Thursday, August 27, 2015
Dr. Dzulkefly Ahmad jelaskan bagaimana boleh wujudnya GHB..!!
GHB : PERHIMPUNAN AMAN BERSIH 4.0 PENTING UNTUK PERTAHAN KUASA MORAL RAKYAT.

Video | Pengawal keselamatan dibelasah kerana larang kanak-kanak lawat ICU

BANYAK CAWANGAN UMNO DI JOHOR BUBAR JIKA MUHYIDDIN DIPECAT
Shahbudin Husin,
Dakwaan Adun Pas tidak masuk akal
KUALA TERENGGANU - Dakwaan Adun Chukai Hanafiah Mat daripada Pas kononnya beberapa Adun BN mahu menjadi wakil rakyat Bebas adalah tidak masuk akal.
Pengerusi Kelab Penyokong BN (BNBBC) Terengganu, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar berkata, dakwaan itu hanya untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu perpecahan PAS semata-mata dan merupakan isu lapuk yang sering digunakan Pas selama ini.
"Sebagai Pengerusi BNBBC Terengganu mewakili rakan-rakan yang lain, pendirian kami adalah (dakwaan itu) tidak masuk akal walaupun tidak mustahil untuk mana-mana Adun BN keluar daripada parti.
"Namun yang menarik perhatian saya ialah sikap 'terbuka' Adun Chukai itu yang menceritakan segala proses, niat serta strategi orang tertentu tersebut untuk menumbangkan kerajaan BN di Terengganu.
"Dengan menceritakan segala-galanya sudah tentu ia bukan lagi menjadi strategi kerana tiada lagi elemen kejutan dan sekiranya benar ada Adun BN yang akan berbuat demikian, apakah niat Adun Cukai memaklumkan pada orang ramai melalui akhbar," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan kenyataan Adun Chukai itu kononnya terdapat usaha beberapa Adun BN Terengganu yang berjumpa dengannya untuk meminta sokongan Adun Pas bagi meminta perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin untuk mewujudkan kerajaan negeri yang baharu.
Malah Hanafiah yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu mendakwa beberapa Adun BN itu hanya menunggu masa sesuai untuk mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil rakyat Bebas.
Ketika ini Dun Terengganu mempunyai 17 Adun BN, 15 Adun Pas dan seorang Adun PKR. – Bernama
Timbalan MB Kelantan mengaku beli Range Rover RM200,000

Namun naib presiden PAS itu berkata, Range Rover tersebut dibelinya dengan harga di bawah pasaran kerana ia kereta terpakai (second hand).
"Ada kawan menawarkan RM200,000 sedangkan harga pasaran bagi kenderaan baharu sekitar RM300,000," katanya seperti dilaporkan portal milik PAS itu.

Pembangkang sedia berbincang dengan BN bentuk kerajaan baharu
Ahli Parlimen pembangkang daripada DAP, PKR dan Gerakan Harapan Baru (GHB) sedia berbincang dengan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan baharu selepas desakan untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semakin kuat.
Dalam kenyataan bersama hari ini mereka berkata, agenda teras pembentukan kerajaan baru tanpa Najib adalah perubahan politik dengan salah satunya adalah membebaskan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar kini menjalani hukuman lima tahun penjara di Sungai Buloh.
"Ahli Parlimen daripada DAP, PKR dan GHB bersedia untuk membincangkan cadangan oleh ahli Parlimen BN untuk membentuk satu majoriti menggantikan kerjaan Najib dengan perubahan politik sebagai teras agenda kerajaan baru.
"Pembebasan Anwar sepatutnya menjadi salah satu tugas sebagai usaha membentuk majoriti baru. Semua pendakwaa politik juga perlu dibatalkan," katanya.
Kenyataan bersama itu ditandatangani DAP Lim Kit Siang (Gelang Patah), Anthony Loke Siew Fook (Seremban), Teresa Kok (Seputih), Liew Chin Tong (Kluang) dan Teo Kok Seong (Rasah).
Daripada PKR adalah Rafizi Ramli (Pandan), Datuk Johari Abdul (Sg Petani), Wong Chen (Kelana Jaya), Sim Tze Tzin (Bayan Baru), dan S Manikavasagam (Kapar).
Ahli Parlimen mewakili GHB adalah Datuk Kamaruddin Jaafar (Tumpat), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai) dan Khalid Samad (Shah Alam).
Katanya, mereka juga mencapai beberapa resolusi ketika mengadakan pertemuan di Parlimen semalam.
Mereka bersetuju menyokong Bersih 4 hujung minggu ini dan menggesa Najib serta timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan tidak ada tindakan keras sepanjang himpunan.
Mereka juga akan mengambil bahagian dan Jawatankuasa Perunding Dana Politik jika isu derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib secara misteri oleh pihak luar didedahkan.
Syarat lain adalah bidang majlis itu akan diperluaskan kepada perubahan sistem pilihan raya dan jaminan kebebasan perlu diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Awal bulan ini, Najib mengumumkan jawatankuasa konsultatif nasional tangani isu pembiayaan politik bagi memastikan dana disalurkan secara integriti.
Namun pengumumannya dipandang skeptikal kerana dibuat ketika dirinya sendiri hebat dikritik dan dipersoalkan tentang derma RM2.6 bilion yang disalurkan daripada negara Timur Tengah. – 27 Ogos, 2015.
Langkawi akan dipromosi sebagai bandar raya sukan

