TERKINI :

Thursday, September 17, 2015

ORANG MELAYU TIDAK AKAN MAJU HANYA DENGAN MEMUSUHI KAUM LAIN


Sehingga Tun Mahathir sendiri merasa hairan tentang matlamat dan tujuan diadakan Perhimpunan Baju Merah. Aku merasakan sebahagian besar rakyat Malaysia juga akan terpinga-pinga melihatkan segelintir orang Melayu terjerit dan terlolong dengan tidak tentu tujuan dan matlamat mengapa mereka berhimpun. Aku merasa yakin bahawa orang Cina ataupun khususnya parti DAP tidak sedikit pun merasa tergugat dengan ‘tindakan’ golongan Baju Merah itu kerana apa yang disuarakan sebagai tentangan mereka sebenarnya tidak berkaitan.

Kata Dr Mahathir BERSIH 4 bukanlah perhimpunan bersifat rasis kerana ia disertai pelbagai kaum."Mereka (kumpulan baju merah)mahu BERSIH menjadi rasis supaya mereka boleh mempertahankan Melayu…..(Bagaimanapun) mereka bukan mempertahankan Melayu. Ia (Himpunan Rakyat Bersatu) tak perlu,"

Seorang lagi pemimpin negara yang menyatakan rasa kecewa terhadap perhimpunan Baju Merah ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dalam perutusan sempena Hari Malaysia beliau berkata, sambutan detik penting negara wajar dizahirkan dengan acara yang melambangkan perpaduan rakyat."Janganlah pula Hari Malaysia disambut dengan perarakan atau perhimpunan yang boleh ditafsirkan sebagai berbaur perkauman walau apapun motif di sebaliknya," kata beliau.

Saya tidak rasa maruah Melayu tercabar - Pak Lah


KUALA LUMPUR: Maruah kaum Melayu tidak tercabar di negara ini, kata bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi.

"Mungkin ada pihak yang merasakannya (maruah Melayu tercabar), tetapi saya tidak merasakan maruah kaum Melayu tercabar," kata Abdullah.

Beliau diminta mengulas mengenai penganjuran Himpunan Rakyat Bersatu pada Rabu.

"Bagi saya, janganlah lakukan perkara yang boleh menjejaskan keharmonian kaum.

"Jika ada kumpulan yang ingin suarakan kehendak atau pandangan mereka, silalah tetapi jangan sampai cetuskan pergaduhan," kata Abdullah ketika ditemui selepas majlis makan tengah hari di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di Kuala Lumpur petang tadi.

Sementara itu, Abdullah turut menafikan kewujudan konsep rasisme dalam Islam.

"Tidak," jawab beliau sambil menggelengkan kepalanya ketika ditanya oleh wartawan.
Sebelum ini, Tan Sri Annuar Musa dilaporkan berkata konsep rasisme dalam Islam adalah dibenarkan.

Utusan diperintah bayar RM200,000 kepada Tony Pua



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad membayar ganti rugi RM200,000 kepada anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee berhubung artikel yang diterbitkan di akhbar Utusan Malaysia, tahun lepas.

Peguam Elly Azureen Khalid yang mewakili Utusan Melayu memberitahu pemberita, mahkamah membuat perintah itu selepas syarikat akhbar itu menerbitkan permohonan maaf berhubung penerbitan artikel yang bertajuk "Tony, Anwar Dirujuk Jawatankuasa Hak dan Kebebasan" pada 15 November tahun lepas.

Elly Azureen berkata akhbar itu menerbitkan permohonan maaf tersebut pada 23 Mei lepas.

Beliau berkata Hakim Datuk Hue Siew Kheng yang membuat keputusan itu dalam kamarnya juga memerintahkan Utusan Melayu membayar kos RM15,000 kepada Pua.

Pada 16 Januari tahun ini, Pua menfailkan saman itu dan mendakwa artikel itu yang mengandungi empat pernyataan fitnah antara lain bermaksud beliau seorang ahli politik yang tidak bermoral, tidak tahu malu dan ahli perniagaan yang tidak cekap.

Beliau memohon ganti rugi am, teruk, faedah, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Peguam Guok Ngek Seong mewakili Pua.

- Bernama

Lebih 1,000 penduduk Changlun terjejas banjir

JPAMCHANGLUN - Lebih 1,000 penduduk dari lapan buah kampung di sini dilapor terjejas akibat banjir berikutan hujan lebat yang turun sejak dua hari lepas.

Kampung tersebut ialah Kampung Paya Nomi, Kampung Belukar, Kampung Rantau, Pekan Changlun, Kampung Sungai Petani, Taman Rasa Sayang, Kampung Bendang Ceruk dan Kampung Padang Pasir yang melibatkan kira-kira 600 buah rumah.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Kubang Pasu, Kamarulzaman Kasa berkata, banjir mula berlaku kira-kira jam 4.30 pagi tadi akibat limpahan air Sungai Changlun.

