TERKINI :

Wednesday, September 2, 2015

Akibat suruh Nizar masuk DAP, PJ Pas Perak terpaksa masuk mahkamah....


 http://4.bp.blogspot.com/-JCANaWGq8dE/Veb6TApoGJI/AAAAAAAAqzM/zcCzPnMuHNA/s1600/RAZMAN%2Bnizar%2Bcopy.jpg
Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan saman fitnah berjumlah RM3juta terhadap Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria kerana kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif.

Writ saman dan pernyataan tuntutan melalui Tetuan Awi & Co bertarikh 14 Ogos 2015 di Mahkamah Tinggi Ipoh.

Pihak defendan dikehendaki hadir ke Mahkamah Tinggi Ipoh pada 12 Oktober 2015 jam 9.00 pagi untuk pengurusan kes. Sekiranya defendan engkar hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan, penghakiman boleh dimasukan terhadap defendan.

Kenyataan berunsur fitnah tersebut telah disiarkan melalui akhbar Sinar Harian Edisi Perak bertarikh 2 Jun 2015, bertajuk : Pendekatan Nizar mirip DAP.

Bersih 4.0 : Bukti PAS parti paling wala' tapi bukan bukti parti pembangkang terbesar


TheMalaysianInsider melaporkan:
Kekurangan penyertaan orang Melayu dalam perhimpunan Bersih 4 membuktikan parti Islam itu terus kekal sebagai pembangkang terbesar di negara ini, kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar, kiri).

Timbalan presiden PAS itu berkata, parti Islam itu hadir dengan sepenuh tenaga setiap demonstrasi Bersih mahupun anti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang lepas dan kali ini ia tidak mengerahkan ahlinya.

Tuan Ibrahim berkata, melalui laporan pelbagai media, difahamkan ketiadaan PAS dirasai kali ini berbanding perhimpunan Bersih sebelumnya.

"Ini sekali gus membuktikan PAS sebagai parti pembangkang terbesar terus menjadi faktor besar di arus perdana politik negara," katanya kepada The Malaysian Insider. - TMI.
Aku tak rasa kenyataan Timbalan Presiden PAS ni tepat. Yang lebih tepatnya, kehadiran demo Bersih 4 membuktikan yang PAS adalah parti yang ahlinya paling wala' kepada arahan parti.

Masa demo Bersih 1, 2 dan 3 ahli PAS turun beramai-ramai pasai wala' kepada arahan parti tapi masa demo Bersih 4 depa tak turun sebab wala' kepada 'larangan' parti, kecuali segelintir kecil golongan yang tak wala' yang sokong Gerakan Harapan Baru

Kalah segugus justeru pertikai kepimpinan ulama

Oleh Subky Latif

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/MUKTAMAR_PAS_61ST_060615_TMINAZIRSUFARI_39.jpg
JIKA segugus bintang politik profesional dalam PAS kalah dalam pemilihan pimpinan dalam muktamar yang lalu bukanlah justeru mereka bukan ulama atau wujud dalam PAS sekumpulan anti profesional.

Saya lama dalam pimpinan PAS bahkan sepanjang jadi pimpinan PAS itu adalah di bawah kepimpinan ulama. Tidak pernah berbangkit isu ulama dan bukan ulama dalam setiap pemilihan


Tetapi perwakilan sentiasa matang. Masa itu Jawatankuasa yang dipilih 12 orang. Biasanya seimbang yang terpilih antara ulama dan profesional. Kadang-kadang sama banyak enam-enam. Kadang-kadang tujuh ulama, lima profesional. Atau tujuh profesional lima ulama.

Mustafa Ali bukan ulama tetapi bertahun-tahun dia jadi Ketua Dewan Pemuda dalam era kepimpinan ulama. Ramai bukan ulama dalam Dewan itu. Ulama seperti Ustaz Hadi dan Ustaz Nakhaie Ahmad , Ustaz Abu Bakar Chik berketuakan dia.

Saya bukan ulama tetapi pernah mendapat undi terbanyak dalam pemilihan, kedua terbanyak dan biasa lima teratas. Dua kali jadi Pesuruhjaya Wilayah dan antara yang lama. Ramai ulama dibawah saya. Saya tidak pernah jadi imam tetapi ulama di bawah saya tidak pertikai saya. Sebabnya saya tidak pernah ragu tentang kepimpinan ulama.

