TERKINI :

Thursday, August 13, 2015

Zeti: Saya mungkin ditangkap jika cakap tentang seseorang

zeti aziz bank negara

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hari ini tidak mahu menyentuh tentang RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, dengan berkata beliau mungkin ditangkap jika bercakap tentang individu tertentu.

"Saya perlu berhati-hati apa yang saya cakap – bahawa ia perlu dalam batasan undang-undang.

"Jika tidak, sebaik sahaja saya melangkah keluar dari pintu ini, saya akan berdepan ditangkap kerana bercakap tentang seseorang individu sekarang.

"Dan saya yakin anda tidak mahu perkara ini berlaku," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat bank pusat itu di Kuala Lumpur hari ini.

Respons Zeti itu disambut dengan ketawa wartawan dan pegawai Bank Negara yang hadir.

Satu klip video mengenai respons beliau itu juga dimuat naik di Pocketimes.

Zeti ditanya sama ada Bank Negara mempunyai apa-apa pengetahuan mengenai deposit yang besar itu ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri.

Hari ini merupakan penampilan pertama beliau sejak beberapa minggu ubu selepas menjadi sasaran serangan berhubung peranan Bank Negara Malaysia dalam menyiasat 1MDB, di mana pihak-pihak tertentu menuduh bank pusat itu membocorkan maklumat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat mengenai deposit itu menyaksikan penyiasatnya ditangkap polis dan rumah serta pejabat mereka digelidah.

Penyiasat utama SPRM dalam kes itu dipindahkan keluar secara mendadak tetapi ia kemudiannya dibatalkan ekoran bantahan awam.

SPRM berkata RM2.6 bilion itu bukan dari 1MDB tetapi "sumbangan penderma".

Ia merancang memanggil Najib untuk menjelaskan mengenai deposit tersebut. – Malaysiakini

Pemimpin Umno perlu muhasabah diri

KLANG - Kepimpinan Umno di semua peringkat perlu bangkit, bersatu dan berganding bahu dalam menghadapi situasi politik negara yang agak mencabar pada masa kini, kata Ketua Pemuda Umnno, Khairy Jamaluddin.
    
Beliau berkata, terdapat keperluan untuk pemimpin Umno di semua peringkat untuk bermuhasabah diri dan segera menyelesaikan beberapa isu pokok yang melanda negara ini bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional.
   
"Bagi saya, kita perlu bermuhasabah diri ... sama ada ia masalah 1MDB (1 Malaysia Development Bhd) atau isu lain terhadap pemimpin Umno, mesti disuarakan mengikut saluran betul seperti mesyuarat Umno bahagian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan  Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Klang di sini, hari ini.
    
Dalam pada itu, Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan meminta semua pihak agar memberikan ruang secukupnya kepada pihak  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan  siasatan berhubung isu 1MDB.
    
Beliau berkata ini kerana rakyat menaruh kepercayaan sepenuhnya terhadap kewibawaan SPRM sebagai badan bebas bagi  menjalankan siasatan terhadap isu itu.

"Kalau kita sendiri (orang politik) kata kita tak  salah (mengenai 1MDB), masih ada keraguan sebab kita sendiri kata tak salah. Kalau suruhanjaya bebas seperti SPRM kata tiada kesalahan, rakyat berasa yakin," katanya.
   
Beliau berkata pihaknya masih menantikan laporan penuh siasatan 1MDB sebelum memberi penjelasan lanjut kepada anggota di peringkat akar umbi.
   
Terdahulu, kesemua pemimpin Umno dari semua peringkat di Bahagian Klang sebulat suara menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.‎ - Bernama

Mukhriz kesal dengan ucapan Perwakilan Umno Langkawi

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir kesal dengan seorang perwakilan Umno Langkawi yang mengkritik presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Beliau menyifatkan kata-kata perwakilan itu sebagai 'kesat' dan tidak sepatutnya berlaku.

"Kadang-kadang cara perasaan itu diluahkan, dengan kata-kata yang agak kesat. Yang itu saya sedikit kesal...bukan sedikit, memang rasa kesal," katanya selepas menyaksikan majlis pemeteraian perjanjian antara BDB Land Sdn Bhd, Maybank dan OCBC Al-Amin di sini, hari ini.

