TERKINI :

Tuesday, August 25, 2015

Eishh puak BN nie..kenapa mintak GST diturunkan, sepatutnya naiklah lagi..!!

Penyokong kerajaan gesa kadar GST diturunkan

lee-sang
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Penyokong Barisan Nasional (PPBNM) menggesa kerajaan mengkaji semula kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kerana kadar enam peratus itu terlalu tinggi.

Timbalan Presidennya, Dr Lee Nan Sang berkata, kadar enam peratus itu tidak lagi relevan kerana kejatuhan nilai Ringgit yang semakin teruk saban hari.

Katanya, pelaksanaan GST bermula 1 April lalu memberi pendapatan tambahan kepada negara tetapi dalam masa sama telah menyebabkan ekonomi negara terus merosot.

Ini ditambah dengan kejatuhan nilai Ringgit yang menambahkan lagi kesengsaraan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana, katanya.

“Memandangkan keadaan ekonomi negara semakin jatuh, kadar enam peratus ini dianggap suatu kadar yang tinggi sekaligus dan sokongan rakyat terhadap BN merosot,” katanya dalam sidang media di Pusat Membeli Belah Pandan Capital pada Selasa.

Halau saya? Halau dulu penerima RM2.6 bilion – Khalid Samad

Khairil Ashraf

UMNO Shah Alam mendakwa Khalid Samad sebagai alat DAP dan telah memecah belahkan orang Melayu di Shah Alam.


SHAH ALAM : Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ‘memulang paku buah keras’ kepada pemimpin UMNO yang mendesak beliau dinyah atau dihalau dari bandaraya itu.

Khalid berkata, UMNO sepatutnya menumpukan usaha menghalau penerima derma RM2.6 bilion sebelum berfikir untuk menghalaunya.

“Nasihat saya kepada mereka untuk imej UMNO itu sendiri, tumpukan usaha nyahkan penerima derma RM2.6 bilion daripada nak nyahkan saya.

“Yang nak nyahkan saya sangat apa salah saya?,” katanya dalam sidang media di pejabatnya pada Selasa.

Khalid berkata, UMNO tiada hak untuk menghalau atau membuang dia dari Shah Alam.

Baru-baru ini, Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari mendakwa Khalid sebagai alat DAP dan bertanggungjawab memecah-belahkan pengundi Melayu di Shah Alam.

Apakah nasib Muhyiddin Yassin dalam mesyuarat MT UMNO pada 9 September depan ini?

DINAMAKAN "OPERASI KEDUA", MUHYIDDIN AKAN DIPECAT 9 SEPT INI?

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/05/Muhyiddin_1mdb_umno_bn_600_1.jpgApakah nasib Muhyiddin Yassin dalam mesyuarat MT UMNO pada 9 September depan ini?

Adakah keahlian UMNOnya akan dipecat dan seterusnya menyebabkan kehilangan kedudukan sebagai Timbalan Presiden UMNO atau beliau akan dibebaskan daripada sebarang tindakan yang membolehkannya terus mengkritik parti dan Presiden UMNO serta kekal duduk sebagai orang nombor dua yang menyusahkan ketua sehingga pemilihan parti diadakan pada 2018 nanti?

Setakat ini berbagai pendapat dan andaian dapat didengar mengenai untung nasib bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Ada yang mengatakan beliau akan dipecat untuk memudahkan langkah-langkah Najib seterusnya, baik dalam UMNO mahu pun kerajaan dan ada pula yang yakin tiada apa-apa tindakan akan diambil kerana ia akan memburukkan lagi peluang BN untuk memenangi pilihanraya akan datang.

Bagaimanapun, perkembangan terbaru sebaik saja 9 September depan ini diumumkan sebagai tarikh mesyuarat MT UMNO menunjukkan kemungkinan paling besar ialah Muhyiddin akan dipecat daripada UMNO.

Beliau dijangka akan dipecat kerana didakwa menjejaskan imej parti dan memburukkan nama Najib selaku Presiden UMNO berikutan beberapa kritikan terbukanya terhadap 1MDB dan derma RM2,600 juta yang diucapkan ketika merasmikan beberapa mesyuarat perwakilan UMNO dua tiga minggu sebelum ini.

