TERKINI :

Sunday, September 6, 2015

Bekas Timb Pengarah Cawg. Khas 1 : Saya ingin jawapan kenapa saya ‘ditendang’

SHAH ALAM - "Saya ingin jawapan dari (Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sendiri atas alasan apakah saya 'ditendang' keluar dari Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Oleh kerana beliau yang memaklumkan secara lisan kepada saya tentang pertukaran tersebut maka sudah tentu beliau tahu sebab musababnya," kata bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1 Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador dalam kenyataan menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini.

Dalam kenyataan itu lagi, Abdul Hamid berkata, dirinya seperti teraniaya dan dihina dek kerana pertukaran aneh tersebut.

"Saya merasakan diri saya dihina sebegini dan tak layak untuk memakai lencana keramat PDRM itu lagi. Adakah pertukaran ini dibuat kerana saya berada bersama (bekas Peguam Negara) Tan Sri (Abdul) Gani Patail di rumah beliau pada malam sebelum beliau dipecat?.

"Atau adakah semata-mata atas sebab saya sering mengkritik tentang hala tuju dan tempoh lembap proses siasatan ke atas kes 1MDB (1Malaysia Development Berhad)?.

Saya dimaklumkan bahawa di dalam salah satu mesyuarat tergempar yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa pegawai tinggi kerajaan yang lain.

"Adakah sewaktu mesyuarat ini hukuman ke atas saya diputuskan? Jika benar, amatlah hina diri ini saya rasakan. Ramai yang menuduh saya sebagai ‘sore loser’ sambil mendakwa pertukaran itu sebagai sesuatu yang normal di mana sebelum ini ramai pegawai kanan polis telah dipinjamkan ke jabatan atau kementerian lain untuk menjalankan fungsi-fungsi khusus. Tetapi dalam kes saya ini ia amat luar biasa sekali kerana arahan tersebut datang dari seorang Timbalan Perdana Menteri.

"Saya mengaku bahawa memang saya berada di rumah Tan Sri (Abdul) Gani Patail hampir sejam setengah, dua malam sebelum beliau dipecat di mana banyak perkara telah dibincangkan. Saya mengaku bahawa di masa lalu Gani Patail sering meminta pandangan Cawangan Khas dalam banyak isu tertentu, khususnya yang mempunyai implikasi terhadap keselamatan negara. Jika fakta inilah yang dijadikan alasan oleh Datuk Seri (Dr) Ahmad Zahid Hamidi untuk menghukum saya maka kejamlah beliau," katanya kepada Sinar Online hari ini.

Sebelum ini beliau pernah tampil untuk menegur pentadbiran Putrajaya walaupun masih menjadi penjawat awam dan dikehendaki menjawab surat tunjuk sebab berikutan melakukan sidang media tanpa kebenaran.

Beliau kini dikendaki melapor diri ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai Timbalan Pengarah Isu-Isu Keselamatan dan Transnasional (SIS).

Dalam satu laporan lain sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pertukaran Abdul Hamid adalah sebagai pengiktirafan atas kemampuan dan pengalamannya dalam menangani isu keselamatan.

Khalid berkata, pertukarannya keluar daripada perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukanlah sesuatu yang 'luar biasa'.

"Sebelum ini, Tan Sri Bakri Omar, Tan Sri Zaman Khan, Datuk Seri Zulkifli Md Noor dan saya sendiri pernah ditempatkan di beberapa agensi kerajaan untuk tujuan memenuhi tuntutan dan keperluan semasa," katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata, beliau berkhidmat dalam PDRM adalah kerana tanggungjawab bukan untuk kepentingan peribadi.

"Tidakkah beliau sedar bahawa saya ini seorang ‘career officer’ dalam PDRM dan bukannya macai politik?

"Bukankah sebagai Menteri Dalam Negeri, beliau sepatutnya membela saya?” katanya lagi.

Katanya, tindakan saya melawan arus ini beliau ambil dengan penuh keinsafan dan kesedaran bahawa masa depan saya dalam PDRM akan terjejas dan nyawa saya juga mungkin terancam. “Saya pasrah dengan harapan agar nasib yang menimpa diri saya ini tidak berlaku ke atas penjawat awam yang lain.

