TERKINI :

Wednesday, September 9, 2015

Projek IC: Polis mesti siasat laporan ke atas Dr M – SAMM


Posted By: Redzuanon: September 09, 2015

 Projek IC: Polis mesti siasat laporan ke atas Dr M - SAMM

Merujuk kepada laporan media (Bernama) yang melaporkan seorang aktivis politik dan penulis bebas di Sabah pada Isnin (7 Septembert 2015) telah membuat laporan polis meminta pihak berkuasa membuka kertas siasatan berhubung dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terlibat dalam pengeluaran kad pengenalan palsu di negeri ini.

Kanul Gindol berkata siasatan itu perlu dijalankan secara mendalam kerana sehingga kini siasatan hanya bergantung kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) sahaja.

“Semasa dalam (siasatan) RCI, beliau (Tun Dr Mahathir) hanya berkata saya tidak tahu … saya tidak terlibat,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Sehubungan dengan itu Solidariti Anak Muda Malaysia (seketeriat kempen #sudahlahMahathir) menyambut baik laporan polis berkenaan dan mendesak pihak polis memulakan penyiasatan yang serius dan mendalam dalam perihal ini.

Untuk perhatian semua berkenaan isu ini pada 18 Mac 2013 SAMM pernah mengadakan ‘Mahkamah Rakyat’ bagi membicarakan punca sebenar Pencerobohan Lahad Datu. Penemuanya ialah punca utama kes Lahad Datu ialah Projek IC Dr.M yang telah membawa secara besar besaran warga asing untuk diberi warganegara Malaysia bagi tujuan mengundi dan mengekalkan kuasa politiknya.

Budaya Samseng - Apakah Milik Orang Melayu..???


Akhir-akhir ini sudah mula wujud suatu budaya baru yang dilahirkan oleh segelintir orang Melayu yang boleh disifatkan sebagai ‘budaya samseng’. Pastinya tidak mempunyai ramai pengikutnya disebabkan kelahirannya tidak bertepatan dengan zaman kwujudannya. Maksud aku bahawa Kurun ke 21 bukanlah merupakan zaman atau kurun untuk mempamerkan kekuatan fizikal tetapi kurun ini adalah zaman manusia mempamerkan kekuatan mental. Orang putih kata ‘knowledge-based society’. Kurun yang mementingkan masyarakat berilmu pengetahuan.

Justeru sekiranya masih ada lagi orang Melayu yang mahu menunjukkan ‘kekuatan’ melalui kekuatan fizikal, bermakna orang Melayu amat ketinggalan zaman sedangkan bangsa-bangsa lain di dunia sudah mengubah haluan, mementingkan ilmu pengetahuan dan pemodenan. Maknanya cara berfikir segelintir orang Melayu yang demikian, yang masih mahu mengamalkan budaya samseng itu samalah seperti keadaan masyarakat Melayu purba yang digambarkan oleh P.Ramlee melalui watak A.Rahim dan Sharif Dol dalam filem-filem Melayu lama.

Kami sedia bersama, tetapi PAS mahu bersendirian, kata Amanah

Ahli Jawatankuasa Amanah Dr Dzulkefly Ahmad berkata, mereka sedia menerima PAS jika ia sudi bersama Pakatan Rakyat 2.0 bagi berjuang menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 September, 2015.
Pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) mencapai kata sepakat untuk sedia menerima PAS dalam gabungan baharu parti pembangkang iaitu namun parti Islam itu nampaknya mahu hidup bersendirian kerana merasakan mereka sudah cukup kuat, kata pemimpin.

Ahli Jawatankuasa Amanah Dr Dzulkefly Ahmad berkata, dalam membentuk hubungan baharu memang ada perbezaan pandangan antara mereka dan ia diraikan dalam parti baharu itu.

"Namun secara majoritinya kami sedia menerima PAS jika sudi untuk bersama Pakatan Rakyat 2.0 (PR2.0) untuk sama-sama menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN),” kata bekas ahli Parlimen Kuala Selangor itu kepada The Malaysian Insider.

