TERKINI :

Saturday, September 12, 2015

Rafizi: Apa harga rakyat perlu bayar selamatkan 1MDB?


Janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menyelesaikan masalah hutang 1MDB dalam tempoh enam bulan, mengundang kebimbangan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

"Kebimbangan utama saya dan sebahagian besar rakyat yang lain ialah apakah harga yang perlu dibayar oleh rakyat demi menyelamatkan 1MDB yang bermasalah itu?

"Rekod pentadbiran BN dalam menyelamatkan syarikat-syarikat yang berkait dengan kepentingan elit pemerintah sejak 1980-an lagi telah menunjukkan bagaimana mudahnya BN menggunakan dana awam untuk menyelamatkan kepentingan mereka.

"Dahulunya, dana Petronas sering menjadi mangsa setiap kali ada syarikat lain yang bermasalah," kata setiausaha agung PKR itu dalam satu kenyataan hari ini.

PAS, Umno perlu ada dalam kerajaan


Sebagai parti tunjang dalam negara ini Umno dan PAS perlu berada dalam pentadbiran kerajaan, kata Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Menurut bekas menteri penerangan itu, keperluan supaya Umno dan PAS bekerjasama dibangkitkannya kerana kedua-dua parti mewakili 70 peratus penduduk di Malaysia.

“Ada dua sahaja parti tunjang di Malaysia ini iaitu Umno dan PAS. Jadi siapa pun nak jadi kerajaan, mesti ada satu parti tunjang. Kita hendak membina negara sejahtera,” katanya ketika membentangkan usul politik di Kongres Rakyat - Membina Malaysia Sejahtera di Shah Alam hari ini.

Jelas Abdul Kadir, kejayaan PKR dan DAP dalam pilihan raya umum ke-12 lalu dan pembentukan Pakatan Rakyat pada 2008 berlaku kerana gabungan itu mempunyai parti tunjang iaitu PAS.

Berdosa ahli Umno kalau tak sokong Najib, kata MB Pahang

Ahli Umno wajib memberi memberikan sokongan penuh mereka kepada presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 September, 2015.

"Berdosa" jika ahli Umno tidak memberikan sokongan penuh mereka kepada Datuk Seri Najib Razak, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Bercakap semasa mesyuarat Umno bahagian Pekan hari ini yang dirasmikan Najib, Adnan berkata, presiden Umno itu sudah berbuat banyak kepada parti dan ahli wajib berdiri di belakangnya.

Najib berdepan dengan tekanan untuk meletakkan jawatan disebabkan kontroversi "derma" RM 2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

berdepan dengan masalah ini bersama," kata Adnan.

Adnan juga mengatakan Najib "ikhlas" dalam menguruskan RM2.6 bilion tersebut.

"Ia bukan sahaja digunakan untuk pilihan raya tetapi juga untuk parti. Saya yakin berapa sahaja bakinya akan digunakan untuk parti juga," katanya. – 12 September, 2015.

Hadi: PAS menyalak pada 'babi' dalam bukit

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata proses 'bercakaran' sesama ahli berlaku dalam parti itu - serta parti lain - apabila pihak yang berkenaan tidak menggunakan sifat kemanusiaan sebenar.

Justeru, kata Abdul Hadi, PAS memilih "acuan Islam sebenar" untuk mengatasi kemelut itu selepas mendapati ideologi manusia gagal menyelesaikannya.

"Sebab itu kongres ini diadakan bagi mendidik (ahli) bertukar-tukar fikiran.

"Walaupun kita golongan lemah, kita bukan menyalak dekat bukit, tapi kita menyalak dekat ‘babi’ dalam bukit,” katanya dalam ucapan perasmian Kongres Rakyat - Membina Malaysia Sejahtera di Shah Alam, hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Marang itu, kekuatan dan kesatuan dalam parti perlu diutamakan sebelum mencapai matlamat besar menjadi pemerintah selepas pilihan raya umum akan datang.

"Wawasan kita adalah wawasan kembali kepada Allah. Kita diajar oleh Islam bukan sekadar ke Putrajaya. Lepas Putrajaya kita mati, bertemu dengan Allah, menzahirkan dan diiktiraf, berbuatlah baik dan fikirlah baik-baik," katanya lagi.

Berikutan itu, kata Abdul Hadi, untuk dalam mencari penyelesaian daripada masalah yang berlaku, PAS akan tetap mempertahankan dasar perjuangannya dengan memartabatkan Islam sebagai panduan dalam mencari kebenaran. MKini

Posisi PAS dalam pakatan baru selepas dua ahlinya menyertai PKR

Kenyataan Media.

MACAM MANA NANTI KERJASAMA PAS DENGAN PKR YANG MENERIMA DATO'KAMARUDIN JAAFAR AHLI PARLIMEN TUMPAT YANG DIANGGAP PENGKIANAT.

1. Saya terkejut dengan penyertaan Dato' Kamarudin Jaafar (KJ) ke dalam parti PKR yang masih merupakan rakan kerjasama politik PAS. Bukan saya seorang yang terkejut tapi ramai yang tidak menyangka demikian. Apa tah lagi dalam suasana berlaku pertikaian bab bai'ah cerai talak tiga serta dakwaan oleh  pimpinan PAS bahawa mereka yang keluar dari PAS dan menyertai Parti lain adalah melanggar bai'ah dan membawa pergi kerusi yang ditandingi dan dimenangi atas tiket PAS adalah pengkhianat.

