TERKINI :

Saturday, August 15, 2015

Zahid menghadapi gangguan, elok pergi berubat cepat

Aspan Alias

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/ZAHID_HAMIDI_050914_TMIHASNOOR_08.JPG
Zahid ternampak bayang dan terus merasa takut. Sebenarnya bayang itu adalah bayang beliau sendiri. Yang sudah terbukti beliaulah yang tidak setia kepada partinya. Beliau yang menyatakan yang beliau akan menjadi timbalan kepada Muhyiddin jika Najib mampu diketepikan akhirnya beliau pula yang menjadi timbalan kepada Najib yang beliau sendiri tidak lagi merasakan keyakinan. Sekarang beliau sendiri sudah merasakan yang Najib tidak lagi boleh bertahan dan menuduh ada pihak yang cuba menjatuhkan kerajaan.

Jika ada peluang beliau akan bersama Muhyiddin untuk kekal menjadi Timbalan kepada Muhyiddin kerana beliau telah merasakan yang umur dan usia politik Najib sudah hampir terkubur. Zahid nampaknya sudah mula melangkahkan silat pulutnya seperti yang beliau sudah lakukan semasa berpindah kesetiaan dari Anwar kepada Mahathir selepas beliau ditangkap ISA pada tahun 1998 dahulu.

Zahid sudah merasakan kepanasan oleh permainan beliau sendiri. Ternampak sahaja bayang beliau merasa panik sedangkan yang beliau takutkan itu adalah bayangan beliau sendiri. Yang lebih besar dosanya ialah menggunakan kuasa untuk kepentingan peribadi. Jika ada pun usaha untuk menumpaskan kepimpinan Najib ia bukannya usaha yang menusuk UMNO dari belakang. Ia mungkin usaha untuk memperbaiki kepimpinan UMNO dan caranya ialah dengan mengenepikan Najib dengan cara yang halal dan tidak terkeluar dari bidang undang-undang yang sah.

Mahathir juga dikatakan turut minta dan terima bantuan negara Arab

Dr Mahathir turut minta dan terima bantuan negara Arab, kata Salleh

 Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak berkata, mengatakan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah meminta atau mendapat bantuan dari negara Arab adalah tidak benar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Ogos, 2015.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak berkata bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah meminta dan menerima bantuan daripada negara Arab semasa kepimpinannya.

Lantaran itu, beliau berkata, mengatakan Dr Mahathir tidak pernah meminta atau mendapat bantuan dari negara Arab adalah tidak benar.

"Hakikatnya Dr Mahathir tidak sahaja meminta tetapi turut menerima bantuan daripada sebilangan negara Arab," katanya dalam entri terbaru blog beliau.

Mohd Salleh berkata lebih 30 tahun lalu semasa Dr Mahathir berhasrat menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), kerajaan dianggarkan menanggung sekurang-kurangnya RM1 bilion, terutamanya untuk membangunkan kampus di tapak seluas 283.3 hektar (700 ekar) di Gombak.

"Mengambil pertimbangan faktor inflasi, apa yang bernilai RM1 bilion pada 1983 kini mencecah lebih RM10 bilion.

Penduduk di sempadan rasai kesan RM menjunam



KOTA BHARU: Malaysia berdepan suasana ekonomi kurang selesa ekoran kejatuhan teruk Ringgit sehingga boleh mendorong pelabur memilih menyimpan dalam bentuk Dolar.

Prof Madya Dr Abdul Rahim Anuar dari UUM berkata keseluruhan sektor berdepan dengan kemelut apabila RM semakin merosot.

“Kerajaan tidak boleh hanya melihat sektor pelancongan sahaja yang dianggap menguntungkan. Tetapi keseluruhan sektor lain akan terjejas,” katanya ketika ditemui di sini.

Sebelum itu beliau membentang kertas kerja pada Dialog Strategik Merakyatkan Pembangunan Ekonomi Kelantan di Kota Darulnaim hari ini.

Program tersebut dianjur Pusat Kajian Strategik (PKS). Hadir sama Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Dr Wan Zawawi Wan Ismail dan Pengarah PKS, Dr Wan Nik Wan Yussof.

1MDB 'selamat' tapi TPM, menteri kena pecat

 
Bekas timbalan perdana menteri berkata, beliau tidak berkongsi pendapat dengan Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa agensi tajaan penuh kerajaan, 1MDB tidak menggunakan wang rakyat.

