TERKINI :

Tuesday, September 15, 2015

PKR kena yakinkan rakyat bagaimana Pakatan Rakyat 2.0 bersama Pas akan berjaya.


1. Berdasarkan laporan media nampaknya PKR masih percaya Pakatan Rakyat 2.0 masih boleh diusahakan dengan membawa masuk sekali Pas bersama dalam pakatan baru itu meskipun wujudnya laporan yang menyatakan Presiden Pas lebih selesa bersendirian dalam pilihanraya umum yang akan datang.

2. Kita menghormati pendirian PKR yang mempunyai pemimpin pemimpin berjiwa besar seperti YAB Azmin Ali yang nampaknya masih bersedia memaafkan Pas meskipun meskipun banyak perkara yang Pas telah lakukan yang boleh dikira melukakan hati PKR dan ahli ahlinya.

3. Nampaknya jiwa besar pemimpin seperti YB Azmin telah sedikit sebanyak menghasilkan sedikit kejayaan bila PAS nampaknya tidak begitu "upset" kemasukan YB Dato Kamaruddin Jaafar ke PKR dibandingkan marahnya Pas ke atas mantan Ahli Parlimen Pas yang menyertai Parti Amanah Negara. Isu baiah yang panas apabila YB Kuala Kerai menyertai Parti Amanah Negara nampaknya bertukar suam bila Ahli Parlimen Tumpat menyertai PKR.

4. Secara peribadi saya tak nampak bagaimanakah Pakatan Rakyat 2.0 boleh direalisasikan jika Pas ada bersama sama, namun saya mungkin tak nampak apa yang pemimpin PKR seperti YAB Azmin ( yang lebih berpengalaman dari saya ) nampak .

5. Saya percaya YAB Azmin dan pemimpin pemimpin PKR yang lain berupaya meyakinkan rakyat, khususnya rakyat bukan Islam yang menyokong Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum yang lalu , bahawa penyertaan Pas dalam Pakatan Rakyat 2.0 akan menguatkan lagi Pakatan 2.0 untuk menumbangkan BN dalam pilihanraya umum yang akan datang.

6. Jika PKR yakin keyakinan rakyat itu boleh dijelmakan kembali sudah tentu , saya percaya, rakan rakan daripada Amanah dan DAP tidak ada masalah untuk menerima Pas dalam Pakatan 2.0.

7. Secara jujur, saya tidak optimistik tapi saya bersedia memberi peluang untuk PKR meyakinkan rakyat dan kita semua kenapakah Pas perlu bersama Pakatan 2.0.

MOHAMED HANIPA MAIDIN
AHLI PARLIMEN SEPANG

PAS pula umum himpunan baju hijau bulan depan

Selepas diheret dengan pelbagai konflik dalaman baik dengan rakan gabungan Pakatan Rakyat mahu pun kepimpinan parti itu sendiri, PAS hari ini melancarkan “Himpunan 60 Ribu” (H60K)

Himpunan yang akan berlangsung pada 17 Oktober itu nanti sebagai langkah menguatkan kembali sokongan akar umbi kepada parti Islam itu, kata pengarahnya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

"Matlamat berkait rapat dengan krisis politik Malaysia, sama ada dalam negara, parti PAS dan Pakatan Rakyat.

"Semua itu perlu sokongan serta dukungan kefahaman ahli supaya yakin dengan perjuangan," katanya pada sidang media khas Pelancaran Program "Himpunan 60 Ribu" (H60K) di Galeri Media Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Menurut anggota Parlimen Pasir Mas itu lagi, himpunan tersebut juga ekoran desakan akar umbi supaya parti itu memberi penjelasan serta mengambil tindakan susulan selepas kemelut melanda.

"Ahli tuntut sesuatu dari kepimpinan. Ia datang dari suara semangat akar umbi untuk kukuhkan Pas dan tunjuk istiqamah pada parti PAS," katanya.

Kata Nik Abduh lagi, pada perhimpunan tersebut PAS juga akan menjemput semua parti untuk menyertai perhimpunan tersebut, termasuklah PKR, DAP dan BN

"Kita jemput semua parti politik, DAP, PKR, serta NGO," katanya.

