaburan negara itu berkata, akaun kewangannya yang diaudit dan ditandatangani oleh Deloitte, termasuk dengan AS$1.4 bilion yang didakwa hilang itu.

PKR tetap ajak PAS bincang Pakatan baharu walaupun Hadi keras, kata Azmin

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata partinya sentiasa menawarkan diri untuk mengetuai rundingan membentuk gabungan pembangkang baharu bersama PAS agar permuafakatan dapat dijalinkan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 18 September, 2015.
Meskipun Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak kerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah), namun PKR tetap akan meneruskan usaha rundingan membentuk gabungan pembangkang baharu bersama parti Islam itu.

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata partinya sentiasa menawarkan diri untuk mengetuai rundingan tersebut agar permuafakatan dapat dijalinkan.

"Tidak apa. Kita akan terus ajak berbincang dan kita kira tidak ada rugi PKR mengetuai rundingan supaya diwujudkan keharmonian dan kerjasama baik ," katanya selepas majlis penyerahan lembu korban sumbangan kerajaan negeri di perkarangan bangunan Sultan Idris Shah di Shah Alam Selangor hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Hadi yang menolak menjalinkan kerjasama politik dengan Amanah atas alasan pengkhianatan kepada PAS.

Anina mohon mahkamah bekukan aset Najib

Bekas wanita Umno Langkawi Anina Saadudin terus mengasak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak di mahkamah.

Beliau hari ini memfailkan permohonan perintah injuksi mareva untuk membekukan aset presiden Umno dan perdana menteri.

Peguam Anina, Hanif Khatri Abdullah, memberitahu Malaysiakini, permohonan untuk membekukan aset Najib itu difailkan pagi ini.

Hanif berkata, pembekuan itu dipohon sehingga kes samannya terhadap Najib sebelum ini dibicarakan.

Anina sebelum ini, mendakwa ahli yang bertindak bagi pihak Umno, menuntut sebahagian daripada wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib kerana ia untuk kegunaan parti Melayu itu.

Langkah drastik itu membuatkan beliau dipecat. Pemecatan itu juga dicabar ke mahkamah.

Islam tidak halang bantu kaum sendiri tetapi jangan hina kaum lain

 drmaza,kaum
PETALING JAYA: Islam menentang ‘asabiyyah’ atau sikap berpuak-puak namun Islam tidak menentang usaha membantu dan memartabatkan kaum sendiri jika ada keperluan ke arah itu dan tidak membawa kepada pemusuhan antara puak dan kaum.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Islam juga melarang sikap ‘asabiyah’ yang berhimpun atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil (salah), namun membela atas dasar ketaksuban.

“Jika ada ciri itu maka ia ‘asabiyyah’ yang dilarang sama ada perjuangan parti atau perjuangan kaum. Bukan sahaja perjuangan politik bangsa boleh menjadi ‘asabiyyah’, perjuangan atas nama Islam jika fanatik dan menolak kebenaran hanya kerana keputusan parti juga boleh dinamakan ‘asabiyyah’,” katanya.

Beliau memberi penerangan itu di status Facebooknya bagi menjawab pertanyaan pandangan Islam mengenai perjuangan memartabatkan bangsa.

Penerangan itu dipercayai ada kaitan dengan kenyataan Tan Sri Annuar Musa pada Himpunan Baju Merah yang dilaporkan berkata, perkauman itu dituntut dalam Islam bagi mempertahankan hak tanpa menzalimi kaum lain.

Annuar Musa dinasihat jangan jadi seperti Yahudi

 Wan-Ji-Wan-Hussin_Annuar-Musa_600
PETALING JAYA: Kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Annuar Musa yang menyifatkan perkauman itu dituntut dalam Islam bagi mempertahankan hak adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Badan Pemantapan dan Pemahaman Agama, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wan Ji Wan Hussin berkata, kenyataan Annuar itu boleh merosakkan imej Islam.

Malah, katanya, kenyataan Annuar itu juga seolah-olah mengikut jejak langkah Yahudi kerana dalam al-Quran ada menyebut sesiapa yang mengagumkan bangsa adalah Yahudi.

“Di Malaysia, terdapat pelbagai agama yang dianuti, seperti Hindu, Buddha, Kristian termasuk agama Islam.

“Semua agama ini tidak menyeru kepada perkauman,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Bekas ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Selangor turut memberi amaran supaya Annuar jangan mengaitkan Islam dengan perkauman.