"Namun terbukti PAS nampaknya lebih senang bersendirian sebagaimana dinyatakan oleh presidennya," kata Dzulkefly.

Semalam di Kuala Terengganu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan tidak mustahil parti Islam itu akan bergerak bersendirian tanpa bekerjasama dengan BN ataupun pembangkang.

Kalau pilihan raya umum ke-14 diadakan esok, Barisan Nasional menang selesa!

Oleh Zin Mahmud

 http://beritasemasa.com.my/wp-content/uploads/2013/05/SEMAK-SPR-MALAYSIA-2013.jpg
Politik. Kalau pilihan raya umum ke-14 diadakan esok, Barisan Nasional menang selesa. Malah mungkin Selangor pun dapat ke tangan Barisan Nasional. Datuk Seri Najib Tun Razak akan terus jadi perdana menteri.

Ini kerana bukanlah Barisan Nasional itu kuat tetapi parti yang menentangnya adalah lemah. Derma juta juta dari Timur Tengah tidak menjadi masalah bagi kebanyakan orang Melayu

Ini kerana ia disalurkan untuk kepentingan orang Melayu, Islam, Sunnah wal Jamaah dan menentang Islam pelampau. Orang Melayu menyokong kesederhanaan dan tolak kepelampauan.

Derma itu rasuah? Kebanyakan orang Melayu boleh menerima amalan rasuah jika ia untuk kepentingan alif, ba, ta..agama, bangsa dan tanahair. Sebab itu apa yang berlaku sejak Dasar Ekonomi Baru tidak menjadi isu yang menjejaskan UMNO dan BN.

1MDB? Banyak orang Melayu pandang ia akan diselesaikan oleh kerajaan dengan apa cara jua pun. GST? Banyak orang Melayu hanya menerimanya kerana "kerajaan tahulah apa yang dibuatnya."

Ringgit jatuh? Ah, nanti dia naik balik semulalah sebab "fundamental kita kuat."

Parti Pekerja sedia sepenuhnya jadi Parti Amanah Negara

EGM PARTI PEKERJA-PEKERJA MALAYSIA MELULUSKAN PERTUKARAN NAMA KEPADA PARTI AMANAH NEGARA.


Parti Pekerja-pekerja Malaysia semalam meluluskan pertukaran namanya kepada Parti Amanah Negara (Amanah) di samping menukar logo dan benderanya pada satu mesyuarat agung luar biasa (EGM).

Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir berkata logo dan bendera baharu parti itu akan dilancarkan sepenuhnya pada satu perhimpunan yang bakal diadakan 16 September ini.

EGM semalam adalah yang kedua diadakan parti itu selepas yang pertama pada bulan lalu.

Pada EGM Ogos, mereka mencapai kata sepakat menukar kepimpinan parti itu kepada kepimpinan baru iaitu yang dibarisi pemimpin Gerakan Harapan Baru (GHB), bagi membolehkan mereka mengambil alih parti itu daripada kepimpinan lamanya.

Zahid Hamidi cabuli perlembagaan UMNO

Oleh Ma’nip

umno,-Red-Shirt-Rally,-Zahid-Hamidi
Pada jam 6.24 petang, 08.09.2015,telah dilaporkan melalui laman FMT dalam Bahasa Inggeris “UMNO Members free to join Red Shirt Rally, says DPM”. Timbalan Perdana Menteri dan Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, telah dipetik di dalam artikel tersebut mengatakan, “the rally will be organised by an NGO and the NGO will invite UMNO”. Beliau juga dipetik mengatakan, “we will let the police give them a permit and conduct enforcement operations”. Beliau juga dilaporkan telah memberi pengesahan bahawa tidak akan ada mana-mana sekatan kepada mana-mana ahli UMNO yang berhasrat untuk mengambil bahagian di dalam Himpunan Baju Merah, yang juga dikenali sebagai “Himpunan Maruah Melayu” pada 16.09.2015 di Kuala Lumpur.

