TERKINI :

Saturday, September 5, 2015

PAS sedang bina semula tembok yang Allahyarham Ust Fadzil berjaya runtuhkan?


PAS dikatakan sedang melaksanakan Ops Pagar atau Ops Kepung, bagi menghalang ahli-ahli muslimatnya daripada menghadiri majlis anjuran Parti Amanah Negara (PAN).

Ketua Wanita PAN, Dr Siti Mariah Mahmud mendedahkan, berdasarkan maklumat yang diperolehinya, jika berbuat demikian, mereka yang memegang jawatan dalam parti atau berkhidmat dengan kerajaan negeri boleh dipecat.

Beliau percaya PAS berbuat demikian kerana bimbang dengan sambutan ahli parti itu, sejak PAN ditubuhkan pada 31 Ogos lalu.

“Melalui maklumat yang diperolehi, kita dapat tahu sesiapa yang hadir, sekiranya tergolong sebagai memegang jawatan dalam politik atau kerja dengan kerajaan, boleh dipecat,” katanya pada majlis penerangan kepada golongan wanita setempat, pada petang semalam. - TheRakyatPost
Era tahun 80an dulu PAS bena tembok tinggi untuk halang ahli PAS keluar tinggalkan PAS sampai tahap ramai ahli PAS yang tak makan sembelihan orang Umno.

Tembok tu bukan saja berjaya halang ahli PAS keluar tapi dalam masa yang sama menjauhkan orang lain dari PAS.

Dengan adanya tembok tu ahli PAS cukup kuat, langsung tak goyang masa tu dan ceramah pulak berapi-rapi tapi bila datang pilihanraya banyak calon PAS yang bukan takat kalah tapi hilang wang deposit.

Akhirnya Menteri Ini Mengakui Najib Punca Masalah Negara?

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional Datuk Abdul Rahman Dahlan bercakap pada sidang media selepas lawatan di PPR Wangsa Sari, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 5 September, 2015.
Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini mengakui reputasi Putrajaya tercemar berikutan kritikan yang dilempar terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung derma AS$700 juta, pada persidangan anti rasuah antarabangsa yang baru berlalu.

Bagaimanapun, pengarah komunikasi strategik Barisan Nasional (BN) itu tidak mengendahkannya dan berkata, kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada menyelesaikan isu panas seperti 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan membenarkan siasatan ke atas derma itu selesai.

"Kerosakan sudah terjadi. Ya, kita perlu selesaikan isu 1MDB. 1MDB akan diselesaikan, apa saja cabaran yang mereka hadapi.

"Daripada situ, kita akan dapat terus bergerak ke depan dan mendapatkan semula kepercayaan rakyat," katanya pada satu sidang media di Wangsa Maju hari ini.

Beliau berkata, kerosakan itu tidak dapat dipulihkan, tetapi kerajaan perlu ingat yang serangan terhadap Najib datang daripada ‘mesin yang berjalan lancar’.

JANGANLAH GELABAH...JIKA NAJIB JATUH, TETAP MELAYU JADI PM

Shahbudin Husin,

 Desakan agar Najib Razak berundur bukan lagi jeritan rakyat Malaysia semata-mata, tetapi sudah menjadi suara antarabangsa di mana dalam persidangan  anti rasuah sedunia atau IACC di Kuala Lumpur baru-baru ini, perkara yang sama turut menjadi fokus utama para peserta.

Hakikatnya tidak ada sesiapa dapat menerima kemasukan wang ke dalam akaun peribadi seorang ketua negara dengan jumlah yang begitu besar hanyalah sekadar derma. Selain menyatakan wang RM2,600 juta itu mempunyai segala elemen berkaitan rasuah mengikut penilaian antarabangsa, peserta IACC juga mendesak Najib meletakkan jawatan bagi memudahkan siasatan terhadapnya.

Hanya kerana Najib menerima wang tersebut, rata-rata peserta IACC bercakap, meluahkan rasa tidak puas dan memberi kritikan tajam kepadanya. Sekaligus perbuatan Najib telah memalukan nama negara ke persada  dunia dan ia dilakukan di depan mata kita semua.

Khairy beri peringatan kepada FAM laksana perubahan atau mungkin digantung

http://peraktoday.com.my/wp-content/uploads/2015/07/KhairyJamaluddin.jpg
"Lakukan perubahan segera kepada skuad negara atau hadapi kemungkinan digantung."

