TERKINI :

Saturday, August 29, 2015

Dr M: Kalau bangsat tu pergi, kita tak bangsat la...

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata orang Melayu tidak akan menjadi “bangsat” sekiranya orang yang membuat dakwaan sebegitu, meninggalkan Umno, sekali gus tidak memerintah negara lagi.

"Orang yang mahu membangsatkan bangsa (Melayu) bukan Umno, tetapi orang ini," katanya.

Malah, tegas Mahathir lagi, perkataan sedemikian tidak sepatutnya keluar daripada mana-mana mulut pemimpin di negara ini.

"Saya ingat kalau bangsat tu pergi, kita tak bangsat la," tambahnya.

"Ia bukan salah Umno, awak yang salah. Jika awak pergi, segala-galanya akan selesai," kata Tun M dengan disambut tepukan gemuruh daripada hadirin di stadium tertutup Pasir Gudang hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dilaporkan berkata orang Melayu Islam akan "terbangsat" sekiranya Umno tidak lagi memerintah negara.

Najib dilaporkan sebagai berkata: "Kalau tak ada Umno, apa berlaku dekat orang Melayu Islam? Ada orang kata, kami akan tersungkur, kecundang, tertiarap./p>

"Saya pilih perkataan orang Melayu akan terbangsat, kalau tiada Umno, akan hilang segala-galanya jika Umno hilang kuasa," Najib yang juga presiden Umno dilaporkan ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno untuk bahagian Padang Besar, Kangar dan Arau.

Beliau selaku menteri kewangan turut menggesa kepimpinan Umno untuk mencari jalan sekiranya terdapat masalah dalaman dalam negara.

Tun Mahathir muncul di Dataran Merdeka bersama peserta BERSIH4

Tun M hadir ke Dataran Merdeka bersama peserta BERSIH4 sambil bersalam dan malaungkan ungkapan "teruskan...teruskan"

Dr M: Orang Pekan jangan undi Najib



Tun Dr Mahathir Mohamad mahu orang ramai meyakinkan penduduk Pekan untuk tidak mengundi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pilihan raya umum akan datang.

Mahathir berkata, majoriti rakyat tetap mahu BN memang dalam pilihan raya tetapi dalam masa sama mahu Najib kalah.

“Oleh kerana itu, kita semua patut pergi ke Pekan dan minta mereka tolong jangan undi orang itu,” katanya.

Mahathir tidak menyebut nama Najib secara langsung tetapi Najib merupakan anggota Parlimen Pekan.

Sukarelawan ARiF milik GHB membuktikan kemampuan mengendalikan BERSIH 4.0

Pasukan sukarelawan ARiF milik GABUNGAN HARAPAN BARU, membuktikan kemampuan mereka mengendalikan himpunan ‪#‎Bersih4‬ yang disifatkan penganjur sebagai paling besar setakat ini. Tahniah dan terima kasih...himpunan baru bermula. Baki lebih 24 jam lagi

 

Pesanan Azmin untuk Ketua Polis Negara


KL mula sesak, peserta Bersih 4.0 penuhi ibu kota
KUALA LUMPUR - "Kami berhimpun kerana sayangkan anak-anak Malaysia termasuk anak polis". Demikian pesanan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, hari ini.

Menurut Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR itu, peserta yang terlibat Bersih tidak mempunyai kepentingan lain melainkan untuk menyelamatkan anak-anak Malaysia daripada perasuah dan perompak.

"Kita nak beritahu polis tersebut, kita nak beritahu ketua polis negara, dengar baik-baik.

"Wahai KBAB (Twitter Khalid, @KBAB51), kami berhimpun kerana kami sayang anak kami. Kita sayang anak-anak Malaysia, kita nak selamatkan mereka.

"Kita tidak ada kepentingan lain melainkan selamat(kan) anak Malaysia termasuk anak polis dan keluarga polis daripada perasuah dan perompak," katanya ketika berucap di hadapan peserta Bersih 4.0 di kompleks beli belah, Sogo.

Melalui ucapan sama, Azmin sempat menyindir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri berhubung pengharaman baju Bersih yang berwarna kuning, semalam.