Mendakwa beliau hanya memberi komen - dan bukan mengkritik Najib - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, wang bernilai berbilion ringgit yang dipinjamkan kepada syarikat itu dijamin kerajaan yang beroperasi menggunakan dana pembayar cukai.

"Perdana menteri juga sebutkan, mengapa kita perlu bising-bising tentang 1MDB ini? (Kata Najib), kita tak pakai duit rakyat.

"(Apa yang berlaku ialah) saya mengulas, bukan mengkritik (perdana menteri)," katanya di Semporna hari ini.

Muhyiddin hadir di Semporna untuk merasmikan mesyuarat tahunan perwakilan Umno bahagian itu.

Umno Bahagian Semporna diketuai Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga naib presiden parti berkenaan.

Muhyiddin dan Mohd Shafie sama-sama diketepikan oleh Najib dalam rombakan kabinet pada 28 Julai lalu.

Majlis hari ini menjadi program pertama Muhyiddin dan Mohd Shafie duduk sepentas sejak mereka dipecat.

Ustaz Ahmad Awang dilantik penasihat umum Harapan Baru

Oleh: Hazayani Zakaria


SHAH ALAM: Ketua Ittihad Ulamak Cawangan Malaysia, Ustaz Ahmad Awang dilantik sebagai Penasihat Umum Harapan Baru (GHB).

Perkara tersebut diumumkan pada sidang media selepas majlis perasmian sempena program Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah (NUNJI15) anjuran GHB hari ini.

Ustaz Ahmad Awang sebelum itu diundang merasmikan NUNJI15 yang berlangsung di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), hari ini.

Dalam ucapannya, Ustaz Ahmad Awang berkata, NUNJI15 yang mengangkat konsep "Rahmatan Lil Alamin" sebagai tema, diharapkan dapat diterjemahkan dalam membimbing perjalanan politik di Malaysia khususnya dan di dunia umumnya.

Menurut beliau, para peserta diberi peluang untuk mendengar dan berdialog dengan para pembentang yang berwibawa dalam bidang masing-masing serta tokoh yang dikenali masyarakat.

"Kehadiran Nadwah ini tepat pada masanya untuk para peserta menghadam tajuk-tajuk besar yang berkaitan dengan Islam dan kenegaraan.

Video | Mat Sabu - Polis Siasat SPRM, SPRM siasat Polis..!!!




Saifuddin Nasution jawab dakwaan peguam TS Khalid

 
Kes saman TS Khalid lwn Saifuddin Nasution itu diketepikan selepas kedua-dua pihak berbincang selama dua jam dan saling bermohon maaf.
 Menurut Saifuddin, sebab saman itu ditarik balik adalah sebagai berikut :

1) Atas nasihat Anwar sebagai perantara yang menyatakan Negara sedang berdepan dengan masalah politik, ekonomi dan kos sara hidup yang meningkat.
2) Anwar ingatkan Khalid, sekiranya kes ini diteruskan ia akan melalui proses yang panjang.
   
3) Abdul Khalid menerima saranan tersebut malah berpesan kepada Saifudin bahawa penarikan saman itu adalah hikmah supaya beliau boleh memfokuskan kepada kerja lain dan PKR boleh memperkukuhkan parti. 
Tiga asas itu dipersetujui sebagai latar belakang untuk Nasution dan Tan Sri Khalid mencapai penyelesaian.
Namun ramai orang-orang PAS mempertikaikan apabila Nasution dan Rafizi menyatakan mereka 'saling bermaaf-maafan'. Termasuklah dari peguam TS Khalid, Edmund Bon yang menuduh pihak PKR telah 'spin' isu 'saling bermaaf-maafan' itu.
Berikut Kenyataan penjelasan Dato' Saifuddin Nasution Ismail mengenai kenyataan Edmund Bon:

 1) Kedua-dua peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju supaya mencari jalan agar perbicaraan tidak diteruskan. Oleh itu, pada hari pertama perbicaraan dimulakan Selasa lalu, peguam Tan Sri Khalid menyediakan draf pertama untuk dipertimbang oleh saya.

 2) Saya menyatakan bahawa saya dan KEADILAN tidak akan meminta maaf tetapi boleh membuat penjelasan bahawa konteks dokumen yang dipertikaikan oleh Tan Sri Khalid itu adalah satu penjelasan politik.

