TERKINI :

Monday, August 31, 2015

Terima kasih Najib buat rakyat bersatu

KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Tian Chua hari ini dalam ucapannya memberi ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak kerana berjaya 'menyatupadukan rakyat'.

Katanya, dek kerana sikap Najib lah yang membuatkan rakyat turun bersatu-padu dalam Himpunan Bersih 4.0 hari ini.

"Saya mengambil kesempatan untuk ucap terima kasih banyak-banyak kepada Najib kerana telah menyatupadukan rakyat Malaysia.

"...Najib juga telah membawa keinsafan di bawah ini bahawa tiada Melayu, India atau Cina....tiada sesiapa selain rakyat," katanya pada ceramahnya di Dataran Merdeka hari ini sempena perhimpunan haram Bersih 4.0.

Dalam pada itu, katanya semua pemimpin harus insaf dan bertindak sebagai pemimpin sejati.

"Kita juga ingin nyatakan ini bukan pengunjung. Hujan panas kita lalui, ombak kuning tidak surut kita akan bangkit, amaran kepada Najib dan ahli politik jangan sekali-kali memperbodohkan rakyat.

"Himpunan ini catat sejarah, rakyat tidak bertoleransi dengan kezaliman rakyat tidak mahu lihat rasuah. Ini suara rakyat," katanya.

SELEPAS BERSIH 4, APAKAH DEMO "UNDUR NAJIB" AKAN MENGAMBIL GILIRANNYA PULA?

Shahbudin Husin, 

Sambutan kemerdekaan tahun ini pastinya tidak sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Tahun ini ia lebih diwarnai dengan jeritan "undur Najib" berbanding suara nostalgia bagaimana kemerdekaan negara dicapai sejak 58 tahun lalu.

Karenah Najib Razak dalam memimpin negara, terutama berkaitan wang RM2,600 juta yang masuk ke dalam akaun peribadinya dan kemudian diisytiharkan sebagai derma, adalah penyumbang utama kepada kelainan aroma dalam sambutan kemerdekaan kali ini.

Himpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos selama 34 jam yang berjalan dengan lancar, aman dan baik tetapi turut menjadikan tuntutan mendesak pengunduran Najib sebagai sasarannya, menambahkan lagi sambutan kemerdekaan kali ini seperti sudah beralih arah serta tujuannya.

Malah, tahun ini ada yang mengatakan rakyat sebenarnya tidak merdeka, kecuali jika Najib Razak dapat diundurkan sebagai Perdana Menteri dengan segera.

Di mana-mana pula, sambutan kemerdekaan dan pengibaran bendera Malaysia tidak lagi semeriah tahun-tahun sebelumnya. Ia bukanlah kerana ramai yang dah mula benci dan tidak bersyukur dengan negara ini, tetapi lebih sebagai tanda protes terhadap sang Perdana Menteri yang semakin tidak dikehendaki lagi.

BERSIH dakwa Dr M ada 'agenda peribadi'

Timbalan Pengerusi BERSIH, Sarajun Hoda berkata tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke perhimpunan BERSIH 4 di Dataran Merdeka pada Sabtu dan Ahad didakwa mempunyai agenda peribadi.

Sarajun berkata Dr Mahathir dilihat menggunakan perhimpunan itu kerana mahu melihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berundur dari tampuk pemerintahan negara - seperti mesej yang dibawa oleh penganjur himpunan itu.

"Ini adalah agenda Tun M, satu sebab ia mahu lihat Najib berundur dan kedua, dia mahu BN kembali berkuasa," katanya dalam sidang media di ibu negara petang ini.

Beliau menjawab soalan pemberita berhubung kehadiran bekas presiden Umno itu semasa perhimpunan selama 34 jam yang berlangsung pada Sabtu dan semalam.

Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali membuat kejutan dengan hadir ke perhimpunan yang dianggap haram itu, pada senja Sabtu dan petang semalam.