BERSIH minta pemijak gambar PM, Hadi tampil

BERSIH meminta peserta yang terlibat memijak gambar presiden PAS dan perdana menteri tampil memberi penjelasan kepada pihak polis berhubung tindakan kontroversi itu.

"Kita minta dua individu yang pijak gambar tersebut tampil ke balai polis dan biar polis yang siasat.

"Kalau dia berani buat mereka mesti berani bertanggungjawab," kata Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah.

Gambar Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Najib Razak tersebar luas di Internet.

Ia memaparkan gambar ubah suai kedua-dua pemimpin parti Melayu itu berpelukan.

Najib memang sudah sedia maklum menjadi sasaran kemarahan dalam perhimpunan itu susukan pelbagai kontroversi dalam negara.

Hadi pula dilihat menjadi turut dikaitkan sama selepas PAS tidak mengerahkan anggotanya menyertai perhimpunan itu, walaupun parti Islam itu menyokong tuntutan BERSIH.

Selain itu, Hadi juga dipersalahkan banyak selepas PAS dituduh menjadi punca perpecahan Pakatan Rakyat.

Di P'jaya, ketua NGO antirasuah dunia tuntut jawapan PM

 
Pengerusi Transparency International (TI) Jose Ugaz menuntut jawapan terhadap dakwaan skandal melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam ucapan pembukaan dalam Persidangan Antirasuah Antarabangsa ke-16 (IACC) di Putrajaya hari ini, Ugaz berkata kerajaan mengambil banyak inisiatif untuk menangani masalah rasuah.

“Kita mahu lihat lebih banyak kemajuan tetapi perkara itu tidak dapat berlaku selagi terdapat soalan tidak berjawab berhubung AS$700 juta yang masuk ke akaun peribadi perdana menteri,” katanya disambut tepukan.

Ugaz membangkitkan perkembangan minggu-minggu terakhir ini yang menyaksikan peguam negara diganti, pasukan petugas khas dimansuhkan dan pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditahan polis atau dipindah keluar dari suruhanjaya itu.

BERSIH 4: Guan Eng putus untuk saman Utusan

Akhbar harian milik Umno Utusan Malaysia sekali lagi mengundang masalah dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Lim memutuskan untuk mengambl tindakan undang-undang kepada akhbar itu kerana mengaitkan beliau dengan penganjuran perhimpunan selama 34 jam di Kuala Lumpur hujung minggu oleh Gabungan NGO yang menuntut reformasi sistem pilihan raya BERSIH.

Ratusan ribu rakyat memakai baju T kuning turun ke jalan raya bagi menyokong tuntutan BERSIH antaranya menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan ekoran dakwaan skandal 1MDB dan sumbangan RM2.6 bilion yang didepositkan ke akaun peribadinya.

Lim turur hadir ke perhimpunan itu dan menyampaikan ucapan bersama dengan pemimpin pembangkang yang lain.

Beliau memakai baju T kuning tanpa cetakan tema BERSIH yang dilarang oleh menteri dalam negeri sehari sebelum berlangsungnya himpuan itu.

"Laporan muka depan Utusan hari ini memburukkan nama saya," kata dalam sidang medianya di Komtar hari ini.

Phahrolrazi sahkan sertai parti Amanah


ADUN Pengkalan Kundor Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi daripada PAS mengesahkan telah menyertai parti baharu yang sedang dalam proses didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) iaitu Parti Amanah Negara (Amanah).

Bekas Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah dan Exco kerajaan negeri itu berkata dengan itu keanggotaannya dalam PAS gugur secara automatik.

Bagaimanapun, beliau akan terus kekal sebagai wakil rakyat DUN itu, katanya dalam sidang media di Alor Setar hari ini.

Isnin lepas Pengerusi Gerakan Harapan Baru (HB) Mohamad Sabu mengumumkan Amanah digunakan sebagai nama rasmi wadah politik HB.

Katanya HB telah mengambil alih Parti Pekerja-pekerja Malaysia dan dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara, dan butirannya akan diserah kepada RoS bagi mendapatkan kelulusan.

Sementara itu Pengerusi Penaja Amanah Kedah Datuk Dr Ismail Salleh yang turut hadir pada sidang media itu berkata, Amanah Kedah akan dilancarkan secara rasmi oleh penasihat umumnya Ahmad Awang pada 9 September ini.

