TERKINI :

Sunday, September 13, 2015

Gerakan Islam dan politik perubahan

– Siddiq Fadzil (TMI)


Islam tidak bangkit hanya dengan ledakan semangat, emosi dan sentimen, tetapi dengan kekuatan ilmu yang menyedarkan dan menginsafkan.

Demikianlah hakikat gerakan Iqra’ yang mengawal kebangkitan Islam, revolusi intelektual berintikan kesedaran tauhid yang menghasilkan keberanian bersikap — menolak kebatilan dan kezaliman, dan berhujung dengan kepatuhan mutlak kepada Allah, Tuhan Yang Maha Esa (kalla la tuti‘hu wa ‘sjud wa ‘qtarib).

Dalam kaitan inilah perlunya kita melihat semula tarbiyah harakiyah sebagai proses merubah diri (al-taghyir al-nafsiy) yang tidak terhenti sebatas otak, tetapi harus meliputi watak dan akhlak.

Gerakan Islam akan kehilangan wibawa, kredibiliti dan keberkatan apabila para kader aktivisnya gagal menepati ciri-ciri ilmuan berakhlak mulia.

Justeru, gerakan Islam tidak boleh gagal mendidik para kadernya dengan mujahadah melawan sifat egois, angkuh, tamak, dan tidak berdisiplin.

Al-taghyir al-nafsiy, perubahan pedalaman diri (jiwa dan minda, otak dan watak) adalah pra-syarat kebangkitan dan perubahan yang tidak dapat dikompromi.

Untuk menjawab cabaran zaman yang sentiasa berkembang dan berubah, gerakan Islam memerlukan tahap kompetensi keilmuan yang tinggi, di samping daya fikir yang memungkinkannya melakukan ijtihad kolektif(al-ijtihad aljama‘iy) menangani pelbagai isu kontemporari.

Himpunan Baju Merah mula celaru, lebih baik batalkan saja..!!!!

Shahbudin Husin, 

Beberapa hari sebelum himpunan baju merah pada 16 September ini, kecelaruan mula berlaku di sana sini dan sesama mereka yang terlibat dengannya.

Gabungan NGO-NGO Melayu yang diketuai oleh Jamal Mohd Yunus tetap mahu berarak dengan baju merah melalui beberapa kawasan di Bukit Bintang sebelum menuju ke destinasi akhir di Padang Merbok.

Pesaka yang dipilih sebagai penganjur pula hanya mahu berkumpul di Padang Merbok. Mereka juga tidak menetapkan sebarang tema warna kepada peserta, boleh berbaju merah, hitam atau apa saja.

Malah, Pesaka mengatakan baju merah bukanlah sebahagian daripada mereka.

Mungkinkah nanti himpunan 16 September itu menjadi berbelang-belang warnanya? Tak kelakar ke?

Lalu, di mana kesepakatan dan solidaritinya? 

Pesaka turut tidak meletakkan sebarang sasaran jumlah kehadiran, tetapi Jamal mengatakan pihaknya akan mengumpul seramai 30 ribu peserta bagi tujuan itu.

Kenapa hanya 30 ribu? Mana angka yang diwar-warkan dulu kononnya sejuta peserta, 500 ribu, 300 ribu dan sebagainya?

Kalau nak lawan Bersih 4 dan menunjukkan sokongan kepada Najib Razak, bukankah jumlah yang munasabah ialah sekurang-kurangnya 500 ribu?

Hukum siapa: Ultras Malaya, FAM atau kedua-dua?

Malu! Malaysia malu lagi! Di manakah mahu diletakkan air muka lagi? Seantero dunia menyaksikan Malaysia dimalukan. Bukan oleh orang luar tetapi oleh warganya sendiri.

Setelah kekalahan mengaibkan kepada UAE, terbaru Malaysia dilondehkan lagi oleh perbuatan dan sikap penyokongnya sendiri; Ultras Malaya.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengecam keras tindakan Ultras Malaya yang benar-benar dilihat ingin mengaibkan Malaysia di mata dunia.

Tindakan membaling mercun dan suar ketika aksi Kelayakan Piala Dunia menentang Arab Saudi sehingga memaksa perlawanan dihentikan adalah perbuatan biadap dan tidak boleh diterima sama sekali.

Bermain di laman sendiri, pasukan yang bertandang dihidangkan pula dengan suar dan mercun oleh tuan rumah. Bagaikan tidak masuk akal!

Inikah akhlak dan budaya Malaysia yang terkenal dengan sifat lemah lembutnya terhadap tetamu yang ingin ditonjolkan?

