TERKINI :

Friday, September 11, 2015

Jangan Malukan Pahlawan Bugis, pastikan 16 September nanti wajib dihadiri lebih 500 ribu..!!

HIMPUNAN SOKONG NAJIB 16 SEPT WAJIB DIHADIRI LEBIH 500 RIBU PESERTA...

Tidak ada sebab lain perhimpunan baju merah yang akan diadakan pada 16 September ini selain untuk menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Najib Razak yang semakin bergoyang kedudukannya.

Walaupun ia turut dinamakan "Himpunan Maruah Melayu", "Himpunan Melayu Bersatu", "Himpunan Rakyat Bersatu" dan sebagainya, satu-satunya tema paling logik dan dapat diterima akal ialah untuk menyokong dan mempertahankan Najib sebagai Perdana Menteri.

Lebih logik jika slogan perhimpunan baju merah itu ialah "Sokong Najib Dapat RM2,600 Juta", "RM2,600 Juta Bukti Najib PM Paling Wibawa" dan lain-lain ungkapan yang semaksud dengannya.

Ini kerana perhimpunan baju merah ini tidak lain adalah reaksi kepada himpunan baju kuning Bersih 4 selama 34 jam pada 29 dan 30 Ogos lalu yang antara gegarannya ialah mendesak pengunduran Najib daripada singgahsana Seri Perdana kerana isu 1MDB dan derma RM2,600 juta yang diterimanya.

Oleh sebab baju kuning menolak Najib, himpunan baju merah mestilah untuk terus menyokong dan mempertahankan Najib.

Tema-tema lain, kata orang Pahang "tak boleh pakai lalu."

'Baju Merah patut tuntut PM berundur'

Bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata perhimpunan baju merah yang akan berlangsung pada 16 September sepatutnya menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.

Zaid berkata, kumpulan itu sepatutnya menuntut sedemikian jika perhimpunan itu benar-benar dijalankan untuk mengembalikan maruah orang Melayu.

“Tuntutan mereka yang pertama mestilah agar Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan. Tiada apa yang boleh mengembalikan maruah orang Melayu selain meminta PM letak jawatan.

“Biarlah timbalannya (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) mengambil alih. Jika ini berlaku, rakyat Malaysia akan mengenang Baju Merah sebagai pejuang sebenar maruah dan integriti Melayu,” kata Zaid.

Dalam tulisan di blog zaid.my itu, bekas menteri hal ehwal undang-undang itu berkata tindakan itu lebih bermakna berbanding seruan “keanak-anakan” yang muncul dari kumpulan itu setakat ini.

"FAM adalah punca bola sepak tanah air rosak" - TMJ

 KUALA LUMPUR: Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyalahkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dikatakannya penyebab bola sepak negara rosak.

“Pertama sekali, saya ingin menegaskan bahawa FAM yang telah mencemarkan imej negara selama 31 tahun, sejak di bawah pentadbiran presiden yang sebelumnya lagi," katanya dalam satu temubual yang dimuat naik di halaman Facebook, Johor Southern Tigers.

Katanya lagi, walaupun beliau tidak bersetuju dengan tindakan penyokong tetapi beliau faham ketidakpuasan hati mereka kerana menurutnya badan induk pentadbir bolasepak negara tidak serius dalam usaha meningkatkan mutu bola sepak negara.

“Ini adalah kerana, masalah utama FAM adalah ianya ditadbir oleh mereka yang tidak berpengetahuan berkenaan bola sepak, dan hanya memegang jawatan untuk kepentingan peribadi.

“FAM adalah punca bola sepak tanah air rosak,” katanya lagi.

Akhirnya SPRM akui bahawa siasatan keatas DIEG tidak menemui sebarang kesalahan

KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM
DEIG: SPRM NAFI TIDAK AMBIL TINDAKAN


Berhubung isu status penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang menimbulkan persoalan pelbagai pihak, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap kes berkenaan.

SPRM telah mengambil tindakan proaktif sebaik sahaja isu penubuhan DEIG ini dilaporkan media pada 19 Ogos lalu dengan menemubual beberapa saksi serta mengambil dokumen berkaitan.

Setakat ini, SPRM tidak menemui sebarang kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 (ASPRM 2009) dan tidak bercadang untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Bagaimanapun, sekiranya terdapat maklumat baharu yang mempunyai asas di bawah kesalahan ASPRM 2009, pihak SPRM bersedia mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang.

Sementara itu, berhubung isu zakat yang dikaitkan dengan DEIG, SPRM telah pun menjalankan siasatan sejak Julai 2015 dan siasatan tersebut masih lagi dijalankan.