- Bernama

Perihal Bersih 4 dan PAS yang bakal tersisih

Oleh Nazri Noor

https://abunuha.files.wordpress.com/2012/02/pas-kebajikan.jpg

Sayang seribu kali sayang, dikala ratusan ribu rakyat turun merayakan pesta demokrasi Bersih 4 di Dataran Merdeka, parti PAS memilih untuk tidak menjadi peserta. Bukan setakat menjadi pemerhati, bahkan PAS memilih untuk menjadi pengkritik kepada program yang dihadiri suku juta rakyat (mengikut sesetengah bancian) tersebut. Tidak dinafikan, mengikut beberapa badan kajian berkecuali, ratusan ribu perserta bersih tersebut majoritinya adalah bukan Melayu, Cina khasnya.

Yang pasti, PAS terperangkap dengan sindrom penafian dan siege mentality. PAS masih belum bersedia menerima hakikat. Hakikat demokrasi akan terus meriah, dan suara rakyat akan tetap lantang.

Sebelum PAS merasai terdorong untuk kekal berbangga dengan sikap berkecuali mereka dan memperlekehkan usaha penganjur, PAS harus memahami beberapa hakikat dan realiti lanskap politik sediada yang memberi natijah dari boikot mereka, antara lain;

Hakikat 1: Nasib 54 kerusi PAS, ditangan 1 juta pemilih bukan Melayu.

PAS jangan lupa akan percaturan berebut kerusi menjelang setiap pilihanraya. Sudah menjadi tradisi PAS dan persepsi umum PAS sangat bermegah dengan jumlah kerusi yang ditandingi (sekaligus membawa mesej kepada rakyat PAS sangat berpengaruh dalam percaturan negosiasi kerusi, dan bukan parti umpama pipi tersorong-sorong dan terhegeh-hegeh mengharapkan ihsan DAP atau PKR untuk menagih jumlah kerusi yang banyak).

Boikot Bersih 4: PAS untung atau rugi?


Oleh Mohsin Abdullah
https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xtf1/t31.0-8/11879065_10150829886499945_4930797423550314524_o.jpg

Akar umbi Umno pun tidak marah Tun Dr Mahathir Mohamad hadir pada perhimpunan Bersih 4. Itu menurut berita yang disiarkan The Malaysian Insider.Sebabnya – mereka terima “penjelasan “ Dr Mahathir yang bekas presiden mereka bukan sokong gerakan Bersih secara khusus tetapi kerana beliau menyokong rakyat.

Maknanya Dr Mahathir melihat rakyat menyebelahi atau bersama gerakan Bersih. Sekali gus tuntutan Bersih adalah tuntutan rakyat. Boleh disimpulkan begitu?

Jika boleh, persamaannya (berdasarkan hujah Dr Mahathir) ialah Bersih = rakyat. Satu “equation” yang boleh membimbangkan pucuk pimpinan Umno kerana “akar umbi setuju with such an equation”.

Dan dalam konteks PAS pula – adakah ketidakhadiran parti itu pada perhimpunan Bersih kali ini membawa erti parti itu “tidak bersama rakyat”?

Rasanya tidak adil menuduh demikian. Namun ada juga berpendapat PAS “detached“ atau “terpisah daripada rakyat berbilang kaum di Malaysia”. Setuju atau tidak terpulang.

Penganjur Bersih sedia heret Rahman Dahlan ke mahkamah

Ranjeet Muthukumar

Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya mereka dikenakan bil pembersihan RM65,000

bersih-4,-Maria-Chin-Abdullah,-Rahman-Dahlan

PETALING JAYA: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan akan berdepan dengan tindakan undang-undang sekiranya mengenakan kos pembersihan kepada penganjur perhimpunan Bersih 4.0.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah menjawab balik kenyataan itu dan menjelaskan sukarelawannya telah bersusah payah melakukan kerja-kerja pembersihan.

“Jika dia mahu buat, tiada apa yang saya boleh lakukan. Kita akan dapatkan khidmat nasihat guaman,” katanya yang dipetik daripada portal Mstar Online.

Dalam kenyataan Rahman pada Selasa yang mahu mengeluarkan bil sebanyak RM65,000 sambil menyindir penganjur supaya tidak membelanjakan semua RM1.5 juta yang mereka dapat kumpulkan untuk perhimpunan hujung minggu lalu.

