TERKINI :

Friday, August 28, 2015

Sebelum sama-sama hilang kuasa, lebih baik MP BN singkirkan NAJIB terlebih dahulu..

Shahbudin Husin,

Himpunan Bersih 4 akan diadakan esok dan lusa selama 34 jam di tiga bandar utama iaitu Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching. Berdasarkan jualan baju T Bersih 4 yang dilaporkan sudah melebihi 50 ribu helai sehingga ini, besar kemungkinan himpunan kali ini mendapat sambutan yang cukup luar biasa daripada rakyat.

Walaupun sasaran awal hanya sekitar 100 ribu saja yang akan turun berhimpun, tetapi melihat kepada keghairahan rakyat untuk menunjukkan bantahan terhadap kepimpinan Najib Razak, tidak mustahil kehadiran menjangkau antara 200 hingga 300 ribu orang.

Selain kedudukan politik dan ekonomi yang sedang berada di tahap kritikal, sebab lain yang menyebabkan rakyat lebih terangsang menunjukkan bantahan dan berhimpun kali ini ialah berikutan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta yang mengalir masuk ke dalam akaun Najib.

Semua yang berakal waras, siuman, tidak gila atau tidak dikelabukan dengan wang ringgit, sama sekali tidak dapat menerima duit RM2,600 juta  itu sekadar derma, lebih-lebih lagi jika dikatakan untuk parti tetapi dimasukkan ke dalam akaun peribadi.

Maka, jangan sesiapa terkejut dengan sambutan di luar jangkaan dalam Bersih 4 ini.

RM2.6 bilion cubaan heret Malaysia ke kancah perang IS?

Fenomena yang sama telah ditunjukkan menerusi tangkapan polis terhadap rakyat negara ini untuk ke negara tersebut bagi menyertai IS dan telahpun ada usaha untuk mengebom negara ini.

isis45_600
Adakah Pengakuan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa beliau telah pergi berjumpa dengan salah seorang ahli keluarga diraja Arab Saudi yang menderma RM2.6 bilion kepada Datuk Seri Najib Tun Razak adalah bukti jelas cubaan UMNO untuk mengheret Malaysia ke dalam kancah peperangan dengan militan negara Islam (IS)?

Keluarga Diraja Arab Saudi memang menjadi sasaran IS kerana dituduh mengkhianati Islam berikutan hubungan rapatnya dengan Barat dan IS hendak menggantikannya dengan pemerintahan di bawah kuasa seorang khalifah.

Putera Mohamed menggesa negaranya lebih berwaspada, meningkatkan persediaan dan keperluan bagi menghadapi serangan IS selanjutnya.

Reuters melaporkan beliau berkata demikian selepas serangan IS khamis lalu ke atas sebuah masjid anggota keselamatan yang mengorbankan 15 orang.

Serangan Mei lalu ke atas sebuah masjid Syiah mengorbankan 25 orang terbunuh, selain beberapa lagi insiden tembakan dan pengeboman.

Peguam Umno: Anina akan disingkir dari parti kerana saman



Penasihat undang-undang Umno Datuk Hafarizam Harun berkata anggota parti Anina Saaduddin yang menyaman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, kononnya untuk mendapatkan kembali AS$650 juta dana parti, secara automatik akan kehilangan keahlian beliau.

Ini kerana, kata Hafarizam, berdasarkan Fasal 20.7 Perlembagaan Umno yang menyatakan bahawa mana-mana anggota parti yang membawa hal ehwal parti ke mahkamah maka keahlian mereka dalam parti gugur serta merta.

Menurut Sin Chew Daily, Hafarizam berkata ibu pejabat Umno itu masih belum menerima dokumen itu.

Beliau berkata ibu pejabat akan mengeluarkan notis kepada Anina membatalkan keahliannya apabila dokumen itu diterima.

Anina memfailkan saman itu pagi ini selepas laman web Sarawak Report mendakwa AS$650 juta daripada AS$681 juta (RM2.6 bilion) yang didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Najib telah dipindahkan ke luar negara.

Ambil iktibar kejatuhan UMNO di Kedah bagi hadapi cabaran masa kini - Mahdzir


SEGAMAT: Anggota UMNO perlu mengambil iktibar daripada kejatuhan UMNO di Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke-12 dalam usaha mengukuhkan parti itu dalam menghadapi cabaran masa kini, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Menteri Pendidikan itu berkata selain tsunami politik yang melanda negara pada 2008, kejatuhan UMNO di Kedah pada masa itu adalah disebabkan perpecahan dalaman parti di negeri itu.

"Ada (anggota UMNO di Kedah) pada masa itu sanggup kata kalau kalah padan muka, tengok kalah betul. Selepas kalah ramai yang terkejut, ramai juga yang menyesal, kecewa sampai dua tahun mesyuarat tidak ramai datang.

