TERKINI :

Sunday, August 30, 2015

Skandal terbaru Najib akan dibongkar, kata Rafizi

 
KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, beliau akan membuat pendedahan terbaharu mengenai skandal yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak malam ini.

Katanya, pendedahan itu akan dibuat di malam kemuncak Himpunan Bersih 4.0 di Pentas Dataran Merdeka malam ini.

"Malam ini saya akan berucap lagi....ada pendedahan skandal baharu yang akan saya sampaikan," katanya ketika menyampaikan ceramah di Jalan Masjid Jamek hari ini.

Dalam pada itu, Rafizi berkata, mesej peserta Bersih 4.0 jelas iaitu mahukan pembaharuan di dalam sistem pemerintahan.

"Kita mahukan kerajaan yang bersih," katanya.

Himpunan Bersih 4.0 yang berlangsung sejak semalam akan berakhir tepat 12 malam ini.

Tun M - MP Umno perlu berani buat undi tidak percaya

 MP Umno perlu berani buat undi tidak percaya
KUALA LUMPUR - Semua ahli Parlimen Umno perlu berani membuat undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jika mahu dipilih lagi dalam PRU akan datang.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pemimpin Umno perlu berani bertindak jika mereka sayangkan parti.

"Kita nak singkir Najib sahaja, BN kekal, tetapi beliau tidak akan letak jawatan. Jika undi tak percaya mahu berjaya, MP Umno yang setia kepada parti perlu sokong undi tidak percaya.

"Lepas itu kerajaan Najib akan jatuh. Kerajaan selepas itu perlu BN kerana BN ada majoriti," katanya kepada pemberita ketika turun ke Pasar Seni sebentar tadi bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Menurut Mahathir lagi, perhimpunan Bersih 4.0 tidak mungkin boleh menurunkan Najib melainkan dengan undi tidak percaya yang dibuat ahli Parlimen.

#Bersih4 : Daulat Tuanku bergema di Dataran Merdeka

Daulat Tuanku bergema di Dataran Merdeka
KUALA LUMPUR - Laungan 'Daulat Tuanku' bergema di sekitar Dataran Merdeka sebagai tanda sokongan kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Pemimpin DAP, RSN Rayes mengajak peserta menyatakan sokongan itu dan mengutuk pemimpin Umno, Datuk Seri Nazri Aziz.

"Saya minta kita semua laungkan menyokong Sultan Johor. Saya beritahu pemimpin Umno, Nazri (Datuk Seri Nazri Aziz) jangan kurang ajar dan biadab.

"Siapa dia berani mahu lawan sultan? Kita akan pertahankan institusi diraja," katanya kepada ribuan peserta Bersih 4.0 di pentas utama himpunan itu, di Dataran Merdeka.

Sejurus itu, laungan Daulat Tuanku terus bergema beberapa kali sebelum disambut dengan sorakan daripada para peserta.

Hishammuddin pulak pertahan Najib dan kecewa dengan Tun Mahathir sebab pergi #BERSIH4

Hishammuddin Hussein


1. Saya kecewa dengan tindakan Tun Mahathir, tokoh yang amat saya hormati, kerana telah turun ke pentas pembangkang semalam.

2. Bagi saya, beliau telah melanggar prinsip perjuangan yang beliau pegang selama ini. Tindakan beliau jelas bertentangan dengan nilai-nilai yang beliau ketengahkan kepada pejuang UMNO dan rakyat kesuluruhan semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Nilai-nilai inilah yang kita dan institusi kita pertahankan selama ini.

3. Ketika demonstrasi besar-besaran pada tahun 1998, iaitu ketika zaman pentadbiran beliau, beliau secara jelas menyatakan bahawa demonstrasi jalanan bukanlah pendekatan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati, apatah lagi menjatuhkan kerajaan.

4. Kita semua tahu bahawa Bersih merupakan perhimpunan yang salah di sisi undang-undang. Malah, lebih teruk, Bersih kali ini telah menggugat keharmonian negara kerana diadakan di saat negara bersiap sedia menyambut kemerdekaan.

