TERKINI :

Tuesday, September 8, 2015

Ahli Parlimen BN hipokrit kerana hanya berani di laman sosial

Mohamad Fadli | September 8, 2015

Mereka hanya berani mengkritik Najib Tun Razak di laman sosial tetap tidak berani membuat usul dan menyokong undi tidak percaya di Parlimen.

mazfuz,najib

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bersikap hipokrit kerana tidak berani membuat usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar turut menyelar tindakan segelintir Ahli Parlimen BN yang hanya berani mengkritik di laman sosial tetapi tidak berani bersuara dalam Parlimen.

“Saya tak percaya kepada Ahli Parlimen BN kerana mereka tidak bersungguh untuk mengusulkan undi tak percaya itu.

“Saya nampak Ahli-ahli Parlimen BN memilih untuk ‘redha’ Najib terus jadi Perdana Menteri dan melihat keadaan negara terus berada dalam krisis,” katanya kepada pemberita di Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-36.

Bekas Pesuruhjaya Pas Kedah itu berkata, usul undi tidak percaya juga tidak dapat diteruskan sekiranya tidak mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen BN.

“Untuk apa kita nak usul undi tak percaya sekiranya tidak mencukupi,

Polis kaji kemungkinan kehilangan Kevin berkait pembunuhan pengasas Ambank

http://media.themalaymailonline.com/images/sized/ez/Noor_Rashid_Ibrahim0608c_620_413_100.jpg
Pasukan Siasatan Khas Polis akan mengkaji sebarang kemungkinan kehilangan Kevin Anthony Morais mempunyai kaitan dengan semua kes di dalam negara, termasuk pembunuhan pengasas Ambank, Hussain Ahmad Najadi.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, polis komited menyelesaikan kes membabitkan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara tersebut.

"Kita akan kaji semua kemungkinan yang ada. Kita mahu selesaikan kes ini, " katanya ketika ditemui media selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2014 di Kuala Lumpur hari ini.

Rashid berkata, kes melibatkan Kevin tidak boleh dipandang ringan dan perlu diselesaikan dengan menggunakan segala kemungkinan yang ada.

"Bagi kami, ini satu kes yang serius dan polis perlu menggembleng tenaga mengenalpasti apa puncanya. Kalau ada sesiapa yang terlibat, kita perlu kenalpasti dan ambil tindakan yang sewajarnya," katanya.

Beliau turut memberitahu media, tiada sebarang panggilan berbaur ugutan dibuat terhadap keluarga Kevin.

Amanah sedia kerjasama dengan sesiapa sahaja termasuk PAS, kata timbalan pengerusi

Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara Salahuddin Ayub Salahuddin berkata, dalam usaha menumbangkan Barisan Nasional (BN), mereka komited meneruskan kesinambungan penubuhan Pakatan Rakyat (PR) 2.0 yang akan diwujudkan kemudian. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 September, 2015.
Parti Amanah Negara (Amanah) sedia menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak termasuk PAS selagi matlamat mereka tetap sama iaitu menyelamatkan Malaysia, kata timbalan pengerusinya Salahuddin Ayub.

Dalam kenyataannya hari ini, Salahuddin berkata, dalam usaha menumbangkan Barisan Nasional (BN), mereka komited meneruskan kesinambungan penubuhan Pakatan Rakyat (PR) 2.0 yang akan diwujudkan kemudian.

"Sejak daripada awal penubuhan Gerakan Harapan Baru, saya menyatakan sikap kami sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak sama ada parti politik, organisasi bukan kerajaan (NGO) atau mana-mana individu yang meletakkan matlamat menyelamatkan Malaysia dan masa depan rakyat dan negara," kata Salahuddin.

Bekas naib presiden PAS itu berkata, pendirian Amanah berhubung perkara itu juga tidak pernah berubah.

"Saya ingin menegaskan pendirian itu tidak pernah berubah sekalipun kami kini bergerak atas nama Parti Amanah Negara (Amanah) yang akan dilancarkan secara rasmi pada 16 September ini.

"Amanah komited meneruskan kesinambungan perjuangan rakyat bersama semua parti politik pembangkang melalui muafakat politik baru, PR 2.0 yang akan diwujudkan nanti, dalam usaha untuk menumbangkan BN," katanya.

