TERKINI :

Thursday, September 3, 2015

SELAMAT DATANG PARTI PEKERJA MALAYSIA (#PARTIAMANAHNEGARA) - MAHFUZ OMAR

SELAMAT DATANG PARTI PEKERJA PEKERJA MALAYSIA (#PARTIAMANAHNEGARA) DALAM KELUARGA BESAR POLITIK DEMOKRASI MALAYSIA - MAHFUZ OMAR

1. Saya mengambil kesempatan sebagai Ahli Parlimen mengucapkan selamat datang kepada Parti Politik baru dalam negara Malaysia. Kelahiran Parti Pekerja Pekerja Malaysia (Amanah Negara) pada waktu Negara Malaysia sedang dilanda krisis politik dan ekonomi akibat daripada salahguna kuasa dan korupsi kepimpinan negara diharap dapat  membantu usaha pemulihan yang sedang dilakukan oleh semua pihak termasuk parti-parti pembangkang PAS,PKR, DAP, NGO dan Individu rakyat Malaysia untuk melihat negara kembali berada di landasan yang sebenar.

2. Kemunculan Parti Amanah Negara melalui pengambil alihan Parti Pekerja Pekerja Malaysia yang diusahakan oleh rakan-rakan saya tidak seharusnya dilihat sebagai suatu ancaman pada mana- mana parti politik yang sedia ada, sebaliknya kemunculan Amanah hendaklah diterima baik sebagai persaingan yang sihat daripada sudut politik dalam proses pemurnian demokrasi di Malaysia yang akhirnya akan memberikan keuntungan pada negara dan rakyat.

3. Kepada parti pembangkang yang sedia ada, dengan Kehadiran Amanah sebagai keluarga baru dalam kelompok pembangkang yang menjadi kerajaan menanti, jadikan lah perbincangan dan meja rundingan sebagai ruang mencari kata sepakat dalam mengurus dan menerajui perubahan baru Politik Malaysia.

4. Politik Malaysia memerlukan perubahan,yang seharusnya permulaan perubahan adalah daripada kepimpinan yang menerajui parti-parti politik yang ada khusus parti pembangkang. Politik Malaysia memerlukan kepimpinan politik jujur yang penuh beramanah dan bertanggungjawab untuk mengeluarkan Malaysia daripada krisis yang berpunca akibat salah guna kuasa dan ketamakan pemimpin negara.

5. Sebagai kerajaan menanti pemimpin parti-parti politik pembangkang sebijaknya tampil dengan wajah baru untuk Malaysia dengan menjauhi dari terjebak dengan permainan politik perkauman dan keagamaan sempit, amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa,sebalik membawa misi politik damai, berintegriti dan rahmat untuk semua.

6. Menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak dan P ilihan Raya Umum yang ke 14, parti- parti pembangkang sudah seharusnya memulakan rundingan dan perbincangan untuk mencapai kata sepakat yang membawa kepada situasi menang - menang yang akan memberi kebaikan kepada rakyat dan Malaysia tercinta. Demikian,  PAS dan Amanah juga tidak terkecuali daripada memikul tanggungjawab ini untuk duduk di meja rundingan dan perbincangan dengan lapang dada , fikiran terbuka dan merendahkan ego masing masing. Pertembungan sesama sendiri di dalam pilihan raya di kalangan parti pembangkang akan menyebabkan hancur berkecailah harapan rakyat yang mengharapkan sinar dan wajah Malaysia baru.

7. Kepada pemimpin parti pembangkang ingatan jujur saya pada anda semua jangan sampai rakyat juga muak dan meluat kepada anda semua hanya kerana keegoan dan kedegilan anda seperti mana rakyat muak dan meluat kepada kepimpinan negara kerana ketamakan dan salah guna kuasa. Jika ini yang berlaku rakyat akan hilang kepercayaan kepada kepimpinan politik

8. Kepada rakan-rakan saya yang mendukung Amanah saya ucapkan selamat maju jaya dan terus Istiqamah dengan Islam. Siiru A'la barokatillah.