5. Selama ini, kita tidak pernah menyekat Tun Mahathir untuk menyuarakan pandangan beliau di mana-mana platform sekalipun.

Kenyataan terkini Tun #Mahathir berkenaan #BERSIH4 selepas beliau turun semula petang ini


#‎BERSIH4‬ 5.15pm: Pasar Seni - Dalam sidang medianya, Dr Mahathir Mohamad berkata beliau turun ke Kuala Lumpur sebagai menyatakan sokongan kepada rakyat yang sedang mengadakan bantahan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Ditanya sama ada beliau menyokong BERSIH, mantan perdana menteri berkata beliau menyatakan solidariti dengan orang ramai.

Ditanya beliau bersetuju menggunakan demonstrasi untuk menukar kerajaan, Dr Mahathir berkata:

"Kalau kerajaan tidak peduli undang-undang, (kita) kenalah menggunakan demonstrasi sebagai pilihan terakhir.

"Lihat apa yang terjadi sewaktu Ferdinand Marcos memerintah Filipina, rakyat terpaksa menggulingkannya."

Menteri: Dr M pakat dengan DAP, hancurkan Umno

Tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghadiri perhimpunan Bersih 4 semalam amat mengecewakan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata Dr Mahathir telah melanggar prinsip beliau sebelum ini yang menolak demonstrasi jalanan ketika krisis pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri pada 1998 ketika Dr Mahathir memegang tampuk pemerintahan tertinggi negara.

"...tetapi disebabkan benci presiden Umno (Datuk Seri Najib Tun Razak) dia (Dr Mahathir) sanggup bersekongkol dengan DAP yang berniat nak hancurkan parti.

"Walaupun kehadirannya ke perhimpunan itu sekejap tetapi beliau suruh peserta perhimpunan teruskan dan menggalakkan mereka terus berada di sana," katanya dalam sidang media selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Sungai Besar, Selangor hari ini.

Turut hadir ketua Umno bahagian itu Datuk Jamal Md Yunos, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi dan ADUN Permatang Datuk Sulaiman Abdul Razak.

#Bersih4 : Perhimpunan terbuka kepada semua

KUALA LUMPUR: Bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijemput menyertai perhimpunan Bersih 4.

Saranan itu dibuat oleh Ahli Parlimen Batu, Tian Chua ketika ditemui di Dataran Merdeka pada hari kedua penganjuran perhimpunan itu pada Ahad.

Kata Tian Chua, perhimpunan Bersih 4 itu terbuka kepada semua rakyat dan pemimpin, tidak kira daripada UMNO atau Pakatan Rakyat.

"Saya tidak peduli siapa (pemimpin) yang akan turun, kerana saya rasa rakyat sudah berada di sini.

"Bersih 4 terbuka kepada semua pihak. Rakyat datang hari ini hadir ke perhimpunan ini kerana kesedaran mereka sendiri dan mereka mahukan perubahan. Melalui gerakan besar-besaran inilah mereka akan kecapi perubahan yang dimpikan bersama," katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menjawab ura-ura yang menyatakan Muhyiddin turut akan menghadiri perhimpunan Bersih 4 selepas kedatangan mengejut bekas perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Siti Hasmah Mohamad Ali pada Sabtu malam.

Dr Mahathir tiba di lokasi perhimpunan pada jam 7.15 malam dan beredar 25 minit selepas itu.

Jelas Tian Chua, kedatangan Dr Mahathir jelas menunjukkan Mahathir akur dengan perlunya gerakan rakyat secara besar-besaran bagi berdepan realiti kegagalan insitutisi yang dialami negara ini.

"Ianya menarik apabila Dr Mahathir datang. Akhirnya orang (Dr Mahathir) yang menentang demonstrasi, orang yang menentang gerakan besar-besaran, akhirnya datang untuk menyokong Bersih 4.