Beliau berkata, walaupun terkenal sebagai destinasi pelancongan, kebanyakan acara yang dianjurkan setiap tahun di pulau ini adalah sukan berkaitan eko yang menarik kehadiran banyak warga asing.
"Kami juga mahu Langkawi menjadi bandar raya sukan berkaitan eko memandangkan pulau ini kaya dengan nilai ekonomi dan media (yang wujud hasil daripada acara sukan yang dianjurkan)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Persatuan Pengurusan Sukan Asia (AASM) ke-11 di sini.
Beliau memuji AASM kerana memilih Langkawi sebagai venue persidangan itu untuk tahun ini, yang dihadiri kira-kira 300 peserta dari beberapa negara Asia.
"Mungkin kami akan cuba gunakan dapatan daripada persidangan ini bagi membantu kami menggubal program lebih komprehensif untuk menjadi sebuah bandar raya sukan. Ia akan menjadi input berguna," katanya.
Beliau juga menyambut baik rancangan AASM untuk mengadakan Persidangan Pengurusan Sukan Sedunia di Langkawi tahun depan. - Bernama
'Penasihat Najib kena belajar dari pasukan Dr M'
Penasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak patut belajar dengan “kematangan” penasihat Tun Dr Mahathir Mohamad, kata penganjur program sensasi Nothing2Hide Datuk Khairul Anwar Rahmat.
“Segelintir penasihat PM Najib yang menghalang kehadiran beliau pada saat akhir ke program Dialog Nothing2Hide di PWTC pada Jun lalu harus belajar dengan kematangan para penasihat Tun Mahathir yang tampaknya lebih berani dan luhur untuk berhadapan dengan rakyat,” katanya.
Dalam dialog terus terang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu, Najib tidak hadir atas alasan keselamatan.
Mahathir pula mencuri pentas sebelum diiring diberhentikan dan diiring keluar daripada tempat itu oleh polis.
Tindakan itu menyebabkan pengkritik Najib menganggap beliau tidak berani berdepan dengan Mahathir yang mengasak kuat pentadbirannya menggunakan isu syarikat pelaburan negara 1MDB.
Sementara itu, dalam kenyataannya hari ini, Khairul berkata rakyat kini dahagakan wacana bersandarkan ilmu dan bukan emosi dan sentimen dangkal semata-mata.
“Kesatriaan dan keluhuran untuk berhadapan dengan rakyat membuktikan seseorang pemimpin itu tidak lari dari medan tanggungjawab,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau juga menyifatkan penampilan Mahathir di Pasir Gudang, Johor pada Sabtu ini boleh disifatkan sebagai kembalinya Nothing2Hide.
“Pihak penganjur ada menghubungi saya baru-baru ini dan saya sudah pun memberi pengesahan kehadiran dalam apa jua kapasiti untuk bersama-sama dengan rakyat dari jauh dan dekat,” katanya.
“Apa yang pasti, rakyat mahu mendengar sendiri dari pemimpin negara- sama ada yang masih berkhidmat, ataupun yang pernah berjasa kepada negara- berkenaan kemelut yang merimaskan rakyat seperti 1MDB, GST (cukai barangan dan perkhidmatan), kejatuhan nilai ringgit serta kualiti kepimpinan yang semakin uzur.”
300 pekerja Naza Automotive diberhentikan

