TERKINI :

Sunday, August 16, 2015

JANGAN RISAU, ZAHID SEBENARNYA MENYINDIR NAJIB....


Apabila Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi tiba-tiba mendedahkan adanya usaha untuk menggulingkan kerajaan melalui undi tidak percaya yang diketuai oleh seorang pemimpin UMNO, segera kedengaran banyak sosek-sosek menimpa dirinya kembali.

Ramai yang mengatakan, apa salahnya pertukaran kerajaan selain pilihanraya, jika bukan dengan kekerasan atau angkat senjata. Di Sabah, beberapa kali pernah berlaku dan di Perak ia baru saja berlaku pada 2009 lalu. Takkan Zahid tak tahu, kata mereka,

Sambil itu, rama juga yang mengingatkan Zahid agar tidak lupa bahawa pendedahannya mengenai pemimpin pembangkang yang didakwanya menjadi dalang tragedi Lahad Datu, sehingga sekarang masih tidak dijawabnya lagi.

Kata mereka, janganlah hendaklah pendedahan kali ini juga tiada jawapannya sampai akhirnya.

Begitu juga dakwaannya bahawa beliau mempunyai bukti Mohamad Sabu terlibat dengan ajaran Syiah, sampai sekarang juga gagal ditunjukkannya kebenaran itu kepada umum.

Memangnya Zahid, terutama sejak menjadi Menteri Dalam Negeri, suka menunjukkan beliau mempunyai maklumat itu dan maklumat ini, tapi akhirnya tidak lebih sekadar khabar yang dikutip daripada burung-burung berterbangan saja.

Shafie cabar kerajaan siasat dakwaan Zahid


shafie-apdal
SEMPORNA: Pihak berkuasa diminta menyiasat dan mengambil tindakan terhadap anggota parti yang didakwa terlibat dalam gerakan untuk mengguling kerajaan.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, ia perlu dibuat untuk mengetahui sejauh mana kebenaran dakwaan itu.

“Sekiranya terbukti ada mana-mana anggota parti yang terlibat dan ia bercanggah dengan undang-undang, maka ia boleh diambil tindakan kerana kita perlu faham dengan sistem demokrasi serta ada peraturan tertentu yang perlu dipatuhi,” katanya yang petik daripada Bernama.

Beliau yang ditemui pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Pulau Larapan, di Samporna mengulas demikian berhubung kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri pada Sabtu.

Zahid mendakwa wujudnya gerakan menggulingkan kerajaan yang didalangi pembangkang serta pemimpin Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Najib ibarat perli MAHATHIR depan PAK LAH

Najib seru ahli Umno cintai parti, contohi Pak Lah
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak (kanan) merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Kepala Batas di Pulau Pinang, hari ini yang turut dihadiri bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 16 Ogos, 2015.
Menepis kritikan dalaman, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata ahli perlu menyayangi parti dengan mencontohi semangat dan keperibadian Tun Abdullah Ahmad Badawi, presiden parti ke-6 yang juga perdana menteri ke-5 Malaysia.

Bercakap kepada perwakilan Umno Bahagian Kepala Batas dalam mesyuaratnya di Pulau Pinang hari ini, perdana menteri itu berkata Umno sebagai parti politik sudah berdepan pelbagai ujian dan cabaran sejak bertahun lamanya tetapi lazimnya ia akan bertahan.

Najib berkata, beliau mahu meletakkan krisis semasa yang dihadapi parti dalam satu perspektif, memetik krisis kepimpinan Umno 1987 yang menyaksikan Abdullah tersingkir daripada Kabinet bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Pada ketika itu, presiden parti hanya menang 41% undi untuk kekal dalam jawatan. Itu bermakna lebih separuh perwakilan menolak beliau.

“Kita perlu menghidupkan semula Umno dengan Umno Baru pada masa itu,” katanya, menambah Umno juga cukup menderita dalam pilihan raya kecil di Johor Baru.

Reformasi dana politik cubaan alih isu RM2.6 bilion, kata ahli panel SPRM

Datuk Seri Najib Razak (tengah) mengumumkan sebuah jawatankuasa khas bagi meneliti undang-undang mengawal dana politik, Jumaat lalu. – Gambar AFP, 16 Ogos, 2015.
Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan Jawatankuasa Konsultatif Nasional mengenai pembiayaan politik (JKNMPP) dilihat majoriti rakyat Malaysia cubaan mengalihkan perhatian daripada dana RM2.6 bilion dimasukkan dalam akaun peribadinya, kata panel jawatankuasa membasmi rasuah.

Ahli Panel Semakan Operasi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Lim Chee Wee berkata, kebiasaannya, pengumuman seperti itu amat dialu-alukan.

"Namun luar biasanya, dengan keadaan yang membuatkan Najib membuatkan pengumuman, rakyat Malaysia kebanyakannya melihat tindakan yang tidak ikhlas," katanya, kepada The Malaysian Insider.

Lim (gambar, kanan), bekas presiden Majlis Peguam berkata, langkah kritikal perlu didedahkan Najib kepada penguatkuasa undang-undang dan orang ramai, dana dan perbelanjaannya.

