TERKINI :

Friday, August 21, 2015

Kedah kembali ke Liga Super & Trofi Liga Perdana 2015 milik mereka


KUALA LUMPUR: Kedah gah menjulang trofi Liga Perdana 2015 selepas mencatat kemenangan besar 5-1 ke atas DRB Hicom, malam tadi ketika T-Team terpaksa gigit jari apabila tumbang kepada Kuantan FA.

Kemenangan menyaksikan Kedah yang hanya memerlukan satu mata untuk dinobat juara tidak mampu lagi dicabar sekali gus kembali beraksi dalam saingan Liga Super, musim depan. Mengiringi Kedah yang dibimbing jurulatih, Tan Cheng Hoe ke Liga Super ialah Pulau Pinang yang melakar kemenangan 2-0 ke atas UiTM FC di laman lawan.

Begitupun malang bagi T-Team apabila kemenangan yang diharapkan bertukar mimpi ngeri apabila tewas 2-1 kepada Kuantan FA sekali gus menamatkan kempen musim ini di kedudukan ketiga.

Beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kedah jelas tidak mahu menghampakan ribuan penyokong yang hadir dan meledak gol seawal minit ketiga menerusi jaringan pemain import, Sandro da Silva yang turut meledak hatrik pada perlawanan itu.

Begitupun, kedudukan pantas disamakan DRB Hicom menerusi jaringan Ivan Babic, empat minit kemudian sebelum Kedah mengganas dengan menambah dua lagi gol sebelum babak pertama berakhir. Gol kedua Kedah dijaringkan Chidi Edeh pada minit ke-9 diikuti jaringan kedua Silva pada minit ke-33.

Edeh kemudian menjaringkan gol keempat Kedah sebelum Silva melengkapkan hatriknya pada minit ke-80 untuk gol kelima Kedah.

UNDI TAK PERCAYA DI PARLIMEN, INI KALI BAGI JADILAH....

Shahbudin Husin,

http://suarasabah.com/wp-content/uploads/2015/07/undi-tidak-percaya-terhadap-PM.jpg
Penyelesaian terbaik kemelut politik negara ketika ini tidak lain ialah melakukan undi tidak percaya di Parlimen bagi menyingkirkan Najib Razak sebagai Perdana Menteri. Hakikatnya Najib tidak mungkin disingkirkan melalui UMNO dalam acuan yang dibentuknya sekarang, bahkan belum tentu juga beliau mampu diketepikan dalam pilihanraya.

Semua pihak tidak boleh bertahan lebih lama lagi berketuakan Najib memimpin negara ini kerana trend yang ditunjukkan dalam mempertahankan kuasanya kebelakangan ini memperlihatkan hampir tiada jaminan kepada sesiapa yang dilihat memberi ancaman kepadanya.

Jika Putrajaya boleh membuang Peguam Negara, melengahkan siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC, membubarkan pasukan petugas khas dan melakukan gangguan terhadap tugas SPRM, maka dengan kuasa yang ada, kemenangan pembangkang dalam pilihanraya juga tidak mustahil boleh ditahan daripada menjadi kenyataan.

Biar pun pembangkang boleh terus berharap untuk memenangi pilihanraya akan datang andainya Najib terus kekal sebagai Perdana Menteri, ia boleh bertukar menjadi sekadar mimpi ngeri kepada mereka kerana kuasa yang terlalu berpusat memberi kelebihan kepada si pemegang takhta.

Syabas & Tahniah kepada mereka yang mahu bersama GHB

SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA MEREKA YANG MAHU BERSAMA GERAKAN HARAPAN BARU


1. Ucapan syabas dan tahniah khususnya kepada semua peribadi dan aktivis yang bersedia meletakkan jawatan dalam parti lama mereka justeru untuk bersama dengan kepimpinan Harapan Baru yang sedang mengemudi penubuhan sebuah wadah politik baru.

