TERKINI :

Saturday, August 22, 2015

Najib cipta formula untuk elak Umno karam

Formula lima K Najib elak Umno karam

Datuk Seri Najib Razak menasihati ahli Umno itu supaya tidak mengamalkan sikap "mengorek kapal" bagi memastikan parti itu tidak "tenggelam".

Dengan memberikan formula lima "K", Najib mengumpamakan Umno sebagai sebuah kapal dan menasihati akar umbinya tidak mengkhianati parti.

Menjelaskan maksud "K" itu perdana menteri berkata, pertama ialah jangan "khianat" kepada parti dengan mengamalkan sikap peteh keting (tikam belakang).

"K yang kedua, jangan korek kapal. Kalau kita korek kapal apa akan terjadi? Maknanya kita semua akan mati lemas. Ini mesti dielakkan.

"Semangat kepartian mesti ada. Setia kawan mesti ada. Susah senang kita kena bantu," katanya dalam ucapan perasmian mesyuarat Umno Kuala Nerus, Kuala Terengganu hari ini.

Turut hadir, Ketua Umno bahagian itu yang juga Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Jaga aib masing-masing

Selain itu, Najib berkata, perkara yang perlu diamalkan oleh semua ahli parti ialah menanamkan semangat "kerjasama", "kemampuan" dan "keyakinan" kepada parti.

Sementara itu, Najib turut memberi peringatan kepada kira-kira 400 perwakilan Umno Kuala Nerus supaya tidak mengaibkan antara satu sama lain.

Menurut Najib, perbezaan pendapat merupakan perkara biasa di dalam parti.

Namun, katanya, perbezaan dan perbalahan yang wujud tidak wajar dihebohkan bagi menjaga aib masing-masing.

"Perbezaan pendapat biasa dalam Umno, dalam sejarah kita. Tapi perbezaan pendapat biarlah cara beradab. Orang Melayu ni ada seni dia, seni orang Melayu.

"Ibarat kita sama kita berbalah, jangan kita singkap semua habis barai semua orang tahu. Akhirnya kita akan ditertawakan.

"Tapi kalau kita ada pendapat berbeza, tegur cara beradab. Jaga keaiban kita kerana Islam menyuruh kita menjaga keaiban orang. Jangan jatuhkan dan aibkan orang," kata Najib lagi.

TV3 putar belit tahap dewa isu #DEIG kata boss besar Sinar Harian

USAHA Kerajaan Barang Naik menggunakan TV3 memainkan isu Darul Ehsan Investment Group, DEIG‎ sekaligus menyerang Kerajaan Selangor untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu 1MDB dan wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri, nampaknya tidak menjadi.
Tindakan itu hanyalah dilihat sebagai putar belit yang terlalu berlebihan (overkill) juga menyebabkan orang ramai menganggapnya sebagai 'penipuan dan tindakan terdesak' menurut boss besar ‎Sinar Harian, merangkap Editor Pengurusan dan juga pemilik Kumpulan Karangkraf, Datuk Husamuddin Yaacub melalui akaun twitternya.
Jelas di sini TV3 sentiasa memandang rendah kebijaksanaan rakyat Malaysia. Mereka sangka rakyat hari ini mudah ditipu dengan putar belit tahap sampah untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada 'mother of all skandal' yang dilakukan oleh Perdana Menteri.
"Kain sendiri sudah terlondeh, kemaluan pun sudah terjulur keluar, ada hati nak londehkan kain orang lain"

DAP nafi dakwaan Umno terima sumbangan dari Yahudi

Anthony Loke
SHAH ALAM - DAP hari ini menafikan parti itu mendapat sumbangan kewangan daripada mana-mana sumber asing termasuk melibatkan musuh Islam iaitu regim Yahudi.
 
Setiausaha Organisasinya, Anthony Loke menegaskan dakwaan tersebut hanyalah untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu sebenar iaitu penyaluran dana RM2.6 bilion ke dalam akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
"Saya juga ingin mengingatkan pemimpin-pemimpin Umno bahawa apa pun usaha mereka untuk mengalihkan perhatian rakyat, isu RM2.6 billion akan terus menghantui Najib dan Umno, kini dan selama-lamanya!
 
