TERKINI :

Monday, August 24, 2015

AJK PAS Pusat anggap himpunan BERSIH YANG KOTOR

BERSIH YANG KOTOR
*Copypaste drpd shbt jbtn amal malaysia

Cerita pasal BERSIH 4.0.. sedang kami berkursus dalam Kursus Emergency dan Trauma anjuran Kor Medik dan Penyelamat Jabatan Amal Malaysia di Sg. Congkak Hulu Langat.. Kehadiran Ust. Nasaruddin Tantawi amat mengejutkan kami, beliau diberikan kesempatan memberikan sepatah dua kata..

Beliau menceritakan cerita sebenar disebalik BERSIH 4.0.. Bersih 1~3 Pas merupakan penganjur bersama.. Semua syarat PAS dituruti iaitu perhimpunan aman dan bertatasusila Islamik dan tidak menggalakkan campuran lelaki dan perempuan..

Namun pada bersih 4.. PAS telah ditolak awal dr jadi penganjur bersama kerana dasar PAS yang Islamik dan berpendirian tegas utk tidak mengheret rakyat kepada aktiviti mengharu birukan keselamatan negara.

PAS yg ditolak sebagai penganjur bersama namun diminta mengerahkan ahlinya dan Sayap Utama dlm kebajikannya (Unit Amal) utk turun seramai mungkin.. Tindakan ini seolah menghina PAS kerana sikap mereka AJK BERSIH 4.0 ini nak meletakkan para pimpinan PAS dan UNIT AMAL sebagai budak suruhan mereka..

Kita bertemu di Dataran untuk BERSIH 4.0


http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/08/bersih_4_600.jpg
Adakah benar tuduhan, datang hadir menunjuk perasaan ke perhimpunan Bersih 4 menjadikan kita orang yang mementingkan diri sendiri (selfish)?

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil, sudahpun membalas dakwaan tersebut dengan penegasan perhimpunan itu bertujuan untuk mendesak penambahbaikan ke arah sebuah kerajaan dan sistem pilihanraya yang lebih adil, menghapuskan amalan rasuah serta tuntutan menyelamatkan ekonomi negara.

Mementingkan diri sendiri dapat membawa maksud, menyintai orang lain itu suatu kebaikan, manakala menyayangi diri sendiri itu pula suatu kejahatan.

Ianya suatu pengertian yang dicipta penguasa dalam doktrin kekuasaan negara yang terpusat (autoritarianisme) sebagai perkakas kawalan untuk menekan kespontanan, kesemulajadian dan pertumbuhan diri seseorang individu.

Slogan selfish autoritarianisme menuntut pengorbanan, penyerahan diri individu semutlaknya (ke tahap tertentu secara membuta-tuli kepada kekuasaan negara).

Dengan episod pemecatan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, perkembangan politik di Malaysia masa kini tambah menarik, tetapi cukup berbahaya dan boleh mendarurat.

Berkongsi udara bersama Najib Razak, hehe

DIARI SEMALAM
Keadaan benderha Pas di Jalan Pengkalan Chepa.
Jet 1Malaysia yang membawa perdana menteri Najib Razak, meninggalkan landasan beberapa minit sebelum Malindo Air OD 1256 yang membawa saya bersama puluhan penumpang lain melakukan hal yang sama. Walaupun saya tidak satu pesawat dengan Najib, setidak-tidaknya pada hari kelmarin itu, di antara jam 9:30 pagi hingga 10:30 pagi saya berkongsi ruang udara sama dengannya.

Najib menuju ke Timur Semenanjung, saya bersama isteri dan seorang kawan juga menuju ke arah sama, Timur Semenanjung, Kota Bharu. Destinasi kami nampaknya sama, tetapi mempunyai acara berlainan. Sebelum singgah di Kota Bharu, Najib terlebih dahulu ke Kuala Nerus, Terengganu merasmikan mesyuarat perwakilan kawasan itu.

Di Kuala Nerus, Najib menasihat ahli Umno jangan mengorek kapal. Katanya kapal korek tak apa kerana ia boleh digunakan untuk cari komididi timah dan minyak, tetapi jangan korek kapal. Kalau korek kapal semua orang (Umno dan dia) akan mati lemas. Kenapa Najib terpaksa melemparkan nasihat demikian, apakah Najib sudah mengetahui yang kapal Umno sudah bocor?