Kepada yang terus kekal dalam PAS usah gusar dengan perkembangan, usah risau apa di hadapan, cabaran pasti mendatang. Tidak cukup kita hanya sekadar berslogan "Istiqamah Hingga Kemenangan" tetapi rakyat sekali lagi  terlepas daripada kemenangan untuk perubahan yang diharapkan. Semua pihak perlu bersama rakyat untuk bersama menukar angan-angan menjadi realiti dan mengubah impian menjadi kenyataan.

"SELAMATKAN RAKYAT DAN MALAYSIA TERCINTA"
"INILAH SLOGAN KITA"

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
3 Sept 2015/19 Zulkaedah 1436H

ISU BAI'AH TALAK TIGA: AHLI-AHLI #PARTIAMANAHNEGARA DIMINTA BERSABAR, RUJUK ULAMAK MUKTABAR

Saya selaku Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) meminta semua ahli, khususnya mereka yang berasal daripada PAS dan kini menyertai parti Amanah, supaya mempunyai kesabaran paling tinggi terutama dalam menghadapi isu bai'ah ini.

Dalam menghadapi isu ini, saya  menasihatkan ahli supaya berpeganglah kepada pandangan mana-mana ulamak atau mazhab atau perbezaan pandangan selagi ia ada kelonggaran.

Janganlah kita berpegang kepada satu-satu pandangan sahaja. Rujuklah kepada pandangan ulamak muktabar di Malaysia dan juga dari luar negara.

Bagi saya, pandangan Sheikh Dr Yusof Al-Qaradhawi, Ustaz Ahmad Awang, Ustaz Abdul Ghani Samsuddin dan juga pandangan daripada Mufti Perlis dan Pulau Pinang harus diambil kira dalam hal bai'ah ini termasuk isu menceraikan isteri.

Sekali lagi saya menyeru kepada mereka yang terlibat dalam hal ini, agar meletakkan kesabaran paling tinggi dan bertawakal kepada Allah, dan pada masa yang sama, berpeganglah kepada pandangan yang paling ringan di antara pandangan-pandangan ulamak yang boleh diterima pakai.

Sesungguhnya, ini adalah sebahagian ujian kecil yang sedang kita lalui bersama, dan banyak lagi ujian besar yang kita akan hadapi.

Paling penting adalah, untuk kita melepasi ujian-ujian ini dan pada masa sama mencapai keredhaan Allah sebagai matlamat tertinggi kita.

HJ MOHAMAD BIN SABU
Pengerusi
Parti Amanah Negara
3 September 2015

Agus - Apabila berlaku kekecohan dalam politik Melayu, maka DAP, LGBT, dan kaum Cina yang dipersalahkan?

Mohammad Agus Yusoff
· 

MENYELESAIKAN MASALAH POLITIK MELAYU

Tidak habis saya fikir, kenapa apabila berlaku kekecohan dalam politik Melayu, baik itu dalam UMNO atau PAS, maka DAP, LGBT, dan kaum Cina yang dipersalahkan?

Pada saya, cukuplah kita menyalahkan kaum lain dengan masalah yang kita hadapi. Takkanlah masalah politik UMNO dan PAS hari ini adalah disebabkan oleh DAP dan kaum Cina?

Sepatutnya, jika kita orang Melayu bergaduh, kita muhasabah diri dan bertanya—apa puncanya?

Adakah itu kerana terlalu mengejar kuasa, menjaga kuasa, memburu kekayaan, terlalu berpuak, atau adakah kerana terlalu sombong dan angkuh?

Selepas itu, tanya lagi diri kita. Sudah cukupkah kita membantu orang Melayu? Sudah cukupkah tindakan yang kita buat untuk menyatukan politik Melayu?

Dalam kita mencari jawapan kepada pertanyaan di atas, elakkanlah dari terus bersikap denial syndrome dengan hanya menyalahkan kaum lain. Lihatlah pada integriti kita, komitmen kita dan perancangan kita dalam menyelesaikan masalah Melayu.

Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan buat keputusan sebelum bicara....!!!


Pemanggil : Hello... Assalamualaikum... Ini Dato' Ketua Hakim ka??