Mengapa PAS tidak sesuai berada di PAKATAN RAKYAT 2.0


1. Saya dan rakan rakan dari Parti Amanah Negara sesungguhnya amat gembira dan terharu dengan sikap yang ditunjukkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim yang memberikan sokongan yang padu kepada wujudnya parti Islam baru atas nama Parti Amanah Negara sepertimana perutusan beliau dari penjara Sg Buluh bertarikh 1 hb September 2015.

2. Sudah tentu perutusan DSAI tersebut memberi suntikan baru kepada parti islam baru yang kami tubuhkan ini kerana semua tahu DSAI adalah satu figur dan nama besar dalam politik negara ini yang telah membawa satu reformasi politik yang menakjubkan kepada rakyat negara ini sekaligus berjaya mengubah lanskap politik negara ini.

3.Amat malang kerana politik balas dendam,kotor dan jijik Barisan Nasional rakyat dijauhkan secara fizikalnya dari DSAI bagi terus mengemudi kebangkitan rakyat menumbangkan BN. Namun jiwa, semangat dan ruh perjuangan beliau tidak mampu BN penjarakan dan ia terus menyalakan obor perjuangan bagi menentang kebobrokan dan salah guna kuasa BN.

4. Semasa kami berada dalam Pas dan semasa Pas masih berada dalam Pakatan Rakyat ,kami tidak pernah sangsi dan ragu dengan kepimpinan DSAI menerajui PR. Meskipun wujudnya elemen elemen tertentu dalam Pas dalam waktu waktu tertentu cuba menyemai keraguan terhadap kepimpinan beliau kami yakin keraguan itu tidak berasas sama sekali. Sejak Anwar diperlakukan secara kejam dan brutal oleh rejim BN saya sendiri telah menulis, berceramah, berforum ,berdemo dan melakukan banyak lagi perkara bagi mempertahankan DSAI. Saya pohon dari Allah dari sifat riya' namun sejarah boleh membuktikan di Parlimen banyak kali saya bersuara menentang kezaliman Umno/BN ke atas DSAI hingga saya dan kawan kawan digelar oleh parti sendiri sebagai Anwarinas dan pelbagai label lagi.

PAN bukanlah PARTI KUALI LEPER, tetapi PARTI AMANAH NEGARA

Oleh: Dr Tanaka Mustafa


1) PAS hilang 10 wakil rakyat, apabila mereka join PAN. Tak perlu desak mereka letak jawatan.Sebab tentu mereka tak mahu letak.

2) Sesiapa yang letak jawatan, akan hilang kelayakan untuk bertanding selama 5 tahun. Jadi mereka takut terlepas peluang bertanding PRU14.

Jadi, apa perlu kita buat?

3) Kita buat kerja kita. Fokus kepada Kongres Rakyat. Tak perlu buang banyak masa kepada PAN. Serah kepada bahagian strategik untuk handle.

4) Kemaskan usrah, liqa', mukhayyam dan rutin-rutin tarbiyah yang tentu sudah lama terbarai sejak perang dalaman. Bina kekuatan sendiri, jangan terlalu harap musuh lemah.

5) Kurangkan berdebat dengan geng PAN. Sebab tak ke mana pun hujah kita dan hujah mereka. Ultras vs ultras, hanya buang masa. Tak ada siapa pun akan berubah. Fokus kepada ahli dan masyarakat.

ADUN UMNO KEDAH serang Mukhriz minta undur diri secara terhormat

ADUN UMNO: Mukhriz perlu undur diri secara terhormat
FMT Reporters | September 1, 2015

Menteri Besar Kedah didakwa gagal membawa pembangunan termasuk menunaikan janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

http://4.bp.blogspot.com/-O58IfUc7UCg/VS-uXIj2rYI/AAAAAAAAE8Q/AN3O6wsbRXc/s1600/Mukhriz_Ahmad-Lebai-Sudin.jpg

PETALING JAYA: Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dituduh Menteri Besar yang gagal kerana tidak melaksanakan janji-janjinya kepada rakyat di negeri Kedah.

Perkara itu ditegaskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin yang dipetik menerusi rakaman video yang disiarkan di SuaraTV.

Menurut Ahmad, selama tiga tahun Mukhriz menjadi Menteri Besar, tidak ada pembaharuan dilakukan, malah, segala apa yang dikatakan kepada rakyat di Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) lalu hanya sekadar janji-janji kosong.

“Tidak ada apa-apa pembangunan yang dilakukan di Kedah. Semuanya tidak dapat dilaksanakan. Kedah jumud dari segi pembangunannya.