Khairuddin minta HK siasat syarikat berkaitan Najib


FMT Reporters
| August 31, 2015

Jho-Low,-najib,-Khairuddin-Abu-Hassan
Beliau mendakwa Najib menjadi 'signatory' terhadap empat buah syarikat termasukk syarikat milik Jho Low serta keluarganya

Jho-Low,-najib,-Khairuddin-Abu-Hassan

PETALING JAYA: Satu laporan polis telah dibuat di ibu pejabat polis Hong Kong terhadap empat buah syarikat yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Dalam laporannya, Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan meminta pihak berkuasa wilayah itu melakukan siasatan rapi terhadap syarikat yang disenaraikannya iaitu:

1) Alliance Assets International Limited
2) Cityfield Enterprises Limited
3) Bartingale International Limited
4) Wonder Quest Investments Limited

Laporan itu dibubat pada 30 Ogos 2015, jam 2 petang waktu tempatan.

Beliau mendakwa Najib menjadi ‘signatory’ terhadap empat buah syarikat berkenaan.

Penganjur dakwa 500,000 hadiri BERSIH 4



Perhimpunan Bersih 4 yang berlangsung di Dataran Merdeka selama 34 jam yang berakhir tengah malam tadi mencatatkan kehadiran kira-kira 500,000 orang, dakwa penganjur.

"Keseluruhan peserta yang hadir ke perhimpunan BERSIH 4 selama 34 jam ini dianggarkan seramai 500,000 orang," kata Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.

Bercakap dalam sidang media di ibu negara petang ini, Maria berkata pihaknya sedia mempertimbangkan kemungkinan untuk mengadakan BERSIH 5 jika dua mesej utamanya itu tidak akan menjadi realiti.

"Kami akan mempertimbangkan penganjuran Bersih 5," katanya Maria sambil menyifatkan perhimpunan dua hari itu berjaya.

"Hari ini kita ulang lagi tuntutan kita sehingga kita dapat mencapainya. Kita bukan hanya hendak perdana menteri berundur, tapi kita hendak reformasi institusi," katanya.

Najib lebih berbahaya daripada DAP-Zam

Zainuddin-Maidin_mahathir_bersih_600
PETALING JAYA: Kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke demonstrasi Bersih 4.0 menunjukkan beliau tidak memilih bangsa untuk bersama rakyat yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Menurut bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin, bekas Perdana Menteri telah bertindak berani untuk bersama penunjuk perasaan yang kebanyakannya bukan Melayu.

“Apa ruginya Tun di himpunan BERSIH kecuali yang fikir akan bangsatkan diri sendiri. Beranikah Kit Siang di tengah Melayu yang marah,” tulisnya bagi menjawab kutukan pihak tertentu terhadap Dr Mahathir.

Tulisnya lagi, kehadiran itu membuktikan bahawa Dr Mahathir tidak bimbangkan kebangkitan parti DAP tetapi khuatir dengan Najib yang dianggapnya lebih berbahaya daripada parti itu.

“Kepada ribuan peserta BERSIH Tun tegaskan dia mahu BN kekal tapi hanya mahu Najib undur. Dia tidak sokong Bersih.

“Kenapa Tun hadir di himpunan Bersih Cina? Kerana Tun fikir Najib lebih bahaya dr Dap. Tidakkah ini juga yg difikiran oleh orang Melayu?

GHB ambil alih Parti Pekerja untuk parti baharu

Mohamad Sabu memngumumkan nama parti baharunya yang dikenali sebagai Parti Pekerja. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Ogos, 2015.
Gerakan Harapan Baru (GHB) hari ini secara rasminya mengumumkan untuk muncul sebagai parti politik dengan menggunakan platform nama Parti Pekerja, kata Mohamad Sabu.

Pengerusi GHB itu berkata butiran lanjut mengenai pertukaran nama dan perlembagaan parti akan diputuskan kemudian dan ia akan diumumkan semula pada 16 September kelak.

"Pada tanggal keramat 31 Ogos 2015, kami GHB secara rasminya mengumumkan kami sudah pun memutuskan untuk muncul sebagai sebuah parti politik golongan pekerja dengan mengekalkan namanya 'Parti Pekerja'

"Ada pun pindaan nama serta perlembagaan parti akan kita kemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) selepas diputuskan bersama, tarikh hari pelancaran pada satu lagi tanggal keramat akan diumumkan pada 16 September akan datang," katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini. – 31 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ghb-ambil-alih-parti-pekerja-untuk-parti-baharu#sthash.RP84pVFh.dpuf

Dr Mahathir sudah masuk perangkap DAP – Bung Mokhtar

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan sudah terkena perangkap DAP, apabila beliau turun menyertai perhimpunan Bersih 4.0.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, Dr Mahathir tidak sepatutnya bersekongkol dengan parti pembangkang terutamanya DAP yang beliau sendiri tentang sebelum ini.