Wan Azizah bertemu Mohamad Sabu untuk membincangkan pembentukan pakatan pembangkang baru

Pejabat Presiden
Parti Keadilan Rakyat
8 September 2015

 

Wan Azizah bertemu Mohamad Sabu untuk membincangkan pembentukan pakatan pembangkang baru

Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah bertemu dengan Mohamad Sabu, pemimpin Parti Amanah Negara dalam satu mesyuarat tertutup pada hari ini.

“Kami mengadakan mesyuarat yang berhasil untuk membincangkan hala tuju yang sama dan prinsip kedua-dua pihak. Saya amat berbesar hati mengalu-alukan Parti Amanah Nasional sebagai parti pembangkang baru."

Dato’ Seri Dr Wan Azizah menekankan perlunya pihak pembangkang yang kuat dan bersatu padu untuk mencabar Barisan Nasional dalam isu-isu semasa dan dalam pilihan raya umum yang akan datang.

"Krisis keyakinan yang melanda Malaysia hari ini menuntut alternatif kepada kerajaan BN. Saya yakin bahawa pakatan pembangkang baru akan menjadi lebih kuat dan dalam kedudukan yang lebih baik untuk melawan rasuah dan salah urus ekonomi pentadbiran Najib."

Bekas bos SB cabar Rosmah jawab sendiri tuduhan



Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas (SB) polis Datuk Abdul Hamid Bador menggesa isteri perdana menteri Rosmah Mansor tampil menjawab sendiri dakwaan terhadapnya dan tidak menggunakan orang tengah.

Hamid perkata Rosmah tidak perlu menggunakan pembantunya Datuk Rizal Mansor untuk bercakap bagi pihaknya.

“Sanggupkah Rosmah sendiri tampil buat penafian? Dia tak boleh bercakap sendiri ke?

“Sudah tentu, dia (perlu) jawablah,” katanya kepada Malaysiakini.

Isnin lalu, Hamid membangkitkan persoalan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sama ada pertukarannya ke Jabatan Perdana Menteri dibuat dalam "mesyuarat tergempar" dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan turut dihadiri Rosmah.

Sukan | Benarkah BADDROL BAKTIAR akan ke JDT musim depan??




PKR tegas mahu PAS berada dalam Pakatan baru

PKR hari ini menegaskan pendirian mereka bahawa PAS sepatutnya berada dalam gabungan pembangkang yang baru.

Bercakap dalam sidang media hari ini, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah menyatakan pendirian jelas mengenai perkara itu.

Sebelum ini, Azmin menyatakan bahawa partinya mahu meneruskan kerjasama dengan PAS dalam gabungan pembangkang yang baru dan ia seolah-olah pendirian tegas parti mengenainya.

ADUN Bukit Antarabangsa itu ditanya mengenai kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang menolak PAS menyertai gabungan baru itu susulan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan PAS merancang mahu meletakkan calon di kerusi yang ditandingi DAP.

Azmin yang juga menteri besar Selangor bagaimanapun percaya kenyataan Lim tu adalah pandangan peribadinya.

"Itu pandangan Lim Guan Eng. Terpulang kepada DAP. Yang saya nyatakan baru-baru ini, bukan kenyataan (dan) pendirian saya. Tapi itu pendirian PKR. Ini bukan pendirian saya atau Wan Azizah.

PAS tempelak pengulas dakwa mereka lemah



PAS tampil menempelak golongan pengulas politik yang mendakwa parti Islam itu semakin lemah susulan wujudnya parti serpihan Parti Pekerja-Pekerja Malaysia (PPM).

Pengarah Jabatan Penerangan PAS Ahmad Amzad Hashim berkata golongan itu mungkin dipengaruhi pandangan di dada akhbar.

“Pengulas politik yang menyatakan PAS semakin lemah barang kali mengalami keracunan oleh akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, Malaysiakini atau The MaIaysian Insider.

“Cubalah menjadi lebih objektif sedikit. Ada berapa kawasan dalam PAS? 191 kawasan. Hanya ada berapa kawasan yang dikatakan bermasalah dengan GHB? 16 kawasan?” soalnya.

Dalam tulisan di Harakahdaily semalam, Ahmad Amzad juga membangkitkan isu keanggotan PPM yang dipengerusikan oleh bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu.

Mencari kelainan Utusan di helaian Harakah

TIADA lagi catatan “Anekdot Ahad” yang sering kelihatan di muka surat tujuh Mingguan Malaysia. Sekarang helaian itu diisi dengan komentar “Warung Rakyat”.