Itu amaran Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas bosan dengan aksi longlai skuad Harimau Malaya yang mencapai kemuncaknya dengan kekalahan 0-10 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) di pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019, Khamis lepas.

"Kita ada banyak tindakan yang boleh diambil. Walaupun saya tak nak tapi di bawah Akta Pembangunan Sukan, menteri mempunyai kuasa untuk ambil langkah drastik seperti di Indonesia iaitu menggantung FAM," katanya.

Bagaimanapun, beliau berharap FAM mempunyai rancangan dan mengambil langkah segera mengubah nasib bola sepak negara, tanpa memaksanya melaksanakan penggantungan itu.

"Saya tak nak sampai terpaksa ambil tindakan seperti itu kerana penggantungan akan menyebabkan FAM dan juga Malaysia dikenakan tindakan di peringkat antarabangsa.

"Tetapi sekiranya FAM tak ada apa-apa perancangan dan masih lagi buat-buat tak tahu, saya harus pertimbangkan langkah lebih drastik ini," katanya.

Sehubungan itu, Khairy berkata kementeriannya akan mengadakan pertemuan dan berbincang dengan FAM mengenai rancangan perubahan itu dalam masa terdekat.

Katanya penggantungan berkenaan menjadi jalan terakhir kerana jika itu berlaku ia boleh menjejaskan penyertaan skuad negara di peringkat antarabangsa, lebih-lebih lagi Malaysia akan menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017.

Ditanya sama ada kesemua pimpinan FAM perlu meletak jawatan sekiranya skuad kebangsaan terus mengalami kekalahan memalukan dalam perlawanan menentang Arab Saudi di Stadium Shah Alam pada Selasa depan, Khairy menegaskan ia terserah kepada pengurusan FAM untuk bermuhasabah diri.

"Tapi, bagi saya apabila dah diberi masa yang cukup lama dan masih lagi tak ada apa-apa perubahan, saya pohon Presiden FAM untuk muhasabah diri dan buat sesuatu terutama kepada pegawai di sekelilingnya sebab saya lihat tak ada sinar di hujung terowong untuk FAM," katanya.

Beliau berkata demikian kepada kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Fit Malaysia 2015 di Dataran Batu Buruk di Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Datuk Rozi Mamat dan Ketua Pemuda Umno Terengganu, Johari Abu Bakar yang menyaksikan lebih 20,000 orang menyertai program itu.

Pecat Muhyiddin, Shafie: Umno sudah cukup masalah

Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan menjangkakan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak akan dipecat.

Ditanya kemungkinan keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno 9 September ini, beliau menyifatkan tindakan memecat timbalan dan presiden parti itu sebagai kurang bijak.

"Jauh dalam hati saya, saya tak fikir begitu (berlaku pemecatan). Saya tidak dipanggil berunding.

"Secara peribadi saya tidak fikir ia tindakan yang bijak untuk diambil. Bukan pada masa sekarang, kita sudah cukup dengan kesukaran sedia ada," katanya pada sidang media selepas melawat Pangsapuri PPR Wangsa Sari, Wangsa Maju hari ini.

Muhyiddin dan Shafie sebelum ini dikhabarkan kononnya akan disingkir daripada Umno kerana tidak bersetuju dengan cara Datuk Seri Najib Razak mengendalikan isu 1MDB serta dana dermawan Arab bernilai RM2.6 bilion.

Turut tersenarai dalam 'khabar' itu Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Aziz Sheikh Fadzir, bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan bekas Exco Perak Datuk Hamidah Osman.

Abdul Rahman yang juga MT Umno berkata, beliau sendiri tidak akan hadir pada mesyuarat MT Rabu nanti kerana berada di luar negara.

"Saya tidak tahu, saya tiada di sini. Patut ke saya balik," katanya ditanya kemungkinan pemecatan itu.

Mahfuz : Najib PM yang memalukan Malaysia

Kenyataan media.

TIDAK HADIR PERSIDANGAN ANTI RASUAH ANTARABANGSA (IACC) "NAJIB PM YANG MEMALUKAN MALAYSIA".

1. Malaysia telah dipilih menjadi tuan rumah Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC).Pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah sepatutnya disambut dengan rasa bangga oleh semua pihak apatah lagi bagi kerajaan. Ini kerana kita sering melaungkan seperti mana PM Dato' Seri Najib menyebut kerajaan tidak bertolak ansur dalam usaha memerangi rasuah. Rasuah adalah musuh negara.