Mufti Perlis disiasat kerana menghasut berhubung posting menjelang Bersih 4


Polis siasat Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengikut Akta Hasutan berkaitan kenyataannya di Facebook menjelang perhimpunan Bersih 4 bulan lalu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 September, 2015.
Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin disiasat polis mengikut Akta Hasutan berhubung satu postingnya di laman sosial Facebook menjelang perhimpunan Bersih 4 pada 29 Ogos lalu.

Dalam status yang dimuat naik pada 8.00 malam sehari sebelum himpunan selama 34 jam itu, mufti Perlis menggambarkan mereka yang bangkit menentang si zalim sebagai wira.

"Sesiapa yang bangkit menentang si zalim yang kuat ataupun pengkhianat yang berkuasa maka dia pastinya seorang wira.

“Memalukan bagi sesebuah masyarakat ataupun pihak jika tiada wira lelaki yang muncul, sebaliknya hanya wanita yang berani tampil bersuara dan bertindak,” tulis Asri.

Beliau turut memuji pejuang dari Argentina yang membantu membebaskan Cuba daripada kediktatoran, Ernesto Che Guevara.

"Mengiktiraf keperwiraan seseorang pejuang bukan semestinya kita menyokong ataupun bersetuju dengan semua pegangannya.

PAS tolak kerjasama dengan Amanah - Hadi


PAS tidak akan bekerjasama dengan pengkhianat parti, kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 September, 2015.
PAS tidak akan menjalinkan kerjasama politik dengan Parti Amanah Negara (Amanah) yang ditubuhkan bekas pemimpin parti itu kerana "pengkhianatan", kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menyifatkan perbuatan Amanah mengkhianati perjuangan mereka, presiden PAS itu berkata pengkhianat parti lebih teruk daripada musuh.

Hadi berkata, PAS sedia bekerjasama dengan pihak lawan, namun tidak akan melakukan perkara sama terhadap pengkhianat parti.

"Orang yang khianat pada perjuangan tiada pilihan sama ada dia balik atau dihapuskan, dia bertaubat.

"Ini cara perjuangan Islam, tak boleh orang yang ada rekod khianat perjuangan, tak boleh sama sekali," katanya melalui rakaman video yang dikongsi melalui laman Facebook PAS.

Rakaman video tersebut merupakan sedutan sesi soal jawab antara Hadi dan peserta program Mukhayyam Tarbawi PAS kawasan Machang di Rusila, Terengganu pada 3 September lalu.

Mat Sabu - PAS bukan musuh, UMNO BN lah musuh utama

http://www.theantdaily.com/Documents/Article/33133/Through-Amanah_785X442.jpg
Mohamad berkata, AMANAH sekarang masih menumpukan proses menubuhkan kawasan dan cawangan di peringkat negeri.

Mengulas mengenai hala tuju AMANAH - yang ditubuhkan pada 31 Ogos lalu - Mohamad berkata ia satu gagasan baru dalam persada politik negara dan sama sekali tidak melihat PAS sebagai musuh utama.

Sambil mengakui kemunculan parti baru sering diberi dengan pelbagai gelaran, Mohamad menganggap ia sebagai "perkara biasa" dan kadang kala ukuran sokongan parti baru perlu diukir dari sudut mood dan suasana bukan dari umur semata-mata.

"Kita tidak melihat PAS sebagai musuh utama. Tidak sama sekali, sebab semua orang PAS menjadi penyokong kita dan pada masa akan datang.

"Biasalah, bila parti baru ditubuhkan macam-macam lah gelaran yang diberikan kepada kami. Kami biasa. Bagi Abang Mat biasalah," katanya.

Simulasi RAFIZI RAMLI tempang..!!!!


Rafizi Ramli dilaporkan berkata PKR telah membuat simulasi dengan PAS bertanding tiga penjuru.

Hasilnya PKR hilang banyak kerusi Parlimen serta Amanah cuma menang satu.

Saya ingin memberitahu simulasi PKR/Rafizi Ramli itu tidak tepat dan jauh dari sasaran.

Mengapa?

Kerana simulasi tersebut dilakukan dlm keadaan para responden pengundi Melayu menganggap PAS masih boleh menang kerusi dan membentuk kerajaan.

Apabila PAS tidak ada dlm PR2.0 kelak dan menjadi partai kera sumbang, maka tahap sokongan kepada mereka akan menurun dengan begitu rendah sekali.