DPPM ingin menyeru kepada pihak berkuasa supaya menangkap mereka yang bersalah ini kerana bukan sahaja mengaibkan negara tetapi juga membahayakan para pemain dan penonton. Haramkan sahaja mereka daripada memasuki mana-mana stadium semasa perlawanan bola sepak.

Ini merupakan suatu hukuman yang dilihat sebagai memberi pengajaran kepada seluruh para penonton bola sepak.

PKR bertemu PAS esok, bincang Pakatan Rakyat 2.0


Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli bercakap kepada media ketika menghadiri Kongres Mahasiswa Kebangsaan di Pandan, Selangor, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 13 September, 2015.
PKR dijangka bakal bertemu wakil PAS esok bagi membincangkan kemungkinan kerjasama yang akan dilaksanakan pembangkang untuk menubuhkan Pakatan Rakat 2.0, kata Rafizi Ramli.

Setiausaha agung PKR itu berkata, usaha yang dilakukan presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut dilakukan bersama parti pembangkang lain termasuk Parti Amanah Negara (Amanah)

"Presiden kami sudah memulakan proses duduk berbincang dengan setiap pihak.

"Kami duduk dan berbincang dengan Amanah, pada Rabu dan akan berjumpa PAS esok, tapi DAP belum lagi, jemputan sudah diberikan," katanya kepada pemberita, selepas menghadiri Kongres Mahasiswa Kebangsaan di Ampang, Selangor hari ini.

Rafizi yang juga ahli Parlimen Pandan berkata, pertemuan itu akan berlangsung di Ibu Pejabat PKR pada jam 2.30 petang.

"PKR ada beban kami perlu satukan semua pihak, sejak mula saya rasa PAS akan sukar untuk sertai, tetapi tidak bermakna kita perlu keluarkan mereka daripada proses," katanya.

Tetiba Nik Abduh pulak U-Turn hari ini, tempohari bukan main kata PAS kuat bila bersendirian..!!

PAS tidak mampu bergerak sendirian, kata Nik Abduh

Ketua Pemuda Pas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar selepas mesyuarat Dewan Pemuda PAS di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur, hari ini. Beliau berkata, parti PAS percaya kekuatan pembangkang terletak pada gabungan bersama parti politik lain. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 13 September, 2015.
PAS hari ini mengakui masih memerlukan kerjasama dengan parti politik lain dan tidak mampu bergerak sendiri untuk menjadi pembangkang yang kuat.

Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, parti Islam itu percaya kekuatan pembangkang adalah terletak pada gabungan bersama parti politik lain.

"Kita konsisten yang kita perlu kuat dan kekuatan parti pembangkang adalah melalui gabungan parti politik," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, di atas prinsip itu, PAS tetap akan kekal dalam hubungan politiknya dengan PKR.

"Selama mana kita boleh bergabung , kita akan kekalkan hubungan dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR) ini," katanya.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, pendirian PAS mengekalkan hubungan politik dengan PKR adalah atas dasar hormat menghormati.

PAS kecewa PKR terima Kamaruddin Jaafar

Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Kuala Lumpur, hari ini. PAS hari ini menyatakan rasa kecewa dengan tindakan sekutu politik mereka PKR yang menerima penyertaan bekas setiausaha agung mereka Datuk Kamaruddin Jaafar.

Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, parti Islam itu selalu berpegang dengan pendirian tidak akan menerima mana-mana wakil rakyat atau pemimpin daripada sekutu mereka.

"Sikap PAS dalam Pakatan Rakyat (PR), kita tidak akan terima mana-mana ahli pemimpin atau wakil rakyat yang daripada rakan politik (yang ingin lompat parti) masuk dalam PAS.

"Ada kes sebelum ini, tapi kita tangguh kemasukan demi menjaga hubungan dalam PR," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Kuala Lumpur hari ini. – 13 September, 2015.

Adakah YB Mahfuz sendiri yang keliru atau celaru...?

YB DATO' MAHFUZ OMAR, HENTIKAN KENYATAAN KELIRU.

Saya harap YB Dato' Mahfuz Omar membantu memperkukuhkan parti seperti pengorbanan yg dibuat oleh akar umbi PAS seluruh negara yg berusaha keras sekarang sehingga mencatat keahlian baru PAS antara 9,000 ke 10,000 setiap bulan.

Di Kongres Rakyat semalam, Mantan Menteri Kabinet, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, antara yg paling lama pernah menjadi menteri,  menyebut dengan lantang dan jelas, politik di Malaysia ini tunjangnya orang orang Islam khususnya melayu yg menjadi majoriti rakyat. Parti parti lain ada pemimpin, tapi tiada dokongan massa, iaitulah akar umbi rakyat.