"Rakyat sinikal dan penjelasan diperlukan," katanya.

Pemimpin Umno ‘hentam’ Muhyiddin persoal baki RM2.6 bilion

Sebahagian pemimpin Umno mendakwa kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin minta penjelasan perdana menteri baki RM2.6 bilion berkenaan akan menyebabkan ahli keliru dan berpecah. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 16 Ogos, 2015.
Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan baki wang RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi hanya akan menyebabkan ahli parti keliru dan berpecah, kata pemimpin Umno pelbagai peringkat, lapor Berita Harian.

Ahli Majilis Tertinggi (MT) Umno Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi berkata Muhyiddin sengaja melakukan provokatif untuk mengelirukan ahli atau mempunyai niat jahat untuk mensabotaj parti.

Katanya, jawatankuasa pengurusan Umno wajar memantau tindakan dan kenyataan timbalan presiden parti itu.

"Saya mempertikaikan motif beliau. Apa yang mendukacitakan kita ialah selepas digugurkan daripada Kabinet, Muhyiddin membuat banyak kenyataan yang memberi jaminan beliau akan terus memperkukuhkan parti.

"Bagaimanapun tindak tanduk beliau mempertikaikan dana politik boleh menyebabkan ahli parti keliru dan berpecah, sekali gus menyebabkan parti semakin bergolak," katanya.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak juga bersetuju dengan Puad dan berkata tindakan Muhyiddin akan membangkitkan kebencian ahli terhadap presiden dan mencadangkan ahli Parlimen Pagoh itu bersemuka dengan Najib untuk bertanya mengenai isu tersebut.

Sekretariat Kongres Rakyat buka penyertaan

KAMI dari Sekretariat Kongres Rakyat membuka peluang dan mengalu-alukan penyertaan kepada NGO-NGO atau mana-mana pihak, individu atau persatuan dan gerakan mahasiswa.

Nyatakan nama penuh (serta nama singkatan) NGO atau persatuan anda serta alamat emel anda dan emel NGO atau persatuan anda.

Insyaallah, pihak sekretariat akan menghantar surat jemputan rasmi serta lampiran perkara-perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan dan penyertaan Kongres Rakyat.

Kepada yang berminat menyertai Kongres Rakyat yang insyaallah akan berlangsung pada 12 Sept 2015 akan datang boleh hubungi kami di kongresrakyat2015@gmail.com - HARAKAHDAILY 16/8/2015

Nasrudin bin Hassan
Setiausaha Kongres Rakyat

Kedah teliti cadangan bangunkan industri minyak dan gas di Kerpan

JERLUN: Kerajaan Kedah sedang meneliti cadangan pelabur yang berhasrat membangunkan industri minyak dan gas di kawasan Kerpan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beliau bagaimanapun menegaskan kerajaan negeri tidak mahu bertindak meluluskan cadangan itu secara melulu sebelum melihat impaknya daripada pelbagai aspek.

"Kita sedang tengok (menelitinya) secara mendalam...boleh atau tidak, sesuai atau tidak di kawasan itu, kesannya kepada alam sekitar dan peluang pekerjaan yang tentu ada impaknya," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Jerlun di sini, Sabtu.

Mukhriz turut berharap agar cadangan itu menjadi kenyataan sekaligus dapat memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Jaga ahli saja tak cukup menang PRU14

http://images.says.com/uploads/story_source/source_image/381771/0a39.jpg
Menjaga anggota Umno sahaja dan bergantung kepada kelemahan parti lawan tidak cukup untuk menjamin kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU), kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata anggota parti perlu menerima hakikat bahawa kemenangan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang bergantung kepada rakyat yang memberi mandat untuk memerintah negara ini.

"Menjaga anggota Umno sahaja tidak cukup atau mengharapkan kelemahan parti lawan untuk menang. Kita perlu kembali kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Padang Terap, di Kuala Nerang semalam.

Justeru, katanya, kepimpinan parti perlu merangka strategi bagi memastikan anggota parti dan pengundi memberi kepercayaan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk terus memerintah negara.

Adakah ZAHID HAMIDI sedang mengatur strategi menolak NAJIB..????

Kenyataan Media.


ISU AKAUN BERSUMPAH JATUHKAN KERAJAAN : ZAHID HAMIDI BERIKAN ISYARAT UMNO AKAN HILANG DOMINASI KUASA POLITIK KALAU MASIH PERTAHAN NAJIB.

1. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi tiba-tiba menimbulkan kononnya wujud Akaun Bersumpah untuk menjatuhkan kerajaan yang sedang diusahakan oleh pihak tertentu dalam umno untuk mendapat sokongan Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang. Sedangkan saya sebagai Ahli Parlimen Pembangkang sendiri tidak mengetahuinya.

ZAHID TPM PALING SINGKAT

2. Jika benar sekalipun ada usaha tersebut, ia bukan suatu yang menyalahi Perlembagaan dan Perundangan negara seperti mana Umno BN pernah lakukan untuk merampas Kerajaan Perak daripada Pakatan Rakyat. Tetapi persoalannya, apa perlunya Zahid dedahkan kepada khalayak umum? Ianya tidak lain menunjukan kegelisahan yang sangat dibimbangi oleh Zahid kerana jika usaha undi tidak percaya terhadap PM berjaya, Zahid akan menempah sejarah baru Politik Malaysia (Malaysian Book Off Record) sebagai TPM paling singkat. Sebenarnya Zahid berada dalam keadaan sangat tidak selesa.