Dr Mahathir pertimbang hadir Bersih 4


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masih memikirkan untuk menghadiri atau tidak perhimpunan Bersih 4 yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Ogos, 2015.
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau masih memikirkan sama ada akan menghadiri atau tidak perhimpunan Bersih 4 yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur hari ini, menyaksikan puluhan ribu orang berkumpul di jalanan.

"Saya masih memikirkannya," kata bekas perdana menteri itu ringkas apabila ditanya seorang penonton pada program Malaysia Hari Ini: Ke Mana Kita' di Stadium Pasir Gudang di Johor, hari ini. –29 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-mahathir-pertimbang-hadir-bersih-4#sthash.Efnj2XYo.dpuf

Peserta Bersih 4.0 'tinggalkan' kaum, parti

RAZIATUL HANUM A.RAJAK


KUALA LUMPUR - Peserta Bersih 4.0 yang berhimpun sejak pagi tadi didakwa meninggalkan segala status kaum mahupun parti untuk hadir ke perhimpunan itu demi menyelamatkan negara.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, peserta perlu bertindak bijak dan berdisiplin sepanjang himpunan tersebut.

"Tidak ada yang datang sini bawa kaum... Melayu, India, Cina atau (dari) parti (mana) tapi kita bersatu hari ini untuk negara Malaysia.

"Kita bertindak untuk selamatkan Malaysia daripada seorang pemimpin yang telah dibenci oleh rakyat. Kita harus bertindak secara disiplin, bijak, aman selama 34 jam ini," katanya ketika berucap di hadapan peserta-peserta Bersih di pekarangan kompleks beli belah, Sogo, di sini, hari ini.

Selain itu, dalam ucapan pemimpin di Sogo, rata-ratanya turut mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bergambar | Warna-Warni suasana sambutan BERSIH 4.0

Bodoh tak boleh, bangsat boleh: Ini tak adil

Salah seorang artis yang mengaku menjadi ahli Umno membidas Lembaga Penapis Filem sekaligus Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penggunaan kata-kata kesat.

Kenyataan itu dimuatnaik oleh pengarah dan pelakon Afdlin Shauki dalam akaun Facebook miliknya malam tadi.

Afdlin mempertikaikan, dirinya sebagai penulis tidak bebas untuk menggunakan ungkapan “bodoh” dalam dialog filemnya.

Bagaimanapun di luar bidang perfileman ada ungkapan yang juga dianggap kasar boleh digunakan dan dipaparkan di akhbar.

“Hendak tanya kepada Lembaga Penapisan Filem atau censorhip board negara Malaysia.

“Kenapa aku tidak boleh guna perkataan bodoh dalam dialog cerita aku tetapi perkataan bangsat boleh publish sampai keluar suratkhabar?

“Ini tidak adil,” katanya.

Akta tidak halang rakyat berundur dari perjuangan

 
CATATAN PAGI

Seperti mana yang dijangka kerajaan telah mengharamkan himpunan Bersih 4 yang bermula hari ini. Malam tadi sekeping warta kerajaan yang ditanda tangani oleh Menteri Dalam Negeri (KDN) yang juga Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi, disebar menerusi media eletronik telah mengeluarkan perintah larangan itu.

Salleh ganti Mat Mslan.
Larangan itu tidak membenarkan pemakaian baju berwarna kuning yang ada perkataan Bersih 4. Larangan juga mencakupi penerbitan, penyebaran apa-apa maklumat dan dokumen mengenai Bersih.

Sejajar itu juga pihak keselamatan lain terus mengeluarkan kenyataan berupa araman dan ugutan tindakan. Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar dengan nada tegas mengingatkan agar peserta Bersih sedia menanggung risiko dari kengkaran yang dilakukan.

Tidak cukup dengan itu ada juga parti politik termasuk sebuah parti pembangkang ikut sama membantu kerajaan agar himpunan Bersih 4 itu gagal. Parti itu tidak mengambil bahagian kononnya Bersih kali ini terkeluar daripada tuntutan sebenar dan mereka tidak dijemput menjadi kepala.

Sebelum ini parti itu turut bersama berarak dalam Bersih. Apakah perarakan sebelum ini dibuat tanpa sedar sehingga hari ini mereka baru insaf selama ini mereka bodoh dan menjadi anak tangga untuk dipanjat orang. Baguslah kalau tidak memanjangkan kebodohan. Tetapi sayangnya kesesaran itu sehingga mereka perlu disekolahkan semula.