Yang ada kekuatan ini hanyalah UMNO dan PAS. Katanya UMNO telah rosak dan wajib ditolak.

Kalau nak cakap dan bincang kerjasamapun, UMNO kena yakinkan rakyat dulu yg dia dah bertaubat. Ujar Tan Sri dalam ucapannya di pentas Kongres Rakyat yg dihadiri kira kita 10 ribu peserta dari seluruh negara termasuk perwakilan Sabah dan Sarawak.

Tan Sri Kadir melaungkan dengan jelas, sekarang, PAS tunjang politik Malaysia. Mahu bentuk kerajaan, mesti ada parti tunjang!

Saya harap ada yg dapat buat keratan video ucapan ini kerana ia banyak manfaat dan menginsafkan datang dari orang lama politik.

Kalau Tan Sri Kadir boleh berucap begini, sebagai orang lama dalam PAS yg banyak berjasa, Dato Mahfuz selayaknya memperkukuhkan lagi dengan kenyataan kenyataan positif yg membantu momentum yg sedang terbina dalam PAS sekarang.

Di Kongres Rakyat semalam, Sdra Tian Chua, Naib Presiden PKR pun boleh hadir. Malah Hj Mustafa Kamil, juga pimpinan tertinggi PKR, bertugas sepanjang hari sebagai Speaker Kongres Rakyat.

Tan Sri, Dato' Seri, Dato' dan orang kenamaan boleh hadir untuk bersama rakyat

Akar umbi kecewa kelibat YB Dato' Mahfuz tak kelihatan.

Lebih terluka lagi, di saat kita bersyukur, gelombang kemasukan ke dalam PAS sedang berlaku termasuk 6,000 orang ahli baru di Selangor dalam tempoh 3 minggu di PIHAK 13.0 Banting semalam dan begitu juga dari kalangan warga Felda di Cerul dan Jerangau di Terengganu, Dato Mahfuz pula terus mengeluarkan kenyataan kenyataan bernada keliru.

Sayang sungguh!

Akar umbi masih hormat dan sayang pada YB Dato' Mahfuz Omar.

Kembalikan Singa PAS yg kami kenali dulu. Kami akan terus dokong YB.

Tapi jika YB terus keliru, PAS akan terus ke hadapan, tak menoleh ke belakang lagi.

HJ. AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat
13hb. September 2015

PAS tidak terkejut bila MP TUMPAT & MAT TAIB sertai PKR

MP Tumpat sertai PKR sudah dijangka

SHAH ALAM - Tindakan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar menyertai rakan politiknya, PKR sudah dijangka dan Pas tidak terkejut dengan perkara tersebut.

Demikian kata Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan sambil menegaskan pihaknya tidak mahu terlalu memikirkan tindakan tersebut kerana Pas perlu mempunyai agenda yang lebih besar.

"Dari awal lagi pun mereka tidak memberikan kesetiaan dan kebersamaan. Jadi kami tidak memikirkan soal itu, tak apa, ke mana mereka nak pergi, itu hak mereka.

"Kita tak pernah mempersoalkan ke mana hala tuju individu kerana kita mempunyai satu agenda besar," katanya kepada Sinar Online selepas Kongres Rakyat, di sini, pada Sabtu.

Beliau mengulas tindakan Kamaruddin dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd Taib yang mengumumkan keluar dari Pas dan menyertai PKR, pada Jumaat.

Parti Amanah Negara dilarang buat aktiviti sebelum ROS luluskan

SHAH ALAM - Permohonan Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia untuk menukar nama kepada nama Parti Amanah Negara (Amanah) masih belum diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, parti berkenaan dilarang untuk mengadakan sebarang aktiviti atas nama Amanah selagi pertukaran nama belum diluluskan pindaan oleh ROS.

"Ini adalah selaras dengan ketetapan yang diperuntukkan di bawah Seksyen 11 Akta Pertubuhan 1966.

“Pertubuhan-pertubuhan atau parti yang melanggar peruntukan seksyen itu boleh didakwa dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak  lebih RM3,000 terhadap parti dan tiap-tiap pemegang jawatannya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut ROS, sebahagian besar ahli jawatankuasa baru parti tersebut terdiri daripada  bekas ahli-ahli Pas yang pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat sesi 2013-2015.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed sebelum ini memberitahu Parti Pekerja-Pekerja Malaysia tidak boleh dijenamakan semula kerana ia bukan parti politik tetapi sebuah parti yang memperjuangkan hak pekerja.