"Saya nak bertanya kepada pemimpin-pemimpin Umno sama ada mereka sedar atau tidak bahawa mereka menunjukkan tahap kebodohan yang tiada batasannya dalam perlumbaan mereka untuk menyelamat dan mempertahankan Najib dalam isu RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini yang mengulas kenyataan Ketua Umno Bahagian Sri Gading, Datuk Abdul Aziz Kaprawi yang mendedahkan bahawa sumbangan dari Timur Tengah itu kepada Presiden Umno itu bagi membolehkan parti Melayu itu berupaya melawan DAP pada PRU13 lalu yang kononnya dibiayai oleh Yahudi.
 
Abdul Aziz berkata, penderma tersebut dikatakan khuatir dengan pengaruh Yahudi akan meresap di Malaysia melalui DAP dan memusnahkan Kerajaan Islam yang diketuai oleh pemimpin BN.

Pendedahan TPM jejas kekuatan kerajaan

Ahmad Zahid Hamidi
ALOR SETAR – Pendedahan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai wujudnya usaha menggulingkan kerajaan BN menerusi cubaan mengadakan undi tidak percaya di Parlimen sangat tidak sesuai didedahkan kepada awam.

Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, tindakan itu akan menambahkan lagi ketidaktentuan persepsi awam terhadap keutuhan dan kekuatan kerajaan terutama dalam situasi negara yang pelbagai isu diviral dan diperdebatkan.

"Pada saya, isu sebegini harus diselesaikan secara rundingan terus dengan pihak atau tokoh terlibat. Ahmad Zahid menyatakan bahawa mempunyai maklumat berkenaan tokoh yang menganjurkan komplot itu, maka langkah yang boleh diambil adalah dengan berjumpa sendiri tokoh berkenaan.

"Selesaikan secara tertutup dan bersemuka. Tidak perlu hal komplot sebegini jika benar wujud sekalipun didedahkan kepada awam. Ia akan menambahkan lagi polemik pada negara," katanya, semalam.

Menurutnya, keyakinan pasaran dan pelabur juga mungkin terjejas akibat pelbagai isu yang berlaku di negara ini.

"Di kala situasi ekonomi dan kejatuhan nilai Ringgit Malaysia sedang berlaku, sepatutnya pernyataan oleh menteri terutama timbalan perdana menteri harus lebih positif membawa keyakinan awam dan pasaran pada kerajaan BN, bukan sebaliknya.

"Saya yakin kerajaan BN telah banyak jasa dalam pembangunan masyarakat dan tidak mudah goyang dengan isu dan polemik pembangkang. Tetapi apa yang ditakuti boleh menjejaskan kerajaan BN ialah sikap dan permusuhan sesama tokoh dalam parti itu sendiri," katanya.

Md Shukri berkata, pada masa ini anggota Kabinet BN perlu berlumba mempopularkan BN dengan imej positif dan bukannya memberikan gambaran seolah-olah BN boleh tumbang pada bila-bila masa termasuk dengan pendedahan komplot undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

"Komplot undi tidak percaya itu bukan mudah dilakukan dan saya yakin kerajaan BN akan terus kekal dengan mandat PRU13. Pendedahan maklumat dan isu sensitif oleh pemimpin negara kepada pengetahuan awam boleh merencatkan kestabilan negara," katanya.

Tambahnya, sekiranya komplot menggulingkan kerajaan itu benar-benar wujud, maka ia harus segera dihentikan.

UMNO nampaknya masih kebingungan dan tercari-cari jawapan yang sebenar dimana duit RM2.6bilion dibelanjakan

LEBIH BAIK JAWAB DUIT RM2,600 JUTA ITU UNTUK MEMBELI-BELAH, DAH TENTU SEMUA PERCAYA


http://www.beritasemasa.com.my/wp-content/uploads/2015/08/derma-RM2.6-bilion.jpg
Para pemimpin UMNO nampaknya masih kebingungan dan tercari-cari jawapan yang sebenar mengapa wang sebanyak RM2,600 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Najib Razak walaupun ia telah disahkan oleh SPRM sebagai derma daripada Timur Tengah.

Dari hari ke sehari, apabila pemimpin UMNO membuka mulut untuk mempertahankan kemasukan wang tersebut, ia sentiasa saja berbeza dan berlainan antara satu sama lain.

Bukan saja rata-rata rakyat Malaysia ketawa serta gelihati dengan jawapan yang berbeza itu, bahkan barangkali Najib dan isterinya Rosmah Mansor pun terbahak-bahak sama melihatkan pemimpin-pemimpin UMNO itu sanggup terus menerus mereka-reka jawapan semata-mata untuk dilihat paling ke depan mempertahankan sang Perdana Menteri.

