TERKINI :

Tuesday, September 1, 2015

PAS perlu sambut baik kemunculan PAN

ULASAN KHAS
Barisan kepimpinan GHB pada sidang umum parti.
Selepas 15 jam selesai himpunan Bersih 4 dengan jayanya, kumpulan PAS yang ditolak dalam muktamar lalu telah mengumumkan penubuhan parti baharu sebagai wadah penerus perjuangan mereka.

Ia diumumkan oleh Mohamad Sabu selaku pengerusi GHB dan beliau juga pengerusi jawatankuasa protem parti baru itu dalam satu sidang akhbar khas di Kuala Lumpur petang semalam.

Kesemua anggota kumpulan berkenaan yang menggelarkan mereka pembawa Gerakan Harapan Baru (GHB) hadir, kecuali empat bekas pemimpin PAS yang juga kalah tidak menzahirkan diri. Mereka ialah bekas Naib Presiden Husam Musa dan Mahfuz Omar dan dua bekas Ketua Dewan Muslimat Siti Zailah Mohd Yusuf dan bekas Naib Ketua Dewan Muslimat Muntaz Mat Nawi. Belum dapat dipastikan apakah mereka berempat juga bergabung dalam GHB ini atau pun akan terus bertawaqqus dan istiqamah bersama PAS.

Apakah akan muncul semula PAKATAN RAKYAT dengan lahirnya Parti AMANAH Negara?


25 Exco Pemuda, Muslimat Pas Johor Sertai Amanah

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/07/harapan_johor_pas_600_1.jpg
JOHOR BAHARU, 1 Sept (Bernama) -- Seramai 25 anggota Exco Pemuda dan Muslimat PAS Johor termasuk ketua kedua-dua sayap parti itu pada Selasa mengumumkan peletakan jawatan dalam parti bagi menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

Pada Isnin, Pengerusi Gerakan Harapan Baru (HB) Mohamad Sabu mengumumkan 'Amanah' akan digunakan sebagai nama rasmi wadah politik HB.

Pengerusi HB Johor Aminolhuda Hassan berkata peletakan jawatan beramai-ramai ahli PAS Johor bagi menyertai parti baru ini bukan kerana dipaksa, tetapi kerana ia (parti baru) lebih menepati hala tuju yang diingini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Johor Mohd Faizul Mohd Salleh dan Ketua Dewan Muslimat Pas negeri Norhayati Bachok antara mereka yang meletakkan jawatan.

"Kita mahu lebih fokus kepada isu rakyat, maknanya pendekatan kita lebih mendekati masalah rakyat dan bukan permasalahan dalaman.

"Kita menggunakan pendekatan parti baru iaitu Amanah, Inklusif dan Peduli," kata Aminolhuda ketika mengumumkan perkara itu, di sini hari ini.

KDN serah pada polis tindakan atas Dr Mahathir



Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan keputusan kepada pihak polis sama ada mahu mengambil tindakan terhadap mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyertai Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Timbalan Menteri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, meskipun perhimpunan 34 jam itu berlangsung dengan aman, namun ia tetap perhimpunan yang haram susulan pengisytiharan pihak berkuasa yang dibuat sebelum itu.

"Terserah pada polislah," katanya kepada wartawan selepas menghadiri taklimat di Pusat Perkhidmatan Modal Insan Ekspatariat Malaysia (Pusat Myxpats) di Petaling Jaya hari ini.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno itu turut menyerahkan kepada majlis tersebut sekiranya mahu mengenakan tindakan ke atas bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu.
"Terserah kepada MT Umno. Susah nak cakap dengan pemimpin lama Umno supaya ikut peredaran zaman. Zaman dah berubah, Tun M pun patut sedarlah hal ini," katanya.

Tak cukup perit lagikah, rakyat marhaen?

 http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.398390.1433586385!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_624/image.jpg
MERDEKA ialah satu slogan yang sangat besar makna bagi sesebuah negara yang pernah dijajah. Ribuan nyawa terkorban demi memerdekakan negara. Pelbagai jerih payah dilalui oleh generasi lampau dalam usaha membebaskan negara dari belenggu penjajahan.