DATO’ SIMI ABDUL GHANI
PENGARAH
PEJABAT SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
SHAH ALAM SELANGOR
11 SEPTEMBER 2015

Kenyataan Rasmi Presiden FAM berkenaan Isu Meletak Jawatan

KENYATAAN RASMI PRESIDEN FAM, KDYTM TENGKU ABDULLAH AL HAJ IBNI SULTAN AHMAD SHAH MENGENAI KEPUTUSAN PERLETAKAN JAWATAN BAGINDA


Keputusan saya pada 7 September 2015 yang lalu untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, adalah salah satu keputusan yang paling sukar saya lakukan sebagai seorang pegawai bola sepak. Ia tidak mudah kerana saya terpaksa meletak jawatan sebelum aspirasi dan impian saya untuk bola sepak Malaysia dipenuhi.

Walau bagaimanapun rentetan kekalahan yang memalukan oleh pasukan kebangsaan, adalah terlalu besar bagi saya untuk mengekalkan kedudukan saya sebagai pemimpin. Malang sekali, kecekapan kami dinilai oleh kejayaan atau kegagalan pasukan kebangsaan. Mungkin ia kelihatan seperti tidak adil, tetapi ini adalah realiti keadaan, dan saya terpaksa menerimanya dengan hati yang terbuka.

Tetapi ini bukan kali pertama saya bercakap mengenai meletakkan jawatan, kerana pada 10 Julai yang lalu saya telah secara khusus memaklumkan kepada jawatankuasa eksekutif saya bahawa saya akan meletak jawatan jika Malaysia tidak layak ke pusingan akhir Piala Asia di UAE 2019. Ini adalah salah satu daripada unsur-unsur KPI yang saya telah tetapkan untuk diri sendiri.

Dr Tanaka Mustafa - kenapa mereka kecewa dengan PAS..????

Oleh: Dr Tanaka Mustafa


1) Berdasarkan pemerhatian, mereka yang join Parti Amanah adalah golongan yang kecewa dengan sikap PAS sejak kebelakangan ini.

2) Saya tidak fokus kepada G18 yang tewas pemilihan. Saya membuat pemerhatian dari satu kawasan ke satu kawasan yang dilanda gelombang GHB.

3) Rata-rata akar umbi yang join Parti Amanah adalah mereka yang kecewa dengan PAS berdasarkan pengalaman kerja mereka bersama Pakatan Rakyat.

4) Kawasan mereka rata-rata tidak mempunyai konflik dengan PKR dan DAP, malah kerjasama mereka erat. Mereka rasakan peluang dakwah terhadap bukan Islam terbuka luas disamping harapan untuk memenangi pilihanraya wujud jelas.

5) Mereka memperkenalkan PAS yang membawa Islam yang syumul kepada rakan-rakan DAP dan PKR. Mereka meyakinkan PAS for All kepada pengundi-pengundi bukan Islam.

6) Apabila MSU bertindak memutuskan hubungan dengan DAP, mereka menjadi serba salah dengan rakan-rakan DAP dan PKR yang sudah terjalin persahabatan selama ini. Mereka rasa di mana mahu letak muka atas dakwah mereka sebelum ini.

Apabila AHMAD MASLAN buka mulut, anda pasti tersenyum..ini topic hari ini...!!

Kata pelabur pada Ahmad Maslan: Politik M'sia stabil



Bagaimana menilai kestabilan politik negara ini?

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Ahmad Maslan ada caranya – dengar dengan telinga sendiri pandangan pelabur.

Beliau hari ini mengambil kesempatan menceritakan pengalamannya dimaklumkan perkara itu oleh pemimpin syarikat Denmark dan Jepun kepadanya ketika hadir dalam acara syarikat baru-baru ini.

“Sewaktu di meja makan saya bertanya kepada CEO (ketua pegawai eksekutif) syarikat, mengapa mereka memilih Malaysia untuk melabur?

“Jawapan beliau ialah kerana kestabilan politik, prasarana seperti lebuhraya, lapangan terbang dan pelabuhan yang baik serta pelbagai insentif diberikan.

“Tinggi rupanya nilai kestabilan politik negara ini pada kaca mata mereka,” kata Ahmad di Facebook beliau hari ini.

Gerakan akan terus cabar Enakmen Hudud Kelantan


Gerakan akan terus mencabar Enakmen Hudud Kelantan dengan memberi fokus terhadap permohonannya bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk mencabar kesahan undang-udang itu dari segi Perlembagaan.