Pada peringkat apabila isu wang RM2,600 juta itu didedahkan oleh The Wall Street Journal, berlumba-lumba pemimpin UMNO mengatakan ia sebagai fitnah serta konspirasi asing untuk menjatuhkan kepimpinan Melayu dan Islam di negara ini.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan yang baru-baru ini kena boo di bahagaiannya sendiri, Pontian pernah berkata, "Perdana Menteri bukannya bodoh untuk membenarkan wang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya."

RM2.6 bilion untuk Najib lawan ancaman ‘DAP-Yahudi’, kata pemimpin Umno

Ketua Umno Sri Gading Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata penderma Timur Tengah yang memberi sumbangan RM2.6 bilion kepada Datuk Seri Najib Razak khuatir pengaruh Yahudi akan meresap di negara ini melalui DAP. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Ogos, 2015. 
Penderma dari Timur Tengah memberi sumbangan AS$700 juta (RM2.6 bilion) kepada Datuk Seri Najib Razak supaya Umno boleh melawan DAP, yang dibiayai Yahudi, semasa Pilihan Raya Umum 2013, kata ketua bahagian Umno Datuk Abdul Aziz Kaprawi hari ini.

Ketua Umno Sri Gading itu berkata, penderma itu khuatir pengaruh Yahudi akan meresap di negara ini melalui DAP dan memusnahkan "Kerajaan Islam" yang diketuai Barisan Nasional ( BN).

"Kalau kita kalah, DAP akan berkuasa. DAP dengan dana Yahudinya akan mengawal negara ini. Berdasarkan perkara itu, rakan-rakan Islam kita di Timur Tengah dapat melihat ancaman Yahudi melalui DAP," kata Aziz yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan.

"Jika ia mencapai kepada kerajaan Islam ini, ia akan digulingkan, dan itu akan memusnahkan perjuangan Islam di seluruh dunia.

"Kerana Najib dilihat sebagai seorang pemimpin Islam yang hebat di rantau ini," kata Aziz kepada perwakilan pada mesyuarat bahagian beliau hari ini di Parit Raja, Johor.

Jangan gunakan POLIS untuk menghalang undi tidak percaya kepada NAJIB

Kenyataan Media

https://lh5.ggpht.com/C7Ul1PPbn7AjDdbaOFQQkNIJgksXlifrZg9jAXJIG9zCBQ4N0YgO6M5iFAeEe8iZO4UqMD-QCQaY9L2F7H1Q
MENGGUNAKAN POLIS UNTUK HALANG UNDI TAK PERCAYA PADA NAJIB ADALAH PENCABULAN TERHADAP KELUHURAN PERLEMBAGAAN DAN KEDAULATAN UNDANG UNDANG.

1. Sesuatu yang sangat pelik dan jelek bila persoalan undi tidak percaya terhadap Najib sebagai Perdana Menteri diserahkan kepada Polis oleh Dato'Zahid Hamidi TPM yang juga sebagai Menteri KDN yang berkuasa ke atas Polis.

2. Tindakan ini adalah salahguna kuasa Menguna Polis menghalang tindakan undi tidak percaya terhadap Najib sebagai PM. Undi tidak percaya ialah suatu proses yang demokratik dan diizin oleh Perlembagaan dan Undang undang. Ini bermakna Polis dipaksa menghalang tindakan Ahli Parlimen dan Institusi Penggubal Undang-undang iaitu Parlimen yang mengikut proses Perlembagaan dan Perundangan. Tindakan mengguna Polis untuk menyekat kebebasan Ahli dan Institusi Parlimen ini ADALAH SUATU PENCABULAN TERHADAP KELUHURAN PERLEMBAGAAN DAN KEDAULATAN UNDANG UNDANG.

Jangan nasihat Sultan Johor untuk kepentingan peribadi – TMJ

Faiz Zainudin

Baginda tidak akan menyokong mana-mana parti politik sebaliknya akan berpihak kepada pemimpin yang berkhidmat kepada rakyat.

TMJ,-johor

PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Brigadier Jeneral Tuanku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menasihatkan pemimpin politik agar memberi nasihat kepada ayahanda baginda, Sultan Johor, Tuanku Ibrahim ibni almarhum Sultan Iskandar dengan tulus ikhlas.

