TERKINI :

Friday, August 14, 2015

'Selepas ini kayalah YB dengan duit derma'

Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said hari ini menyindir kemasukan wang derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

“Tiba-tiba ada menteri yang kata derma politik adalah normal. Lepas itu ada menteri kata lebih selamat masuk akuan peribadi daripada akaun lain.

“Lepas ini kaya-raya wakil rakyat, derma politik masuk akaun sendiri.

“SPRM (Suruhanjaya Pencegahan RasuahMalaysia) siasat baru kata ini duit parti,” katanya kepada perwakilan Umno Kemaman dalam mesyuarat agung tahunannya.

Wang RM2.6 bilion itu yang dilapor dimasukkan dalam akaun Najib sebelum pilihan raya umum lalu dikatakan diderma dari Timur Tengah.

'RM jatuh akibat masalah politik, tapi puncanya?'

PKR mengakui perkembangan politik semasa antara penyumbang kejatuhan harga ringgit, menjadikannya yang terburuk dalam tempoh 17 tahun.

Bagaimanapun, hujah parti itu, ia sebenarnya berpunca isu kewibawaan Datuk Seri Najib Razak dalam isu derma RM2.6 bilion dan 1MDB.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, perkara itu berlaku apabila pelabur kurang yakin untuk melabur di negara ini.

“Memang betul kejatuhan kerana masalah politik tapi ia kerana kredibiliti dia (Najib) mengenai 1MDB, aliran wang yang masuk (dalam akaun Najib), mengenai tindakan dia kebelakangan ini,” katanya.

Minggu meriah buat Muhyiddin..

Shahbudin Husin,


Minggu ini boleh dianggap minggu yang meriah bagi Muhyiddin Yassin sejak dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana beliau akan merasmikan dua mesyuarat perwakilan UMNO bahagian yang berdiri kuat menyokongnya tetapi turut ada "spy" Najib Razak di dalamnya.

Pada jam 3 petang hari ini (Jumaat), Timbalan Presiden UMNO itu akan merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kemaman yang diketuai oleh bekas Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said.

Sepertimana yang dilakukannya sebelum ini, Muhyiddin yang baru dipecat daripada kerajaan kira-kira dua minggu lalu, dijangka akan menggunakan plaftform ini untuk menyentuh perlbagai perkara mengenai politik semasa seperti 1MDB, wang RM2,600 juta, penyiasatan SPRM, Bank Negara, masa depan UMNO, kejatuhan ringgit serta banyak lagi isu yang sedang berlaku dalam negara.

Berdasarkan mood semasa ahli UMNO di seluruh negara yang memperlihatkan semacam ada trend untuk memberi teguran terbuka kepada UMNO dan pimpinannya, tidak mustahil Muhyiddin juga turut lebih kritikal sikapnya di Kemaman ini.

RM2.6 Bil Najib - Status FB Najib Pada 3 Julai Dah Hilang ?

 
Entah kenapa terasa seperti nak baca semula respon/kenyataan Najib yang paling awal sejurus pendedahan WSJ mengenai transaksi billion2 ke dalam akaun peribadi beliau awal bulan Julai lalu.

Elok juga rasanya kita baca kembali ..... dengan apa yang kita dah tahu sekarang ini, bagus kalau kita dapat kaji semula ayat2 yang dipilih Najib sebagai Jawapan Resminya itu. 

Saya google search dan ketemulah status FB Najib yang berkenaan -

In recent months, various allegations – all unsubstantiated, and many simply outrageous – have been directed against me and my family.

These attacks began when I refused to implement Tun Mahathir’s personal demands. I refused, because I do not believe it is right for Malaysia to be ruled by proxy.

Tun then created a crisis when he recklessly claimed that RM42 billion was missing from 1MDB, when in fact these are audited debts backed by RM51 billion audited assets.

Selepas perbincangan tertutup antara Khalid, Saifuddin dan Anwar, bekas mb tarik balik saman

Khalid tarik balik saman terhadap Saifuddin

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menarik balik samannya ke atas bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan kes itu diselesaikan di luar Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Kes itu digugurkan selepas perbincang kedua-dua pihak berbincang selama dua jam sebelum mereka saling bermohon maaf.

Perbincangan tertutup bermula kira-kira jam 9 pagi antara Abdul Khalid selaku plainatif, Saifuddin sebagai defenden dan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir sebagai saksi untuk kes itu.

Turut hadir veteran DAP Lim Kit Siang, ahli keluarga Anwar dan penyokong.

Abdul Khalid memfailkan saman terhadap Saifuddin pada 18 Ogos tahun lalu berhubung pengedaran dokumen "Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor" bertarikh 4 Ogos 2014 yang didakwa memfitnah beliau.