Setakat ini, katanya tiada apa-apa aduan dibuat oleh Umno Langkawi terhadap perwakilan itu dan berharap insiden itu tidak berulang lagi.

Ahli Perwakilan Wanita Umno itu mengkritik Najib yang juga Perdana Menteri pada mesyuarat perwakilan Umno Langkawi minggu lepas.         

Mukhriz berkata, beliau juga menerima beberapa laporan mengenai ucapan-ucapan penangguhan di peringkat Pemuda Umno yang boleh dianggap keras bahasanya.

"Apa sekali pun yang mahu disampaikan, biarlah dengan cara berhemah," katanya. - Bernama

Ahli keluar Pas satu proses pembersihan parti

Abdul Hadi Awang
KUALA TERENGGANU - Pas menganggap tindakan sekumpulan ahlinya yang keluar parti itu sebagai satu proses pembersihan dalam Pas.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, perkembangan itu langsung tidak membimbangkan sebaliknya optimis dengan tindakan pihak terbabit dan menyifatkan ia adalah pemutihan yang berlaku secara automatik.

"Itu pembersihan parti yang berlaku dengan sendiri. Apabila berlaku banjir bah, pasir berubah..tidak risau, tidak risau. Gembira, gembira," katanya kepada pemberita ketika hadir di Majlis Hari Raya Terbuka Pas Terengganu di hadapan Pejabat Pas Terengganu di Jalan Sultan Omar, di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh serta pimpinan negeri termasuk Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat.

Beliau turut memberitahu bahawa keahlian Pas semakin meningkat sejak akhir-akhir ini dan mendakwa kira-kira 4,000 ahli baharu telah pun didaftarkan, manakala lebih kurang 3,000 borang keahlian baharu sedang diproses ketika ini.

Dalam perkembangan sebelum ini, beberapa pihak keluar Pas termasuk bekas Ketua Pemuda Pas Melaka, Jauhar Mohd Dawi yang mengisytiharkan keluar parti dan menyertai Harapan Baru, sebelumnya bekas Pesuruhjaya Pas Melaka, Adly Zahari dan Ketua Pemuda Pas Shah Alam, Helmi Radzuan, serta 12 orang anggota jawatankuasanya.

Selain itu, seramai 12 orang terdiri daripada pemimpin dan ahli Pas kawasan Jelebu termasuk bekas Ketua Pemuda Pas Kawasan Jelebu, Mohd Faizal Fadli Idrus turut mengambil tindakan sama, semalam.

Dalam perkembangan lain berhubung Himpunan Bersih 4.0, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang memberitahu pihaknya hanya menghantar dua orang wakil ke perhimpunan tersebut pada 29 dan 30 Ogos ini kerana memaklumkan pihaknya akan menganjurkan majlis sendiri nanti.

Dua wakil tersebut adalah Naib Presiden Pas, Idris Ahmad dan Timbalan Pesuruhjaya 1 Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad.

Ingatkan Kota Damansara dan Sg Acheh sahaja, rupa-rupanya DAMAK sana juga ada sejarahnya!!

Farid Faraid

Mesyuarat Pakatan Rakyat telah memutuskan calon PKR yang bertanding di situ sebagai menghormati orang-orang PAS yang ramai di kawasan itu, pihak PKR telah memilih orang PAS sebagai calon mereka.

Sepatutnya tidak ada masalah, sebab semuanya dalam PR tapi ruoa-rupanya pihak PAS telah menaja seorang calon Bebas untuk bertanding melawan calon PKR di Dun Damak. Hadi Awang sebagai Presiden PAS dan Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Pesuruhjaya PAS Pahang telah datang berceramah di Damak, dan berkempen kepada orang kampung supaya mengundi calon Bebas cap Bunga Raya.

Penyokong PAS di peringkat bawah menjadi keliru, sebahagiannya menyokong calon PKR kerana akur dengan ketetapan mesyuarat Pakatan Rakyat, malah calon PKR itu sendiri adalah orang PAS, manakala sebahagian yang lain lebih walak kepada Hadi Awang dengan menyokong calon Bunga Raya.