PAS perang semula dengan UMNO jika usul hudud tidak dibentang

 
KOTA BHARU: PAS bersedia menamatkan 'gencatan senjata' dengan UMNO sekiranya Rang Undang-Undang Persendirian, (RUU) Enakmen Kanun Jenayah Syariah 11 Kelantan 1993 pindaan 2015 tidak dapat dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, jika hasrat kerajaan negeri itu masih gagal, maka kedua-dua parti akan kembali berperang.

Menurutnya, UMNO perlu membantu mempermudahkan pembentangan RUU bagi membolehkan institusi Mahkamah Syariah diperkasakan.

"Betul, sebab itu kita kemukakan RUU pindaan kepada Akta 355, iaitu usaha hendak perkasakan Mahkamah Syariah dan kalau UMNO betul-betul jujur dan mahu melihat Mahkamah Syariah diperkasakan, mereka perlu memberi laluan.

"Kita akan berusaha dan akan cuba masukkan untuk kali terakhir pembentangan RUU pada sesi sidang Parlimen bulan 10 ini. Kalau tidak jadi, lepas ni kita (PAS) akan kembali kepada asal. Waktu ini 'genjatan senjata' kita tamatkan dan kita perang balik," katanya di sini pada Isnin.

Saham FGV menjunam, kerajaan terus membisu


NARAZA MUDA | 25 Ogos 2015.

http://3.bp.blogspot.com/-CPbj0wiHLdw/UD5fECD_AGI/AAAAAAAATzU/C66kA83FFNY/s1600/FGV+-+hutang+n+FOC.jpg
Tahukah anda, apa yang telah mereka dapat...!!

MENELITI kedudukan urusniaga saham FGV minggu lepas dan hari pertama minggu ini menyaksikan berlaku unjuran kejatuhan yang berterusan.

Perkembangan terkini ini, menjadi tanda tanya dan keluh resah para peneroka Felda.

Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menstabilkan kembali kedudukan saham ini agar tidak terus merudum?

Apakah saham terbesar selepas Facebook ini akan menerima nasib yang sama seperti saham-saham lain yang sudah lesu bahkan lenyap dari senarai syarikat yang disenaraikan. Peneroka Felda bimbang saham FGV menjadi seperti saham negeri ASDI dan ASJ.

Peneroka Felda juga resah, walaupun rata-rata mereka hanya memiliki 800 unit sahaja seorang, mereka bimbang kesan yang bakal menimpa kepada FGV dan Felda kelak.

MB Pahang, 12 exco akan isytihar harta.. adakah itu sebagai signal nak perli Najib?


Menteri Besar Pahang bersama 12 Anggota Exco Kerajaan Negeri akan mengisytiharkan harta masing-masing sebagai usaha berterusan menangani rasuah.

Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pengisytiharan berkenaan akan dilakukan secepat mungkin iaitu selepas perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Exco esok.

"Kita akan isytihar harta yang kita ada dan mungkin dari semasa ke semasa kalau ada tambahan atau pelupusan harta, kita akan lapor kepada SPRM.

"Saya sendiri akan mengemukakan penyata kewangan dan akaun kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan ini mungkin mengambil masa kira-kira dua hingga tiga minggu.

"Justeru saya harap SPRM dapat memberi masa kepada kerajaan negeri untuk mengisytiharkan harta masing-masing sebagai satu komitmen untuk menangani gejala rasuah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis taklimat dan wacana SPRM Pahang bersama Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Senator di Kuantan, Selasa.

Pertukaran ketua nombor 2 SB ‘amat membimbangkan’, kata bekas KPN

http://3.bp.blogspot.com/-rI89fPzgTa8/UM3JHXWZXbI/AAAAAAAAEcw/rwfKxfQ5FSo/s1600/rahim+nor.jpg
Bekas ketua polis negara, Tan Sri Rahim Noor menyifatkan pertukaran bekas timbalan pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador sebagai "amat membimbangkan".

Rahim berkata, kebimbangan itu bertambah kuat apabila bekas ketua Cawangan Khas, Datuk Seri Akhil Bulat turut digantikan pada Julai lalu, seminggu sebelum kontraknya tamat.

"Orang nombor 1 sudah tiada lagi di sana dan kini nombor 2 dipindahkan.

"Orang yang waras akan berfikir adalah lebih baik untuk tidak menukar 2 individu tersebut serentak," katanya seperti dilaporkan The Star hari ini.