2. Meskipun parti bakal diisytihar, individu-individu ini telah bertekad melepaskan jawatan mereka dan mula memberi fokas kepada pengurusan serta perjuangan parti baru yang akan diumumkan 31 Ogos ini dan dilancarkan 16 September ini.

3. Mereka ini yang bergandingan dengan pimpinan NGO-NGO lain, yang juga bertekad untuk bersama menubuhkan parti baru nanti, adalah merupakan tunggak penting yang berpengalaman, bagi menjayakan serta melangsungkan cita-cita murni menampilkan tawaran Politik Islam yang bersifat Inklusif dan Sejagat merentasi kaum, agama dan budaya.

4. Bersama-sama dengan pimpinan Gerakan Harapan Baru diperingkat nasional, kesemua tenaga kepimpinan di peringat kawasan dan cawangan ini akan berusaha untuk menubuhkan kembali Pakatan Rakyat 2.0 bagi memperkukuhkan sistem dua parti di negara ini, sekaligus membuat persiapan bagi menumbangkan serta menggantikan kerajaan Umno-Barisan Nasional yang kini di hujung usianya dengan pelbagai kemelut dalaman parti mereka dan krisis getir kegagalan urus tadbir ekononomi-kewangan negara.

Peletakan jawatan AJK PAS kawasan boleh diganti pemimpin baharu

 http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/PENANG_NASRUDIN_TANTAWI_270615_TMIHASNOOR_03.jpg
Peletakan jawatan anggota jawatankuasa (AJK) PAS peringkat kawasan bukan perkara serius bahkan mereka boleh diganti dengan kepimpinan baharu, kata Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantaw.

Bagaimanapun katanya, PAS tidak akan memandang remeh isu sedemikian dan tetap akan mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani sebarang permasalahan dalaman berkaitan parti itu.

Menurut Nasrudin, dakwaan pihak tertentu yang mengatakan ada cawangan PAS di beberapa kawasan terbubar akibat peletakan jawatan itu adalah tidak benar kerana hanya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang berhak berbuat sedemikian.

"Pada pendapat saya, pemimpin datang dan pergi...walaupun mereka (AJK kawasan) meletak jawatan, masih ramai lagi individu lain bersedia untuk berkhidmat.

"Malah, selepas pemilihan muktamar PAS pada Jun lepas, kita sudah luluskan 8,000 lebih permohonan anggota baharu," katanya kepada pemberita di Shah Alam, hari ini.

Najib belum jelaskan RM42 juta masuk akaun peribadi, kata ahli MT Umno

 Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata terpulang kepada perdana menteri untuk menjelaskan RM42 juta yang disalurkan kepada akuan peribadinya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Ogos, 2015.
Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata Datuk Seri Najib Razak masih belum menjelaskan status RM42 juta yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi presiden Umno itu.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, menjadi hak perdana menteri sama ada untuk menjelaskan status wang yang diterima daripada bekas anak syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau sebaliknya.

"Tak. Beliau tidak (memaklumkan)," katanya pada satu sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Ditanya sama ada RM42 juta adalah juga merupakan derma, Rahman berkata: "Saya tak tahu. Terpulang kepadanya."

Bagaimanapun, Rahman mengingatkan siasatan mengenai 1MDB sedang berjalan dan Najib memberi jaminan agar ia terus dilaksanakan.

"Pada masa ini siasatan masih dibuat kerana terdapat kebimbangan segelintir pihak. Perdana Menteri kata biar penyiasat menyiasat. Apa yang penting harus diingat perdana menteri mahu transaksi itu disiasat," katanya.

Wahai Najib, bangsa Melayu bukan bangsa bangsat


image 

Saya merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak ketika merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Gerik di Dewan Serbaguna Gerik pada 16 Ogos 2015, sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini:

“Tiada UMNO berkuasa terbangsatlah bangsa Melayu di bumi ini. Saya sebagai presiden akan lakukan supaya UMNO dan Barisan Nasional terus berkuasa di bumi bertuah ini.”