Fahaman umum bahawa tujuan utama yang mendorong penganjur “Himpunan Maruah Melayu” adalah di atas gesaan sesetengah pihak yang melihat dalam perspektif sempit bahawa Himpunan Bersih 4.0 yang diadakan pada 29 & 30 Ogos 2015 tempoh hari kononnya merupakan agenda kaum Cina yang didokong oleh parti bukan Melayu. Malahan, petikan-petikan penganjur “Himpunan Maruah Melayu” dengan jelas menampilkan dasar perkauman untuk orang Melayu hadir beramai-ramai untuk membantah Bersih 4.0 kerana dikatakan mencabar maruah kaum Melayu. Ini adalah jelas dengan merujuk kepada komen-komen wakil penganjur iaitu Datuk Jamal Mohd Yunus dan Mohd Razlan Rafii seperti yang dipetik di dalam satu laporan lain, Malaysiakini jam 6.09 petang, juga hari ini dengan tajuk “Demo Baju Merah Terus, Tapi Siapa Penganjurnya”.

Minta PM najib Nafi Beliau Tandatangan Cek Untuk 4 Syarikat

Oleh Dato'Mahfuz Hj Omar

https://lh4.ggpht.com/BdMhEvrKE25l5vpKdPfoFlSXKxCQkdZrksmtuvUCgxPsojGXZ64vqWMihz8MLtdUo35EgWB2BdwDfceowA
1.Satu laporan polis telah dibuat terhadap Dato'Seri Najib pada 30 Ogos 2015 du Ibu Pejabat Polis Hong kong oleh Datuk Khairudin Abu Hassan bekas Naib Ketua Bahagian Umno Batu Kawan.Laporan tersebut adalah berkaitan dengan terdapatnya dakwaan yang mengatakan Najib adalah penandatangan (signatory)cek untuk empat syarikat di Hong Kong

2.Berasaskan laporan polis tersebut, Najib didakwa telah menjadi penandatangan (signatory) kepada empat syarikat di Hong Kong. Senarai syarikat seperti dibawah.

a)Alliance Assets International Limeted.
b)Cityfield Enterprises Limited.
c)Bartinggale International Limited.
d)Wonder Quest Investments Limited.

Semua syarikat tersebut menggunakan alamat yang sama iaitu 23-F Three,Exchange Square,No.8,Connaught Place Hong Kong serta akaun bank yang sama iaitu Credit Suisse Ag cawangan Hong Kong dan dikata didalam akaun syarikat tersebut pernah mempunyai rekod simpanan sejumlah RM1.25 bilion.

Kongres Rakyat serampang dua mata PAS

Oleh Abdul Rahim Sabri

https://lh3.googleusercontent.com/2tE6eyCgUlHokiXbtaPhw4-g17_aEkGJvGDk5gxd6C56_TIhoeJ6uxr2JpfnaTduIY2qXs4hES9o24paGU2I=w700
Kongres Rakyat anjuran PAS dengan kerjasama NGO pada 12 September ini bercita-cita besar untuk merangka pelan tindakan menyelesaikan terhadap kemelut politik, ekonomi dan sosial dalam negara.

PAS berkata lebih 200 NGO, kumpulan mahasiswa, profesional, ahli akademik teknokrat dan masyarakat umum akan tampil memberi input dan membincangkan penyelesaiannya.

Tetapi persoalannya, apakah yang benar-benar istimewa tentang kongres itu, yang kelihatannya seperti sebuah persidangan biasa sahaja?

Malah, sudah tidak terkira program seumpamanya dilangsungkan di negara ini.

Justeru, tidak pelik jika ada yang melihat bahawa acara itu sebahagian strategi baru PAS untuk mendekati kumpulan aktivis dalam masa-masa sukar setelah bersendirian tanpa sekutu dan setelah ditinggalkan kumpulan profesional.