Daripada itu kita bangkit, bangun kuatkan UMNO Kedah sampai menang pada pilihan raya lepas. Hanya jika kita kuat akan kita jadi kerajaan, kalau kita lemah siapa akan jadi kerajaan ?," katanya di Batu Anam di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Segamat di sini yang turut dihadiri Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam yang juga Presiden MIC dan Anggota Parlimen Segamat.

Kerajaan BN haramkan baju BERSIH 4

 
Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan warta kerajaan melarang pemakaian "apa-apa pakaian berwarna kuning" dan yang mengandungi perkataan "Bersih 4" berkuatkuasa hari ini.

Perintah itu juga melarang apa-apa bahan bercetak lain dan risalah yang mendorong kepada perhimpinan itu.

Perintah tersebut dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi. Ia disiarkan di laman web Pejabat Peguam Negara.

Larangan dalam Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) 2015 menyebut:

"Percetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan yang diperihalkan dalam Jadual yang mungkin memudaratkan keselamatan, yang mungkin berlawanan dengan mana-mana undang-undang dan yang mungkin memudaratkan kepentingan negara adalah dilarang secara mutlak di seluruh Malaysia."

Pengkritik Najib Suka Menfitnah ?



Dua topik santai hari ini ..... satu mengenai apa yang sering kita dengar /baca perkataan 'fitnah' yang sering dilemparkan kepada pengkritik Najib. Bukan apa, bila baca artikel Malaysianreview di bawah, saya jadi teringat akan komen2 yang sering saya terima setiapkali saya post artikel baru, yang bunyinya hampir sama iaitu, Hentikan Fitnah!

Biasanya komen2 tuduhan umum sebegitu saya tidak siarkan. Kecuali dinyatakan bahagian mana artikel yang dikatakan menfitnah Najib.


Ya, bahagian mana yang sering dikatakan sebagai menfitnah Najib ?

Ahli Umno saman Najib 'tidak bertindak sendirian '

Seorang ahli Umno yang menyaman presiden parti itu Datuk Seri Najib Abdul Razak, berkata beliau tidak bertindak sendirian.

Perwakilan Umno bahagian Langkawi, Anina Saauddin, berkata beliau mengambil tindakan itu demi kepentingan tiga juta ahli parti dan bagi pihak rakyat Malaysia.

"Sudah pasti saya tidak bersendirian," katanya kepada wartawan di Mahkamah Duta Kompleks hari ini.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan sama ada dia bertindak bersama dengan pengkritik Najib yang lain, seperti Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anina menamakan Najib dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusof sebagai defendan dalam saman yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Seorang ahli yang lantang bersuara yang baru-baru menuduh Najib "kencingkan" (tipu) tiga juta ahli Umno, mendakwa tindakan undang-undang itu adalah untuk kepentingan dan bagi pihak parti dan ahli-ahlinya.

The AS$650 juta itu dikatakan baki daripada jumlah asal AS$681,000,000 (RM2.6 bilion) yang diterima perdana menteri dalam akaun peribadinya.

Pemindahan itu berlaku sekitar 30 Ogos 2013, hari yang sama Najib menutup akaun, seperti yang didakwa oleh laman web Sarawak Report.

Saman itu difailkan pada pukul 10.30 pagi ini oleh firma guaman Tetuan Hanif Khatri selepas tiada tindakan diambil ke atas aduan yang dibuat terhadap Najib kepada Lembaga Disiplin parti.

Anina memohon injunksi terhadap Najib dan Abdul Rauf atau ejen dan/atau pekerja dalam lembaga disiplin, Majlis Tertinggi, badan perhubungan negeri, bahagian, dan cawangan, supaya dihalang daripada membuang, menggugurkan, menggantung dan/atau mengambil sebarang disiplin terhadapnya sementara menunggu pelupusan kes itu.

Beliau juga memohon pembayaran balik berjumlah AS$650 juta - jumlah yang dilaporkan didepositkan oleh Najib ke dalam sebuah akaun di bank Singapura - dan sebuah akaun dengan semua wang yang beliau telah terima dalam bentuk derma.

Turut dituntut ialah butir-butir mengenai semua wang dalam AmPrivate Perbankan - No Akaun 2112022009694 - yang didakwa milik Najib, bersama-sama dengan ganti rugi, kos dan relif lain.

Sultan Johor beri amaran keras pada 2 ahli politik Umno

Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar hari ini memberi amaran keras kepada dua ahli politik Umno.

Baginda "menasihatkan" ahli politik, khususnya anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat supaya tidak campur urusan istana atau membuat kenyataan mengaitkan istana.

Sultan Ibrahim juga memberi amaran keras kepada menteri pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz yang sebelum ini memberi amaran untuk "membelasah" Tengku Mahkota Johor (TMJ) jika baginda campur tangan dalam politik.

"Ada juga pemimpin kerajaan yang langsung tidak beradab apabila bercakap, dengan melabelkan orang lain sebagai orang gila; dan lebih teruk lagi dengan angkuh dan sombong hendak "whack" anakanda saya (TMJ).