Ketua Hakim : Hello... Waalaikumussalam... Ya ana bercakap... Ada apa tu?

Pemanggil : Ni Dato'... Kami tangkap seorang budak ni dia mencuri... Macamana ni??

Ketua Hakim : Owhhhhh klu mcm tu just chop like that la... Hudud tu.... Hudud ni hukum Allah yg wajib laksana... Antum potong ja tangan budak tu insyaAllah diredhoi...

Pemanggil : Takbir!!!!

****** mudah... Tak payah susah2 pi Mahkamah... Hakim blh dihubungi & jatuh hukum melalui telefon ja...



Adam Al-Pekani, 
hakim pondok-pondok
lulusan Unibersiti Pekan

Khalid, Dr Mariah bayar kafarah esok


Dua ahli parlimen PAS yang menyertai parti baru - setakat ini dikenali sebagai Parti Amanah Nasional (AMANAH) - akan membayar kafarah dengan menjamu golongan fakir miskin di Shah Alam esok.

Mereka ialah Khalid Samad (Shah Alam) dan Dr Mariah Mahmud (Kota Raja).

Bercakap dalam sidang media di Shah Alam hari ini, Khalid berkata, mereka mengambil tindakan itu kerana meyakini "Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui".

Adik kepada Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata, mereka melanggar baiah yang dilafazkan ketika menjadi calon untuk PAS sebelum ini bukan atas sebab kepentingan peribadi.

"Justeru, kita berani buat," katanya.

Khalid berkata seramai 100 orang fakir miskin akan dihidangkan dengan nasi beriani kambing di Dewan Merbau Seksyen 17 Shah Alam, malam esok.

Dipecat dari Umno? Mukhriz kata tidak terima notis


Satu mesej yang dikesan tersebar luas sejak semalam mendakwa mesyuarat majlis tertinggi Umno pada 9 September ini akan memutuskan pemecatan tujuh orang pemimpinnya.

Antara nama yang disebut dalam sebaran tersebut termasuk timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan MB Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.

Mengulas perkara itu, Mukhriz Mahathir ketika ditemui pemberita hari ini berkata beliau tidak menerima apa-apa notis berhubung perkara itu.

Mukhriz berkata beliau tidak menganggapnya sebagai maklumat yang sah melainkan jika ia diterima dari Umno pusat.

"Senarai ini macam-macam... tetapi selagi benda itu tak jadi kenyataan, saya tidak boleh bagi respon.

"Saya sendiri ada tengok macam-macam dihantar melalui WhatsApp dan sebagainya, tetapi setakat ini belum ada apa-apa kenyataan daripada mana-mana pihak khususnya pimpinan Umno pusat.

Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan yang ulas isu talak 3 diadukan salah laku dan perlanggaran Kod Etika

BismillahirRahmanirRahim


ADUAN SALAH LAKU DAN/ATAU PERLANGGARAN KOD ETIKA HAKIM SYARIE OLEH KETUA HAKIM MAHKAMAH SYARIAH KELANTAN DATUK DAUD MUHAMMAD.

Saya ingin merujuk kepada laporan akhbar Berita Harian khususnya Berita Harian Online bertarikh 2 September 2015 yang mana melaporkan antaranya bahawa Datuk Daud Muhammad, Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan menyatakan bahawa perkahwinan antara Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan isterinya, sah gugur talak tiga selepas melanggar baiah yang dilafazkan sebelum ini. 

Beliau juga dilaporkan berkata "Perkara itu berlaku berdasarkan kandungan baiah (yang dilafazkan). Memandangkan mereka bukan lagi pasangan suami isteri, mereka tidak boleh lagi tinggal bersama".
Mengulas lanjut, Daud meminta pasangan terbabit hadir ke Mahkamah Syariah untuk pengesahan status mereka. "Sehingga kini, Dr Hatta dan pasangannya belum mendaftar mengenai status perkahwinan mereka di Mahkamah Syariah," katanya.