Kini setelah negara mencapai kemerdekaan yang ke-58, slogan kemerdekaan bukan lagi dalam bentuk mengembalikan nostalgia yang tidak dapat dihayati oleh generasi kini. Ia hampir tiada makna dan telah digantikan dengan gemaan menuntut perubahan bagi menjayakan bangsa dan negara yang mampu bersaing dengan cabaran global.

Hari ini, negara kita masih bergelut dengan pelbagai isu salah guna kuasa, penyelewengan, rasuah dan pembaziran yang amat membimbangkan sehingga menjadi tumpuan media antarabangsa.

Pelbagai kemelut ini menuntut rakyat bangkit membuat perubahan demi mencapai erti sebenar kemerdekaan negara.

Rakyat membilang kegagalan negara menerajui perubahan setelah 58 tahun kita bebas dari penjajahan. Kepelbagaian negara dieksploitasi menjadi senjata politik daripada menjadi kekuatan yang memacu kemajuan negara.

Tanpa mohon maaf secara terbuka, Bersih 4 jadi Kotor 4

 
Tuntutan Bersih untuk reform sistem demokrasi dan pilihan raya negara adalah disokong oleh PAS tanpa berbelah bahagi. Malah PAS telah menganjur dan menyertai pelbagai bentuk rally sebelum daripada ini. Bukan hanya dalam bentuk anjuran bersama Bersih, tetapi juga pelbagai isu yang menyentuh kepentingan ummah. PAS hanya berbeza pendekatan pada kali ini. Kebetulan PAS mempunyai komitmen yang tinggi terhadap beberapa program penting yang dianjur dalam tempoh ini.

Namun insiden memijak gambar Presiden PAS, YB Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam himpunan Bersih 4.0 adalah suatu yang sangat memalukan. Perbuatan itu adalah Kotor dan sangat biadap serta kurang ajar, sementelah tiada jenayah dan perbuatan yang melayakkan perbuatan sebegitu itu dilakukan ke atas YB Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Kami mendesak supaya mereka yang bertanggungjawab tampil memohon maaf secara terbuka dan berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan provokatif sedemikian. Terlebih wajar jika pihak penganjur Bersih mengambil tanggungjawab bagi membukti mereka tidak merestui perbuatan Kotor sebegitu justeru membenci dan memusuhi YB Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi bukanlah sasaran yang termaktub dalam tuntutan Bersih.

Bekas pemimpin tubuh parti baharu, PAS teguh dengan perjuangan

 http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/takiyudin_PAS_140914_TMIAFIF_001.jpg
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, PAS kini lega kerana tiada lagi ahli dalaman yang berterusan mengecam parti dengan penubuhan parti baharu. Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan tidak gusar dengan tindakan beberapa bekas pemimpinnya yang mengambil alih Parti Pekerja Malaysia (PPM) bagi menubuhkan parti baharu.

Beliau dilaporkan Berita Harian berkata, parti Islam itu sebaliknya lega kerana kini ia sudah kehilangan ahli yang berada dalam parti tetapi berterusan mengecam organisasi itu.

"PAS tidak akan ada rasa tergugat kerana kita ada ahli parti yang disiplin dan PAS akan meneruskan agenda perjuangan.

"Itu lebih baik daripada berada dalam PAS dan dalam pada masa sama bertindak mengecam parti," beliau dipetik berkata akhbar itu hari ini.

Gerakan Harapan Baru (GHB) semalam secara rasminya mengumumkan muncul sebagai parti politik dengan mengambil alih PPM, kata pengerusinya Mohamad Sabu.

Adun Bukit Lada menang saman terhadap setiausaha kerja BN Kedah


http://www.suara.tv/wp-content/uploads/2015/04/Ahmad-Lebai-Sudin-Adun-Bukit-lada.jpg

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin hari ini memenangi kes saman fitnahnya terhadap Setiausaha Kerja Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Ariffin Man di Mahkamah Tinggi Alor Setar.