“Malah peruntukan bagi kerajaan negeri tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Saya difahamkan kontraktor-kontraktor yang membuat kerja- kerja di Kedah, sedang ditangguhkan pembayaran mereka. Malah, hubungannya dengan rakyat jelata sendiri tidak berlaku dengan baik.

“Cuma yang ada hanyalah `selfie- selfie’ yang dilakukannya apabila mereka turun bersama masyarakat,” katanya yang mendakwa Mukhriz hanya tahu berselfie untuk meraih populariti.

Hari-Hari Terakhir UMNO?

September 2, 2015

UMNO kini dalam keadaan yang cukup serabut. Tindakan ahli UMNO cawangan Padang Matsirat, Anina Saadudin yang menyaman Presiden UMNO berhubung derma politik berjumlah RM2.6 bilion adalah kemuncak kepada segala pergolakan politik dalaman UMNO.

umno-malaysia 
Oleh Raziq Michael

Pemilihan dalam Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 1987 menyaksikan ada sekumpulan ahli UMNO ketika itu yang tidak berpuas hati terhadap keputusan pemilihan berkenaan lalu mengheret UMNO ke mahkamah. Akibatnya, UMNO diharamkan dan tubuhlah apa yang kini digelar sebagai UMNO baru.

28 tahun kemudian, UMNO diheret ke mahkamah sekali lagi oleh ahlinya dan kali ini fokus kesnya agak berbeza apabila melibatkan keraguannya terhadap Presiden partinya itu sendiri. Mengikut perlembagaan UMNO fasal 12.13.6 dengan jelas menyebut bahawa sebarang masalah berbangkit perlu terlebih dahulu diselesaikan di peringkat Bahagian dan Cawangan dengan kehendak Majlis Tertinggi.

Dalam isu ini adalah menjadi persoalan sama ada perkara ini telah dibincangkan di peringkat dalaman UMNO dan sekiranya ada maka wajar kiranya untuk mengetahui keputusan perbincangan. Tetapi sekiranya perkara ini tidak dibincangkan langsung diperingkat dalaman parti maka tindakan Anina Saadudin yang mengheret UMNO dan Presiden Parti ke mahkamah bukan sahaja membelakangkan semangat kepartian tetapi juga akan tergugur secara automatik keahliannya.

Bersama PAS, PKR, DAP, Amanah kukuhkan pembangkang, kata Anwar

Bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penubuhan Amanah adalah petanda baik kepada politik matang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 September, 2015.

Penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) akan mengukuhkan gabungan pembangkang, yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP, dalam arena politik tanah air, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan PKR malam tadi, bekas ketua pembangkang itu berkata, penubuhan Amanah adalah petanda baik kepada politik matang.

"Penubuhan sebuah parti pembangkang baru yang komited kepada perubahan dan reformasi merupakan satu petanda baik bagi politik matang yang mengetengahkan kebertanggungjawaban demokratik.

"Amanah akan terus mengukuhkan pembangkang di peringkat nasional, bersama PKR, PAS, DAP; dan kami akan memperluas muafakat ini termasuk kepada badan bukan kerajaan (NGO) lain yang komited dan yang berkongsi matlamat yang sama," katanya.

Ketua umum PKR itu yang kini di penjara itu berkata, fokus pakatan pembangkang kini adalah untuk memberikan rakyat satu alternatif yang berdaya maju, berasaskan kedaulatan undang-undang dan nilai-nilai demokratik.

Selepas saman Najib, ahli Wanita Umno Langkawi dipecat parti

Anina Saaduddin - perwakilan wanita Umno Langkawi yang menyaman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak - terlucut keahlian Umno berkuatkuasa serta-merta.

Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusof mengesahkan perkara itu dan berkata, keahlian Anina gugur kerana membawa hal berkaitan parti ke mahkamah.

"Secara automatik (keahlian Anina) dah terlucut berdasarkan Akta Pertubuhan parti sebab membawa hal parti ke mahkamah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Surat mengenai perkara itu, yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dikatakan telah dihantar kepada Anina.

Bila dihubungi melalui WhatsApp, Tengku Adnan mengesahkan surat tersebut.

Sementara itu, peguam yang mewakili ahli Umno Langkawi Anina Saaauddin yang memfailkan saman terhadap Presiden parti itu, Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata, mereka akan berhujah di mahkamah, berikutan ancaman pemecatan anak guamnya itu.