Umie Aida akan tinggalkan Khairuddin jika belot

umie,khairuddin
PETALING JAYA: Bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengakui akan ditinggalkan isterinya, Datin Umie Aida sekiranya dia belot dalam perjuangan berhubung isu 1MDB.

Katanya, Umie yang juga seorang pelakon tersohor tanah air berbuat demikian bagi memastikan dirinya tidak termakan umpan pihak tertentu supaya beliau menarik balik laporan polis yang telah dibuatnya.

“Umie pernah kata kepada saya, jika ada sesiapa tawarkan kebendaan, wang ringgit dan sebagainya untuk saya tarik balik laporan polis dan kalau saya terima, mungkin dia akan tinggalkan saya.

“Selama saya terbabit dalam isu ini juga, isteri saya tidak pernah berhenti memberi semangat untuk saya teruskan perjuangan ini sampai selesai dan andai kata dia dapati saya belot atau lari daripada perjuangan ini, dia ugut akan tinggalkan saya,” katanya yang dipetik daripada portal berita Mstar Online.

Anina saman penjahat dalam UMNO, bukan parti


Faiz Zainudin | September 12, 2015

Dia tampil memberi penjelasan susulan bahawa pemecatannya disebabkan samannya ke ataas UMNO

Tengku-Adnan-Tengku-Mansor,-Anina-Saadudin
PETALING JAYA: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dikatakan tidak memahami writ saman yang dibuat, Anina Saadudin.

Dalam kenyataannya, bekas ahli Wanita UMNO Cawangan Padang Mat Sirat itu berkata, dia tidak menyaman parti itu tetapi individu yang dipanggilnya ‘penjahat’ dalam UMNO.

“Saya ingin tegaskan bahawa saya bukan menyaman UMNO sebaliknya saya menjalankan tanggungjawab keahlian saya untuk UMNO menyaman penjahat-penjahat dalam UMNO,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.

Anina tampil memberi penjelasan susulan dakwaanSetiausaha Agung UMNO itu bahawa pemecatannya disebabkan dia menyaman UMNO.

Dalam tulisan yang lebih sinis dia mempertikai kewibawaan Tengku Adnan.

“Saya hairan bagaimana Setiausaha Agung UMNO bertaraf menteri telah gagal memahami kandungan saman saya di Mahkamah Kuala Lumpur.

Mat Sabu sasar 100,000 sertai Parti Amanah Negara

Mohamad Sabu
MELAKA - Parti Amanah Negara (PAN) menjangkakan lebih 100,000 orang termasuk anggota Pas akan menyertai parti itu menjelang hujung tahun ini.

Presiden PAN Mohamad Sabu berkata sehingga kini PAN menerima sambutan yang memberangsangkan daripada pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur daripada pelbagai pelbagai parti politik di negara ini.

"Kita telah mengedarkan borang keahlian PAN di seluruh negara dan menjangkakan bilangannya akan meningkat sehingga akhir tahun ini.

"Pada hari ini PAN telah menerima borang keahlian sebanyak 500 melibatkan penduduk Melaka termasuk anggota Pas.

"Di Johor PAN menerima 5,000 borang keahlian manakala di Kedah sebanyak 2,721 borang keahlian," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran PAN Melaka di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi PAN Melaka Adly Zahari dan Anggota Dewan Undangan Negeri Duyong dari DAP, Goh Leong San yang juga bekas Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Melaka.

Kuasa tentu nasib pemimpin hanya di hujung jari

Najib Tun Razak
PEKAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan bahawa setiap individu pada zaman kini memiliki 'senjata' melalui hujung jari sahaja untuk menjatuhkan seseorang pemimpin.

Beliau berkata, 'senjata' yang dimaksudkan ialah kewujudan media baru yang menjadikan sebarang penyebaran mengenai sesuatu maklumat mahupun fitnah terlalu mudah dan meluas.

 "Jika dilihat dari sudut sejarah, krisis (politik) yang dilalui sekarang tidaklah seteruk dulu...tetapi satu faktor yang membezakan situasi iaitu kini sudah ada media sosial (baru).

"Dulu kalau hendak hina, kutuk atau aibkan pemimpin memang tiada saluran, pilihan yang ada hanya buat surat layang dan ia memerlukan banyak kerja seperti mesin taip, pencetak, kertas...tapi sekarang senjata terletak di hujung jari sahaja, boleh cakap benar, boleh fitnah, boleh separuh benar, separuh fitnah," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, hari ini.

 Najib berkata, media sosial kini menjadi senjata paling berbisa pihak tidak lawan untuk meracuni fikiran rakyat sehingga segala kebaikan pemimpin tidak bererti sama sekali.