“Saya berdiri atas prinsip bahawa kebenaran itu diredai ALLAH SWT," katanya.

Jazlan: 'Baju merah' boleh demo, tapi tempat lain


Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohammed berkata kumpulan "baju merah" boleh mengadakan perhimpunan namun beliau menyarankan supaya diadakan di lokasi lain pada 10 Oktober ini.

Beliau berkata lokasi perhimpunan itu - Bukit Bintang - perlu diubah bagi mengelakkan persepsi bahawa perhimpunan itu dilakukan disebabkan unsur perkauman, lapor The Star Online.

"Secara peribadi saya rasa mereka patut buat di tempat lain bagi membuang persepsi bahawa mereka melakukan perhimpunan itu atas sebab-sebab perkauman.

"Mereka boleh melakukannya tetapi mereka perlu mengelakkan sebarang tuduhan yang mengatakan mereka perkauman," katanya dalam temubual yang dipetik dari portal berita itu.

"Jika ia adalah sebagai reaksi kepada BERSIH 4, biarkan ia. Tetapi jika bertujuan untuk menyuntik sentimen bahawa BERSIH 4 lebih ramai Cina dan kita memerlukan kaum Melayu untuk membalas balik dan menunjukkan orang Melayu tidak suka dengan apa yang kaum Cina lakukan - ia akan mengundang masalah," katanya.

'Adakan sidang tergempar isu kritikan pada PM'



Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menggesa supaya sidang khas parlimen diadakan berikutan kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi penjelasan berhubung wang sumbangan berjumlah RM2.6 bilion.

Berdasarkan kritikan terhadap kegagalan kerajaan Malaysia menangani isu rasuah sewaktu Persidangan Antarabangsa Pencegahan Rasuah (IACC) ke-16 minggu lalu dan beberapa penjelasan lain yang tidak dijawab, Wan Azizah meminta sidang itu diadakan menuntut Najib memberi jawapan secara jujur kepada rakyat.

"PKR mendesak supaya dipanggil suatu sidang tergempar Parlimen Malaysia dalam kadar segera, bagi membolehkan PM memberikan jawapan secara jujur kepada rakyat Malaysia apakah sebenarnya yang berlaku terhadap 1MDB dan derma RM2.6 bilion.

"PKR turut sama mempersoalkan siapa yang memberikan AS$700 juta (RM2.6 bilion) itu dan apakah tujuan derma itu?

BAI’AH TA’LIQ THALAQ TIGA (BTT3) Satu amalan yang sudah pun di tolak

www.harapanbaru.net


1. Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) sangat memandang serius terhadap isu dan amalan Bai’ah Ta’liq Thalaq Tiga (BTT3) yang kini semakin menjadi polemik serta bualan di kalangan rakyat tanpa mengira batasan umur, kaum, agama, latar belakang pendidikan dan sosial. Ia sama seperti polemik sodomi suatu ketika dahulu, yang akhirnya membawa kesan yang tidak manis kepada sosial rakyat apatah lagi cakap-cakap berkaitan liwat telah menjadi mainan malahan senda gurauan termasuklah di kalangan anak-anak muda di peringkat sekolah rendah dan juga menengah.

2. AWAN mengingatkan kepada semua pihak khususnya pemimpin-pemimpin politik agar melihat impak berlapis dan impak berganda yang akan berlaku akibat daripada tindak tanduk masing-masing. Sangat mudah isu yang berligar di kalangan partisan politik untuk lekat menguasai bi’ah (persekitaran) kehidupan rakyat apatah lagi bila pihak media turut memainkan peranan aktif dalam merancakkan perbualan mengenainya tanpa had, penuh prejudis dan lebih malang tanpa disiplin ilmu yang benar. Ta’liq thalaq bukanlah satu tajuk daripada premis ilmu yang santai, tetapi penuh disiplin yang perlu digunapakai.

Azmin sokong PAS sertai gabungan pembangkang baharu


Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali bercakap kepada media pada program Half Marathon PJ di Petaling Jaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Asraf, 6 September, 2015.
Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali hari ini mengulangi pendirian parti itu yang mahu meneruskan kerjasama politik dengan PAS dalam gabungan parti pembangkang baharu.