PKR berkawan dengan sesiapa sahaja termasuk PAS, Wan Azizah beritahu Amanah

 Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata partinya mengalu-alukan rakyat Malaysia yang mempunyai matlamat sama untuk menjatuhkan kerajaan zalim. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 3 September, 2015.
PKR masih mahu meneruskan kerjasama politiknya dengan PAS, apabila mengatakan parti itu boleh bekerja dengan mana-mana pihak yang mempunyai matlamat sama untuk menjatuhkan kerajaan zalim, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Kita bekerja dengan semua orang. Kita nak jatuhkan kerajaan zalim yang membuatkan ekonomi jadi begini dan mahu tatakelola yang baik.

"Sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang mahu bersama kita, kita alu-alukan," katanya kepada pemberita di lobi bangunan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Shah Alam, hari ini.

Presiden PKR itu turut menepis bantahan Parti Amanah Negara (Amanah) yang tidak mahu memasukkan PAS dalam gabungan pembangkang baharu, Pakatan Rakyat 2.0 seperti yang dicadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Itu pandangan dia," katanya merujuk kenyataan jurucakap Amanah Mohamed Hanipa Maidin, semalam.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, kini "seseorang" yang mengangkat Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri juga bersama rakyat mahu pemimpin itu dijatuhkan.

Pemecatan saya tidak sah, kata Wanita Umno Langkawi

 Ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin bercakap pada sidang media di pejabat peguamnya di Kota Damansara, Selangor, hari ini. Beliau menegaskan pemecatannya daripada parti tidak sah kerana terdapat kecacatan dalam surat yang dikeluarkan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 3 September, 2015.
Ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin yang menyaman Datuk Seri Najib Razak menyifatkan pemecatannya daripada parti sebagai tidak sah kerana tindakan mahkamah sedang berjalan, malah beliau sendiri belum menerima surat pemecatan itu.

Anina berkata, surat pemecatan dikeluarkan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai pra matang sebelum mendapat maklumat penuh dan rasmi terhadap proses mahkamah yang sudah diambil oleh beliau.

"Ia menjadikan surat Datuk Seri (Tengku Adnan) bertarikh 1 dan 2 September 2015 sebagai pra matang kerana Datuk Seri mengambil tindakan sebelum mendapat maklumat penuh dan rasmi terhadap sebarang proses mahkamah,"kata Anina pada sidang media di pejabat peguamnya, Kota Damansara, Selangor hari ini.

Beliau juga mempersoalkan kecacatan dalam surat pemecatan yang tersebar itu, antaranya alamat salah dan tidak mengikut proses saluran parti.

Mahkamah arah Najib, 3 individu bela diri berhubung dakwaan terlebih belanja PRU13

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan 3 lagi individu diarah memfailkan pembelaan mereka terhadap saman berhubung dakwaan perbelanjaan berlebihan dalam kempen pilihan raya umum ke-13 (PRU13). – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 September, 2015.

Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan 3 lagi individu memfailkan pembelaan mereka terhadap saman yang difailkan pembangkang berhubung dakwaan perbelanjaan berlebihan dalam kempen pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Peguam Choo Shi Jiu yang hadir bersama-sama Datuk Mohd Hafarizam Harun mewakili Najib berkata, anak guam mereka itu perlu memfailkan pembelaan menjelang 1 Oktober.

"Timbalan pendaftar (Norfauzani Mohd Nordin) memberikan arahan defendan juga perlu memfailkan permohonan menjelang 9 Oktober," katanya kepada pembeita selepas pengurusan kes.

Beliau berkata, pengurusan kes selanjutkan akan dilakukan di hadapan pesuruhjaya guaman Mohd Zaki Wahab pada 9 Oktober.

Nama lain yang diletakkan sebagai defendan adalah Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan syarikat pelaburan strategik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Semangat ke Kongres Rakyat kerana suasana Bersih 4

 
KUALA LUMPUR: PAS Melaka menyambut baik Kongres Rakyat yang akan diadakan nanti sebagai usaha membincangkan kemelut yang dihadapi rakyat negara ini.

Persuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Kamarudin Sidek ketika dihubungi berkata ahli-ahli di peringkat kawasan dan negeri telah menyatakan kesediaan untuk hadir pada kongres tersebut.

"Kita telah menerima surat dari PAS Pusat mengenai kongres tersebut dan telah menyatakan persetujuan hadir, seramai 50 orang ahli jawatankuasa peringkat negeri dan kawasan akan hadir.

"50 ahli jawatankuasa akan bertemu dengan ahli-ahli di semua peringkat bagi mengetahui jumlah sebenar yang akan hadir dan kita akan maklumkan pada mesyuarat PAS Melaka akan datang," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau lagi, suasana yang berlaku pada himpunan Bersih 4.0 lalu turut menaikkan semangat ahli-ahli PAS di negeri itu untuk hadir pada Kongres Rakyat.

Mukhriz sila dedahkan kelulusan permit balak di zaman PAS memerintah, jangan sembang saja!!

MUKHRIZ PERLU DEDAHKAN - JANGAN SEMBANG SAJA.


Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir dalam jawapan kepada soalan tambahan dari Adun BN Bukit Lada Ahmad Lebai Sudin di Dewan Undangan Negeri Kedah semalam seperti yang dilaporkan oleh portal Free Malaysia Today berkata kelulusan permit pembalakan di Kedah adalah semasa pentadbiran PAS Kedah pada tahun 2008 - 2013 dahulu.

Beliau seterusnya berkata bahawa Kerajaan Kedah pimpinannya sekarang terpaksa memberikan lesen pembalakan bagi mengelakkan Kerajaan disaman oleh syarikat yang mendapat konsesi.

Free Malaysia Today tidak melaporkan secara lengkap kenyataan atau jawapan Dato' Seri Mukhriz tersebut tentang bila kelulusan diberikan, berapa banyak kelulusan diberikan, di kawasan mana kelulusan permit itu diberikan, syarikat mana yang diberikan permit pembalakan dan berapakah nilai premium balak yang diperolehi oleh Kerajaan. Ini menimbulkan pelbagai persoalan di fikiran rakyat.

Justeru, Dato' Seri Mukhriz wajar untuk mendedahkan semua persoalan tersebut. Fakta tersebut amat penting untuk menentukan samada jawapan Mukhriz di dalam Dewan Undangan Negeri itu benar atau semata-mata alasan. Mukhriz tidak boleh hanya sembang sahaja. Buktikan.

PAS Sepang sifatkan Hanipa gopoh

PAS Sepang melihat kegopohan beberapa pimpinan GHB dalam mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal, bersifat ego dan hipokrit amat merugikan pakatan pembangkang.

Kenyataan terbaru Ahli Parlimen Sepang yang menolak PAS dari bersama Pakatan Pembangkang sebagaimana yang disuarakan oleh DSAI ternyata pra matang dan nampak "'ebih sudu dari kuah'.

Mungkin sebenarnya beliau amat khuatir kerusi Ahli Parlimen Sepang yang disandangnya akan hilang, maka sebab itulah beliau berkokok seperti 'seekor ayam yang ekornya bergelumang najis'.

Bagi PAS Sepang, kami sentiasa berusaha mengukuhkan hubungan baik dan saling membantu menyelesaikan isu-isu rakyat. Kami beranggapan kemenangan PAS dan PR dalam PRU ke-13 yang lalu adalah kerana gabungan sokongan semua pengundi, bukan disebabkan populariti dan bakti Hanipa Maidin kepada warga Sepang.

Najib diserang isu dana RM2.6 bilion di persidangan anti rasuah

FMT Reporters | September 3, 2015

Kerajaan Malaysia tidak sepatutnya membuat apa-apa kenyataan mengenai anti rasuah sehingga Perdana Menteri memberitahu siapa penderma dana itu.

najib

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diserang dengan pelbagai soalan mengenai identiti ‘penderma’ dana RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadinya dalam persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) pada Rabu.

Pengerusi Transparency International (TI), Jose Ugaz menyatakan tanpa jawapan yang tulus dan sahih berkaitan dana RM2.6 bilion itu, kerajaan Malaysia tidak sepatutnya membuat apa-apa kenyataan mengenai anti rasuah.

