TERKINI :

Monday, September 14, 2015

Membina Pakatan Rakyat Baru yang lebih dinamik

BismillahirRahmanirRahim

MEMBINA PAKATAN RAKYAT YANG LEBIH DINAMIK

Parti Amanah Negara (AMANAH) peringkat Negeri Kedah mengucapkan tahniah kepada Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang berani membuat keputusan besar dan tepat menerima kemasukan ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS) iaitu Dato Kamarudin Jaafar, Ahli Parlimen Tumpat dan Tan Sri Mohamad Mohamad Taib ke dalam KEADILAN.

Pihak kami juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada kedua tokoh besar tersebut yang berani dan tegas dalam menentukan halatuju perjuangan mereka demi mengukuhkan Pakatan Rakyat 2.0 yang bakal dibentuk selepas ini.

Seterusnya tidak terlambat untuk kami mengucapkan tahniah dan syabas kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP) kerana bersedia menerima 2 orang Ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS) iaitu Sdr Zulhazmi Sharif, seorang peguam dan Sdr Mohd Shubihi Muhamad Zain Pengetua Maahad Swasta ke dalam DAP.

Tidak ketinggalan kami juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada 2 orang anak muda yang berani melakukan sebuah maneuver politik yang matang dalam dimensi politik tanah air.

Serentak dengan dua perkara besar di atas kami mengucap selamat datang, syabas dan tahniah dengan gelombang perubahan dari baik kepada yang lebih baik kepada seluruh ahli Parti Amanah Negara (AMANAH) yang baru ditubuhkan pada 31 Ogos yang lalu.

Semoga tindakan penghijrahan saudara dan saudari sekelian akan memacu dan memperkukuhkan Pakatan Rakyat 2.0 yang bakal dibentuk selepas 16 September nanti demi menyelamatkan Malaysia dari pemimpin politik korup dan pemimpin politik jumud.

Amanah - Progresif - Peduli

Dato' Dr. Ismail Salleh
Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Kedah.

Adakah PAS mampu menarik pengundi Melayu yang bukan ahlinya..?

PAS boleh menarik orang melayu bukan ahli PAS ke?

Perkembangan sekarang, program ceramah PAS sudah tidak mendapat sambutan lagi. Kayu penyukat ialah di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Di Kelantan sendiri ceramah dan program PAS sudah tidak mendapat sambutan seperti zaman TGNA. PAS Kelantan menghadapi masaalah untuk mengadakan ceramah yang mana di zaman TGNA kehadiran rakyat di ceramah2 PAS merupakan satu strategi saikologi yang mengerunkan UMNO.

Ada orang begitu bangga dengan keahlian PAS kerana baginya ia adalah kekuatan dalam pilihanraya. Sebenarnya tidak. Mana-mana parti politik menang dalam pilihanraya dibantu oleh undi-undi pengundi atas pagar. Nak tahu kekuatan PAS sebenar, kita lihat purata jumlah ahli PAS setiap Dun di Semenanjung Malaysia. Purata ahli PAS/Dun ialah 2, 247 orang/ Dun. Dengan perpecahan yang  berlaku sekarang dan tertubuhnya  PAN, purata ini akan lebih kecil apabila pemutihan di buat. Dengan 60% pengundi PRU 14 nanti terdiri dari pengundi pertama kali dan berumur dibawah 40 tahun, agak2 PAS konfiden ke dalam PRU 14?

Elok juga sdra menyebut bahawa suasana sudah berubah dimana s3belum 2008 internet belum ada. Satu sifat internet ini ialah ia seumpama pedang yang mempunyai 2 mata. Ia boleh membantu dan boleh juga menghancurkan. Mutakhir ini internet nampaknya banyak mendatangkan kesan negatif kepada PAS. Segala propaganda politik PAS diperhatikan dapat didedahkan dengan begitu cepat. PAS ketinggalan dalam perang media sosial.

Kalau yakin dengan PAS kenapa nak takut, Nik Nazmi jawab Nik Abduh


Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berpendapat tiada sebarang kesalahan sekiranya mana-mana pemimpin PAS ingin menyertai parti itu kerana sebelum ini turut berlaku perkara sama membabitkan kedua-dua parti itu.

