TERKINI :

Friday, September 4, 2015

Shahrizat dinasihat jelaskan dahulu skandal NFC sebelum kritik Tun M

Khairuddin nasihat Shahrizat jelaskan skandal NFC sebelum kritik Tun M
FMT Reporters
| September 4, 2015

Khairuddin 'menyerang' Shahrizat Jalil dan Tajuddin Abdul Rahman kerana mengkritik Tun M yang menyertai perhimpunan Bersih 4.0.

khairuddin-shahrizat

PETALING JAYA: Bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memberi pesanan kepada Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang lantang mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, apa yang Shahrizat jalil perlu buat ialah menjelajah ke seluruh negara untuk beri pencerahan mengenai kes skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Katanya, ia bagi memudahkan rakyat agar faham secara jelas mengenai isu projek lembu itu yang telah menggegarkan negara satu masa dahulu.

“Buat yang itu cukuplah. Yang lain Shahrizat tak perlu kalut kerana imej dia pun bukan elok sangat,” katanya dalam kenyataannya di Facebook.

Shahrizat baru-baru ini ini berkata, ahli Wanita UMNO kecewa dengan Dr Mahathir kerana menyertai Bersih 4.0.

PECAT MUHYIDDIN TANDA BERANI, GANTUNG JAWATAN TANDA "PONDAN"

Shahbudin Husin, 


Mesyuarat MT UMNO pada 9 September ini sepatutnya mengambil tindakan memecat keahlian Muhyiddin Yassin yang seterusnya menyebabkan jawatan timbalan presidennya gugur secara automatik.

Tindakan itu diambil kerana selepas dipecat sebagai timbalan perdana menteri, beliau terus mengecam Najib Razak berkaitan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta dalam beberapa mesyuarat perwakilan UMNO bahagian yang dirasmikannya.

Dengan itu, Muhyiddin dianggap telah mencemarkan parti dan nama baik Presiden UMNO secara terbuka.

Walaupun beberapa nama lain turut disebut akan dipecat sama, tetapi kemungkinan ianya tidak berlaku bagi mengelakkan kemudaratan serta perpecahan dalam parti itu. Ini bermakna hanya Muhyiddin seorang yang akan dikenakan tindakan itu, manakala yang lain kemungkinan hanya diberikan amaran atau langsung tidak diambil apa-apa tindakan.

Blog ini dalam postingnya pada 25 Ogos lalu telah menulis mengenai pemecatan Muhyiddin itu yang dinamakan "operasi kedua" bagi menghilangkan gangguan kepada Najib dalam mengurus parti bagi menghadapi pilihanraya akan datang.

Apabila Menteri melaungkan Melayu Perlu Bersatu Elak DAP jadi PM..!!!


Inilah kerja umno, bodohkan org melayu......PRU 2013, parlimen ada 222 kerusi, BN tanding 221 kerusi, DAP tanding 51 kerusi, mcm mana org DAP boleh jadik PM? PKR 99, PAS 73...

Jadi Jangan cuba nak membengapkan rakyat.....pada pru13 kerusi parlimen cina dan bangsa lain hanya 20% je yg dipertandingkan...kalau dap menang semua kerusi pun baru ada 20%...padahal kerusi melayu iaitu umno, pkr dan pas ada 80%...jadi celah mana dap nak berkuasa penuh di malaysia ni....

Namun jika dilihat kaum china tetap mahu seorang Melayu untuk PM untuk mengelakan isu perkauman...kerana Cina mahu jadi PM masih ada halangan dari Yang Di Pertuan Agung kerana memerlukan kelulusan Tuanku untuk diangkat menjadi PM...

Nak lantik MB Selangor, Perak, Perlis suatu ketika dahulu pun kelam kabut bila Sulatan main peranan..inikan pula nak lantik PM...nak lapaq mampos nak bagi Cina DAP jadi PM... Sekarang perlu betulkan ekonomi negara dulu. Untuk ni, seorang yang amat tamak serta pengikutnya yang amat tak layak mesti disingkirkan.