Parti baharu dilancar sebelum 31 Ogos terbuka pada bukan Islam, kata GHB



Mujahid Yusof Rawa (dua dari kiri) bercakap pada sidang media di Shah Alam, hari ini, yang turut disertai ahli jawatankuasa pusat Gerakan Harapan Baru Salahuddin Ayub (kiri) dan Ahmad Awang (kanan). – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 15 Ogos, 2015.
Parti baharu Gerakan Harapan Baru (GHB) yang bakal dilancarkan sebelum sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos ini, dibuka kepada bukan Islam untuk menyertainya.

Timbalan Pengerusi GHB Salahuddin berkata, sebahagian besar ahli kumpulan ditubuhkan pemimpin progresif PAS itu akan menyertai parti baharu yang masih belum diputuskan namanya itu.

"Ia juga dibuka pada bukan Islam, tapi kami kekalkan dasar Islam. Tentang nama, kita tunggu satu sidang akhbar akan dipanggil.

“Terpulang nanti sekiranya ada di antara kami yang ingin ataupun ada pandangan GHB perlu kekal sebagai NGO, tapi yang pastinya sebahagian kami akan menyertai parti baharu itu," katanya pada sidang di Shah Alam, hari ini.

BERSIH 4 simbolik tolak pimpinan Najib

 
BERSIH 4 yang akan diadakan akhir bulan ini adalah mewakili undi tidak percaya rakyat kepada kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak, kata pengerusi pertubuhan itu Maria Chin Abdullah.

Dengan tempoh tinggal lagi dua minggu, gabungan itu melancarkan secara rasmi bantahan berkenaan yang dirancag selama 34 jam - bermula 29 Ogos ini - di Dewan Sivik Petaling Jaya malam tadi.

"Kita berada di sini hari ini dengan kebimbangan kerana negara kita berada di detik kritikal.

"Rasuah memusnahkan negara dan ekonomi negara. Kita mesti bangkit tetapi bukan menjatuhkan kerajaan melalui keganasan, sebaliknya menolak pemimpim rasuah dan sistem politik yang menghasilkan pemimpin mengamalkan rasuah," kata Maria dalam ucapannya malam tadi.

Pas sedia isytihar dana politik

Takiyuddin Hassan
KUALA LUMPUR - Pas menyatakan kesediaan untuk mengumumkan jumlah dana politik yang diterima parti itu selaras dengan pengumuman penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) hari ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, mereka mempunyai rekod dan catatan lengkap mengenainya dan tidak mempunyai halangan untuk mengisytihar semua sumbangan dana yang diterima oleh parti itu.

"Kita tak ada masalah untuk umumkan dana ini sebab biasanya kami terima dana daripada sumbangan terbuka, malah kalau dalam program seperti ceramah dan sebagainya kita umumkan berapa jumlah kita dapat pada masa itu," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan undang-undang, setiap parti politik dibolehkan mencari dana dari luar dan hanya perlu mengisytiharkan senarai perbelanjaan parti dalam musim pilihan raya.

Nur Jazlan marilah sertai Bersih 4 - Maria Chin



KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Dalam Negeri yang baru dilantik, Datuk Nur Jazlan telah dilaporkan berkata bahawa kerajaan tiada masalah dengan perhimpunan aman Bersih 4.

Justeru, Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menerima baik respons Nur Jazlan ini dan dengan rasa besar hati ingin mengajak beliau untuk turut bersama-sama menyertai perhimpunan Bersih 4 yang dijadual berlangsung dalam masa dua minggu sahaja lagi.

"Pastinya tiada masalah bagi beliau untuk ikut serta berhimpun bersama-sama rakyat Malaysia yang menuntut pilihan raya dan kerajaan yang adil, hak membantah, pengukuhan demokrasi berparlimen dan demi menyelamatkan ekonomi negara," ujar Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dalam satu kenyataan.

Pun begitu, katanya Nur Jazlan dalam kenyataannya kepada media turut menyebut bahawa pihak berkuasa akan bertindak sekiranya perhimpunan tersebut bertukar kecoh dan keadaan tidak terkawal.

"Suka kami ingatkan Datuk Nur Jazlan bahawa tugas menjaga keamanan dan mengawal keadaan adalah tugas pihak polis, yang kini berada di bawah bidang tugas beliau sebegai Timbalan Menteri Dalam Negeri," ujar beliau lagi.