Pengerusi Biro undnag-undang Pemuda Gerakan Kebangsaan dan penyelaras Pasukan Undang-undang Gerakan Chai Ko Thing berkata parti itu tidak akan berundur daripada mencabar enakmen hudud PAS, yang menurutnya mengandungi kekeliruan.

"Gerakan komited untuk mempertahankan integriti serta kesucian Perlembagaan Persekutuan dan kami tidak akan teragak-agak atau mengubah haluan kami," katanya sambil menjelaskan bahawa parti itu akan menggunakan pelbagai opsyen perundangan yang terdapat dalam undang-undang Malaysia.

"Berpandukan nasihat daripada perunding undang-undang, kami mengambil keputusan untuk tidak akan menarik balik rayuan kami terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Baharu pada 7 Mei tahun ini dan akan menumpukan tenaga kami terhadap permohonan yang difailkan di Mahkamah Persekutuan pada 8 Mei tahun ini," katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

'Lebih baik masuk PKR, AMANAH nak hancur PAS'

"Lebih baik masuk PKR dari GHB (Gerakan Harapan Baru) atau Parti Amanah Negara (AMANAH)," kata Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Iskandar berkata demikian ketika diminta mengulas penyertaan ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaffar dan mantan menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib ke dalam PKR.

"Lebih baik masuk PKR dari GHB atau Amanah kerana GHB dan AMANAH umumnya hendak hancurkan PAS," katanya kepada Malaysiakini.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri hari ini mengumumkan penyertaan Kamaruddin dan Muhammad ke partinya.

Baru-baru ini, ketika pergolakan dalaman parti Islam itu, beliau dilihat rapat dengan kumpulan serpihan PAS Gerakan Harapan Baru (GHB), yang kemudiannya membentuk AMANAH.

Sementara Kamaruddin juga dikaitkan dengan AMANAH, sehingga menimbulkan kesangsian Pemuda PAS Kelantan yang semalam mendesak beliau menyatakan pendirian sebenar.

Penyertaan kedua-dua tokoh itu sukar difahami dalam perkembangan politik pembangkang ketika mereka cuba membentuk gabungan baru melibatkan PKR, DAP, PAS dan AMANAH.

Pemimpin AMANAH Khalid Samad turut hadir dalam sidang media itu.

AMANAH digerakkan bekas pemimpin kanan PAS yang tewas dalam pemilihan parti itu Jun lalu susulan trend pengundian blok.

Ia pada mulanya dilihat bakal menggantikan PAS dalam gabungan baru pembangkang bersama PKR dan DAP.

Bagaimanapun, PKR kini mahukan PAS bersama dalam gabungan itu. DAP antara yang paling lantang menentangnya atas dakwaan PAS sudah tersasar daripada dasar mereka.

Perpecahan Pakatan Rakyat sebelum ini juga berpunca daripada perbalahan berpanjangan PAS-DAP, terutamanya dalam isu pelaksanaan hudud di Kelantan.

Mat Taib, Kamaruddin Jaffar tinggal PAS, masuk PKR

PKR hari ini mengumumkan penyertaan ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaffar dan mantan menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib ke dalam PKR.

"Sebagai parti yang mendapat jumlah undi kedua terbesar dalam pilihan raya umum lalu, PKR meraikan serta membuka pintu seluas-luasnya kepada sesiapa sahaha yang komited dengan agenda reformasi demi menyelamatkan Malaysia.

"Kita mengalu-alukan dan berbesar hari dengan penyertaan Datuk Kamaruddn Jaffar dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib ke dalam keluarga besar PKR," kata Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Muhammad atau lebih dikenali sebagai Mat Taib sebelum ini membuat keputusan mengejut dengan menyertai PAS.

Baru-baru ini, ketika pergolakan dalaman parti Islam itu, beliau dilihat rapat dengan kumpulan serpihan PAS Gerakan Harapan Baru (GHB), yang kemudiannya membentuk Parti Amanah Nasional (AMANAH).

Sementara Kamaruddin juga dikaitkan dengan AMANAH, sehingga menimbulkan kesangsian Pemuda PAS Kelantan yang semalam mendesak beliau menyatakan pendirian sebenar.

Penyertaan kedua-dua tokoh itu sukar difahami dalam perkembangan politik pembangkang ketika mereka cuba membentuk gabungan baru melibatkan PKR, DAP, PAS dan AMANAH.

Pemimpin AMANAH Khalid Samad turut hadir dalam sidang media itu.

DS Nizar : Saman Tetap Saman!