2. Sepatutnya persidangan sehebat ini mesti dihadiri oleh PM untuk merasmi dan menyampaikan ucaptama untuk memberi tahu 1,000 perwakilan dari 130 buah negara tentang agenda dan usaha kerajaan Malaysia membanteras dan memerangi Rasuah yang menjadi Musuh utama negara. Salah satu dari enam bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diperkenalkan Najib ialah membanteras dan memerangi rasuah.

3. Suatu yang mengejutkan dunia ialah Najib selaku Perdana Menteri Malaysia yang menjadi tuan rumah gagal hadir sehingga tamat persidangan pada 4 Sept 2015 untuk menyampaikan ucaptama dengan hanya memberi alasan keselamatan. Kegagalan Najib memalukan Malaysia.Sepatutnya beliau perlu berani berhadapan dengan perwakilan 130 negara untuk perjelas dan membersih namanya dan negara dari segala tanggapan buruk selama ini ekoran dari isu 1MDB.

4. Malangnya Persidangan IACC berakhir tanpa apa apa penjelasan yang meyakinkan tentang krisis penyelewengan dan salah guna kuasa yang membabitkan Najib. Hanya diberikan alasan tidak hadirnya Najib atas faktor keselamatan, risau penerimaan delegasi yang hadir terhadap Najib, bakal berdepan dengan aktivis yang garang dan bimbang dengan persekitaran persidangan yang ganas. Ini adalah kali kedua alasan keselamatan untuk mewajarkan Najib tidak hadir selepas program nathing to hide. Alasan ini sebenarnya menunjukan Najib hilang keyakinan diri berdepan dengan cabaran dan hakikat sebenar Najib tiada jawapan dan penjelasan yang boleh diberikan.

5. Jemput kenduri besar.Tiba hari kenduri tuan rumah berada di wad hospital kerana sakit. Sama lah apa yang berlaku di IACC tuan rumah Najib diserang mengejut penyakit "risau" dan takut tak selamat ada di rumah.Kegagalan Najib untuk hadir ke persidangan IACC tidak membantu Negara keluar dari krisis ekonomi dan skandal kewangan 1MDB serta kejatuhan nilai matawang ringgit Malaysia yang sedang melanda negara, sebaliknya akan menjadikan krisis ini akan lebih parah. Apa boleh buat nasib malang rakyat Malaysia memiliki PM dihinggapi penyakit risau dan takut berpegang dengan pepatah melayu "Berani kerana benar takut kerana salah".

"SELAMATKAN RAKYAT DAN MALAYSIA TERCINTA"

Dato' Mahfuz Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena
5 Sept 2015/ 21 Zulkaedah 1436H

Ayuh Rakyat Kedah.. Kita bantu Seorang Seringgit.. adik nie perlu RM50,000 kos ubatan

RM50,000 kos ubatan

ALOR SETAR - Hati ibu mana yang tidak tersentuh melihatkan bayi berusia dua bulan terpaksa menanggung derita apabila ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Kardiologi Pediatrik (PCICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) setelah dikesan hanya memiliki paru-paru sebelah kiri sahaja.

Siti Nabila Bahador, 23, berkata, paru-paru anak lelakinya, Muhamad Faris Danial yang dilahirkan Julai lalu juga didapati tidak tumbuh.

Menurutnya, disebabkan itu mereka difahamkan paru-paru kanan anaknya itu tidak berfungsi.

"Jantung Muhamad Faris pula terletak di tengah badan, malah dia juga turut berdepan masalah saluran darah sempit.

"Sebelum ini anak saya ditempatkan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) namun dibawa ke HPP," katanya yang tinggal di Kampung Perupok, Jitra.

Siti Nabila berkata, hatinya sebak mengenangkan wayar memenuhi tubuh badan anaknya yang masih kecil.

"Saya harap Muhamad Faris dapat dibedah segera," katanya.

Katanya, dia dan suaminya, Mohd Fandi Hassan, 25, berharap anak mereka mampu sembuh dan sihat seperti bayi normal lain.

"Kami perlukan wang lebih RM50,000 untuk menampung segala keperluan Muhamad Faris antaranya untuk kos ubat-ubatan selain barang keperluan bayi.

"Kami difahamkan kos gas khas yang perlu digunakan Muhamad Faris untuk membantu mematangkan paru-parunya sahaja sudah menelan belanja RM48,000," katanya.

Disebabkan itu katanya, mereka mengharapkan bantuan kewangan daripada mana-mana pihak bagi membolehkan Muhamad Faris dibedah segera.