Mat Sabu akui #GHB diperalat #DAP | Video


DAP nafi suruh GHB rujuk mereka untuk laksanakan HUDUD, tapi perlu pinda Perlembagaan Persekutuan di Parlimen


DAP nafi memberi syarat kepada Gerakan Harapan Baru (GHB) sekiranya mahu membawa agenda hudud dalam Pakatan Rakyat 2.0 perlu mendapatkan kelulusan parti itu terlebih dahulu.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu kepada jawatankuasa sementara GHB, yang bakal berdaftar sebagai parti politik.

“Saya tidak cakap begitu. Saya cakap kita belum bincang lagi. Ini agenda jahat portal berkenaan untuk memburukkan GHB. DAP sentiasa menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan kita tidak pernah pertikaikan,” katanya dalam kenyataan balas yang dimuat naik dalam laman sosial facebook beliau hari ini.

Sebelum itu, dalam laporan satu portal berbahasa Melayu itu, Anthony turut dilaporkan berkata, walau apa pun hasrat GHB itu dalam meneruskan agenda hudud, perlu terlebih dahulu dibawa ke meja rundingan bersama DAP.

Jangan asyik berpolitik, tumpu ekonomi negara


PADANG BESAR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengingatkan pemimpin dan parti supaya tidak hanya sibuk melayan politik dan polemik, sebaliknya turut memberi fokus terhadap kedudukan ekonomi negara.

Beliau menegaskan selain menjawab isu politik, banyak perkara yang menyentuh kedudukan ekonomi negara juga perlu diberi perhatian.

Katanya, antara aspek yang perlu diberi fokus ialah kedudukan ekonomi dunia dan nilai ringgit yang jatuh ketika ini.

"Dalam kita berpolitik dan melayani isu semasa, ada banyak perkara yang menyentuh kedudukan negara yang perlu diberikan perhatian. Satu aspek yang saya lihat perlu diberikan fokus dan amat penting ialah kedudukan ekonomi negara, kedudukan nilai ringgit kita, kedudukan harga komoditi dan institusi yang perlu kita diberikan suntikan," katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Padang Besar Beseri, Perlis.

Situasi ini, menurut Hishammuddin memerlukan kesungguhan dari pelbagai jabatan dan agensi yang terlibat supaya isu politik tidak menjejaskan aspek ekonomi yang perlu diberi perhatian.

'Pekerja tidak stres jika majikan tahu hargai mereka'

 
KUALA LUMPUR: Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) , Tan Sri Lee Lam Thye menyarankan agar semua organisasi perlu mengambil kira isu stres yang berkaitan dengan pekerjaan.

Tegasnya, ia harus dilihat sebahagian daripada risiko-risiko psikososial sebagai sebahagian daripada strategi keselamatan dan kesihatan untuk mengurangkan kemalangan dan kecederaan di tempat kerja.

"Majikan perlu bertanggungjawab untuk melaksanakan rancangan bagi mencegah atau mengurangkan risiko-risiko psikososial agar membolehkan pekerja memainkan peranan dalam membantu mewujudkan persekitaran kerja psikososial yang sihat.

"Pengurusan stres dan risiko psikososial di tempat kerja akan mewujudkan persekitaran kerja yang sihat di mana pekerja berasa dihargai dan akhirnya budaya di tempat kerja akan menjadi lebih positif. Akhirnya produktiviti dan prestasi perniagaan akan menjadi bertambah baik," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, walaupun banyak faktor yang menyumbang kepada kesihatan mental dan kesejahteraan pekerja, terdapat bukti yang signifikan bahawa persekitaran tempat kerja adalah salah satu daripada puncanya.

SUNGAI PETANI - Bomba Jumpa hos sambungan untuk letupan rumah

Bomba
SUNGAI PETANI - Panggilan kecemasan daripada orang ramai mengenai kebocoran gas di sebuah rumah, membawa kepada penemuan hos sambungan yang dipercayai digunakan untuk meletupkan rumah tersebut di Lorong 2/1, Taman Sinar Indah, di sini, malam tadi.
  
Komander operasi, Rosdi Ismail berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.40 malam, sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani tiba di lokasi pada jam 7.47 malam.
  
"Sebaik tiba di tempat kejadian, didapati tiada kebocoran gas di rumah tersebut berlaku, sebaliknya terdapat dua tong gas dengan sambungan hos gas di dalam rumah yang disalurkan ke dalam mesin basuh di luar rumah, dipercayai bertujuan menyebabkan berlakunya letupan," katanya.
  
Rosdi berkata, bagaimanapun, tiada penghuni di rumah terbabit ketika kejadian dan tiada letupan atau perkara tidak diingini berlaku.
  
Bomba bersedia di lokasi sehingga operasi tamat pada 8.57 malam dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan, katanya. - Bernama




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...