TERKINI :

Wednesday, August 26, 2015

Malu wehh!!! Orang asli pun tak percaya duit RM2.6bilion sebagai derma..

Shahbudin Husin,




Isu wang  sebanyak RM2,600 juta yang mengalir masuk ke dalam akaun peribadi Najib Razak dan dikatakan derma terus menjadi perdebatan umum. Ada yang percaya, tetapi rasanya lebih ramai yang sukar menerimanya semata-mata sebagai derma ikhlas semata-mata.

Dalam mesyuarat perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO bahagian-bahagian yang sebahagian besarnya sudah berlangsung, ia dilaporkan menjadi isu paling hangat dibincang dan diperdebatkan. Sudah tentu perbincangan itu lebih menjurus luahan perasaan yang sama iaitu sukar menerima wang sebanyak itu sebagai derma serta mahukan Najib memberi penjelasan lebih jujur mengenainya.

Susulan daripadanya, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dilaporkan mahu menemui Najib bagi menyampaikan sendiri pandangan keseluruhahan usul daripada Pemuda bahagian yang dianggap mewakili akar umbi generasi muda itu.

Sudah tentu ini merupakan tekanan secara langsung dan isyarat penolakan yang cuba disampaikan oleh Pemuda UMNO kepada Najib nanti.

GHB pengkhianat atau penyelamat?

RENCANA KHAS

 
Tindakan berupa protes ahli Pas keluar meninggal parti agama itu serta kian rancaknya perarakan (road show) memperkenalkan GHB yang kemudian akan menjelma menjadi sebuah parti baharu menyebabkan semua mata pemerhati dan pengamat politik serta orang-orang atas pagar terarah kepada  Pas.

Masing-masing bertanya apakah akan berlaku kepada parti agama yang sudah melangakau enam dekad dan berusia 61 tahun itu. Pas menjadi fokus selepas berlakunya "rampasan kuasa" besar-besar ke atas kepimpinannya dalam muktamar lepas, dimana kesemua pemimpin yang progresif dan liberal ditendang keluar. Masing-masing kini menghitung dan mencongak apa akan jadi kepada Pas kini?

Apakah Pas akan berkubur ditangan orang-orangnya sendiri yang kini sedang membina parti baharu yang dianggap sebagai pesaing Pas? Ataupun parti itu tetap akan utuh dan kekal di atas peta politik negara ini, dan ianya makin mudah mencapai hasrat dan cita-citanya mengapai mardhatilah? Dan Pas tetap menjadi sebuah parti yang unggul dan parti alternatif kepada Umno yang ternyata semakin hari semakin rosak reputasinya sebagai sebuah parti nombor satu negara dikagumi selama ini.

Bukan sahaja Mahathir orang lain juga tak percaya Najib

POJOK PETANG

Tepat dan wajar kalau Dr Mahathir Mohamad masih meragui wang RM2.6 billion didakwa sebagai derma yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib Razak itu sebagai wang yang ada kena mengena dengan 1MDB dan bukan dari sumber lain.

Alasan Mahathir kerana wang itu terlalu banyak. Beliau yang pernah menjadi presiden Umno dan perdana menteri lebih dua dekad tentulah tahu sangat berapa jumlah yang pernah diterima olehnya dan juga Umno.

Apakah dunia luar lebih mengkagum Najib daripada Dr Mahathir?

Lagi pun ada "peling" (berbelit-belit) sikit berhubung wang berkenaan. Najib kata ia didermakan untuk Umno tetapi ahli, bahkan Majlis Tertinggi Umno tidak pernah diberi tahu. Muhyuddin Yassin yang menjadi timbalan presiden Umno juga tidak pernah diberi tahu.

Ekoran persembunyian itulah menyebabkan Muhyiddin mempertikaikan wang derma berkenaan sehinggakan membawa kepada tindakan beliau dipecat.

MB Baru Kedah Diumum 1 Oktober?


Kemelut yang melanda UMNO Kedah kini sudah telah membuka era baru terhadap pentadbiran Yang Amat Berhormat, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir. Desas desus kini tersebar mengatakan Datuk Seri Mukhriz tidak sempat menghabiskan penggal pemerintahan beliau berikutan rasa kurang senang rakyat Kedah terhadap corak pemerintahan beliau.

Menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai, kerusi Menteri Besar Kedah akan beralih tangan pada 1 Oktober yang akan datang. Perubahan tampuk pemerintahan ini telah dijangka berikutan corak pentadbiran yang tidak selari dengan apa yang diminta oleh Putrajaya sehingga menimbulkan rasa kurang senang dikalangan barisan ADUN dan rakyat Negeri Kedah.

Ahli PERKASA mahu sertai BERSIH 4, silakan...

http://www.themalaysiantimes.com.my/wp-content/uploads/2013/12/perkasa-boss.jpg
Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali membenarkan ahlinya untuk turut serta dalam perhimpunan BERSIH 4 hujung minggu ini kerana menurutnya Dewan Rakyat telah meluluskan Akta Perhimpunan Aman pada 2012.

“Hak individu untuk pergi berhimpun atau tidak, PERKASA turut tidak ada masalah untuk ahli untuk turut serta,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Kuala Lumpur.

Ketika ditanya sama ada bersetuju dengan perhimpunan itu, Ibrahim berkata:

“Saya selaku presiden PERKASA, pendapat peribadi saya adalah mengambil langkah untuk berdiam diri untuk menyokong perhimpunan itu atau tidak,” katanya.

Dr M: Dana RM2.6b berkait dengan 1MDB

 
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yakin bahawa wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikaitkan dengan dana 1MDB.

Mahathir tetap beranggapan sedemikian walau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengisytiharkan bahawa wang tersebut adalah sumbangan derma dan tiada kaitan dengan 1MDB.

“Saya rasa ia ada kena mengena dengan 1MDB walau dijelaskan bahawa ia adalah satu derma,” kata Mahathir dalam satu wawancara dengan akhbar United Kingdom, Financial Times.

Mahathir juga mengulangi bahawa penjelasan mengenai derma itu tidak dapat dipercayai memandangkan jumlahnya terlalu besar.

“Saya tidak percaya ia adalah derma. Saya tidak percaya ada orang boleh menderma (sebanyak itu), hatta seorang Arab atau sesiapapun,” katanya lagi seperti dipetik Financial Times.

Dalam wawancara itu, Mahathir berkata beliau yakin bahawa Najib akan terpaksa berundur dari tampuk kuasa.

"Saya fikir pada satu peringkat, dia terpaksa berundur kerana hari ini dia menjejaskan sistem perundangan,” katanya.

Zam: Sultan perlu untuk sekat PM jadi raja



Rakyat negara sedar mereka memerlukan istana untuk menyekat perdana menteri dan isteri daripada menjadi raja dan permaisuri, kata bekas menteri kabinet Tan Sri Zainuddin Maidin.

Beliau mengulas titah Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semalam yang mengingatkan pemimpin kerajaan supaya memikul tanggungjawab dengan penuh amanah demi kepentingan umum dan tidak mengutamakan kepentingan peribadi.

"Dalam tradisi British, rakyat memahami keperluan mengekalkan raja adalah untuk menyekat perdana menteri dari ingatan hendak menjadi raja.

"Sekarang rakyat negara ini juga sedar, bahawa mereka memerlukan raja-raja dan sultan-sultan atas alasan yang sama, untuk menyekat PM dan isteri dari menjadi raja dan permaisuri," katanya.

Menulis dalam blognya hari ini, Zainuddin yang juga bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu turut mempersoalkan sama ada menteri besar, ketua bahagian dan wakil rakyat negeri itu memahami maksud yang tersirat dalam titah ucapan baginda.

Sanusi Junid: Pemimpin Umno yang bangsat

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengejutkan masyarakat apabila berkata orang Melayu Islam akan "terbangsat" sekiranya Umno tidak lagi memerintah negara.

Bagaimanapun veteran Umno, Tan Sri Sanusi Junid berkata bangsa Melayu tidak bangsat sebaliknya pemimpin yang menjadikan Umno kalah adalah bangsat.

“Orang yang menyebabkan Umno itu kalah, adalah punca yang harus dicari sebagai penyebab kepada bangsat.

“Saya rasa bukan bangsa Melayu yang bangsat, pemimpin yang menyebabkan Umno kalah adalah pemimpin yang bangsat,” katanya dalam sesi wawancara di Youtube.

Ia dimuat naik oleh pengguna Internet yang menggunakan nama “Din Turtle”.

Tanpa menamakan mana-mana individu, Sanusi berkata ketika era kepimpinan Tunku Abdul Rahman, Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir Mohamad, Umno tidak mengalami kekalahan.