"Adakah pemimpin seperti ini patut dihormati? Ingatlah pepatah Melayu sering menyebut "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa".

Pertelingkahan Nazri dan TMJ tercetus selepas anakanda sultan Johor memperli kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hadir ke majlis dialog terus terang #Nothing2Hide berkaitan isu 1MDB di Kuala Lumpur.

Sultan Ibrahim bertitah demikian sempena majlis perasmian Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, di ibu pejabat polis kontinjen Johor.

Petikan ucapan itu dimuat naik ke Facebook rasmi pasukan bola sepak negeri Johor Southern Tigers.

Tengku Putra pula sebelum ini dilaporkan berkata, amaran Tunku Ismail kepada ahli politik yang cuba mendekati ayahandanya untuk kepentingan peribadi. patut juga dinyatakan kepada golongan taikun perniagaan negeri.

Sementara itu, dalam ucapan sama, baginda juga bertitah tidak akan mencampuri urusan mana-mana parti politik.

Titah baginda, walaupun banyak pemimpin politik yang datang berjumpa, baginda hanya mendengar cerita mereka dan tidak akan memihak kepada mana-mana parti atau individu.

"Apa yang saya pentingkan adalah kesejahteraan hidup rakyat saya dan kemakmuran negeri Johor mesti dijaga melalui perpaduan dan pengukuhan muafakat bangsa Johor," titah baginda.

Timbalan Muhyiddin Yassin sebelum ini mengadap baginda selepas digugurkan sebagai timbalan perdana menteri, yang dispekulasikan beliau mendapat dukungan istana.


Najib perlu jelaskan secara terperinci derma 2.6 bilion


Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR- Ahli Umno Cawangan Padang Matsirat, Langkawi, Ainina Saadudin menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno menjelaskan secara terperinci derma politik RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau.

Ainina, 40, berkata beliau juga menuntut perdana menteri mengembalikan wang tersebut kepada Umno.

"Sebagai ahli Umno saya amat kecewa dengan apa yang berlaku kepada parti saya hari ini.

Ahli-ahli Umno semakin rimas dengan kegagalan Najib untuk menjelaskan secara meyakinkan kepada ahli parti mengenai derma 2.6billion," katanya.

Menurut Ainina, dia telah meluahkan perkara berkenaan ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan Wanita Umno Bahagian Langkawi baru-baru ini namun presiden Umno mengendahkan teguran dan kritikannya.

Sehubungan itu, menurutnya beliau telah membuat laporan kepada Lembaga Disiplin Umno supaya memanggil Najib untuk memberikan penjelasan.

"Saya percaya Najib telah melakukan pecah amanah dan melanggar Perlembagaan Umno dalam menerima dan membelanjakan wang RM2.6 bilion itu," katanya kepada pemberita di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Menurutnya, dia khuatir tiada tindakan dilakukan ke atas Najib kerana kedudukannya sebagai perdana menteri dan presiden Umno yang amat berkuasa.

"Atas kesedaran, kesetiaan dan komitmen sebagai ahli Umno, menjadi tanggungjawab saya untuk menjaga kepentingan dan nama baik Umno, saya failkan tuntutan ini demi menuntut keadilan bagi pihak Umno," katanya.

Selain itu, katanya dia melakukannya kerana sayangkan Umno dan merayu pihak mahkamah memberikan keadilan kepada ahli-ahli Umno.

"Saya memohon Datuk Seri Najib bersikap jujur, amanah dan adil kepada ahli politik," katanya.


Pas tidak boleh gerak sendiri untuk tumbangkan BN

Mustafa Ali
KUALA TERENGGANU - Bekas Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berpendapat Pas tidak boleh bergerak sendirian jika tidak bersefahaman dengan rakan pakatan pembangkang lain untuk merealisasikan hasrat menumbangkan kerajaan BN.
  
"Pada saya, bersendirian itu bukan satu pilihan dan strategi yang terbaik dalam konteks politik Malaysia.    "Kalau kata Pas bersendirian misalnya, kita ada Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) dan dari segi kemajmukan sudah wujud. Begitupun bagi sayalah bersendirian atas parti ini bukanlah satu-satunya pilihan terbaik... bukannya tidak boleh, cuma bukanlah yang terbaik," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabat Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu di sini hari ini.
   
Beliau yang kini dilantik Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat berkata, muafakat antara Pas bersama gabungan pembangkang yang dibina bekas mursyidul am PasAllahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan bekas presiden AllahyarhamDatuk Fadzil Noor tidak wajar dimusnahkan.   

"Sebab itulah kita kena mencari alternatif terkumpul kerana tidak ada partiboleh memerintah dengan sendirinya (bagi membentuk kerajaan) di Malaysia.    
   
"Umno pun tak boleh nak perintah dengan sendiri, mereka perlu tubuh BN dengan berbelas-belas parti untuk bersama mereka," katanya.
   