Kehilangan kolum itu pernah digegerkan seketika sebelum ini. Pengarang Mingguan Malaysia terbabit pada kolumnya sebelum itu menolak wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak, sebagai wang Umno.

Tulis Ku Seman Ku Hussein lagi, "bila didedahkan sebagai wang Umno, maka orang Umno memikul biawak hidup."

Catatan itu rupa-rupanya mengundang tidak senang Ketua Pengarah Jasa, Datuk Dr Puad Zarkashi dan Menteri Komunikasi dan Multimedia baru, Datuk Dr Salleh Said Keruak.

Ketika isu itu membahang, Ku Seman menulis Utusan Malaysia bukan jurucakap parti seperti Harakah.

"Saya diberi kebebasan pihak pengurusan dan saya percaya kebebasan itu diberikan oleh Umno untuk mengkritik kerana Utusan berbeza daripada Harakah.

"Harakah merupakan lidah rasmi PAS, manakala Utusan adalah akhbar dan ia perlu bertindak seperti akhbar dan bukannya jurucakap parti," katanya seperti disiar sebuah laman web.

Pandangan kedua: Umno BN patut sertai Kongres Rakyat


KONGRES Rakyat yang akan diadakan 12 September nanti dijangka menjadi rangsangan kepada rakyat untuk bangkit menyatakan pandangan dan suara mereka terhadap ketidakadilan kerajaan dalam banyak perkara. Adakah melalui kongres seperti itu mampu menyelesaikan tekanan dihadapi rakyat dan membawa perubahan kepada sistem pentadbiran negara?

Pemangku Penolong Pengarang Berita Harakah, NYZA AYOB mendapatkan butiran lanjut mengenainya daripada Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad. Ikuti wawancara tersebut:

WARTAWAN: Apa usaha PAS untuk menarik penyertaaan orang ramai dalam Kongres Rakyat nanti?

USTAZ IDRIS AHMAD: Rakyat tahu kepincangan yang berlaku dalam negara. Ia bukan sahaja untuk mencari penyelesaian berkaitan orang Melayu sahaja, malahan berlaku kepada semua masyarakat tidak kira agama.

Kongres ini juga mendapat sokongan daripada NGO Sabah dan Sarawak yang mewakili masyarakat pribumi di sana.

Maka sebab itu saya sarankan kepada semua rakyat yang sayang dan cintakan negara kita agar sama-sama kita meramaikan Kongres Rakyat ini.

Nama Kongres Rakyat adalah untuk membawa isu-isu rakyat dan ada usul-usul rakyat yang kita buka melalui Facebook dan emel yang diviralkan.

Ia bagi membolehkan rakyat membawa usul-usul yang akan dijadikan input untuk kita hadamkan, bahaskan dan kita akan buat plan tindakan rakyat.

Mahfuz puji wanita Umno yang dipecat kerana saman Najib diibaratkan sebagai Mahsuri

Kenyataan Media.

TAHNIAH AININA WALAU DIPECAT UMNO,KEBERANIAN MU UMPAMA MAHSURI.

1. Tahniah Puan Ainina atas keberanian bertutur benar kepada Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Malaysia yang berkuasa.Selepas 58 tahun merdeka Malaysia berjaya melahirkan seorang srikandi baru dari pulau lagenda Mahsuri Langkawi yang punya keberanian sehingga sanggup hilang kedudukan dalam parti pemerintah.

2. Pemecatan keahlian Umno keatas Ainina hanya kerana Ainina menyaman Presiden Parti ke mahkamah untuk meminta Presiden Umno yang juga PM menjelaskan secara terperinci tentang derma politik untuk Umno RM2.67 bilion yang dimasukkan kedalam akaun peribadi beliau. Inilah dia rupa perlembagaan Parti yang tidak demokratik sehingga ahli parti tidak dapat membersihkan parti dari salah guna kuasa yang merosakkan dan menghakiskan kepercayaan rakyat pada parti Umno.Pemecatan Ainina adalah salah guna kuasa perlembagaan untuk melindungi jenayah Presiden Umno.