Foto Mat Sabu dan wanita, pengiring mohon maaf

http://3.bp.blogspot.com/-8OPy8i1snSE/T12a0updjRI/AAAAAAAA5BI/FXmGfX_-o7o/s1600/aris%2Bawang.jpgKetua pengiring yang bertugas menjaga pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB), Mohammad Sabu semasa perhimpunan BERSIH 4 memohon maaf berikutan kegagalannya mengawal orang ramai daripada menghampiri bekas timbalan presiden PAS itu.

Aris Awang berkata, beliau memohon maaf kepada Mohammad, ahli keluarga serta kenalan Islamnya berikutan gambar pemimpin tersebut yang dihampiri serta disentuh wanita semasa perhimpunan itu menjadi viral.

"Berbagai kaum untuk mengambil gambar, berselfie, bersalaman dan menandatangan di baju, topi, ikat kepala dan seumpamanya.

"Kejadian di luar kawalan dan kelalaian saya telah menyebabkan berlakunya insiden yang dirasakan kurang sopan oleh masyarakat Islam," kata Arif di dalam Facebooknya.Selain itu, Aris berkata, beliau selaku ketua pengiring dan pasukan keselamatan GHB yang diberi nama ARIF akan berusaha memastikan insiden seperti itu diatasi pada masa akan datang.

'22 ahli PAS sertai parti baru gugur secara automatik'



Keanggotaan 22 ahli PAS yang mengisytiharkan diri mereka menyertai Parti Pekerja-pekerja Malaysia (PPM) selepas diambil alih oleh Gerakan Harapan Baru (HB) gugur secara automatik.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata perkara itu jelas dalam Perlembagaan PAS (Pindaan 2011) di bawah Fasal 15(1)(c) berhubung keberhentian ahli.

"Sehubungan itu, PAS tidak perlu mengambil sebarang tindakan disiplin, cuma kita hanya perlu hantar surat kepada mereka untuk urusan pentadbiran.

"Mereka boleh memohon untuk kembali menjadi ahli PAS namun ia bergantung kepada parti untuk menerima atau menolak permohonan mereka," katanya dalam sidang akhbar yang turut dihadiri Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah di

Kediaman Rasmi Menteri Besar di JKR 10 di Kota Bharu semalam.

Program asing sisa pepejal membolehkan Kedah dapat kurang 14 tan sampah sehari

 
Asing sisa pepejal dapat kurang 14 tan sampah sehari
Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Kedah Fadzilah Hasan (kanan) menunjukkan tanda bagus ketika pelajar membuang botol plastik ke dalam tempat mengumpul barangan kitar semula ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena 2, Alor Setar hari ini. Program itu merupakan langkah kerajaan untuk mengambil pendekatan holistik bagi mendidik masyarakat dengan mewujudkan modul kitar semula untuk membantu menjaga alam sekitar. - Foto Bernama
 
ALOR SETAR - Sebanyak 14 daripada 700 tan sampah dijangka dapat dikurangkan setiap hari di Kedah selepas pelaksanaan program pengasingan sisa pepejal di punca atau daripada rumah.
 
Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) negeri, Fadzilah Hasan berkata, ini kerana sampah seperti botol plastik dapat diasingkan dan dikitar semula.
 
Katanya, hasil pemantauan di 19 kawasan perumahan seperti di Taman Arowana di sini dan Taman Seri Merbok di Pendang yang menjadi projek perintis bermula pada Jun lepas menunjukkan pengurangan sampah berbeza seperti sebelum ini.
 
Katanya pemeriksaan oleh penguatkuasa SWCorp pada setiap tong sampah di kawasan perumahan tersebut mendapati setiap isi rumah mengikut arahan yang ditetapkan dengan mengasingkan sampah dengan barangan yang boleh dikitar semula  dengan meletakkan di tepi tong sampah.
 
"Ini membuktikan kita berjaya mendidik isi rumah di 19 kawasan perumahan itu. Penguatkuasa kita menerusi program Ops Mata Hati akan terus melakukan pemantauan di setiap tong sampah bagi memastikan wujudnya kesedaran itu sebelum penguatkuasaan akta pengasingan sisa di sumber dilaksanaan," katanya pada Majlis Pelancaran Perlaksanaan Pengasingan Sisa Pepejal di Punca di Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena 2 di sini hari ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...