Ketika ditanya mengenai kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang, Mustafa berkata sama ada Pas, DAP mahupun PKR tidak boleh bergerak sendiri dan harus kekal dalam pakatan itu.
   
Dalam pada itu, ditanya berhubung ancaman pembentukan sebuah parti baharu bagi meneruskan agenda politik dari kalangan anggota Pas yang kecewa, Mustafa mengakui ia sedikit sebanyak bakal memberi kesan kepada Pas.
   
"Berdasarkan kepada ucapan dan cakap-cakap yang dimaklumkan, ada kemungkinan (pembentukan sebuah parti baharu). Tapi sejauh mana kemungkinan itu jadi atau sebaliknya, kita kena memantau sejauh mana perkembangannya.
   
"Kalau betul parti baharu itu akan ditubuhkan, ia sedikit sebanyak memang ada kesan. Kita tidak boleh kata 'tiada kesan langsung'. Cumanya sejauh mana kesan itu, ia perlu ditengok," katanya.

Masa PAS nak UG dengan UMNO tak boleh, datang PKR, DAP & GHB nak UG dengan BN boleh pula..!!?

Mat Alishah


KENAPA KERJASAMA ANTARA PKR DAP & GHB MENGAJAK BN UNTUK TUMBANGKAN NAJIB DAN WUJUDKAN KERAJAAN PERALIHAN ini di anggap sebagai UG versi pakatan rakyat 2.0 tanpa PAS...

Puak PAS kata hangpa nak UG boleh mai kami nak UG hangpa kata tak boleh....mana adil macam nie...

Pada aku sebenarnya memang tak boleh sebab hangpa pie bincang sorang2 tak bawa kawan2 pie bersama....

Bila pie sorang2 dia dah kira kot lain sebab boleh menimbulkan prasangka....jika dilihat dari segi persepsi macam2 perkara akan diperkatan untuk menimbulkan fitnah...

Ia berbeza dengan pie membuat tawaran dalam satu pakatan iaitu PKR DAP & GHB... bila dah ditetapkan ketetapan bersama maka turunlah berpencak bersilat atas nama bersama....dan jika ada masalah hadapilah bersama....

dan perkara ini boleh dilihat dalam perkara KONSENSUSU NASIONAL yang PKR usulkan dimana dia ajak PAS & DAP mai dengaq penerangan apa dia KONSENSUS NASIONAL tu, sians satu ketetapan bersama baru pie tawar kat BN... mcm tu jugak tawaran KIT SIANG yang mana beliau juga sarankan supaya DAP PKR PAS bersama BN mai perelok balik Malaysia....

Ini berbeza dengan UG PAS dimana pie sorg2 sembang balik tirai sapa pun tak tau tawar apa sembang apa....bila kantoi baru kalut nak habaq.....dan yg best sekali mai bertahun pecah lubang sekali lagi dok pie tawar kat KU LI jadi PM..... awat lekeh sangatkan pimpinan dlm Pakatan Rakyat...sampai dok pie jumpa musuh dan tawarkan jawatan.

Ini yang kita tak mau dimana kita tak nak menimbulkan persepsi yg membawa masalah kpd kita di depan hari...mudah2an anda semua faham...

Mustafa Ali cadang tubuh Majlis Perundingan Negara dipengerusi Dr Mahathir

Bekas setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata satu jawatankuasa diperlukan untuk menangani krisis negara, terutamanya seperti kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Ogos, 2015.
Datuk Mustafa Ali menyarankan Putrajaya menubuhkan sebuah jawatankuasa Majlis Perundingan Negara (MPN) yang dilihat mampu menangani krisis negara yang berlaku, terutamanya terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, lapor Sinar Harian hari ini.

Dalam satu temubual khas bersama akhbar itu, bekas setiausaha agung PAS itu berkata, penubuhan MPN itu perlu melangkaui perbezaan politik di mana jawatankuasa tersebut harus dianggotai pemimpin utama semua parti.

Beliau turut menamakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad calon pemimpin paling layak menjadi pengerusi majlis tersebut, selain bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam dan bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah.

"Kalau ditanya siapa paling layak, Dr Mahathir adalah orangnya. Ini kerana Dr Mahathir pernah menjadi perdana menteri dan beliau memahami banyak perkara.

"Saya yakin beliau boleh fikirkan macam mana nak selesaikan masalah negara sekarang," beliau dipetik berkata Sinar Harian.

Katanya, cadangan pelaksanaan majlis tersebut boleh dilakukan mana-mana ahli Parlimen dan tidak semestinya dari wakil rakyat pembangkang.

Ditanya sebab beliau membuat saranan tersebut, Mustafa memberitahu akhbar itu, masalah negara kini dilihat berada dalam tahap kritikal.

"Masalah ketika ini pelbagai. Ia kombinasi ekonomi, politik dan kesejahteraan rakyat. Saya tak pernah lihat ia berlaku pada zaman mana-mana perdana menteri sebelum ini.