Waktu rakyat sudah mula tertekan dengan hidup seharian tapi mereka masih tak sedar. masih bershopping kat luar negeri. Pakai jam mahal belaka.

PAS Kedah gesa ADUN Pengkalan Kundur mengosongkan kerusi

KENYATAAN MEDIA PAS KEDAH


1. Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah mengambil ketetapan untuk mempertegaskan sokongan terhadap pendirian yang dibuat oleh PAS Pusat, iaitu mana-mana wakil rakyat PAS yang keluar parti hendaklah mengosongkan kerusi yang dimenangi atas tiket PAS tersebut.

2. Sehubungan itu, PAS Kedah mendesak ADUN Pengkalan Kundor, Dato' Ir Phahrolrazi Md Zawawi yang mengisytiharkan diri menyertai Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia supaya mengosongkan kerusi DUN Pengkalan Kundor, ekoran beliau bukan lagi ahli PAS (berdasarkan peruntukan Perlembagaan PAS, Fasal 15 (1)(c).

3. Pengosongan tersebut mesti dilakukan ekoran bai'ah yang dibuat oleh Phahrolrazi menjelang PRU13 bahawa beliau tidak akan meninggalkan atau mengkhianati perjuangan PAS. Sesungguhnya bai'ah adalah merupakan ikrar, akujanji dan sumpah setia yang wajib dipatuhi kerana ia adalah dokumen integriti yang sah, apatah lagi berbai'ah dengan menyebut Nama Allah sebagai saksi.

SPRM enggan ulas bila akan panggil Najib berhubung dana RM2.6 bilion

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Mustafar Ali ketika sidang media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) enggan mengulas berkenaan perkara itu meskipun disoal berulang kali oleh pemberita. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 4 September, 2015.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) enggan mengulas lanjut berhubung bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan dipanggil pihak berkuasa membanteras rasuah tersebut berkenaan dana RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Mustafar Ali ketika sidang media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) enggan mengulas berkenaan perkara itu meskipun disoal berulang kali oleh pemberita.

"Tak perlulah, saya sudah sebut semalam siasatan masih berjalan," katanya.

Beberapa tokoh pembanteras rasuah yang hadir dalam Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) ke-16 di Putrajaya semalam dilihat turut menyentuh isu membabitkan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Najib.

Mengulas berhubung perkara itu, Mustafar berkata, itu adalah pandangan dan pendapat mereka.

"Itu pendapat mereka dan kebimbangan mereka, mungkin mereka tiada fakta.

"Betul, ada rasuah di mana-mana sahaja di dunia termasuk Malaysia, tapi kami serius untuk membanterasnya," kata Mustafar. – 4 September, 2015.

Pecat Dollah Salleh, TMJ sedia bagi bajet dapatkan jurulatih luar

KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menuntut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) segera menamatkan perkhidmatan jurulatih kebangsaan Dolah Salleh dan mendapatkan khidmat jurulatih luar berkualiti.

Tunku Ismail yang juga merupakan Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) turut menyatakan kesediaan untuk memberikan bajet bagi membiayai jurulatih asing berkualiti.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook rasmi pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Johor Southern Tigers, hari ini, Tunku Ismail berharap apa yang diluahkannya kepada FAM itu akan disampaikan kepada Presiden badan induk berkenaan, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

"Cukup-cukuplah kita berperangai bodoh sombong. Pecat Dollah secepat mungkin dan cuba memperbaiki apa yang kita mampu sebelum imej bola sepak tanah air semakin hancur. Cuma saya menggesa syaratnya adalah untuk memberikan semua pasukan yang bertanding dalam negara hak penyiaran yang sepatutnya mereka terima iaitu sebanyak 70 peratus hingga 80 peratus," kata Tunku Ismail.

Jelas Tunku Ismail, khidmat jurulatih luar yang baik juga amat penting dan memberikan contoh perbezaan pemain-pemain JDT ketika beraksi bersama kelab dan kebangsaan.

"Pablo Aimar pernah mengajar saya, tiada maknanya memiliki sebuah kereta Ferrari sekiranya pemandunya hanya tahu memandu sebuah van. Jadi untuk memiliki sebuah pasukan yang baik, 50 peratus adalah kejurulatihan dan 50 peratus adalah pemain," katanya.