Laporan sama menyebut Hamid pernah bekerja di bawah penyeliaan Rahim sewaktu bekas KPN itu menjadi pengarah Cawangan Khas.

Rahim berkata, Hamid seorang pegawai perisik yang sangat tekun dalam melaksanakan tugasnya.

"Dia sangat bijak dan berdedikasi. Beliau seorang pegawai perisikan 100%. Ia ada di dalam darahnya.

"Sebagai bos, saya tidak pernah meragui beliau dan keselamatan negara sentiasa menjadi keutamaannya.

Pasukan khas diberi nama baharu, 1MDB tidak disiasat, kata peguam negara

Jabatan Peguam Negara berkata, National Revenue Recovery Enforcement Team (NRRET) yang diumumkan baru-baru ini merupakan nama baru kepada pasukan petugas khas yang ditubuhkan sejak tahun 2011. Bagaimanapun, ia tidak akan menyiasat syarikat sarat hutang 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Ogos, 2015.
Putrajaya memberi nama baru kepada sebuah pasukan petugas khasnya yang menyiasat jenayah berkaitan wang, tetapi ia tidak akan menyiasat syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan entiti berkaitannya, kata Jabatan Peguam Negara hari ini.

Katanya, Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara (NRRET) yang diumumkan baru-baru ini bukan satu pasukan petugas khas yang baru ditubuhkan.

"NRRET adalah merupakan nama baru kepada pasukan petugas khas yang ditubuhkan sejak 2011 untuk membantu kerajaan menangani beberapa isu," kata jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini.

"NRRET tidak pernah terlibat dengan mana-mana siasatan yang melibatkan 1MDB dan syarikat-syarikat berkaitan," katanya.

Akhbar Sin Chew Daily sebelum ini melaporkan, peguam negara baharu Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengetuai NRRET yang terdiri daripada Bank Negara Malaysia (BNM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagaimanapun tidak bersama pasukan itu.

Kejatuhan Nilai Matawang Ringgit Malaysia Bakal Bankrupkan Negara.

Gerakan Anak Muda Harapan Baru (GAMHB) memandang serius kejatuhan berterusan nilai mata wang negara Ringgit Malaysia yang akhirnya boleh mengakibatkan negara menjadi bankrap. Faktor utama yang mendorong kesusutan nilai matawang negara adalah faktor sentimen kewangan berkaitan skandal 1MDB yang melibatkan integriti Perdana Menteri yang gagal diselesaikan sehingga kini serta faktor fundamental ekonomi akibat hutang negara yang cukup tinggi.

Kebankrapan negara jika menjadi realiti dan bukannya mimpi di siang hari, maka rakyat lah yang akhirnya menanggung kesan buruknya. Kadar inflasi akan meningkat, kenaikan melampau harga barangan dapur yang kebanyakannya diimport, kilang-kilang ditutup dan industri perdagangan menjadi lumpuh yang pasti menambah jumlah pengangguran dan lelongan hartanah, harga bahan api menjadi lebih mahal yang akan memberikan kesan kepada perkhidmatan awam serta penjawat awam berkemungkinan kehilangan pekerjaan jika kerajaan tidak lagi mampu membayar gaji.

Akibatnya, masalah sosial dan jenayah akan meningkat dan ini akan meruntuhkan nilaimurni dan jatidiri masyarakat Malaysia terutama di kalangan anakmuda. Hutang PTPTN pasti menjadi mimpi ngeri bagi graduan anakmuda sedangkan tiada jaminan untuk ditawarkan pekerjaan.

Kebimbangan risiko ini menjadi lebih parah jika kerajaan terpaksa tunduk kepada kehendak kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat dalam penstrukturan membayar hutang negara termasuk kemungkinan bersetuju kepada TPPA yang akhirnya mengakibatkan dagangan milik kuasa luar menguasai ekonomi negara.

Ketika itu, kita bakal mengemis di bumi sendiri. Ketuanan Melayu hanya menjadi ukiran sejarah. Melayu akan dibangsatkan akibat korupsi dan penyelewengan pemimpin umnobn.