“Siapa yang membayar wang tersebut dan mengapa? Ke mana perginya wang tersebut?”

“Hanya seorang individu (Najib) yang boleh menjawab persoalan ini.

“Sehingga itu berlaku, tiada sebarang kenyataan daripada kerajaan mengenai anti rasuah boleh dipercayai,” katanya ketika berucap pada Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Rabu.

Nik Abduh: GHB ini jin, manusia atau mamalia?


PAS belum boleh mengadakan hubungan politik dan menentukan sikap terhadap Gerakan Harapan Baru (GHB) yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS kerana masih belum jelas bentuk dan kedudukannya.

Ketua Pemuda PAS berkata Nik Abduh Nik Aziz, PAS masih belum berbuat demikian kerana tidak meniktiraf GHB yang menurutnya tidak jelas sama ada ia "jin atau manusia" dan "mamalia atau amfibia".

"GHB masih lagi satu masalah dan isu dalaman PAS. PAS tidak memberi sebarang pengiktirafan pada GHB, kerana masih tidak jelas sama ada ia jin atau manusia.

"Sehinggalah ia jelas dan rasmi, barulah PAS boleh membuat polisi terhadap mereka.

"Apabila mereka wujud secara rasmi, insya-Allah hubungannya ada. Macam mana hubungan itu, diteliti kemudian nanti.

"Sekarang tidak boleh lagi sebab tidak tahu lagi mereka ini mamalia atau amfibia," katanya sinis.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya dalam Wacana Merdeka "Selamatkan Malaysia" di Shah Alam baru-baru ini. Petikan ucapan beliau itu disusun dan disiarkan dalam portal Harakahdaily semalam.

PASCA HIMPUNAN BERSIH 4 : Tak perlu dilayan isu-isu remeh yang sengaja diperbesarkan


Himpunan BERSIH 1, 2 dan 3 sebelum ini mereka katakan mencetuskan hura hara dan sebagainya. Mereka katakan peniaga rugi, kesesakan jalanraya dan kerosakan harta benda. Mereka mencetuskan kekacauan dan menuduh para peserta membuat kacau.

HIMPUNAN BERSIH 4 yang diadakan hujung minggu lalu pada 29 dan 30 OGOS 2015 bukan sehari, malah dua hari berturut-turut jelas aman, terkawal dan tiada kekacauan walau pun ada cubaan mencetuskan kekacauan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Tiada apa lagi yang mereka boleh katakan tentang HIMPUNAN BERSIH 4 yang terbukti baik, aman dan terkawal melainkan memainkan isu-isu kecil yang bukan agenda rasmi BERSIH.

Isu pijak gambar pemimpin, isu sampah, isu iri hati kepada Najib terus dimainkan sedangkan objektif utama himpunan tercapai dengan jayanya. Objektif Himpunan adalah untuk menyatakan rasa hati rakyat dan membuktikan kepada dunia bahawa tuduhan mereka bahawa peserta himpunan itu ganas jauh meleset.

Laporan polis dah lama tapi habuk pun tak ada – Khairuddin

FMT Reporters | September 3, 2015

Beliau menuntut polis memberikan status siasatan laporan yang yang telah dibuat terhadap Najib, Rosmah, Riza Aziz dan Jho Low berkaitan skandal 1MDB.

Khairuddin-Abu-Hassan,-igp,-najib,-mahathir

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar didesak supaya menjelaskan status siasatan laporan yang dibuat terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor, Riza Aziz dan Jho Low.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, laporan terhadap empat individu itu yang berkaitan 1MDB telah lama dibuat tetapi sehingga kini tiada perkembangan mengenai hasil siasatan.

“Saya mempunyai hak untuk mengetahui kedudukan atau status laporan polis ke atas Najib Tun Razak, Rosmah Mansor, Riza Aziz serta Jho Low.

“Tan Sri Khalid Abu Bakar tolong beri pencerahan dan jangan menyimpang dari asas sebenar kes skandal 1MDB.