Bila orang kampung bertanya perkara itu kepada Tuan Ibrahim Tuan Man kenapa boleh berlaku begini? Maka Tuan Ibrahim menjawab kononnya dia dan Hadi Awang hanya sebagai tetamu, jadi terpaksa akur kepada kehendak tuan rumah, iaitu Dr Hamzah selaku YDP PAS Kawasan yang menjadi calon PAS bagi Parlimen Jerantut.

Apabila perkara itu ditanyakan kepada Dr Hamzah lain pula jawapannya, dia beritahu siapalah ana, hanya seorang YDP bila Presiden dan Pesuruhjaya Negeri mahukan kita sokong calon Bebas takkan ana nak bantah kehendak boss?

Menurut abang Husin kelah, dia percaya Dr Hamzah bercakap jujur, dan Tuan Ibrahim yang berbohong. Wallahu'alam. Dun Damak telah dimenangi oleh Lau Lee, calon BN dengan majoriti 64 undi sahaja dan calon PKR tumpas.

Sebenarnya bergaduhlah dalam mesyuarat baru keluaq keputusan sapa nak bertanding dan bila dah buat keputusan jadi pakat patuh itu yg sebaiknya.

Kesimpulannya...aku ingatkan Kota Damansara dan Sg Acheh sahaja rupa-rupanya sampai ke Damak sana....

Dr M bertemu Ku Li, gandingan baru anti-Najib muncul?

Dalam politik apa sahaja boleh berlaku. Musuh masa lalu boleh menjadi kawan pada masa ini, serta sebaliknya.

Begitu yang dilihat berlaku dalam perkembangan politik terkini apabila Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah dikatakan telah mengadakan pertemuan awal minggu ini.

Tindakan itu meningkatkan spekulasi berkaitan langkah mereka bersama terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang sedang berdepan krisis kepercayaan awam ekoran dakwaan skandal 1MDB.

Sumber yang rapat dengan Mahathir, perdana menteri paling lama dalam sejarah Malaysia, mengesahkan bahawa pertemuan itu berlangsung pada Selasa tetapi tiada butiran lain diketahui setakat ini.

Pertemuan itu turut dilaporkan oleh Asia Sentinel yang mendakwa ia berkaitan pembentukan kerajaan perpaduan untuk mengetepikan Najib.

“Terdapat kemelut kepimpinan di Malaysia dan muafakat dicapai hanya seorang sahaja calon untuk tamatkannya.

“Orang itu ialah Ku Li (Razaleigh), satu-satunya jalan,” seorang rakan Razaleigh yang tidak dinamakan dipetik sebagai berkata.

Halangan terbesar, menurut analisis Asia Sentinel, dalam isu undi tidak percaya di parlimen.

Menurut portal berita itu, kedua-dua mereka percaya terhadap sokongan bulat pembangkang, yang menguasai 89 daripada 222 kerusi, walaupun undi PAS masih boleh dipersoal.

BN memiliki 132 kerusi dengan 88 daripadanya milik Umno.

Selain itu, kata Asia Sentinel lagi, satu lagi halangan yang mungkin wujud daripada speaker dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Mahathir, 90, dan Razaleigh, 78, pernah menjadi musuh dalam perebutan kerusi presiden Umno pada 1987.

Pertembungan itu menyebabkan lahirnya parti serpihan Semangat 46. Parti Melayu itu bagaimanapun kemudian dibubarkan dan Razaleigh kembali menyertai Umno.

Surat Husam kepada Exco bakal berasap

TERKINI
 

Bekas Exco kanan Kelantan Husam Musa (foto) telah menghantar surat kepada Exco Kelantan bagi menjawab tuduhan liar terhadapnya yang mendakwa beliau "makan" balak sekaligus menanyai beberapa persoalan yang bersifat pelik.

Surat Husam itu sudah tentu bakal menjadi satu keributan baharu di Kelantan dan membongkar satu lagi penyelewengan. Isu balak di Kelantan bukan sebesar isu 1MDB dialami Najib Razak, tetapi boleh membikin MB tidak nyenyak tidur.