"Akhirnya, Dr Mahathir menerima realiti keperluan 'mass movement'," tambahnya.

Perutusan Kemerdekaan Kali Ke-58 Presiden PAS


Alhamdulillah, kita bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat kemerdekaan negara kita yang kita kecapi sejak 58 tahun yang lalu. Marilah kita semua hayati dan penuhi kemerdekaan ini dengan pengertian kemerdekaan sebenar menurut kaca mata islam yang bukanlah hanya kemenangan membebaskan tanah air daripada cengkaman penjajah semata-mata.

Erti Sebenar Kemerdekaan Islam

Kemenangan perjuangan Islam yang dipimpin Baginda Nabi dikenali sebagai "Al-Fath" iaitu pembukaan. Pembukaan pembebasan Kota Mekah dari kegelapan jahiliyah menggambarkan satu contoh sebuah kemerdekaan sebenar Islam. Sesuai dengan satu ungkapan yang cukup terkenal oleh seorang Pahlawan Islam iaitu Rubaei Bin Amir apabila ditanya kepada oleh Rustum, Panglima Perang Parsi. Jawab Rubaei :

“Sesungguhnya kami adalah kaum yang diutuskan oleh Allah untuk membebaskan manusia daripada perhambaan sesama makhluk kepada menyembah yang Maha Pencipta. Daripada kesempitan dunia kepada keluasan Islam, daripada kekeliruan agama agama kepada keadilan Islam”.

Konsep kepimpinan ulama perlu ditukar kepada kepimpinan Islam

ROMPIN – Konsep kepimpinan ulama yang menjadi Pas selama ini perlu ditukar kepada konsep kepimpinan Islam kerana jika ia terus digunapakai akan berlaku perpecahan manakala menjadikan ulama seolah pemilik Pas.

Demikian luahan Ketua Penyelaras Harapan Baru Pahang, Dr Hamzah Jaafar sambil menegaskan konsep berkenaan juga menyekat pemimpin lain yang mempunyai karisma tetapi tidak boleh naik dalam kepimpinan parti kerana bukan seorang ulama.

“Perkara ini telah saya suarakan dalam muktamar pada tahun 2009 yang ketika itu saya mewakili Pas Pahang meramalkan perpecahan itu akan berlaku. Pada tahun ini ramalan yang saya buat itu betul-betul berlaku apabila golongan yang buat kerja atau profesional ini semua gugur.

“Ia dirancang dengan begitu tersusun hingga (G18) tidak lekat langsung jawatan dalam muktamar baru-baru ini. Pemimpin dalam Islam tidak terikat dengan ulama sebaliknya dengan kebijaksanaan dan takwa,” katanya dalam Forum ‘Apakah Dan Mengapa Harapan Baru?’ anjuran Aspirasi Rakyat Marhaen (ARM) yang diadakan di Rompin Beach Resort (RBR) malam tadi.

Kenapa cakap Bersih 4 gagal sebab tak ramai Melayu turun? - Hatta Ramli

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli hari ini mempersoal tindakan provokosi sesebuah pihak yang menyifatkan perhimpunan Bersih 4 tidak berjaya berikutan kurang sambutan dan penyertaan daripada masyarakat Melayu.

"Ada yang cakap himpunan ini mungkin gagal sebab yang turun bukannya Melayu. Ini menunjukkan masih lagi yang bercakap atas nama perkauman.

"Saya yakin kalau kita memahami keadaan yang berlaku di negara kita sekarang, tidak kira bangsa apa sekalipun, patut berada di sini," jelasnya ketika berucap kepada peserta perhimpunan Bersih 4 di Jalan Raja, di sini.

Beliau juga menyeru kepada rakyat Malaysia untuk terus bersabar berhimpun memandangkan 'klimaks' Bersih 4 ini akan diadakan pada jam 12 malam nanti.

#BERSIH4 : Antara tajuk-tajuk muka depan akbar di Malaysia hari ini


Muka depan akhbar utama di rak jualan hari ini juga berwarna kuning sebagai tanda kepada perhimpunan Bersih 4.