Nik Nazmi berkata, Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz juga tidak perlu berasa takut dengan penyertaan pemimpin mereka ke dalam PKR sekiranya yakin dengan pertubuhan mereka.

"Ada beberapa ahli PKR yang sertai PAS, tiada masalah...kalau kita yakin dengan pertubuhan kita buat apa kita nak takut," katanya, kepada pemberita selepas berucap merasmikan penutup Kongres Mahasiswa Kebangsaan di Ampang Jaya, Selangor hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu berkata, PAS juga pernah menerima ahli mereka ketika parti itu dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (PKN), Mohd Anuar Mohd Tahir.

Anuar kini merupakan setiausaha agung Parti Amanah Negara (Amanah).

Nik Nazmi turut mengambil contoh bekas bendahari PKR, Abdul Rahman Othman yang meninggalkan parti itu dan memohon menjadi ahli PAS kawasan Subang Jaya, pada 2007.

"Kalau atas dasar orang itu bersetuju dengan perjuangan parti apa salahnya," katanya.

Apa yang orang Melayu dapat dengan Perhimpunan Baju Merah?

 himpunan-maruah-melayu-ridhuan-tee
PETALING JAYA: Himpunan Baju Merah yang dirancang pada 16 September ini tidak akan membawa sebarang keuntungan kepada orang Melayu.

Pensyarah dan pendakwah bebas, Prof Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah berpandangan, sebelum bertindak, orang Melayu sepatutnya menghitung diri sendiri.

Katanya, berbeza dengan orang Cina yang bersatu padu dengan sumber kewangan yang kukuh, orang Melayu pula berpecah belah dan tikam menikam antara satu sama lain.

“Melayu pula bagaimana? Ekonomi jauh ketinggalan. Perpaduan entah ke mana? Merempit dan mendadah sana sini. Berpecah hampir kepada berpuluh-puluh kumpulan.

“Sesama kumpulan tikam-menikam. Masing-masing mahu berkuasa. Pendek kata, senaraikan masalah Melayu, menjela-jelalah jawabnya,” tulisnya di akhbar Sinar Harian.

Apabila Kerajaan Negeri Kelantan mula buat kelaku seperti BN...!!!

Pimpinan Ahmad Yaakub sudah tidak diyakini?

SEBUKA MATA


Beberapa jam lalu tersebar sekeping surat perkeliling yang dikeluarkan oleh pejabat MB Kelantan yang mengarahkan ketua-ketua jabatan di negeri itu agar membuat semakan dan pemeriksaan terhadap kaki tangan masing-masing yang terlibat dengan sebarang kegiatan yang bercanggah dengan dasar kerajaan dan terlibat dengan parti baru - Parti Amanah Negara (PAN).

Antara jabatan yang terlibat dengan pekeliling itu ialah, Pusat Kajian Strategi yang merupakan badan kajian politik untuk Pas, Tabung Amanah Tok Kenali, merupakan tabung pendidikan, Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Urusan Belia dan Sukan dan Urusan Pembangunan Wanita, Keluaraga dan Kebajikan, Urusetia Penghulu dan Institiut Pemikiran Tokguru.

Pekeliling yang jadi viral dalam Fb.
Surat arahan itu bertarikh 9 September 2015 dan arahan itu perlu diselesaikan pada 23 September 2015. Yang menanda tangan surat pekeliling itu ialah Setiausaha Politik MB, bernama Wan Mohd Roslan Wan Mamat.

Adalah dipercayai hasil siasatan dan semakan itu akan diserahkan kepada MB, Ahmad Yaakub sebaik beliau kembali dari menunaikan fardu Haji. Mungkin juga arahan itu dikeluarkan MB sebelum beliau berangkat ke Tanah Suci.

Arahan berkenaan memberi tafsiran bahawa satu tindakan membersihkan kakitangan jabatan-jabatan berkenaan dilakukan menunjukkan ada sebilangan kakitangannya melanggar dasar parti. Apa yang dibimbangi ialah penyertaan ke dalam parti baharu yang diasaskan oleh GHB.