Namun beliau berkata setakat ini belum berlaku pemindahan penduduk.

"Setakat ini air yang naik adalah sedalam antara 0.5 hingga 1 meter. Pemindahan akan dibuat sekiranya keadaan memerlukan," katanya.

Seorang penduduk di Pekan Changlun, Rozali Man, 50, berkata, air mula melimpahi halaman rumahnya kira-kira tengah malam tadi dan mula memasuki ke dalam rumahnya kira-kira 9 pagi.

PKR adakan persidangan meja bulat bincang pakatan pembangkang baharu


PKR bakal mengadakan persidangan meja bulat pada Selasa depan bagi membincangkan pembetukan pakatan pembangkang baharu.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pihaknya sejak sebulan lalu sudah mengambil inisiatif untuk bertemu dan berbincang dengan pimpinan parti pembangkang .

Ketua pembangkang itu berkata, usaha pembentukan pakatan baharu amat penting kerana krisis politik dan skandal membabitkan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Muktahir ini, pelbagai kemelut negara akibat ketempangan kepimpinan kerajaan Najib sebagai perdana menteri membebankan rakyat.

" Rakyat meletakkan harapan yang tinggi supaya parti-parti pembangkang di negara ini bersatu dalam sebuah pakatan yang harmoni demi tujuan bersama membela rakyat dan menewaskan Umno/Barisan Nasional," kata ahli Parlimen Permatang Pauh itu dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga membayangkan pertemuan yang dilakukan pihaknya menerima reaksi positif parti pembangkang lain.

IGP kesal tindakan menghina kaum, ikrar siasat

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar meluahkan rasa kesal berkaitan penghinaan kaum dan kain rentang yang provokatif seaktu perhimpunan Baju Merah semalam.

Beliau turut mengkritik peserta yang membaling botol ke arah anggotanya dan enggan mengikut arahan bersurai sewaktu di Jalan Petaling.

"Saya memberi amaran kepada mereka sebelum perhimpunan bahawa mereka tidak sepatutnya melampaui batas dengan menghina kaum atau membawa sepanduk yang memperkecilkan kaum lain dan menggugat keamanan.

"Malangnya, ada di kalangan mereka tidak mematuhi amaran. Seperti yang saya selalu kata, 'berani buat, berani tanggung'.

"Jadi jangan bising bila kami buat siasatan," katanya kepada Malaysiakini.

Logo AMANAH punya pasal kentut pun tak wangi lagi.


Masalah logo Amanah, masalah kecil. Banyak pemimpin dan ahli keluar parti patut salahkan Presiden. TANYAlah sama Presiden, apa sebab pokok bergoyang?

Bukan soal logo sangat, tetapi apabila hati sudah getik, semua yang dibuat AMANAH Negara dianggap satu kesalahan.

Siap boleh jadi pendakwaraya, hakim dan mahkamah.Siap boleh keluar fatwa.Semua boleh keluar fatwa, dari ahli sampai atas.

Dulu penulis pernah tulis, kentut Nizar pun wangi, tapi sekarang busuk.

Najib Razak terus dikepong

Muhammad Najib bin Abdul Razak suami kepada Rosmah binti Mansor terus berkelentong. Suami Rosmah ini ke hulu ke hilir berlabon membawa kesah dongeng lagi karut. Semua ini dilakukan kerana pada ketika ini suami Rosmah itu sedang dikepong.

Kumpulan yang mengepong ini dikepalai oleh Tun Dr Mahathir Muhamad. Si Mahathir ini pernah menjadi presiden kepada parti United Malays National Organisation dan perdana menteri selama 22 tahun. Justeru, gerakan kumpulan mengepung suami Rosmah ini cukup licik lagi berpengalaman.

Strategi dan tujuan Mahathir amat jelas. Mahathir mahu suami Rosmah diundurkan secepat mungkin. Suami Rosmah wajib berundur sebelum PRU14.

Dalam tulisan ini saya akan cuba membawa pencerahan kenapa dan mengapa suami Rosmah diserang dan dikepong. Dan apa di sebalik perancangan Mahathir ini.

Sebenarnya Mahathir tidak suka kepada suami Rosmah ini bukan bermula baru-baru ini. Tiga atau empat tahun dahulu Mahathir telah menyuarakan kesangsian terhadap keupayaan suami Rosmah memimpin. Perkara ini dibangkitkan oleh Mahathir dalam kumpulan kecil dan perbincangan tertutup

Desas desus sering didengar bagaimana dalam kumpulan tertutup ini Mahathir sering memperlekeh suami Rosmah.