“Umno BN pada waktu itu dapat dua per tiga majoriti bermakna waktu itu tak bangsat. Sekarang ini ancaman Melayu itu bangsat kalau Umno itu kalah,” katanya.

‘Kencing’ dan ‘bangsat’ sama taraf

Sanusi berkata “bangsat” adalah sama taraf seperti perkataan “kencing” yang dilontarkan oleh perwakilan Wanita Bahagian Langkawi Anina Saaduddin sebelum ini.

Dalam ucapan keras dan bernada tinggi Anina berkata tiga juta anggota Umno kini menjadi mangsa “kencing” Najib mengenai dana derma bernilai RM2.6 bilion.

“Jadi kencing dengan bangsat ini saya rasa dah sama taraf dah dia punya degree penggunaan bahasa yang cukup tinggilah,” katanya.

Pusat hiburan baharu di KL cetus perdebatan

zour_600
PETALING JAYA: Sekeping gambar yang menunjukkan sebuah pusat hiburan baharu terbesar di ibu negara yang menjadi viral mendapat perhatian pengguna media sosial.

Pusat hiburan tersebut yang terletak di Jalan Tun Razak di ibu negara telah siap pembinaannya dan dikatakan telah beroperasi sejak beberapa hari lalu.

Ia dikatakan terletak tidak jauh dari Masjid Alam Shah Kampung Pandan.

Pusat hiburan yang dikatakan terbesar itu menjadi perdebatan dalam kalangan masyarakat Islam kerana lokasinya berhampiran masjid.

Terdapat kebimbangan pusat hiburan yang tersergam berhampiran Bulatan Kampung Pandan itu akan menambahkan lagi gejala sosial yang kini sudahpun tahap kronik.

Pandangan sama turut disuarakan EXCO Pemuda Pas Pusat, Nurul Islam Mohamed Yusoff yang kesal dengan pembinaan pusat hiburan berkenaan.

Dia yang dihubungi FMT berkata, pihaknya mengaku tahu sebuah pusat hiburan akan dibina di kawasan tersebut tetapi sama sekali tidak menyangka sebesar itu.

“Buat apa dibina sebuah pusat hiburan yang sememangnya menjadi sarang maksiat dan boleh merosakkan akhlak masyarakat terutama golongan muda.

Turun ke Bersih 4 satu patriotisme, kata kumpulan pesara tentera

 Presiden Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (Kerabat) Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar menyifatkan mereka yang hadir ke demonstrasi hujung minggu ini sebagai seorang yang sayangkan masa depan negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Ogos, 2015.
Badan bukan kerajaan (NGO) pesara tentera menggesa supaya rakyat turun ke demonstrasi Bersih 4 pada 29 Ogos ini sebagai tanda patriotisme pada ketika negara berdepan dengan pelbagai krisis.

Presiden Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (Kerabat) Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar menyifatkan mereka yang hadir ke demonstrasi hujung minggu ini sebagai seorang yang sayangkan masa depan negara.

"Mereka yang hadir pada demonstrasi pada hujung minggu ini adalah mereka yang sayangkan negara," katanya kepada The Malaysian Insider.

Nazari berkata walaupun pada 31 Ogos adalah Hari Kebangsaan, ia tidak menjadi kesalahan kepada orang ramai untuk hadir ke demonstrasi besar-besaran anjuran Bersih 2.0 tersebut.

"Kita hormat orang menyambut Hari Kebangsaan tapi rakyat yang hadir pada Bersih 4 nanti juga berhak dan boleh dianggap sebagai seorang yang patriotisme.

"Mereka yang turun pada 29 Ogos ini nanti terdiri daripada mereka yang mengambil berat tentang krisis dan kemelut yang melanda negara ketika ini," katanya.

Putrajaya cuba kelirukan rakyat dengan isytihar perhimpunan BERSIH 4 haram


Putrajaya cuba kelirukan rakyat dengan isytihar perhimpunan haram, kata Bersih Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mendakwa Putrajaya cuba mengelirukan orang ramai dengan mengisytiharkan perhimpunan Bersih 4 hujung minggu ini sebagai sebuah "pertubuhan haram".

Pengerusinya Maria Chin Abdullah berkata, Bersih 4, sama seperti 3 perhimpunan sebelum ini adalah satu acara.

"Bersih 4 adalah acara, bagaimana anda mentafsirkannya sebagai haram?