Sebelum membuat kenyataan yang begitu bebal, Najib seharusnya cermin diri dahulu. Apakah bukan Najib sendiri yang memalukan bangsa dan negara dengan menjadikan Malaysia sebagai bahan jenaka antarabangsa gara-gara skandal 1MDB dan sumbangan “derma” RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya sendiri?

Najib menghina sejarah ketamadunan Melayu

Pun begitu, kenyataan Najib juga sekaligus menidakkan kemuliaan bangsa Melayu Nusantara yang sudah lama bertamadun. Tidakkah beliau sedar bahawa UMNO yang lahir pada tahun 1946 hanya berusia kurang daripada 70 tahun, sedangkan tamadun Melayu di rantau ini telah wujud sejak ratusan, kalaupun bukan ribuan tahun? Apakah selama-lama ini Melayu menjadi bangsa bangsat kerana tidak ada UMNO?

Lebih ramai ADUN, MP dijangka tinggalkan Pas – Mustafa Ali

Mustafa Ali,pas
PETALING JAYA: Lebih ramai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen Pas dijangka akan keluar parti, kata Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali.

Beliau berkata jangkaan itu berdasarkan ramai ahli parti menyatakan hasrat dan menunjukkan minat untuk menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).

“Ada lagi ADUN dan Ahli Parlimen Pas akan keluar. Kita pun sudah jangka apabila mereka (ahli Pas) mahu menyertai NGO itu.

“Kita tunggu sajalah sekiranya mereka isytihar untuk keluar ataupun mereka menunggu untuk terkeluar secara automatik apabila masuk parti lain, ” katanya ketika dihubungi FMT.

Mengulas pengumuman Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud keluar Pas, Mustafa berkata, Pas menghormati keputusan itu

“Itu hak dia dan kita tidak boleh menghalangnya daripada menyertai parti yang diminatinya. Kita guna hak demokrasi dan dia boleh pilih parti mana nak masuk, mana nak keluar.

“Apa yang saya boleh maklumkan kita akan isi kekosongan yang ditinggalkannya itu,” katanya.

SPRM tidak lagi siasat 1MDB

 sprm_1mdb_600
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak lagi menjadi sebahagian daripada pasukan yang menyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Di bawah Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara (National Revenue Recovery Enforcement Team) yang ditubuhkan oleh Jabatan Peguam Negara, ia tidak lagi membabitkan agensi itu.

Sinchew Daily melaporkan, pasukan tersebut bukan sahaja terlibat dalam siasatan kes 1MDB tetapi turut melibatkan siasatan lain.

Menurut akhbar berbahasa Cina itu, pasukan baharu itu diketuai Jabatan Peguam Negara dan dianggotai Polis Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Bank Negara dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Tugasnya adalah memulihkan hasil cukai dan aset negara serta mempunyai skop tugas yang luas termasuk siasatan ke atas 1MDB.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mohd. Shukri Abdul dalam temuramah melalui telefonnya dengan akhbar itu melahirkan rasa terkejut dengan penyingkiran SPRM daripada pasukan siasatan tetapi pada masa yang sama menyatakan tidak kecewa.

Dr M: Adakah Najib membeli pemimpin Umno?



Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh Datuk Seri Najib Razak 'membeli' Ahli Parlimen BN yang bersifat kritikal terhadap bekas perdana menteri itu, termasuk seorang yang mendakwa memiliki bukti salah laku Presiden Umno tersebut.

Dalam tulisan terbaru di blog beliau, Dr Mahathir berkata, Ahli Parlimen BN kini terhutang budi kepada Najib selepas mereka diberikan - dan menerimanya - jawatan dalam kerajaan.

"Malah mereka yang pernah datang berjumpa saya untuk mengadu mengenai pentadbiran Najib sebelum ini, selepas diberi jawatan dalam kerajaan, kini mengubah pendiriannya.