Tinjauan segera kepada liputan akhbar itu mendapati muka depan akhbar Cina dan Tamil dengan tajuk penuh berwarna bagi perhimpunan itu, telah mendominasi rak akhbar.

 

Akhbar pro-Umno turut tidak terkecuali, menyampaikan secara negatif mereka berkaitan perhimpunan tersebut.

Pas Kedah lebih kuat sejak munculnya Harapan Baru

Mohd Hayati Othman
ALOR SETAR - Pas Kedah kini lebih mantap sejak sekumpulan ahlinya bertindak menubuhkan Harapan Baru.

Timbalan Pesuruhjaya 1, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, kepimpinan yang ada dalam Pas sekarang tidak lagi dihadapkan dengan polemik dalaman parti yang berpanjangan.

“Situasi aman yang wujud dalam Pas kini menyebabkan kita mampu merancang dan mengatur pelbagai program dengan lebih baik dan berkesan.

“Buktinya apabila Pas Kedah mengadakan Himpunan Tolak BN baru-baru ini. Ahli dan penyokong hadir dalam jumlah sangat besar memberi sokongan padu,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas komen Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib yang menyebut Pas ibarat diserang angin ahmar akibat tekanan politik yang banyak sehingga melahirkan serpihan dan kumpulan baru.

Akhirnya TUN MAHATHIR "dikuasai" DAP di perhimpunan #BERSIH4

Facebooker 'macai' dikesan sedang memfitnah perserta #BERSIH4

AWAS!! ini salah seorang antara facebooker sedang cuba membuat fitnah terhadap BERSIH4 di kesan. Jadi semua pakat ambil perhatian apa yang sednag cuba difitnahkan oleh beliau....


BERSIH 4.0 : Pandangan dari lapangan ketika selepas solat suboh tadi..

PANDANGAN KAMI BEBERAPA AHLI DEMONSTRAN BERSIH 4

Assalamu'alaikum warahmatullah saudara se-Islamku,

Alhamdulillah pagi Subuh 30 Ogos 2015 ini, kami aktivis Bersih, masih lagi berada di Jalan Tunku Abd Rahman / Tun Perak di lapangan Bersih 4.0

Kami ingin beri pandangan tentang komen beberapa org ulama yg tlh mberi komen yg tidak seimbang tentang Bersih 4.0 malahan boleh menglirukan ummah.

Ada ulama yang tidak turun padang dan tidak mengkaji masalah ummah secara mendalam dan merujuk kepada pakar2 bidang lain seperti kajian politik dan sosial, tiba2 saja kata buat Bersih 4.0 ni tidak demokratik dan tidak patriotik.

Tetapi pemimpin2 negara yang mggelapkan duit rakyat dan kemudian saling berpakat menutup lubang, berbohong, mengugut pengawai kerajaan, demokratik dan patriotikkah mereka? Ulama yang sama tidak pula mbuat kenyataan pemimpin ini tidak demokratik dan tidak patrioktik kerana menipu rakyat secara terang2.

Allah swt akan memenangkan agamaNya. Kita hanya berada didalam proses perubahan itu. Bersyukur kepada Allah swt dan tahniah kepada yang terlibat dalam Bersih 4.0

Jika satu kumpulan atau kaum enggan membantu agama Allah, maka Allah akan mengantikannya dengan kaum dan kumpulan lain.

Kisah kereta kuning disimbah asid


Bersih 4.0

KUALA LUMPUR - Peserta Himpunan Bersih pasti akan tertarik dengan sebuah kereta Volkswagen kuning yang diletakkan di pekarangan Dataran Merdeka.

Menurut Penganjur Bersih 4.0, Maria Chin Abdullah, kereta kuning tersebut digunakan dalam perarakan himpunan tersebut.

"Kereta tersebut telah diletakkan di pekarangan Dataran Merdeka, namun, telah ada pihak yang merosakkan kereta tersebut.