Tunku Ismail turut meminta mana-mana ahli jawatankuasa FAM yang tidak berfungsi untuk bercuti panjang.

"Jikalau kepala tak betul, ekor pun tak betul. Oh satu lagi, saya akan teruskan misi saya untuk membunuh bola sepak tanah air, Bagi mereka yang mengatakan saya telah pun mencapai misi saya apabila kita tewas 10-0, ianya masih jauh lagi kerana saya hanya akan berhenti apabila kita kehilangan 50-0," kata Tunku Ismail.

Ini merupakan kenyataan kedua berturut-turut dikeluarkan oleh Tunku Ismail menerusi Facebook JDT, selang beberapa jam susulan kekalahan mengaibkan 10-0 Malaysia di tangan UAE.

Dalam kenyataan awalnya, Tunku Ismail berkata, skuad Harimau Malaya sudah terlambat untuk memperbaiki kedudukannya di ranking dunia selepas kekalahan itu.

Ketua konvensyen antirasuah PBB minta PM undur

Konvensyen Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Pencegahan Rasuah (UNCAC) mahu perdana menteri meletakkan jawatan supaya tiada campur tangan dalam siasatan berkaitan kemasukan RM2.6 bilion ke dalam akaunnya.

Pengerusi UNCAC Manzoor Hasan berkata perkara itu langkah terbaik bagi memastikan sebuah siasatan yang adil.

“Dalam dunia yang ideal, kamu mahu lihat perdana menteri kekal, dan siasatan juga berlangsung.

“Tetapi saya fikir realitinya jika mereka tidak letak jawatan, proses siasatan boleh dipengaruhi dan menjejaskan keseluruhan proses.

“Jika kamu gunakan prinsip biasa, prinsip undang-undang, apabila seseorang disiasat, biasanya orang itu akan letak jawatan supaya siasatan bebas boleh berlangsung,” Manzoor dipetik sebagai berkata oleh The Malaysian Insider hari ini.

Bercakap dalam Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) ke-16 di Putrajaya, Manzoor berkata keengganan Najib berundur tidak pelik, tetapi bukan perkara baru.

Akhbar antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ) sebelum ini mengejutkan politik Malaysia dengan laporan mendakwa wang RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun peribadi Najib.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata wang itu hasil sumbangan derma, sekali gus menimbulkan perbahasan awam sama ada ia berunsur rasuah atau tidak serta persoalan melibatkan isu integriti.

HELWA ABIM : ISU BAI’AH & TAKLIQ TALAK TIGA

ISU BAI’AH & TAKLIQ TALAK TIGA

HELWA ABIM memandang serius isu bai’ah serta takliq talak tiga yang menjadi pertaruhan politik semasa. Kebimbangan ini bersifat "vital" kerana ia melibatkan isu status perkahwinan dan beberapa hukum yang terkait dengan kesahihan baiah tersebut termasuk isu kaffarah sumpah dan implikasi lafaz takliq.

Oleh yang demikian, HELWA ABIM berpandangan bahawa perbalahan serta polemik perdebatan tentang isu ini mesti segera dihentikan bagi memberi peluang kepada pihak-pihak yang terlibat merujuk kepada pihak yang lebih berautoriti termasuk rujukan ke Mahkamah Syariah dan Jabatan Mufti.

Dalam masa yang sama, HELWA ABIM mengutuk sekeras-kerasnya tindakan meletakkan lafaz takliq bagi maksud menceraikan isteri dengan talak tiga sebagai pertaruhan dalam politik. Sewajarnya perkara berkaitan lafaz takliq perceraian ini tidak seharusnya menjadi pertaruhan dalam politik kerana ia melibatkan maruah isteri yang seolah-olah dipermainkan akibat kerakusan politik kuasa.

Tindakan ini sangat mengaibkan dan boleh menjatuhkan maruah wanita yang bergelar isteri serta memberi kesan terhadap keharmonian rumahtangga keseluruhannya apatah lagi jika lafaz tersebut disabitkan oleh Mahkamah Syariah sebagai sah dan jatuh talak.