Bagi mereka yang berhasrat membantu Muhamad Faris boleh menghubungi talian 014-3259205 ataupun melalui akaun Bank Simpanan Nasional milik ibunya 0200241000103714.


Soalan NGO antirasuah: RM2.6 derma atau rasuah?

Kritikan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) ke-16 terus dilontarkan.

Terbaru setiausaha agung NGO pemantau rasuah global Transparency International Salil Shetty meminta Najib menjejaskan sama ada dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya "rasuah besar".

Pembela Najib sebelum ini menegaskan bahawa wang itu hasil "sumbangan politik" daripada Timur Tengah.

"Kita ada akhbar ditutup, laman web ditutup, peguam negara dipecat, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara digantung, siasatan agensi-agensi diganggu.

"Sekarang RM2.6 bilion lesap – AS$700 juta.

"Perdana menteri harus berterus terang, beritahu kita sama ada ini rasuah besar," katanya kepada peserta IACC di Putrajaya hari ini.

Salil bercakap dalam sesi berjudul "Grand corruption: How to stop the corrupt stealing from you and me".

Beliau kemudian mengulangi persoalan sama yang dilontarkan beberapa pihak sebelum ini dalam persidangan sama sejak permbukaan Rabu lalu.

"Dari mana wang itu datang dan ke mana ia pergi?" soalnya.

Kelmarin, Presiden Transparency International Jose Ugaz dalam sesi pembukaan IACC berkata Malaysia berdepan krisis rasuah dan beliau meminta Najib menjejaskannya.

Semalam, anggota majlis IACC pula memberitahu perdana menteri bahawa skandal tidak dapat ditutup.

IACC berakhir hari ini setelah tiga hari bersidang.

Penganalisis: Hala tuju politik Pas kian kabur

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI

SHAH ALAM - Penganalisis politik berpandangan berdasarkan penilian masa hadapan parti politik di Malaysia, parti Pas lah yang dilihat kian 'hilang arah' kerana hala tuju politik parti itu dilihat kian kabur.

Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM) , Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, ini berdasarkan tiga analisis komprehensif yang 'ditinjau' oleh beliau.

"Pas tidak jelas dari segi hala tuju politik. Dilihat semakin rapat dengan Umno.

"Dalam pada itu Pas dilihat terlalu kolot. Meminggirkan fahaman progresif. Hanya ada dominasi golongan konservatif agama. Tidak galakkan perdebatan dan kepelbagaian pandangan," katanya kepada Sinar Online hari ini.

Sementara itu, Mohd Azizuddin berkata isu bai'ah dan hudud turut menjadi faktor.

"Obsesi ke atas isu hudud. Menolak DAP menyebabkan dipinggir bukan Islam.

"Dan isu bai'ah talak tiga menjejaskan Pas menyebabkan orang Islam mula semakin menolak Pas," katanya.

Sementara itu menurut Pensyarah Sains Politik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Mohamad Agus Yusof ketika ditanya perihal ini, Agus mengakui prestasi Pas kian merosot.

"Pas merosot teruk," katanya ringkas kepada Sinar Online.

Dollah Salleh sah letak jawatan

Mengambil tanggungjawab atas kegagalan pasukan Harimau Malaya menyinar, ketua jurulatihnya, Dollah Salleh membuat keputusan melepaskan jawatan serta-merta.

"Hari ini saya bincang dengan FAM dan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku.

"Saya lepaskan jawatan saya, muktamad. FAM terima apa yang saya luahkan. Sebagai jurulatih sudah tentu saya terkilan, tapi benda dah jadi," katanya ketika ditemui media sebaik tiba di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kira-kira jam 11 malam tadi.

Salahuddin Ayub - Terus istiqomah menentang BN dan perkukuhkan PAN

Timb Pengerusi #PartiAmanahNegara, Sdra Salahuddin Ayob memberi pesan kpd pendokong dan prnyokong parti itu, agar tidak menghiraukan mereka yg mencerca dan mengeji, sebaliknya fokus kpd usaha2 memperkukuhkan parti untuk terus istiqamah menentang Umno-BN yg menzalimi rakyat.

Jangan layan mereka, sampai masanya, pasti mereka berhenti dan diam, tegasnya kpd lebih 100 hadirin dlm Majlis Penerangan & Dialog Berkelompok #Amanah Peringkat Parlimen Batu di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur mlm td, 4 Sept 2015.