Ini kerana umat Melayu tidak suka mengundi partai yang mereka tau akan kalah terutama di Pantai Barat.

Antara CINA BABI dengan MELAYU LEMBU


'Apa salahnya dengan Cina Babi, itu makan mereka'

Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos telah menawarkan hujah gastronomi untuk menangkis dakwaan bahawa istilah 'Cina Babi' menghina masyarakat Cina.

Sambil menggesa semua pihak tidak mengeksploitasi perkara itu, beliau berkata, istilah 'babi' hanya menyinggung perasaan orang Melayu kerana memakan daging babi adalah haram dalam Islam.

VIDEO Penuh Majlis Pelancaran Perdana Parti Amanah Negara





PADANG SERAI - Menunggu Pampasan lebih 20 tahun namun segalanya janji tinggal janji

‘Tolong tunaikan hak kami’

PADANG SERAI - Bekas pekerja ladang estet Padang Meiha, di sini, masih lagi menaruh harapan hak mereka ditunaikan selepas diberhentikan kerja akibat ladang tersebut dipindah milik.

Biarpun sudah 22 tahun berlalu, bekas pekerja dan waris mengharapkan wang pampasan dan rumah kos rendah yang dijanjikan diterima mereka.

Naib Pengerusi dan Setiausaha Bekas Pekerja Ladang Padang Meiha, Mohd Ali Abdul Razak berkata, sehingga kini hanya 30 peratus daripada 187 bekas pekerja masih hidup dan mengharapkan hak mereka tertunai.

Menurutnya, pada 1997 satu penyelesaian dicapai antara bekas pekerja dengan syarikat terbabit yang berjanji akan membuat bayaran pampasan dan menyediakan rumah kos rendah dibina atas tanah tersebut dengan harga subsidi.

“Dulu kita bawa ke mahkamah, jadi pihak syarikat yang membeli tanah tersebut dan bekas pekerja mencapai kata sepakat dengan menandatangani perjanjian di mana pihak syarikat akan membayar wang pampasan mengikut tempoh berkhidmat dan membina rumah kos sederhana yang ketika itu berharga kira-kira RM23,000, maksudnya pekerja bayar separuh harga rumah.

Kerajaan pantau banjir di Perlis dan Kedah

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0331/Kosmo/Negara/ne_10.1.jpg
Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR: Kerajaan memantau keadaan banjir di Perlis dan Kedah, serta menghulurkan bantuan serta-merta kepada mereka yang terjejas di kedua-dua negeri itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kanak-kanak dan mereka yang berada di kawasan berisiko tinggi juga akan dipindahkan serta-merta.

"Saya ambil maklum mengenai keadaan di Kedah dan Perlis yang dilanda banjir kilat, dan berdoa semua di sana berada dalam keadaan selamat.

"Kerajaan akan memantau keadaan ini dan hulurkan bantuan dengan serta merta kepada mereka yang terjejas, terutamanya kanak-kanak dan mereka di kawasan berisiko tinggi yang perlu dipindahkan serta merta," katanya dalam status terbaru laman Facebook beliau malam ini.

Hujan lebat sejak tiga hari lepas menyebabkan banjir di beberapa kawasan di Perlis dan setakat ini, seramai 50 orang dari 12 keluarga telah dipindahkan ke pusat pemindahan.

Selain itu, lebih 1,000 penduduk dari lapan buah kampong di Changlun, Kedah terjejas akibat banjir berikutan hujan lebat sejak dua hari lepas.

Jerebu : Rakyat Malaysia, Indonesia, Singapura kongsi masalah sama setiap tahun

KUALA LUMPUR: Negara-negara di Asia Tenggara berdepan dengan masalah jerebu sejak beberapa tahun ini berikutan aktiviti penebangan serta pembakaran terbuka hutan di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia.


Malangnya sehingga kini, tindakan tegas terhadap pihak bertanggungjawab masih belum dikenakan.

Berikut adalah beberapa masalah yang dihadapi oleh kawasan-kawasan yang terjejas sejak seminggu lalu.
Malaysia: Sekolah dibuka semula hari ini

Jabatan Pendidikan Sarawak pagi ini mengeluarkan arahan untuk menutup sekolah di Kuching, Samarahan, Padawan, Lundu dan Bau berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menghampiri paras tidak sihat.

Pada jam 12 petang, Kuching (198), Samarahan (210) dengan bacaan IPU tertinggi; 12 kawasan mencatatkan bacaan tidak sihat.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...