Zahid: Pemimpin Umno cuba jatuhkan kerajaan

 
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa terdapat seorang pemimpin Umno kini sedang mengetuai gerakan untuk menjatuhkan kerajaan melalui "pintu belakang" dengan sokongan ahli parlimen pembangkang.

Naib presiden Umno itu berkata, sebagai menteri dalam negeri beliau difahamkan mereka ini sedang menyediakan akaun bersumpah (SD) untuk menggulingkan kerajaan.

"Saya dapat maklumat ada usaha untuk gulingkan kerajaan sedia ada yang sedang dilakukan dan didalangi oleh tokoh-tokoh tertentu.

"Terdapat usaha mendapatkan SD di kalangan ahli parlimen pembangkang dan juga (usaha) untuk menarik ahli parlimen BN supaya menumbangkan kerajaan melalui pintu belakang," kata Zahid semasa merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Ampang di Dewan Dato' Setia Mufti Shuib di Ampang, Selangor hari ini.

15 soalan untuk #NAJIB tetapi jawapannya tidak menjawab sama sekali.



Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 1 : (Diam)

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 2 : Akaun itu tidak wujud.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 3 : Ejaan nama Najib Razak oleh WSJ adalah silap.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 4 : Saya tak guna duit itu untuk kegunaan peribadi.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 5 : Penulisan Wall Street Journal adalah berunsur fitnah.

Kerajaan Pahang 'lena', pencemaran bauksit, bacaan arsenik 100 kali ganda





SIKAP Kerajaan Negeri Pahang yang masih gagal dalam menangani isu pencemaran bauksit yang menghantui penduduk di Kuantan Pahang selama ini amat dikesali.

Pemimpin PAS Negeri telah menggunakan segala saluran yang ada khususnya dengan agensi yang berkaitan, Kerajaan Negeri sehingga ke sidang Dewan Undangan Negeri untuk mendesak satu tindakan yang drastik demi keselamatan dan kesihatan Rakyat.

Saya kecewa kerana pandangan dan teguran PAS dibakulsampahkan seolah-olah pemimpin Umno/BN sanggup mempertaruhkan keselamatan dan kesihatan Rakyat malah para Pelancong yang selalu berkunjung ke daerah itu demi kepentingan pelombong semata-mata.

PAS Pusat juga ingin mendesak Kerajaan Negeri malah Perdana Menteri untuk mendedahkan laporan siasatan oleh Jabatan Alam Sekitar (DOE) dengan seberapa segera ke pengetahuan umum termasuk langkah-langkah perlindungan segera yang perlu diambil oleh Rakyat.

“Melayu akan berpecah lagi. Kita bertambah lemah dan akhirnya DAP akan menguasai Malaysia dengan bantuan Singapura”

SUATU HARI DI HARI RAYA


Pada hari Sabtu lepas saya telah ke majlis hari raya di Seksyen 3 Shah Alam. Sambil saya berbual dengan tuan rumah, tiba-tiba datang seorang ke arah saya. Tanpa banyak bicara, beliau terus menegur saya dan bertanya, “kamu nak tubuhkan parti baru kan?” Saya sekadar mengangguk tanpa mengatakan apa-apa. Terus beliau menambah lagi, “berdasarkan pengalaman saya selama 37 tahun, saya nak beritahu kamu bahawa kamu sedang melakukan apa yang DAP ingin kamu lakukan! You are doing what the DAP wants!”

Saya berdiam sahaja dan memandang ke arahnya, sambil senyum. Melalui perwatakan beliau, saya menjangkakan bahawa beliau seorang yang mungkin berumur 75 ke 80 tahun. Seorang pesara yang telah lama berkhidmat sebagai pegawai kerajaan teka saya. Berdasarkan kata-katanya lagi, saya menganggarkan bahawa pengalaman 37 tahun yang dimaksudkan mungkin samada di bawah MKN atau BTN atau Polis. Saya tidak kenal beliau secara peribadi dan ianya kali pertama saya berjumpa dengannya. Saya terus berdiam dan membenarkannya untuk terus bercakap.

Tuan rumah yang duduk di tepi saya terus menegurnya. “AsSalaamuAlaikum Tan Sri. Apa khabar? Selamat Hari Raya” kata tuan rumah kepadanya secara lemah lembut. Tan Sri tersebut menjawab salaam tuan rumah tetapi terus memandang ke arah saya.