Maka, GAMHB menyeru semua pihak mengambil langkah-langkah demokratik yang drastik dan berkesan terutama ahli-ahli parlimen dari semua parti politik bersama-sama berkonsultansi mencari solusi untuk memulihkan ekonomi negara secara telus dan berkesan. Tindakan pembersihan sistem pilihanraya hendaklah diambil segera agar proses demokrasi dapat dijalankan bagi membolehkan rakyat memilih pemimpin yang amanah dan adil bagi menerajui tampuk pemerintahan negara.

Satu sidang parlimen khas perlu dipangil dengan segera bagi menyelesaikan kemelut ekonomi negara ini sebelum terlambat. Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri perlu menjadi agenda permulaan bagi merealisasikan agenda perubahan ini.

Harapan rakyat usah dipunahkan kerana kepentingan politik. Rakyat dambakan erti kemerdekaan hakiki untuk bebas daripada kemiskinan, penindasan dan kezaliman.

FAIZ FADZIL
Pengarah Komunikasi
Gerakan Anak Muda
Harapan Baru
25 Ogos 2015

Jangan perbodohkan rakyat, titah sultan Johor

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan pemimpin kerajaan supaya memikul tanggungjawab dengan penuh amanah untuk kepentingan umum dan tidak mengutamakan kepentingan peribadi.

Sultan Johor bertitah, rakyat hari ini berilmu dan bijak menilai sendiri maklumat yang disampaikan kepada mereka.

“Rakyat pada hari ini adalah generasi yang berilmu dan bijak menilai maklumat yang diterima, janganlah cuba memperbodohkan rakyat dengan memberikan berita dan maklumat yang hanya sedap untuk didengar bagi menutup keadaan sebenar.

“Selesaikanlah masalah masalah yang timbul dengan segera,” titah baginda sempena hari ulang tahun Rejimen Gerak Khas yang ke-50.

Petikan ucapan itu, yang tidak menyebut secara khusus individu tertentu, dimuat naik ke Facebook Johor Southern Tigers hari ini.

Dalam ucapan itu, sultan Ismail turut menyatakan kebimbangan terhadap masalah politik dan ekonomi yang melanda negara ini.

Serigala pimpin biri-biri

Keluarga diraja Johor terkenal sebagai pihak yang banyak menyentuh isu semasa negara dalam negara ini, tetapi menafikan cuba campur tangan dalam hal ehwal politik.

Sementara itu, Tengku Mahkota Johor Brigadier Jeneral Tunku Ismail pula dalam Facebook sama turut menulis kiasan tajam tentang kualiti seorang pemimpin.

“Ada serigala yang memimpin kawanan biri-biri, berbeza dengan serigala yang memimpin serigala,” katanya.

DAP lapor polis isu fitnah parti itu dibiayai oleh Yahudi, tuntut Aziz mohon maaf

DAP telah membuat laporan polis terhadap Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi yang dilaporkan mendakwa parti itu dibiayai oleh Yahudi.

DAP Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong , disertai oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh dan Ketua Pemuda DAP Subang Edry Faizal Eddy Yusof, membuat laporan itu di ibu pejabat Polis Dang Wangi tengah hari tadi.

Sabtu lalu, Abdul Aziz Kaprawi yang juga Ketua Umno Sri Gading, dilaporkan mendakwa RM2.6 bilion yang disumbangkan oleh orang Arab kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, adalah untuk melawan DAP yang "dibiayai Yahudi".

Teo menafikan DAP telah menerima sebarang dana politik dari luar negeri dan mahu Abdul Aziz memohon maaf.

Teo yang juga Ketua Pemuda DAP, juga mengarahkan ahli Pemuda DAP di semua negeri supaya membuat laporan yang sama terhadap ahli parlimen Sri Gading. itu.

Apabila ULAMAK PAS & BLOGGER UMNO BN bersatu "RATAH" Lim Guan Eng & Kerajaan Negeri dalam isu Kg. Mutiara

Malas nak cerita banyak, anda bacalah sendiri apa yang telah di postkan oleh ULAMA PAS nie di wall beliau..???


Ini penjelasan oleh rakyat berkenaan isu tersebut

Huraian Panjang lagi..sila KLIK

Kenyataan dari MP DAP Bukit Bendera & GHB Pulau Pinang berkenaan isu Kg. Mutiara


Perjumpaan JK Khas (Ghb) Kg Mutiara dgn YB Zairel.


Fakta.