SKMM jangan berat sebelah, kata pembangkang


Naib Presiden DAP Teresa Kok menunjukkan laporan polis yang dibuatnya terhadap mesej palsu di media sosial. – Gambar The Malaysian Insider, 24 Ogos, 2015.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa mengambil tindakan tegas terhadap pejuang siber (cybertrooper) yang membuat dan menyebarkan imej serta mesej palsu di media sosial, kata Naib Presiden DAP Teresa Kok.

Kok berkata, sejak 15 Ogos lalu beliau membuat 3 laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dan 3 aduan kepada SKMM berkenaan pemalsuan mesej di media sosial atas namanya.

Laporan pertama dibuat Kok pada 15 Ogos lalu berkenaan mesej Twitter palsu berbunyi:"Rapist, robbers, kidnappers, housebreaking is usually done by one of the races in Malaysia - apparently done by Malay".

Laporan polis kedua dibuat pada 20 Ogos lalu mengenai mesej Twitter palsu yang berbunyi: "Sokong YB Azmin naik tariff air Selangor. Amat wajar, untuk elakkan pembaziran air, terutamanya pada hari Jumaat".

Manakala laporan ketiga dibuat pada 23 Ogos lalu tentang kenyataan dan gambar di Facebook Pilihan Raya Kini:"Orang Melayu bangsa yang suka merogol, merompak, menculik dan pecah rumah".

Khairuddin: Melayu bangsat jika Najib terus berkuasa

 
Melayu akan "bangsat" jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus kekal berkuasa dan tidak dipecat, kata bekas naib ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

"Orang Melayu akan bangsat jika sekiranya Najib terus berkuasa. Bangsa Melayu akan berpecah seterusnya bangsat seandainya Najib tidak disingkirkan.

"Sekiranya Najib asyik syok dan angau sendiri, selagi itulah Umno serta BN akan goyah," tulis Khairuddin di dalam Facebooknya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada ucapan Najib yang juga presiden Umno semalam yang mengatakan Melayu akan bangsat sekiranya Umno hilang kuasa.

Bagaimanapun, Khairuddin berkata, Umno dan BN akan jadi lebih kuat jika Najib meletakkan jawatannya.

Pulau Pinang beralah, setuju guna tema Hari Kebangsaan pusat

Pulau Pinang menarik semula tema 'Bersih, Cekap, Amanah' yang digunakan untuk sambutan Hari Kebangsaan 2015 peringkat negeri, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Ogos, 2015.

Kerajaan Pulau Pinang beralah dan bersetuju menggunakan tema Hari Kebangsaan kerajaan pusat iaitu “Sehati Sejiwa” dan mengetepikan tema “Bersih, Cekap dan Amanah” demi memastikan Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang mendapat penghormatan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sewaktu perarakan.

Pengumuman itu dibuat Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam satu kenyataan selepas ATM memutuskan tidak menyertai perarakan peringkat negeri.

"Keputusan ATM menarik diri daripada sambutan kali ini, akibat akur kepada desakan kerajaan pusat, menyebabkan kerajaan negeri membuat pertimbangan semula.

"Kerajaan negeri akan menggunakan tema sama dengan yang diumumkan kerajaan pusat," kata Lim sambil menambah, pengumuman penarikan diri ATM adalah sesuatu yang amat mendukacitakan.

Peranan ATM untuk melakukan perarakan kehormat diraja di hadapan Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang adalah satu tradisi penting untuk sambutan ini, katanya.

Bagaimanapun, Lim kesal dengan sikap Putrajaya dalam hal itu yang disifatkan tindakan mempolitikkan Hari Kebangsaan.

Isu DIEG - 'Siasat segera, SPRM bukan bawah telunjuk Azmin'



MP PAS Datuk Mahfuz Omar berkata pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa segera menyiasat cadangan penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) jika terdapat jenayah penyelewengan dan pecah amanah.

Katanya, badan penyiasat termasuk Bank Negara, PDRM dan Audit Negara juga tidak perlu takut menyiasat agensi pelaburan itu kerana Menteri Besar Selangor Azmin Ali tiada kuasa untuk menukar pegawai seperti mana berlaku dalam kes SPRM dan 1MDB.

"Agensi penyiasat bukan berada bawah telunjuk Azmin. Sebaliknya agensi penyiasat berada bawah perdana menteri dan kerajaan persekutuan. Sila siasat segera jika terdapat keraguan seperti apa yang berlaku pada 1MDB.

"Jadi agensi siasatan jangan lagi berlengah untuk menyiasat sama ada wujud unsur pecah amanah atau tidak, bila Menteri Besar Azmin telah memberi laluan untuk siasatan.