Muktamar PAS di Kuala Selangor Jun lalu menyaksikan tersingkirnya kumpulan yang mahukan perubahan dalam kepimpinan parti, termasuk menukar Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sokongan terhadap PAS semakin terhakis dan perseteruan semakin tajam - sekalipun dinafikan beberapa pimpinannya - apabila bekas pemimpin-pemimpin kanannya mengepalai rombongan keluar parti.

Tun M tak gentar ditangkap polis

Adam Abu Bakar
| September 9, 2015

Beliau sedia memberi kerjasama kepada polis bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya di perhimpunan Bersih pada 20 dan 30 Ogos lalu.

tun-m-arrest-me

SUBANG: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak gentar untuk ditangkap oleh pihak polis ekoran kenyataannya yang keluarkan di demonstrasi Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Dr Mahathir bagaimanapun menyatakan ia sudah menjadi tugas dan hak pihak polis untuk membuat tangkapan.

“Itu hak diorang. Tangkaplah, apa nak kerjasama pula,” katanya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang.

Manakala, isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pula menyatakan bahawa beliau bersedia jika suaminya ditahan.

Bahkan, beliau menyifatkan ia adalah lumrah sebagai seorang ahli politik untuk ditahan.

“Thats politics, thats life,” ujarnya sewaktu diaju soalan oleh pemberita mengenai perasannya selepas lebih 20 tahun suaminya sebagai pemimpin dan kini ada pihak yang ingin memberkas suaminya.

Amukan Ultras Malaya: Guna saluran betul? Saluran yang mana lagi?


KUALA LUMPUR: Seperti yang dilaungkan, penyokong Harimau Malaya mengotakan kata-kata mereka apabila menjadikan Stadium Shah Alam sebagai medan meluahkan rasa tidak puas yang terbuku di hati.

Suar dibaling ke atas padang dan mercun roket dilepaskan, dengan chant yang mempersendakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada saat perlawanan menentang Arab Saudi berbaki dua minit.

Dilabel sebagai memalukan dan mencemar nama baik negara, namun bagi golongan peminat yang menggelar diri mereka sebagai Ultras Malaya ini, ini jalan terakhir mereka.


Ketika ramai yang mengkritik, hakikatnya ramai juga yang melihat tindakan ini membawa suara penyokong tegar bola sepak tempatan yang sudah jelak dengan perkembangan semasa.

Pilihan untuk Najib, kukuhkan kuasa atau selamatkan Umno, kata pemerhati

Datuk Seri Najib Razak mempunyai pilihan sama ada mementingkan kuasa politiknya atau meneruskan perpecahan dalam Umno dengan memecat pengkritiknya tetapi bakal berhadapan risiko pemberontakan yang lebih kuat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 September, 2015.
Sama ada Tan Sri Muhyiddin Yassin atau beberapa pemimpin lain dipecat atau tidak hari ini, hakikatnya Datuk Seri Najib Razak sudah memecahbelahkan Umno sejak merombak Kabinet dan skandal yang dikaitkan dengannya.

Bezanya ialah mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini akan menentukan sama ada perpecahan parti terbesar itu akan menjadi semakin buruk, kata pemimpin veteran dan pemerhati.

Bagi pemimpin veteran Umno, Tan Sri Zainuddin Maidin (gambar, kiri), punca perpecahan Umno ini bermula dengan keputusan Najib sendiri menggugurkan Muhyiddin pada Julai lalu.

"Beliau mahu bimbangkan berpecah apa lagi?" kata Zainuddin kepada The Malaysian Insider.

"Beliau bertindak membuang Muhyiddin daripada Kabinet sudah pun memecahkan parti”.

Bekas menteri penerangan itu berkata, Najib mempunyai pilihan sama ada mementingkan kuasa politiknya atau meneruskan perpecahan dalam Umno dengan memecat pengkritiknya, akan tetapi, risiko pemberontakan yang lebih kuat bakal dihadapinya.