Katanya, kerjasama akan diteruskan dengan semua parti politik yang komited dengan agenda bersama membawa perubahan dalam negara, senada dengan pendapat yang disuarakan presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Musuh kita hanyalah Umno dan Barisan Nasional (BN)," kata menteri besar Selangor itu.

"Dan kalau ada pihak, termasuk PAS yang terus komited dengan agenda bersama PR, maka sudah tentulah kita akan bekerjasama dengan PAS dan mana-mana parti politik yang mempunyai dasar perjuangan sealiran dengan PR.

"Ini ditegaskan berulang kali," katanya kepada media selepas menghadiri 'PJ Half Marathon' di Petaling Jaya hari ini ketika diminta mengulas sama ada wajar PAS berada bersama gabungan baharu atau tidak.

Khamis lalu Dr Wan Azizah berkata, PKR masih mahu bekerjasama dengan PAS, mengatakan parti itu boleh bekerja dengan mana-mana pihak yang mempunyai matlamat sama untuk menjatuhkan kerajaan yang zalim.

Subky Latif - Perleceh ulama dibimbangi datang 'tulah'

KOTA BHARU: Veteran PAS Subky Latif meluahkan rasa bimbang sekiranya dibiarkan pihak-pihak tertentu memperlecehkan ulama, didatangkan “tulah” oleh Allah Taala.

Kamus Dewan Edisi ketiga 1994 memberi makna tulah sebagai kemalangan yang menimpa kerana melanggar larangan.

Subky berkata pihak itu memperlecehkan ulama dengan pelbagai tohmahan termasuk mahu bekerjasama dengan Umno.

“Pada 1982 saya yang membawa usul di muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat supaya diwujudkan kepimpinan ulama.

“Ketika itu saya sebagai setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, dan Datuk Mustafa Ali sebagai ketua. Kemudian usul itu kemudiannya dilulus pada muktamar penuh yang diadakan di Bukit Mertajam.

“Usul tersebut dibuat selepas mengambil kira golongan ulama tertindas dalam tempoh begitu lama ketika negara berada di bawah penjajah,” katanya pada bengkel merakyatkan media anjuran Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Kelantan di sini semalam.

Ahli Umno Pasir Gudang buat laporan polis terhadap Najib isu RM2.6 bilion


Satu laporan polis dibuat ahli Umno Bahagian Pasir Gudang terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung kontroversi kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengadu, Abdul Rashed Jamaludin membuat laporan di Balai Polis Pasir Gudang, Johor Baru pada Jumaat, menggesa polis menyiasat beberapa nama termasuk perdana menteri dan pegawai kanan 1MDB.

Laporan polis yang dilihat The Malaysian Insider itu mendesak satu siasatan rapi dilakukan terhadap Najib selaku pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin sebagai pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB dan Arul Kanda Kandasamy, presiden 1MDB.

Dalam laporan tersebut, Rashed juga menyertakan kronologi wang sejumlah AS$700 juta (RM2.67 bilion), yang menurut pendedahan The Wall Street Journal (WSJ) pada 2 Julai, dimasukkan ke akaun bank peribadi Najib.

www.zaharuddin.net : Bai'ah Diikat Lafaz Talaq Tiga - Suatu Pandangan

Bai'ah Diikat Lafaz Talaq Tiga : Suatu Pandangan
Oleh Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

(Info : Pada 12 Nov 2009, Kenyataan Rasmi PAS Pusat dikeluarkan , PAS TIDAK BERSETUJU dengan Bai'ah beserta Ta'liq Talaq Tiga)


SOALAN

Baru-baru ini, heboh diperkatakan tentang janji setiap calon yang bertanding untuk menceraikan isteri masing-masing dengan talaq tiga jika khianat atau keluar parti, minta sangat ustaz dapat ulas perkara ini dari sudut hukum Islam. Harap ustaz dapat bersifat neutral seperti biasa ketika menghuraikannya.

JAWAPAN.

Sebelum memberikan jawapan, saya cuba melihat-lihat berita yang ditulis dalam perkara ini, maklumlah, setiap berita yang berkait dengan sesebuah parti politik lebih baik dicari dan diambil dari sumber ahli parti tersebut. Ini penting bagi mengelakkan salah faham dan termakan dengan mainan berita oleh pihak yang tidak bersama dengannya.