"Jika agensi penyiasatan menganggap tiada apa yang perlu disiasat kerana belum ada lagi aset yang diuruskan oleh DEIG," kata Mahfuz dalam satu kenyataan.

Apabila PAS & UMNO senada berkenaan GHB..!!!??


Umno dan Pas kelihatan senada meramalkan masa depan parti Islam baharu yang akan diisytiharkan pada 31 Ogos nanti. Dalam Pas ada ahli nujum dan dalam Umno juga ada ahli nujum yang membuat ramalan bahawa parti Islam baharu ini akan berkubur.

Tak tahulah adakah `ahli nujum' dari Pas ini sepeguruan dengan `ahli nujum' Umno. Yang jelasnya kedua duanya menggunakan hujah yang sama.

Pimpinan PAS sedari awal membuat ramalan GHB atau parti Islam baharu nanti akan menerima nasib saperti parti HAMIM dan BERJASA. Pimpinan Umno pula meramalkan GHB akan berkubur sebagaimana parti serpihan Umno, iaitu parti Semangat 46.

Terbaru `ahli nujum' dari Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan yang juga menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan menjangkakan GHB akan terkubur seperti parti serpihan yang pernah wujud di negara ini, sebelum ini.

Beliau yang juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) dengan nada angkuh menyatakan pakatan pembangkang baharu selepas pelancaran parti Gerakan Harapan Baharu (GHB), tidak akan memberi ancaman kepada BN.

"BERGEMBIRALAH PAS", Proses pembersihan sedang berlaku ketika ini..!!


Menjelang 31 Ogos ini apabila parti Islam baru diisytiharkan, `lagu selamat tinggal Pas' mula berkemundang dan ianya pasti bertambah rancak bila parti baru itu secara sahnya berdaftar.

Sebelum ini pun sudah ada yang mengucapkan `sayonara' kepada PAS sama ada meletakkan jawatan dalam parti mahupun terus keluar dari Pas.

Suasana sebegini terus berlaku dan dijangka lebih ramai lagi mereka yang mempunyai jawatan dalam Pas akan meletakkan jawatan dan keluar dari parti itu.

Semalam Pas telah `dikejutkan' kira-kira 400 ahli dan pemimpin PAS dari tiga kawasan PAS di Selangor mengumumkan meletak jawatan sama ada dalam parti atau jawatan yang mereka sandang, sementara menunggu untuk berpindah menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).

Ia termasuk 183 ahli dari kawasan Kota Raja, 227 ahli kawasan Kapar dan tiga orang dari kawasan Klang.

Wahai Umno, usah bangsatkan bangsa sendiri


KUALA LUMPUR: Mapim menzahirkan rasa kecewa dan mempersoakan kenapa pemimpin tertinggi Umno, berjawatan Presiden memilih untuk mengistilahkan bangsa Melayu akan jadi bangsa terbangsat jika Umno hilang kuasa.

Demikian ditegaskan oleh Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam suatu kenyataan hari ini.

“Istilah bangsat yang dipilih itu melambangkan pemimpin sudah terdesak dan tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap bangsa sendiri. Sedangkan bangsa Melayu itu sendiri sudah semakin sedar bahawa kepincangan yang berlaku adalah natijah dari kekonyolan pemimpin mereka sendiri.

“Sepatutnya pemimpin Melayu harus insaf bahawa kehilangan kuasa adalah disebabkan bangsanya kehilangan keyakinan terhadap integriti pemimpinnya sendiri. Bermakna pemimpinlah yang harus diperbetulkan terlebih dahulu sebelum melampiaskan kata-kata nista kepada bangsanya sendiri,” tegas Mohd Azmi.

Aduhai... dulu HARAM JADAH dan BANGANG, kini BANGSAT pulak..!!!


najib-melayu
Walaupun Perdana Menteri, Najib Razak berasal daripada keluarga bangsawan dan merupakan anak Tun Razak yang disanjungi ramai, perkataan-perkataan yang keluar dari mulutnya kadangkala tidak sepadan dengan asal usulnya.

Ini kerana biasanya anak-anak bangsawan diajar berbudi bahasa dan menggunakan perkataan-perkataan yang lembut dan tidak kasar, sesuai dengan keperibadian mereka yang dipandang tinggi, bahkan sesuai dengan penampilan yang sentiasa berpakaian mahal dan menjamah makanan yang berkualiti setiap hari.

Jarang benar kita lihat anak-anak bangsawan mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak sesuai dengan penampilan mereka, apatah lagi jika sudah berjawatan Perdana Menteri.