Baginda bertitah, jangan ada pemimpin politik yang memberi nasihat dengan tujuan tertentu khususnya untuk kepentingan peribadi.

Baginda mengingatkan, sebagai pewaris tahta kerajaan Johor, suara bagindalah menjadi suara terakhir yang akan sampai kepada telinga dan perhatian Sultan Johor.

“Baru-baru ini, kelihatan ramai yang cuba mendampingi dan menjadi kawan DYMM Sultan Johor, dan kemudiannya menimbulkan pelbagai andaian dan anggapan.
“Janganlah lupa, saya adalah waris takhta Kerajaan Johor, dan sayalah suara terakhir yang akan sampai kepada telinga dan perhatian DYMM Tuanku.

“Taat setia saya adalah kepada ayahanda saya, Sultan saya. Keutamaan saya adalah kedaulatan dan kesejahteraan negeri dan rakyat Johor.

“Jangan sekali-kali ada yang cuba menyembah nasihat kepada DYMM Tuanku demi kepentingan peribadi.

Najib hendak kawal Internet setelah dia menjadi mangsa

oleh Mohd Sayuti Omar


Kata orang setelah teratuk baru hendak mengadah, begitulah keadaan dialami Naji Razak kini yang membayangkan cadangan untuk menyekat kebebasan laporan dalam Internet. Menurutnya kerajaan bercadang untuk melaksanakan standard antarabangsa bagi mengawal selia Internet.

Macam manahkah standard antarabangsa itu?

Kita faham kenapa Najib baru menyedari perkara itu sekarang ini dan tidak sebelum ini. Jawabanya kerana beliau sudah merasai kesakitan akibat kebebasan Internet atau cara rakyat negara ini mengamalkan kemudahan berkenaan. Kebebasan Internet tidak mengikut standard antarabangsa telah memakan dirinya?

Pendedahan cerita busuk mengenai skandal 1MDB sangat-sangat memakan diri Najib.

Sebelum ini ketika orang lain menjadi mangsa Internet, Najib hanya diam membisu dan seolah-olah mepercayai apa yang dilaporkan. Misalnya apa diterima dan dialami oleh bekas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dimana moralnya dijatuhkan menerusi Internet, Najib dan kerajaan tidak pun berkata apa-apa mengenai hal itu.

Tak haram jatuhkan kerajaan – Mufti Perlis

Menjatuhkan kerajaan tidak semestinya menggunakan senjata tetapi menerusi sistem sedia ada seperti pilihan raya atau undi di Parlimen.

Asri-Zainul-Abidin,-putrajaya

PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berpendirian berbeza dengan Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang berpendapat menggulingkan kerajaan adalah haram di sini Islam.

Asri sebaliknya berpendapat, Islam tidak mengharamkan perbuatan menjatuhkan sesebuah kerajaan menerusi pilihan raya atau undi tidak percaya di Parlimen yang tidak melibatkan pertumpahan darah.

Katanya, para ulama dahulu mengharamkan menumbangkan pemerintah atas alasan bimbangkan pertumpahan darah kerana membawa banyak kemudaratan kepada rakyat dan negara.

“Namun dalam dunia hari ini, sesebuah pemerintah mungkin boleh diubah atau ditukar atau ditumbang tanpa memerlukan pertumpahan darah seperti sistem demokrasi pilihan raya ataupun undi di Parlimen atau seumpamanya,” tulisnya di Facebook.

Asri menasihatkan pengkaji politik Islam tidak boleh menjadi terlalu literalist kerana politik bukan ibadah khususiah seperti solat dan puasa yang tidak boleh diubah atau ditambah.

Switzerland mula prosiding jenayah berkaitan 1MDB

 Pejabat Peguam Negara Switzerland mengesahkan pada 14 Ogos 2015, ia memulakan prosedur jenayah terhadap dua entiti 1MDB dan juga terhadap seseorang yang tidak dikenali. – Gambar Reuters, 22 Ogos, 2015.
Pejabat Peguam Negara (OAG) Switzerland sudah memulakan prosiding jenayah berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata seorang jurucakap pada Jumaat.

1MDB, lembaga penasihatnya dipengerusi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sedang diteliti pihak berkuasa Malaysia atas tuduhan salah urus kewangan dan rasuah.

Dana pelaburan negara tersebut diselubungi kontroversi berhubung hutangnya yang mencecah AS$11 bilion (RM46 bilion) dan dakwaan salah urus kewangan.