Kira-kira 300 pekerja syarikat pengeluar kereta Naza Automotive Manufacturing (NAM) Sdn Bhd diberhentikan kerja hari ini selepas jualan kenderaan jatuh tahun ini sejak pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada April lalu.
Pemberhentian tersebut melibatkan 255 kakitangan, 30 Jawatankuasa NAM dan selebihnya kakitangan pentadbiran.
Kesemua kakitangan yang diberhentikan itu diraikan dalam satu majlis perpisahan yang diadakan di Dewan Seri Zaleha di Gurun Kedah.
Dalam satu atur cara majlis program yang dikirimkan kepada The Malaysian Insider, majlis perpisahan diadakan hari ini turut disertai Ketua Pegawai Operasi NAM Roslan Abd Ghani dan ucapan pegawai Jabatan Tenaga Kerja.
Semasa majlis sama, semua kakitangan juga diberi surat pemberhentian kerja.
The Malaysian Insider cuba menghubungi ibu pejabat NAM di Kedah bagi mendapatkan pengesahan mengenainya, bagaimanapun gagal mendapat sebarang maklum balas.
NAM merupakan salah sebuah syarikat pengeluar kereta di bawah Kumpulan Naza yang memulakan operasi pada Mei 2004.
Menurut maklumat daripada laman rasminya, NAM memiliki 1,000 tenaga kerja dan menjalankan kerja pemasangan kereta Peugeot dan Kia untuk pasaran tempatan dan luar negara.
Jualan kenderaan keseluruhan pada Julai tahun ini susut kepada 58,646 unit daripada 60,269 unit yang dicatatkan pada bulan yang sama pada 2014.
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) berkata jumlah yang rendah itu disebabkan jualan kurang memberangsangkan dalam segmen kenderaan penumpang dan komersial.
Jualan kenderaan penumpang pada Julai merosot kepada 52,636 unit berbanding 53,576 unit pada bulan yang sama tahun lepas, manakala jualan kenderaan komersial turun kepada 6,010 unit daripada 6,693 unit sebelum ini.
Dari Januari hingga Julai, jualan kenderaan keseluruhan susut kepada 380,830 unit berbanding 393,425 unit bagi tempoh yang sama tahun lepas, kata MAA yang dipetik dalam laman rasminya.
MAA sebelum ini juga meramalkan jualan kereta tahun ini bakal menyusut akibat pelaksanaan GST kerana orang ramai mengambil sikap tunggu dan lihat. – 27 Ogos, 2015.
Tun M gesa Zahid dedah identiti penderma
SHAH ALAM - Identiti individu dari Timur Tengah yang didakwa memberi derma RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui akaun peribadinya perlu didedahkan.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan telah bertemu ketua pegawai pelaburan daripada penderma serta pemegang amanah keluarga berkenaan.
"Timbalan Perdana Menteri (Ahmad Zahid) telah bertemu dengan wakil penderma. Kemudian beliau perlu buktikan bahawa individu tersebut mempunyai sejumlah besar wang untuk diberikan kepada Malaysia dan negara-negara lain.
"Apakah sumber wang itu? Apa perniagaan yang dibuat? Bank manakah yang digunakan? Tunjukkan akaun di bank, cek yang dikeluarkan, terutama RM2.6 bilion, dan bank penerima semestinya memegang cek tersebut," kata Dr Mahathir dalam blognya, semalam.
Dr Mahathir berkata, kesemua maklumat itu berkemungkinan telah disahkan oleh pasukan khas yang menyiasat isu tersebut.
"Tetapi pasukan petugas khas telah dimansuhkan. Sekarang ini SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dikatakan masih menyiasat RM2.6 bilion. Jika Najib serius untuk menyiasat RM2.6 bilion di Ambank, beliau perlu membentuk semula pasukan petugas khas yang luhur. Pasukan petugas baharu yang ditubuhkan tidak mempunyai kredibiliti," katanya.
Walaupun pihak bank perlu mengekalkan kerahsiaan perbankan, katanya, ia perlu melaporkan sekiranya mengesyaki berlakunya penggubahan wang haram.
"Bank Malaysia, Singapura, Switzerland dan Amerika Syarikat tidak perlu menyimpan rahsia perniagaan mereka dengan wang yang disyaki dicuri. Apa yang telah mereka lakukan?
"Apabila wang yang dicuri dimasukkan ke bank, tujuannya adalah untuk menghalalkannya. Namun wang itu telah hilang dari Ambank kerana akaun telah ditutup," katanya.
Dr Mahathir berkata, apabila akaun ditutup, tidak bermakna sejumlah besar wang telah dikeluarkan secara tunai.
"Ia mesti telah dipindahkan ke bank lain, namun kita tidak dengar laporan dari mana-mana bank yang mengakui wang ini ada dalam simpanan mereka. Dua akaun telah dibekukan di Singapura dan itu sahajakah?
"Sesungguhnya pemegang akaun perlu disiasat dan adakah bank-bank menyimpan wang ini. Jika ini tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan, jelas sekali wang telah digubah," katanya.
Menurutnya, jika perkara berkenaan benar, apa keperluan bagi bank untuk meneliti jumlah wang yang telah didepositkan kepadanya.