Pada 21 September 2014 lalu, Abdul Khalid disingkirkan daripada jawatannya sebagai menteri besar selepas Selangor melalui kemelut politik panjang.

TITM - Siasatan Bank Negara, SPRM atau deklarasi Najib yang betul?

 

Kini, nampaknya ada tiga siasatan berkait dengan 1MDB dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

1. Siasatan SPRM terhadap SRC International

SPRM berkata siasatan terhadap SRC International masih diteruskan. Siasatan ini dikatakan tidak berkait dengan 1MDB tapi ura-ura mengatakan ia berkait dengan pengaliran dana KWAP yang didakwa berakhir di akaun persendirian Datuk Seri Najib Razak.

2. Siasatan SPRM ke atas RM2.6 bilion

SPRM mengumumkan RM2.6 bilion yang masuk ke akaun Najib ialah derma. Tapi pada masa yang sama, SPRM ingin mendapat keterangan daripada Najib. Peliknya sebelum mendapat keterangan, Najib berkata SPRM telah membersihkannya daripada tuduhan rasuah.

Ke mana perginya RM2.6 bilion itu? Siapa pula yang menerima ‘derma’ itu daripada Najib?

3. Siasatan Bank Negara kepada 1MDB

Melihat penampilan Gabernor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hari ini melegakan rakyat. Zeti memaklumkan pihaknya sudah menyiapkan siasatan terhadap 1MDB dan langkah-langkah susulan yang dicadangkan sudah sampai di tangan Peguam Negara.

Bekas Exco Agama Kedah, Ustaz Fadzil Hanafi mengisytiharkan bersama #HarapanBaru


Di dalam Majlis Jamuan Aidilfitri yang di anjurkan oleh ‪#‎HarapanBaru‬ Kedah dan Majlis Jamuan Aidilfitri yang di anjurkan oleh Keadilan Negeri Kedah 13.08.15, Ustaz Fadzil Hanafi mengisytiharkan bersama #HarapanBaru dan menyeru rakyat agar memberikan sokongan kepada #HarapanBaru.

Ustaz Fadzil Hanafi pernah bertanding di atas tiket Umno menentang Almarhum Ustaz Fadzil Noor di DUN Bukit Raya (DUN Tokai). Pernah menjawat jawatan Exco Agama ketika zaman Datuk Seri Syed Razak menjadi Menteri Besar Kedah sebagai ADUN Tanjung Seri (DUN Alor Mengkudu).

Sebelum terlibat secara langsung di dalam politik beliau yang berkelulusan Universiti Al Azhar, Mesir pernah menjadi Pengerusi Forum Hal Ehwal Islam di RTM dan soal jawab kemusykilan Agama di dalam Radio RTM.

Semoga kemasukan beliau ke dalam #HarapanBaru dapat menarik lebih ramai penyokong Umno menyertai #HarapanBaru.

Banyak jasa Pas kepada saya, luah Mat Sabu

 Mohamad Sabu
SHAH ALAM - "Saya nampak jasa Pas lebih banyak daripada jasa saya pada Pas, itu saya terima kasih," demikian luahan Pengerusi Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru), Mohammad Sabu ketika diajukan mengenai kenangan beliau bersama Pas.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu turut mengakui meninggalkan Pas bukan satu keputusan yang mudah dalam hidupnya.

"Bagi saya Pas tinggalkan saya satu perjuangan yang besar... tetapi saya perlukan platform baharu untuk melakukan lonjakan baharu, sebab kita banyak ketinggalan dengan cara sekarang," katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Harian.

Sementara itu ketika ditanya adakah Pas tidak menyediakan platform seperti yang beliau kehendaki, Mat Sabu berkata, ruang itu tidak wujud.

Isu 2.6 bilion: Lagi lama, lagi banyak tekanan


http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/08/najib-macc.jpg
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menegaskan jika lebih lama isu derma RM 2.6 bilion dimainkan oleh rakyat, maka lebih banyak tekanan akan dirasai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Katanya, jika rakyat tidak menunjukkan rasa kurang senang dengan isu ini, dikhuatiri isu ini akan hilang begitu sahaja.

Oleh itu ujarnya, beliau terpanggil untuk membuat program solat hajat dan ceramah rakyat di Padang Perbandaran Ampang Jaya pada malam ini agar ia dapat memberi 'signal' kepada Najib.

"Kita minta doa selamatkan Malaysia, pastikan kita dihindari daripada pimpinan yang tidak betul.

"Jadi ‎bila lebih ramai buat solat hajat dan menzahirkan penolakan terhadap Najib saya yakin Najib akhirnya akan turun," katanya ketika ditemui media di program tersebut.