Oleh kerana isu ini berkait dengan parti PAS, maka berita yang disiarkan oleh akhbar yang dikenali sebagai pro UMNO mungkin perlu diambil disemak ketepatannya dari sumber media parti PAS itu sendiri. Bagi saya, ini adalah pendirian yang amat perlu bagi semua pembaca dan masyarakat Malaysia.

Sama seperti, setiap berita berkenaan UMNO yang disiarkan oleh akhbar rasmi PAS seperti Harakah, setiap individu sepatutnya berhak untuk menyemak ketepatannya dari sumber parti UMNO. Begitulah displin yang dianjurkan oleh Islam.

Namun setelah mencari dan membuka web para pimpinan PAS dan berita rasmi PAS, tiada kelihatan sebarang tulisan berkenaan hal ini. Sudah pasti, hal ini sama sekali TIDAK ELOK untuk didedahkan kepada umum. Malah saya kira ia mungkin salah satu dari perkara yang dirahsiakan oleh PAS yang dianggap sebagai isu dalaman pimpinan.

Henti polemik bai'ah, serah pada pihak berautoriti


HARAKAHDAILY | 05 September 2015.


PAS menggesa semua pihak menghentikan polemik isu bai'ah, sebaliknya menyerahkan kepada pihak yang berautoriti hal menentukan hukum.

Perbincangan secara terbuka dengan menggunakan pelbagai pandangan akal menimbulkan kecelaruan dalam kalangan anggota masyarakat.

Pihak yang terlibat mesti merujuk kepada Mahkamah Syariah dalam memutuskan sesuatu isu yang melibatkan hukum syarak.

Oleh kerana ia melibatkan hukum syarak yang mempunyai implikasi yang banyak, maka wajar bagi semua menyerahkan kepada pihak yang berautoriti dalam menentukan hukum bagi memutuskannya.

PAS mengingatkan semua yang terlibat dalam bai'ah agar melihat persoalan ikrar yang dilafazkan dan mematuhi ikrar tersebut.

PAS tidak membeli ketaatan dengan duit. PAS memberi kepercayaan penuh kepada calon-calonnya, termasuk kerusi-kerusi selamatnya, melalui lidahnya berdasarkan bai'ah mereka dengan Allah.

Mahfuz: Tahniah Dollah, Najib bila lagi?



Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mengucapkan tahniah kepada Dollah Salleh kerana meletak jawatan sebagai menggalas tanggungjawab atas prestasi buruk skuad Harimau Malaya.

Namun dalam kenyataan sama beliau juga menempelak Datuk Seri Najib Razak kerana enggan melepaskan jawatan walaupun gagal mengurus negara.

"Tahniah Dollah Salleh hanya kalah 10-0 anda lebih berani daripada Najib yang mungkin menunggu RM10 bilion dari tok arab UAE, tapi belum pasti melepaskan jawatan perdana menteri," katanya.

Kata bekas Ketua Pemuda PAS itu, kekalahan teruk Harimau Malaya kepada UAE (Emiriah Arab Bersatu) sesuatu yang sangat mengejutkan dan sukar diterima.

Menurut Mahfuz, gambaran kekalahan itu menunjukan betapa lemahnya skuad Harimau Malaya berdepan UAE mengharungi pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019.

"Saya tidaklah mengharapkan kemenangan tetapi kalau kalah sekali pun, tidaklah sampai 10-0," kata Mahfuz.

Mengapa Najib masih membisu pasal dana RM2.6 bilion?


Mengapa Najib masih membisu pasal dana RM2.6 bilion?

Meskipun Malaysia dan beliau sendiri dimalukan di Persidangan Antarabangsa Anti Rasuah (IACC) ke-16 2015, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih enggan tampil menjelaskan misteri-misteri di sebalik derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaunnya.

Ini menimbulkan lebih banyak persoalan dan spekulasi mengapa Najib memilih untuk membisu daripada menjawab soalan mengenai RM2.6 bilion. Berikut ialah lima teori yang paling hangat diperkatakan.

Teori 1: Apakah sebenarnya duit itu tidak digunakan untuk Umno?