Pesuruhjaya Kehakiman Abu Bakar Katar mengarahkan Ariffin selaku defendan membayar ganti rugi am RM100,000 dan memerintahkannya memohon maaf secara terbuka.

Defendan juga diarah membayar ganti rugi teruk sebanyak RM50,000 kepada plaintif.

Ahmad menyaman Ariffin berhubung ucapannya dalam mesyuarat di Dewan Seri Tanjung, Pokok Sena pada 28 September 2013, yang didakwa berniat jahat dan berbaur fitnah terhadapnya. – Bernama, 1 September, 2015.

Mat Sabu bantah politik "pijak gambar" walau dilakukan oleh sesiapapun.

Reaksi berlebihan jauhkan PAS daripada politik arus perdana, kata bekas pemimpin

Bekas setiausaha agung PAS, Datuk Kamarudin Jaffar berkata reaksi PAS yang dilihat berlebihan terhadap aksi segelintir peserta Bersih 4 memijak gambar pemimpin mereka akan menjauhkan lagi parti Islam itu dari pentas utama politik negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 September, 2015.

Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu, juga tidak bersetuju dengan tindakan memijak gambar sebegitu walau dilakukan oleh sesiapapun.

"Perbuatan memijak gambar walaupun dilakukan oleh sesiapa, terhadap sesiapa pun, amat saya tidak setuju," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau sendiri mengakui pernah merasa pilu apabila gambarnya dipijak sebahagian ahli dan pemimpin PAS pada satu demonstrasi di depan pejabat PAS menjelang muktamar tahunan dahulu.

"Saya timbalan presiden ketika itu, alangkah pilu dan malunya saya dan sebahagian pemimpin tidak melenting pun waktu itu," katanya yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Sehubungan itu bagi Kamarudin Jaafar, tindakan ini selain menjauhkan lagi PAS dari pentas utama politik negara, juga menunjukkan parti itu tidak ikhlas kerana tindakan sebegini juga dilakukan pemimpin mereka sebelum ini.

Kumpulan yang memimpin PAS sekarang juga yang memijak gambar sebahagian yang lain dalam satu demonstrasi di depan ibu pejabat parti ketika berkempen menghalau sebahagian pemimpin yang kini berada dalam GHB.

PKR persoal niat Putrajaya untuk beli kapal perang RM3.5b


PKR mempersoalkan hasrat Putrajaya untuk membeli sebuah kapal perang Mistral buatan Perancis yang berharga RM3.5 bilion ketika negara sedang menghadapi kegawatan ekonomi.

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli merujuk laporan dalam The International Daily bertarikh 26 Ogos, yang berkata Menteri Pertahanan Perancis, Jean-Yves Le Drian mengetuai delegasi industri pertahanan ke Malaysia berkaitan urusan tersebut.

Delegasi itu dilaporkan tiba semalam, dan akan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

SPRM boleh siasat Ahmad Yaakub dan Nik Amar


Laporan berita mengenai Menteri Besar Kelantan Ahmad Yaakub dan timbalannya Mohd Amar Nik Abdullah yang dikaitkan dengan memiliki harta mencecah jutaan ringgit boleh membuka jalan kepada SPRM untuk membuat siasatan.
Nik Amar Nik Abdullah
Ahmad Yaacub
Siasatan itu perlu bagi membersihkan nama kedua-dua pemimpin Kelantan itu daripada diprejudis dengan perkara buruk.

Ahmad Yaakub dikaitkan dengan pembinaan banglo oleh anak-anaknya bernilai cecahan RM2 juta manakala Nik Amar pula memiliki kereta mewah yang dibeli dengan harga dibawah harga biasa bernilai RM200,000.

Nilai semasa kereta Range Rover dibeli TMB itu ialah RM300,000 yang diperolehi menerusi seseorang yang terbabit dengan penjualan kereta motor.