"Pejabat Peguam Negara mengesahkan, pada 14 Ogos 2015, ia memulakan prosedur jenayah terhadap dua entiti 1MDB dan juga terhadap seseorang yang tidak dikenali," kata jurucakap OAG itu dalam satu kiriman e-mel.

Kes itu melibatkan "rasuah yang disyaki melibatkan pegawai awam luar negara, pengurusan kepentingan awam yang tidak jujur dan pengubahan wang haram," katanya.

Prosiding jenayah itu susulan dua komunikasi dari Pejabat Laporan Pengubahan Wang Haram Switzerland (MRO), kata jurucakap itu.

Azmin akui modal mula DEIG RM2 dan jemput SPRM untuk menyiasat DEIG


Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata perkara yang penting adalah syarikat DEIG Sdn Bhd akan ditadbir secara telus dan mengikut undang-undang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Ogos, 2015.
Mohamed Azmin Ali menyifatkan penubuhan Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) Sdn Bhd dengan modal awal hanya RM2 bukan suatu isu besar tetapi yang penting, syarikat itu akan ditadbir secara telus dan mengikut undang-undang.

Dalam satu wawancara dengan akhbar Sinar Harian, menteri besar Selangor itu berkata, RM2 tersebut adalah saham tajaan syarikat di mana suntikan modal perlu dilakukan.

"Apabila mula beroperasi dengan struktur governans yang jelas, maka sudah tentu modal itu perlu dinaikkan, sebab RM2 itu saham tajaan buka syarikat.

"Bila hendak mula operasi mestilah ada suntikan tunai atau melalui aset lain," Azmin dipetik berkata Sinar Harian hari ini.

Yang lebih penting, katanya, syarikat pelaburan tersebut dijamin akan diikat dan dikawal dengan perundangan yang jelas.

"Kita akan bertanggungjawab dengan DUN (Dewan Undangan Negeri) supaya ketelusan kita pertahankan," katanya.

Dr Mahathir separuh daripada masalah negara

TUAN IBRAHIM TUAN MAN

http://www.thestar.com.my/~/media/Images/TSOL/Photos-Gallery/Nation/2015/04/13/MALAYSIAPOLITICSNAJIBMAHATHIRCORRUPTION1MDBFILES075522.ashx/?w=620&h=413&crop=1&
CADANGAN Tun Dr Mahathir Mohamed agar pembangkang mencari formula bagi menurunkan Perdana Menteri tetapi mengekalkan BN menerajui negara adalah cadangan separuh masak, kerana isu utama yang melanda dan menimbulkan polemik negara bukan hanya berpunca dari Datuk Seri Najib Razak sahaja, tetapi ia lebih kepada budaya dan sistem pentadbiran negara yang sudah korup yang diwarisi daripada Tun Dr Mahathir.

PAS melihat cadangan Tun Dr Mahathir sekadar cubaan untuk menggunakan pembangkang bagi menukar Najib untuk menyelamatkan parti kesayangan beliau, Umno, yang sudah tidak berupaya memperbetulkan diri kerana masalah politik wang.

Cadangan Tun Dr Mahathir bukan penyelesaian kepada masalah negara kerana bebanan hasil daripada salah urus tadbir negara akan terus terikat di bahu rakyat. Isu GST yang membebankan rakyat, hutang 1MDB serta isu RM2.6 bilion 'sumbangan' dalam akaun PM, gejala rasuah yang kini boleh dikenali sebagai derma dan kedudukan daya saing negara dalam ekonomi global dan serantau akan terus menjadi isu utama di bawah budaya BN.

Apabila Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai PM, rakyat meletakkan keyakinan yang sangat tinggi pada Tun Abdullah Badawi (Pak Lah) sehingga BN menang besar dalam PRU ke 11. Namun, tidak lama selepas itu, rakyat terus dihimpit dengan kegagalan beliau mengurus negara serta serangan peribadi terhadap Pak Lah yang diketuai Tun Dr Mahathir dan kepimpinan Umno.

Ingatkan hasil BALAK dah tak ada di Kedah sebab nak jaga hutan

http://1.bp.blogspot.com/-an4dfFd1D98/UayjTxsymPI/AAAAAAAAOrE/_1_9WQ25ZuY/s1600/DSC_0245.JPG
Mula-mula memerintah dahulu terus umum "henti projek balak"

Kedah timbang guna UAV pantau pembalakan haram

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah menimbang menggunakan teknologi pesawat tanpa pemandu (UAV) untuk memantau kegiatan pembalakan dan penerokaan tanah secara haram di negeri ini, kata Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.
 