"Seorang daripada mereka mendakwa memiliki bukti dokumentari salah laku Najib, kini dengan gembira menyokong beliau (Najib) selepas menjadi menteri," tulis perdana menteri keempat Malaysia itu.

PAS dedah Ku Li sedia keluar Umno


KUALA TERENGGANU – Pemimpin PAS membuat pendedahan mengejutkan dengan mendakwa Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pernah bersetuju keluar Umno dan menerima cadangan untuk dilantik sebagai perdana menteri sekiranya PR menang dalam PRU13 lepas.

Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, perkara itu dipersetujui Tengku Razaleigh melalui satu pertemuan bersama dengan beberapa pemimpin Pas dan PKR termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa bulan sebelum pilihan raya.

Bagaimanapun, perkara itu tidak berlaku apabila PKR membuat keputusan selepas pertemuan itu untuk mengekalkan keputusan biro politik partinya untuk melantik Anwar sebagai perdana menteri, sementara DAP berpendirian bersetuju dengan keputusan Anwar dan PKR.

“Apabila tiba malam pilihan raya, kita berhimpun di satu hotel, pemimpin Pas termasuk saya pun ada di situ tunggu keputusan dan saya maklum pada Tuan Guru Haji Hadi saya berada di situ dan kalau ditakdirkan kita menang dalam pilihan raya pada malam itu, Anwar lah perdana menteri.

“Tengku Razaleigh bukan sebahagian daripada PR kerana tidak berlaku strategi yang kita rancangkan itu. Jadi, tidak berbangkit Hadi tolak Anwar sebagai perdana menteri,” katanya di sini, semalam.

PKR perlu 25 ahli Parlimen BN untuk singkir Najib


Hanya 25 ahli Parlimen Barisan Nasional diperlukan untuk sokong undi tidak percaya terhadap perdana menteri, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Ogos, 2015.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata pihak pembangkang cuma memerlukan 25 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang sanggup menyokong usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak sekali gus menyingkirkan perdana menteri itu.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau percaya jumlah itu boleh dicapai memandangkan ahli Parlimen BN juga sebenarnya bersama sentimen rakyat yang bosan dengan suasana politik dan ekonomi negara.

"Saya yakin ahli Parlimen daripada parti pembangkang atau BN faham sentimen ini.

"Sebab itu saya masih menaruh harapan akan ada 25 ahli Parlimen BN yang masih mempunyai kesedaran dan kecintaan kepada rakyat untuk berani tampil menyokong satu undi tidak percaya untuk menukar perdana menteri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Rafizi berkata, beliau percaya ahli Parlimen BN itu akan berdepan pelbagai cubaan seandainya mereka bersetuju menyingkirkan Najib.

"Namun, saya juga percaya mereka gelisah dengan perkembangan yang berlaku dan mereka masih ada kesedaran untuk membezakan yang benar berbanding tidak benar," katanya.

Tweeter Palsu Teresa Kok berlegar digunakan untuk manipulasi dan menghuru-harakan maklumat

LINK FB

Teresa Kok
12 hrs · 

On August 15, I lodged a police report on a fake tweet that did not originate from my account but with my account image. He tweet said, "Rapists, Robbers, kidnappers, housebreaking is usually done by one of the races in Malaysia - apparently done by Malay"

Today another fake tweet has appeared. The new fake tweet read, "Sokong Yb Azmin naik tarif air Selangor. Amat wajar, untuk elakkan pembaziran air, terutamanya pada hari Jumaat."

This has happened just a few days after I lodged report to the police and MCMC. This shows the culprit is challenging the law and the authorities.

I have just lodged a police report at the IPD Sri Petaling on this case. Tomorrow I will lodge report to MCMC.

I understand there are websites which allow the public to write fake tweets under the tweet account of other people. I urge MCMC to take action against such websites.

