TERKINI :

Thursday, September 10, 2015

Amaran Dr M: Sayang Najib dan Umno akan berkecai


Anggota Umno diminta untuk menolak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jika sayangkan parti yang memperjuangkan bangsa Melayu itu.

Malah, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sekiranya anggota parti itu sayang dan memilih untuk terus mengekalkan presiden mereka Umno akan hilang kuasa dan berkecai sama sekali.

“Jika sayang Umno tolak Najib sekarang.

“Jika sayang Najib, Umno akan hilang kuasa dan berkecai,” kata Tun Mahathir dipetik dalam blognya hari ini.

Tun Mahathir juga mahu anggota parti menolak presiden Umno itu sebelum pilihan raya sekiranya mahu terus kekal berkuasa.

“Ahli-ahli Umno yang sayang dan ingin Umno kekal dan berkuasa perlu tolak Najib sebelum pilihan raya,” tegasnya.

Mahathir: RM2.6 bilion wang haram


Tun Mahathir Mohamad mendakwa tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuktikan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya didapati secara haram.

“Tindakan Najib menghalang siasatan ke atas wang 2.6 bilion ringgit yang ada dalam akaun peribadinya, membuktikan wang ini didapati secara haram.

“Jika didapati secara halal, Najib tidak perlu takut siasatan diteruskan,” kata Mahathir.

Menulis dalam blognya hari ini, Mahathir membangkitkan isu pembubaran pasukan petugas khas yang menyiasat isu berkaitan perkara itu.

“Sekarang wang ini telah dipindah entah ke mana. Apabila siasatan dibuat oleh badan kerajaan yang bertanggungjawab Najib bubar badan-badan ini,” katanya.

Pasukan itu meliputi empat badan penting, iaitu Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan Jabatan Peguam Negara.

Mahathir berkata majoriti rakyat kini “benci” dan menolak Najib sebagai perdana menteri kerana tidak dapat menerima penjelasan bahawa dana yang dimasukkan ke akaunnya itu derma orang Arab.

Berita buruk yang baik bila Najib Razak enggan berundur

Hishamuddin Rais


Najib Razak masih enggan berundur. Ini berita amat buruk untuk rakyat Malaysia. Sabar dahulu. Berita buruk Najib Razak enggan berundur ini juga adalah berita yang amat baik.

Dalam ilmu falsafah perkara sedemikian dipanggil “kesatuan yang bertelagah” atau “unity of the opposite’.

Dalam tulisan ini saya akan beri pencerahan untuk memahami bagaimana berita buruk ini boleh menjadi baik. Ini samalah seperti kita memahami bagaimana tahi lembu atau najis manusia boleh membantu manusia.

Bersih berjaya menghasut 500,000 orang rakyat Malaysia turun ke jalan raya. Ini adalah tanda undi tidak percaya kepada Najib Razak.

Sesudah BERSIH 4, kita terus membaca pelbagai berita yang berkaitan dengannya. Semuanya memberi gambaran bahawa suami Rosmah Mansor yang bernama Mohd Najib bin Abdul Razak masih enggan melepaskan jawatan sebagai perdana menteri Malaysia. Suami Rosmah semakin dilihat degil.

Kenyataan dan tindakan politik Najib saban hari menyakinkan saya dan meyakinkan warga Malaysia bahawa suami Rosmah ini ingin terus berkuasa sampai hari kiamat. Suami Rosmah mahu terus memimpin parti United Malays National Organisation dalam PRU14.

Nyawa PAS SELANGOR berada pada AZMIN sekarang ini...!!!!

ذوالحزم شاريف
1 hr · Batu Caves ·


Dengan kemasukan Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Kelang yang sebelum ini bebas ke dalam parti lebai, maka parti lebai mempunyai 14 kerusi DUN.