'Jangan jadikan istana kambing hitam alih isu rakyat'

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan supaya istana Johor tidak dijadikan kambing hitam untuk mengalihkan perhatian daripada isu-isu yang menekan rakyat.

Katanya, lebih baik masa dan tenaga tersebut dimanfaatkan untuk menangani permasalahan negara daripada bertelagah sesama sendiri.

“Janganlah kami dijadikan kambing hitam sedangkan keadaan semasa terus melarat,” katanya.


Pelajar universiti boleh sertai Bersih 4, kata timbalan menteri

 Timbalan Menteri Pendidikan Chong Sin Woon, larangan ke atas pelajar universiti dan kolej daripada menyertai Bersih 4 tidak terpakai berikutan pindaan terhadap Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 (AUKU) 4 tahun lepas. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Ogos, 2015.
Pelajar institusi pengajian tinggi kini dibenarkan menyertai perhimpunan 34 jam Bersih 4 yang akan akan bermula esok walaupun pada awalnya mereka dilarang berbuat demikian, kata timbalan menteri pendidikan Chong Sin Woon.

Katanya, larangan ke atas pelajar universiti dan kolej daripada menyertai pergerakan masyarakat sivil itu tidak terpakai berikutan pindaan terhadap Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 (AUKU) 4 tahun lepas.

"Mereka bebas untuk mengekspresi diri mereka," beliau dipetik berkata portal berita The Star Online hari ini.

Pada 24 November, 2011, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pindaan kepada Seksyen 15 AUKU bagi menggugurkan sekatan terhadap penyertaan pelajar dalam politik.

Pindaan itu – dibuat selepas Mahkamah Rayuan membuat keputusan penting mengatakan akta itu tidak munasabah dan melanggar kebebasan bersuara yang dijamin Perlembagaan Persekutuan - memberi pelajar universiti lebih kebebasan politik.

Husam Musa : Selamatkan Negara, Hadir BERSIH 4.0

SELAMATKAN NEGARA: HADIR BERSIH 4.0

http://821879909.r.worldcdn.net/media/k2/items/cache/78fbecc99b4c7a64fd6c4b4e51f98f0d_XL.jpg
Sebagai rakyat biasa Malaysia tercinta, apa yang boleh saya lakukan untuk menyelamatkan negara saya Malaysia pada hari ini?

Ringgit menjunam sebahagiannya kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan negara dan krisis yg dicetuskan 1MDB. Jika ringgit terus menjunam, negara mungkin bangkrap.

Kepimpinan yang dikaitkan dengan jenayah ekonomi yang menjadi punca krisis enggan melepaskan jawatan.

Institusi utama negara pula menjadi mangsa sepak terajang politik.

Jawapnya: Saya mesti ikut sama berhimpun menyatakan tuntutan untuk selamatkan negara ini: bagi pihak diri saya dan anak cucu saya.

Ini selari dgn pendirian guru politik Islam negara ini, al Marhum Tok Guru Nik Aziz seperti kata-kata di bawah:

"Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata akan ada perhimpunan Bersih 4.0 jika isu-isu berkaitan dengan tuntutan pilihan raya bersih dan adil tidak diselesaikan dengan segera.

“Bila timbul masalah Bersih (perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu), Syeikhul Azhar, Mufti Mesir masa itu mengatakan perhimpunan yang berlaku di Mesir haram. “Tetapi rakyat Mesir membandingkan dengan fatwa Dr Yusuf Al-Qardawi melalui buku ditulis beliau dan hasilnya tujuh juta rakyat Mesir turun ke jalan kerana fatwa Qardawi betul,” katanya.

Sekalipun saya kurang sihat, InsyaAllah Saya cuba sedaya upaya akan hadhir hari kedua Bersih 4.

Yb Dato Hj Husam Musa
28 Ogos 2015

Interpol tolak permohonan notis merah polis M'sia


Polis Antarabangsa Interpol menolak permohonan polis Malaysia supaya mengeluarkan notis merah terhadap Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown.

Notis merah sama seperti dengan waran tangkap antarabangsa di mana negara-negara ahli dimaklumkan mengenai individu yang mahu untuk ekstradisi.