Saham FGV jatuh RM1.38 sen seunit, dimana tanggung jawab kerajaan #NAJIB..???

SAHAM FGV JATUH KE RM 1.38.


Kenyataan Media: DI MANA PERTANGGUNGJAWABAN KERAJAAN?

Persatuan ANAK Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) amat menyesali dengan sikap Kerajaan mengenai kedudukan kritikal FGV. Meskipun saham FGV berada pada tahap yang begitu rendah(RM1.38 hingga 18 Ogos)tiada sebarang kenyataan resmi dikeluarkan oleh Kerajaan untuk menanganinya. Apa pendirian Kerajaan pada waktu ini?

Sebaliknya, YAB Perdana Menteri dalam Majlis Jamuan Hari Raya Felda baru baru ini menyokong cadangan FGV untuk membeli 37% kepentingan dalam Syarikat Perladangan Indonesia, PT Eagle High Plantation yang bernilai RM2.37 bilion, harga yang begitu mahal berbanding harga pasaran. Saya sendiri mengetuai Ngo ANAK membuat lawatan kerja meninjau lokasi perladangan tersebut di Kalimantan dan banyak isu yang tidak selesai. Ia suatu pelaburan berisiko tinggi dan tidak berbaloi dalam konteks memberi nilai tambah terhadap FGV.Ia bukan sahaja tidak merangsang kedudukan FGV, sebaliknya kejatuhan berterusan saham FGV.

ANAK telah berusaha berbagai cara melalui pendekatan diplomasi dalam menangani isu FGV. Rombongan ANAK ke FGV yang sepatutnya mendapat taklimat resmi, tidak mendapat layanan yang sepatutnya. Memorandum ANAK kepada Bursa Malaysia tidak diketahui statusnya pada waktu ini.

Video | Jawapan Azmin selepas kena bantai dalam DUN Selangor sebab makan duit DEIG



DEIG dibincang secara matang, tidak seperti 1MDB, kata speaker Selangor.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh hari ini melahirkan rasa bangganya terhadap perdebatan berhubung isu Pelaburan Kewangan Darul Ehsan (DEIG) kerana ia didebatkan secara terbuka.

Yeoh berkata, perkara itu tidak terjadi seperti isu syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kekal tidak dijawab sehingga sekarang.

"Apa yang terjadi semalam adalah sangat menarik, sedangkan isu 1MDB juga masih kekal tidak berjawab setelah sekian lama. Apa yang berlaku di Selangor, walaupun DEIG belum terdapat sebarang aktiviti, seperti yang dikatakan menteri besar, jawatankuasa pilihan sudah pun membentangkan kertas kerja.

"Terdapatnya 'check and balance' dan semua ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dwi-partisan semalam mengambil masa untuk berdebat," katanya kepada pemberita di lobi DUN, di Shah Alam hari ini.

Tambahnya, orang ramai sepatutnya maklum dengan apa yang terjadi di DUN semalam kerana ia merupakan satu bentuk tadbir urus tertinggi

Pepecahan Pas, Perbincangan bersama Ahmad Lutfi Othman ~ Zin Mahmud


Diari. Semalam aku menziarahi Ahmad Lutfi Othman, bekas Ketua Pengarang Harakah bersama adikku Azhar. Beliau agak lemah tetapi masih bersemangat untuk bercerita. Beliau berasa mual kerana keadaan buah pinggangnya.

Aku faham apa yang dia lalui. Setelah bercerita mengenai kesihatan, kami berbual mengenai politik. Apa yang berlaku dalam PAS dan munculnya GHB bukanlah ada perancangan dari kedua dua pihak yang bertelagah. Ia berlaku dengan kebetulan di mana satu keadaan membawa keadaan yang lain.

Memang perpecahan ini menyukarkan kedua dua belah pihak kerana perpecahan ini masuk ke dalam. Kesemuanya kena berhati hati dan menjaga hati. Antara sahabat handai memanglah. Apatah lagi sanak saudara. Adik beradik pun begitu. Malah suami isteri. Juga anak dengan mertua. Bapa dengan menantu. Perpecahan ini memang mendalam dan menyakitkan.