Adakah kertas pertuduhan Najib memang wujud?

KUALA LUMPUR - DAP mendakwa kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tersebar baru-baru ini mungkin wujud apabila polis menjalankan siasatan ke atas kebocoran maklumat itu.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, meskipun penafian telah dibuat oleh Peguam Negara yang baharu dilantik, Tan Sri Mohamed Apandi Ali namun, siasatan dijalankan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

"Kertas dakwaan yang disiarkan di Sarawak Report yang menyebut mahu dakwa Najib atas rasuah. Benar atau tidak? Peguam Negara kata tak benar, palsu, tidak berasas. OK lah.

"Tapi polis siasat, tangkap pegawai-pegawai SPRM kerana mahu tahu kenapa kertas dakwaan boleh bocor? Bukankah itu bermakna kertas dakwaan itu wujud?," katanya ketika menyampaikan ceramah pada program Solat Hajat dan Himpunan Rakyat di Pandan Indah, malam tadi.

Nik Abduh - Buat Rakan Yang Sudah Tawar Hati Dengan PAS...

Nik Mohamad Abduh

https://lh3.googleusercontent.com/kKUIZXsDII34mYtfD1RYMFD0vY8lND9q8OQ4UPhBa5eUO_tigh4lR8aVMP_F-FIE3VR6U9Kc-yaIIOsARg
Saya alu-alukan pemegang jawatan dalam parti PAS yang telah tawar hati dan hilang keyakinan terhadap kepimpinan PAS hari ini untuk keluar daripada PAS. Itu sebahagian daripada jalan penyelesaian paling aman, dihormati, budiman dan boleh dikira sebagai 'penyelesaian bersama'.

Ramai bertanya saya, bagaimana isu dalaman PAS akan cepat berakhir? Saya jawab, apabila penyakit itu keluar dengan sendiri tanpa perlu dibedah buang.

Gagal patuh pada arahan parti adalah penyakit. Mana ada parti boleh maju jika arahan parti tidak didengar?

Tiada pahala lagi buat anda jika anda kekal dalam PAS dengan terus memegang jawatan dalam parti yang diamanahkan ke atas anda oleh ahli PAS. Anda tidak lagi mampu melaksanakan program dan arahan parti. Dan jika anda laksanakan pun, anda laksanakan untuk tujuan sebaliknya, mempromosi gerakan lain dan menghuduhkan wajah PAS. Macamana nak dapat pahala?

Pahala mudah saja. Laksanakan amanah. Dosa pun mudah. Khianati amanah.

Dalam jamaah Islam, kita wajib dengar dan patuh pada ketua. Itu nas dalam al Quran. Jika kita tak puas hati, kita tegur. Jika tegur kita tak didengar, kita boleh lawan ketika ruang tukar pemimpin dibuka untuk kita iaitu di muktamar dan pemilihan parti setiap dua tahun. Itu syarie dan demokratik.

Usaha jatuhkan Zeti gagal, petanda kerajaan Najib tertekan – Zam

PETALING JAYA: Pengumuman berani Gebenor Bank Negara Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz bahawa beliau akan terus berkhidmat hingga tamat tempoh selama lima tahun yang berakhir pada tahun depan merupakan kemenangan suara rakyat.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, ia juga satu kemenangan kepada mereka yang cintakan keluhuran Perlembagan dan mahu menegakkan sebuah kerajaan yang adil, tulus, amanah, jujur dan bersih.

Katanya, usaha pihak-pihak tertentu dalam mempersoal intergriti dan nama baik Zeti dalam dunia ekonomi dan kewangan antarabangsa ternyata telah gagal.

Antara usaha yang dilakukan ialah serangan tiba-tiba oleh Presiden Persatuan Dewan Perniagaan dan Perindustiran India, Tan Sri KK Eswaran dalam akhbar The Star pada 7 Ogos 2015 yang mendakwa Zeti telah membantu keluarganya untuk mendapat kontrak secara tidak beretika.

“Blog Tun Mahathir dan juga beberapa blog lain telah menyebutkan tentang kemungkinan beberapa tindakan diambil terhadap Zeti yang terlibat dalam siasatan 1MDB.

“Blog ini juga menyifatkan serangan tiba-tiba Eswaran terhadap Zeti yang tidak pernah bermusuhan dengannya sebagai usaha untuk menjatuhkan integriti keluarga Diraja Pak Ungku Aziz,” tulis Zam dalam blognya.

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu itu membuat kesimpulan, kegagalan serangan terhadap Zeti sebagai petanda kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di bawah tekanan rakyat.

Ini dibuktikan apabila arahan pertukaran dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibatalkan serta merta kerana perbuatan itu menyalahi undang-undang.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...