"Ia terlalu tidak baik untuk negara apabila ada campur tangan dalam institusi daripada pemimpin negara. Situasi ini perlu dihentikan tetapi kita tak tahu bila akan ada perubahan," katanya

Pengarah pilihan raya PAS itu juga pada masa sama menyenaraikan beberapa cara yang boleh dilakukan bagi mengubah kerajaan sedia ada, termasuk mendesak peletakan jawatan perdana menteri.

"Pertama, pilihan raya. Itu normal. Kedua, melalui undi tak percaya. Ketiga, sistem 'precedence' (duluan) seperti yang berlaku di Perak.

"Keempat ialah menolak pembentangan bajet di Parlimen oleh perdana menteri yang biasanya dilakukan pada Oktober," katanya.

Mustafa berkata, sekiranya majoriti ahli Parlimen tidak meluluskan bajet 2016 yang akan dibentangkan nanti, itu bermakna ia satu undi tidak percaya kepada perdana menteri.

"Dan secara moralnya, beliau perlu letak jawatan," katanya. – 28 Ogos, 2015.

Pentadbiran Najib paling bermasalah


http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2013/06/Cikgu_Pa.jpg
SHAH ALAM - Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, sepanjang beliau menceburi bidang politik, beliau melihat pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak paling membawa masalah kepada negara. 
 
Katanya, masalah itu bukan sahaja terkait dengan masalah politik, sebaliknya memalit semua masalah yang ada di dalam negara ini termasuk sosial dan ekonomi negara. 
 
"Saya terlibat dalam politik lebih 40 tahun. Saya pernah melihat bagaimana negara berhadapan dengan kegawatan ekonomi pada 1997 dan 1998, tetapi tidak teruk seperti sekarang. 
 
"Kalau dilihat ketika ini pentadbiran kerajaan bukan sahaja menghadapi masalah politik tetapi terkait sekali masalah ekonomi, sosial dan kesejahteraan rakyat," katanya dalam satu sesi wawancara khas bersama Sinar Harian, di sini, hari ini. 
 
Beliau berkata demikian bagi mengulas pelbagai polemik yang melanda pentadbiran Perdana Menteri ketika ini, antaranya isu  1Malaysia Development Berhad (1MDB), isu derma RM2.6 bilion, kejatuhan ringgit.
 
Mustafa yang juga bekas Setiausaha Agung Pas menambah, Perdana Menteri yang terdahulu juga tidak pernah berhadapan dengan kritikan dan masalah sebagaimana yang dihadapi Najib ketika ini.
 
"Sejak (Allahyarham) Tun Abdul Razak hinggalah Tun Dr Mahathir Mohamad, saya rasa inilah masalah paling besar yang dihadapi negara (masalah pentadbiran)," katanya lagi.
 
Mengulas lanjut, Mustafa berkata, ia bertambah buruk apabila persepsi negatif mengenai negara mulai terbentuk hinggakan menjejaskan imej negara di mata dunia.
 
"Lagi teruk apa yang kita hadapi ini bukan sahaja soal persepsi dalam negara tetapi  melibatkan persepsi luar terhadap kita dan isu kejatuhan mata wang ringgit yang berterusan. 
 
"Belum pernah sebelum ini mata wang kita serendah sekarang iaitu hampir bersamaan AS$4 berbanding RM1. Adakah sampai nilai ringgit akan turun sehingga AS$5? Minta tidak sampai ke situ.
 
"Selain itu belum pernah kita lihat di mana Perdana Menteri campur tangan secara terang terangan dalam institusi negara yang penting seperti Pejabat Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis, pihak bank dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)," katanya lagi.
 
Oleh itu ujarnya, semua pihak harus melakukan 'sesuatu' bagi memastikan Malaysia kekal sejahtera seperti keadaan sebelum-sebelumnya.
 
"Banyak orang cakap bawah sampai atas mengenai perkara ini....ada orang cakap undi tidak percaya di dalam Parlimen (untuk mendesak Najib lepas jawatan)," katanya.

PKR: Turun GST, jangan naik kadar faedah

PKR mencadangkan agar kerajaan menurunkan kadar GST buat sementara waktu bagi membendung peningkatan inflasi akibat kejatuhan nilai Ringgit.

Biro pelaburan dan perdagangan parti itu turut mencadangkan agar kerajaan tidak menaikkan kadar faedah sebagai langkah mudah untuk membendung inflasi.

“(Peningkatan kadar faedah) hanya akan mengekang pengembangan aktiviti ekonomi domestik.

“Kebimbangan terbesar kita akibat penyusutan nilai ringgit adalah pertambahan kadar inflasi akibat import yang bertambah mahal.

“Ini akan mengakibatkan kenaikan kos sara hidup untuk rakyat yang masih lagi menanggung beban GST,” kata pemimpin biro berkenaan, Wong Chen dan Fahmi Ngah dalam kenyataannya.