Daripada kes kes yang diceritakan, aku dapat menyimpulkan bahawa perpecahan PAS ini adalah paling besar dalam sejarah politik negara. UMNO yang pernah berpecah pun tidak mengalami keadaan begini. Ada orang berpendapat bahawa perubahan haluan yang ditunjukkan oleh Ustaz Hadi Awang menyerlahkan bibit bibitnya sejak pilihan raya tahun 1998 lagi.

Sejak itu beliau telah mula mahu berbaik dengan UMNO, cuma keadaan tidak mengizinkan. Ada orang berpandangan bahawa perubahan haluannya kepada perpaduan UMNO-PAS adalah tindakannya untuk menebus kesilapannya memecahkan orang Islam dengan seruan kafir mengkafir dalam perjuangannya menentang sekularisme pada awal tahun 1980-an.

Pegawai pasukan petugas khas dipecat Jabatan Peguam Negara

Pegawai pasukan petugas khas dipecat Jabatan Peguam Negara, hilang taraf pemastautin

S. Prakash, peguam Jessica Gurmeet Kaur yang ditahan pada 1 Ogos, di Ibu Pejabat Daerah Polis, Petaling Jaya. Jessica disoal siasat berkaitan kebocoran maklumat ke atas siasatan 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Ogos, 2015.
Jessica Gurmeet Kaur, pegawai undang-undang yang ditahan berhubung kebocoran maklumat siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dipecat daripada Jabatan Peguam Negara dan taraf pemastautin tetap beliau dibatalkan hari ini dengan polis menunggu untuk mengiringi beliau ke Singapura, kata sumber.

Jessica, seorang warga Singapura, dibatalkan jaminan polis pada Jumaat lepas dan permit pemastautin anak-anaknya juga dibatalkan, kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Seorang peguam yang enggan namanya disiarkan mengesahkan perkhidmatan Jessica dengan Jabatan Peguam Negara ditamatkan minggu lepas tetapi menambah tidak mengetahui perintah pengusiran itu.

"Saya terkejut bagaimana ia sebaliknya terjadi dan menjangka pihak berkuasa Malaysia akan menahannya di sini kerana beliau mempunyai banyak maklumat sulit," kata peguam itu.

Beliau berkata Jessica tidak akan tertakluk kepada undang-undang Malaysia seperti Akta Rahsia Rasmi sebaik sahaja keluar dari negara ini.

"Kita akan tunggu dan lihat apa yang berlaku selepas ini," katanya.

Pada 1 Ogos, Jessica ditahan bersama bekas Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Rashpal Singh, dan ditahan sehari untuk disoal siasat berkaitan kebocoran maklumat ke atas siasatan 1MDB.

Mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan selepas polis mengambil keterangan.

Mampukah parti Islam baharu buang label ‘proksi DAP’?

Pemimpin Gerakan Harapan Baru berkata road show mereka sentiasa mendapat sambutan dengan ramai orang Melayu bertemu mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Ogos, 2015.
Pemimpin Gerakan Harapan Baru berkata road show mereka sentiasa mendapat sambutan dengan ramai orang Melayu bertemu mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Ogos, 2015.
Pada ketika Gerakan Harapan Baru (GHB) muncul menjadi satu kuasa mencabar Umno dan PAS untuk mendapatkan undi Melayu, ia menjadi sasaran kempen memburuk-burukkannya bagi melihat sejauh mana pengaruh terutama di kalangan pengundi atas pagar yang menjadi golongan penting dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Isu perkauman dimainkan bagi menentang gerakan Islam itu dan pemimpin serta penyokongnya yang dilabelkan sebagai proksi DAP – matlamat sebenar adalah untuk membawa DAP ke Putrajaya.