2. Tindakan Dato' KJ dan Tan Seri Mohammad Taib bekas Menteri Besar Selangor tidak menyertai Parti Amanah Negara(Amanah) bukannya isu untuk diperbahaskan. Tetapi isu besarnya ialah kenapa KJ dan Tan Seri memilih PKR dalam keadaan sebelum ini mereka berdua dilihat berada di atas pentas GHB sebelum penubuhan parti politik. Malah Tan Seri turut berkempen menyokong GHB. Saya percaya ini lah kebijaksanaan Amanah untuk melepaskan KJ dan Tan Seri atas permintaan Dato'Seri Anwar Ibrahim kepada PKR sebagai satu strategi politik kerjasama yang lebih mantap pada masa depan antara Amanah dan PKR serta DAP pada bagi membentuk PR 2.0 untuk menghadapi pru14. Amanah membina kepercayaan rakan kongsi politik pembangkang dengan sterategi "give and take" untuk memposisikan partinya di persada politik nasional.

3. Persoalan kedua dari penyertaan dua tokoh ini dalam PKR khususnya KJ yang turut membawa kerusi Parlimen Tumpat yang ditandingi dan dimenangi atas tiket PAS sejak dari PRU ke10 pada tahun 1999 lagi ialah apakah pendirian PAS terhadap KJ dan PKR. Pada MP dan Adun yang sertai Amanah dikecam hebat dan dituntut melepas jawatan wakil rakyat. Jika KJ juga nak dikecam kerana membawa bersama kerusi Parlimen Tumpat ke dalam PKR, adakah PAS juga bersedia untuk mengecam PKR yang memujuk dan menerima KJ?.

4. Sedangkan kepada mereka yang meninggalkan PAS khususnya Wakil Rakyat yang menyertai Amanah dianggap pengkhianat dan PAS tidak akan bekerjasama dengan pengkhianat, bagaimana pula hubungan kerjasama PAS dengan PKR selepas episod ini, apatah lagi kedudukan PAS dalam kerajaan Selangor yang diterajui PKR? Memandangkan PKR telah menerima KJ ahli Parlimen yang meninggalkan PAS. Orang yang melakukan perbuatan ini dianggap oleh Pimpinan PAS sebagai pengkhianat. Boleh kah PAS bertahaluf dengan PKR yang telah menerima Pengkianat PAS?

5. Rakyat sedang memerhati tindak tanduk PAS dan PAS sedang dilihat berada dalam keadaan tersepit dalam nak meneruskan kerjasama Politik dengan rakan rakan pembangkang. Untuk menghalang Amanah sertai PR 2.0 sudah tidak nampak jalan, kerana PKR dan DAP bersetuju untuk terima Amanah sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat baru 2.0. Nak sama sertai dalam PR 2.0, PAS sudah pun putuskan hubungan dengan DAP dan mengistihar kumpulan yang menerajui Amanah sebagai pengkhianat yang mesti dihapuskan. Hendak bertahaluf dengan PKR sahaja pun bermasaalah kerana PKR telah menerima Pengkhianat PAS dan membawa kerusi Parlimen yang dimenangi PAS bertukar menjadi Ahli Parlimen PKR. Atau dalam bahasa marah PKR sudah mencuri kerusi PAS. Redho kah PAS?.

6. Apakah PAS akan bersendirian dalam percaturan politik di Malaysia akan menjadi kenyataan selepas ini? Apakah PAS akan berundur dari Kerajaan Selangor? Dan apakah dalam PRU14 nanti PAS akan bertanding di semua kerusi di seluruh negara? Persoalannya, apakah itu perkiraan politik yang betul dalam situasi politik hari ini?

7. Sebagai ahli PAS yang masih Istiqamah sangat mengharapkan PAS tidak terpinggir dan dapat memperbetul serta memposisikan kembali kedudukannya  di arus perdana politik Malaysia. Episod politik selepas ini makin mendebarkan. Jangan biarkan rakyat berada dalam penantian yang tak kepastian kerana itu suatu penyeksaan. Jangan biarkan angin perubahan politik Malaysia baru berlalu pergi tanpa hujan rahmat untuk semua.

SELAMATKAN RAKYAT DAN MALAYSIA TERCINTA.

Dato'Mahfuz Hj.Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena
12 Sept 2015/28Zulkaedah 1436H

NGO rayu Agong hentikan perhimpunan baju merah

Sebuah gabungan 20 NGO meminta Yang di-Pertuan Agong, melalui satu memorandum, supaya cuba menghentikan perhimpunan baju merah yang dirancang diadakan pada 16 September ini.

Presiden ProRakyat, Khairul Anuar Osman berkata sesiapa sahaja dibenarkan untuk berhimpun secara aman kerana hak itu dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tetapi, protes balas itu mungkin tidak akan aman, katanya kepada pemberita di luar Istana Negara hari ini.

Khairul Anuar berkata, daripada iklan dan poster pihak penganjur, perhimpunan itu kelihatan seperti ia akan ada unsur kekerasan.

ProRakyat adalah antara NGO dalam gabungan itu, bersama-sama dengan Otai Reformasi 1998, National Interlock Action Team (Niat), Jingga13 serta yang lain-lain.

Setiausaha kerja Otai Reformasi 1998, Abdul Razak Ismail berkata, memorandum mereka itu telah diterima oleh seorang pegawai perhubungan awam Istana Negara, Mohamad Husni Yusuf.

Salah satu sebab mengapa mereka menghantar memorandum ini kepada Yang di-Pertuan Agong ialah kerana kebimbangan mereka terhadap keberkesanan polis dalam menangani perhimpunan tersebut.

Beliau mendakwa pihak polis berada dalam kedudukan yang sukar kerana dari satu segi, mereka perlu menguatkuasakan undang-undang, dan di satu segi lagi mereka perlu taat kepada tuan politik mereka.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...