Pecahan kerusi DUN Selangor slps sabtu 12/09/2015 ialah :

DAP : 15
PKR : 13
Parti Lebai : 14
BN : 12
Amanah : 2

Kalau PKR bersama DAP dan Amanah membentuk Pakatan Baru tanpa Parti Lebai di Selangor, kerusinya akan menjadi 30 yang mana sudah cukup menjadi majoriti berbanding Parti Lebai dan BN yang hanya berjumlah 26 kerusi. Dengan majoriti itu Azmin masih boleh menjadi MB.

Tapi apakan daya MB sekarang cangkalewang....

SUMBER

Hadi enggan sertai Pakatan, itu pandangannya, kata Azmin

 Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini seakan-akan mengelak dari menjawab pertanyaan berhubung kenyataan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai keengganan parti Islam itu menyertai Pakatan Rakyat yang baharu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 September, 2015.
Timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali hari ini seakan-akan mengelak dari menjawab pertanyaan ketika diminta mengulas kenyataan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai keengganan parti Islam itu menyertai Pakatan Rakyat yang baharu.

"Tak apalah, itu pandangan dia (Hadi)," kata menteri besar Selangor itu kepada pemberita selepas menghadiri persidangan "Beyond 3R: A More Sustainable Solution For Selangor Waste Management" di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) hari ini.

Hadi dilaporkan laman Ismaweb berkata, tidak akan ada penyertaan daripada PAS dalam gabungan parti pembangkang baharu atas sebab agenda yang tersirat di sebalik pakatan tersebut.

“Kita tidak boleh hanyut. Pakatan baharu semata-mata hanya untuk menang pilihan raya akan datang. Mereka tiada agenda untuk memartabatkan Islam,” katanya pada satu majlis di Bangi semalam.

Selepas Nizar saman RM3juta, PJ PAS Perak ajak beliau bertemu hati ke hati

Aduhai PAS..bercakap macam tak ada halatuju... sekejap A sekejap B kemudian C..selepas tu balik A semula...!!!

 
Aduhai..pening aku dengan kelaku PAS sejak dua menjak nie... bercakap macam tak ada halatuju... sekejap A sekejap B kemudian C..selepas tu balik A semula...dan tak sampai sehari cakap B balik....kemudian U-turn balik kata ikut C.....

hari tu beriya-iya nak harapkan UMNO sokong pindaan AKTA355 di parlimen sampai sanggup buang habih kengkawan yg tidur sebantal walaupun kawan2 nie nasihat tak payah...jangan mengharapkan UMNO..depa penipu...depa nak tengok kita bergaduh jaa...dak tak dengaq situlah...sampai buat kerja tak berbincang langsung dengan kawan2 nie...bila kawan tanya dan tegur kawan pula diberi buah siku dan lutut....sampai dah puji UMNO Bn tu mereka bukan firaun.....nak sekarang apa cerita..rumah tangga dah bercerai berai...selerak tabak habih...mai dok buat ayat sedih jangan menghrap kpd UMNO BN...

PAS oh PAS kesian tengok perjalanan urus tadbir parti anda sehari dua nie....bagilah nampak terurus sikit.... dan nak buat sesuatu kenyataan tu biarlah kelihatan macam parti yg dah matang sikit.....kesian dilihatnya kepada ahli dibawah nak follow cara gerak kerja anda......

Mat Alishah...

Sudah sampai Hisbah ditubuhkan di Kelantan

PANDANGAN
 

Ekoran berlaku beberapa kejadian yang menjejaskan kewibawaan kerajaan PAS Kelantan yang dikenali dan beriya-iya menunjukkan ia sebagai satu-satunya sebuah kerajaan Islam di negara ini, elok kalau kerajaan Kelantan dibawah pimpinan Ahmad Yaakub menubukan badan ombudsman yang dikenali sebagai Hisbah.
Ahmad perlu berjiwa besar.

Janji untuk menubuhkan Hisbah ini dibuat dalam manifesto pilihan raya PAS tahun 1990 lagi, tetapi sayangnya ia tidak dilaksanakan sampai kini. Satu masa bekas MB Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kerajaan Kelantan tidak mampu untuk menubuhkan Hisbah kerana tidak mempunyai kepakaran.