Saya fikir mereka sudah salah. "Adakah mereka mengatakan kita perlu mendaftar dengan kerajaan untuk setiap acara yang kita mahu lakukan?

"Mereka cuba untuk mengelirukan keadaan," katanya.

Beliau berkata Bersih 2.0 adalah gabungan kumpulan yang sudah lama ditubuhkan dan menegaskan badan pemantau pilihan raya itu tidak perlu didaftarkan.

"Majoriti ahli kami adalah NGO berdaftar.

Islam memerintah, Pas bertelagah

oleh R Ismailon

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/pas25.jpg
Perjuangan Pas pada zaman Presiden Fadzil Noor dan Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat adalah untuk meletakkan Islam sebagai pemerintah. Namun selepas kematian kedua-dua tokoh itu, Pas bertelagah sesama pemimpin dan ahlinya sehingga melemahkan pemerintahan dan kini kembali diperintah dan hilang kekuatan

Ciri hakiki dan sebenar bagi jemaah Islam mestilah punyai kuasa memerintah. Ketika itulah maka wajib setiap orang Islam menyertainya.

Namun apabila kelihatan kuasa semakin hilang dari kalangan jemaah Islam maka orang Islam kini berbondong-bondong masuk ke dalam parti yang kurang islamik seperti PKR atau DAP.

Harapan Baru dan PAS

Kala tersebar luas dan gegak gempita Gerakan Harapan Baru maka parti tua orang Islam – Pas – yang bertunjangkan ulama tua dan muda mulai mengemukakan komen dan berfatwa macam-macam versi.

Yang hakikinya ialah sebahagian ulama tua dan muda yang berjaya memperolehi kuasa sejak PRU 13 lalu merasakan bahawa Pas bakal ditinggalkan oleh sebahagian rakan-rakan seperjuangan yang berhasrat meneruskan dasar Islam melalui entiti baru kerana tidak yakin pimpinan baharu parti Islam boleh mengembalikan kepercayaan bukan Islam kepada parti itu.

Jadi, selepas ini, perjuangan Pas kembali semula kepada alim ulama yang hanya inginkan keredhaan akhirat dan tolak habuan duniawi dgn motto “kalah di dunia tidak gundah gulana namun menang di akhirat menanti para pejuang”

Inikah kesudahannya kepada Pas yang gemilang pada era 1998 – 2013 lalu?

RM2.6 bilion : Dua Tok Guru terdiam?

(Blog: AL HUSSEYN)

RM2.6 bilion : Dua Tok Guru terdiam?
Haji Hadi dan Haron Din dua orang tokoh ulama telah diperdayakan oleh Najib sebab dia memang pakar putar alam.

Atau mungkinkah mereka bertiga ini memang sama level, saling sokong menyokong, sahut bersahutan sesama mereka? Hahahaha… spekulasi aku sahaja.

Sehingga kini dua orang tokoh ulama ini masih belum membuat kenyataan untuk membetulkan semula apa yang pernah mereka nyatakan sebelum ini.

Apakah Hj Hadi dan Haron Din masih belum percaya bahawa dana RM2.6 billion itu telah benar-benar dimasukan ke dalam akaun peribadi Najib?

Apa yang menjadikan mereka berdua ni terkancing gigi, waima Najib sendiri telah mengakuinya? SPRM pun akuinya ….Mahu saksi apa lagi?

Adalah penting bagi mereka memperbetulkan kenyataan mereka yang terdahulu itu. Menurut Shahbudin, kalau tanya budak sekolah darjah tiga pun dia tahu siapa penyamun sebenarnya…ikuti tulisannya berikut :

Pas nak ajar Najib

Masihkah kita ingat apa antara kata-kata Najib Razak apabila mula didedahkan wang sejumlah RM2,600 juta mengalir masuk ke dalam akaun peribadinya dan kemudian Pas melalui Mursyidul Amnya, Dr Haron Din turut tidak mempercayai dakwaan tersebut?

'Jambatan bengkok' -Shazryl Eskay kalah RM20j komisen



Kontraktor Merong Mahawangsa Sdn Bhd yang dianugerahkan kontrak projek jambatan bengkok, hari ini menang dalam rayuannya berhubung pembayaran RM20 juta kepada ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah.

Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan syarikat itu kerana ia menganggap kontrak untuk membayar Shazryl RM20 juta kerana mendapat projek itu adalah tidak sah kerana ia bertentangan dengan dasar awam.