"Kalau pecat, saya rasa akan timbul pemberontakan lebih kuat dalam parti sebab ada suara-suara yang tidak mahu dipecat sudah kita dengar, malah ia datang daripada Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga naib presiden Umno dan Khairy Jamaluddin (ketua Pemuda).

31 fakta 31 tahun FAM masih tidur – Bangun dan letaklah jawatan

1. Di bawah pentadbiran Presiden kini dan sebelumnya, Malaysia tidak pernah lagi layak ke Sukan Olimpik. Kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik ialah pada 35 tahun yang lepas.

2. Di bawah pentadbiran Presiden kini dan sebelumnya, Malaysia tidak pernah lagi layak ke Piala Asia secara merit. Kali terakhir Malaysia layak ke Piala Asia secara merit ialah pada 35 tahun yang lepas.

3. Di bawah pentadbiran Presiden kini dan sebelumnya, Malaysia hanya menyertai pusingan akhir Piala Asia sekali sahaja iaitu pada tahun 2007. Itupun kerana Malaysia ialah tuan rumah bersama.

4. FAM membenarkan penganjuran Jelajah Asia Manchester United ketika Piala Asia 2007 sedang berlangsung, sehingga mengundang kecaman FIFA.

5. Pada Piala Asia 2007, Malaysia hanya mampu menjaringkan 1 gol namun dibolosi 12 kali, sekaligus menduduki tempat tercorot kumpulan.

6. Pada tahun 2012 ketika Kelayakan Piala Asia B-22, terdapat bukti bahawa Myanmar telah menewaskan Malaysia dengan menurunkan pemain lebih umur, namun Setiausaha Agung FAM ketika itu hanya menjawab “saya tidak dimaklumkan”.

7. Kini di Kelayakan Piala Asia 2019, Malaysia hanya mampu menjaringkan 1 gol namun dibolosi 17 kali, sekaligus menduduki terperosok di dasar kumpulan kelayakan di belakang Timor-Leste.

8. Lawan pertama Malaysia di Kelayakan Piala Asia 2019 iaitu Timor-Leste pernah berada 46 anak tangga di bawah Malaysia dalam ranking FIFA. Kini negara tersebut berada 6 anak tangga di atas.

9. Apabila FIFA memperkenalkan sistem ranking dunia 21 tahun lalu (1993), Malaysia menduduki ranking ke-14 Asia. Dalam era Presiden sekarang ranking Malaysia menjunam ke kedudukan ke-34 Asia.

10. Pada tahun 1993, Malaysia menduduki ranking ke-77 dunia namun di bawah pentadbiran Presiden kini, ranking Malaysia menjunam ke kedudukan TERBURUK DALAM SEJARAH BOLASEPAK NEGARA, iaitu ke-169 dunia.

11. Di bawah pentadbiran Presiden kini, ranking Malaysia berada di bawah Bhutan, negara yang pernah menduduki ranking paling corot FIFA.

12. Di bawah pentadbiran Presiden kini, ranking Malaysia berada di bawah Indonesia, negara yang sedang digantung FIFA dan tidakpun dibenarkan bertanding.

13. Liga bolasepak Malaysia dikategorikan gred ‘D’ walaupun menjalani peralihan selama 25 tahun daripada liga amatur ke liga semi-pro pada tahun 1989, dan kemudian ke liga profesional pada tahun 1993.

14. FAM memiliki sekali ganda lebih jumlah kakitangan berbanding FA Jepun untuk mentadbir bolasepak Malaysia termasuk liga gred ‘D’.

15. FAM merasakan perlu untuk menukar-nukar jumlah pasukan dalam liga gred ‘D’ daripada 14 pasukan kepada 12 kepada 14.

16. Perjanjian FAM dengan Singapura telah tamat, namun FAM merasa perlu untuk meneruskannya dengan penyertaan Young Lions TERUS KE LIGA SUPER.