Arahan itu akan diterjemahkan bahawa kepimpinan Ahmad Yaakub hari ini sudah berada dalam keadaan kritikal sehingga ia sudah tidak dipercayai oleh kakitangannya sendiri. Gambaran ini sesuatu yang buruk kepada pentadbiran Ahmad Yaakub bersama Mohd Amar Nik Abdullah.

Taksub kaum umpama jahiliah, kata mufti Pulau Pinang

 Himpunan 'baju merah' yang dijadualkan Rabu ini mendapat kritikan pelbagai pihak kerana slogan perkauman dan pilihan lokasi, iaitu di tengah-tengah kawasan Bukit Bintang yang majoritinya Cina. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 September, 2015.
Islam melarang umatnya mengamalkan sikap taksub kepada bangsa dan kaum tertentu, kata Mufti Pulau Pinang Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor.

Salim berkata, tindakan itu boleh dianggap sebagai saki-baki kehidupan "jahiliah".

"Rasullah s.a.w. pernah bersabda bermaksud: 'Barang siapa menyeru kepada sikap taksub kepada bangsa atau kaum (assabiyyah), berperang di atas dasarnya atau mati di atasnya, maka sesungguhnya dia mati dalam jahiliyah'.

“Dalam konteks Malaysia, sikap taksub kepada bangsa atau kaum sepatutnya tidak lagi menjadi teras perjuangan. Sebaliknya mesti dipupuk semangat kewarganegaraan sebagai ganti," katanya seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian.

Pada 16 September ini, sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu akan menganjurkan perhimpunan di Kuala Lumpur digelar "Himpunan Melayu Bersatu" atau "himpunan baju merah".

Penganjur berkata perhimpunan itu sebagai bantahan kepada demonstrasi Bersih 4 hujung bulan lalu yang dihadiri majoriti Cina.

Hindari himpunan berwajah perkauman

Oleh Wan Ji Wan Hussin

http://821879909.r.worldcdn.net/media/k2/items/cache/c3620b7aeb6242a8742b96660626ed89_XL.jpg
Dalam al-Quran, Allah menyatakan negara yang tidak dibinasakan oleh Allah adalah kerajaan yang rakyat dan pemerintahnya saling baiki membaiki, saling betul membetulkan. Hal ini, seperti ditegaskan oleh Allah dalam firman Allah dalam surah Hud, ayat 117.

Sikap perkauman merupakan antara tindakan yang, bukan sekadar tidak melahirkan kebaikan, malahan ia boleh memberi implikasi keburukan kepada rakyat dalam sesebuah negara. Ia umpama benih bagi kehancuran bagi sesebuah pemerintahan.

Dalam tradisi Islam, perkauman sempit ini dinamakan sebagai assobiyyah. Dalam satu hadis yang sahih dinyatakan Nabi Muhammad ada bersabda yang bermaksud, "Bukan dalam kalangan kami orang yang menyeru atas dasar perkauman sempit; bukan dalam kalangan kami orang yang berjuang atas dasar perkauman sempit; bukan dalam kalangan kami orang yang mati atas dasar perkauman sempit."

Himpunan 16 September rosakkan imej Najib, kata PAS

 PAS menafikan terlibat dengan himpunan 'baju merah' kerana ia menyuburkan unsur perkauman yang akan melemahkan perpaduan nasional dan merosakkan lagi imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 September, 2015.
Himpunan “baju merah” yang bakal dianjurkan di ibu negara pada 16 September depan merugikan negara serta merosakkan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata PAS.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Man berkata, parti Islam itu juga tidak terlibat dengan himpunan yang dianjurkan oleh mantan ketua menteri Melaka, Tan Sri Ali Rustam.

"Perhimpunan yang menyuburkan unsur perkauman ini langsung tidak membantu negara malah ia melemahkan perpaduan nasional dan akan merosakkan lagi imej Najib kerana dianjur oleh orang besar Umno seperti Ali," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Beliau turut melahirkan kekesalan ekoran lambang dan bendera PAS disebarkan seolah-olah mereka terlibat dengan perhimpunan itu.