1. Kes ini adalah antara Penduduk Kg Mutiara dengan Tuan Tanah.

Ringkasan.

Tanah Kg Mutiara asalnya milik Lorraine Osman.

Atas sebab2 tertentu, Bank melelong tanah tersebut dan dibeli oleh Tuan Tanah sekarang pada 2007.
Tuan Tanah selaku Plaintif, telah memfailkan di Mahkamah supaya penduduk mengosongkan tanah miliknya.

Kes ini telah dibicarakan di Mahkamah Tinggi, seterusnya di Mahkamah Rayuan, memihak kpd Tuan Tanah.

2. Kes ini pada asal dan awalnya dikendalikan oleh Umno. 'Kebetulan' majoriti penduduk Kg Mutiara adalah ahli dan/atau penyokong Umno.

3. Tanah Park Royal Hotel.

Sebahagian penduduk Kg Mutiara sebelum ini menduduki tanah Hotel Park Royal. Bila Hotel Park Royal dibina, mereka berpindah ke Kg Mutiara.

Pemimpin Umno Kedah kecewa, usul Najib letak jawatan

Umno Cawangan Kampung Kuala Sin di Merbok, Kedah turut menggesa peletakan jawatan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Ogos, 2015.
Naib Pengerusi Umno Cawangan Kampung Kuala Sin, Abd Karim Ali mempertahankan hujah dan usulnya pada persidangan Mesyuarat Perwakilan Bahagian Merbok, Kedah, 22 Ogos lalu yang menggesa Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.

Kecewa dengan isu yang melanda parti Melayu terbesar itu, Karim, 51, yang juga bekas ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok berkata, perubahan perlu dilakukan demi memastikan kemenangan parti pada pilihan raya akan datang.

"Hari ini semua orang tahu apa yang berlaku, kita tidak boleh bersembunyi lagi. Rakyat yang akan undi pada pilihan raya nanti seramai 15 juta orang.

"Kita (ahli Umno) hanya 3 juta saja. Jadi saya merayu sangat presiden berundur," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Dia (Tajul) hanya mahu lari daripada isu. Sewaktu saya usulkan, tiada sebarang bantahan dan undi sebulat suara.

"Kenapa ketua bahagian tidak bantah semasa usul tersebut dibentangkan? Semua sudah undi bersetuju," katanya.

Karim berkata, ia bukan satu kenyataan yang dibuatnya ketika membahaskan usul seperti dilaporkan portal Malaysiakini sebelum ini.

Sebaliknya, beliau berkata ia cadangan untuk membuat pindaan kepada usul dan mendapat sokongan sebulat suara melalui undian semua perwakilan, termasuk ahli jawatankuasa (AJK) bahagian.

Malah, pengerusi tetap persidangan Umno juga katanya meluluskan dan menerima usul pindaan ini.

Umno, Parlimen saja bisa singkir PM


TAN SRI ABDULLAH AHMAD


OLEH kerana saga kemelut politik berterusan ramai bertanya, sungguhpun saya bukan seorang pakar dan peguam constitutional law, bagaimana seorang perdana menteri boleh dilucutkan jawatannya? Pendapat saya, tanpa banyak fikir, ada tujuh cara.

Parti pemerintah, dalam kes ini Barisan Nasional pimpinan Umno melalui Majlis Tertingginya mengundi tidak percaya terhadap perdana menteri, pemberontakan dalam Kabinet, Parlimen meluluskan usul tidak yakin lagi atau a vote of no confidence terhadap perdana menteri.

Semasa artikel ini di dictatekan, seperti kata Speaking, none has happened nor is likely to happen soon, yakni satu pun apa dikata di atas belum berlaku dan kemungkinannya berlaku saat ini tidak cerah.

Keempat, perdana menteri dengan sukarela meletak jawatan, satu perkara yang tidak akan berlaku dalam situasi sekarang, bahkan dalam budaya kita penjawat jawatan apa pun lazimnya akan hang on to the job!

Berjimat sebelum terlewat, bab NAJIB nak boros tu biarkanlah beliau tanggung sendiri

Wang
http://goo.gl/4f3sYf 
 
RAZAK (bukan nama sebenar) akan bersara pada tahun hadapan. Dia risau dengan jumlah hutang tertunggak dengan bank beberapa tahun ini.