Selamat jalan kepada yang pergi dan selamat beristiqamah kepada yang kekal

Selamat jalan dan selamat beristiqamah

Detik bersejarah hitam, kuning dan jingga buat sebuah parti yang berteraskan warna hijau putih. Sekumpulan anak didik sekian lama kini bergerak berkelompok keluar dari jamaah setelah tidak lagi bersama saf kepimpinan.

Apapun keputusan yang dibuat kita percaya ia dibuat berdasarkan keyakinan pendekatan yang berbeza sekian lama walau terasnya masih sama. Selamat jalan buat kalian moga berjaya memastikan kebersamaan kumpulan "untapped market" yang belum dipelopori jadi kenyataan yang memberangsangkan untuk masa depan agama dan negara tercinta.

Bagi sebahagian besar ahli PAS seluruh negara yang istiqamah dan terus istiqamah dengan perjuangan PAS maka kita akan tetap bergerak atas landasan ini. Juga kerana keyakinan akan kebenaran sebuah aqidah dan pendekatan melampaui minda sezaman berdasarkan pengalaman politik dan dakwah pimpinan.

Gegaran perubahan hala tuju yang berlaku ini barang kali menggusarkan sebahagian pihak namun kita tetap menerimanya sebagai sebahagian proses pematangan cabaran politik dan dakwah kini.

Rencam dugaan politik semasa susah dan kalah tak sama dengan trend ujian dan pujian semasa senang dan menang.

Cadangan keluarkan SPRM dari perkhidmatan awam



Cadangan sedang dipertimbangkan untuk mengeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada perkhidmatan awam dan Jabatan Perdana Menteri, dan menjadikan ia badan yang menjawab kepada Parlimen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan berkata satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk mengkaji cadangan itu.

Menjadikan SPRM sebagai perkhidmatan berasingan akan memerlukan pindaan terhadap perlembagaan yang memerlukan sokongan majoriti dua pertiga anggota Parlimen, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Anti-Rasuah antarabangsa (IACC) Ke-16 semalam.

Terdahulu, dalam ucapannya pada persidangan itu, Low berkata SPRM akan dijadikan suruhanjaya perkhidmatan berasingan untuk membolehkan ia meningkatkan kapasiti dan profesionalisme staf dan mempunyai kawalan ke atas terma dan syarat penggajiannya.

Beliau berkata pelantikan dan tempoh khidmat Ketua Pesuruhjaya perlu dijadikan lebih terjamin.

Beliau berkata juga ada cadangan untuk Jabatan Audit Negara melaporkan kepada jawatankuasa khas dwipartisan di Parlimen, dan kuasa serta skop audit akan diperluaskan.

Bekas Timb Pengarah SB - ‘Saya tidak mahu makan gaji buta’

 Abdul Hamid Bador
SHAH ALAM - Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB) Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador mengesahkan menerima surat tuntutan penjelasan daripada Ketua Polis Negara berikutan mengadakan sidang media 23 Ogos lalu.

Abdul Hamid berkata, surat berkenaan diterimanya petang tadi.

"Saya sudah terima surat meminta penjelasan daripada IGP (Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar) petang tadi.

"Pihak IGP menghendaki saya menjawab secara bertulis kepada bahagian tatatertib Bukit Aman dalam masa dua minggu," katanya kepada Sinar Online.

Sebelum ini, Abdul Hamid mencetuskan kontroversi dengan mengadakan sidang media bagi menjawab perpindahannya ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan 'menegur' Putrajaya berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad.

MAHATHIR MEMANG MAHU DITANGKAP POLIS....

Shahbudin Husin, 

Kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sebanyak dua kali dalam Bersih 4 bukan saja mengundang perhatian ramai serta kecaman daripada para pemimpin UMNO, tetapi turut memancing tindakan pihak polis untuk menyiasatnya. 

Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa bekas Perdana Menteri itu akan disiasat mengenai kehadirannya dalam perhimpunan tersebut serta dakwaan yang dibuatnya berkaitan rasuah terhadap pemimpin tertentu dalam UMNO.