Strategi sebelum PRU

Bagaimanapun, Nik Abduh turut menafikan perhimpunan tersebut sebagai respon kepada perhimpunan BERSIH 4 atau pun Baju Merah.

Perhimpunan 50 PAS itu akan berlangsung di Stadium Sultan Muhamad ke IV, Kota Bharu, dan menggunakan warna hijau sebagai warna rasmi.

Pada himpunan tersebut juga PAS turut mengundang penceramah popular Azhar Idrus sebagai penyeri majlis.

Perhimpunan itu dilihat penting bagi menjana kembali kekuatan mereka di Kelantan bagi berdepan pilihan raya umum akan datang.

Lebih-lebih lagi, PAS kini berdepan situasi berbeza apabila akan berdepan pencabar dalam keadaan ikon penting mereka Datuk Nik Aziz Nik Mat.

PAS juga sedang berdepan krisis besar selepas sekumpulan bekas pemimpin kanannya yang tewas dalam pemilihan lalu kini membentuk sebuah parti Islam baru.

HUDUD PAS KELANTAN - Di Mana, Ke Mana Dan Apa Seterusnya..??


Tulisan ini ditujukan khas kepada sahabat-sahabat yang masih berada dan bersama Parti itu. Baca dan fahamkan dengan berlapang dada. Fikirkan semasak-masak apa yang telah dan sedang serta akan berlaku seterusnya.

HUDUD merupakan suatu isu yang sering dibawa dan dimainkan oleh parti itu sejak lama dulu dengan dakwaan bahawa HUDUD adalah asas perjuangan parti itu dalam melaksanakan Islam. Bagi pimpinan parti itu, HUDUD adalah perkara utama dan mereka mendoktrinkan ahli-ahli di bawah bahawa tanpa HUDUD, Islam tidak sempurna. Persoalan kebajikan ahli dan rakyat keseluruhan adalah perkara sampingan yang hanya akan selesai setelah HUDUD dapat dilaksanakan. Mahu tidak mahu HUDUD wajib dilaksanakan dalam apa jua keadaan kerana bagi mereka HUDUD adalah nyawa. HUDUD tidak boleh dikompromi.

1) Kerajaan Kelantan di bawah pentadbiran Almarhum Tok Guru Nik Aziz meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 untuk membolehkan Kelantan melaksanakan undang-undang jenayah syariah yang merangkumi HUDUD, Qisas dan Ta'zir. Walau bagaimanapun selama pemerintahan beliau Enakmen tersebut tidak dapat dikuatkuasakan kerana halangan perundangan dan politik.

MCA sudah berbunyi bab "Himpunan Melayu".. persoal kenapa buat pada Hari Malaysia..!!

MCA persoal tarikh Perhimpunan Baju Merah
Mohamad Fadli
| September 15, 2015

MCA berpandangan tarikh yang dipilih untuk Himpunan Baju Merah itu tidak sesuai dan akan menyinggung perasaan rakyat terutama di Sabah dan Sarawak.

woon,merah
PETALING JAYA: MCA menyifatkan tarikh yang dipilih penganjur Himpunan Melayu Bersatu pada 16 September sebagai tidak menghormati sensitiviti rakyat Malaysia.

Ketua Pemudanya, Senator Chong Sin Woon mempersoalkan tarikh berkenaan kerana ia dibuat pada Hari Malaysia.

Katanya, perbuatan itu akan menyinggung penduduk di Sabah dan Sarawak kerana pada tarikh berkenaan mereka menyambut hari kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia.

“…Seperti kita tidak setuju dengan Himpunan Bersih 4.0 adalah kenapa diadakan di waktu kita meraikan Hari Kemerdekaan, sama dengan ‘Himpunan Baju Merah’ kenapa jatuh pada hari Malaysia?.

“Walaupun mereka punyai hak kenapa mereka tidak pilih tarikh yang lebih sesuai agar tidak menyinggung perasaan lain,” katanya ketika dihubungi FMT.