17. FAM turut merasakan perlu untuk menambah jumlah hari perlawanan pada bulan Ramadan, termasuk 3 hari perlawanan dalam tempoh singkat 7 hari, untuk membenarkan perlawanan sarkis menentang kelab-kelab luar. Sebagai perbandingan, semua pertandingan bolasepak di negara-negara Islam seperti Arab Saudi, Bahrain, Brunei, Iran, Jordan, Kuwait, Oman, Palestin, Qatar, UAE termasuk Bosnia dihentikan ataupun tamat sebelum bulan Ramadan, kecuali negara yang terpaksa menganjakkan jadual akibat peperangan seperti Iraq dan Syria.

18. Di bawah pentadbiran Presiden kini, FAM telah ‘melelong maruah’ negara kepada penganjur-penganjur perlawanan pertunjukan yang diragui keputusannya.

19. Pada tahun 2009, FAM sewenang-wenangnya merelakan maruah negara diaibkan oleh sindiket perjudian dalam skandal ‘Asiagate’, apabila membenarkan perlawanan ‘persahabatan’ dengan pasukan kelab Monomotapa United FC yang menyamar sebagai pasukan kebangsaan Zimbabwe.

20. Pada Februari 2013, bekas Setiausaha Agung FAM ketika itu dengan mudah menerima surat penjelasan pembatalan ‘perlawanan persahabatan’ Harimau Muda ‘A’ daripada pengarah teknikal Football Queensland, sedangkan perlawanan kononnya diadakan dengan kelab Brisbane Roar. Perlawanan ini juga tidak pernah diumumkan oleh pihak kelab Brisbane Roar.

21. Jelajah Harimau Muda ke Slovakia diberitakan telah dianjurkan dengan bantuan Miroslav Bozik, individu yang dikehendaki untuk soal siasat kes rasuah oleh Interpol pada 1995. Harimau Muda tidak tewas dalam Jelajah Slovakia, namun kemudian ditewaskan oleh Laos dan Myanmar sebelum dibelasah Thailand 5-0.

22. Hanya ejen perlawanan (bukan ejen pemain) yang berdaftar dengan FIFA boleh membawa sesebuah pasukan bermain di Malaysia. Namun Setiausaha Agung FAM enggan mendedahkan identiti ejen perlawanan ‘pertunjukan’ dengan Barcelona pada 2013.

23. Presiden FAM pernah memegang jawatan Presiden MHC dan Exco FIFA serentak.

24. Bendahari FAM memegang jawatan dalam BAM dan MOM serentak.

25. FAM telah GAGAL melaksanakan penswastaan liga pada 2015. Ini mengakibatkan kerugian berjuta ringgit kepada FA negeri, kelab dan pemegang taruh.

26. Hak penyiaran liga dibida oleh 3 pihak: TM-Media Prima, ASTRO-Fox Sports dan Zenith. Namun FAM telah menyerahkan keputusan untuk dibuat oleh MP & Silva.

27. Pada bulan lepas, FAM berbincang untuk menganjurkan Liga Bolasepak Rakyat dengan individu yang pernah ditahan dalam siasatan SPRM berkaitan kes 1MDB.

28. Baucar bayaran Kerajaan pada 2011 menunjukkan wang kerajaan sebanyak RM6,091,200 telah disalurkan kepada yayasan di bawah Presiden FAM untuk ‘Lawatan Pasukan Bola Sepak British Premier League Club’.

29. Sebagai badan yang berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sukan, FAM tidak pernah membentang penyata kewangannya kepada rakyat Malaysia.

30. Di bawah pentadbiran Presiden kini, Malaysia mengalami kekalahan TERBURUK DALAM SEJARAH BOLASEPAK NEGARA, iaitu 10-0 kepada UAE.

31. Rekod menunjukkan jurulatih ketika kekalahan TERBURUK DALAM SEJARAH NEGARA, menerima antara gaji terbesar dalam sejarah iaitu RM712,700 setahun.

#31TAHUNFAMMASIHTIDUR
#letakjawatanlahpresidenFAMB





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...