Walaupun dakwaan-dakwaan itu dinafikan (oleh wakil mereka) tetapi SPRM masih boleh membuat siasatan dengan tujuan membuang persepsi umum terhadap mereka berdua dan membersihkan nama baik kedua pemimpin tertinggi Pas itu.

Dakwaan yang tersebar menerusi media baru itu membina persepsi buruk ke atas kedua pemimpin Kelantan yang disanjungi itu, apa lagi oleh mereka yang tidak senang dengan mereka berdua.

Penafian yang Ahmad terbabit dengan pembinaan banglo bernilai jutaan ringgit itu dibuat oleh seorang pegawainya. Menurut pegawainya seperti dilapor, rumah-rumah anak MB itu dibina sendiri oleh mereka dengan pinjaman perumahan tanpa membabitkan Ahmad Yaakub. Pegawai itu mendakwa anak-anak MB itu semuanya bekerja.

Siapa sebenarnya yang membawa risiko besar kepada negara?... Bukankah Najib sendiri?

oleh Aspan Alias


Rali Bersih 4 tamat tengah malam tadi dan peserta rali beransur-ansur berundur setelah melaungkan perkataan keramat 'merdeka' tepat 12 tengah malam tadi. Ada yang menafsirkan sejumlah empat ratus ribu telah menyertai rali tersebut tetapi saya lebih cenderung untuk menganggarkan seramai 350,000 sahaja. Jumlah itu sudah cukup meyakinkan kita yang kehendak ramai untuk Najib berhenti dan bersara begitu jelas dan susah hendak dinafikan.

Apa pun yang dikatakan oleh pihak yang memerintah, Bersih 4 telah berjaya mengumpulkan begitu ramai penyokong yang datang dari jauh dan dekat, pendeknya Bersih 4 itu berjaya dan niat serta hajat untuk membuktikan yang Najib sedang menghadapi krisis keyakinan itu amat ketara. Katalah kehendak hati yang tidak bersetuju dengan rali ini, ia merupakan organisasi yang amat sempurna secara relatifnya.

Keadaan terkawal dan dari awal lagi mereka yang menyusun rali ini telah memberikan jaminan yang rali itu adalah perhimpunan yang bertujuan yang aman semata-mata. Mereka hanya hendak menunjukkan sikap mereka terhadap kepimpinan Najib dan rakan-rakannya dalam kabinet negara itu. Mereka mahu menunjukkan dengan jelas kepada Najib yang beliau perlu memujuk semua anggota kabinetnya untuk berhenti bersama-sama beliau dari menguasai kerajaan Persekutuan.

Apabila Agamawan & Pengikutnya yang suka menghukum tanpa dilihat dengan kaca mata yang lebih besar.



Antara sebab mengapa manusia tidak berminat dengan agama bukan kerana malasnya mereka untuk mengaji, namun atas faktor agamawan yang sangat cepat menghukum dan pandangan serong agamawan terhadap sesuatu perkara tanpa dilihat dengan kaca mata yang lebih besar.

Dahulunya diharamkan Bersih kerana dakwaan merosakkan harta benda awam, sampah sarap dan gangguan perniagaan, namun setelah semua dakwaan itu meleset, maka, dicarinya pula kesalahan-kesalahan lain, yang mana kesalahan-kesalahan ini langsung tiada kaitannya dengan Bersih, sebagai satu gerakan yang disepakati bersama oleh rakyat.

Dikaitkanlah gereja, cina pijak gambar, bendera LGBT, cina bergambar dengan Abg Mat, dan seumpamanya dengan konklusi inilah ramuan Bersih yang bejat. Sedangkan para agamawan ini tahu sahaja, Bersih bukan bertujuan sedemikian. Dalam 5 tuntutan Bersih, tiada satu pun tuntutan ini yang bercanggahan dengan syarak.