Tun Mahathir: Dia macam boleh teka...

Tun Mahathir: Dia macam boleh teka...
SKRIP filem Kapsul yang telah dihasilkan pada tahun 2009 oleh‎ penulisnya, Allahyarham Martias Ali seolah-olah ‘kena’ dengan apa yang berlaku pada hari ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, melihat suasana politik semasa dan filem itu malam tadi, Martias seakan-akan boleh menekanya sejak enam tahun lalu.

“Ketika dapat tahu filem ini, saya tanya produksi bila skrip ini dibuat dan adakah skrip ini diubah? Jawapan diberi kepada saya, skrip ini dibuat pada tahun 2009 dan tiada sebarang perubahan dibuat (sehingga hari penggambaran).

“Ini seolah-olah Allahyarham Martias Ali (penulis skrip) boleh meneka apa yang akan terjadi di kemudian (hari),” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas Tayangan Perdana Filem Kapsul, malam tadi.

Kapsul merupakan filem cereka yang diilhamkan daripada kapsul masa Wawasan 2020 yang ditanam Dr Mahathir suatu ketika dahulu di mana isi kandungannya masih menjadi rahsia sehingga 1 Januari 2020 kelak.

Bersih 4.0 bukti Harapan Baru gagal ganti Pas

Bersih 4.0

SHAH ALAM - Kegagalan Gerakan Harapan Baru (GHB) untuk mengerahkan orang Melayu turun ke perhimpunan Bersih 4.0 membuktikan NGO itu tidak mampu menggantikan Pas jika Pakatan Rakyat 2.0 ditubuhkan.

Demikian kata Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad sambil menegaskan, ketidakupayaan Harapan Baharu membuktikan PR 2.0 tidak dapat berperanan dengan berkesan tanpa kekuatan Pas.

"Kita lihat pada Bersih 4.0, bahawa tanpa Pas, PR tidak dapat bertindak dengan berkesan.

"Kalau kita lihat Bersih 4.0 itu hanya kurang lima hingga 10 peratus saja orang Melayu, walaupun Harapan Baharu telah digunakan untuk menggerakkan orang Melayu," katanya kepada pemberita pada Kongres Rakyat, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Iskandar juga berkata, pakatan pembangkang hanya akan menjadi kuat dan efektif jika Pas terlibat sama dalam gabungan tersebut khususnya di Selangor, Terengganu dan Kelantan.

Elak banjir besar berulang di Kedah

Elak banjir besar berulang di Kedah

JITRA - Banjir besar yang melanda sebahagian besar daerah di Kedah pada penghujung 2010 dianggap antara bencana terburuk di utara Semenanjung Malaysia dalam tempoh 100 tahun ini.

Dalam kejadian awal November itu, ibu negeri Kedah, Alor Setar seakan-akan lumpuh apabila lebih 50,000 penduduk terpaksa dipindahkan, manakala laluan darat ditutup.

Lebih malang, penduduk tempatan terpaksa menanggung kerugian akibat kemusnahan harta benda awam dan kediaman di samping empat individu termasuklah seorang warga Jerman kehilangan nyawa dalam banjir tersebut.

Disebabkan itu, sebanyak sembilan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dengan kos projek RM2.39 bilion diluluskan mengikut Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) dibuat bagi mengelakkan sejarah banjir besar ini berulang.

Sinar Harian berpeluang meninjau perkembangan projek RTB Sungai Tanjung Pauh, Kelubang, di sini bersama Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Badrol Hisham Hashim bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), semalam.

Rakyat di pendalaman sudah mula kais pagi makan tengahari dah nie...tak ada nak bela kaa..???

Pendapatan terjejas pada musim hujan

Pendapatan terjejas pada musim hujan
KUALA NERANG - Kehidupan penoreh getah di sekitar Padang Terap semakin tersepit dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sehingga menjejaskan pendapatan mereka.

Hujan sejak di akhir-akhir ini menyebabkan mereka tidak dapat menoreh dan ini menyebabkan mereka kehilangan sumber pendapatan sementara.

Penoreh, Hafiz Azmi, 24, berkata, sejak seminggu dia sudah tidak dapat menoreh getah kerana hujan setiap hari dan menjejaskan pendapatannya.

Menurutnya, hujan yang turun setiap hari menyebabkan dia tidak dapat menoreh getah dan kini terpaksa mencari alternatif untuk mencari kerja lain buat sementara waktu.

“Jika awal pagi cuaca nampak elok tetapi apabila tengah hari atau petang hujan mulai turun dan ini menyebabkan ramai penoreh getah di sini terpaksa gantung pisau toreh buat sementara waktu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...