Himpunan Merah : Dikala Ku Nan suruh rakyat sokong BN hadir, tetiba NAJIB pula lari keluar negara..!!

KETIKA PESERTA TURUN SAMBIL MENELAN ASAP JEREBU, SIAPA PEMIMPIN UMNO BAKAL IKUT SERTA?

 
Himpunan aman rakyat bersatu atau baju merah pada 16 September ini sudah pun mendapat kelulusan daripada pihak polis berikutan Persatuan Silat Kebangsaan atau Pesaka telah diberi kebenaran oleh DBKL untuk menggunakan Padang Merbok bagi tujuan tersebut.

Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar berkata, walaupun beliau tidak bersetuju dengan demontrasi tetapi perhimpunan 16 September ini tetap akan dibenarkan kerana sudah memenuhi kriteria di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Beliau juga memberi jaminan akan mengerahkan anggota polis yang secukupnya untuk mengawal bagi memastikan keselamatan semua orang yang menghadiri perhimpunan itu.

Bagaimanapun kelulusan ini difahamkan tidak termasuk perarakan berbaju merah yang dikendalikan oleh Gabungan NGO-NGO Melayu yang bermula di beberapa tempat di sekitar Bukit Bintang dan Jalan Petaling sebelum turut berkumpul di Padang Merbok sebagai destinasi akhirnya.

Himpunan 16 September : Siapa untung sebenarnya..?

FMT Reporters | September 14, 2015

Zaharin Mohd Yasin mendakwa kebanyakan kawan-kawannya menolak untuk menyertai perhimpunan kerana sangsi dengan penganjurnya.

zaharin
PETALING JAYA: Tujuan sebenar penganjur Himpunan Melayu Bersatu, Datuk Jamal Md Yunos mengadakan bantahan aman pada 16 September ini dilihat bermotifkan bisnes.

Dakwaan itu dibuat bekas Setiausaha UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin, di laman Facebooknya.

Atas sebab itu Zaharin berkata kebanyakan kawan-kawannya enggan pergi ke perhimpunan yang akan diadakan pada Hari Malaysia.

“Rata-rata kawan2 saya tak mahu pergi ke Himpunan Melayu bersatu.. saya tanya apa sebab? jawabnya diurus oleh seorang yang mencari keuntongannya. Mana kamu tahu dia cari keuntongan tanya saya lagi.. Dia ni kat bisnesman jual AP sahaja, projek ikan bakar dia hanya nak kempen jadi Ketua UMNO Bahagian.. lepas tu projek Kedai Ikan 1 Malaysia.. semua sudah bungkus.

Pakatan pembangkang baharu dijangka dalam masa sebulan, kata Rafizi

 Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, beliau yakin rundingan dengan PAS akan membuahkan hasil dalam usaha menjalinkan perikatan antara parti Islam itu dan semua parti pembangkang lain. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 September, 2015.
Bentuk gabungan parti pembangkang baharu akan diketahui dalam masa lebih kurang sebulan lagi, kata salah seorang perunding utamanya, yang yakin satu pakatan boleh dibentuk walaupun hubungan tidak berapa baik antara PAS, DAP dan parti baharu, Parti Amanah Negara (Amanah).

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, beliau yakin rundingan antara parti itu dengan PAS akan membuahkan hasil dalam usaha menjalinkan perikatan antara parti Islam itu dan semua parti pembangkang lain.

Rafizi berkata ini mungkin terjadi walaupun ramai yang percaya parti Islam tidak akan berpegang pada kata-katanya sebelum ini seperti dalam kes rang undang-undang hudud Kelantan dan krisis menteri besar Selangor.

"PAS sedar, ia demi kepentingan terbaik mereka sendiri, dalam memastikan akan wujud pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya. Jika mereka hendak melindungi Kelantan dan Terengganu, mereka tidak boleh berdepan pertandingan pelbagai penjuru.