Kenapa beliau berbuat begitu, mungkin sudah tidak tahan menanggung penghinaan dari mereka yang membencinya, yang malam siang menaburkan fitnah mentah untuk terus memburukkan reputasinya sebagai seorang ahli politik.

Sehingga kini isi kandungan surat itu belum dilepaskan lagi. Namun ia dapat dikesan menerusi satu carta yang dilepaskan dalam laman twiternya hari ini.

Carta berkenaan dinamakan "Surat Husam Pada Exco" menimbulkan enam persoalan berhubung dengan dakwaan ke atasnya dan mendedahkan isu baharu di Kelantan yang belum tersembur.

Husam: Membalak langgar hasrat Tok Guru?


Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Datuk Husam Musa hari ini membangkitkan pelbagai perkara berkaitan kontroversi pembalakan Kelantan.

Bekas exco kanan kerajaan negeri itu antaranya membangkitkan dakwaan berlaku penebangan di luar kawasan serta berlaku perubahan sempadan daripada pelan kelulusan asal.

Beliau juga membangkitkan risiko rancangan asal yang menjadi hasrat bekas menteri besar Kelantan allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mahu kawasan Hutan Simpan Ulu sat dikekalkan.

“Ini mungkin merosakkan pelan asal untuk menempatkan RnR (kawasan rehat dan rawat) berkenaan dalam teduhan pokok-pokok besar yang asal untuk tujuan rekreasi pengunjung.

“Saya pohon penjelasan adakah ini benar berlaku?

“Adakah tebangan habis akan dilakukan dan mengapa ia dilakukan? Mengapa cadangan asal atas hasrat Tok Guru (Nik Aziz) diubah?,” katanya.

Pemimpin UMNO yang rosak dinasihat supaya ‘bertaubat’

Syed-Husain_pekida_umno_600_1
KUALA LUMPUR: Yayasan Ayahanda Se-Malaysia (YAS) menasihatkan ahli UMNO yang ‘rosak’ kerana tidak lagi mempercayai parti itu supaya ‘bertaubat’.

Pengerusi Eksekutif YAS, Datuk Paduka Ayahanda, Syed Husain Al-Shabab berkata, sekiranya enggan bertaubat, pemimpin UMNO yang telah rosak itu perlu keluar parti.

“Sememangnya dalam UMNO ada dua tiga kerat yang rosak. Golongan inilah yang menjadikan UMNO kucar-kacir dan kelihatan tidak baik,” katanya dalam sidang media di Dewan Orang Ramai Kampung Paya di Kampung Baru pada Rabu.

“Yang ‘tak cantik’ itu pergi ‘make up’ bagi cantik-cantik sikit. Yang ‘sakit’ itu pergi hospital untuk cari ubat,” katanya menyindir pemimpin UMNO dan ahli UMNO yang sering mengkritik parti itu.

Dalam masa sama, Syed Husain mencadangkan supaya UMNO meramaikan lagi pemimpin bijak pandai supaya perjuangan lebih mantap dan rakyat lebih yakin.

“Dalam Pakatan Rakyat (PR) ramai golongan bijak pandai, seperti peguam, doktor dan jurutera.

Punca Sebenar Perpecahan Dalaman PAS (Bahagian I)



Perkembangan mutakhir ini, dengan kemunculan gerakan Harapan Baru (HB) telah menyebabkan ramai ahli PAS berada dalam keadaan kebingungan. Mereka tertanya-tanya apa sebenarnya yang sedang berlaku? Mengapa PAS yang selama ini kelihatan kukuh bersatu dan sedang berada dalam kedudukan yang antara paling berjaya sepanjang sejarahnya, tiba-tiba bagaikan berpecah dua?

Bagi sebahagian ahli, soalan yang timbul dijawab secara mudah dan dengan kaedah menghukum seperti, “tiadanya keikhlasan”, “proses pembersihan”, “sifat munafik”, “kecewa” dan sebagainya. Namun dijawab pula sebahagian yang lain bahawa, “mereka yang terlibat adalah orang-orang lama, lebih 30 tahun bersama PAS dan telah berkali-kali diuji dan terbukti keikhlasan mereka. Sekiranya sebab-sebab seperti itu adalah puncanya, sudah pasti sudah lama mereka meninggalkan perjuangan ini”. Oleh itu ramai dari kalangan ahli biasa menolak penjelasan yang mudah seperti itu. “Semestinya wujud sebab yang lain”, kata sebahagian mereka lagi.