3.Tidak wajar peruntukan perlembagaan diguna dalam kes ini keatas Ainina.Apa yang dilakukan Ainina sepatutnya dilihat Untuk kebaikan Umno.Tindakan Ainina setelah usaha mendesak Najib memberi penjelasan isu derma politk untuk Umno Rm2.67 bilion dalam akaun peribadi Najib tidak berkesan. Hingga kini Najib buat pekak badak saja. Apa lagi yang boleh dilakukan bagi seseorang ahli parti yang sayangkan Umno seperti Ainina.

Najib terlupa yang malukan negara dia, bukan Bersih

DALAM KABUS


Najib Razak mengecam himpunan Bersih 4 yang berlangsung baru-baru ini sebagai gila. Katanya himpunan itu, - Bersih bukan demokrasi, tetapi democrazy. (Gila).

Perdana Menteri itu berkata himpunan itu bertentangan dengan perlembagaan negara kerana ia cuba mengguling kerajaan. Najib menggunakan perlembagaan untuk mengecam Bersih dan menyelamatkan dirinya.

Sebenarnya tidak ada siapa beranggap himpunan Bersih itu sebagai hendak mengguling kerajaan. Himpunan Bersih bukan baru, malahan sudah berlaku beberapa kali sebelum ini. Himpunan Bersih adalah untuk menuntut demokrasi dan pilihan yang bebas, telus dan adil.

Bekas PM Dr Mahathir Mohamad juga hadir dalam himpunan itu. Apakah ini bermakna Dr Mahatir juga gila? Tidak. Sebab dia sudah mengatakan kehadirannya bukan menyokong pembangkang tetapi kerana mahukan Najib berundur. Jelas himpunan itu hanya mahu menggulingkan Najib dan bukannya kerajaan UBN.

Beri peluang pihak lain memerintah

Kongres Rakyat
KUALA LUMPUR - “Dunia tidak akan berakhir sekiranya kerajaan yang memerintah Malaysia pada hari ini ditukar,” demikian kata Ahli Jawatankuasa Kongres Rakyat, Prof Madya Zainal Abidin Kidam.

Beliau berkata, kerajaan sepatutnya berundur dan memberi peluang kepada pihak lain untuk memerintah negara ini sekiranya tidak mampu memenuhi aspirasi rakyat.

“Ini adalah sistem yang bertamadun... kita tidak boleh amalkan pemerintahan kuku besi sama seperti yang dilakukan oleh penjajah di negara ini suatu ketika dahulu.

“Beri peluang kepada pihak lain untuk memerintah dan jika pihak berkenaan tidak mampu, kita tukar kerajaan lain,” katanya.

Katanya, kuasa memerintah yang diberikan oleh rakyat adalah untuk menjalankan amanah dan bukan hak mutlak.

“Jangan bila rakyat bersuara untuk tukar kerajaan mereka dilabel sebagai anti kerajaan... ini tidak betul.

PasMA Kelantan - Jangan anggap ia hina ulama, Mereka hanya tidak setuju dengan pemimpin Pas sahaja

Che Ibrahim Mohamed
KOTA BHARU - Naib Pengerusi Pasma Kelantan, Che Ibrahim menegaskan apa yang berlaku di dalam Pas kini tidak boleh dianggap sebagai perbuatan menghina ulama.

Menurutnya, pihak yang tidak bersetuju dengan Pas juga sebenarnya tidak pernah sesekali berniat untuk menolak golongan ulama.

“Mereka hanya tidak bersetuju dengan pendekatan dan kepimpinan beberapa pemimpin Pas yang kebetulannya dianggap sebagai ulama, bukannya menolak ulama secara keseluruhan,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan veteran Pas, Subky Latif yang meluahkan kebimbangan sekiranya dibiarkan pihak tertentu memperlekehkan ulama, didatangi ‘tulah’ (kemalangan yang menimpa kerana melanggar larangan) oleh ALLAH SWT.

Bank Malaysia pun dah tak terima RM untuk ditukar ke Pound Sterling | Apasal Nie #NAJIB?


"TADI pergi bank, bank cakap mereka tidak terima tukar dekat cawangan sini," demikian luahan seorang pelajar Doktor Falsafah sebuah universiti di United Kingdom ketika menukar wang di sebuah bank di Johor.

Nurayuni Daud, 28, (bukan nama sebenar), kejadian berlaku ketika dia hendak menukar mata wang Ringgit Malaysia ke Pound Sterling di sebuah bank pagi semalam.