DS Nizar hantar notis saman fitnah ke atas Haji Razman Zakaria, tapi kenapa pula Razman mahu melibatkan Badan Perhubungan Negeri?
 Badan Perhubungan Negeri pula seolah-olah mengeluarkan satu arahan kepada DS Nizar supaya hadir ke pejabat mereka untuk bertemu. 

Saya telah bertanyakan DS Nizar pagi tadi melalui wasap :
"Salam, bagaimana dgn perjumpaan dgn perhubungan negeri pd 9 Sept tu? Tlg habaq nak masuk blog"
Kemudian beliau jawab : " Saman tetap saman, ana tak pegi pun!"

 Saya orang kecil sahaja dan bukan rapat mana pun dgn DS Nizar kalau nak dibandingkan dgn Razman; tapi masih boleh berhubungan melalui wassap.

Bukan itu bukan ini, Umno huyung-hayang berkompromi

Oleh Alyaa Alhadjri

http://bm.theantdaily.com/Documents/Article/33478/Neither-here-nor-there_BAHASA_785x442.jpg 
Berikutan hasil mesyuarat majlis tertinggi Umno pada 9 September, pemerhati percaya yang Perdana Menteri Najib Razak dan timbalan presiden Umno Muhyiddin Yassin sedang “bermain selamat” daripada melakukan sebarang tindakan yang boleh menyebabkan parti itu terus berpecah belah.

Kelangsungan politik individu dan mengekalkan kedudukan kekuasaan dan pengayaan diri parti yang mendominasi gabungan pemerintah BN nampaknya terus menjadi keutamaan.

Baik Najib mahupun Muhyiddin tidak mempunyai keberanian untuk menggubah keadaan, sebaliknya memilih untuk mengekalkan status quo.

Penganalisis politik Ibrahim Suffian memberitahu SemutHarian yang tidak wujud keperluan untuk Najib memecat Muhyiddin, naib presiden Umno Shafie Apdal dan lima yang lain daripada parti, seperti yang disebarkan khabar angin sebelum ini.

“Tidak banyak yang berlaku sewaktu mesyuarat. Apa yang berlaku dalam Umno kini telah diredakan dengan kenyataan Najib tentang kepentingan pemimpin parti untuk bersatu bagi menjamin masa depannya,” kata Ibrahim.

Siri pertukaran pegawai kerajaan mutakhir ini ‘luar biasa’

 Jurucakap kumpulan tokoh Melayu ulung G25, Datuk Noor Farida Ariffin berkata, ketika masih bekerja dengan kerajaan dahulu, beliau perlu memohon kebenaran daripada 2 pihak sebelum dibenarkan berkhidmat sebagai pegawai tadbir dan diplomatik daripada Jabatan Kehakiman. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 September, 2015.
Jurucakap kumpulan tokoh Melayu ulung G25, Datuk Noor Farida Ariffin, menyifatkan siri pertukaran pegawai-pegawai kanan kerajaan yang berlaku mutakhir ini sebagai 'luar biasa'.

Katanya, ketika masih bekerja dengan kerajaan dahulu, beliau perlu memohon kebenaran daripada 2 pihak sebelum dibenarkan berkhidmat sebagai pegawai tadbir dan diplomatik daripada Jabatan Kehakiman.

Bekas duta itu berkata, pertukarannya perlu mendapat kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), bukan ketua jabatan beliau semata-mata.

"Inilah prosedur yang ditetapkan dan ia tidak boleh dilakukan ketua jabatan semata-mata. Jadi, prosedur ini perlu dipatuhi.

"Ia (pertukaran terbaru) agak luar biasa, terutamanya jika mereka tidak mematuhi prosedur yang betul. Ia tidak boleh dilakukan ketua jabatan semata-mata," katanya kepada media di Kuala Lumpur hari ini.

Bila BN lama perintah pasti ada masalah - Kadir


KUALA LUMPUR: Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menyifatkan akibat terlalu lama Barisan Nasional (BN) memerintah menyebabkan timbul pelbagai masalah terutamanya membabitkan rasuah.

Beliau berpendapat sejarah negara-negara lain telah membuktikan jika sesebuah kerajaan itu mentadbir negara melebihi 30 tahun pasti akan timbul masalah.

"Inilah yang berlaku pada BN, lama sangat perintah maka rasuah penyelewengan pasti timbul sebab mereka berkuasa dan tidak takut.