Para agamawan ini pula sedaya upaya menyorokkan kebaikan-kebaikan yang berlaku di sepanjang Bersih diadakan, dengan qiamnya, tazkirahnya, solat jamaienya dan seumpamanya, yang menjadi sebahagian rencana JK Bersih. Sedangkan perkara-perkara yang dibangkitkan hanyalah suatu yang berlaku di luar kawalan / tindakan JK Pelaksana. Para agamawan ini teramat lemah untuk membezakan antara perkara yang disepakati (yang sepatutnya dibincangkan) dan perkara yang tidak disepakati bersama (yang berlaku diluar kawalan) kemudian merumuskan ia merupakan ramuan Bersih yang mengundang azab Allah.

Terbaik !!! Ustaz PAS beri kuliah dalam masjid mengata geng GHB...



Bagusnya mereka.....
Posted by Info Politik Malaysia on Monday, 31 August 2015

Bab kisah Abu HURAIRAH di panggil oleh SAIDINA OMAR untuk siasat dan selepas itu beliau didapati tidak bersalah....dan dia disuruh pegang jawatan semula..... namun dia letak jawatan....

ini contoh yg Ustaz bawa untuk dibandingkan dengan apa yg berlaku kepada mereka yg dikatakan meninggalkan jamaah itu....

bab jamaah baru dia tak buat.... tapi bab yg kena kepada golongan nie adakah sudah disiasat.... adakah ketua bagi keadilan kepada mereka.... adakah ketua berlaku adil kepada mereka....yg ada ketua siap halau lagi....siap maki hamun lagi mereka dengan gelaran BARUA, TOLOL, JEBON

bab depa tak dapat jawatan tak apa ustaz tapi bab depa dipernaya untuk dapat jawatan bagaimana ustaz... penyalahgunaa harta rasmi parti iaitu page rasmi fb dewan ulamak untuk wujudkan cai dan suruh tolak mereka adakah itu Ustaz tahu tak....?

Jika tak tahu nie saya sertakan link untuk bab tersebut....dan juga print screen tersebut...

Bagaimana Bersih 4.0 mengajar kita – Syahir Nujaba’

 
Bersih 4.0 benar-benar mengajar kita kemerdekaan bukan milik sesetengah pihak. Ia bukan milik kerajaan semata-mata, namun hakikatnya ia milik seluruh rakyat Malaysia.

Menyifatkan himpunan Bersih 4.0 sebagai tidak patriotik adalah tidak adil. Kemerdekaan negara ini dicapai dengan semangat perjuangan, dan Bersih membawa mesej perjuangan yang jelas negara ini perlu diurus tadbir dengan berkesan.

Malam pemisah antara himpunan Bersih dengan sambutan kemerdekaan menyaksikan bagaimana Bersih dikendali dengan baik jika dibandingkan dengan kumpulan berbaju merah yang cuba merempuh masuk ke pentas dataran merdeka.

Bersih 4.0 mengajar kita himpunan aman bukanlah sesuatu yang mustahil. Adalah sangat mengejutkan apabila himpunan siri ke-4 ini berlangsung dalam keadaan yang sangat harmoni. Tanpa provokasi serta pengkhianatan daripada pihak yang menyamar sebagai demonstran, Bersih kali ini berjaya dikendalikan dengan baik oleh pihak polis.

Rakyat tidak takut lagi untuk memakai baju Bersih sejak mula, hatta semasa dalam kereta api. Ini berbeza dengan siri-siri yang lalu di mana mereka menyorokkan baju Bersih terlebih dahulu sebelum tiba di kawasan berhimpun.

PAS hilang 10 Wakil Rakyat, 5 adun 5 parlimen...


KUALA LUMPUR: PAS kehilangan 10 wakil rakyat serentak selepas lima Ahli Parlimen dan lima Ahli Dewan Undangan (Adun) parti Islam itu menyertai parti politik baharu yang ditubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB).

Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata keahlian 10 wakil rakyat itu gugur secara automatik apabila mereka dilantik menganggotai jawatankuasa parti baharu yang akan dikenali sebagai Parti Amanah Negara.