Pemuda MCA marah HIMPUNAN MERAH apabila suruh "HAPUSKAN SEK. JENIS KEB. CINA"



ULASAN Pada asalnya saya melihat perhimpunan aman ini boleh diterima sehinggalah saya terlihat poster yang tertulis "Hapuskan SJKC" yang dipamerkan oleh para peserta Himpunan Maruah Melayu.

Tindakan sedemikian adalah amat tidak wajar sekali yang mana SJKC merupakan salah satu institusi pendidikan yang berwibawa untuk melahirkan golongan akademik serta jutaan pelajar berkaliber setiap tahun.

Saban tahun, ratusan dan ribuan pelajar bukan Cina hasil didikan SJKC yang berjaya menamatkan pelajaran dengan cemerlang sekali.

Sebagai seorang pemimpin Pemuda MCA, saya mendokong sepenuhnya Perkara 152 dalam Perlembagaan Malaysia yang mana bahasa Melayu tetap menjadi bahasa kebangsaan kepada setiap warganegara Malaysia.

Inilah sebab saya memilih untuk menulis dalam bahasa Melayu. Setiap daripada kita juga mempunyai hak dan kebebasan untuk memilih jenis sekolah yang ingin dimasuki. Hal ini tidak boleh disangkal sama sekali.

PAS Tiada Tahaluf Siyasi dengan orang-orang yang khianat

TIADA TAHALUF SIYASI DENGAN ORANG ORANG YANG KHIANAT


Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang memberikan jawapan yang jelas bila menyebut "tiada tahalluf siyasi dengan orang orang yang khianat".

Lagipun kandungan lafaz baiah yg telah diikrarkan secara sukarela oleh pemimpin pemimpin yg khianat yang telah diamanahkan mewakili PAS dalam pilihanraya adalah jelas menyebut mereka "dilaknat oleh Allah dan sekelian makhluk yang melaknat".

Mereka boleh menjadi calon PAS kerana adanya watikah pencalonan yang dikeluarkan oleh PAS. Bukannya pihak lain.

Mereka menunjukkan sifat yang sangat keji dengan mengambil mudah ke atas ikrar baiah mereka yang merupakan perjanjian besar mereka dengan Allah SWT dalam memperjuangkan Islam yang sudah diletakkan syarat selagi tidak melanggar syariat.

Tiada hujah nyata tentang mana mana pelanggaran syariat yang menyokong pelanggaran baiah. Alasan mereka semata mata kerana tidak bersetuju dengan pendirian Presiden dalam banyak perkara.

MB: Umno hanya mampu laung slogan rasis?


Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata beliau berasa sangat malu dan meluat dengan perhimpunan kumpulan baju merah di Kuala Lumpur semalam.

Beliau juga kecewa kerana Umno hanya mampu menganjurkan perhimpunan seperti itu untuk menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Tiada kata-kata yang dana menyatakan rasa malu dan meluat yang saya rasakan apabila melihat orang Melayu berbaju merah – lelaki dan wanita – melaungkan slogan rasis dan pernyataan hina serta kebencian.

“Adakah ini idea Umno yang paling baik untuk mengembalikan maruah orang Melayu?

“Membangkitkan sentimen anti-Cina, anti-DAP dan melakukan tindakan provokasi seperti berarak ke (Plaza) Low Yat dan Petaling Street?,” katanya timbalan presiden PKR.

Adalah diharapkan Amanah tidak menjadi 'anjing' yang hanya tahu menyalak 'babi' di atas bukit.

Wfauzdin Ns


Ini bukan muktamar atau Kongres Rakyat, jauh sekali himpunan merah.

Hari ini, Pelancaran Parti Amanah Negara peringkat Kebangsaan. Parti "nyamuk' yang dibidani oleh Mat Sabu ini baru berusia beberapa hari saja tapi telah memiliki jiwa yg besar apabila bersedia menerima sesiapa saja termasuk parti lamanya untuk bersama dalam Pakatan 2.0 nanti. Malangnya, pihak di sana agak sukar menerima kehadiran parti ini.

walau bagaimanapun, atas dasar kemanusiaan, adab juga akhlak, Parti Amanah ini sependapat dengan KEADILAN untuk 'mempelawa' Pas bersama atas prinsip rejim harus dijatuhkan melalui muafakat semua parti Pembangkang dan Ngos. Masalah satu pihak yang merasakan kekuatan bersendirian itu kita serahkan kepada mereka. Memang terlalu sukar untuk memikirkan bagaimana mereka boleh bersama Amanah kerana gelaran \pengkhianat' yang telah mereka berikan pada Amanah. Lojik akal, tidak mungkin satu parti Islam boleh bertahalluf dengan 'pengkhianat'. Tapi tidak mustahil ada "ijtihad' baru nanti.

Himpunan Merah menyebabkan Padang Merbok penuh sampah sarap..