Ujarnya, dia sangat terkejut dengan tindakan tersebut kerana selama ini, dia tidak mempunyai masalah untuk membuat pertukaran wang Ringgit Malaysia ke Pound Sterling.

"Saya hendak tukar, bank tidak mahu ambil, rugi katanya, jadi saya hendak tukar di mana....sedih Malaysia macam ini," katanya kepada Sinar Online.

Bercerita lanjut, Nurayuni berkata, duit yang hendak ditukarnya tidaklah sebesar mana hanya RM1,500.

"Setakat 200 Pound Sterling dalam duit Malaysia RM1,500," katanya.

Selepas 6 bulan menunggu malumat hal ehwal 1MDB, akhirnya anggota Lembaga Penasihat 1MDB letak jawatan

Bekas penasihat 1MDB: Tunggu 6 bulan, saya letak jawatan

Bekas anggota lembaga penasihat 1MDB berkata beliau melepaskan jawatannya selepas cubaan mendapatkan taklimat berhubung hal ehwal syarikat itu tidak dilayan.

Dakwa Tan Sri Abdul Samad Alias, beliau mengambil tindakan itu setelah membuat cubaan itu dalam tempoh enam bulan.

Beliau berkata demikian dalam sebuah persidangan antarabangsa hari ini.

Abdul Samad dilantik sebagai panel penasihat 1MDB pada 25 Januari 2012.

Beliau cuba mendapatkan maklumat berkaitan berkaitan hal ehwal syarikat, terutamanya berkaitan untung rugi firma pelaburan negara itu.

“Saya tunggu enam bulan.

“Walaupun berulang kali minta, saya tidak dapat apa-apa,” katanya yang juga penceramah dalam persidangan itu.

Akar umbi Umno Johor mula bersuara dalam isu pemecatan Muhyiddin

Akar umbi Umno Johor bersuara
SKUDAI - Lebih 10,000 ahli akar umbi Umno Johor dijangka menghadiri Solat Hajat Perdana jam 8 malam ini, bagi mendoakan tiada pemecatan terhadap Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, esok.

Ahli Umno Cawangan Presint Bakti (Mutiara Rini), Hashim Abdullah berkata, solat hajat itu merupakan inisiatif akar umbi Umno Johor dan berlangsung secara serentak selepas waktu solat Maghrib di lebih 30 masjid serta surau seluruh negeri Johor.

Menurutnya, rata-rata akar umbi Umno negeri itu berharap tiada pemecatan dibuat terhadap mana-mana pemimpin kanan Umno kerana bimbang menyebabkan berlaku perpecahan lebih teruk dalam parti itu.

“Solat hajat ini mula digerakkan sejak seminggu lalu selepas kami menerima maklumat akan berlaku pemecatan terhadap beberapa pemimpin dalam mesyuarat Majlis Tertinggi nanti.

Kuala Nerang - Banjir kilat landa Kampung Pisang

Banjir kilat landa Kampung Pisang
KUALA NERANG - Penduduk di Kampung Pisang Mukim Padang Terap Kiri terputus hubungan semalam selepas berlaku banjir kilat di kawasan berkenaan, semalam.

Penduduk, Zahari Othman, 51, berkata, dia dan keluarganya terkejut apabila paras air naik mendadak dalam tempoh sejam hujan.

Katanya, hujan lebat bermula pada jam 3 petang dan sejam selepas itu air di sawah mulai melimpah ke jalan hingga menyebabkan kampung di situ terputus hubungan.

“Kami sangat terkejut dengan paras air naik mendadak dan deras hingga penduduk kampung tidak berani melalui titi di kampung itu kerana bimbang dibawa oleh arus. Ini menyebabkan beberapa penduduk yang tinggal di hujung kampung terpaksa meninggalkan kenderaan mereka sementara waktu kerana air melimpah ke daratan,” katanya.

Menurut Zahari, air hujan itu naik mendadak kerana pertembungan aliran air yang turun ke kawasan rendah dari kampung berhampiran.

Hujan yang lebat menyebabkan saliran sedia ada tidak mampu menampung aliran air hinggalah air hujan itu melimpah ke jalan raya.

“Banjir kilat itu menyebabkan saya kerugian dari hasil getah selepas dibawa oleh air banjir dan selepas air surut terpaksa kutip semula saki-baki getah itu. Mujur sebelum banjir kilat, penduduk terlebih dahulu mengambil hasil padi,” katanya kepada Sinar Harian.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...