Beliau turut menjelaskan RM2.6 bilion adalah satu jumlah besar bagi keperluan pilihan raya di Malaysia.
"Kecualilah ia untuk merasuah pengundi. Mengapa ada orang mahu merasuah pengundi supaya Najib boleh menang? Rakyat telah menyokong BN tanpa perlu diberi rasuah yang besar oleh sesiapa, lebih-lebih lagi daripada orang asing," katanya.
Bekas duta AS ramal Najib 'game over' lepas BERSIH 4
Bekas duta Amerika Syarikat John R Malott berkata dunia akan tahu wajah sebenar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas perhimpunan BERSIH 4 pada Sabtu ini.
Malott menjangkakan polis akan bertindak keras menangani protes yang diyakininya bakal dihadiri puluhan ribu orang.
“Sudah pasti Najib, individu yang berdiri dengan tebal muka di forum-forum antarabangsa dan mengistirahatkan dirinya reformis dan liberal, akan menghantar pasukan polis menyuraikan perhimpunan itu.
“Najib akan gunakan gas pemedih mata, air kimia dan cota polis untuk memastikan kelangsungan pemerintahannya.
Seluruh dunia akan memerhati – dan akhirnya akan sedar lelaki jenis apakah beliau ini.
“Ini benar-benar game over untuk Najib,” katanya.
BERSIH 4 akan berlangsung 34 jam bermula Sabtu ini di tiga kota besar, Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching.
Ia dilihat bakal memberi kesan besar kepada kewibawaan perdana menteri yang sedang berdepan isu derma RM2.6 bilion ke dalam akaunnya, kontroversi 1MDB dan kejatuhan teruk nilai ringgit.
Mufti: Ustaz kena kaji juga Che Guevara
Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin hari ini menyarankan golongan agama mengkaji tentang sejarah pejuang dan tokoh yang beragama lain agar mempunyai horizon penilaian yang lebih luas.
Berdasarkan sejarah, kata Dr Asri, Nabi Muhammad juga mengiktiraf dan menyokong perjanjian yang dibuat oleh Quraish semasa era jahiliah yang membela golongan ditindas.
“Jika pun kita tidak bersetuju, kita wajar juga mengiktiraf kesungguhan dan mempelajari strategi yang telah mereka lalui.
“Bahkan tidaklah salah untuk kita mengiktiraf kebaikan perjuangan mereka dan menyertainya jika ternyata itu satu kebaikan,” kata Dr Asri melalui laman sosial Facebook beliau.
Malah, Dr Asri berkata terlalu ramai pejuang dalam sejarah pembinaan tamadun manusia yang perlu dijadikan teladan.
Asri menyenaraikan nama-ma seperti pejuang legenda kiri Che Guevara, tokoh anti-aparteid Nelson Mandela, tokoh kemerdekaan India Mahatma Gandhi, pejuang kemanusiaan Florence Nightingale dan pejuang kebebasan William Wilberforce.
“Mengiktiraf keperwiraan seseorang pejuang, bukan semestinya kita menyokong ataupun bersetuju dengan semua pegangannya.
“Kita mungkin tidak bersetuju dengan sosialisme Che Guevera, namun kita perlu akur dia pejuang yang handal dan ada nilai-nilai positif yang patut dipuji pada dirinya,” katanya memuji pejuang gerila Cuba itu.
Ibrahim: Walau Umno perintah, ada lagi Melayu bangsat
Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata walaupun Umno memerintah negara ini sejak merdeka, terdapat lagi bangsa Melayu yang bangsat.
Ini kerana, katanya, bangsa Melayu hanya layak membeli rumah murah dan mampu milik berbanding bangsa lain.
"Walaupun Umno dah memerintah sejak merdeka, ada lagi Melayu yang bangsat. Faham tak?
"Pada saya sekarang ini pun orang Melayu dah bangsat sebab orang Melayu yang layaknya rumah murah, PPR, rumah mampu milik.
"Tak boleh duduk di Seri Kembangan, TTDI, Mont Kiara dan pakai baju harga RM20,000," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Perkasa di Kuala Lumpur petang ini.
Ibrahim mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengejutkan masyarakat apabila berkata orang Melayu Islam akan "terbangsat" sekiranya Umno tidak lagi memerintah negara.
Bagaimanapun veteran Umno Tan Sri Sanusi Junid berkata bangsa Melayu tidak bangsat, sebaliknya pemimpin yang menjadikan Umno kalah adalah bangsat.
Ibrahim tidak bersetuju dengan perkataan Melayu 'bangsat' jika Umno kehilangan kuasa kerana ia tidak sesuai dengan apa yang disampaikan Najib sekalipun mempunyai mesej tersendiri.
"Perkataan tersebut adalah 'uncalled for' dan sekiranya Najib mengatakan bahawa kalau Umno dan BN kalah, keselamatan dan ekonomi negara terjejas adalah lebih tepat.
"Ia kerana Umno sudah mempunyai pengalaman berkongsi kuasa dengan parti-parti lain sejak 1957 dan parti pembangkang baru dua penggal bersama sudah berpecah," katanya.
Ditanya sama ada beliau bersetuju dengan kenyataan Sanusi itu, Ibrahim berkata:
"Ya, saya memang selalu setuju dengan pandangan beliau (Sanusi)."
Lima perkara Najib perlu lakukan sekarang
Melayu tidak bangsat kerana Islam