Dalam surat kepada NGO Fair Trial International, Setiausaha Agung Interpol Jurgen Stock mengesahkan menolak permohonan pihak berkuasa Malaysia.

Dalam surat itu, Stock berkata kebiasaannya Interpol tidak mengulas mengenai kes tertentu atau melibatkan individu.

Bagaimanapun, berdasarkan signifikan laporan akhbar mengenai kes itu, beliau mengesahkan bahawa pihaknya ada menerima permohonan notis merah untuk Clare Rewcastle Brown daripada pihak berkuasa Malaysia.

Pemimpin kerajaan jangan angkuh

 Pemimpin kerajaan jangan angkuh
SHAH ALAM - Ingatlah pepatah Melayu yang sering menyebut 'Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa' titah Sultan Johor, hari ini.
 
Menurut sebuah perkongsian di laman web Facebook Johor Southern Tigers, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah menasihatkan supaya ahli-ahli politik, antaranya Adun Kempas supaya jangan mencampuri urusan Istana Johor atau cuba membuat kenyataan yang mengaitkan pihak Istana.
 
"Ada juga pemimpin kerajaan yang langsung tidak beradab apabila bercakap dengan melabelkan orang lain sebagai orang gila, dan lebih teruk lagi dengan angkuh dan sombong hendak 'whack' anakanda saya.
 
"Adakah pemimpin seperti ini patut dihormati?" titah baginda.
 
"Saya akan terus memastikan nasib rakyat saya sentiasa terbela. Kerajaan mestilah bersikap telus dan berterus-terang kepada rakyat kerana dalam dunia moden hari ini, tidak ada apa yang boleh disembunyikan.
 
"Peribahasa Cina ada menyebut 'Guni tidak dapat sorok tukul, kertas tidak dapat balut api," akhiri baginda.

SKMM sekat empat web promosi BERSIH 4



Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat empat laman sesawang yang menyebar maklumat program perhimpunan haram Bersih 4, setakat 6 petang ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak berkata empat laman sesawang berkenaan ialah http://bersih.org, http://globalbersih.org, http://www.bersih.org dan http://www.globalbersih.org.

"Setakat ini saya dimaklumkan bahawa empat laman sesawang telah disekat," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di Kuala Lumpur, hari ini.

SKMM dalam kenyataan semalam menegaskan akan menyekat mana-mana laman sesawang dan portal berita yang mempromosi, menyebarkan maklumat dan menggalakkan orang ramai menyertai perhimpunan haram itu kerana menyifatkan perbuatan itu boleh mengganggu-gugat kestabilan negara.

Menurut Salleh, SKMM kini sedang memantau portal-portal berita bagi memastikan tiada kesalahan sama.

Kedah sedia bekal bahan binaan bantu mangsa bencana - Mukhriz

Mukhriz Mahathir
SUNGAI PETANI - Kerajaan negeri Kedah akan menyediakan bekalan bahan binaan di daerah-daerah yang sering dilanda bencana alam, bagi membantu mangsa membaik pulih kediaman mereka.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, beliau sudah pun mengeluarkan arahan berkaitan perkara itu dan persiapan juga sedang dilaksanakan.

Beliau berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat sentiasa membuat persedian dari segi bahan makanan dan yang terbaru ialah keperluan bahan binaan untuk mangsa bencana alam.

"Biasanya ribut, yang selalu kena, yang rosak ialah bumbung, jadi bahan binaan bumbung itu yang kita sediakan bagi daerah-daerah yang kerap berlaku kejadian seperti ini," katanya kepada media selepas menyampaikan bantuan awal kepada mangsa-mangsa ribut di Flat Paya Nahu, di sini, hari ini.

Mukhriz berkata, beliau mengalu-alukan dan menggalakkan sekiranya ada pihak swasta yang sudi tampil memberi sumbangan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa ribut ini.

"Ada pihak swasta, terutamanya pengilang-pengilang yang mengeluarkan bahan-bahan binaan, dengan sukarela tampil ke hadapan untuk menyumbang bahan-bahan ini, ada secara percuma dan ada pada harga yang sangat-sangat murah kerana mereka juga tahu ini adalah sumbangan CSR (tanggungjawab sosial korporat) mereka kepada mangsa bencana," katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...