Menurutnya, kerajaan negeri menerima cadangan daripada beberapa syarikat  mengenai teknologi pemantauan terhadap aktiviti haram itu termasuk penggunaan imej satelit dan helikopter.
 
"Penggunaan UAV adalah lebih murah berbanding helikopter. Kerajaan negeri sedang menimbangkan cadangan itu," katanya kepada pemberita pada sidang media di luar persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.
 
Terdahulu ketika menjawab soalan Mahadzir Abdul Hamid (BN-Jeneri), beliau berkata, bagi tahun ini sehingga Julai kerajaan negeri telah mengutip RM21.8 juta hasil daripada aktiviti pembalakan.
 
Tahun lepas, kutipan hasil daripada aktiviti pembalakan adalah sebanyak RM35 juta dan RM15.4 juta pada 2013, kata Mukhriz.
 
Bagi tahun ini sehingga Julai, kerajaan negeri katanya, telah meluluskan 1,240 hektar hutan simpan kekal bagi tujuan pembalakan untuk kategori lesen, manakala bagi kategori Anugerah pula keluasan yang diluluskan ialah 1,790 hektar. - Bernama

Disebabkan Tema 'Bersih, Cekap dan Amanah' : Sekolah P.Pinang dilarang terlibat

merdeka

GEORGETOWN - Semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan di negeri ini dilarang terlibat dalam sambutan Hari Kebangsaan 2015 anjuran kerajaan Pulau Pinang.

Pekeliling mengenai larangan itu dikeluarkan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang semalam.

Pengarah Pendidikan negeri Datuk Osman Hussain berkata pihaknya terpaksa mengeluarkan surat itu kerana kerajaan Pulau Pinang menggunakan tema sambutan Hari Kebangsaan 2015 yang berbeza dengan kerajaan persekutuan.

"Tema 'Bersih' yang diguna pakai kerajaan negeri adalah sensitif dan berunsur politik jadi kami terpaksa melarang penglibatan sekolah-sekolah di negeri ini.

"Mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP), kami perlu memohon kebenaran daripada kerajaan persekutuan untuk penglibatan sekolah-sekolah dalam sambutan itu," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.  

Osman berkata sehubungan itu sekolah-sekolah di Pulau Pinang kini dilarang melibatkan diri dalam sambutan itu sehingga mendapat kebenaran daripada Kementerian Pendidikan.

Jabatan Pendidikan Pulau Pinang dalam surat Pekeliling kepada semua sekolah di negeri ini semalam mengarahkan semua sekolah tidak menyertai sebarang sambutan dan perarakan Hari Kebangsaan 2015 anjuran kerajaan negeri Pulau Pinang sehingga mendapat arahan selanjutnya daripada pihak Kementerian Pendidikan.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia pada Jun lepas memilih 'Sehati Sejiwa' sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan 2015 tahun ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P. Ramasamy ketika dihubungi berkata tema sambutan Hari Kebangsaan 2015 peringkat Pulau Pinang tahun ini ialah 'Bersih, Cekap dan Amanah'.

Beliau yang enggan mengulas lanjut hanya memberitahu bahawa itu adalah tema yang ditentukan oleh kerajaan Pulau Pinang. - Bernama

Kedah juara Liga Perdana 2015


Kedah juara Liga Perdana 2015

KEDAH muncul juara Liga Perdana 2015 selepas mengalahkan DRB Hicom FC 5-1 malam ini.

Kemenangan itu sekaligus melayakkan dua negeri berjiran, Kedah dan Pulau Pinang secara automatik mara ke Liga Super 2016 selepas menewaskan lawan masing-masing untuk muncul johan dan naib johan Liga Premier 2015.

Kedah menang selesa 5-1 ke atas DRB Hicom FC di Stadium Nasional Bukit Jalil menerusi hatrik Sandro Da Silva pada minit ke-4, ke-33, ke-78 dan Chidi Edeh (minit ke-10, 50) manakala gol sagu hati lawan hadir melalui sepakan penalti Irvan Babic (minit ke-8)

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe ini menepati ramalan muncul juara liga bagi edisi 2015 selain mencuri salah satu slot automatik Liga Super tahun hadapan selepas dicabar sengit dua persaingan terdekat iaitu Pulau Pinang dan T-Team.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...