"PAS berasa kesal di atas tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan bendera dan lambang parti PAS dan cubaan mengaitkan parti di dalam himpunan 16 September ini.

"PAS menegaskan ia tidak terlibat dalam himpunan tersebut dan turut melarang mana-mana ahli menghadirkan diri," katanya dalam kenyataan itu.

Penangan Gores & Menang, Masyarakat sanggup rugi hanya kerana hadiah misteri?

Gores dan menang
AMAT menyedihkan apabila membaca berita mengenai seorang wanita yang sanggup menyerahkan wang sebanyak RM100,000 semata-mata mahu mendapat hadiah misteri yang ditawarkan sindiket gores dan menang.

Walaupun sudah dihebahkan banyak kali oleh media tentang kegiatan sindiket ini, namun masih ada orang yang terpedaya dengannya.

Kisah seorang mangsa iaitu ibu tunggal Jenice Lin, 45, (bukan nama sebenar) yang sanggup memandu di tengah malam dari Kuala lumpur ke Genting Highlands bersama seorang lelaki yang tidak dikenalinya, semata-mata mahu mengeluarkan wang ribuan ringgit untuk diserahkan kepada lelaki berkenaan adalah amat mangharukan.

Padahnya apabila hadiah misteri yang dikejar-kejarkannya itu hanya berupa tilam jed dan peralatan elektrik yang tidak seberapa nilainya berbanding dengan jumlah wang yang diserahkannya itu.

Begitu juga dengan kisah pasangan pesara guru di Negeri Sembilan yang sanggup menyerahkan wang sebanyak RM200,000 kepada ejen sindiket gores dan menang.

Harga minyak Malaysia sebenarnya mahal 65 sen?

 Harga minyak mahal 65 sen?
ALOR SETAR – Pertubuhan Bantuan Bertindak Kedah (PBBK) mahu kerajaan mengkaji semula pasaran harga minyak tempatan yang didakwa 65 sen lebih mahal.

Pengerusinya, Thana Chew Ne Meng berkata, ia berikutan pasaran harga minyak dunia turun lebih rendah sejak beberapa hari lalu.

“Saya difahamkan pasaran harga minyak dunia kini sekitar AS$45 (RM194) setong. Kalau ikut kiraan kasar, harga minyak tempatan sekarang sepatutnya dijual RM1.30 seliter.

“Tetapi kerajaan mengambil ketetapan menjual harga minyak RM1.95 seliter atau 65 sen lebih mahal berbanding sepatutnya,” katanya kepada media selepas menghadiri demonstrasi membantah kenaikan harga minyak di pasar awam Simpang Kuala di sini, semalam.

Jelasnya, kerajaan wajar mengkaji semula pasaran harga minyak tempatan serta memberi penjelasan kepada rakyat mengenai perbezaan harga itu.

“Jika kerajaan mengikut kaedah apungan sebenar, harga minyak tempatan sepatutnya dijual lebih murah berbanding sekarang,” katanya.

'Bukan Pas tetapi mereka yang mati katak'

 NIK MOHAMAD ABDUH
KUALA LUMPUR - "Bukan Pas yang mati katak, tetapi mereka itu sendiri yang mati katak," demikian ujar Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Menurutnya, meskipun sering berhadapan dengan krisis, Pas tidak pernah terjejas dan terus bertapak sebagai parti yang kuat dalam negara ini.

"Meskipun berhadapan dengan pelbagai masalah dan krisis, kita dapat tengok bahawa Pas sentiasa mengekalkan dan memperkukuhkan istiqamahnya.

"Ini masih boleh dilihat menerusi beberapa himpunan yang telah kita anjurkan sebelum ini, penyokong-penyokong Pas masih mengekalkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada parti," katanya ketika ditemui dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan Kamaruddin dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd Taib yang mengumumkan keluar dari Pas dan menyertai PKR, pada Jumaat.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...