Apakah selepas 25 tahun kerajaan Kelantan dibentuk, soal kepakaran itu masih belum diatasi? Kalau begitu ini bermakna cadangan untuk mewujudkan Hisbah itu adalah retorik semata-mata. Juga apakah kegagalan menubuhkan Hisbah itu bukan satu pemungkiran janji kepada rakyat?

Mungkir janji adalah sesuatu perbuatan dosa yang tidak seharusnya berlaku dalam pentadbiran dipimpinan para ulama muktabar.

Kepimpinan PAS baru yang "digegaki" dengan orang bertaraf ulama dan ustaz perlu memikir perkara ini dan kegagalan mewujudkan apa-apa yang dijanjikan satu perkara memalukan.

Pijak gambar : Laksana undang-undang secara saksama, kata peguam kepada polis


Polis perlu menguatkuasakan undang-undang secara saksama jika ia mahu mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat Malaysia, kata peguam, mengulas tindakan pantas diambil terhadap 2 orang yang didakwa memijak poster perdana menteri dan presiden PAS pada perhimpunan Bersih 4 hujung bulan lalu.

Mereka berkata, polis tidak sepatutnya berlaku "double standard" dengan menyiasat mereka yang cenderung kepada pembangkang tetapi menutup mata jika penyokong pro-kerajaan melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang.

"Orang ramai akan melihat kelakuan sedemikian oleh pihak polis terhadap mereka yang anti-kerajaan sebagai buli dan berat sebelah," peguam SN Nair, seorang bekas pegawai polis, berkata kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian mengulas penangkapan seorang penyelia berusia 21 tahun dan teman wanitanya yang memijak poster Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa perhimpunan Bersih 4.

Mereka disiasat kerana melakukan sesuatu yang boleh mencetuskan khianat awam. Mereka dibebaskan selepas keterangan diambil.

Rakaman Ucapan Ceramah di Pelancaran Parti Amanah Negara peringkat negeri Kedah



Inilah puncanya NAJIB tak berani pecat MUHYIDDIN semalam...!!

NAJIB MENGALAH DENGAN AKAR UMBI, TAPI ADAKAH MUHYIDDIN JADI "BISU" SELEPAS INI?

 
Mesyuarat MT UMNO yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama akhirnya memutuskan tiada mana-mana pemimpin dipecat atau digantung jawatannya sebagaimana spekulasi awal yang tersebar luas sejak beberapa hari lalu.

Ini bermakna Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal, Mukhriz Mahathir dan beberapa yang lain yang dihebohkan akan menerima hukuman akibat kelantangan dan sikap kritikal terhadap Perdana Menteri, Najib Razak berkaitan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta, tidak menjadi kenyataan.

Ia juga bermakna Muhyiddin akan terus kekal sebagai Timbalan Presiden UMNO tanpa jawatan Timbalan Perdana Menteri, begitu juga dengan Shafie kekal sebagai Naib Presiden UMNO yang mendapat undi kedua tertunggi, tetapi tidak memegang sebarang jawatan dalam kabinet.

Sekiranya tidak melakukan sesuatu yang memungkinkan diambil apa-apa tindakan selepas ini, kedua-dua mereka akan terus duduk dalam barisan kepimpinan tertinggi UMNO sehinggalah PRU 14 dan pemilihan parti yang sudah dianjakkan tempohnya sehingga tahun 2018.

Secara umumnya, ketidakberanian Najib Razak mengambil apa-apa tindakan terhadap Muhyiddin dan Shafie adalah kerana bimbangkan kesan lebih buruk kepada masa depan UMNO dan juga kedudukannya sebagai Perdana Menteri yang mungkin di luar jangkaannya jika tindakan itu diambil.