Persoalan ini timbul kerana Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin pun tidak tahu berapa baki yang ada di akaun tersebut ketika ia ditutup. Jika benar duit itu telah digunakan untuk Umno dan pilihan raya, sudah tentu Najib akan berani menjawab Muhyiddin, dan Muhyiddin tidak akan berani bertanya begitu.

Pemimpin veteran MCA gesa Najib disingkirkan

Pemimpin veteran MCA gesa Najib disingkirkan
Dua pemimpin veteran MCA hari ini mendesak Datuk Seri Najib Razak supaya meletakkan jawatan apabila mengatakan sudah tiba masanya untuk 7 ahli Parlimen Cina parti itu memikirkan secara serius apakah sokongan terhadap perdana menteri dapat dipertahankan.

Tan Foong Luen, yang merupakan pemimpin MCA Negeri Sembilan dan juga ahli Biro Perundangan Bahagian Seremban berkata, ahli Parlimen termasuk 3 menteri dalam Kabinet, perlu meletakkan keutamaan kepada rakyat dan negara berbanding Najib.

Beliau memberitahu The Malaysian Insider, ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), termasuk 7 daripada MCA perlu melakukan perkara betul – menjatuhkan Najib tetapi mempertahankan kuasa gabungan pemerintah itu untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara dengan lebih baik.

MCA, parti kaum Cina dan ahli komponen paling kanan BN, yang pertama dalam gabungan pemerintah itu menyatakan hasrat menjatuhkan Najib.

Ketiga-tiga pemimpin MCA dalam Kabinet ialah Datuk Seri Liow Tiong Lai (Bentong), Datuk Seri Ong Ka Chuan (Tanjong Malim) dan Datuk Dr Wee Ka Siong (Ayer Hitam) manakala Datuk Chua Tee Yong (Labis) merupakan timbalan menteri dalam pentadbiran Najib.

Himpunan Maruah Melayu yang penakut!

   Sehingga kini, masih belum ada mana-mana pihak yang mahu mengaku sebagai penganjur perhimpunan yang bakal diadakan selama 12 jam bermula dari tengah hari pada 16 September nanti.
Menerusi laman media sosial yang belum dikenalpasti, orang  ramai diseru untuk menyertai “Himpunan Rakyat Bersatu’ atau ‘Himpunan Maruah Melayu’ dengan memakai t-shirt merah, menunjukkan solidariti terhadap pelbagai isu antaranya bantahan terhadap DAP dan Bersih 2.0.
Pun begitu, tujuan perhimpuan pun lebih berbau perkauman dengan tema 'Himpunan Maruah Melayu' walaupun negara selama ini diterajui oleh orang Melayu, dan masih ada Raja-raja Melayu. 
Apakah tujuan perhimpuan sekadar mahu menyeru Melayu Bersatu atau kita lebih mahu mengutamakan Rakyat Malaysia Bersatu?
Penganjur himpunan 16 September ini tidak seberani seperti penganjur himpunan Bersih 4.0  yang lalu.

SPR jangan pilih bulu

SPR
SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Idris Ahmad menyokong cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melakukan audit terhadap akuan parti politik dan perbelanjaan calon bertanding dalam pilihan raya.

Idris berkata, sekiranya cadangan itu berjaya dilaksanakan, SPR diminta supaya tidak memilih bulu dalam menjalankan audit terhadap parti politik di negara ini.

“Saya sangat-sangat bersetuju tetapi diharapkan SPR tidak berat sebelah dalam menjalankan tugas mereka untuk mengaudit dan menghalang amalan rasuah daripada berlaku dalam pilihan raya.

“Kita tidak mahu hanya parti pembangkang yang diaudit dan BN tidak. Ia sama sekali tidak adil,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Kg. Mutiara bukan isu perkauman, ia antara tuan tanah dan penduduk

 
ZAIRIL Khir Johari (duduk, kanan) bersama-sama Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Pulau Pinang, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa (duduk, tengah), Pegawai Penerangan Kerajaan Negeri, Zahar Zainol (berdiri, dua dari kiri) serta pemimpin Kerajaan Negeri lain meneliti dokumentasi perjuangan penduduk Kampung Mutiara di sini baru-baru ini.

ISU pengusiran penduduk asal oleh tuan tanah bukan tragedi baru di Pulau Pinang, malah telah banyak berlalu sejak sebelum tahun 2008 lagi.