Pesaka perlu tanggung kos kerja pembersihan, kata datuk bandar

Pekerja pembersihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur membersihkan sampah sarap yang ditinggalkan peserta 'baju merah' di Padang Merbok, semalam. – Gambar The Malaysian Insider, 17 September, 2015.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menuntut kos kepada Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) bagi kerja pembersihan di Padang Merbok serta kawasan yang terlibat dalam program Himpunan Rakyat Bersatu semalam, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur Mhd Amin Nordin Abd Aziz.

Sinar Harian melaporkan, Amin tidak menafikan kawasan Padang Merbok kotor meskipun terdapat kerja pembersihan dibantu peserta perhimpunan tersebut.

"Sampah diuruskan Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora), termasuk di jalan-jalan terlibat. Jadi sebarang tuntutan, Alam Flora akan keluarkan bil kos, untuk dituntut kepada Pesaka.

Sultan Johor Murka pada PERHIMPUNAN MERAH

SULTAN JOHOR MURKA PADA PERHIMPUNAN MERAH



Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, pihak berkuasa Johor digesa menangkap sesiapa sahaja yang terlibat menghasut rakyat Johor untuk bersifat perkauman. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 September, 2015.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menegaskan hari ini, pihaknya tidak menerima sebarang amalan bersifat perkauman dan negeri Johor tidak memberi ruang kepada sebarang isu dan sikap perkauman.
Malah, titah baginda, pihak berkuasa negeri itu digesa menangkap sesiapa sahaja yang terlibat menghasut rakyat Johor untuk bertindak sedemikian.

"Mereka yang membenci dan mengamalkan perkauman tidak pernah saya terima di Johor Darul Ta’zim dan tidak mungkin saya menerima mereka.

"Kepada pihak berkuasa, berkas mereka yang menghasut Bangsa Johor untuk membenci dan mempromosikan perkauman.

"Jangan pilih kasih, cari jalan penyelesaiannya ke akar umbi,” titah Sultan Johor itu di laman Facebook rasmi baginda.

Himpunan Merah - Yang Mana Satu Betul, Utusan kata 200k tapi polis pulak kata 35k sahaja..??


Benarkah 58 Tahun Merdeka, akhirnya 'kedaulatan MELAYU' tercabar dek 'cina' DAP celaka...!!!



Yang Dipertuan Agong Melayu...
Raja-Raja Melayu...
Gabenor-Gabenor Melayu...
Gabenor Bank Negara Melayu...
Perdana Menteri Melayu...
Menteri Kewangan Melayu...
Menteri Pendidikan Melayu...
Menteri Pertahanan Melayu...
Menteri Dalam Negeri Melayu...
Menteri Komunikasi dan Multimedia Melayu...
Menteri Belia dan Sukan Melayu...
Menteri Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Melayu...
Menteri Kemajuan Luar Bandar Melayu...
Menteri Besar dan Ketua Menteri hanya seorang bukan Melayu...
Bak kata mudah...Menteri dan Timbalan Menteri majoritinya adalah Melayu...

Ketua Hakim Negara Melayu...
Peguam Negara Melayu...
Ahli-Ahli Parlimen majoriti Melayu...
ADUN-ADUN majoriti Melayu...
Kabinet kerajaan Persekutuan 95% Melayu...
Exco-Exco Kerajaan Negeri juga 95% Melayu...

MERBAU PULAS - Disebabkan Kemiskinan Terpaksa tinggal di rumah usang

Terpaksa tinggal di rumah usang
MERBAU PULAS - Kemiskinan yang membelenggu sembilan sekeluarga di Kampung Beka di sini menyebabkan mereka tidak mampu membaik pulih kediaman berusia lebih 20 tahun.

Jamilah Yahya, 41, berkata, rumah pusaka suaminya, Hassan Shafie, 54, itu dibina berasaskan kayu menyebabkan ia semakin reput dimakan anai-anai.

Menurutnya, mereka bersama tujuh lagi anak berusia antara lima bulan hingga 23 tahun terpaksa mendiami rumah berkenaan walaupun keadaannya tidak kukuh.

“Ini rumah pusaka suami, tanah ini pun menumpang saudara mara saja. Bahagian kayu di atas dijadikan bilik, dan bahagian bawah ini jadi ruang tamu dan dapur.

“Apabila hujan, air akan masuk menerusi bumbung yang bocor dan kalau angin kuat memang saya rasa tak selamat duduk di dalam rumah bimbang bumbung diterbangkan angin,” katanya kepada Sinar Harian.

Jamilah berkata, pendapatan suaminya sebagai pemotong kelapa sawit sebanyak RM600 sebulan hanya cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Jelasnya, kadangkala suaminya terpaksa meminjam kepada rakan-rakan untuk memastikan tiga anaknya dapat ke sekolah dan mempunyai wang saku untuk dibelanjakan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...