"Kereta tersebut telah di simbah asid, tayar dipecahkan dan telah dirosakkan beberapa bahagian dalaman,"katanya.

Kata Maria Chin, tindakan tersebut sebagai satu usaha pihak tidak bertanggungjawab untuk menakutkan rakyat dan menggagalkan himpunan Bersih 4.0.

Sementara itu, beliau berterima kasih kepada peserta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terus memberikan sokongan dan bersama dalam himpunan tersebut.

Thank-you, but it's your fault too: Tian Chua to Dr M

PKR vice-president Tian Chua thanked Dr Mahathir Mohamad for showing support to Bersih 4 this evening but said this does not mean the people have forgotten the past.

Tian Chua, who coincidentally bumped into Mahathir when the latter arrived near Dataran Merdeka, had helped usher the elder statesman through the crowd.

"I had the opportunity to greet him and shake his hands but there wasn't enough time to exchange any words.

"Mahathir has a right to express his support (for Bersih 4) but it does not mean the rakyat has forgotten that part of the problems today is due to the system which he built where democratic space was closed.

"This contributed to the people's uprising today," he told Malaysiakini.

Tian Chua escorting Mahathir was ironic as the former was detained under the Internal Security Act (ISA) during the former premier's rule in 2001.

Mahathir's government had at that time accused Tian Chua and several activists, of trying to topple the government using "bombs, grenade launchers, Molotov cocktails, ball bearings and other dangerous weapons".

However, Tian Chua said Mahathir's presence at Bersih 4 today was an admission that the popular movement he and other activists were pushing for was right.

"Mahathir has finally conceded that in an authoritarian system without democratic space which was in part caused by decades of Mahathir's rule - the best channel to correct the situation and make a change is through people's power.

"This to me is a victory for Malaysians as it (Bersih 4) managed to attract widespread support.

"Even Mahathir must concede people's power is the most effective channel," he said.

PAS tak sertai Bersih 4 kerana objektif menyimpang, kata ketua Pemuda

Sikap penganjur perhimpunan Bersih 4 menjemput parti Islam itu pada saat-saat akhir seperti terdapat agenda tersembunyi, kata Ketua Pemuda PAS Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz.

Menurut akhbar milik Umno Utusan Malaysia, Nik Abduh sudah memutuskan PAS juga tidak akan menyertai perhimpunan itu atas sebab masalah dalaman yang dihadapi dengan pembangkang serta objektif perhimpunan Bersih 4 yang didakwanya menyimpang.

Nik Abduh turut mendakwa terdapat dalam kalangan penganjur perhimpunan itu yang bersikap negatif terhadap mereka.

berhati-hati lebih-lebih lagi apabila terdapatnya penglibatan Gerakan Harapan Baru (GHB) dalam perhimpunan itu.

"Kedua, kita lihat Bersih tidak seperti dulu. Dulu walaupun PAS bukan diberi peranan utama tetapi kita dipanggil untuk berbincang dari awal, tetapi kali ini dipanggil pada saat-saat akhir.

"Tambahan pula di belakang itu ada Gerakan Harapan Baru, jadi kita perlu berhati-hati," katanya.

"PAS setuju demonstrasi, malah kita sudah buat banyak demonstrasi secara aman di negara ini untuk menuntut keadilan demi rakyat.

"Namun kali ini kita tidak menyertainya, kita mengelak daripada berlakunya provokasi ketika perhimpunan ini berlangsung.

"Di sebelah kita ada unit Amal, manakala di sebelah sana ada Arif (pecahan unit Amal yang menyertai GHB), kita bimbang berlaku pertembungan dan provokasi di antara kedua-dua pihak ketika demonstrasi tersebut,” katanya.

Namun, Nik Abduh berkata, pihaknya tidak menghalang mana-mana ahlinya untuk menyertai perhimpunan Bersih 4 kerana mereka bersetuju dengan asas penubuhan Bersih sebelum ini. – 29 Ogos, 2015. MI





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...