Jika pun seseorang itu sudah menjadi bangsawan melalui kedudukan yang berjaya diraihnya, mereka juga sudah tentu akan menjaga budi bahasa dan perlakuannya.

Lihat saja Tun Hussein, Tun Mahathir dan Tun Abdullah, baik ketika berbual secara peribadi, mahu pun dalam pengucapan awam, tidak pernah sama sekali mengeluarkan perkataan-perkataan kasar yang boleh merendahkan keperibadiannya.

Golongan progresif utamakan isu semasa bukan syariat

KOTA BHARU: Terlalu ghairah sehingga meminggirkan persoalan asas syariah antara perjuangan kumpulan yang mahu menjadikan PAS lebih bersifat inklusif.

Felo Kehormat Unit Penyebaran Legasi Tok Guru, Wan Abdul Rahman Wan Ab. Latif berkata kumpulan terbabit memfokus kepada perspektif berkaitan isu semasa.

Katanya, mereka yang mendokong progressisme-inklusif lebih menumpukan perhatian isu pertanggungjawaban, penyalahgunaan kuasa, rasuah, pilihan raya dan Putrajaya.

“Sikap ini akhirnya melihat golongan konservatisme-ulamak sebagai tidak releven bagi mendepani persoalan semasa yang begitu pantas berlaku dalam masyarakat,” katanya di sini.

Beliau yang juga bekas pensyarah Sains Politik UKM berkata pengkaji yang mengkaji gerakan Islam dari perspektif progressisme menginginkan gerakan Islam lebih bersifat inklusif.

Tumpuan mereka kepada hal-hal yang berkaitan bukan syariat seperti rasuah, kemiskinan dan penyalahgunaan kuasa.

Apabila KU NAN pun dah tak tahan, lalu beliau pun menyindir NAJIB secara diam-diam..!!

KU NAN SINDIR NAJIB?


Umno dilihat lemah hari ini bukan kerana permainan pembangkang tetapi kerana adanya anggota yang mementingkan jawatan dan kedudukan serta pelbagai lagi yang lebih kepada kepentingan diri sendiri.

Setiausaha Agungnya Tengku Adnan Tengku Mansor berkata hanya kerana segelintir anggotanya yang tidak ikhlas dalam memperjuangkan matlamat parti itu, Umno kini berhadapan dengan krisis.

"Malah ada di kalangan anggota yang sanggup menjahanamkan parti Umno itu sendiri yang bersikap seperti anai-anai serta gunting dalam lipatan, yang tidak sudah-sudah mengadu domba," katanya semasa merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kuala Selangor di Kuala Selangor dua hari lepas.

Siapakah yang ditujukan oleh Menteri Wilayah Persekutuan itu? Adakah Ku Nan menyindir Najib? Beranikah Ku Nan menyindir Najib yang merupakan kawan karibnya itu.

Takkan Najib tidak diberitahu SB bahawa di mana-mana di seluruh negara rakyat kutuk najib kerana derma RM2.6billion itu dan isu 1MDB. Sewajarnya Najib ambil ikhtibar untuk bersara dari politik setelah diberitahu SB bahawa majoriti rakyat marah kepadanya.

GHB - "Nyamuk oh Nyamuk"

"NYAMUK OH NYAMUK"

 
Berkatalah seorang presiden bertaraf ulamak sebuah parti Islam di negara ini, Harapan Baru adalah `nyamuk kecil' yang tidak pun mengganggu ketenteraman parti itu.

Keyataan yang dilihat sebagai memperlekehkan Harapan Baru, dalam masa yang sama rakyat di luar parti itu melihatnya sebagai Parti memiliki ciri ciri kesombongan.

Pas menyifatkan Harapan Baru umpama ‘nyamuk kecil’ yang mengganggu ketenteraman parti, namun ia bukanlah suatu masalah besar kepada parti, katanya.

Presidennya, berkata, parti itu pernah berdepan cabaran lebih besar sebelum kemunculan Harapan Baru dan semua masalah itu mampu diatasi sebaiknya.

“Kita anggap ia seperti nyamuk kecil, bukan cabaran besar. Pas pernah hadapi cabaran lebih besar pada tahun 80-an apabila presiden Pas keluar parti, diikuti lebih 10 pimpinan utama sehingga hanya tinggal seorang ahli parlimen ketika itu, iaitu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” katanya, pada sidang media, selepas merasmikan Himpunan Tolak BN atau Perhimpunan Beristiqamah Hingga Kemenangan (Pihak 8.0), di Kompleks Pas Kedah.