"Bila tak takut macam-macam perkara mereka lakukan, sekarang ruang untuk rakyat bangkit bersuara melalui Kongres Rakyat pada 12 September nanti," kata bekas menteri kabinet itu sebagai ahli panel pada program Bicara Harakah 3 "Meneruskan Agenda Perubahan" sempena Kongres Rakyat di MyHarakah Bazar tengah hari tadi.

1MDB: Tempoh enam bulan yang tiada penghujung?

Tuan Ibrahim Tuan Man
SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini mempersoalkan mengenai tempoh enam bulan yang dijanjikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyelesaikan masalah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) melalui pelan rasionalisasinya.

Tuan Ibrahim berkata, sehingga kini pelan tersebut hanya ada dalam pemikiran Najib sebagai Menteri Kewangan sahaja.

"Ini bukan kali pertama, Najib berjanji akan menyelesaikan masalah 1MDB di depan Umno.

"Kali pertama Najib merayu diberikan masa 6 bulan ialah pada satu pertemuan tertutup di PWTC tiga bulan lalu iaitu 14 Jun 2015.

"Perkara ini didedahkan oleh Hasan Hamzah, bekas Ketua Bahagian Bagan Batoh kepada media seperti The Malaysian Insider dan The Rakyat Post. Kata Hasan, Najib berjanji masalah 1MDB akan diselesaikan akhir tahun 2015," katanya.

Tambah Tuan Ibrahim lagi, hampir dua bulan kemudian, pada 1 Ogos 2015 Najib sendiri mengumumkan kerajaan memang mempunyai rancangan untuk mengurangkan beban hutang yang ditanggung 1MDB.

PAS - PR 2.0 kena ada hitam putih yang dipersetujui semua pihak.

Takiyuddin Hassan
SHAH ALAM - Kerjasama politik yang bakal membentuk PR 2.0 perlu ada perjanjian hitam putih yang dipersetujui semua pihak.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu penting bagi mengelak sebarang masalah pada masa depan.

"Saya rasa bukan sahaja Pas, semua sekali perlu lebih berhati-hati dan lebih jelas sesuatu perkara yang boleh dan tak boleh dibuat, perkara yang disepakati itu perlu ada hitam putih.

"Barulah mudah, tiada masalah pada masa hadapan. Bukan sahaja kepada Pas, kepada semua pihak," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Mengulas soal kenyataan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang menegaskan mahu meneruskan kerjasama dengan Pas dalam PR 2.0, Takiyuddin berkata, perkara itu perlu mendapat persetujuan semua pihak yang berada dalam pakatan itu.

Polis tidak benar Perhimpunan Rakyat Bersatu di Kuala Lumpur


GEORGETOWN: Polis menasihatkan supaya penganjur Himpunan Rakyat Bersatu atau Baju Merah yang dirancang pada 16 September ini memilih lokasi perhimpunan yang sesuai dan tidak mengadakannya di ibu negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pemilihan tempat yang sewajarnya bagi mengadakan perhimpunan yang dirancang itu bertujuan untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan orang awam.

“Kami telah memutuskan untuk tidak membenarkan mereka berkumpul di bandar Kuala Lumpur. Kami meminta pihak penganjur untuk memikirkan tempat yang lebih sesuai. Hak untuk berhimpun dan meluahkan perasaan diperuntukkan di bawah Perlembagaan dan pihak polis menghormati hak mereka itu.

“Bagaimanapun, pihak polis perlu juga memikirkan keselamatan, ketenteraman dan kesejahteraan rakyat di Kuala Lumpur … ia akan mengganggu banyak pihak termasuk peniaga, pelawat dan pemandu teksi,” katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian Anugerah Jasa Pahlawan Negara, lapor New Straits Times.

Tiga gerai dirobohkan MPSPK

Tiga gerai dirobohkan

SUNGAI PETANI – Tiga gerai di Lencongan Barat Sungai Petani, di sini, dirobohkan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) selepas peniaganya meninggalkan peralatan berniaga di situ.

Malah tindakan segelintir peniaga yang mementingkan diri itu juga menyebabkan kesemua peniaga di situ dikenakan tindakan MPSPK.

Ketua Jabatan Penguatkuasaan MPSPK, Anil Aris berkata, sikap peniaga yang ingkar dengan arahan menyebabkan kesemua peniaga terpaksa menanggung risiko.

“Ada juga gerai yang ditinggalkan lebih lama sehingga usang dan menyebabkan persekitaran tidak bersih.

“Antara gerai yang disita termasuk sebuah gerai lemang dan dua gerai terbiar yang ditinggalkan di tepi jalan Lencongan Barat biarpun sudah tidak lagi digunakan,” katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...