Baiah: Dari al-Qaradawi ke Ibnu Taimiyah

OLEH USTAZ AHMAD AWANG 

 
ULASAN Walaupun ada ulama yang menganggap jatuh satu talak dalam kes berkenaan namun ada juga ulama yang menganggap ikatan sumpah itu tidak sah kerana ia bercanggah dengan maqasid ammah yang lebih utama iaitu keutuhan dan integriti keluarga mengatasi apa juga perhitungan.

Ini dianggap sebagai menghalalkan apa yang haram dan mengharamkan apa yang halal.

Oleh itu sumpah berkenaan dianggap tidak sah.

Sebaliknya dianggap lagha (sia-sia) dan terbatal dengan sendirinya sebab bercanggah dengan maslahah lebih utama.

Menurut Ibnu Taimiyah, talaq tidak jatuh kerana:

“Penutur sumpah tidak berniat menjatuhkan talak tapi sekadar untuk melarang dan menakutkan dan dia sendiri membenci talak berkenaan.”

Pendapat ini juga merupakan pendapat Abu Hanifah, segolongan sahabat al-Syafie seperti al-Qaffal, Abu Sa’id Al Mutawalli dan difatwakan oleh hakim-hakim daripada kalangan mutakhir daripada para sahabat Abu Hanifah, al-Syafie dan lain-lain.

Namun dituntut pihak yang membuat sumpah takliq berkenaan hendaklah membatalkan sumpah itu dengan memberi sedekah satu so’ atau sekitar 1 ½ kilogram makanan (beras atau gandum) kepada sepuluh orang fakir miskin untuk melepaskan dirinya dari sumpah berkenaan.

Perkhidmatan tren shuttle KTM komuter ke utara akan bermula Jumaat ini.




 

[sila klik gambar untuk paparan lebih jelas]

PAS Selangor larang ahli sertai demo Baju Merah


PAS Selangor hari ini mengeluarkan amaran melarang mana-mana ahlinya daripada hadir atau terlibat dengan perhimpunan 'Baju Merah' pada 16 September ini.

Setiausaha PAS negeri Khairuddin Othman berkata, parti Islam itu menentang sebarang himpunan berbaur perkauman yang boleh mencetuskan ketegangan kaum.

"Kita menentang sebarang himpunan berbau perkauman yang boleh mencetuskan ketegangan kalangan kaum"

"Ahli kita di Selangor adalah dilarang untuk hadir atau terlibat dengan apa cara sekalipun.

"Kita tidak bersetuju dan tidak berkompromi dalam hal perkauman kerana asas perjuangan PAS bukan perkauman," katanya dalam kenyataan medianya.

Selain itu, beliau juga meminta supaya pasukan keselamatan memantau perhimpunan baju merah yang diberi nama Himpunan Rakyat Bersatu itu.

Penyokong Umno ‘boo’ Ahmad Maslan kerana kecewa

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan di'boo' ketika keluar daripada bangunan Umno, petang tadi dipercayai oleh kumpulan penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 September, 2015.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan di’boo’ penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berjalan keluar dari Menara Dato' Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur petang tadi, selepas selesai menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti.

Lima minit sebelum itu, Muhyiddin yang juga timbalan presiden parti dilihat keluar dari pintu yang sama dan meninggalkan perkarangan bangunan itu dengan sorakan sokongan dan kata-kata semangat penyokongnya.

Salah seorang penyokong Muhyiddin yang enggan namanya disiarkan berkata, sorakan ‘boo’ itu kerana mereka kecewa dengan Ahmad.

"Ini sorakan kecewa, menteri GST kenalah terima asam garam politik apabila disindir.

“Mereka yang bersorak memang nakal, tetapi kami hanya sindir maka terimalah," kata ahli Umno Johor itu kepada The Malaysian Insider.

Seorang ahli veteran Umno Kedah yang ditemui berkata sorakan kecewa itu memalukan.

"Kejadian yang memalukan, Ahmad Maslan di’boo’ dan ada yang jerit ‘menteri GST’," katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...