Penghakiman itu dibacakan oleh Hakim Tan Sri Jeffrey Tan ‎Kok Wha. Panel hakim dipengerusikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum.

Mahkamah memutuskan mengenai persoalan undang-undang, iaitu, sama ada sesuatu perjanjian untuk menyediakan perkhidmatan bagi mempengaruhi keputusan seseorang pembuat keputusan awam untuk menganugerahkan kontrak, adalah kontrak yang bertentangan dengan dasar awam, sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Seksyen 24 (e) Kontrak Akta 1950, dan oleh itu ia tidak sah.

Berkaitan dengan soalan tersebut, Hakim Tan menjawab bahawa ianya tidak sah.

Pelajar berkampung di luar perkarangan Parlimen ditangkap

 
Polis menangkap 16 orang pelajar -13 lelaki dan tiga wanita - yang berkampung di luar perkarangan Parlimen dan membawa mereka ke balai polis Jinjang.

Tidak lama selepas mereka ditangkap pada kira-kira jam 10.30 malam, seorang lagi aktivis ditangkap kerana mengambil gambar barangan yang dirampas.

Beberapa pegawai polis cuba menghalang wartawan daripada merakam gambar semasa tangkapan yang kedua.

Aktivis itu kelihatan berdarah pada kakinya.

Sebelum itu, sekumpulan 30 anggota polis yang memakai jaket polis meminta pelajar-pelajar yang berkhemah di situ sejak semalam supaya beredar dari situ.

Mereka telah meminta sekumpulan kira-kira 20 pelajar supaya meninggalkan tempat itu atau ditangkap.

Ketua Polis Daerah Sentul R Munusamy berkata mereka telah memberi pelajar tersebut lebih 24 jam untuk berkhemah di situ dan apa yang dilakukan pelajar berkenaan boleh menjadi suatu kesalahan di bawah 124B Kanun Keseksaan.

Katanya, memaksa seseorang untuk meletakkan jawatan melalui demonstrasi jalanan adalah haram.

POKOK SENA - Sanggup berhabis duit beli bendera

 Sanggup berhabis duit beli bendera
POKOK SENA - Walaupun gagal beberapa kali dalam pertandingan Keceriaan Merdeka peringkat negeri Kedah, itu tidak pernah mematah semangat Dahari Hashim, 67, dari Kampung Baru di sini, untuk terus menghiasi halaman rumahnya dengan dipenuhi Jalur Gemilang.

Dahari berkata, setiap tahun menjadi kewajipan pada dirinya untuk mengibarkan Jalur Gemilang menjelang Hari Kemerdekaan malah memperuntukkan RM500 bagi menunjukkan rasa cinta pada negara.

Menurutnya, walaupun kudrat semakin terhad, tidak menghalangnya untuk menghiasi halaman dengan Jalur Gemilang serta membina sebuah replika dengan meletak dua meriam kecil di hadapan rumah.

“Pertandingan bukanlah tujuan saya membinanya tetapi semangat cinta tanah air melebihi segala-galanya apatah lagi pernah bertempur dengan komunis hingga melihat  sendiri rakan saya terkorban,” katanya.

Pembangunan di Kg Mutiara tak akan diluluskan

 Lim Guan Eng
GEORGETOWN - Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak akan meluluskan sebarang permohonan pelan pembangunan di Kampung Mutiara, Batu Feringghi di sini, kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, setakat ini pemilik tanah berkenaan belum mengemukakan permohonan untuk memajukan tanah itu.
  
"Kami tidak pernah meluluskan sebarang pelan pembangunan di kawasan itu dan kerajaan negeri tidak mengambil tindakan mengusir penduduk di situ," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN:  Nasib penduduk Kampung Mutiara belum pasti]
  
Semalam, kira-kira 1,000 penduduk Kampung Mutiara berkumpul membantah tindakan pemilik tanah yang mengarahkan mereka mengosongkan tanah berkenaan tanpa membuat rundingan.
  
Bagaimanapun hasil campur tangan Umno dan kerajaan negeri, pemilik tanah berkenaan menangguhkan tindakan itu ke satu tarikh yang akan ditetapkan oleh penduduk.

Guan Eng berkata, isu itu melibatkan tanah milik swasta dan kerajaan negeri akan terus membela penduduk di kawasan itu dan mencari jalan penyelesaian sekiranya pemilik tanah mendapatkan perintah pengusiran daripada mahkamah. - Bernama




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...