"Tak perlu keluar (PAS), keahlian dalam parti lama mereka gugur secara automatik," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Sepuluh yang gugur keahlian PAS secara automatik ialah:

Ahli Parlimen

1) Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa,
2) Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja),
3) Dr Hatta Ramli (Kuala Kerai),
4) Khalid Samad (Shah Alam) dan
5) Mohamed Hanipa Maidin (Sepang).

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) :

1) Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin (Changkat Jering),
2) Aminolhuda Hassan (Parit Yaani),
3) Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundor),
4) Saari Sungib (Hulu Kelang) dan
5) Hasnul Baharuddin (Morib).

Adalah dipercayai ada beberapa nama lagi yang akan mengisytiharkan diri mereka menyertai parti baru AMANAH.

Ketua Dewan Ulama : PAS memaafkan pelaku yang memijak gambar tersebut dan mendoakan semoga beliau diberi hidayah

KENYATAAN RASMI DEWAN ULAMA BERHUBUNG ISU MEMIJAK FOTO PEMIMPIN PAS

Seusai peristiwa BERSIH 4, negara digemparkan dengan peristiwa pemijakan foto yang diedit melibatkan pimpinan utama PAS, Dato Seri Hj Hadi Awang dan Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak oleh sebahagian kecil peserta-peserta BERSIH 4. Peristiwa yang kita rasa tidak wajar berlaku di negara merdeka yang kita cintai ini.

PAS merasa sedih atas apa yang berlaku kerana ia melibatkan pimpinan utama parti ini. Namun, PAS merasakan ia dilakukan mungkin kerana pelaku mendapat informasi yang salah tentang pendirian Presiden PAS khususnya dan Parti PAS umumnya dalam masalah politik negara. Walaupun begitu, tindakan memijak foto tidak sepatutnya berlaku kepada mana-mana individu di dalam negara ini terutamanya para pemimpin samada kerajaan atau pembangkang.

PAS tegaskan sekali lagi bahawa PAS tetap berpendirian tidak akan bersama dengan UMNO dalam masalah politik dan ekonomi yang melanda negara sekarang ini. Pintu PAS sentiasa terbuka kepada semua pihak samada muslim dan bukan islam yang ingin mendapat gambaran sebenar pendirian PAS ini.

Kerajaan Negeri Kedah adakan Solat Hajat Perdana‎ khamis ini.

 Kedah
ALOR SETAR - Umat Islam di negeri ini dijemput untuk menghadiri program 'Solat Hajat Perdana Untuk Kesejahteraan, Kemakmuran dan Keamanan Negeri Kedah' di Stadium Sultan Abdul Halim di sini Khamis ini.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Mohd Fisol Jaafar berkata acara akan bermula pada jam 6.30 petang yang dimulakan dengan solat Maghrib, solat hajat, bacaan Yasin, solat Isyak dan forum.

Beliau berkata, solat akan diimamkan oleh Imam Besar Masjid Zahir, Datuk Syeikh Roslan Abdul Halim.

"Objektif program adalah untuk memohon keberkatan dan rahmat daripada Allah S.W.T di samping bagi mendoakan kesejahteraan rakyat, memohon negeri dan rakyat agar dilimpahi dengan kemakmuran serta untuk bermunajat dan mendoakan agar rakyat dan negeri Kedah sentiasa dalam keadaan aman dan sentosa," katanya. - Bernama

Ayuh Rakyat KEDAH & MALAYSIA..marilh kita bantu adik ini sorang RM1 shj, insya'allah selesai masalah beliau

Baru kumpul dana RM8,000

SUNGAI PETANI - Wang yang terkumpul setakat ini untuk adik Nur Amani Batrisya, kanak-kanak lima tahun mengidap sindrom Rett di Amanjaya di sini, baru mencecah RM8,000.

Bagaimanapun, dia masih memerlukan wang sebanyak RM24,000 untuk mendapatkan sebuah alat pernafasan dikenali mesin BiPAP yang dikatakan mencecah harga RM32,000.

Alatan tersebut perlu digunakan kanak-kanak itu semasa mahu tidur mahupun ketika berdepan gangguan pernafasan.