“Tun Mahathir sudah termasuk dalam perangkap DAP. Kalaupun hasrat Tun Mahathir nak turunkan Najib selaku Perdana Menteri, Tun Mahathir tidak seharusnya meletakkan diri dalam kumpulan yang dia kritik dahulu.

“Pada saya penyertaan Tun Mahathir dalam Bersih, pada waktu dan tempat yang salah,” katanya ketika dihubungi FMT.

Ahli Parlimen Kinabatangan berkata, penganjuran Bersih juga merupakan agenda perkauman yang sengaja dilakukan DAP.

“Kita lihat bagaimana kehadiran Bersih 4.0, seolah-oleh agenda DAP dengan perkuman Cinanya,” katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan akan wujudnya demonstarasi anjuran orang Melayu sebagai usaha membalas dendam terhadap tindakan DAP.

“Saya percaya akan ada perarakan yang sama pula dibuat oleh orang Melayu untuk membalas tindakan DAP.

“Kalau ini berlaku jangan salahkan UMNO dan melayu pula,” katanya.

BERSIH 4 tamat, semua selamat

Selepas berkumpul dan melakukan pelbagai aktiviti selama 34 jam, peserta BERSIH 4 bersurai dengan aman sejurus selepas jam 12 tengah malam.

Ia selaras dengan rancangan penganjur yang menamatkan perhimpunan kali ini pada jam 11.59 malam.

Sebelum bersurai, Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah melaungkan kalimah "Merdeka sebanyak 10 kali, sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-58 hari ini.

Kecuali beberapa kejadian kecil dan terpencil, keseluruhan BERSIH 4 adalah terkawal, malah turut mendapat pujian Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa kerana berdisiplin dan mematuhi arahan pihak berkuasa tidak masuk ke Dataran Merdeka.

BERSIH kali ini juga berbeza berbanding perhimpunan lain kerana bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat dua kemunculan singkat, masing-masing pada Jumaat dan Sabtu.

Bagaimanapun, di sebalik rasa teruja sebahagian peserta terhadap Dr Mahathir, sesetengah yang lain memandang sinis kehadiran beliau dan mengaitkannya dengan cara bekas Ahli Parlimen Kubang Pasu itu mentadbir kerajaan sebelum ini.

Jangan pertikai kenapa PAS tidak sertai Bersih 4 - Nasrudin Hassan Tantawi


http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/PENANG_NASRUDIN_TANTAWI_270615_TMIHASNOOR_02.jpg
JURU
: Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan Tantawi menegaskan keputusan PAS untuk tidak menyertai perhimpunan Bersih 4 tidak boleh dipertikai.

Ini kerana tegasnya, PAS mahu memberi tumpuan penuh kepada kerja-kerja memantapkan parti.

"Ada faktor tertentu oleh PAS kerana kita dalam persiapan yang memerlukan tumpuan kepimpinan, seperti penganjuran kongres rakyat, himpunan 60,000 pada lokasi tertentu," kata Nasruddin semasa sidang media selepas Majlis Munaqasha 8.0 Ucapan Dasar Presiden PAS di Juru pada Ahad.

Beliau turut mengulangi pendirian, PAS tetap menyokong agenda perjuangan yang dibawa dalam penganjuran Bersih 4.

Malah PAS tidak menghalang mana-mana ahlinya untuk turut sama di dalam perhimpunan dua hari yang dikategorikan sebagai haram di Kuala Lumpur.

"PAS juga fokus dalam menganjurkan program yang mempunyai maksud sama untuk membawa perubahan dalam negara," ujar Nasruddin.
Perhimpunan anjuran Bersih 2.0 yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad merupakan demonstrasi pertama seumpamanya tanpa penyertaan dan komitmen PAS.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...