Maka di atas sebab lain inilah yang cuba saya rungkaikan di sini. Dalam membuat analisa ini, saya terpaksa menjelaskan bukan sahaja yang tersurat tetapi juga yang tersirat. Mungkin bacaan saya tepat, tetapi mungkin juga sebaliknya, namun dalam usaha memahami keadaan yang telah berlaku, penjelasan yang saya kemukakan ini adalah, bagi saya, yang paling munasabah dan rational.

'Umno umpama terbang sebelah sayap'

 
Perwakilan Wanita Umno Bahagian Langkawi Anina Saaduddin membayangkan Umno umpama terbang sebelah sayap apabila Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Seri Shafie Apdal digugurkan dari kabinet bulan lalu.

“Apabila tengkuk dan bahu iaitu timbalan presiden (Muhyiddin), dan naib presiden (Shafie) dicantas, maknanya Umno terbang sebelah sayap," katanya kepada Malaysiakini.

Ditanya sebab Najib mengambil tindakan sedemikian, Aina berkata: "Sebab Najib nak pertahankan jawatan dia".

Beliau mendakwa, secara peribadi tindakan Najib melucutkan jawatan Muhyidin sebagai salahguna amanah rakyat, amanah ahli Umno, kepercayaan secara politik.

“Keputusan itu tidak menggembirakan tiga juta ahli Umno yang dia (Najib) dakwa di belakang dia," tegas Anina lagi.

Dalam mesyuarat bahagian itu Sabtu lalu, keadaan menjadi gamat apabila Anina memberikan ucapan keras terhadap Najib.

Rakaman video memaparkan ucapan Anina itu turut tersebar luas di alam maya.

Ujang belum 'mati', Ujang 'original' hidup semula Oktober ini

 

  Ujang belum 'mati' dengan berakhirnya penerbitan majalah menggunakan watak itu awal bulan ini.

Bagi peminat kartun, mereka boleh mengikuti watak itu - dalam bentuk asli - tidak lama lagi apabila 'Ujang original' kembali mewarnai seni kartun negara.

Kartunis yang bertanggungjawab menghidupkan watak itu, Ujang berkata, melalui majalah Gila Gila 'yang diperkukuhkan' watak kartun itu akan muncul untuk menghiburkan peminat serta orang ramai.

Ia menjadi lebih menarik kerana selain Ujang, majalah itu juga akan diceriakan dengan ramai kartunis lain, termasuk Ubi, Taugeh, Tembakau, Aie selain Jaafar Taib sendiri.

Bercakap kepada Malaysiakini, Ujang berkata, mereka mahu menjadikan majalah Gila Gila yang pernah menghiburkan jutaan peminatnya dulu kembali sebagai peneraju seni kartun.

Sebenarnya Ujang - atau nama sebenarnya Ibrahim Anon - adalah kartunis yang mencipta watak kartun berkenaan dalam majalah Gila Gila pada 1984.

Hadi melepaskan peluang keemasan untuk jadi PM selepas PRU14 nanti..!!

Mat Alishah


Result pru13 menunjukkan cuma lagi 2% untuk menumbangkan BN.....ini berdasarkan apa yang dihuraikan oleh mantan TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa perhimpunan Agung Umno tempohari..

Ini Videonya :



2% kejatuhan undi BN di pru14 nanti akan menyebabkan mereka berkubur.... Disebabkan takut berkubur itulah politik mereka mula lunak dan mesra pembangkang terutama pas....pkr depa dah berjaya perosok bigbos dia maduk dalam...dap pulak dok tanam komunis komunis....jadi bila dah berjaya pecah pakatan rakyat maka 2% akan naik semula.....Nasib nasib....musuh dah nak tergolek dah tetiba pakat dok nak pie bantu bangun semula....
Posted by KedahLanie on Friday, 13 March 2015

Saya lebih takut tuhan berbanding manusia, kata pengarah SPRM

Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Bahri Mohamad Zin berkata apa yang berlaku padanya baru-baru ini tidak menghalangnya menggalas tugas yang diamanahkan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Ogos, 2015.
Penyiasat badan anti rasuah Datuk Bahri Mohamad Zin tidak berasa terhalang dengan kejadian menimpanya baru-baru ini, iaitu pertukaran pejabat yang tiba-tiba dan sekejap, serta siasatan polis terhadapnya dan beberapa rakan sekerja lain.

Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu berkata, tidak ada apa yang boleh menghalangnya menjalankan tugas kerana beliau lebih “takut hukuman Tuhan” jika dibandingkan dengan perkara lain.

“Saya takut hukuman Tuhan. Saya ada tanggungjawab yang diamanahkan dan lebih takut jika satu hari nanti Tuhan tanya saya apa yang sudah saya buat dengan sedikit kuasa diberikan kepada saya ini,” katanya dalam perbualan ringkas dengan The Malaysian Insider, semalam.

Dalam komen terbuka pertamanya sejak dipindahkan semula ke SPRM pada Isnin, Bahri yang pada Jumaat menerima arahan pertukaran ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkata, beliau enggan bercakap banyak sekarang memandangkan ketuanya kini sudah pulang dari luar negara.

Beliau merujuk kepada Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

Boleh berhenti jadi ahli tapi jangan sabotaj PAS

KUALA LUMPUR: PAS menghormati mana-mana ahlinya yang keluar daripada parti itu sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan PAS iaitu setiap ahli ada hak untuk berhenti menjadi ahli PAS.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan menasihatkan mana-mana ahli parti yang mempunyai perasaan tidak senang dan tidak selesa dengan PAS jangan sekali-kali mensabotaj parti.

"Kalau ada mana-mana ahli hendak berhenti kita hormati, begitu juga yang letak jawatan sama ada dipilih atau dilantik dan tidak dapat laksanakan amanah juga kita hormati.

"Tetapi kita nasihatkan kepada mereka yang tidak senang dengan PAS jangan sekali-kali mensabotaj parti atau melemahkan dan melumpuhkan parti.

"Apatah lagi kita sebagai orang Islam kerana ianya satu tindakan yang tidak amanah dengan tanggungjawab kita. Jangan sampai sabotaj parti," katanya ketika menghubungi Harakahdaily hari ini.

Malah katanya, dari segi peraturan, PAS boleh mengambil tindakan kepada mana-mana ahli yang mensabotaj parti kerana tidak melaksanakan tanggungjawab sebaiknya.

Duhai Macai BN, bab Wan Azizah makan dalam ETS bukan main laju kamu fitnahnya, isu NAJIB RM2.6bil sunyi sepi aja



Felda bukan milik peribadi Umno, Najib

ROSLAN MD ESA | 13 Ogos 2015.

https://amien7.files.wordpress.com/2013/03/felda-plantation1.jpg?w=595
PRESIDEN Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak nyata begitu terdesak hingga mengadakan pengumuman mahu menjadikan Felda sebagai benteng terkuat Umno BN.

Ternyata kenyataan itu menimbulkan episod baru kecurigaan ke atas beliau yang kini dihimpit skandal RM2.6 bilion di mana antara pandangan banyak pihak adalah bakal menjadi rasuah politik untuk mengekalkan kuasanya pada Pilihan Raya Umum kelak.

Kecurigaan ini wajar dalam kedudukan kawasan Felda di seluruh negara adalah berjumlah 54 Parlimen. Jika benar, maka ia ternyata usaha menyelamatkan diri dengan mengaut segala kebobrokan tanpa mempedulikan maruah dan harga diri serta integriti semata-mata mengekang diri dari terkubur.

Felda dijadikan talian hayat terakhir untuk Najib menyusun rentak dan dijangka sanggup 'meleburkan' segalanya demi mendapat balasan setimpal iaitulah undi dari warga Felda.

Memandang serius perkara itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia mengingatkan Najib bahawa BN sudah lama memperalatkan warga Felda hingga akhirnya banyak kepentingan warganya tergadai. Antaranya idea dan jaminannya meletakkan FGV ke Bursa Saham Malaysia menyaksikan kini peneroka menanggung kesan kerugian ketara.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...