Ibunya, Noor Almi Sufiza Ishak, 35, berkata, sejak lapan bulan lalu, alatan tersebut dipinjamkan dari Hospital Pulau Pinang dengan kebenaran pihak hospital.

“Mesin ini diperlukan setiap hari untuk Nur Amani bernafas ketika berada di wad sepanjang menerima rawatan. Apabila dia dibenarkan pulang, kami masih belum mampu mendapatkan mesin ini menyebabkan pihak hospital membenarkan ia dipinjamkan,” katanya.

Sinar Harian pernah menyiarkan rayuan keluarga Nur Amani 22 Ogos lalu bagi mendapatkan bantuan orang ramai untuk mencukupkan dana supaya sebuah mesin BiPAP dapat dibeli sebelum memulangkan alatan milik hospital terbabit.

HESA di Kedah hantar pendakwah ke Sabah


Hesa hantar pendakwah ke Sabah

ALOR SETAR - Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (Hesa) menghantar seramai lima tenaga pengajar pondok dan sekolah agama di bawah naungannya ke Sabah, baru-baru ini.

Ketua rombongan pendakwah Hesa, Azahari Yusof berkata, program selama lima hari itu adalah bertujuan untuk daurah pengajian kitab agama kepada pelajar sekolah pondok dan masyarakat di sekitar Kota Kinabalu.

“Kami optimis dalam membantu pendakwah di Sabah sebagai usaha menggiatkan lagi dakwah Islam di negeri itu.

“Siri jadual pengajian kitab yang dilakukan ini akan berterusan secara berkala mengikut silibus yang disusun,” katanya.

Menurutnya, penganjuran program itu juga diharapkan dapat menjadikan pelajar berkenaan sebagai pendakwah pelapis di Sabah.

“Antara aktiviti yang dilakukan ialah pengajian kitab, gotong-royong memasak dengan penduduk kampung, praktikal solat bersama mualaf, memenuhi kuliah maghrib dan subuh sekitar Kota Kinabalu serta mengajar bacaan qasidah,” katanya.

KALAU SUDAH BEGINI KEBENCIAN RAKYAT, APA LAGI...."UNDURLAH NAJIB"....



Shahbudin Husin,

Walaupun perhimpunan Bersih 4 secara umumnya menuntut empat perkara asas iaitu pilihanraya bersih, kerajaan bersih, menyelamatkan ekonomi dan hak rakyat untuk membantah, tetapi rata-rata yang hadir lebih mahukan pengunduran Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Melalui hari pertama perhimpunan yang menyaksikan ratusan ribu sedia turun dengan baju berwarna kuning, sejarah juga tercatit di mana rakyat sedia berhimpun selama dua haru satu malam semata-mata untuk meluahkan perasaan mereka.

Sudah tentu kesediaan rakyat berkorban meninggalkan tempat tidur yang selama di rumah masing-masing semata-mata untuk membantah adalah kerana satu sebab yang paling asas iaitu keinginan menolak Najib dan menyaksikan beliau segera digantikan sebagai peneraju negara ini.

Dengan kesediaan berhimpun dalam tempoh 34 jam dan sehingga ini menyaksikan semangat mereka tidak kendur walau sedikit pun, jika Najib tidak sedia mendengar suara rakyat ini, perhimpunan rakyat akan berterusan lagi di masa-masa akan datang dan mungkin berlangsung dalam tempoh yang lebih lama lagi.

Harga petrol dan diesel akan turun 10 sen dan 15 sen untuk satu liter untuk bulan september

 
Harga petrol dan diesel akan turun 10 sen dan 15 sen untuk satu liter mulai esok.

Menurut sumber, harga RON95 dan RON97 masing-masing turun 10 sen menjadi RM1.95 dan RM2.35 seliter.

Harga untuk RON95 dan RON97 ketika ini ialah RM2.05 dan RM2.45.

Harga diesel pula juga turun daripada RM1.95 kepada RM1.80.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...