Helwa ABIM juga menyeru agar semua pihak berhenti membuat kenyataan balas berkaitan hukum kesahihan lafaz tersebut bagi mengelakkan kemudharatan dan kekeliruan kefahaman masyarakat awam . Pihak HELWA ABIM juga menawarkan sesi pencerahan isu hukum-hakam dan perundangan kepada orang awam yang mahukan penjelasan tentang isu ini dengan lebih lanjut dan bantuan guaman syariah untuk mewakili pihak-pihak yang terlibat untuk menyelesaikan isu tersebut ke Mahkamah Syariah.

Fadhlina Binti Dato' Siddiq
Naib Presiden ABIM (HELWA)

Perancis sahkan sayap di Pulau Reunion dari MH370

Pendakwaraya Perancis mengesahkan serpihan sayap yang ditemui di Pulau Reunion adalah milik pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370.

Menurut laporan Reuters, pendakwaraya Perancis berkata seorang juruteknik dari Airbus Defense and Space (ADS-SAU) di Sepanyol yang membuat alatan untuk Boeing, mengesahkan satu daripada tiga nombor yang ditemui di serpihan sayap itu adalah nombor siri bagi MH370 Boeing 777.

"Jadi, ia boleh memberikan pengesahan bahawa serpihan yang ditemui di Pulau Reunion pada 29 Julai 2015 sepadan dengan milik MH370," kata pendakwaraya itu dalam satu kenyataan.

Serpihan sayap berkenaan ditemui di pantai pulau jajahan Perancis itu pada 29 Julai lepas.

Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang dari radar pada 8 Mac 2014, bersama 239 penumpang dan anak kapal.

Pada 6 Ogos lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan serpihan sayap yang ditemui itu adalah milik MH370.

- Bernama

Mukhriz anggap spekulasi dipecat tidak sahih

ALOR SETAR - Spekulasi Menteri Besar Kedah akan digantikan kembali diperkatakan, apabila sekali lagi Datuk Seri Mukhriz Mahathir dikritik secara terbuka oleh Adun Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin, kelmarin.

Kenyataan Ahmad melalui sebuah video meminta Mukhriz meletakkan jawatan, selain mendakwa Mukhriz gagal mentadbir kerajaan negeri, kini viral di laman sosial sekali gus mengundang pelbagai tanggapan konon kedudukan Mukhriz kini goyah.

Kini ditambah pula dakwaan Mukhriz dan beberapa pemimpin Umno lain tersenarai dalam rombakan pemecatan jawatan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, Mukhriz ketika ditanya berhubung perkara itu menyifatkan ia sebagai berita yang belum sahih.

“Macam-macam senarai ada, selagi tidak menjadi kenyataan, saya tak boleh respons. Saya sendiri ada lihat macam-macam yang disebarkan melalui laman sosial,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-32 Pertubuhan Peladang Negeri Kedah di Dewan Kolej Universiti Insaniah, semalam.

Mukhriz yang juga Pengerusi Umno Kedah berkata, setakat ini, beliau belum menerima makluman pemecatannya sebagai Menteri Besar Kedah atau digantikan menjelang akhir bulan ini.

“Pucuk pimpinan parti tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung perkara ini. Saya tidak boleh terima komen-komen dari Facebook atau maklumat dan berita yang tidak disahkan,” katanya.

Perlu Rujuk Mahkamah, isu baiah lain isu taklik lain

PGSM: Rujuk mahkamah sebelum keluar PAS

Shakira Buang

Anggota PAS yang terikat dengan baiah parti dinasihat merujuk mahkamah syariah terlebih dahulu sebelum membuat keputusan berhijrah ke parti lain.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang berkata, hanya mahkamah itu dapat memutuskan jalan keluar, terutama bagi kes melibatkan taklik atau lafaz cerai bersyarat.

"Mana-mana pihak sekali pun sama ada mufti, timbalan pesuruhjaya PAS atau presidennya sendiri tidak boleh mengesahkan perkara tersebut.