Unit Amal PAS tidak kelihatan, Arif sedia bantu Bersih 4


Unit Amal PAS kini tidak kelihatan untuk membantu mengawal himpunan Bersih 4. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Ogos, 2015.
Ahli sukarelawan Gerakan Harapan Baru (GHB), dikenali sebagai Amal Relief Malaysia atau Arif, kini bersedia mengambil alih peranan Unit Amal PAS dalam memastikan keselamatan dan menguruskan orang ramai semasa perhimpunan Bersih 4 hujung minggu ini.

Ia susulan kepimpinan tertinggi parti Islam itu sehingga kini tidak menyatakan dengan jelas pendiriannya sama ada menyokong perhimpunan itu yang akan diadakan dari 29 hingga 30 Ogos ini di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu.

Selama ini, PAS gigih memberikan sokongan dengan mengerahkan Unit Amalnya yang memainkan peranan penting dalam membantu menjaga ketenteraman dan keselamatan pada perhimpunan menuntut reformasi pilihan raya yang lalu.

Menjanjikan kira-kira 500 ahli, Arif memberi jaminan ia akan dapat memikul tugas berat itu walaupun agak baru ditubuhkan pada Julai lalu selepas GHB dilancarkan secara rasmi.

Setiausaha Agungnya Baharuddin Abu Kassim berkata, Arif, pada dasarnya ialah Unit Amal versi GHB.

Beliau berkata ahli-ahlinya terdiri daripada pasukan sukarelawan PAS, yang baru-baru ini melepaskan jawatan dalam parti Islam itu bagi menyertai gerakan baharu.

Bekas Pengarah Unit Amal, Johari Osman, kini mengetuai Arif.

GHB hentam Najib kenyataan 'terbangsat'


Gerakan Harapan Baru (GHB) menghentam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak kerana mengatakan bahawa orang Melayu akan "terbangsat" jika Umno hilang kuasa.

Najib, yang juga presiden Umno berkata demikian semasa mesyuarat perwakilan Umno di Kangar semalam.

Pengerusi penaja GHB, Mohamad Sabu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata jika Umno hilang kuasa, Najib mungkin takut akan berakhir di Penjara Sungai Buloh, Selangor.

Berucap di Seberang Jaya malam tadi, beliau mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiasat tuduhan yang yang membabitkan 1MDB tetapi sebaliknya, pihak polis telah diarah menyiasat SPRM.

"Ketika siasat-menyiasat begini, (ibupejabat polis) Bukit Aman pula terbakar. Macam cerita Hindustan!" kata Mat Sabu disambut ketawa hadirin.

"Kalau Umno kalah, siapa menang? Ada Melayu dalam pembangkang (sebelum ini Pakatan Rakyat), Melayu dalam DAP dan PKR," katanya kepada kira-kira 500 orang yang menghadiri pelancaran rasmi GHB di Dewan SP Arena.

Penjara Sungai Buloh adalah di mana bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani hukuman penjara lima tahun selepas disabitkan atas tuduhan liwat.

Selain daripada hutang 1MDB, Najib sedang menghadapi kritikan sengit berkaitan sumbangan RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun bank peribadinya sebelum pilihan raya umum 2013 (PRU13).

Mohon maaf atau disaman, kata keluarga Anwar kepada ketua Umno Kepong


Keluarga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tuntut Ketua Umno Bahagian Kepong Datuk Rizuan Abd Hamid mohon maaf kepada mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Ogos, 2015.
Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan tuntutan saman terhadap Ketua Umno Bahagian Kepong Datuk Rizuan Abd Hamid susulan kenyataannya yang mengatakan terdapat "berbilion ringgit" dalam akaun bank Presiden PKR Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anaknya.

Dr Wan Azizah, bersama anak-anaknya, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah, Nurul Nuha dan Mohd Ihsan memfailkan saman tersebut kepada Rizuan semalam.

Melalui notis tuntutan yang diedarkan kepada media, melalui peguam mereka, Daim & Gamany, Rizuan dituntut mengemukakan permohonan maaf dalam akhbar harian nasional dan penarikan balik artikel tersebut sepenuhnya.

Selain itu, Rizuan juga dituntut membayar sejumlah pampasan kerana merosakkan nama dan reputasi keluarga Anwar serta tidak lagi mengulangi kenyataannya.

"Kamu juga dituntut untuk membalasnya dalam tempoh 48 jam, kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan prosiding undang-undang dikenakan dengan kosnya ditanggung pihak kamu sepenuhnya," kata notis tuntutan tersebut.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...