“Melayu akan berpecah lagi. Kita bertambah lemah dan akhirnya DAP akan menguasai Malaysia dengan bantuan Singapura” katanya lagi. Dia seterusnya duduk semeja dengan kami, di kerusi bertentangan saya, sambil memandang terus ke muka saya. Beliau diam menunggu jawapan dari saya.

Mana baki RM2.6 bilion, Muhyiddin tanya Najib

 Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlah wang yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak besar dan jika ia masih berbaki, beliau harus memaklumkan di mana wang tersebut kini disimpan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 14 Ogos, 2015.
Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa perdana menteri menjelaskan mengenai baki dari wang RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaun bank peribadinya selepas ia dikatakan sudah ditutup pada 2013 lalu.

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, jumlah wang yang dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak tersebut besar dan jika ia masih berbaki, beliau harus memaklumkan di mana wang tersebut kini disimpan.

"Apakah berbaki wang itu semasa ia ditutup? Kerana, jumlahnya itu besar. Kalau jumlahnya besar, pasti ia berbaki.

"Kalau masih berbaki, ke manakah wang itu?" soal Muhyiddin ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kemaman di Terengganu petang ini.

Muhyiddin berkata beliau tidak dapat menjawab mengenai soal wang tersebut, sebaliknya menggesa Najib yang juga menteri kewangan supaya menjelaskannya.

"Berapa banyak yang diterima? Berapa banyak wang digunakan untuk pilihan raya? Saya mana tahu. Saya tidak dapat.

"Saya rasa mungkin presiden Umno dapat menjawabnya," katanya merujuk kepada Najib.

Umur 16 tahun dah dok merogol dan mencabul, hebat anak muda Malaysia sekarang ini...

Gadis 16 tahun tak tahan dicabul 

kes cabul
KULIM - Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun  tidak tahan dicabul empat rakan teman lelakinya akhirnya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim, 6 Ogos lalu.

Mangsa dipercayai dicabul empat suspek berusia 16 tahun di kawasan sekolah dan dirogol teman lelakinya berusia 17 tahun, sejak penghujung Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad berkata, empat remaja dan seorang teman lelaki mangsa berumur 17 tahun berjaya ditahan atas kesalahan merogol dan mencabul.

“Teman lelaki mangsa akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

"Manakala empat lagi rakan suspek disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana melakukan pencabulan,” katanya pada sidang media, kelmarin.

'Orang asyik tanya saya bila Najib nak jatuh'

Rafizi RamliRafizi Ramlihttp://harianaceh.kilatstorage.com/2015/06/PM-Malaysia-Najib-Razak-01.jpg
KUALA LUMPUR - Soalan yang kerap ditanya sejak kebelakangan ini adalah 'bila (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) akan jatuh'.

Malah Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa soalan itu ditanya oleh penyokong Umno sendiri.

"Orang-orang saya selalu tanya, bila Najib nak jatuh. Saya kenal jiran-jiran saya, (penyokong) Umno semua ini.

"Mereka yang setiap hari tanya saya bila Najib nak jatuh?," katanya ketika menyampaikan ceramah pada program Solat Hajat dan Himpunan Rakyat di Pandan Indah, malam tadi.

Tegasnya, pembangkang melawan Umno-BN bukan semata-mata kerana tidak suka akan perdana menteri itu dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor sebaliknya sistem di dalam parti pemerintah itu sendiri yang sudah rosak.

"Kalau tukar perdana menteri pun, letaklah Zahid (Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi), Muhyiddin (bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin), hatta letak menteri paling cerdik pun, kita tak akan selamat.

"Sebab yang menjadi perdana menteri itu kawal semua. Polis, SPRM, hakim dia punya. Sebab itu kalau nak selamatkan Malaysia, nak beri ekonomi pulih kembali, nak letak orang yang makan rasuah dalam penjara, hanya ada satu jalan sahaja iaitu kita kena kalahkan Umno-BN.

LSelagi kita tidak ubah kerajaan, sistem tidak berubah. Baik daripada Najib ke, dulu Tun Mahathir (bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad), Pak lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi), selepas ini Zahid ke...sama sahaja. ," katanya.

Malah beliau menyeru semua pihak mengetepikan semua perbezaan dan masalah demi menyelamatkan negara ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...