Katanya, pihak polis akan mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dakwaan yang dibuat oleh Tun Mahathir itu.

Selain itu, terdapat juga pemimpin UMNO yang mahukan beliau diambil tindakan berikutan kehadiran dalam Bersih 4 yang disifatkan sebagai tindakan bersekongkol dengan gerakan parti-parti pembangkang untuk menumbangkan kerajaan BN.

Malah ada yang menyarankan agar dalam mesyuarat MT UMNO pada 9 September ini, bukan saja Muhyiddin Yassin yang banyak membangkitkan mengenai 1MDB dan  derma RM2,600 juta yang diterima Najib, diambil tindakan pemecatan keahliannya sebagai ahli parti, tetapi patut melibatkan Tun Mahathir juga.

Bagi kebanyakan pemimpin UMNO yang pro Najib, serangan dan kritikan Tun Mahathir jauh lebih serius berbanding apa yang dilakukan oleh Muhyiddin.

Rakyat Kedah diminta sokong Mukhriz

Mukhriz Mahathir
ALOR SETAR - Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (IKHLAS) Kedah hari ini meminta semua pemimpin dan rakyat di negeri Kedah bersatu hati menyokong kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Pengerusinya, Sarjakhan Abu Bakar berkata, Mukhriz merupakan seorang pemimpin muda yang berjiwa besar serta mempunyai banyak idea baharu khusus untuk membangunkan negeri ini, antaranya melalui cadangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP).

"Kita harap jangan ada yang mengganggu kepimpinan Mukhriz. Beliau banyak membawa transformasi kepada negeri Kedah, kalau dalam negeri sendiri tak sokong beliau, macam mana nak sokong Perdana Menteri," katanya dalam sidang media di Terminal Feri Kuala Kedah hari ini.

Sehubungan itu katanya, beliau perlu diberi peluang dan ruang untuk merealisasikan segala rancangan pembangunan, dan sebarang pertukaran jawatan menurutnya, hanya akan menjadikan situasi politik menjadi semakin teruk.

Muhyiddin pulang dengan jawapan kosong

Arfa Yunus
| September 2, 2015

Beliau enggan mengulas dan memberi reaksi terhadap pertanyaan wartawan selepas pulang bercuti dari Australia.

Muhyiddin-Yassin,-men

SEPANG: Lebih kurang 100 penyokong UMNO dari Johor, memakai baju T hitam dengan tulisan “I am not a yes man” menyambut ketibaan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA.

Beliau bersama isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman tiba pada jam 8.30 pagi selepas bercuti dua minggu di Australia.

Ketika dihampiri media, beliau hanya tersenyum dan enggan menggulas.

Salah seorang daripada penyokongnya yang menunggu kepulangannya memaklumkan telah tiba sejak malam tadi dan bermalam di Nilai.

“Kami datang daripada pelbagai bahagian di Johor. Saya daripada Bahagian Gelang Patath sementara kawan saya daripada bahagian lain seperti Pengerang, Pagoh, Air Hitam dan Pulai antara mereka yang datang memberikan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin ,” katanya.

Umat Islam boleh berjaya melalui kekuatan ukhuwah

DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
KANGAR - Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, umat Islam boleh berjaya melalui kekuatan ukhuwah.

Beliau berkata, umat Islam akan disanjung dan dikagumi oleh bangsa yang ada di dunia jika dapat bersatu dan membina kekuatan ekonomi tanpa bergantung kepada bukan Islam.

"Ada negara kecil tetapi ekonominya kukuh. Rakyatnya pula berpendapatan tinggi dan dihormati dunia. Ini yang perlu diteladani umat Islam," kata Mohd Asri.

Beliau berucap merasmikan Konvensyen Usahawan Mukmin anjuran bersama Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Perlis dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) Perlis di Dewan Warisan di sini, hari ini.

Menurut Asri, umat Islam Malaysia berupaya membina kekuatan ekonomi melalui semangat muafakat yang telah wujud dalam diri orang Melayu khususnya dengan syarat, menghakis terlebih dahulu perasaan iri hati sesama sendiri.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...