Razak yang bekerja sebagai guru besar di salah sebuah sekolah di Pahang sejak lebih 20 tahun dahulu Razak juga menghidap penyakit diabetes dan darah tinggi.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dia asyik menggunakan kad kreditnya untuk membiayai perubatannya dan menampung pembelajaran dua anaknya di institusi pengajian tinggi.

Dia juga menanggung dua cucunya yang masih kecil kerana seorang lagi anaknya baru sahaja bercerai dan tidak bekerja. Isterinya pula suri rumah sepenuh masa.

Razak sudah tidak membayar hutang kad kreditnya selama hampir dua tahun. Dia mempunyai dua kad kredit yang masing-masing mempunyai jumlah tertunggak sebanyak RM20,000 dan RM 29,000.

Pas tidak kerah ahli, penyokong sertai Bersih 4.0

 Takiyuddin Hassan
KUALA LUMPUR - Pas tidak akan mengerahkan anggota dan penyokongnya untuk menyertai perhimpunan Bersih 4.0 di ibu negara.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan dalam kenyataan hari ini berkata, tarikh perhimpunan itu yang hanya selang sehari dengan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, adalah dirasakan tidak sesuai.

Beliau berkata, Pas hanya akan menghantar wakil ke acara itu.

Anggota Parlimen Kota Baharu itu turut mengingatkan ketenteraman awam serta kestabilan negara mesti dijaga dan ini menjadi tanggungjawab semua pihak. - Bernama

 

Permintaan dadah jenis syabu dari Pelajar sekolah di Kedah sudah tahap kritikal

Syabu jadi kegilaan anak muda


Syabu jadi kegilaan anak muda
ALOR SETAR - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kedah mendapati kadar permintaan anak muda terhadap dadah jenis syabu di negeri ini makin meningkat.

Pengarah AADK Kedah, Mohammad Nazer Mustafa berkata, pengambilan dadah jenis syabu seolah-olah menjadi pilihan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA), swasta, pelajar sekolah dan pekerja.

"Ini terbukti apabila kira-kira 306 daripada 362 pelajar sekolah didapati positif syabu melalui ujian air kencing pada penggal pertama tahun ini.

"Malah bagi pelajar IPTA, 61 daripada 72 orang juga disyaki mengambil dadah syabu," katanya.

Menurutnya, kadar penggunaan syabu dalam kalangan pelajar IPTS adalah 99 peratus, kakitangan kerajaan (55 peratus) dan kakitangan swasta (50 peratus).

"Jumlah itu menunjukkan penggunaan syabu seolah-olah menjadi kegilaan generasi kini terutamanya anak muda.

"Walaupun kos dadah berkenaan agak tinggi berbanding heroin, namun dadah yang dijual dalam bentuk paket pada kadar harga sekitar RM50 tetap jadi pilihan," katanya.

Roboh Rumah : Jika di Penang sibuk dengan Kg. Mutiara, ini pula di Sg.Petani tak ada siapa nak ambil tahu kah??

Tidak berganjak dari rumah

Tidak berganjak dari rumah
SUNGAI PETANI – Seorang lelaki bertegas tidak berganjak dari meninggalkan rumah didiami biarpun kerja-kerja merobohkan kediamannya di Kampung Raja, Sungai Petani dilakukan kira-kira jam 10 pagi semalam.

Sebelum ini, lelaki itu diperintahkan mengosongkan tanah atas arahan mahkamah bagaimanapun berkeras tidak mahu keluar dari rumahnya.

Difahamkan, rumah yang diduduki lelaki itu bersama isteri dan tujuh anak atas tanah pusaka milik keluarga sudah dijual kepada pihak ketiga dalam masa sama, tuan tanah memerintahkan tapak berkenaan dikosongkan bagi tujuan pembangunan.

Peguam, Datuk Ganesan Subramaniam mewakili tuan tanah berkata, pihaknya sudah memberi kelonggaran kepada kesemua penghuni yang mendiami tiga rumah dalam tanah berkenaan supaya mengosongkan kawasan itu sejak tiga tahun lalu.

“Arahan mengosongkan tanah diperintahkan mahkamah selepas kes ini selesai dibicarakan.

“Bagaimanapun, penghuni yang menetap di sini tetap berdegil walaupun kita memberi kelonggaran dengan alasan mereka belum mempunyai tempat berlindung.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...