Ia dilakukan untuk menimbulkan kebimbangan palsu terutama di kalangan orang Melayu luar bandar dan kelas bawahan, di mana mereka akan rugi daripada segi pekerjaan, pendidikan dan kuasa politik jika DAP, yang pemimpin utamanya bukan Melayu berkuasa.

Jadi, walaupun sebelum GHB melancarkan parti politiknya, terdapat persoalan sama ada pemimpinnya boleh menawan kawasan utama Melayu dan merancang untuk menariknya daripada Umno dan bekas rakan dalam PAS.

Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali berkata, GHB mempunyai peluang tipis untuk mengancam sokongan PAS di kalangan orang Melayu walaupun ia dipimpin bekas pemimpin parti Islam itu yang dikenali dan merupakan ahli Parlimen parti.

Saya masuk neraka jika fitnah Dr Mahathir, kata bekas timbalan pengarah SB

Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB) Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador menafikan akan kebenaran mesej melalui WhatsApp yang mendakwa akan membuat laporan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar ihsan PDRM, 20 Ogos, 2015.
Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB) Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador hari ini menafikan beliau akan membuat laporan polis terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Saya begitu menghormati beliau. Saya akan dikutuk dan dihantar ke neraka untuk selama-lamanya jika saya memfitnah beliau. Terseksa roh ayah dan bonda saya jika saya memfitnah beliau," kata Hamid kepada The Malaysian Insider, malam ini.

Ini berikutan mesej diedarkan melalui WhatsApp mendakwa beliau akan membuat laporan terhadap Dr Mahathir sejak pagi tadi.

Mesej itu mendakwa beliau akan membuat laporan tersebut selepas solat Jumaat esok.

"Ia semua sampah. Sesiapa yang melakukan ini adalah bodoh. Saya begitu hormat kepadanya. Dia adalah idola saya," kata Hamid.

Katanya, mesej itu mungkin diwujudkan untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu sebenar.

"Ia lencongan taktikal," katanya.

Sg Petani : Polis sahkan terima laporan culik dengan van putih

Polis sahkan terima laporan culik
SUNGAI PETANI – Polis mengesahkan ada menerima laporan daripada ibu mangsa mengenai cubaan kes culik anaknya di Sungai Pasir yang menjadi viral dalam aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, kini pihaknya sedang menyiasat dari pelbagai sudut termasuk kesahihan laporan pengadu.

Menurutnya, pihaknya juga sedang mengesan individu yang didakwa terbabit termasuk tiga suspek yang menggunakan sebuah van, berdasarkan laporan dibuat.

“Kita mengesahkan terima laporan dan kini sedang melakukan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

“Dalam masa sama, saya juga mengarahkan siasatan daripada pelbagai sudut dilakukan termasuk kesahihan laporan diterima,” katanya kepada Sinar Harian.

Sebagai Rakyat Kedah kami semua turut berbangga apabila GAJI MB & WAKIL RAKYAT dinaikkan semalam..!!

Dun Kedah lulus kenaikan gaji wakil rakyat

Kedah
ALOR SETAR - Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah termasuk Menteri Besar dan Exco akan menerima kenaikan gaji berkuat kuasa 1 Januari 2016. 

Kali terakhir gaji Adun, Speaker, Timbalan Speaker dan Exco disemak semula adalah 11 tahun lepas pada 2004.

Kenaikan gaji itu selepas Dun Kedah yang bersidang hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2015.

Enakmen itu menetapkan gaji Adun akan dinaikkan daripada RM4,112 kepada RM11,000 sebulan.

Gaji speaker dan 10 anggota Exco pula akan dinaikkan daripada RM6,109 kepada RM14,000 sebulan manakala gaji timbalan speaker daripada RM3,993 kepada
RM7,000 sebulan.

Gaji baharu Menteri Besar pula adalah RM22,000 sebulan berbanding RM14,175 sebulan sebelum ini.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...