"Pada ketika ini, dalam mesyuarat yang kami diadakan, terdapat komitmen bagi memastikan pertandingan satu lawan satu dalam pilihan raya," kata Rafizi, sambil menambah PKR satu-satunya parti pembangkang yang sedang berunding dengan PAS.

"Rundingan akan berakhir tidak lama lagi. Tempoh masa untuk rundingan kami adalah 2, 3 minggu hingga sebulan, dan saya nampak ada jalan untuk kita bergerak ke hadapan," kata Rafizi pada satu forum bertajuk "Pakatan Rakyat 2.0: Adakah orang ramai akan kecewa 3.0?" di Kuala Lumpur malam tadi.

Bangsat sangatkah kita?


Perhimpunan BERSIH 4 yang lalu pada saya amat berjaya. Portal berita dan penganalisis menganggarkan kehadiran peserta mencecah 500,000 orang.

Ini menjadi bukti bahawa rakyat Malaysia sedar sesuatu yang tidak kena sedang melanda Malaysia.

Saya amat yakin bahawa ramai lagi rakyat di luar sana yang sedar bahawa tindakan segera perlu diambil untuk menangani isu politik dan ekonomi negara.

Mungkin mereka tidak keluar ke ibu kota pada 29 dan 30 September lalu atas pelbagai faktor, tetapi kesedaran itu pastinya wujud, lebih-lebih lagi di kalangan generasi muda.

Kajian oleh badan kajian politweet.org mendapati sebanyak 76.62 peratus pengguna twitter di Malaysia menyokong perhimpunan BERSIH 4.

Meskipun maksud sokongan mereka mungkin berbeza-beza, jelas sekali bahawa lapisan rakyat yang celik media baru melihat terdapat masalah dalam tindakan pentadbiran Malaysia.

Saya turut menyertai himpunan BERSIH 4. Mungkin orang seperti sayalah yang layak digelar “Melayu bangsat” seperti pandangan sesetengah pemimpin suci Umno kerana terlibat dengan perhimpunan ini.

Namun ternyata perhimpunan ini berjalan dengan aman, rukun dan sangat patriotik selama 34 jam sehinggalah saat bersurai 12.00 malam 30 Ogos.

Dr M cabar k'jaan saman Al Jazeera isu Altantuya

Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar kerajaan menyaman Al Jazeera jika dokumentari berkaitan pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang disiarkannya tidak benar.

“Jika kerajaan fikir dokumentari itu tidak benar, mereka patut saman Al Jazeera kerana memfitnah.

“Al Jazeera ditonton jutaan orang di seluruh dunia. Kebanyakan orang percaya apa yang mereka lihat.

“Semata-masa berkata ia tidak benar mungkin meyakinkan sebahagian rakyat Malaysia, tetapi tidak akan meyakinkan orang luar.”

Al Jazeera pada Jumaat menyiarkan dokumentari mengenai pembunuhan Altantuya dan mengaitkannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mempertahankan diri, Najib mendakwa tindakan pihak tertentu menimbulkan semula kes pembunuhan itu sebahagian perancangan kuasa luar untuk menjatuhkannya - sama seperti strategi terhadap bekas presiden Iraq Saddam Hussein.

Bersihkan nama negara

Beliau menegaskan, Saddam digulingkan AS dengan dakwaan palsu kononnya Iraq memiliki senjata pemusnah massa.

Najib ketika menyampaikan ucapan perasmian mesyuarat Umno Pekan berkata “tak ada gambar, tiada bukti dan tiada ada SMS, ia muncul semula”.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan beberapa pemimpin kerajaan juga telah menafikan perkara itu.

Menulis di blognya hari ini, Mahathir berkata kerajaan Najib perlu bertanggungjawab membersihkan nama negara.

“Bukti mesti diberikan bahawa pembunuhan itu, penutupan kes itu, penglibatan polis dan Razak Baginda tidak sama sekali terlibat dalam jenayah teruk itu,” kata Mahathir.

Beliau juga berkata, badan kehakiman, termasuk Jabatan Peguam Negara, juga harus membersihkan nama masing-masing.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...