Presidennya, Razak Abas berkata, Najib tidak seharusnya berkata sedemikian apatah lagi dengan statusnya sebagai Perdana Menteri dan juga anak kepada Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.
Menurutnya, ucapan itu seolah-olah menggambarkan bahawa kaum Melayu tidak mengamalkan ajaran Islam sehingga terjerumus ke dalam istilah tersebut.
"Kata-kata itu terlalu keras dan boleh merosakkan akidah kerana ia seumpama memberi keyakinan bahawa Melayu hanya akan mulia dengan adanya Umno.
"Selagi kita ikut ajaran Islam, al-Quran dan Sunnah, kita tidak akan menjadi terbangsat walaupun tanpa Umno," tegasnya.
Guna konsep kedai mudah alih

Bermodalkan wang sebanyak RM15,000, Abdul Malik Zakaria, 46, dari Kampung Simpang Empat, Kampung Gajah Mati membeli sebuah van dan diubahsuai seperti kedai gunting rambut.
Abdul Malik berkata, dia baru sahaja memulakan perniagaan itu sebulan lalu dan sambutan diterima daripada orang ramai sangat menggalakkan.
“Idea perniagaan ini bermula apabila melihat kedai tetap tidak lagi sesuai kepada pelanggan pada masa kini kerana sebagai peniaga saya mesti mencari pelanggan dan bukannya pelanggan mencari saya.
"Konsep ini memenuhi permintaan pelanggan dan mereka lebih suka peniaga datang ke tempat mereka untuk memberi perkhidmatan. Oleh itu, saya sudah menetapkan jadual setiap hari pada tempat tertentu supaya pelanggan dapat datang ke van saya ini,” katanya.
Aman Central, Menara Alor Setar tarikan baru Kedah

Gambar Suasana Selepas Ribut Angin Kencang Di Sungai Petani dan Kulim
Kelihatan juga banyak kenderaan yang dihempap oleh pokok-pokok yang tumbang. Bumbung majid juga kelihatan rosak akibat angin kencang tersebut
Di bawah merupakan himpunan gambar suasana kejadian.