Namun, isu pengusiran penduduk dari Kampung Mutiara di Batu Ferringhi tiba-tiba menjadi perhatian banyak pihak, belakangan ini.

Lebih malang, Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng digambarkan seakan langsung tidak membantu mereka yang berkenaan, rata-rata Melayu.

Isu pengusiran penduduk dari Kampung Mutiara akhirnya digambarkan sebagai suatu lagi kisah penindasan Melayu di Pulau Pinang, di beberapa media arus perdana.

Fotojurnalis, ZAINULFAQAR YAACOB berpeluang mewawancara Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, iaitu individu yang terlibat secara langsung dengan isu berbangkit tersebut di pejabatnya baru-baru ini.

“Selalunya isu seperti ini membabitkan tiga pihak, iaitu penduduk, tuan tanah dan pemaju. Kadang-kadang, tuan tanah dan pemaju adalah pihak yang sama.

Datuk Ir Phahrolrazi - ‘Saya tak akan kosongkan kerusi Dun’


ALOR SETAR - Adun Pengkalan Kundor, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi bertegas tidak akan mengosongkan kerusi yang dimenanginya atas tiket Pas pada PRU13 lalu dan akan meneruskan khidmat sebagai wakil rakyat Parti Pekerja Malaysia (PPM).

“Saya sudah menganggotai parti baharu ini, secara automatik keahlian saya sebagai ahli Pas gugur.

"Sekarang saya adalah Adun PPM, bukan bebas atau Pas lagi. Saya juga dilantik sebagai ahli jawatankuasa Pusat PPM,” katanya pada sidang media, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Penaja PPM Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh.

Menurutnya, kesemua Adun atau ahli parlimen yang menyertai PPM tidak akan mengosongkan kerusi atas kepentingan rakyat.

Cuaca kering, jerebu dijangka berakhir Oktober


http://2.bp.blogspot.com/-r_29j_dgnHE/VZPsEo3u53I/AAAAAAAAXWM/2BxPP43IR7E/s1600/jerebu-540x320.jpg
PUTRAJAYA - Cuaca kering dan berjerebu yang melanda negara sekarang diramal berakhir dengan bermulanya musim peralihan monsun Oktober depan, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

"Laporan Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan bahawa negara kini masih dalam fasa Monsun Barat Daya dan ia dijangka berakhir pada pertengahan bulan ini(September)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, fenomena El-Nino sederhana yang sedang berlaku dalam negara ketika ini dijangka berterusan sehingga awal tahun 2016.

El Nino adalah fenomena pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku dalam tempoh enam bulan berturut-turut setiap dua hingga empat tahun di timur Lautan Pasifik.

Ia boleh menyebabkan rantaian perubahan iklim berlaku di seluruh dunia dan antara kesannya ialah hujan lebat di sesetengah kawasan sementara di kawasan lain kemarau berpanjangan.

Kantin Hospital Baling terbakar awal pagi tadi

 Kantin Hospital Baling terbakar awal pagi tadi

Struktur bangunan kantin Hospital Baling yang berusia hampir 20 tahun musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 4.25 pagi itu disedari seorang pekerja kantin yang sedang memasak untuk menyediakan sarapan pagi.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, kejadian itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa.

“Sebelum kejadian, terdapat tiga pekerja di kantin sedang melakukan rutin harian se awal jam 4 pagi.

“Tiba-tiba berlaku kebakaran di salah satu tempat memasak dan api marak terlalu cepat,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Gempar | Bekas pendakwa SPRM 'hilang'


  

Satu laporan polis dibuat terhadap kehilangan seorang timbalan pendakwa raya yang pernah dipinjamkan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan laporan orang hilang dibuat di Balai Polis Jinjang semalam.

Timbalan pendakwa raya itu dikenali sebagai Kevin Morais.

Seorang jurucakap SPRM pula memaklumkan Malaysiakini, Morais sudah kembali bertugas di Pejabat Peguam Negara "lebih setahun lalu".

Kali terakhir Morais dilihat meninggalkan apartmennya di Menara Duta untuk pergi bekerja pada pagi Jumaat, lapor The Rakyat Post reported.

Beliau menaiki kenderaan disediakan untuk pegawai kerajaan, menggunakan nombor pendaftaran WA 6264 Q.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...