“Mahkamah sahaja yang ada kuasa untuk sahkan perkara tersebut dan bukan pihak lain.

“Perkara ini semua tidak boleh diputuskan di khalayak begitu, maksudnya wakil rakyat yang ada baiah ini perlu membuat permohonan kepada mahkamah untuk mengesahkan sama ada jatuh atau tidak (talak),” kata Musa.

Musa juga berkata, sekiranya pihak suami enggan merujuk kepada mahkamah, isterinya boleh berbuat demikian bagi pihak pasangan.

“Sebab isteri dia juga akan menerima kesan daripada baiah ini,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Kesan pada banyak pihak

Musa juga mengingatkan bahawa baiah taklik perlu dirujuk kepada mahkamah kerana ia memberi kesan kepada banyak pihak, termasuk anak-anak.

Isu baiah timbul selepas sekumpulan bekas pemimpin kanan PAS mengumumkan mengaktifkan dan menjenamakan semula Parti Pekerja-pekerja Malaysia (PPM) sebagai sebuah parti Islam dengan nama baru Parti Amanah Nasional (AMANAH).

PAS mewajibkan semua calon mewakili parti itu dalam pilihan raya mengucapkan ikrar taat setia.

Di sesetengah negeri ia melibatkan lafaz

cerai talak tiga, seperti kes melibatkan anggota parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli di Kelantan.

Pertikaian kembali panas selepas menteri besar Kelantan yang juga timbalan mursyidul am PAS Datuk Ahmad Yaakob semalam berkata pernikahan Hatta secara automatik terbubar.

Sementara itu, di Selangor, dua wakil rakyat PAS Khalid Samad dan Dr Mariah Mahmud akan membayar kafarah (denda) dengan memberi makan seratus orang fakir miskin kerana melanggar baiah esok.

Cukup bayar kafarah?

Mengulas perkembangan itu, Musa berkata isu baiah ini tidak akan selesai dengan membayar kafarah sahaja.

“Baiah itu adalah sumpah. Maksudnya kalau wakil rakyat itu keluar daripada PAS, dia sudah melanggar sumpah dan dia perlu bayar kafarah.

“Tapi dalam masa yang sama dia juga telah melanggar taklik dan taklik ini berkait dengan isteri.

Dia (wakil rakyat yang berbaiah) kena selesaikan dua perkara, satu baiah di mana bila ia dilanggar mereka perlu bayar kafarah.

“Kedua taklik dan jika dilanggar ia akan memberi kesan kepada syarat yang dinyatakan di dalam sumpah tersebut,” jelasnya.

Justeru, kata Musa, mahkamah syariah bertanggungjawab memutuskan perkara itu.

“Mungkin ada yang berbaiah tidak dikaitkan dengan talak dan membuat baiah sahaja.

“Mungkin ada wakil rakyat tidak masukkan elemen kedua itu dan hanya berbaiah dengan parti PAS sahaja,” tambahnya.

'Jangan buang masa siasat Dr M sertai BERSIH 4'

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz hari ini menggesa polis supaa tidak membazirkan masa memanggil dan soal siasat Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menyerati himpunan BERSIH 4.

"Jangan buang masa kamu. Tiada keperluan memanggil beliau kecuali jika beliau melakukan kesalahan" kata Nazri dalam sidang medianya di Kuala Lumpur petang ini.

Nazri berkata bekas perdana menteri itu tidak pergi ke demonstrasi untuk melontar bom, memecahkan pintu atau tingkap, jadi tiada masalah beliau menyertai protes.

MP Padang Rengas itu menggesa pihak yang menyatakan Dr Mahathir menyertai perhimpunan itu salah, sebaliknya menukarkan pandangan bahawa tokoh itu hadir bagi mempromosikan kerajaan dan menunjukkan ia satu pentadbiran yang menjaga warga emas.

Hujung minggu lalu, Dr Mahathir bersama isterinya Tun Dr Hasmah Mohamad Ali mengejutkan pelabagai pihak kerana menyertai demonstrasi BERSIH 4 yang berlangsung di Dataran Merdeka selama 34 jam.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...