Mereka menegaskan bahawa cadangan itu hanyalah langkah sementara kerana PKR tetap berpendirian bahawa cukai itu perlu dimansuhkan.

"Kami ingin mencadangkan langkah yang lebih mudah, iaitu menurunkan kadar GST kepada 4 peratus atau lebih rendah sebagai langkah sementara untuk membendung inflasi dan membantu komuniti perniagaan.

"PKR komited dengan penghapusan GST sepenuhnya, tetapi dalam keadaan krisis ini, cadangan ini hanyalah sebagai suatu penyelesaian sementara yang praktikal," kenyataan itu dipetik.

Tidak dorong eksport, pelancongan

Mereka menyarankan demikian memandangkan kejatuhan nilai ringgit tidak mendorong eksport atau pelancongan – seperti yang didakwa kerajaan sebelum ini.

"Jumlah pelancong asing juga tidak memuaskan. Jumlah pelancong asing untuk suku pertama 2015 adalah 609 ribu orang lebih rendah daripada suku pertama 2014 walaupun ringgit 10 peratus lebih rendah pada suku pertama 2015 berbanding suku pertama 2014.

"Jumlah pelancong asing untuk suku pertama 2015 seramai 6.48 juta juga adalah hampir sama dengan suku pertama 2013 seramai 6.45 juta walaupun ringgit 17 lebih rendah berbanding suku pertama 2013."

Data tersebut bagi menjawab kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz awal bulan ini yang yakin dengan kehadiran 29.4 juta pelancong tahun ini.

Mereka seterusnya membangkitkan bahawa nilai eksport negara tidak menunjukkan peningkatan yang bermakna apabila nilai ringgit menyusut.

"Untuk tempoh separuh pertama 2015, jumlah eksport negara hanyalah RM368 billion, iaitu RM12 billion lebih rendah daripada tempoh yang sama 2014 (RM 380 billion).

“Ini berlaku walaupun ringgit bernilai 11 peratus lebih rendah pada separuh pertama 2015 berbanding separuh pertama 2014. Penemuan ini amat membimbangkan kerana bertentangan dengan tahun sebelumnya.

“Ringgit yang 6 peratus lebih rendah pada separuh pertama 2014 berbanding separuh pertama 2013 telah menghasilkan pertambahan nilai eksport RM42 billion untuk separuh pertama 2014 berbanding separuh pertama 2013."

'Umno' saman Najib, tuntut balik AS$650j

EKSKLUSIF Keadaan menjadi semakin panas dalam Umno, apabila seorang anggota yang mendakwa mewakili parti, memfailkan saman terhadap Presidennya, Datuk Seri Najib Abdul Razak, untuk mendapatkan kembali sebahagian daripada RM2.6 bilion yang diakwa sumbangan derma untuk parti itu yang dikatakan telah dipindahkan ke luar negeri.

Sebahagian besar daripada dana itu, didakwa Sarawak Report telah didepositkan ke akaun peribadi Najib, dikatakan dipindah ke Singapura dua tahun lepas.

Umno, melalui seorang pemimpin akar umbinya, telah menamakan Najib dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusof sebagai defendan dalam saman yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Ahli Umno itu mendakwa bahawa tindakan undang-undang itu diambil untuk kepentingan dan bagi pihak parti tersebut dan ahli-ahlinya.

AS$650 juta itu dikatakan baki daripada jumlah asal AS$681 juta yang dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri.

Pemindahan itu berlaku sekitar 30 Ogos 2013, hari yang sama Najib menutup akaun tersebut, seperti yang didakwa oleh Sarawak Report.

Difahamkan saman itu difailkan hari ini selepas tiada tindakan didakwa diambil terhadap aduan yang dibuat terhadap Najib, kepada lembaga disiplin.

Ahli Umno itu memohon injunksi terhadap Najib dan Abdul Rauf atau ejen dan/atau pekerja dalam lembaga disiplin, Majlis Tertinggi, badan perhubungan negeri,bahagian, dan cawangan, supaya dihalang daripada membuang, menggugurkan, menggantung dan/atau mengambil sebarang disiplin terhadapnya sementara menunggu pelupusan kes itu.

Beliau juga memohon pembayaran balik berjumlah AS$650 juta - jumlah yang dilaporkan didepositkan oleh Najib ke dalam sebuah akaun di bank Singapura - dan sebuah akaun dengan semua wang yang beliau telah terima dalam bentuk derma.

Turut dituntut ialah butir-butir mengenai semua wang dalam AmPrivate Perbankan - No Akaun 2112022009694 - yang didakwa milik Najib, bersama-sama dengan ganti rugi, kos dan relif lain.

Dalam pernyataan kenyataan tuntutan yang dilihat oleh Malaysiakini, ia menyatakan bahawa Umno, yang tertakluk bawah Akta Pertubuhan 1966, ditadbir oleh perlembagaan parti.