Turut hadir bekas Ketua Muslimat Pas Pusat, Ustazah Jamilah Ibrahim dan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara atau AWAN Parlimen Batu, Sdri Aishah Ariffin serta pimpinan Paksi, Sdra Dinsman, Kassim Muhd, Rozan Mat Arip dan Nasser Muhd.

Air muka rakyat diconteng, penyokong kecewa

KEKALAHAN 0-10 Harimau Malaya kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada perlawanan ketiga Kumpulan A Kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Mohammed Bin Zayed, Abu Dhabi, nyata mengecewakan jemaah pencinta sukan paling dekat di jiwa rakyat negara ini.

Apatah lagi tampil bertandang ke laman pasukan di kedudukan ranking ke-70 dunia, sebelum itu skuad kendalian Dollah Salleh mengekalkan kedudukan ke-168 dalam ranking bola sepak dunia dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Dunia (Fifa) bagi September untuk tiga bulan berturut-turut.

Bagi Capo Ultras Malaya, Lekir Ahmad, kekalahan besar itu sekali gus memahat rekod baharu dalam sejarah perkembangan bola sepak negara.

Walaupun harapan ke Piala Dunia hanya 0.01 peratus katanya, Harimau Malaya berterusan merealisasikan peratusan itu tanpa permainan yang berkualiti mahupun menjaga maruah negara.

“Anda boleh kalah, tapi bukan dengan cara begini. 31 tahun, FAM masih tidur. Entah apa yang dirancang di Kelana Jaya kita pun tak tahu.

“Yang pastinya air muka rakyat Malaysia dalam peta bola sepak dunia telah diconteng kerana 10-0 bukan satu jumlah yang relevan untuk kalah dalam bola sepak..

Sambil menggesa pemain ke-12 negara untuk terus tampil memberikan sokongan kepada pemain negara untuk aksi keempat kumpulan menentang Arab Saudi di Stadium Shah Alam, Lekir berkata, kekalahan besar itu menyebabkan penyokong setia terus hilang kata-kata.

“Anda bergaji tinggi, anda disanjung, anda diberi publisiti, tapi kenapa begini? Tugas anda bermain, bukan main-main, sekarang penyokong telah hilang kata-kata.

“Ayuh kita (penyokong) penuhkan setiap sudut di Stadium Shah Alam, 8 September, Selasa depan, kita jadi saksi keruntuhan bola sepak negara dan melihat permainan FAM,” katanya.

Bagi Khai dari Briged Malaya pula, sokongan padu berterusan penyokong tidak pernah pudar dalam usaha memartabatkan kembali bola sepak negara.

“Walau panas walau ribut takkan mengalahkan kami untuk terus menyokong Harimau Malaya yang kami cintai.

“Tetapi apa yang terjadi di UAE amat perit untuk semua penyokong Harimau Malaya menerimanya,” katanya.

Jangan ambil Perlembagaan ikut kepentingan

SHAH ALAM - Semua pimpinan sama kerajaan dan parti politik diingatkan supaya tidak hanya mengambil dan mengguna pakai prinsip Perlembagaan yang memberi manfaat kepada mereka semata-mata.

Pakar Perlembagaan, Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz menegaskan, prinsip Perlembagaan perlu dimanfaatkan sepenuhnya dan bukan mengambil mengikut keperluan.

"Itu tidak adil kepada Perlembagaan kita, sebab kita mempunyai Perlembagaan bertulis yang bercirikan sejarah dan tradisi dan budaya kita," katanya kepada Sinar Online.

Beliau mengulas kenyataan Speaker Parlimen, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bahawa kepelbagaian budaya dan kelainan corak politik yang wujud di setiap negara anggota Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menjadikan demokrasi suatu istilah yang bersifat relatif serta sukar untuk diberi definisi secara jelas.

Mengulas lanjut, Shamrahayu juga berkata, tindakan sesetengah pihak yang membandingkan amalan demokrasi negara ini dengan negara luar mencerminkan betapa ceteknya pemikiran mereka.

"Sistem demokrasi kita tidak boleh kita merujuk semata-mata dan sepenuhnya kepada sistem demokrasi yang diamalkan di negara lain Kerana kita mempunyai prinsip dan falsafah Perlembagaan, hala tuju negara, falsafah berbeza dengan negara lain.

"(Tindakan itu) amat tidak adil untuk negara ini kerana kita adalah negara berdaulat, negara yang mempunyai Perlembagaan sendiri," katanya lagi.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...