Parti itu ditadbir oleh Majlis Tertinggi, yang terdiri daripada anggota yang dipilih dan dilantik oleh parti, dan badan pengawasan terdiri daripada lembaga disiplin dan badan perhubungan Umno negeri.

Dokumen tersebut menyatakan bahawa antara 21 Mac dan 25 Mac 2013, AS$680,999,976 (RM2.6 bilion) masuk ke dalam dua akaun peribadi Najib di Ambank, melalui Falcon Private Bank di Singapura.

Dinyatakan bahawa RM2.6 bilion itu adalah sumbangan yang dibuat kepada Najib untuk kegunaan dan faedah Umno dan Najib mengakui menerima jumlah itu dan bukan benefisiari peribadi kepada wang itu.

Menurut pernyataan tuntutan, Najib secara terbuka menyatakan bahawa RM2.6 bilion itu adalah sumbangan derma daripada dermawan Timur Tengah yang tidak dinamakan.

Ia juga berkata Majlis Tertinggi Umno menyatakan Najib telah dilantik sebagai pemegang amanah bagi Umno dan bahawa ia telah menerima jumlah wang yang besar daripada presiden parti, yang berasal dari akaunnya.

Oleh itu, pernyataan tuntutan itu menyatakan Najib memegang RM2.6 bilion sebagai pemegang amanah dan kegunaan Umno.

Penyataan tuntutan juga seterusnya mendakwa bahawa Umno dan dengan itu, Najib, dikawal oleh Akta Pertubuhan dan perlembagaan parti.

Ia menyebut bawah seksyen 14(d) akta tersebut, Umno perlu menyediakan akaun teraudit setiap tahun kewangan kepada Pendaftar Pertubuhan.

Tahun kewangan Umno adalah dari 1 Januari hingga 31 Disember setiap tahun, dan wang kepunyaan Umno hendaklah disimpan di bank perdagangan atau simpanan.

Sebagai plaintif, beliau menyatakan bahawa Najib sebagai pemegang amanah, telah melanggar perlembagaan Umno, peruntukan Akta Pertubuhan, dan common law sebagai pemegang amanah.

Beliau seterusnya berkata jumlah RM2.6 bilion itu tidak ada dalam akaun Umno yang telah diaudit bagi tahun kewangan 2013 dan 2014.

Ia juga mendakwa bahawa sebahagian daripada RM2.6 bilion itu telah dipindahkan ke satu akaun bank di Singapura pada 30 Ogos 2013.

Akaun bank dikatakan bukan milik Umno. Najib juga didakwa tidak memaklumkan atau mengisytiharkan jumlah RM2.6 bilion itu kepada Umno.

Pernyataan tuntutan itu menyebut bahawa Najib telah membayar atau mengeluarkan daripada parti itu sejumlah asal wang berjumlah AS$650 juta, dan ini adalah pelanggaran secara langsung Perlembagaan Umno.

Ia juga mendakwa bahawa presiden Umno itu telah menggunakan atau menyimpan sebahagian wang yang bagi faedahnya sendiri dan tanpa mengambil kira Umno.

Dengan sebab itu, penyataan tuntutan mendakwa Najib telah bertindak dengan pecah amanah dan kepercayaan yang diletakkan kepadanya sebagai pemegang amanah Umno.

Untuk ini, beliau berkata presiden Umno dan Majlis Tertinggi telah bertindak ultra vires (di luar kuasanya) dalam perlembagaan parti itu dan telah melakukan penipuan.

MT tak sedia bertindak

Anggota Umno itu seterusnya menyatakan bahawa oleh kerana Najib didakwa pesalah yang mengawal parti, maka parti itu bukan dalam kedudukan untuk membuat tuntutan untuk faedahnya sendiri terhadap Najib.

Ia juga berkata bahawa Majlis Tertinggi tidak berupaya atau tidak bersedia untuk mengambil tindakan terhadap presiden Umno berikutan kuasa dan pengaruhnya ke atas parti.

Perwakilan Umno Langkawi itu seterusnya mendakwa lagi Najib telah menyalahgunakan kuasanya sebagai perdana menteri apabila menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang kekal sebagai timbalan presiden parti.

Anggota Umno itu berkata akibat daripada kedudukan dan kuasa Najib, dan juga cara bagaimana Umno ditadbir oleh Majlis Tertinggi, jawatankuasa perhubungan negeri, bahagian dan cawangan, tidak akan menyaman atau meminta akaun RM2.6 bilion.

Tindakan undang-undang ini adalah yang kedua yang dihadapi oleh Najib atas kapasiti peribadinya.

PKR dan beberapa anggota pembangkang telah memfailkan saman terhadap Najib, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, 1MDB, dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang dikaitkan dengan derma RM2.6 bilion itu.

Najib mendakwa wang itu adalah sebahagian daripada sumbangan politik untuk digunakan bagi pilihan raya umum ke-13.

Bai'ah penghalang pemimpin keluar Pas

SHAH ALAM - Bai'ah Pas mungkin menjadi faktor ahli parlimen yang menyertai Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) tidak mahu keluar daripada parti Islam itu.

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia, Profesor Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, ini kerana dari aspek undang-undang, tiada halangan kepada mana-mana ahli parlimen untuk melompat parti.

“Jika mereka sudah menyatakan pendirian mahu menyertai Harapan Baru, sepatutnya mereka keluar dari Pas dengan segera. Lagipun tiada masalah untuk mereka bergerak sebagai wakil rakyat Bebas.

“Namun, mengapa sehingga sekarang mereka ingin kekal dalam Pas? Ia mungkin disebabkan wakil rakyat ini sudah terikat dengan perjanjian baiah dengan Pas,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad bahawa semua wakil rakyat Pas yang menyertai Harapan Baru tidak akan keluar Pas. Khalid berkata, mereka berbuat demikian kerana tidak mahu menjadi wakil rakyat Bebas.

Mengulas lanjut, Ahmad Marthada berkata, ahli parlimen yang menyertai Harapan Baru mengambil pendekatan selamat tidak keluar dari Pas dan hanya menanti dipecat apabila Harapan Baru sah menjadi sebuah parti.

“Sekiranya mereka keluar dari Pas sekarang, mereka akan menanggung kesan akibat melanggar bai'ah.

“Keadaan mungkin berbeza jika mereka dipecat dari Pas kerana tidak akan dianggap melanggar bai'ah,” katanya.

Menurutnya, alasan diberikan Khalid iaitu tidak mahu bergerak sebagai ahli Bebas tidak kukuh kerana melompat parti adalah perkara biasa.

Kerana ekonomi teruklah, kami akan sertai BERSIH 4.0

PETALING JAYA - "Kerana ekonomi negara sudah sedia ada teruklah, kami adakan Bersih 4.0!" demikian kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurutnya, kegagalan ekonomi Malaysia adalah disebabkan skandal badan pelaburan kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan bukannya disebabkan oleh penganjuran himpunan Bersih 4.0 yang akan berlangsung pada 29 Ogos dan 30 Ogos ini.

"Kenapa Bersih (4.0) pula yang jadikan ekonomi negara sebagai mangsa, 1MDB lah punca sebenar negara mengalami krisis ekonomi.

"1MDB yang menyebabkan nilai ringgit susut dan ekonomi makin teruk. Bukannya Bersih. Itu tak betul," balas Wan Azizah ketika ditemui Sinar Online di sini, hari ini.

Datuk Rahman Dahlan pada semalam dilaporkan mengeluarkan kenyataan bahawa penganjuran himpunan tersebut bakal memangsakan ekonomi negara; menyebabkan ekonomi semakin teruk.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu menulis di ruangan Twitternya @mpkotabelud pada Rabu dengan mengatakan penganjur Bersih 4.0 tidak peduli mengenai keadaan semasa ekonomi.

"Dulu kita buat Bersih, jelas bahawa himpunan itu tidak jejaskan ekonomi negara," bidas Wan Azizah lagi.

Bekas Timb. Pengarah SB : 'Saya sedikit pun tidak gentar, Insya-Allah'

Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas (SB) Datuk Abdul Hamid Bador menyatakan bahawa beliau tidak takut kepada mana-mana pihak atas tindakannya yang mengeluarkan kenyataan kepada pihak media berhubung pertukarannya.

Abdul Hamid juga memberitahu bahawa beliau tidak akan tunduk dengan pihak yang juga cuba untuk menakut-nakutkannya.

"Sejara jujur, saya sedikitpun tidak gentar. Insya-Allah, saya tidak takutkan sesiapa," katanya sewaktu dihubungi Malaysiakini malam tadi.

Abdul Hamid diminta mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa beliau akan diberi surat tunjuk

sebab untuk memberi penjelasan berhubung tindakannya mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung pertukarannya baru-baru ini.

Katanya, beliau akan memberi penjelasan apabila menerima surat tunjuk sebab itu.

Abdul Hamid memberitahu, beliau sedang bercuti dan akan memulakan tugasnya semula pada awal September ini.

"Bila saya terima (surat tunjuk sebab) nanti, saya jawab. Tunggu saya masuk pejabat dulu 2 September ini. Sekarang saya masih pegawai polis tanpa portfolio," katanya.

Menurut Abdul Hamid, beliau juga sudah bersedia untuk menerima apa sahaja hukuman terhadap dirinya termasuk kemungkinan disingkirkan sebagai kakitangan kerajaan.

"Sudah tentu saya akan menerima apa sahaja bentuk hukuman. Saya seorang polis. Saya akan menjunjung tinggi maruah itu," ujar beliau.

Pada masa yang sama, Abdul Hamid turut mengesahkan bahawa pertemuan di antara beliau dan Khalid sememangnya berlaku.

"Ya, seperti mana yang IGP cakap," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan butir-butir dan hasil pertemuan itu.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...